Established on April 2010. MyMil is a hangout place where military enthusiasts meet, fully armed with mouse, keyboard and few cups of coffee. |
Member2 baru diharapkan dapat perkenalkan diri masing2 di SINI terlebih dulu, terima kasih To all MYMIL forumer please be very careful with all information posted, we don't to any vital information of our security forces or rumors circulating around that would bring a bad implications. Kepada semua forumer MYMIL, diminta untuk berposting dengan lebih berhemah serta tidak mendedahkan atau menyebarkan informasi penting mengenai pasukan keselamatan atau sebarang khabar angin yang membawa implikasi yang teruk. Kempen Anti Khabar Angin MYMIL sedang berjalan, sebarang post yang jatuh ke dalam kategori Khabar Angin akan dipadam tanpa sebarang amaran. Harap Maklum Selamat menyambut HUT ke 80 Tentera Laut DiRaja Malaysia MYMIL Anti Rumours Campaign is now in motion, any postage that fall under that condition will be edited and deleted without any warning. Please be advised Off topics haven, borak sampai pengsan di Warung Kopi Pak Jabit!! Mana2 posting yg bersifat provokasi, spam dan trol akan dipadam tanpa ragu2 lagi. Sila berposting dgn berhemah. Kepada ahli2 yg tidak pernah aktif dan berposting dalam masa 20 hari dari tarikh pendaftaran keahlian anda akan DIGUGURKAN. Ini adalah untuk menggalakan forumer untuk lebih aktif berforum. To all new forumer without any post (post = 0), your membership will be DROPPED in 20 days after the registration date, this is to discourage silent lurkers in the forum.
To all Mozilla Firefox, Chrome or Opera browser user, please activate browser add-on "AdBlock" to enable ad free MYMIL experience! -TQ Kepada semua pengguna Mozilla Firefox, Chrome atau Opera. Sila aktifkan browser add-on yang bernama "AdBlock" untuk mengelakkan gangguan iklan didalam Mymil -TQ |
Latest topics | » Sembang Medan Selera Pak Jebat V44 by HangPC2 Sat 27 Aug 2022, 5:36 pm
» Halo semua by matamata Mon 25 Oct 2021, 9:56 pm
» Cerita Rakyat by mumuchi Sun 05 Sep 2021, 10:35 am
» Konfrontasi Malaysia-Indonesia 1962-66 by mumuchi Sun 05 Sep 2021, 10:28 am
» PAINTBALL - Come get some... by pisang Tue 13 Dec 2016, 1:53 pm
» Baru balik by pisang Mon 12 Dec 2016, 5:47 pm
» Jaket camo by atreyudevil Fri 15 Jul 2016, 4:17 pm
» Nusantara Total War: Portuguese Invasion by Adib Mon 22 Feb 2016, 7:57 pm
» Rekrut baru disini by kapokbesi Thu 11 Feb 2016, 4:32 pm
» Keretapi Tanah Melayu Berhad by zacky.uesoff Thu 04 Feb 2016, 11:00 pm
» ALL ABOUT HAM RADIO (AMATEUR RADIO STATION) by kapokbesi Mon 16 Nov 2015, 12:42 pm
» BACKPACKING by venez Tue 31 Mar 2015, 5:11 pm
» Rekrut 2015 by atreyudevil Sun 29 Mar 2015, 8:34 pm
» Sejarah Pangkalan-Pangkalan Udara TUDM by venez Tue 24 Mar 2015, 11:02 am
» MyMil useful website lists by atreyudevil Sat 24 Jan 2015, 11:17 pm
» WIP - Work In Progress by yaminz Fri 26 Dec 2014, 12:06 pm
» Model Collections by yaminz Fri 26 Dec 2014, 11:58 am
» Rekrut October & November 2014 by atreyudevil Sat 20 Dec 2014, 7:07 am
» Bola Cafe: MALAYSIA! by HangPC2 Sun 14 Dec 2014, 12:35 pm
» Tayar Pirelli boleh tahan! by venez Wed 10 Dec 2014, 4:27 pm
|
Statistics | We have 511 registered users The newest registered user is Belarus
Our users have posted a total of 172030 messages in 1322 subjects
|
MyMil at Facebook | |
|
| MPSA @ News 2 | |
|
+33innocentti sajareg superhornet syafiqhan guyfawke azim09 longisland the_killer escortburuk samuraisan pcboss tin observateur yinchet mirage lkick2113 dreamwarrior Laxamana Akmal3110 helangrimba alphawolf periuk_api1209 atreyudevil heavyduty arizan yaminz jofizo standupper Steven 12 venez marc_zman mumuchi anya8797 37 posters | |
Author | Message |
---|
atreyudevil ADMIN
Posts : 9582 Join date : 19/04/2010
| Subject: Re: MPSA @ News 2 Fri 10 Feb 2012, 3:29 pm | |
|
Last edited by atreyudevil on Fri 10 Feb 2012, 6:37 pm; edited 1 time in total | |
| | | heavyduty Lt Colonel
Posts : 1747 Reputation : 150 Join date : 15/03/2011 Age : 43 Location : OPSEC
| Subject: Re: MPSA @ News 2 Fri 10 Feb 2012, 4:01 pm | |
| tehhehehehehehe.....
Ma'am,stick to singing | |
| | | Steven 12 Captain
Posts : 711 Reputation : 161 Join date : 19/11/2011 Location : Between the bluesky & planet earth
| Subject: Re: MPSA @ News 2 Sun 12 Feb 2012, 7:56 pm | |
| News: Malaysian military, 3rd MEB plan in joint environment
http://www.dvidshub.net/news/82887/malaysian-military-3rd-meb-plan-joint-environment#.TzeoEGGpKuI
| |
| | | Steven 12 Captain
Posts : 711 Reputation : 161 Join date : 19/11/2011 Location : Between the bluesky & planet earth
| Subject: Re: MPSA @ News 2 Mon 13 Feb 2012, 12:47 pm | |
| Serah Terima Tugas Asisten Ketua Staf Cawangan Operasi Dan Latihan - Quote :
- KUALA LUMPUR 9 Jan 2012 – Panglima Grup Gerak Khas Brig Jen Dato’ Abd Samad bin Hj Yaakub dilantik sebagai Asisten Ketua Staf Cawangan Operasi dan Latihan Markas Tentera Darat (OPLAT) menggantikan Mej Jeneral Dato’ Suhaimi bin Haji Mohd Zuki yang kini menjawat jawatan Panglima 4 Division.
Majlis serah terima tugas ini berlangsung di Wisma Pertahanan, dengan disaksikan oleh Ketua Staf Markas Tentera Darat Mej Jen Dato’ Mohd Noor bin Daud serta para pegawai Cawangan OPLAT.
Dalam ucapan perpisahannya, Mej Jeneral Dato’ Suhaimi bin Haji Mohd Zuki berharap semua warga OPLAT akan dapat memberi sokongan serta kerjasama tanpa rasa berbelah bahagi kepada AKS OPLAT yang baru agar dapat melaksanakan tugas serta tanggungjawab yang diamanahkan dengan sempurna dan jitu. http://army.mod.gov.my/index.php/component/content/article/19-buletin-terkini/225-1002121713 | |
| | | marc_zman MODERATOR
Posts : 16328 Reputation : 611 Join date : 08/06/2010 Location : di atas tanah bekas hutan, paya dan ladang kelapa sawit.. tak tau laaa ntah sapa2 pernah kena tanam kat sini dulu.. kalu ada laa
| Subject: Re: MPSA @ News 2 Wed 15 Feb 2012, 6:14 pm | |
| - Quote :
-
Anggota tentera UK sertai kursus TLDM
KUALA LUMPUR 14 Feb. - Buat pertama kali dalam sejarah Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), kursus Pegawai Memerintah Muda yang dianjurkannya turut disertai anggota tentera dari United Kingdom (UK).
Peserta berkenaan ialah Leftenan Martyn Mayger yang berkhidmat dengan Tentera Laut Diraja Britain sejak 2008 dan mempunyai kepakaran dalam bidang navigasi. Selain Mayger, dua lagi peserta luar negara yang turut menyertai kursus tersebut ialah Kapten Laut Mochamad Reza Achwandi dari Indonesia dan Mejar Ahmed Abdallah Ahmed dari Sudan.
Panglima Pendidikan dan Latihan TLDM, Laksamana Muda Datuk Tan Eng Seng menyifatkan kehadiran peserta-peserta berkenaan sebagai duta kecil mewakili negara mereka dalam mengeratkan lagi hubungan dua hala yang sedia terjalin. "Saya ucapkan selamat datang kepada para peserta luar negara khususnya kepada peserta dari UK yang pertama kali menyertai kursus ini.
"Kedatangan peserta-peserta luar negara ini dianggap sebagai duta kecil yang berperanan meningkatkan perkongsian ilmu serta pengalaman selain mengeratkan lagi hubungan dua hala yang telah lama terjalin," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Kursus Pegawai Memerintah Muda TLDM diadakan selama 14 minggu di Pangkalan TLDM Lumut bermula semalam sehingga 15 Mei ini. Kursus tersebut pernah ditawarkan dan disertai oleh peserta dari Thailand, Filipina, Myanmar dan Maldives. Ia bertujuan menyedia dan melahirkan pegawai Tentera Laut yang berkelayakan menjawat jawatan Pegawai Memerintah Kapal serta unit-unit kecil di Pangkalan Tentera Laut.
Antara modul yang diajar dalam kursus berkenaan termasuklah modul pentadbiran kapal, undang-undang tentera, operasi maritim dan kertas kajian maritim.
sumber - Utusan Online
there's alway 1st time for everyting
| |
| | | marc_zman MODERATOR
Posts : 16328 Reputation : 611 Join date : 08/06/2010 Location : di atas tanah bekas hutan, paya dan ladang kelapa sawit.. tak tau laaa ntah sapa2 pernah kena tanam kat sini dulu.. kalu ada laa
| Subject: Re: MPSA @ News 2 Wed 15 Feb 2012, 6:18 pm | |
| - Quote :
Penyertaan TUDM tingkat hubungan pertahanan
SINGAPURA 14 Feb - Penyertaan pasukan Smokey Bandits Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada pertunjukan udara Singapura menunjukkan peningkatan hubungan pertahanan antara kedua negara itu.
Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ini merupakan kali pertama pasukan TUDM itu dijemput untuk memperlihatkan kemampuan mereka pada Singapore Airshow 2012.
"Pada Lima (Pameran Maritim dan Udara Antrabangsa Langkawi) 2011 Singapura menghantar kapal perang, pesawat dan helikopter mereka dan komitment ini memperlihatkan satu kerjasama dan rasa hormat antara dua negara berjiran," katanya kepada pemberita Malaysia pada upacara Sempena Memperingati Allahyarham Leftenan Ahmad Said yang gugur dalam pertempuran Bukit Candu, di sini pada 1942.
Ahmad Zahid yang juga berada di Singapura sempena Singapore Airshow itu, berkata jumlah delegasi dari Malaysia yang menyertai pameran udara kali ini juga agak besar.
Sementara itu Kementerian Pertahanan Singapura dalam satu kenyataan berkata, Ahmad Zahid mengadakan pertemuan dengan Menteri Pertahanan Singapura, Dr. Ng Eng Hen. - BERNAMA
sumber - Utusan Online
| |
| | | atreyudevil ADMIN
Posts : 9582 Reputation : 602 Join date : 19/04/2010 Location : Kuantan
| Subject: Re: MPSA @ News 2 Sun 19 Feb 2012, 11:36 pm | |
| Pasukan elit, 69 Komando 'bertempur'SLIM RIVER, Perak 15 Februari 2012 - Lapan pengganas komunis terbunuh dalam 'pertempuran' sengit selama lebih 30 minit dengan pasukan 69 Komando (Pasukan Gerakan Khas) Polis Diraja Malaysia di hutan simpan Bukit Slim, Ulu Slim, Perak. Pertempuran bermula seawal subuh itu berlaku dalam suasana masih gelap setelah anggota-anggota Parti Komunis Malaya (PKM) itu berjaya dijejaki pergerakan mereka sejak dua minggu lalu. Dalam pertempuran tersebut, lima anggota elit 69 Komando cedera terkena tembakan musuh dan jerangkap samar yang dipasang sekeliling kem pengganas komunis terbabit. Pertempuran di Bukit Slim pada pagi itu turut menggemparkan penduduk sekitar Ulu Slim kerana bunyi tembakan dan letupan bom dapat didengar sejauh tiga kilometer. Namun, semua aksi pertempuran itu sebenarnya adalah Latihan Asas Hutan Pasukan 69 Komando, melibatkan 35 pelatih dan 20 jurulatih dari 69 Komando. Ia merupakan hari terakhir Latihan Asas Hutan setelah lima bulan para pelatih itu menjalani latihan. Latihan yang diberi nama OPS MACAI KHAS adalah ujian terakhir asas komando selama 10 hari di dalam hutan. Latihan ini menitik beratkan ketahanan fizikal, mental dan teknikal. Ia bukan sahaja bergantung pada tenaga sahaja tetapi para pelatih juga diterapkan dengan pelbagai kepakaran khas yang merangkumi latihan selama 8 bulan iaitu latihan asas 5 bulan dan 3 bulan latihan hutan sebelum layak bergelar anggota 69 komando. Selain kawasan hutan Bukit Slim, para pelatih berkenaan turut menjalani latihan di Manong dan sekitar Kuala Kangsar termasuk di hutan paya bakau. Sebelum latihan hari terakhir itu diadakan, Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Pasukan Gerakan Khas (KDN/KA PGK) YDH SAC Dato' Abd. Rashid bin Haron dan Komander 69 Komando, YDH SAC Dato' Azizan Abd. Aziz turut hadir bagi memberi semangat kepada para pelatih. YDH SAC Dato' Abd. Rashid Haron memberitahu, para pelatih itu merupakan sejumlah kecil daripada lebih 450 anggota polis yang menyertai pemilihan peringkat awal untuk menyertai 69 Komando selama dua minggu di Briged Utara,Ulu Kinta. Menurutnya, daripada jumlah itu hanya 68 anggota berjaya dipilih menyertai latihan asas komando selama lima bulan dan latihan asas hutan tiga bulan. ''Bagaimanapun, daripada 68 orang itu hanya 35 anggota sahaja berjaya mengharungi segala cabaran dan halangan hingga ke peringkat akhir latihan, pelbagai aspek kegagalan semasa menyertai latihan asas komando diambil kira iaitu tidak mencapai sasaran, melanggar disiplin,melakukan kesilapan dan tidak mempunyai minat yang tinggi", katanya lagi. Beliau juga turut berkata, memandangkan situasi semasa dan pentingnya peranan 69 Komando terhadap keselamatan negara, terdapat cadangan supaya tempoh latihan asas itu dilanjutkan serta dimasa akan datang 69 komando akan dibuka kepada anggota wanita tetapi syarat-syarat serta latihan yang akan diberikan sama seperti latihan anggota lelaki. Sementara itu, YDH SAC Dato' Azizan bin Abd. Aziz, Komander 69 Komando pula memberitahu, walaupun 35 pelatih itu dapat mengharungi latihan sehingga ke hari terakhir, namun mereka akan dinilai semula. ''Kita akan terperincikan setiap kebolehan, kemampuan, kemahiran, disiplin serta sikap mereka termasuk dari segi kerjasama berpasukan sepanjang menjalani latihan. Ini termasuk penilaian daripada para jurulatih dan mereka yang layak sahaja akan dipanggil untuk menyertai 69 Komando,'' katanya. [You must be registered and logged in to see this image.] Ketika sesi mendaki bukit...
[You must be registered and logged in to see this image.] Antara anggota komando 69 yang menjalani latihan...
[You must be registered and logged in to see this image.] Ground Komander Insp Mohd Yusuf bin Ariffin ketika memberi taklimat operasi...
[You must be registered and logged in to see this image.] Para pelatih tekun mendengar...
[You must be registered and logged in to see this image.] Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Pasukan Gerakan Khas (KDN/KA PGK) YDH SAC Dato' Abd. Rashid bin Haron ketika memberi kata-kata nasihat kepada pelatih...
[You must be registered and logged in to see this image.] YDH SAC Dato' Abd. Rashid bin Haron Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Pasukan Gerakan Khas (KDN/KA PGK) dan YDH SAC Dato' Azizan Abd. Aziz, Komander 69 Komando sedang mendengar taklimat...
[You must be registered and logged in to see this image.] Bergambar kenangan bersama jurulatih...
[You must be registered and logged in to see this image.] Siap sedia sentiasa...
[You must be registered and logged in to see this image.] Berehat sambil menunggu nasi masak...
[You must be registered and logged in to see this image.] Persiapan yang biasa dilakukan...
[You must be registered and logged in to see this image.] Sedia berhidmat demi Agama Bangsa dan Negara...
[You must be registered and logged in to see this image.] Sentiasa waspada...
[You must be registered and logged in to see this image.] Teknik masak komando 69...
sitrep:http://www.rmp.gov.my/ | |
| | | atreyudevil ADMIN
Posts : 9582 Reputation : 602 Join date : 19/04/2010 Location : Kuantan
| Subject: Re: MPSA @ News 2 Sun 19 Feb 2012, 11:44 pm | |
| Latihan Pasukan Gerakan Khas (PGK) bersama US Army dan US Navy.Latihan ini dijalankan bersama 'C' Company 1 Batalion 1 Special Forces Group yang berpengkalan di Pulau Okinawa Jepun dan beribu pejabat di Hawaii. Gandingan latihan bersama Pasukan Gerakan Khas (Unit Tindakan Khas) telah bermula sejak tahun 1996 sehingga kini. Latihan dijalankan 1 atau 2 kali setahun dengan US Army dan kadang kala terdapat juga latihan dengan US Navy dalam bidang penyelam tempur. Bertempat di Lapangan Terbang Unit Udara Ipoh, latihan yang berlangsung pada hari ini adalah bersama tentera US Army bermula pada 16 Januari dengan acara penerjunan persahabatan dan berakhir pada 17 Februari 2012. Kumpulan US Army ini diketuai oleh Major Stephen Taylor. Terdapat 40 operatif US dan 38 operatif PGK dalam latihan ini, manakala kumpulan sniper pula telah menjalankan latihan di LISRAM Pulau Langkawi selama dua minggu. Perkara-perkara yang didedahkan dalam latihan ini adalah:- 1) Kemahiran medan/teknik menembak 2) Kemahiran merancang dan mengendali serbuan bangunan 3) Kemahiran 'perubatan tempur' (Combat causality care) 4) Kemahiran letupan 5) Pertempuran dikawasan bandar (fighting in built up area-(FIBUA) 6) Perancangan operasi 7) Latihan Sniper Setelah latihan tamat, Pasukan Gerakan Khas (UTK) akan mengajar kemahiran pengiring rapat kepada pihak 'C' Company 1 Battalion, 1 Special Forces Group selama 3 hari (reciprocal training). Semasa latihan peringkat akhir, seramai 4 Pegawai FBI dari Los Angeles Field Office akan menjalakan latihan 'evidence collection'. Sebagai penghormatan, pada 15 Februari 2012, YDH Dato' Wira Salleh bin Mat Rashid, Pengarah Jabatan KDN/KA dan YDH Dato' Azizan bin Abd Aziz, Komander 69 Komando telah menerima anugerah Sayap Penerjunan Tentera US Kehormat yang telah berlangsung di Unit Udara Polis Ipoh, Perak. [You must be registered and logged in to see this image.]Antara Tentera US sedang berbincang... [You must be registered and logged in to see this image.]Menunggu ketibaan YDH Dato' Wira Salleh bin Mat Rashid, Pengarah Jabatan KDN/KA... [You must be registered and logged in to see this image.]Ketibaan YDH Dato' Wira Salleh bin Mat Rashid, Pengarah Jabatan KDN/KA... [You must be registered and logged in to see this image.]Ketika melihat pertunjukan gabungan Tentera US dan UTK PDRM.... [You must be registered and logged in to see this image.]UTK PDRM mengempur... [You must be registered and logged in to see this image.]Merancang operasi... [You must be registered and logged in to see this image.]Tentera US sedang 'standby'... [You must be registered and logged in to see this image.]Memeriksa lokasi... [You must be registered and logged in to see this image.]UTK PDRM bersama Tentera US... [You must be registered and logged in to see this image.]Segak berdiri megah Unit Tindakan Khas PDRM... [You must be registered and logged in to see this image.]Pasukan Tentera US ketika mengempur... [You must be registered and logged in to see this image.]Unit pemusnah bom...Tentera US... [You must be registered and logged in to see this image.]Antara penganas yang telah ditembak mati... [You must be registered and logged in to see this image.]Antara barisan kehormat... [You must be registered and logged in to see this image.]YDH Dato' Wira Salleh bin Mat Rashid, Pengarah Jabatan KDN/KA menerima Sayap Penerjunan Tentera US Kehormat daripada Major Stephen Taylor daripada tentera US Army... [You must be registered and logged in to see this image.]YDH SAC Dato' Azizan bin Abd Aziz, Komander 69 Komando menerima Sayap Penerjunan Tentera US Kehormat daripada Major Stephen Taylor daripada tentera US Army... [You must be registered and logged in to see this image.]YDH Dato' Wira Salleh bin Mat Rashid, Pengarah Jabatan KDN/KA menyampaikan cenderahati kepada Major Stephen Taylor daripada tentera US Army... [You must be registered and logged in to see this image.]YDH Dato' Abd Rashid bin Harun, Timbalan Pengarah Jabatan KDN/KA (PGK) menyampaikan cenderahati kepada YDH Dato' Wira Salleh bin Mat Rashid, Pengarah Jabatan KDN/KA... [You must be registered and logged in to see this image.]Sesi bergambar kenangan... sitrep:http://www.rmp.gov.my/ | |
| | | periuk_api1209 Staff Sargent
Posts : 334 Reputation : 12 Join date : 24/08/2010
| Subject: Re: MPSA @ News 2 Mon 20 Feb 2012, 11:28 am | |
| ...pergh..PR Polis memang terbaik ah..huhuhuhu | |
| | | standupper Kehormat MyMil
Posts : 3271 Reputation : 630 Join date : 04/05/2010
| Subject: Re: MPSA @ News 2 Mon 20 Feb 2012, 12:31 pm | |
| Unit mana nie bro? Patch Insignia Special forces.. | |
| | | marc_zman MODERATOR
Posts : 16328 Reputation : 611 Join date : 08/06/2010 Location : di atas tanah bekas hutan, paya dan ladang kelapa sawit.. tak tau laaa ntah sapa2 pernah kena tanam kat sini dulu.. kalu ada laa
| Subject: Re: MPSA @ News 2 Mon 20 Feb 2012, 1:26 pm | |
| - standupper wrote:
- Unit mana nie bro? Patch Insignia Special forces..
- Quote :
- Latihan ini dijalankan bersama 'C' Company 1 Batalion 1 Special Forces Group yang berpengkalan di Pulau Okinawa Jepun dan beribu pejabat di Hawaii.
tau dlm bahasa lama dia.. C Coy (SFOD-B), 1 Btn (SFOD-C), 1st SFGrp.. something like that laaa.. 1st grup ni kompem okinawa mari.. tapi dia dtg sini M.O. tarak ikut aaaaa
| |
| | | Steven 12 Captain
Posts : 711 Reputation : 161 Join date : 19/11/2011 Location : Between the bluesky & planet earth
| Subject: Re: MPSA @ News 2 Sat 25 Feb 2012, 1:50 pm | |
| [You must be registered and logged in to see this image.]Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah diiringi Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin pada Istiadat Perbarisan Memuliakan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV selaku Pemerintah Tertinggi ATM. - Quote :
- Jumaat Februari 24, 2012
Tuanku Abdul Halim Berangkat Ke Istiadat Perbarisan Memuliakan Agong KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Haminah Hamidun berkenan berangkat menghadiri istiadat perbarisan memuliakan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-14 selaku pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Malaysia pada Jumaat.
Keberangkatan tiba pasangan diraja itu di Dataran Panglima Angkatan Tentera tepat pada pukul 9 pagi disambut dengan lagu Negaraku dan tembakan meriam 21 das.
Seri Paduka kemudian memeriksa perbarisan terdiri daripada 22 pegawai dan 586 anggota lain-lain pangkat bagi ketiga-tiga perkhidmatan ATM yang diiringi oleh Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.
Perbarisan tersebut terdiri daripada lima detasmen iaitu tiga detasmen dari Tentera Darat iaitu detasmen Rejimen Askar Melayu Diraja, detasmen Renjer Diraja dan detasmen Kor Armor Diraja selain detasmen Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Sebaik selesai pemeriksaan barisan dan pancaragam pusat ATM, lima buah pesawat terdiri daripada sebuah pesawat Agusta dari Tentera Darat Malaysia, sebuah pesawat Fennex dari TLDM, dua buah pesawat nuri serta sebuah pesawat Allouette dari TUDM terbang di ruang udara bagi upacara lintas hormat.
Pesawat-pesawat tersebut telah membawa Jalur Gemilang, bendera ATM dan bendera ketiga-tiga perkhidmatan.
Laungan 'Daulat Tuanku' sebanyak tiga kali oleh anggota perbarisan bergema di dataran itu pada penghujung istiadat disusuli dengan bacaan doa.
Tuanku Abdul Halim kemudian sekali lagi menerima tabik hormat daripada pasukan kawalan kehormatan sebelum meninggalkan majlis itu pada pukul 9.40 pagi.
Turut hadir ke istiadat itu ialah panglima-panglima dari ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM, atase pertahanan beberapa suruhanjaya tinggi serta kedutaan dinegara ini. - BERNAMA
| |
| | | standupper Kehormat MyMil
Posts : 3271 Reputation : 630 Join date : 04/05/2010
| Subject: Re: MPSA @ News 2 Thu 01 Mar 2012, 10:25 pm | |
| ROMBAKAN BESAR BARISAN KEPIMPINAN TERTINGGI TLDM
1. Laksamana Madya Dato’ Abd Hadi bin A. Rashid secara rasminya pada hari ini dilantik sebagai Panglima Armada iaitu jawatan ketiga tertinggi di dalam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Perlantikan tersebut dilaksanakan dalam Majlis Serah Terima Tugas Panglima Armada di Pangkalan TLDM Lumut Perak yang turut disaksikan oleh Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz bin Haji Jaafar. Laksamana Tan Sri Abdul Aziz turut mengumumkan satu rombakan besar sedang dilakukan dalam barisan kepimpinan tertinggi TLDM yang melibatkan lima portfolio utama.
2. Berikut adalah senarai pegawai kanan TLDM yang terlibat di dalam rombakan organisasi tertinggi TLDM:
a. Laksamana Madya Dato’ Abd Hadi bin A. Rashid menjawat jawatan Panglima Armada di Pangkalan TLDM Lumut.
b. Laksamana Muda Dato’ Pahlawan Mohammad Rosland bin Omar menjawat jawatan Panglima Wilayah Laut 2 di Pangkalan TLDM Teluk Sepangar Sabah.
c. Laksamana Pertama Abd Aziz bin Mohd Sani menjawat jawatan Panglima Bantuan di Pangkalan TLDM Lumut.
d. Laksamana Muda Dato’ Anuwi bin Hassan menjawat jawatan Asisten Ketua Staf Operasi dan Pertahanan di Markas ATM, Kementerian Pertahanan.
e. Laksamana Muda Dato’ Abdul Ghani bin Othman menjawat jawatan Asisten Ketua Staf Rancang dan Operasi di Markas Tentera Laut, Kementerian Pertahanan.
3. Berikutan dari rombakan pemerintahan tertinggi tersebut, beberapa majlis serah terima tugas dilaksanakan berasingan di Markas Tentera Laut, Pangkalan TLDM Lumut Perak dan Pangkalan TLDM Teluk Sepangar Sabah agar majlis tersebut turut disaksikan oleh pegawai-pegawai kanan dan warga formasi dan unit masing-masing. Rombakan tersebut dilakukan berikutan persaraan beberapa orang pegawai kanan TLDM dalam masa terdekat ini iaitu Laksamana Madya Dato’ Wira Jamil bin Haji Osman dan Laksamana Muda Dato’ Musa bin Omar.
4. Dalam pada itu, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz turut menyempurnakan pemakaian pangkat sembilan orang pegawai kanan TLDM di Dewan Sidek Shabudin, KD PELANDOK, Pangkalan TLDM Lumut Perak. Mereka yang dinaikkan pangkat seperti berikut:
a. Laksamana Muda ke Laksamana Madya - Laksamana Muda Dato’Abd Hadi bin A. Rashid.
b. Laksamana Pertama ke Laksamana Muda - Laksamana Pertama Dato’ Pahlawan Mohammad Rosland bin Omar.
c. Kepten TLDM ke Laksamana Pertama - Kepten Chin Yoon Chin TLDM. - Kepten Abd Aziz bin Mohd Sani TLDM.
d. Komander TLDM ke Kepten TLDM - Komander Mohd Kindil bin Md Akam TLDM. - Komander Mohd Shaiful Adli Chung bin Abdullah TLDM. - Komander Azhar bin Adam TLDM. - Komander Suhaimi bin Sani TLDM. - Komander Shamsuddin bin Haji Ludin TLDM.
5. Kenaikan pangkat bagi pegawai-pegawai TLDM ini adalah sebagai tanda kepercayaan pucuk pimpinan TLDM dan penghargaan kepada warganya seiring dengan amanah dan tanggungjawab untuk mereka terus berkhidmat dengan lebih gigih, cemerlang dan berintegriti di dalam organisasi TLDM.
____________________________________________________________
| |
| | | Steven 12 Captain
Posts : 711 Reputation : 161 Join date : 19/11/2011 Location : Between the bluesky & planet earth
| Subject: Re: MPSA @ News 2 Sat 03 Mar 2012, 1:18 am | |
| http://www.tv3.com.my/beritatv3/tajuk_utama/TAJUK_UTAMA_3_1330684928.html [You must be registered and logged in to see this image.] - Quote :
- Jasa Dan Pengorbanan Tentera Dihargai - 02/03/2012 18:42:00
Sementara itu - Perdana Menteri berkata, kerajaan tidak pernah melupakan jasa dan pengorbanan anggota tentera dalam memastikan keselamatan negara.
Justeru, mereka diberi kemudahan yang adil - termasuk anggota rejimen sempadan yang kehidupan mereka kini jauh lebih baik -berbanding kerahan tenaga sebelum diserap ke pasukan itu.
"Saya pernah melawat kem ini ketika menjadi Menteri Pertahanan pada 2008 dan saya rasa sangat sedih dan menyayat hati melihat kem ini ketika itu. Saya buat keputusan dalam hati untuk lakukan apa saja termampu supaya kemudahan kem ini dan kebajikan anggota kem ini dapat diperjuang dan menempa masa depan lebih baik dan terjamin".
Datuk Seri Mohd Najib berucap pada Majlis Ramah Mesra bersama warga rejimen sempadan batalion 2 kem, Batu Melintang.
Beliau turut mengumumkan peruntukan 600 ribu ringgit untuk kebajikan anggota di dua kem rejimen berkenaan
| |
| | | yaminz MODERATOR
Posts : 13517 Reputation : 378 Join date : 23/04/2010 Age : 45
| Subject: Re: MPSA @ News 2 Wed 07 Mar 2012, 8:22 am | |
| | |
| | | marc_zman MODERATOR
Posts : 16328 Reputation : 611 Join date : 08/06/2010 Location : di atas tanah bekas hutan, paya dan ladang kelapa sawit.. tak tau laaa ntah sapa2 pernah kena tanam kat sini dulu.. kalu ada laa
| Subject: Re: MPSA @ News 2 Fri 09 Mar 2012, 9:46 am | |
| [You must be registered and logged in to see this image.] selingan.. wa takleh bayangkan GGK training night infil pakai kayak kat resort2 ni.. isk isk isk | |
| | | mumuchi GLOBAL MODERATOR
Posts : 19551 Reputation : 525 Join date : 05/06/2010 Location : Dulu Tempat Lumba Kuda
| Subject: Re: MPSA @ News 2 Fri 09 Mar 2012, 9:58 am | |
| - marc_zman wrote:
[You must be registered and logged in to see this image.] selingan.. wa takleh bayangkan GGK training night infil pakai kayak kat resort2 ni.. isk isk isk bukan dalam ops pasir kat sabah tu memang ada buat ke? | |
| | | marc_zman MODERATOR
Posts : 16328 Reputation : 611 Join date : 08/06/2010 Location : di atas tanah bekas hutan, paya dan ladang kelapa sawit.. tak tau laaa ntah sapa2 pernah kena tanam kat sini dulu.. kalu ada laa
| Subject: Re: MPSA @ News 2 Fri 09 Mar 2012, 10:02 am | |
| - mumuchi wrote:
- marc_zman wrote:
[You must be registered and logged in to see this image.]
selingan.. wa takleh bayangkan GGK training night infil pakai kayak kat resort2 ni.. isk isk isk bukan dalam ops pasir kat sabah tu memang ada buat ke? heheheee.. ni diff story laaa bang.. 2nd home of ggk bakal jadik pusat pelancongan busat.. hohohooo | |
| | | mumuchi GLOBAL MODERATOR
Posts : 19551 Reputation : 525 Join date : 05/06/2010 Location : Dulu Tempat Lumba Kuda
| Subject: Re: MPSA @ News 2 Fri 09 Mar 2012, 10:12 am | |
| tau story..tapi senangla deme praktis nyusup masuk pusat keriangan ekekeke! | |
| | | marc_zman MODERATOR
Posts : 16328 Reputation : 611 Join date : 08/06/2010 Location : di atas tanah bekas hutan, paya dan ladang kelapa sawit.. tak tau laaa ntah sapa2 pernah kena tanam kat sini dulu.. kalu ada laa
| Subject: Re: MPSA @ News 2 Fri 09 Mar 2012, 10:21 am | |
| aye aye.. & de tourists could also make courtesy visit bla bla bla.. look alive gentleman, look alive | |
| | | atreyudevil ADMIN
Posts : 9582 Reputation : 602 Join date : 19/04/2010 Location : Kuantan
| Subject: Re: MPSA @ News 2 Mon 12 Mar 2012, 12:00 pm | |
| Last surviving soldier of Bukit Candu encounter left to fend for himselfKUALA LUMPUR: The last surviving soldier to have fought in the battle of Bukit Candu, Singapore, during the Japanese invasion in the Second World War in February 1942 is now living alone in Sikamat, Seremban. Private Ujang Mormin, 91, is left to fend for himself after his wife died two years ago while two of his three children have also died, and another could not be traced. “I'm now surviving on a RM200 pension after retiring from the Prisons Department,” he said after receiving a Pingat Jasa Malaysia from Defence Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Ha-midi at the Sungai Besi Camp here yesterday. Ujang was one of 42 men from the First Malay Regiment, headed by the legendary Lt Adnan Saidi, who made their final stand against the Japanese onslaught on Bukit Candu. [You must be registered and logged in to see this image.] Honoured veteran: Ujang showing his medal at the Sungai Besi Camp in Kuala Lumpur yesterday. Serving the army for seven years from 1941, Ujang said he retreated downhill under heavy Japanese artillery fire and did not see how Lt Adnan was gunned down. “One of the soldiers, who retreated with me, was hit by a bomb shrapnel and died. “It saddened me when I dug up a grave to bury him,” he said with tears. As the Japanese strengthened their stranglehold on Singapore, Ujang was ordered to return to his hometown by his superior but he chose to hide in the jungle on the island before he was adopted by a family. He stayed with the family for two months before returning to Rembau, Negri Sembilan, after Singapore fell to the Japanese. Ujang was also awarded a War Medal and a Pacific Star Medal by the British government. - Bernama | |
| | | marc_zman MODERATOR
Posts : 16328 Reputation : 611 Join date : 08/06/2010 Location : di atas tanah bekas hutan, paya dan ladang kelapa sawit.. tak tau laaa ntah sapa2 pernah kena tanam kat sini dulu.. kalu ada laa
| Subject: Re: MPSA @ News 2 Mon 19 Mar 2012, 9:48 am | |
| - Quote :
-
Tukun Kapal Perang Oleh Mohd Rafi Mamat am@hmetro.com.my KUANTAN: Jabatan Taman Laut negeri akan menenggelamkan sebuah kapal, KM Sipadan yang berusia lebih 50 tahun untuk dijadikan tukun tiruan di Pulau Tioman, Rompin, pada 28 Mac ini.
KM Sipadan yang sudah dilupuskan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) itu kini ditempatkan di jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kemunting dan akan ditenggelamkan di kawasan taman laut Sawadi iaitu kira-kira 1.5 batu nautika daripada taman laut pulau berkenaan.
Pengarahnya, Mohamed Ridzuan Mohamed Alias berkata, kapal berkenaan sepatutnya ditenggelamkan akhir tahun lalu namun disebabkan beberapa masalah, proses itu terpaksa ditunda hingga 28 Mac. Menurutnya, kapal berukuran 31 meter panjang dan 4.5 meter lebar itu akan ditunda dari jeti LKIM minggu depan untuk menjalani pemeriksaan terakhir sebelum ditenggelamkan. Katanya, ini adalah kali pertama dalam sejarah negara apabila sebuah kapal perang yang pernah digunakan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dijadikan tukun tiruan.
“Kami akan menempatkan kapal berkenaan di kawasan terumbu karang yang dikenali dengan nama Sawadi. Ini kerana, perairan berkenaan mempunyai kedalaman lebih 30 meter dan terkenal dengan aktiviti menyelam. Sebelum ini kita juga pernah menenggelamkan lebih 15 bot dan kapal nelayan asing yang dirampas untuk dijadikan tukun tiruan di kawasan berkenaan yang akan menjadi tempat pembiakan hidupan laut seperti ikan dan batu karang, katanya." Beliau berkata, dalam tempoh empat hingga lima tahun selepas kapal itu ditenggelamkan, batu karang akan membiak seterusnya berupaya menarik perhatian ikan untuk berada di kawasan berkenaan.
Mohamed Ridzuan berkata, pihaknya yakin dengan adanya tukun tiruan di kawasan terumbu karang berkenaan, ia bukan saja menjadi tempat pembiakan ikan tetapi bakal terkenal sebagai lokasi aktiviti menyelam di kalangan pelancong. Katanya, antara ikan yang mudah membiak di kawasan tukun tiruan ialah kerapu, jenahak, pari, yu, selar papan dan udang. Malah, jumlah hidupan laut di perairan Pulau Tioman akan terus bertambah dengan usaha yang dilakukan itu.
“Penyelam bukan saja berpeluang masuk ke dalam setiap bilik dalam kapal perang berkenaan tetapi juga dapat melihat senjata seperti meriam dan beberapa peralatan lain,” katanya. bior betoi? xkan laaa meriam 40mm tu pun dia nak buat tukun sekali? wa takut kang baru sehari kapal ni ditenggelamkan, dak abu pun menyusul sama muchi.. mau bukak n bawak balik itu meriam | |
| | | Steven 12 Captain
Posts : 711 Reputation : 161 Join date : 19/11/2011 Location : Between the bluesky & planet earth
| Subject: Re: MPSA @ News 2 Mon 19 Mar 2012, 10:20 am | |
| kenapa tak bagi kat Muzium jer... lagi ramai orang boleh tengok... ermmmm... | |
| | | marc_zman MODERATOR
Posts : 16328 Reputation : 611 Join date : 08/06/2010 Location : di atas tanah bekas hutan, paya dan ladang kelapa sawit.. tak tau laaa ntah sapa2 pernah kena tanam kat sini dulu.. kalu ada laa
| Subject: Re: MPSA @ News 2 Mon 19 Mar 2012, 10:26 am | |
| kan, stevie kan, kan kan.. kalu dihibah ke muzium maritim kat melaka tu pun best kan.. nanti ado laaa kapal selam, PC, PV, OPV, FFG dsb kat sana.. perghhh.. pasti menarik | |
| | | Steven 12 Captain
Posts : 711 Reputation : 161 Join date : 19/11/2011 Location : Between the bluesky & planet earth
| Subject: Re: MPSA @ News 2 Mon 19 Mar 2012, 10:33 am | |
| ye la.. berapa kerat la rakyat yang main scuba diving ni... yang ramai semua main muff diving jer.. wakakakaaaaaaa... lagi pun bagi aku tukun bukan benda asli yang asal dalam tu akan sedikit sebanyak mendatangkan pencemaran... cukup la pakai tukun konkrit jer....
| |
| | | mumuchi GLOBAL MODERATOR
Posts : 19551 Reputation : 525 Join date : 05/06/2010 Location : Dulu Tempat Lumba Kuda
| Subject: Re: MPSA @ News 2 Mon 19 Mar 2012, 10:53 am | |
| Kat melaka dah ada Ex Terengganu...biasalh sekarang trend tenggelam kapal repeat kapal perang buat diver paradise..takpalah kita follow dengan patrol boat aja...jadilah buat tambah ikan.. | |
| | | Sponsored content
| Subject: Re: MPSA @ News 2 | |
| |
| | | | MPSA @ News 2 | |
|
Similar topics | |
|
| Permissions in this forum: | You cannot reply to topics in this forum
| |
| |
| |
|