Malaysia's Military, Police and Security Agencies
Welcome to the battlefield, soldier!

MyMil adalah bod perbincangan berkenaan ketenteraan, agensi2 penguatkuasaan yang ada di Malaysia dan juga di serata dunia. Daftar sekarang untuk menikmati paparan perbincangan berinformasi sambil bersantai. Ahli2 yg baru akan digugurkan daripada senarai sekiranya tidak aktif dalam masa yg terdekat. Berforumlah dengan berhemah.

Terima kasih.

Admin dan moderator MyMil

Important Notice: The views and opinions expressed on the forum or the related pages are of the owner alone, and are not endorsed by Mymil, nor is Mymil responsible for them. Due to the nature of the Internet forum is in real time, Mymil does not, and can not censor any submission, but asks that each user use discretion and respect for other users, and does not contribute any word that is unlawful, harmful, threatening, abusive, harassing, tortious, defamatory, vulgar, obscene, libelous, invasive of another's privacy, hateful, or racially, ethnically or otherwise objectionable. Mymil reserve the right to withhold and/or remove any link that might possibly hold an individual, entity or group ridicule, potential embarrassment or potential defamation. Mymil also reserves the right to accept, edit and/or remove any link that is deemed inappropriate in any way.

Join the forum, it's quick and easy

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Latest topics
» Sembang Medan Selera Pak Jebat V44
by HangPC2 Sat 27 Aug 2022, 5:36 pm

» Halo semua
by matamata Mon 25 Oct 2021, 9:56 pm

» Cerita Rakyat
by mumuchi Sun 05 Sep 2021, 10:35 am

» Konfrontasi Malaysia-Indonesia 1962-66
by mumuchi Sun 05 Sep 2021, 10:28 am

» PAINTBALL - Come get some...
by pisang Tue 13 Dec 2016, 1:53 pm

» Baru balik
by pisang Mon 12 Dec 2016, 5:47 pm

» Jaket camo
by atreyudevil Fri 15 Jul 2016, 4:17 pm

» Nusantara Total War: Portuguese Invasion
by Adib Mon 22 Feb 2016, 7:57 pm

» Rekrut baru disini
by kapokbesi Thu 11 Feb 2016, 4:32 pm

» Keretapi Tanah Melayu Berhad
by zacky.uesoff Thu 04 Feb 2016, 11:00 pm

» ALL ABOUT HAM RADIO (AMATEUR RADIO STATION)
by kapokbesi Mon 16 Nov 2015, 12:42 pm

» BACKPACKING
by venez Tue 31 Mar 2015, 5:11 pm

» Rekrut 2015
by atreyudevil Sun 29 Mar 2015, 8:34 pm

» Sejarah Pangkalan-Pangkalan Udara TUDM
by venez Tue 24 Mar 2015, 11:02 am

» MyMil useful website lists
by atreyudevil Sat 24 Jan 2015, 11:17 pm

» WIP - Work In Progress
by yaminz Fri 26 Dec 2014, 12:06 pm

» Model Collections
by yaminz Fri 26 Dec 2014, 11:58 am

» Rekrut October & November 2014
by atreyudevil Sat 20 Dec 2014, 7:07 am

» Bola Cafe: MALAYSIA!
by HangPC2 Sun 14 Dec 2014, 12:35 pm

» Tayar Pirelli boleh tahan!
by venez Wed 10 Dec 2014, 4:27 pm

Statistics
We have 511 registered users
The newest registered user is Belarus

Our users have posted a total of 172030 messages in 1322 subjects
MyMil at Facebook
Like/Tweet/+1

Tips Untuk Balik Berhari Raya 2012

Go down

02082012

Post 

Tips Untuk Balik Berhari Raya 2012 Empty Tips Untuk Balik Berhari Raya 2012

Tips Untuk Balik Berhari Raya 2012 Highway

Menjelang Hari Raya Idil Fitri, pastinya masing-masing bersiap sedia untuk pulang ke kampung. Bagi yang tiada kampung, tentunya akan melawat rakan taulan. Justeru itu, berikut adalah panduan sebelum memulakan perjalanan yang saya garap dari pengalaman sendiri dan perkongsian rakan-rakan.

Beberapa perkara yang diharap menjadi panduan kepada saudara/i apabila ingin berjalan jauh;
1. Pastikan lampu suluh sentiasa ada dalam dashboard dan berfungsi. Sebaiknya sediakan 2 unit.
2. Mempunyai pemantul cahaya 'triangle'. Ia perlu diletak dalam jarak 10 - 30 meter di belakang kenderaan apabila berlaku breakdown.
3. Mempunyai talian telefon bimbit yang luas liputannya. Sebaiknya ada 2 jenis talian telco. Kalau ada Radio Amatur lagi bagus.
4. Payung.
5. Air kosong dan makanan seperti biskut.
6. Servis kenderaan sepenuhnya sebelum memulakan perjalanan. Servis di sini maksudnya buat pemeriksaan kenderaan secara menyeluruh (enjin, tayar dan tayar spare dan lain-lain) dan bukan sekadar tukar minyak pelincir dan penapis sahaja.

