Log in
Latest topics
» Sembang Medan Selera Pak Jebat V44by HangPC2 Sat 27 Aug 2022, 5:36 pm
» Halo semua
by matamata Mon 25 Oct 2021, 9:56 pm
» Cerita Rakyat
by mumuchi Sun 05 Sep 2021, 10:35 am
» Konfrontasi Malaysia-Indonesia 1962-66
by mumuchi Sun 05 Sep 2021, 10:28 am
» PAINTBALL - Come get some...
by pisang Tue 13 Dec 2016, 1:53 pm
» Baru balik
by pisang Mon 12 Dec 2016, 5:47 pm
» Jaket camo
by atreyudevil Fri 15 Jul 2016, 4:17 pm
» Nusantara Total War: Portuguese Invasion
by Adib Mon 22 Feb 2016, 7:57 pm
» Rekrut baru disini
by kapokbesi Thu 11 Feb 2016, 4:32 pm
» Keretapi Tanah Melayu Berhad
by zacky.uesoff Thu 04 Feb 2016, 11:00 pm
» ALL ABOUT HAM RADIO (AMATEUR RADIO STATION)
by kapokbesi Mon 16 Nov 2015, 12:42 pm
» BACKPACKING
by venez Tue 31 Mar 2015, 5:11 pm
» Rekrut 2015
by atreyudevil Sun 29 Mar 2015, 8:34 pm
» Sejarah Pangkalan-Pangkalan Udara TUDM
by venez Tue 24 Mar 2015, 11:02 am
» MyMil useful website lists
by atreyudevil Sat 24 Jan 2015, 11:17 pm
» WIP - Work In Progress
by yaminz Fri 26 Dec 2014, 12:06 pm
» Model Collections
by yaminz Fri 26 Dec 2014, 11:58 am
» Rekrut October & November 2014
by atreyudevil Sat 20 Dec 2014, 7:07 am
» Bola Cafe: MALAYSIA!
by HangPC2 Sun 14 Dec 2014, 12:35 pm
» Tayar Pirelli boleh tahan!
by venez Wed 10 Dec 2014, 4:27 pm
Statistics
We have 511 registered usersThe newest registered user is Belarus
Our users have posted a total of 172030 messages in 1322 subjects
Like/Tweet/+1
Review Buku
Page 1 of 1
23102012
Review Buku
Review Buku The Mammoth Book of Special Ops
Bagi peminat- peminat bidang ketenteraan, tiada yang lebih menarik perhatian selain daripada membaca tentang sistem persenjataan yang digunakan oleh angkatan tentera di seluruh dunia terutamanya sistem persenjataan yang digunakan oleh angkatan tentera negara mereka sendiri. Walaubagaimanapun, terdapat mereka yang gemar untuk membaca berkenaan dengan taktik strategi yang digunakan serta impaknya di medan tempur. Tidak kurang juga ada yang gemar membaca biografi iaitu kisah peribadi anggota- anggota yang terlibat dalam kempen peperangan tertentu. Biografi seperti ini lazimnya menggabungkan kisah apa sebenarnya terjadi menurut perspektif mereka, menghuraikan taktik yang digunakan serta keberkesanan sistem persenjataan yang mereka gunakan.
Buku Mammoth book of special ops bukanlah satu buku yang unik kerana terdapat banyak buku seperti ini di pasaran. Akan tetapi apa yang menarik berkenaan buku ini adalah ia menggabungkan kisah yang dipetik daripada biografi- biografi terpilih yang merangkumi kempen- kempen penting yang disertai oleh pasukan khas di seluruh dunia bermula daripada Perang Vietnam hinggalah ke Operation Iraqi Freedom. Buku yang disunting oleh Richard Rusell Lawrence ini menggabungkan 44 kisah operasi pasukan khas daripada kaca mata mereka yang menyertainya dan dipetik daripada 20 buah buku biografi yang berbeza. Buku yang mengandungi 500 muka surat ini bukan sahaja menggabungkan operasi pasukan khas dalam peperangan konvensional mahupun counter insurgency tetapi juga turut menyertakan kisah- kisah pasukan khas yang jarang- jarang didengari seperti operasi SAS menyelamatkan tebusan yang ditahan oleh banduan yang merusuh di penjara Peterhead, Scotland ( kisah ini sangat mirip kisah operasi menyelamat tebusan di penjara Pudu) dan operasi membenteras penyeludupan dadah oleh SBS. Tambah menarik, buku ini turut menyertakan kisah penawanan tebusan di satu sekolah di Beslan, Ossetia Utara oleh kumpulan yang dipercayai pejuang Chechen diatas arahan Aslan Maskadov. Ia menawarkan satu intaian terhadap operasi yang dilancarkan oleh pasukan khas Rusia yang jarang- jarang dapat dilihat mahupun dibaca di dada akhbar.
Namun begitu, kisah yang paling menarik adalah kisah menyelamat sebelas anggota daripada 1st Battalion, Royal Irish Regiment yang dijadikan tebusan oleh kumpulan militia West Side Boys. Misi penyelamat yang dinamakan sebagai Operation Barras ini dilakukan oleh gabungan pasukan SAS dan 1st Para Regiment semasa misi pengaman UNAMISIL di Sierra Leone. Ia turut memperlihatkan penggunaan helikopter Lynx Mk.7 dalam peranan sebagai helikopter penyerang dan digunakan untuk menekan serta memusnahkan posisi mesingan berat kumpulan West Side Boys. Satu lagi kisah menarik adalah berkenaan operasi pengaman NATO di Kosovar yang disertai oleh pasukan khas daripada Amerika, British, Perancis, Jerman dan Rusia. Ia menawarkan satu persepektif tentang apa yang sebenarnya terjadi di Kosovar yang menyebabkan meletusnya kekacauan di sana pada tahun 1999-2000.
Terdapat beberapa kelemahan kecil pada buku ini. Pertamanya, daftar kandungan buku ini walaupun secara turutannya betul tetapi mukasurat yang dinyatakan, adalah salah . Selain daripada itu, terdapat di beberapa helaian buku ini dimana tiada nombor muka surat serta terdapat beberapa kesalahan ejaan walaupun tidaklah begitu ketara. Akhir sekali, terdapat di mana di akhir mukasurat pada beberapa bab, ada disertakan satu peta kawasan operasi atau diagram bangunan tempat operasi dilakukan. Akan tetapi peta atau diagram ini terlalu mudah dan tidak banyak menarik perhatian atau membantu pembaca untuk memahami kisah yang diceritakan.
Pun begitu, buku ini adalah sangat bagus untuk dijadikan koleksi terutamanya bagi mereka yang berminat dengan operasi yang dilakukan oleh pasukan khas mahupun mereka yang mengkaji geopolitik serta konflik dunia. Bahasa yang digunakan di dalam buku ini mudah untuk difahami oleh mereka yang tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang bidang ketenteraan.
Tajuk : The Mammoth Book of Special Ops
Penulis/ Penyunting : Richard Rusel Lawrence
Terbitan : Running Press Book Publishers
Jumlah mukasurat : 500 mukasurat
Format : Kulit lembut (paperback)
Bahasa pengantara : Bahasa Inggeris
Harga : RM59.90
tin- Kehormat MyMil
-
Posts : 6841
Reputation : 235
Join date : 06/06/2010
Location : Mymil's village idiot
Review Buku :: Comments
den ghaso Tin beli kat sini..bukan aja buku militari yang murah, buku2 lain pun murah...kira reject shop utk buku2 la...den baru beli buku Weapons of ww2 memey seronok baca..
Bookexcess Amcorp Mall
Kalau pi hari ahad boleh enjoy flea market lagi..
Bookexcess Amcorp Mall
Kalau pi hari ahad boleh enjoy flea market lagi..
ntah. dia tulis shipping cost dlm USD3.00++ jer.mumuchi wrote:dah factor in shipping cost?
kalo wa rajin, nanti wa akan tulis satu lagi review buku yang bertajuk "Land Warfare".
Aik ko beli kat mana ni..kino pun lagi murah..kena sembelih ka?
Mammoth Book of Special Ops (Mammoth Books) -- Paperback
Mammoth Book of Special Ops (Mammoth Books) -- Paperback
Similar topics
» eBook yg berkaitan dgn dunia militari dan buku-buku militari
» FB aka muka buku
» Review Honda Civic 1.8 IVtec
» Ducati Diavel Review - Unleash The Devil
» Samsung Galaxy Mini GT-S5570 mini review
» FB aka muka buku
» Review Honda Civic 1.8 IVtec
» Ducati Diavel Review - Unleash The Devil
» Samsung Galaxy Mini GT-S5570 mini review
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
|
|