Established on April 2010. MyMil is a hangout place where military enthusiasts meet, fully armed with mouse, keyboard and few cups of coffee. |
Member2 baru diharapkan dapat perkenalkan diri masing2 di SINI terlebih dulu, terima kasih To all MYMIL forumer please be very careful with all information posted, we don't to any vital information of our security forces or rumors circulating around that would bring a bad implications. Kepada semua forumer MYMIL, diminta untuk berposting dengan lebih berhemah serta tidak mendedahkan atau menyebarkan informasi penting mengenai pasukan keselamatan atau sebarang khabar angin yang membawa implikasi yang teruk. Kempen Anti Khabar Angin MYMIL sedang berjalan, sebarang post yang jatuh ke dalam kategori Khabar Angin akan dipadam tanpa sebarang amaran. Harap Maklum Selamat menyambut HUT ke 80 Tentera Laut DiRaja Malaysia MYMIL Anti Rumours Campaign is now in motion, any postage that fall under that condition will be edited and deleted without any warning. Please be advised Off topics haven, borak sampai pengsan di Warung Kopi Pak Jabit!! Mana2 posting yg bersifat provokasi, spam dan trol akan dipadam tanpa ragu2 lagi. Sila berposting dgn berhemah. Kepada ahli2 yg tidak pernah aktif dan berposting dalam masa 20 hari dari tarikh pendaftaran keahlian anda akan DIGUGURKAN. Ini adalah untuk menggalakan forumer untuk lebih aktif berforum. To all new forumer without any post (post = 0), your membership will be DROPPED in 20 days after the registration date, this is to discourage silent lurkers in the forum.
To all Mozilla Firefox, Chrome or Opera browser user, please activate browser add-on "AdBlock" to enable ad free MYMIL experience! -TQ Kepada semua pengguna Mozilla Firefox, Chrome atau Opera. Sila aktifkan browser add-on yang bernama "AdBlock" untuk mengelakkan gangguan iklan didalam Mymil -TQ |
Latest topics | » Sembang Medan Selera Pak Jebat V44 by HangPC2 Sat 27 Aug 2022, 5:36 pm
» Halo semua by matamata Mon 25 Oct 2021, 9:56 pm
» Cerita Rakyat by mumuchi Sun 05 Sep 2021, 10:35 am
» Konfrontasi Malaysia-Indonesia 1962-66 by mumuchi Sun 05 Sep 2021, 10:28 am
» PAINTBALL - Come get some... by pisang Tue 13 Dec 2016, 1:53 pm
» Baru balik by pisang Mon 12 Dec 2016, 5:47 pm
» Jaket camo by atreyudevil Fri 15 Jul 2016, 4:17 pm
» Nusantara Total War: Portuguese Invasion by Adib Mon 22 Feb 2016, 7:57 pm
» Rekrut baru disini by kapokbesi Thu 11 Feb 2016, 4:32 pm
» Keretapi Tanah Melayu Berhad by zacky.uesoff Thu 04 Feb 2016, 11:00 pm
» ALL ABOUT HAM RADIO (AMATEUR RADIO STATION) by kapokbesi Mon 16 Nov 2015, 12:42 pm
» BACKPACKING by venez Tue 31 Mar 2015, 5:11 pm
» Rekrut 2015 by atreyudevil Sun 29 Mar 2015, 8:34 pm
» Sejarah Pangkalan-Pangkalan Udara TUDM by venez Tue 24 Mar 2015, 11:02 am
» MyMil useful website lists by atreyudevil Sat 24 Jan 2015, 11:17 pm
» WIP - Work In Progress by yaminz Fri 26 Dec 2014, 12:06 pm
» Model Collections by yaminz Fri 26 Dec 2014, 11:58 am
» Rekrut October & November 2014 by atreyudevil Sat 20 Dec 2014, 7:07 am
» Bola Cafe: MALAYSIA! by HangPC2 Sun 14 Dec 2014, 12:35 pm
» Tayar Pirelli boleh tahan! by venez Wed 10 Dec 2014, 4:27 pm
|
Statistics | We have 511 registered users The newest registered user is Belarus
Our users have posted a total of 172030 messages in 1322 subjects
|
MyMil at Facebook | |
|
| MPSA in TV | |
|
+16MMW tin sbbs pcboss azim09 samuraisan atreyudevil dewafrost tenteng mumuchi tok_rimau87 kerambit75 marc_zman superhornet innocentti venez 20 posters | |
Author | Message |
---|
tok_rimau87 Sergeant
Posts : 171 Join date : 30/04/2010
| