MyMil adalah bod perbincangan berkenaan ketenteraan, agensi2 penguatkuasaan yang ada di Malaysia dan juga di serata dunia. Daftar sekarang untuk menikmati paparan perbincangan berinformasi sambil bersantai. Ahli2 yg baru akan digugurkan daripada senarai sekiranya tidak aktif dalam masa yg terdekat. Berforumlah dengan berhemah.
Terima kasih.
Admin dan moderator MyMil
Important Notice: The views and opinions expressed on the forum or the related pages are of the owner alone, and are not endorsed by Mymil, nor is Mymil responsible for them. Due to the nature of the Internet forum is in real time, Mymil does not, and can not censor any submission, but asks that each user use discretion and respect for other users, and does not contribute any word that is unlawful, harmful, threatening, abusive, harassing, tortious, defamatory, vulgar, obscene, libelous, invasive of another's privacy, hateful, or racially, ethnically or otherwise objectionable. Mymil reserve the right to withhold and/or remove any link that might possibly hold an individual, entity or group ridicule, potential embarrassment or potential defamation. Mymil also reserves the right to accept, edit and/or remove any link that is deemed inappropriate in any way.
Malaysia's Military, Police and Security Agencies
Welcome to the battlefield, soldier!
MyMil adalah bod perbincangan berkenaan ketenteraan, agensi2 penguatkuasaan yang ada di Malaysia dan juga di serata dunia. Daftar sekarang untuk menikmati paparan perbincangan berinformasi sambil bersantai. Ahli2 yg baru akan digugurkan daripada senarai sekiranya tidak aktif dalam masa yg terdekat. Berforumlah dengan berhemah.
Terima kasih.
Admin dan moderator MyMil
Important Notice: The views and opinions expressed on the forum or the related pages are of the owner alone, and are not endorsed by Mymil, nor is Mymil responsible for them. Due to the nature of the Internet forum is in real time, Mymil does not, and can not censor any submission, but asks that each user use discretion and respect for other users, and does not contribute any word that is unlawful, harmful, threatening, abusive, harassing, tortious, defamatory, vulgar, obscene, libelous, invasive of another's privacy, hateful, or racially, ethnically or otherwise objectionable. Mymil reserve the right to withhold and/or remove any link that might possibly hold an individual, entity or group ridicule, potential embarrassment or potential defamation. Mymil also reserves the right to accept, edit and/or remove any link that is deemed inappropriate in any way.
Malaysia's Military, Police and Security Agencies
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Established on April 2010. MyMil is a hangout place where military enthusiasts meet, fully armed with mouse, keyboard and few cups of coffee.
Member2 baru diharapkan dapat perkenalkan diri masing2 di SINI terlebih dulu, terima kasih
To all MYMIL forumer please be very careful with all information posted, we don't to any vital information of our security forces or rumors circulating around that would bring a bad implications.
Kepada semua forumer MYMIL, diminta untuk berposting dengan lebih berhemah serta tidak mendedahkan atau menyebarkan informasi penting mengenai pasukan keselamatan atau sebarang khabar angin yang membawa implikasi yang teruk.
Kempen Anti Khabar Angin MYMIL sedang berjalan, sebarang post yang jatuh ke dalam kategori Khabar Angin akan dipadam tanpa sebarang amaran. Harap Maklum
Selamat menyambut HUT ke 80 Tentera Laut DiRaja Malaysia
MYMIL Anti Rumours Campaign is now in motion, any postage that fall under that condition will be edited and deleted without any warning. Please be advised
Off topics haven, borak sampai pengsan di Warung Kopi Pak Jabit!!
Mana2 posting yg bersifat provokasi, spam dan trol akan dipadam tanpa ragu2 lagi. Sila berposting dgn berhemah.
Kepada ahli2 yg tidak pernah aktif dan berposting dalam masa 20 hari dari tarikh pendaftaran keahlian anda akan DIGUGURKAN. Ini adalah untuk menggalakan forumer untuk lebih aktif berforum.
To all new forumer without any post (post = 0), your membership will be DROPPED in 20 days after the registration date, this is to discourage silent lurkers in the forum.
To all Mozilla Firefox, Chrome or Opera browser user, please activate browser add-on "AdBlock" to enable ad free MYMIL experience! -TQ
Kepada semua pengguna Mozilla Firefox, Chrome atau Opera. Sila aktifkan browser add-on yang bernama "AdBlock" untuk mengelakkan gangguan iklan didalam Mymil -TQ
Tak silap aku Carrier Air Wings dah semua convert to E dan F. G's aja tak semua dan Marines memang tak mo pakai. Stennis rasanya memang semua E/F dah. Entahle malas nak research
Super Horny ganti Tomcat dengan Intruder. Jadi Horny asal masih bertugas (sampai F-35 masuk keje la kot?). Lepas tu Marines aje pakai D, Navy tak pakai....
Akmal3110 Colonel
Posts : 2320 Reputation : 181 Join date : 15/10/2011 Age : 35 Location : Bravo
PDRM KENAL PASTI SPESIFIKASI 1,000 MOTOSIKAL UNTUK TINGKAT RONDAAN
ALOR SETAR, 3 Okt (Bernama) -- Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengenal pasti jenis dan spesifikasi 1,000 motosikal baharu yang akan digunakan untuk tujuan pencegahan jenayah.
Pengarah Jabatan Logistik Bukit Aman Datuk Zulkifli Abdullah berkata peruntukan RM20 juta untuk pembelian motosikal itu yang diumum menerusi Belanjawan 2013 akan dimanfaat sebaiknya.
"Saya percaya dengan pertambahan motosikal tersebut polis dapat melakukan rondaan di kawasan perumahan sekali gus dapat meningkatkan langkah keselamatan," katanya kepada pemberita selepas program tinjauan mesra polis berprofil tinggi, di sini hari ini.
Zulkifli berkata motosikal baharu tersebut akan diagih kepada negeri-negeri yang berada dalam senarai Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), antaranya Kedah.
Menerusi Belanjawan 2013, PDRM diperuntuk RM6.5 bilion iaitu peningkatan 3.09 peratus berbanding Belanjawan 2012.
Mengulas lanjut, Zulkifli berkata motosikal lama akan dimanfaatkan untuk meningkatkan kekerapan rondaan di kawasan perumahan dan tumpuan orang ramai.
Zulkifli berkata selain itu, kerajaan persekutuan juga bersetuju menambah keanggotaan polis sebanyak 10,000 orang, sekali gus dapat menggerakkan aktiviti polis dengan masyarakat.
"Dengan adanya pertambahan polis bukan sahaja dapat membanteras aktiviti jenayah malah turut mendekatkan diri anggota polis dengan masyarakat setempat di negara ini," katanya.
Sementara itu, Zulkifli berkata lapan projek pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) dan balai polis daerah di negeri ini menerusi Rancangan Malaysia
Kesembilan bernilai RM346 juta hampir siap keseluruhannya.
Enam projek telah siap sepenuhnya manakala dua lagi akan siap hujung tahun ini iaitu IPD Pendang dan Yan yang bernilai RM60 juta.
Projek yang telah siap ialah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah, Balai Polis Kulim Hi-Tech, Pusat Latihan Polis Langkawi, Balai Polis Jenun, Balai Polis Ayer Hangat, Langkawi dan Balai Polis Kota Sarang Semut. -- BERNAMA
marc_zman MODERATOR
Posts : 16328 Reputation : 611 Join date : 08/06/2010 Location : di atas tanah bekas hutan, paya dan ladang kelapa sawit.. tak tau laaa ntah sapa2 pernah kena tanam kat sini dulu.. kalu ada laa
Subject: Re: MPSA @ News 2 Fri 05 Oct 2012, 9:45 am
berita ni ada kene sikit.. sikiiit jer, ngan MPSA.. janji ada ikit pun sulah boleh kan
Quote :
Tiga tan abu al-Quran, kitab dilupus di laut Pahang
ABDUL RAHMAN (bersongkok) bersama anggota TLDM melupuskan abu al-Quran dari atas kapal KD Pahang di perairan Tanjung Gelang, Kuantan semalam.
KUANTAN – Demi memelihara dan melindungi kesucian al-Quran serta buku berkaitan agama Islam, sebanyak tiga tan abu kitab-kitab suci itu dilupuskan di tengah laut yang terletak tujuh batu nautika dari Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Tanjung Gelang di sini semalam.
Terdahulu, al-Quran dan bahan bercetak berunsur keagamaan yang lama atau mempunyai kesalahan dikumpul dari seluruh Pahang sebelum dibakar.
Menurut Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman (gambar kecil), program itu julung-julung kali diadakan di negeri itu hasil kerjasama Jabatan Mufti Negeri Pahang dan Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks al-Quran Kementerian Dalam Negeri.
Jelasnya, abu daripada kitab-kitab yang dibakar di syarikat percetakan Saufi di Cheras, Kuala Lumpur dibawa ke lokasi pelupusan dengan menggunakan kapal TLDM, KD Pahang.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
the_killer Staff Sargent
Posts : 267 Reputation : 30 Join date : 20/07/2011
Subject: Re: MPSA @ News 2 Sun 07 Oct 2012, 11:45 pm
sorry mod..tak tau nak tepek maner
USS George Washington singgah di Malaysia
PELABUHAN KLANG: Kapal induk pesawat udara Amerika Syarikat (AS) USS George Washington melakukan persinggahan sulung di sini hari ini, bertujuan antara lain mempromosikan kerjasama dan hubungan dua hala antara AS dan Malaysia.
Pegawai Pemerintahnya, Kapten Greg Fenton berkata, persinggahan selama lima hari itu akan memberi peluang kepada pelayar untuk memperluaskan kefahaman mereka mengenai persekitaran maritim Malaysia. "Tujuan utama ialah mendengar bagaimana angkatan tentera Malaysia menjalankan tugas mereka dan bagaimana kami boleh belajar daripada mereka. "Pelayar kami menawar diri untuk menyertai enam projek komuniti ketika berada di sini bagi melibatkan diri dengan masyarakat setempat," katanya kepada kumpulan pemberita yang dibawa melawat kapal berkenaan, di di Port Klang Cruise Centre, di sini.
Antara projek komuniti berkenaan ialah kerja sukarela di sekolah untuk kanak-kanak pelarian Myanmar dan rumah kanak-kanak Juara-Glad Tidings Home, katanya.
Fenton berkata, anak kapal juga akan bertemu keluarga rakyat Amerika yang berada di sini menerusi program Kuala Lumpur American Sailor Socials (KLASS).
Sementara itu, katanya lebih 500 orang kenamaan Malaysia termasuk pegawai tentera akan dirai dalam satu majlis di atas kapal itu esok. USS George Washington yang berkhidmat sejak 4 Julai 1992 dengan 5,000 anak kapal dijadual menganjurkan 11 lawatan untuk ahli perniagaan Malaysia dan pegawai tentera.
Kapal itu bersama sayap udaranya Carrier Air Wing 5, menyediakan pasukan siap siaga untuk bertindak yang melindungi dan mempertahankan kepentingan maritim AS dan sekutunya di rantau Asia Pasifik. - BERNAMA
marc_zman MODERATOR
Posts : 16328 Reputation : 611 Join date : 08/06/2010 Location : di atas tanah bekas hutan, paya dan ladang kelapa sawit.. tak tau laaa ntah sapa2 pernah kena tanam kat sini dulu.. kalu ada laa
Subject: merge Mon 08 Oct 2012, 8:54 am
sat.. aritu kat sabah tu a/c carrier John C Stenis kan? ni plak George Washington.. wow.. ni mau tak bebetoi punya panas buntut red panda
longisland Sergeant
Posts : 174 Reputation : 42 Join date : 03/06/2011 Age : 46 Location : Dulu tempat buang sampah
Subject: Re: MPSA @ News 2 Mon 08 Oct 2012, 11:10 am
Jangan lupa promo Cik Super Horney juga. Serampang dua mata.
standupper Kehormat MyMil
Posts : 3271 Reputation : 630 Join date : 04/05/2010
Subject: Re: MPSA @ News 2 Mon 08 Oct 2012, 11:41 am
longisland wrote:
Jangan lupa promo Cik Super Horney juga. Serampang dua mata.
Betul bro.. yg nie ler ramai tak nampak... he he
marc_zman MODERATOR
Posts : 16328 Reputation : 611 Join date : 08/06/2010 Location : di atas tanah bekas hutan, paya dan ladang kelapa sawit.. tak tau laaa ntah sapa2 pernah kena tanam kat sini dulu.. kalu ada laa
Subject: Re: MPSA @ News 2 Mon 08 Oct 2012, 11:49 am
standupper wrote:
longisland wrote:
Jangan lupa promo Cik Super Horney juga. Serampang dua mata.
Betul bro.. yg nie ler ramai tak nampak... he he
nampak.. jelas & nyata.. tapi red panda tak pandang itu semua
yinchet Colonel
Posts : 2648 Reputation : 368 Join date : 10/02/2011 Age : 39 Location : Petaling Jaya
Subject: Re: MPSA @ News 2 Tue 09 Oct 2012, 1:04 am
Dunno where to put such news letak kat sini aje lar.
Quote :
VIDEO: Israeli F-16I downs unmanned aircraft
The Israeli air force has released video footage of a Lockheed Martin F-16I fighter shooting down an unmanned air vehicle that entered the nation's airspace on 6 October.
Efforts are being made to identify the UAV, the wreckage of which came down in the northern Negev area of southern Israel. Sources say it was probably unarmed
A first assessment is that the aircraft came from Lebanon and was flown over the Mediterranean Sea before passing over Gaza and entering Israeli airspace.
"The UAV was located before invading Israeli territory and was followed by airplanes throughout its course before the decision to intercept," the air force says.
Video of the incident shows the slow-moving unmanned aircraft being engaged from short-range using an air-to-air missile. The weapon scores a direct hit, with a fighter passing close above the UAV’s falling wreckage almost immediately afterwards.
In 2006, the Israeli air force shot down an Iranian-made Ababil UAV that was being operated by Hezbollah militants during fighting on the Lebanese border. The unmanned aircraft was shot down by an F-16, with its debris falling into the Mediterranean.
Since a similar occurrence in November 2004, the air force has introduced additional sensors that have improved its ability to detect UAVs trying to enter national airspace.
sosej
yaminz MODERATOR
Posts : 13517 Reputation : 378 Join date : 23/04/2010 Age : 45
Helikopter TUDM mendarat cemas 2012/10/16 - 05:31:19 AM
Matu: Sebuah helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melakukan pendaratan cemas di Kampung Jemoreng, di sini, pagi semalam, berikutan masalah teknikal.
Mendarat di semak Helikopter Nuri Sikorsky S61A-4 dari Pangkalan TUDM Kuching yang dalam penerbangan latihan mendarat cemas di kawasan semak di tepi jalan kira-kira jam 10.45 pagi. Bagaimanapun, pesawat berjaya mendarat dalam keadaan stabil dan semua lima anak kapal termasuk juruterbang dan pembantunya tidak cedera.
Keadaan terkawal Jurucakap Balai Polis Matu berkata, pihaknya yang menerima maklumat mengenai pendaratan cemas itu berkejar ke tempat kejadian, tetapi sebaik tiba mendapati keadaan terkawal.
“Kami dimaklumkan oleh juruterbang, helikopter mereka mengalami sedikit masalah teknikal,” katanya. Katanya, sehingga jam 2.30 petang semalam, helikopter berkenaan difahamkan masih lagi berada di tempat kejadian sementara menunggu kedatangan juruteknik TUDM tiba dari Kuching untuk membaiki kerosakan.
Source: Bharian Online
yaminz MODERATOR
Posts : 13517 Reputation : 378 Join date : 23/04/2010 Age : 45
Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) dikenal pasti antara jabatan kerajaan yang mempunyai sistem pengurusan kewangan terbaik, sekali gus memberi impak positif terhadap prestasi kewangannya.
Laporan Ketua Audit Negara mendapati prestasi pengurusan kewangan PDRM berada pada tahap terbaik sepanjang tahun lalu, dengan taraf pencapaian 81.4 peratus. “Ibu pejabat PDRM Bukit Aman mencatatkan prestasi pengurusan kewangan sangat baik (95.5 peratus). Pada peringkat negeri pula, hanya Ibu pejabat Polis Kontingen (IPK) Kelantan mencatatkan prestasi sangat baik, manakala 13 IPK lagi berada pada tahap baik.
“Penarafan ini berpandukan kepada beberapa ciri penilaian membabitkan kawalan bajet, termasuk perbelanjaan dikeluarkan, selain mengambil kira aspek pengurusan, perbelanjaan, tadbir urus aset dan stor, selain pengurusan akaun amanah,” katanya
Penarafan cemerlang
Walaupun PDRM diberikan penarafan cemerlang daripada segi pengurusan kewangannya, Ketua Audit Negara mengemukakan beberapa syor bagi mengatasi beberapa kelemahan.
Ia membabitkan kelemahan dari segi rekod perbelanjaan dan pengurusan perolehan, selain pengurusan kenderaan pasukan, penyelenggaraan dan pelupusan aset yang dikenal pasti tidak mengikut prosedur sepatutnya. “Justeru, PDRM digesa melaksanakan penyeliaan rapi, termasuk memberikan latihan secukupnya kepada semua pegawai bagi memastikan urusan kewangan dapat dilaksana selaras dengan peraturan ditetapkan.
“Semua pekeliling dan peraturan membabitkan pengurusan kewangan perlu sentiasa dipatuhi selain memastikan pemeriksaan berkala dilaksanakan mengikut prosedur yang ditetapkan,” katanya.
Ketua Audit Negara turut mencadangkan surcaj dikenakan ke atas mana-mana pegawai yang tidak menjalankan tugas berhubung urusan kewangan dengan teratur, termasuk ketua bahagian yang gagal memantau urusan pegawainya.
Source: Bharian Online
yaminz MODERATOR
Posts : 13517 Reputation : 378 Join date : 23/04/2010 Age : 45
BELGRADE 16 Okt. - Serbia akan menandatangani satu perjanjian dengan Pakistan melibatkan pengeksportan barangan ketenteraan ke Islamabad.
Menteri Pertahanan Aleksandar Vucic semalam berkata, Pakistan berminat untuk membeli kenderaan berperisai, peluru kaliber yang lebih besar, senapang dan kelengkapan penglihatan waktu malam.
Menteri Pertahanan Pakistan, Syed Naveed Qamar berkata, butiran perjanjian tersebut akan diteliti lebih lanjut selepas satu delegasi Serbia melawat negara itu dalam tempoh beberapa bulan akan datang. - AFP
Posts : 3271 Reputation : 630 Join date : 04/05/2010
Subject: Re: MPSA @ News 2 Tue 06 Nov 2012, 11:52 am
France and Norway offer defence expertise to Malaysia
VIENTIANE: France and Norway have offered their sophisticated military technology for Malaysia to further advance its military modernisation programmes.
The offers were made during separate meetings between Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak and French President Francois Hollande and Norwegian leader Jen Stoltenberg on the sidelines of the Asia-Europe Summit.
Najib said Hollande, who asked for the meeting, considered Malaysia as an important country and emphasised the need to enhance and strengthen bilateral ties.
“Hollande said that France had the capabilities to supply various civilian and military products to Malaysia such as the Airbus and the Dassault Rafale fighter jets,” he told the Malaysian media at the end of the first day of the summit.
Najib said Air France would be flying directly to KL International Airport from April and described this as a good development.
On his meeting with Stoltenberg, Najib said the Norwegian Prime Minister had offered Malaysia its ship-to-ship missiles aside from the latest technology in the oil and gas sector.
“Norway has the latest capability to double oil extraction rate and the use of sub-sea technology at a sea depth of 1,000m in oil and gas extraction process and they want to share this with Malaysia,” he said.
Najib, who also held bilateral discussions with Pakistani Prime Minister Raja Pervez Ashraf, said his counterpart had invited him to attend the D-8 Summit on Nov 22.
the_killer Staff Sargent
Posts : 267 Reputation : 30 Join date : 20/07/2011
VIENTIANE 5 Nov. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Perancis berminat memperluaskan hubungan dagangan dengan Malaysia dalam bidang awam dan ketenteraan.
Menurut Perdana Menteri, Presiden Perancis Francois Hollande menyuarakan hasrat itu kepadanya semasa mereka mengadakan pertemuan dua hala di luar Sidang Kemuncak Asia-Eropah (ASEM) 2012 di sini hari ini.
Beliau berkata, Hollande menyatakan kemampuan Perancis untuk membekalkan produk awam seperti pesawat Airbus dan peralatan ketenteraan seperti jet pejuang Rafale serta helikopter.
Perancis juga bersedia meningkatkan perdagangan dalam apa juga produk dan perkhidmatan dalam bidang pertahanan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sidang pleno ASEM mengenai krisis ekonomi dan kewangan global.
Beliau berkata, Presiden Perancis itu menyifatkan Malaysia sebagai negara yang penting dan mahu meningkatkan hubungan dua hala dengan Malaysia dalam pelbagai bidang yang memberi kepentingan bersama.
Syarikat penerbangan Air France juga akan memulakan penerbangan terus ke Kuala Lumpur selewat-lewatnya pada April atau Jun tahun depan," katanya.
Hollande juga menyatakan minatnya untuk melawat Malaysia sekiranya beliau membuat lawatan ke rantau ini, tambah Najib.
Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, semasa mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Norway, Jens Stoltenberg pula, pemimpin Norway itu memaklumkan bahawa negara itu berminat menawarkan kepakaran dalam industri minyak gas kepada Malaysia.
Beliau turut mengadakan pertemuan dua hala dengan Perdana Menteri Pakistan, Raja Pervaiz Ashraf yang menyifatkan Malaysia sebagai rakan rapat.
Mengenai ASEM, Najib berkata, ia satu forum yang sangat berguna bagi negara-negara di rantau Asia dan Eropah walaupun benua Eropah kini menghadapi krisis ekonomi dan kewangan.
Negara-negara ASEAN dan Asia boleh memanfaatkan kepakaran dan teknologi daripada Eropah dan negara-negara Eropah pula melihat Asia sebagai potensi pasaran perdagangan yang berpotensi, katanya.
Katanya, Eropah mengakui Malaysia dan ASEAN merupakan sebuah jentera pertumbuhan ekonomi yang pesat di Asia dan atas dasar itu mereka memerlukan hubungan yang lebih mendalam dengan rantau ini. - UTUSAN
Steven 12 Captain
Posts : 711 Reputation : 161 Join date : 19/11/2011 Location : Between the bluesky & planet earth
Subject: Re: MPSA @ News 2 Wed 07 Nov 2012, 4:45 am
standupper wrote:
[color=red] On his meeting with Stoltenberg, Najib said the Norwegian Prime Minister had offered Malaysia its ship-to-ship missiles aside from the latest technology in the oil and gas sector.
Posts : 2320 Reputation : 181 Join date : 15/10/2011 Age : 35 Location : Bravo
Subject: Re: MPSA @ News 2 Wed 07 Nov 2012, 7:33 am
Ramai yang minat nak nego nge Malaysia ni hehehe
azim09 Lt Colonel
Posts : 1628 Reputation : 230 Join date : 27/09/2010 Age : 32 Location : off the grid
Subject: Re: MPSA @ News 2 Wed 07 Nov 2012, 8:26 am
Steven 12 wrote:
standupper wrote:
[color=red] On his meeting with Stoltenberg, Najib said the Norwegian Prime Minister had offered Malaysia its ship-to-ship missiles aside from the latest technology in the oil and gas sector.
Published: Wednesday November 7, 2012 MYT 10:24:00 AM Updated: Wednesday November 7, 2012 MYT 10:25:06 AM Army man missing after parachuting exerciseBy IVAN LOH
IPOH: A Royal Malaysian Army personnel is believed lost following a parachuting exercise at Redang Pangang, Kubu Gajah on Monday.
Acting Selama OCPD Asst Supt Abd Ghani Zainun said Kprl Supain Gane, 27, was not accounted for by his superiors when only 23 personnel landed safely at about 11pm on Monday.
"All 24 personnel were undergoing the first series of an Ex-Tiger Warrior exercise after taking off from Royal Malaysian Air Force base in Subang.
"We were informed by the trainer of the group on Tuesday afternoon and a search operation is still ongoing," ASP Abd Ghani said.
He added that the Army, Fire and Rescue Department, Civil Defence Department, Rela and nearby villagers were involved in the rescue operation.
ASP Abd Ghani said he believed that Kprl Supain was lost within a 7km radius of the drop point.
semoga beliau selamat hendaknya
[color=violet]apa yang terjadi ini? semoga beliau selamat hendaknya....[/color]
venez ADMIN
Posts : 17389 Reputation : 581 Join date : 19/04/2010 Age : 46 Location : AFNG
Published: Wednesday November 7, 2012 MYT 10:24:00 AM Updated: Wednesday November 7, 2012 MYT 10:25:06 AM Army man missing after parachuting exerciseBy IVAN LOH
IPOH: A Royal Malaysian Army personnel is believed lost following a parachuting exercise at Redang Pangang, Kubu Gajah on Monday.
Acting Selama OCPD Asst Supt Abd Ghani Zainun said Kprl Supain Gane, 27, was not accounted for by his superiors when only 23 personnel landed safely at about 11pm on Monday.
"All 24 personnel were undergoing the first series of an Ex-Tiger Warrior exercise after taking off from Royal Malaysian Air Force base in Subang.
"We were informed by the trainer of the group on Tuesday afternoon and a search operation is still ongoing," ASP Abd Ghani said.
He added that the Army, Fire and Rescue Department, Civil Defence Department, Rela and nearby villagers were involved in the rescue operation.
ASP Abd Ghani said he believed that Kprl Supain was lost within a 7km radius of the drop point.
semoga beliau selamat hendaknya
[color=violet]apa yang terjadi ini? semoga beliau selamat hendaknya....[/color]
mungkin tersasar jerk kot, harap beliau selamat...
marc_zman MODERATOR
Posts : 16328 Reputation : 611 Join date : 08/06/2010 Location : di atas tanah bekas hutan, paya dan ladang kelapa sawit.. tak tau laaa ntah sapa2 pernah kena tanam kat sini dulu.. kalu ada laa
Subject: Re: MPSA @ News 2 Thu 08 Nov 2012, 8:57 am
dlm berita radio pagi tadi diumumkan yg anggota tentera tersebut telah ditemui.. malangnya, beliau telah meninggal dunia ketika ditemui.. no further report