Apabila berlaku kecemasan seperti tayar pancit, berhentikan kereta di tepi kawasan yang selamat. Hidupkan hazard light* dan tutup atau kecilkan lampu kereta. Kenalpasti status kerosakan. Seterusnya hubungi pihak auto assist yang sewajarnya anda langgan. Jika kereta baru, lazimnya dah ada disediakan talian 24 jam. Maklumkan lokasi breakdown.

Jika kecemasan berlaku semasa memandu di lebuhraya dan anda perlu berhenti di lorong kecemasan, pastikan keluarga anda berada di luar pagar keselamatan. Bukan berhampiran kenderaan.

Sering juga saya lihat kenderaan berhenti di tepi jalan kerana si ibu membuat susu anak atau anak nak kencing. Cubalah seboleh mungkin berhenti di kawasan yang jauh sedikit dari laluan kenderaan atau selekoh jalan.

Pastikan saudara/i sentiasa awas (alert) dengan persekitaran. Kunci kereta dan jika ada yang singgah bertanya khabar, buka sedikit sahaja cermin kereta.

*sebab itulah hazard light tidak dipasang semasa anda memandu kereta dalam hujan kerana ia sebenarnya mengisyaratkan bahawa kenderaan sedang pegun (tidak bergerak). Jangan kelirukan pemandu lain!

Jika kecemasan berlaku di waktu malam, terutamanya jalan yang sunyi dan terpencil, hubungi 999 dan maklumkan lokasi. Mereka akan menghantar kereta peronda untuk menemani anda sehinggalah bantuan/tow truck tiba.

Jika anda melanggan perkhidmatan yang disediakan jenama kereta yang anda beli (kereta baru), tunggu sehingga trak tersebut tiba. Jika ada tow truck lain, jangan ambil walau dengan apa cara sekalipun kecuali melibatkan hidup atau mati. Perayu trak tunda akan provoke saudara/i dengan macam-macam cerita bertujuan agar saudara/i guna servis mereka. Dalam hal ini, mental kena kuat. Kena banyakkan bersabar. Mengambil khidmat tow truck yang tidak dilanggan untuk kereta anda akan menyebabkan banyak karenah dan masalah timbul apabila anda nak membuat tuntutan insuran dan juga apabila nak keluarkan kereta.

Jangan lupa hubungi saudara terdekat dan maklumkan status saudara/i. Jika ada GPS, maklumkan koordinat GPS.
(Saya agak hairan kenapa pihak trak tunda/auto assist/999 tak ada sistem GPS untuk mengesan lokasi? - betulkan saya jika saya salah).

Lain-lain
Bacaan
Bacalah ayat-ayat al-quran serta doa memulakan perjalanan.

Co-Pilot
Ya. Semasa memandu kereta, anda juga perlu co-pilot. Berbual akan mengurangkan perasaan mengantuk. Biasanya isteri. Di sini untung jika ada isteri yang 'mulut banyak'.
Jika memandu keseorangan, anda boleh kunyah gula-gula getah, makan kuaci. Saya pula gemar kunyah keropok yang belum digoreng Smile

Muzik
Memainkan lagu-lagu perlahan dapat menenangkan perasaan semasa memandu. Tapi kalau dah penat, ia boleh melenakan dan 'menghanyutkan' anda. Maka, pasanglah lagu-lagu rancak.

Perhentian
Berhenti rehat di tempat yang dikhaskan (R & R) atau lokasi yang selamat. Elakkan berhenti di tempat terpencil terutamanya di waktu malam. Bukan bermaksud 'superstitious', tapi tanyalah pada mereka yang pernah alami. Banyak cerita telah didengari.

Insiden
Jika ada insiden kemalangan dan anda ada upaya untuk membantu, pastikan keselamatan pada diri anda dan keluarga terlebih dahulu. Jangan terlalu 'excited' ingin membantu sedangkan boleh mengancam keselamatan diri sendiri dan keluarga.

Akhir sekali, pakai tali pinggang keledar bagi penumpang depan dan juga bagi penumpang belakang. Jangan pandang ringan kerana anda 'memang' pemandu berhemah. Tapi bagaimana dengan pemandu lain?

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda dan keluarga.
venez
venez
ADMIN
ADMIN

Mymil
Posts : 17389
Reputation : 581
Join date : 19/04/2010
Age : 45
Location : AFNG

http://venez2.blogspot.com

Back to top Go down

Share this post on: reddit

Tips Untuk Balik Berhari Raya 2012 :: Comments

alphawolf

Post Thu 02 Aug 2012, 9:40 am by alphawolf

Pasal hentian sebelah tu aku takla superstitious tapi sebab biasanya lampu kurang kawasan tu, aku tak berani mana la tau ada highwayman....

Back to top Go down

innocentti

Post Thu 02 Aug 2012, 9:45 am by innocentti

lagi satu wa tambah..parking la di tempat yg terang dan ramai orang di RnR tu sebab ramai callman yg buat 'kerja'
banyak case kereta yg parking di RnR radiatornya bocor akibat dijolok besi oleh callman/repairman yang tak semena2 tiba selepas keta anda sangkut. upah repair/tarik? ready la tak kurang seribu..

Back to top Go down

powerw00t

Post Thu 02 Aug 2012, 9:45 am by powerw00t

tips yang sangat bagus memandangkan aku jam 5 petang setiap hari balik kampung Tips Untuk Balik Berhari Raya 2012 2266450157

Back to top Go down

marc_zman

Post Thu 02 Aug 2012, 10:04 am by marc_zman

powerw00t wrote:tips yang sangat bagus memandangkan aku jam 5 petang setiap hari balik kampung Tips Untuk Balik Berhari Raya 2012 2266450157

amaran pertama untuk saudara.. harap jgn gelek-gelek masa sebut setiap hari kul 5 ptg balik kampung.. hari ni mmg tiada kesan.. tggu laaa bila nak raya nti What a Face What a Face What a Face

Back to top Go down

powerw00t

Post Thu 02 Aug 2012, 10:06 am by powerw00t

marc_zman wrote:
powerw00t wrote:tips yang sangat bagus memandangkan aku jam 5 petang setiap hari balik kampung Tips Untuk Balik Berhari Raya 2012 2266450157

amaran pertama untuk saudara.. harap jgn gelek-gelek masa sebut setiap hari kul 5 ptg balik kampung.. hari ni mmg tiada kesan.. tggu laaa bila nak raya nti What a Face What a Face What a Face

nak raya pun macam tu jugak... haha, ni le kampung dan rumah aku nak balik raya pun.

Back to top Go down

mumuchi

Post Thu 02 Aug 2012, 10:22 am by mumuchi

innocentti wrote:lagi satu wa tambah..parking la di tempat yg terang dan ramai orang di RnR tu sebab ramai callman yg buat 'kerja'
banyak case kereta yg parking di RnR radiatornya bocor akibat dijolok besi oleh callman/repairman yang tak semena2 tiba selepas keta anda sangkut. upah repair/tarik? ready la tak kurang seribu..

kat R&R pun sebelum bertolak cek tayar gak sebelum bergerak kalau kereta ditinggalakn..samada paku sudah terpacak atau ready untuk digelek sewaktu bergerak..kena kat kereta konvoi ngan aku kat r&r tapah tahun lepas...

Back to top Go down

venez

Post Thu 02 Aug 2012, 11:17 am by venez

innocentti wrote:lagi satu wa tambah..parking la di tempat yg terang dan ramai orang di RnR tu sebab ramai callman yg buat 'kerja'
banyak case kereta yg parking di RnR radiatornya bocor akibat dijolok besi oleh callman/repairman yang tak semena2 tiba selepas keta anda sangkut. upah repair/tarik? ready la tak kurang seribu..

masalahnyer nak berhenti kat RnR besar2 dah penuh dgn manusia, yang penting kita rancang perjalanan so x sesak sgt tempat nak benti then always hv backup plan utk ke toilet or isi minyak, agak2 minyak dh kurang n nak ke toilet tapi RnR besar jauh lagi, dah tau kat mana exit terdekat utk isi minyak/toilet...

Back to top Go down

venez

Post Thu 02 Aug 2012, 11:19 am by venez

powerw00t wrote:
marc_zman wrote:
powerw00t wrote:tips yang sangat bagus memandangkan aku jam 5 petang setiap hari balik kampung Tips Untuk Balik Berhari Raya 2012 2266450157

amaran pertama untuk saudara.. harap jgn gelek-gelek masa sebut setiap hari kul 5 ptg balik kampung.. hari ni mmg tiada kesan.. tggu laaa bila nak raya nti What a Face What a Face What a Face

nak raya pun macam tu jugak... haha, ni le kampung dan rumah aku nak balik raya pun.

hu3, tauler kampung ngan tempat keje dekat bebeno, walking distance jerk...

Back to top Go down

alphawolf

Post Thu 02 Aug 2012, 11:27 am by alphawolf

Kalau balik kampung, wife aku dah siapkan bekal...jadi takyah nak turun makan. Makan dalam kereta aje lepas tu buang/simpan sampai destinasi bekas tu. Nak refuel aku mmg dah set primary refueling point dengan secondary....dan biasanya aku avoid RnR yang giler sesak macam Sg Perak dengan Tapah....

Back to top Go down

innocentti

Post Thu 02 Aug 2012, 11:51 am by innocentti

venez wrote:
innocentti wrote:lagi satu wa tambah..parking la di tempat yg terang dan ramai orang di RnR tu sebab ramai callman yg buat 'kerja'
banyak case kereta yg parking di RnR radiatornya bocor akibat dijolok besi oleh callman/repairman yang tak semena2 tiba selepas keta anda sangkut. upah repair/tarik? ready la tak kurang seribu..

masalahnyer nak berhenti kat RnR besar2 dah penuh dgn manusia, yang penting kita rancang perjalanan so x sesak sgt tempat nak benti then always hv backup plan utk ke toilet or isi minyak, agak2 minyak dh kurang n nak ke toilet tapi RnR besar jauh lagi, dah tau kat mana exit terdekat utk isi minyak/toilet...
aku kalau balik ke utara mmg takkan berenti RnR. makan siap2 kat rumah..takpun sampai kg baru makan..nak kincing berak benti hentian kecik2 jer..itu pun kalau dah tak tahan..kadang2 kereta yg beratur nak masuk RnR yg buat jam pun pun...

Back to top Go down

powerw00t

Post Thu 02 Aug 2012, 11:53 am by powerw00t

biasanya kalau musim raya, rnr kecik dan beso semua beratur panjang.

Back to top Go down

innocentti

Post Thu 02 Aug 2012, 12:00 pm by innocentti

kena rancang masa plak..so far dlm beberapa tahun kebelakangan ni aku balik 2am-4am. InsyaAllah jalan sedikit lancar..

Back to top Go down

kapokbesi

Post Thu 02 Aug 2012, 12:00 pm by kapokbesi

wah..xlama lagi benang ni akn riuh la kan..hehe..selamat pulang ke kampung la ye..

Back to top Go down

powerw00t

Post Thu 02 Aug 2012, 12:10 pm by powerw00t

kapokbesi wrote:wah..xlama lagi benang ni akn riuh la kan..hehe..selamat pulang ke kampung la ye..

ko beraya kat mana nanti kapok? raya kat negeri arab camna?

Back to top Go down

kapokbesi

Post Thu 02 Aug 2012, 12:14 pm by kapokbesi

raya kt mesir bang..kt sini arab bila raya puasa biasa2 je..lepas solat, dorg kluar ramai2 pegi taman..tu yg muda2..klu yg da berumur, balik rumh la..ade jgk yg berziarah..

klu raya haji tu plak, sgt2 la meriahnye..hehe..selalunya bila raya eidulfitri, orang2 melayu la yg hidupkn..siapa ade baraan lagi..rumh terbuka pn ade jgk budak2 kita buat..

Back to top Go down

standupper

Post Thu 02 Aug 2012, 2:05 pm by standupper

Bagi aku... tips paling penting nak balik beraya...... kena amik CUTI RAYA!!! kalau tak pagi-pagi raya kena salam abang Polis kat opis!

Back to top Go down

venez

Post Thu 02 Aug 2012, 3:06 pm by venez

ada tips2 lain yang nak dikongsi forumer? sama2 kita berkongsi pengalaman

Back to top Go down

marc_zman

Post Thu 02 Aug 2012, 3:34 pm by marc_zman

on a serious note..

tolong kosong kan peti surat anda.. kalu boleh upgrade kapasiti muatan peti tu bagi menampung segala surat menyurat serta flyers & kad-kad ah long yg bakal masuk sepanjang waktu anda bercuti nanti

sila keluarkan perintah pemberhentian sementara kat macha roti atau surat khabar

Back to top Go down

atreyudevil

Post Thu 02 Aug 2012, 3:36 pm by atreyudevil

Ini ada sikit petua untuk memendekan rasa perjalanan.
Dengan izin Allah, insyaallah tak terasa perjalanan yang panjang serta lama.

Masuk Kereta -
Baca Bismillah

Bila Start Engine -
Takbir 7 Kali

kemudian Doa -
Aku melangkah dengan Allah,
Aku memandu dengan Allah,
Semoga Allah memendekkan perjalanan ku,
melancarkan urusan perjalananku.

Dah Sampai -
Ucap Alhamdulillah serta selawan nabi 3x

Back to top Go down

Post  by Sponsored content

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum