Established on April 2010. MyMil is a hangout place where military enthusiasts meet, fully armed with mouse, keyboard and few cups of coffee. |
Member2 baru diharapkan dapat perkenalkan diri masing2 di SINI terlebih dulu, terima kasih To all MYMIL forumer please be very careful with all information posted, we don't to any vital information of our security forces or rumors circulating around that would bring a bad implications. Kepada semua forumer MYMIL, diminta untuk berposting dengan lebih berhemah serta tidak mendedahkan atau menyebarkan informasi penting mengenai pasukan keselamatan atau sebarang khabar angin yang membawa implikasi yang teruk. Kempen Anti Khabar Angin MYMIL sedang berjalan, sebarang post yang jatuh ke dalam kategori Khabar Angin akan dipadam tanpa sebarang amaran. Harap Maklum Selamat menyambut HUT ke 80 Tentera Laut DiRaja Malaysia MYMIL Anti Rumours Campaign is now in motion, any postage that fall under that condition will be edited and deleted without any warning. Please be advised Off topics haven, borak sampai pengsan di Warung Kopi Pak Jabit!! Mana2 posting yg bersifat provokasi, spam dan trol akan dipadam tanpa ragu2 lagi. Sila berposting dgn berhemah. Kepada ahli2 yg tidak pernah aktif dan berposting dalam masa 20 hari dari tarikh pendaftaran keahlian anda akan DIGUGURKAN. Ini adalah untuk menggalakan forumer untuk lebih aktif berforum. To all new forumer without any post (post = 0), your membership will be DROPPED in 20 days after the registration date, this is to discourage silent lurkers in the forum.
To all Mozilla Firefox, Chrome or Opera browser user, please activate browser add-on "AdBlock" to enable ad free MYMIL experience! -TQ Kepada semua pengguna Mozilla Firefox, Chrome atau Opera. Sila aktifkan browser add-on yang bernama "AdBlock" untuk mengelakkan gangguan iklan didalam Mymil -TQ |
Latest topics | » Sembang Medan Selera Pak Jebat V44 by HangPC2 Sat 27 Aug 2022, 5:36 pm
» Halo semua by matamata Mon 25 Oct 2021, 9:56 pm
» Cerita Rakyat by mumuchi Sun 05 Sep 2021, 10:35 am
» Konfrontasi Malaysia-Indonesia 1962-66 by mumuchi Sun 05 Sep 2021, 10:28 am
» PAINTBALL - Come get some... by pisang Tue 13 Dec 2016, 1:53 pm
» Baru balik by pisang Mon 12 Dec 2016, 5:47 pm
» Jaket camo by atreyudevil Fri 15 Jul 2016, 4:17 pm
» Nusantara Total War: Portuguese Invasion by Adib Mon 22 Feb 2016, 7:57 pm
» Rekrut baru disini by kapokbesi Thu 11 Feb 2016, 4:32 pm
» Keretapi Tanah Melayu Berhad by zacky.uesoff Thu 04 Feb 2016, 11:00 pm
» ALL ABOUT HAM RADIO (AMATEUR RADIO STATION) by kapokbesi Mon 16 Nov 2015, 12:42 pm
» BACKPACKING by venez Tue 31 Mar 2015, 5:11 pm
» Rekrut 2015 by atreyudevil Sun 29 Mar 2015, 8:34 pm
» Sejarah Pangkalan-Pangkalan Udara TUDM by venez Tue 24 Mar 2015, 11:02 am
» MyMil useful website lists by atreyudevil Sat 24 Jan 2015, 11:17 pm
» WIP - Work In Progress by yaminz Fri 26 Dec 2014, 12:06 pm
» Model Collections by yaminz Fri 26 Dec 2014, 11:58 am
» Rekrut October & November 2014 by atreyudevil Sat 20 Dec 2014, 7:07 am
» Bola Cafe: MALAYSIA! by HangPC2 Sun 14 Dec 2014, 12:35 pm
» Tayar Pirelli boleh tahan! by venez Wed 10 Dec 2014, 4:27 pm
|
Statistics | We have 511 registered users The newest registered user is Belarus
Our users have posted a total of 172030 messages in 1322 subjects
|
MyMil at Facebook | |
|
| Cerita Rakyat | |
| | Author | Message |
---|
standupper Kehormat MyMil
Posts : 3271 Reputation : 630 Join date : 04/05/2010
| Subject: Cerita Rakyat Sun 29 May 2011, 2:04 pm | |
| Cerita Emak Tentang Jatuhnya Pesawat Pengebom B29 di Kampung Kami by Abdul Hamid Ahmad, 29 May 2011 Kelmarin 28 Mei 2011, aku dan Safwan duduk bersama Emak di meja dapur selepas sarapan pagi yang panjang. Emak kami sememang gemar bercerita tentang kisah lama-lama, tentulah Emak sudah melihat banyak hal tentang susah senangnya hidup. Masih banyak yang Emak masih ingat. Asalnya Emak menyebut bahawa dulu keluarga kami ini sememang tidak banyak yang dimiliki – maklum sajalah keadaan hidup ketika itu. Atuk bukan bekerja makan gaji – ketika itu jika kerja makan gaji sudah cukup lumayan hidup. Atuk adalah manusia yang membina kehidupan dengan kudrat, yang asalnya sememangnya tiada bertanah. Di rumah ketika akan berkahwin dengan Abah, kata Emak, cuma ada 7 buah pinggan. Tujuh buah! Maka ketika akan berkenduri, Enek meminjamlah pada jiran sekeliling rumah termasuklah di rumah Uwan Ateh Iyah. Periuk juga tidak sempurna, kuali sememang tidak ada. Pada suatu hari, ketika Emak masih kanak-kanak, kapalterbang jatuh di kampung kami. Kata Emak, namanya B29 – tak boleh lupa, katanya lagi. [Tarikh sebenar peristiwa ini adalah pada 11 Januari 1945 – boleh dibaca di sini [You must be registered and logged in to see this link.] Umur Emak pada ketika itu barangkali dalam 10 atau 11 tahun. Sebenarnya kapalterbang itu besar sekali kerana ia adalah sebuah pesawat pengebom berinjin empat milik pasukan tentera Amerika. Kata Emak, badan pesawat ini jatuh di kawasan sawah padi di Kampung Padang. Agaknya sekarang ini tempat ini dapat dilihat terus daripada kawasan jalanraya depan rumah Kak Ita Rahmat, depan kedai Gani Kiding. Ekornya telah putus dan jatuh menimpa dapur rumah Tok Hj Talib, datuk sahabatku si Moran. Ia terbakar dan berasap berhari-hari. Kata Emak, air di sawah padi pada ketika itu kelihatan berwarna warni, tetapi bila dipijak, rupa-rupanya minyak! Dapat kulihat Emak masih menceritakan pengalamannya sebagai seorang kanak-kanak. Mereka beramai-ramai pergi melihat. Bau minyak memenuhi segenap ruang. Ada gambar pesawat yang jatuh ini di sini Cebisan-cebisan besar pesawat ini jatuh di merata tempat. Sayapnya patah dan putus di udara. Sebahagian jatuh di Tiga Bato (hilir kampung kami). “Dihimpok-e kobau ‘ontuo Cayut Tigo Bato nua hah, mati!”, Kata Emak. “Oghang putih nan jatuh di Kolomobuk tu, ando pistol-e. Dapek dek Tuk Aseh pistol-e tu, dijual-e kek Cino Omeh”, Kata Emak lagi. Tidak lama kemudian, kata Emak, perangpun tamat – Jepun telah menyerah di Singapura. Bangkai pesawat B29 masih di situ dan mula dikerjakan oleh penduduk kampung. Ada yang menggunakannya untuk membuat tutup pintu pagar, ada yang hanya mengambil dan menyimpan saja. Satu ketika, ada tukang logam berbangsa Cina yang datang dan duduk di Semerbok. Kerjanya mengambil upah menukang besi dan logam. Orang-orang di kampung kami telah pergi membawa cebisan aluminium pesawat ini dan menempahnya menjadi kuali, periuk dan macam-macam benda. Atuk juga tidak ketinggalan. Ditempahnya tiga buah periuk, besar, sedang dan kecil. Aku sempat melihat dan makan nasi dan gulai yang telah dimasak di dalam periuk itu. Kini semuanya sudah berlubang, tetapi sempat periuk ini bantu membesarkan semua 12 orang anak-anak Emak dan Abah. Aku pernah lihat periuk kecil itu dengan tudungnya sekali, yang dua lagi sememang tidak bertudung. Semasa bulan puasa, Emak rebus mi sanggul dipengat bersama pisang masak. Bila sembelih ayam, Emak gulai dalam periuk yang sederhana itulah. Periuk-periuk itu semua tidak pernah putih bahagian luarnya, ia tebal dengan jelaga dan tak perlu cuci sebab keluarga kami sememang masak nasi dan bertanak gulai tiga kali sehari – pagi, tengahari dan malam. Nasi juga tak pernah sempat basi di dalam periuk! Anggota yang mati telah disimpan oleh rakan-rakannya di dalam ladang getah milik Hj Ujang di Semerbok. Namanya S/Sgt RE Spratt. Kemudian, empat anggota yang tidak mati telah dihantar oleh orang-orang kampung kami kepada Gerila Parti Komunis di Kendong, termasuk seorang yang tersangkut di dahan kayu di Kg Batang Merbok di ulu kampung kami. Orang-orang kampung yang terlibat, kata Emak, ialah Sudin Sidek, Ujang Tuk Aseh, Long Berahin (Ibrahim Wahab) dan Tuk Talid Kogho (Talib Kera). Pada pendapatku, ada orang kampung kami yang ada kaitan dengan gerila di Kendong. Pada ketika peristiwa ini berlaku, khabar telah datang bahawa Jepun akan tiba dan menghukum penduduk kampung kami yang telah membantu pasukan gerila. Orang-orang kampung telah mengutip wang seringgit dan segantang beras. Semua dilakukan dengan rundingan melalui gerila di kampung kami dengan gerila operatif di hutan. Kata Emak, kalau sempat Jepun tiba, Emakpun tak ada, dan kami semuapun tak ada di mukabumi ini kerana Emak akan telah mati dibunuh beramai-ramai. Itu tidak berlaku dan tak bolehlah ini menjadi tuduhan. Tak sampai setengah tahun kemudian, Jepun menyerah kalah dan perang tamat. Bintang Tiga tiba-tiba mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Jepun. Ini peristiwa yang cukup besar juga. Selama 17 hari terjadi peristiwa-peristiwa yang menjadi kenangan pahit kepada penduduk Melayu di kawasan sebelah sini. Beberapa penduduk telah digantung sampai mati di khalayak dan beritanya disampaikan kepada penduduk kamung kami oleh anggota gerila sendiri. “Lidahnya Ahmad Monti terjelir panjang! Aku tengok sendiri, tadi!” kata orang itu kepada penduduk kampung kami. Kata Emak, Pakcik Rebo, ayah sahabatku yang manis Siti Fatimah, juga terjadual untuk dibunuh oleh mereka. Oleh kerana perundingan berkaitan beberapa hal, Pakcik Rebo tidak jadi diambil. Maka lahirlah kami semua dan aku sempat bersahabat dengan Timah untuk beberapa ketika. British datang semula dan menyusun pemerintahan, gerila komunis masuk ke hutan. Perang adalah tipu helah! Sebenarnya peristiwa jatuhnya pesawat pengebom B29 ini tidak tamat begitu sahaja. Pasukan British, setelah memerintah semula di Malaya , telah menghantar pegawai-pegawainya mencari penduduk kampung kami yang telah membantu menyelamatkan anggota pesawat B29 itu. Mereka itu ditawarkan kerja jika sesuai. Sudin Sidek tidak mahu bekerja di Singapura – dia telah diberikan ganjaran wang. Long Berahin tidak sekolah dan tidak dapat melakukan kerja-kerja menulis. Dia juga diberikan hadiah serupa. Tuk Talid (gelarannya tak usahlah disebut lagi) sudah terlalu tua untuk bekerja, dan dia juga diberikan wang. Cuma Ujang Tuk Aseh sahaja yang meneriwa tawaran bekerja di Singapura. Dia menjadi kerani di jabatan kastam. Boleh tahan juga hidupnya – dia membeli motosikal besar. “Besar sungguh!” Kata Emak. Tapi dia mati kemalangan, motosikal ini jatuh bersamanya ke dalam laut di Johor. Begitulah cerita Emak. Kini sudah banyak betul pinggan di dapur Emak. Kata Emak, dua buah pinggan yang dipinjam ketika Emak bernikah masih ada dalam simpanan kerana Abah sudah tinggal bersama di dalam keluarga Emak. Sehingga beberapa tahun dan ada duit sedikit, Abah dan Emak membeli pinggan lagi. Dua buah pinggan itu dipulangkan kepada orang yang empunya, dan mereka menerimanya semula. Habis.
*Cerita ini ditulis oleh Prof. Madya Dr. Abdul Hamid Ahmad, Pengarah Institut Biologi Tropika & Pemuliharaan UMS.
| |
| | | standupper Kehormat MyMil
Posts : 3271 Reputation : 630 Join date : 04/05/2010
| Subject: Re: Cerita Rakyat Sun 29 May 2011, 2:44 pm | |
| | |
| | | alphawolf MODERATOR
Posts : 1457 Reputation : 196 Join date : 18/10/2010 Location : "Sitting Elephant"
| Subject: Re: Cerita Rakyat Sun 29 May 2011, 3:08 pm | |
| Pehh hi-grade aluminium tu! | |
| | | powerw00t Major General
Posts : 7424 Reputation : 360 Join date : 19/04/2010 Location : Kuala Sg Baru, Melaka
| Subject: Re: Cerita Rakyat Sun 29 May 2011, 6:41 pm | |
| Sesuai utk suami yg ingin bermadu, periuk terbang pastinya begitu sinonim dgn benda yg pernah terbang! | |
| | | Steven 12 Captain
Posts : 711 Reputation : 161 Join date : 19/11/2011 Location : Between the bluesky & planet earth
| Subject: Re: Cerita Rakyat Sat 24 Dec 2011, 3:29 am | |
| - powerw00t wrote:
- Sesuai utk suami yg ingin bermadu, periuk terbang pastinya begitu sinonim dgn benda yg pernah terbang!
wakakakakakaaaaaaa... terbaik broo!!! - teringat kesah kat kampung aku dulu2 zaman belom perang... ada sorang pakcik tu azan kuat2 kat tengah2 sawah padi sebab takut ingatkan hantu tinggi, rupanya kapalterbang british terbang rendah... ekekekekeee.. | |
| | | kapokbesi Captain
Posts : 969 Reputation : 181 Join date : 17/09/2011 Age : 38 Location : ولا تمشى فى الارض مرحا
| Subject: Re: Cerita Rakyat Sat 24 Dec 2011, 4:52 am | |
| teringat jugk cite pak long den yg pernah bertugas kt Bintulu dulu masuk keluar hutan n balik rumah naek trak, bawak M-16.. | |
| | | mumuchi GLOBAL MODERATOR
Posts : 19551 Reputation : 525 Join date : 05/06/2010 Location : Dulu Tempat Lumba Kuda
| Subject: Re: Cerita Rakyat Sun 05 Sep 2021, 10:35 am | |
| | |
| | | Sponsored content
| Subject: Re: Cerita Rakyat | |
| |
| | | | Cerita Rakyat | |
|
Similar topics | |
|
| Permissions in this forum: | You cannot reply to topics in this forum
| |
| |
| |
|