PERISTIWA BERDARAH DI SEMPORNA  Hitskin_logo Hitskin.com

This is a Hitskin.com skin preview
Install the skinReturn to the skin page

Malaysia's Military, Police and Security Agencies
Welcome to the battlefield, soldier!

MyMil adalah bod perbincangan berkenaan ketenteraan, agensi2 penguatkuasaan yang ada di Malaysia dan juga di serata dunia. Daftar sekarang untuk menikmati paparan perbincangan berinformasi sambil bersantai. Ahli2 yg baru akan digugurkan daripada senarai sekiranya tidak aktif dalam masa yg terdekat. Berforumlah dengan berhemah.

Terima kasih.


Admin dan moderator MyMil

Important Notice: The views and opinions expressed on the forum or the related pages are of the owner alone, and are not endorsed by Mymil, nor is Mymil responsible for them. Due to the nature of the Internet forum is in real time, Mymil does not, and can not censor any submission, but asks that each user use discretion and respect for other users, and does not contribute any word that is unlawful, harmful, threatening, abusive, harassing, tortious, defamatory, vulgar, obscene, libelous, invasive of another's privacy, hateful, or racially, ethnically or otherwise objectionable. Mymil reserve the right to withhold and/or remove any link that might possibly hold an individual, entity or group ridicule, potential embarrassment or potential defamation. Mymil also reserves the right to accept, edit and/or remove any link that is deemed inappropriate in any way.
Malaysia's Military, Police and Security Agencies
Welcome to the battlefield, soldier!

MyMil adalah bod perbincangan berkenaan ketenteraan, agensi2 penguatkuasaan yang ada di Malaysia dan juga di serata dunia. Daftar sekarang untuk menikmati paparan perbincangan berinformasi sambil bersantai. Ahli2 yg baru akan digugurkan daripada senarai sekiranya tidak aktif dalam masa yg terdekat. Berforumlah dengan berhemah.

Terima kasih.


Admin dan moderator MyMil

Important Notice: The views and opinions expressed on the forum or the related pages are of the owner alone, and are not endorsed by Mymil, nor is Mymil responsible for them. Due to the nature of the Internet forum is in real time, Mymil does not, and can not censor any submission, but asks that each user use discretion and respect for other users, and does not contribute any word that is unlawful, harmful, threatening, abusive, harassing, tortious, defamatory, vulgar, obscene, libelous, invasive of another's privacy, hateful, or racially, ethnically or otherwise objectionable. Mymil reserve the right to withhold and/or remove any link that might possibly hold an individual, entity or group ridicule, potential embarrassment or potential defamation. Mymil also reserves the right to accept, edit and/or remove any link that is deemed inappropriate in any way.
Malaysia's Military, Police and Security Agencies
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


Established on April 2010. MyMil is a hangout place where military enthusiasts meet, fully armed with mouse, keyboard and few cups of coffee.
 
HomeMyMil's PortalLatest imagesRegisterLog in
Member2 baru diharapkan dapat perkenalkan diri masing2 di SINI terlebih dulu, terima kasih
To all MYMIL forumer please be very careful with all information posted, we don't to any vital information of our security forces or rumors circulating around that would bring a bad implications.
Kepada semua forumer MYMIL, diminta untuk berposting dengan lebih berhemah serta tidak mendedahkan atau menyebarkan informasi penting mengenai pasukan keselamatan atau sebarang khabar angin yang membawa implikasi yang teruk.
Kempen Anti Khabar Angin MYMIL sedang berjalan, sebarang post yang jatuh ke dalam kategori Khabar Angin akan dipadam tanpa sebarang amaran. Harap Maklum
Selamat menyambut HUT ke 80 Tentera Laut DiRaja Malaysia
MYMIL Anti Rumours Campaign is now in motion, any postage that fall under that condition will be edited and deleted without any warning. Please be advised
Off topics haven, borak sampai pengsan di Warung Kopi Pak Jabit!!
Mana2 posting yg bersifat provokasi, spam dan trol akan dipadam tanpa ragu2 lagi. Sila berposting dgn berhemah.
Kepada ahli2 yg tidak pernah aktif dan berposting dalam masa 20 hari dari tarikh pendaftaran keahlian anda akan DIGUGURKAN. Ini adalah untuk menggalakan forumer untuk lebih aktif berforum.
To all new forumer without any post (post = 0), your membership will be DROPPED in 20 days after the registration date, this is to discourage silent lurkers in the forum.
To all Mozilla Firefox, Chrome or Opera browser user, please activate browser add-on "AdBlock" to enable ad free MYMIL experience! -TQ
Kepada semua pengguna Mozilla Firefox, Chrome atau Opera. Sila aktifkan browser add-on yang bernama "AdBlock" untuk mengelakkan gangguan iklan didalam Mymil -TQ
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Latest topics
» Sembang Medan Selera Pak Jebat V44
PERISTIWA BERDARAH DI SEMPORNA  Icon_minitimeby HangPC2 Sat 27 Aug 2022, 5:36 pm

» Halo semua
PERISTIWA BERDARAH DI SEMPORNA  Icon_minitimeby matamata Mon 25 Oct 2021, 9:56 pm

» Cerita Rakyat
PERISTIWA BERDARAH DI SEMPORNA  Icon_minitimeby mumuchi Sun 05 Sep 2021, 10:35 am

» Konfrontasi Malaysia-Indonesia 1962-66
PERISTIWA BERDARAH DI SEMPORNA  Icon_minitimeby mumuchi Sun 05 Sep 2021, 10:28 am

» PAINTBALL - Come get some...
PERISTIWA BERDARAH DI SEMPORNA  Icon_minitimeby pisang Tue 13 Dec 2016, 1:53 pm

» Baru balik
PERISTIWA BERDARAH DI SEMPORNA  Icon_minitimeby pisang Mon 12 Dec 2016, 5:47 pm

» Jaket camo
PERISTIWA BERDARAH DI SEMPORNA  Icon_minitimeby atreyudevil Fri 15 Jul 2016, 4:17 pm

» Nusantara Total War: Portuguese Invasion
PERISTIWA BERDARAH DI SEMPORNA  Icon_minitimeby Adib Mon 22 Feb 2016, 7:57 pm

» Rekrut baru disini
PERISTIWA BERDARAH DI SEMPORNA  Icon_minitimeby kapokbesi Thu 11 Feb 2016, 4:32 pm

» Keretapi Tanah Melayu Berhad
PERISTIWA BERDARAH DI SEMPORNA  Icon_minitimeby zacky.uesoff Thu 04 Feb 2016, 11:00 pm

» ALL ABOUT HAM RADIO (AMATEUR RADIO STATION)
PERISTIWA BERDARAH DI SEMPORNA  Icon_minitimeby kapokbesi Mon 16 Nov 2015, 12:42 pm

» BACKPACKING
PERISTIWA BERDARAH DI SEMPORNA  Icon_minitimeby venez Tue 31 Mar 2015, 5:11 pm

» Rekrut 2015
PERISTIWA BERDARAH DI SEMPORNA  Icon_minitimeby atreyudevil Sun 29 Mar 2015, 8:34 pm

» Sejarah Pangkalan-Pangkalan Udara TUDM
PERISTIWA BERDARAH DI SEMPORNA  Icon_minitimeby venez Tue 24 Mar 2015, 11:02 am

» MyMil useful website lists
PERISTIWA BERDARAH DI SEMPORNA  Icon_minitimeby atreyudevil Sat 24 Jan 2015, 11:17 pm

» WIP - Work In Progress
PERISTIWA BERDARAH DI SEMPORNA  Icon_minitimeby yaminz Fri 26 Dec 2014, 12:06 pm

» Model Collections
PERISTIWA BERDARAH DI SEMPORNA  Icon_minitimeby yaminz Fri 26 Dec 2014, 11:58 am

» Rekrut October & November 2014
PERISTIWA BERDARAH DI SEMPORNA  Icon_minitimeby atreyudevil Sat 20 Dec 2014, 7:07 am

» Bola Cafe: MALAYSIA!
PERISTIWA BERDARAH DI SEMPORNA  Icon_minitimeby HangPC2 Sun 14 Dec 2014, 12:35 pm

» Tayar Pirelli boleh tahan!
PERISTIWA BERDARAH DI SEMPORNA  Icon_minitimeby venez Wed 10 Dec 2014, 4:27 pm

Statistics
We have 511 registered users
The newest registered user is Belarus

Our users have posted a total of 172030 messages in 1322 subjects
Top posters
mumuchi
PERISTIWA BERDARAH DI SEMPORNA  I_vote_lcapPERISTIWA BERDARAH DI SEMPORNA  I_voting_barPERISTIWA BERDARAH DI SEMPORNA  I_vote_rcap 
venez
PERISTIWA BERDARAH DI SEMPORNA  I_vote_lcapPERISTIWA BERDARAH DI SEMPORNA  I_voting_barPERISTIWA BERDARAH DI SEMPORNA  I_vote_rcap 
marc_zman
PERISTIWA BERDARAH DI SEMPORNA  I_vote_lcapPERISTIWA BERDARAH DI SEMPORNA  I_voting_barPERISTIWA BERDARAH DI SEMPORNA  I_vote_rcap 
yaminz
PERISTIWA BERDARAH DI SEMPORNA  I_vote_lcapPERISTIWA BERDARAH DI SEMPORNA  I_voting_barPERISTIWA BERDARAH DI SEMPORNA  I_vote_rcap 
atreyudevil
PERISTIWA BERDARAH DI SEMPORNA  I_vote_lcapPERISTIWA BERDARAH DI SEMPORNA  I_voting_barPERISTIWA BERDARAH DI SEMPORNA  I_vote_rcap 
powerw00t
PERISTIWA BERDARAH DI SEMPORNA  I_vote_lcapPERISTIWA BERDARAH DI SEMPORNA  I_voting_barPERISTIWA BERDARAH DI SEMPORNA  I_vote_rcap 
tin
PERISTIWA BERDARAH DI SEMPORNA  I_vote_lcapPERISTIWA BERDARAH DI SEMPORNA  I_voting_barPERISTIWA BERDARAH DI SEMPORNA  I_vote_rcap 
tenteng
PERISTIWA BERDARAH DI SEMPORNA  I_vote_lcapPERISTIWA BERDARAH DI SEMPORNA  I_voting_barPERISTIWA BERDARAH DI SEMPORNA  I_vote_rcap 
harleena
PERISTIWA BERDARAH DI SEMPORNA  I_vote_lcapPERISTIWA BERDARAH DI SEMPORNA  I_voting_barPERISTIWA BERDARAH DI SEMPORNA  I_vote_rcap 
dewafrost
PERISTIWA BERDARAH DI SEMPORNA  I_vote_lcapPERISTIWA BERDARAH DI SEMPORNA  I_voting_barPERISTIWA BERDARAH DI SEMPORNA  I_vote_rcap 
MyMil at Facebook
Like/Tweet/+1

 

 PERISTIWA BERDARAH DI SEMPORNA

Go down 
AuthorMessage
atreyudevil
ADMIN
ADMIN
atreyudevil


Mymil
Posts : 9582
Reputation : 602
Join date : 19/04/2010
Location : Kuantan

PERISTIWA BERDARAH DI SEMPORNA  Empty
PostSubject: PERISTIWA BERDARAH DI SEMPORNA    PERISTIWA BERDARAH DI SEMPORNA  Icon_minitimeSun 11 Nov 2012, 11:39 am

PERISTIWA BERDARAH DI SEMPORNA

[You must be registered and logged in to see this image.]

HARI
ITU, 29 April, 1954, hari yang paling malang bagi penduduk Semporna.
Hari yang paling celaka, yang mengorbankan nyawa dan harta benda. Malah
ada yang dicabul kehormatan, dirogol dan diperkosa.

Tarikh
hitam itu masih kekal dalam ingatan penduduk yang menyaksikan peristiwa
berdarah akibat perbuatan ganas mundu-mundu (lanun-lanun) yang datangnya
entah dari mana.

Pekan Semporna yang
terletak di pinggir laut itu sepertimana biasa, aman dan damai. Petang
itu, udara menghembus nyaman dari laut yang biru yang tenang itu.

Padang bola sepak yang terletak berhampiran dengan Balai Polis Semporna
itu telahpun dipenuhi oleh peminat-peminat bolasepak yang saban petang
punya pengunjungnya. Mereka bermain dengan begitu seronok sekali.
Beberapa anggota polis juga turut bermain untuk mengeluarkan peluh di
samping memupuk hubungan baik dengan masyarakat setempat.

Balai
Polis Semporna yang terletak di bawah Kawalan Ketua Polis Daerah (OCPD)
Lahad Datu mempunyai keanggotaan 7 orang sahaja. Ketua Polis Balai
(OCS) nya ialah Sarjan Sagar Singh.

Perhubungan antara Balai
Polis Semporna dengan Ibu Pejabat Daerahnya di Lahad Datu hanya menerusi
radio wireless dan jalan laut sahaja yang memakan masa lebih kurang 10
jam perjalanan.
Peristiwa berdarah itu masih segar dalam ingatan
Bullah Ganggal, bekas pegawai polis yang baru bersara dengan pangkat
Penolong Penguasa Polis (ASP). Bullah, keturunan Kadazan, semasa
kejadian itu bertugas di balai polis tersebut dengan pangkat Detektif
Lans Koperal.

“Segala-galanya bermula pada jam 5.30 petang.
Pada masa itu penduduk-penduduk Semporna sedang berehat setelah kembali
dari menangkap ikan,” Bullah Ganggal memulakan ceritanya.

“Para
pemuda pula sedang seronok bermain bola. Ia turut berada berhampiran
padang bola itu. Tiba-tiba bunyi tembak bertalu-talu dari arah jeti yang
tidak jauh dari situ”, katanya.

“Orang di pekan dan di padang
itu lari bercempera sambil berteriak, mundu! mundu! (Lanun! Lanun!)
cepat lari. Masing-masing mencari tempat perlindungan".


“Melihatkan keadaan kelam-kabut dan serangan mengejut lanun itu, Sarjan
Sagar Singh segera memerintahkan orang-orangnya bersiap sedia. Ia
memerintahkan saya membawa isteri dan anak-anak anggota polis Semporna
berlindung di balai. Ini disebabkan keadaan di balai itu lebih selamat
kerana adanya pagar berduri dan segala senjatapi serta peluru ada di
sana".

Lans Koperal Bullah Ganggal segera bertindak dengan
menjerit memanggil semua isteri dan anak-anak polis untuk mengikutnya ke
balai.

“Belum sempat isteri-isteri dan anak-anak polis itu
saya lindungkan di balai, saya lihat dari celah-celah lubang berek kami,
lanun-lanun yang ramainya tidak kurang 50 hingga 70 orang itu telahpun
hampir dengan Balai Polis Semporna. Mereka berpecah kepada dua kumpulan.
Satu kumpulan mara ke balai polis satu lagi ke arah bot jabatan hutan”.

Sementara itu di Balai Polis, Sarjan Sagar Singh dengan dibantu oleh
orang-orangnya iaitu PC 442 Sulaiman dan PC Jambuan memuntahkan peluru
ke arah lanun-lanun yang begitu ramai itu. Sarjan Sagar Singh dan
orang-orangnya sekali-kali tidak mahu menyerah kalah kepada lanun-lanun
itu sekalipun terpaksa mengorbankan nyawa mereka.

Sambil
memuntahkan peluru ke arah balai yang dipertahankan bermati-matian oleh
Sarjan Sagar Singh itu, lanun itu memusnahkan alat-alat hubungan
wireless di luar balai itu. Dengan itu hubungan Balai Polis Semporna
dengan Ibu Pejabat Daerah Polis Lahad Datu terputus terus.


“Kita mesti pertahankan balai ini hingga ke titisan darah terakhir. Biar
putih tulang, jangan putih mata”, kata Sagar Singh kepada dua orang
anggotanya dengan penuh semangat dan mereka terus melawan dengan
beraninya.

Bullah yang ditugaskan melindungi isteri dan
anak-anak polis tidak dapat berbuat apa-apa kerana pada masa itu senjata
tiada di tangannya. Kalau dia keluar tanpa senjata tentu seperti
menyerah diri tanpa berlawan. Ia melihat bagaimana rakannya PC Jambuan
yang kehabisan peluru ditikam dengan barung (parang) oleh lanun-lanun
itu. Ia dibunuh dengan kejam sekali dan perutnya diburaikan.


Akhirnya kerana kehabisan peluru dan lanun-lanun yang ramai itu
bersenjatakan senjata-senjata automatik, maka Sarjan Sagar Singh dan dua
orang anggotanya terkorban.

Bullah cuba untuk keluar dari
tempat persembunyian untuk memberi bantuan tetapi dihalang oleh
permintaan isteri Sarjan Sagar dan isteri-isteri anggota polis yang lain
supaya jangan pergi dan melindungi mereka di situ.

Bila saja
lanun-lanun itu mendapati Sarjan Sagar dan orang-orangnya terkorban,
mereka lalu merempuh ke dalam balai polis. Bilik radio polis dipecah dan
alat-alatnya dimusnahkan. Mereka juga memecahkan bilik besi tempat
menyimpan senjatapi dan peluru, lalu merampasnya.

Lanun-lanun
itu semakin menganas. Senjatapi mereka ditembak ke sana ke mari. Mereka
terus menggeledah seluruh rumah dan kedai di pekan Semporna.


“Apa yang saya dengar lepas itu ialah teriakan dan jeritan minta tolong
oleh mangsa-mangsa lanun-lanun yang jahat itu. Mereka bukan sahaja
merompak, mengambil apa sahaja barang-barang berharga, makanan, malah
mereka juga merogol wanita dan anak dara. Mereka sungguh kejam dan tidak
berkeperimanusiaan langsung,” kata Bullah dengan perasaan amat geram.

“Apakan daya masa itu saya tidak bersenjata dan memikirkan pula
keselamatan anak isteri anggota-anggota polis. Saya kesal tidak dapat
membantu kawan-kawan saya yang gugur sebagai perwira negara".


“Lanun-lanun celaka itu telah bermaharajalela selama 3 jam iaitu dari
jam 5.30 hingga 8.30 malam di pekan Semporna. Mereka melakukan pelbagai
dosa yang tidak dapat diampun", terang beliau lagi.

Menurut
Bullah ia tidak tahu dari mana datangnya lanun-lanun itu tetapi ia
mengagakkan dari percakapannya adalah dari Seberang (Filipina).

Selama 3 jam Semporna telah menjadi neraka. Lanun-lanun bertindak
sewenang-wenangnya kerana tiada siapa berani melawannya. Akibatnya,
Semporna musnah semacam diserang garuda, menjadi padang jarak padang
tekukur.

Setelah lanun-lanun itu puas memuaskan hawa nasfu,
mereka segera menghilangkan diri di lautan luas dengan kumpit-kumpit
(perahu) yang dilengkapi dengan motosangkut laju.

“Bila
mendapati lanun-lanun itu berlalu, saya dan anak isteri anggota-anggota
polis keluar dari tempat persembunyian di berek polis itu. Betapa sedih
hati saya melihatkan rakan-rakan saya, Sarjan Sagar, PC Jambuan, PC
Gimun terkorban. Mayat mereka yang berlumuran darah itu dipeluk dan
ditangisi oleh anak dan isteri masing-masing. Saya turut menitiskan air
mata melihatkan peristiwa itu. Hingga hari ini ianya kekal dalam ingatan
saya,” ceritanya lagi.

Bullah segera mengambilalih tugas Ketua
Polis Balai. Didapatinya dua orang anggotanya masih hidup. Mereka itu
sedang bermain bola ketika lanun menyerang. Oleh kerana tidak sempat
lari ke balai, mereka terpaksa bersembunyi.

Setelah menguruskan
mayat empat orang rakannya, Bullah terus berbincang dengan Ketua Anak
Negeri (Penghulu) Semporna, Panglima Jakarullah yang telahpun tiba di
balai bersama-sama orangnya.

Dengan bantuan mereka, dia membuat
rondaan di sekitar bandar Semporna untuk mengumpul mayat dan memberi
pertolongan kepada orang yang cedera akibat kekejaman lanun-lanun tadi.

Hasilnya mereka menemui mayat seorang pegawai hutan British, seorang
pekedai Cina (tukang jahit) dan seorang pemuda Bajau Semunul. Mayat
-mayat itu dibawa ke balai polis untuk diuruskan.
Bullah seterusnya mengadakan perbincangan dengan Panglima Jakarullah dan orangnya pada malam kejadian itu.
Mereka mengambil keputusan untuk menghantar dua orang awam ke Lahad
Datu bagi membawa Pembantu Hospital Harry Chew dan Lian Chap Yit yang
luka parah mendapat rawatan. Di samping itu mereka juga diarahkan
meminta bantuan segera dari KPD Lahad Datu yang tidak dapat dihubungi
menerusi wireless radio.

Pada malam itu Bullah dan Panglima
Jakarullah serta orangnya mengambil keputusan untuk berjaga dan
berwaspada bagi menentang lanun-lanun yang mungkin datang sekali lagi.

Petang esoknya, 30 Mac barulah rombongan yang diketuai oleh Pegawai
Daerah Lahad Datu, Mr.Dalimore dan Ketua Polis Daerah (OCPD), Mr.W.R.H.
Roberts tiba untuk menyaksikan pekan Semporna yang hampir menjadi padang
jarak padang tekukur itu.

Peristiwa ngeri itu amat menakutkan
penduduk-penduduk Semporna. Ada di antara mereka yang lari bersembunyi
tidak mahu balik ke rumah beberapa hari kerana takutkan lanun mengganas
lagi. Seorang kakitangan kerajaan yang bertugas di Semporna, ketika
kejadian itu terus jadi 'gagap' hingga ke hari ini kerana terlampau
terkejut, gamam dan ketakutan.

(Sumber: Berita Bukit Aman, 1983)

compiled by :https://www.facebook.com/photo.php?fbid=433070376742525&set=a.403147886401441.82102.403142033068693&type=1
Back to top Go down
https://www.facebook.com/?ref=logo#!/profile.php?id=1000002088986
 
PERISTIWA BERDARAH DI SEMPORNA
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Peristiwa Kalabakan
» Peristiwa Keramat Pulai
» Peristiwa Bukit Kepong
» Peristiwa Di Mahkamah Agung Benadir, Somalia 27 September 1993

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Malaysia's Military, Police and Security Agencies :: Perbincangan MPSA Malaysia :: ARKIB @ MyMil-
Jump to: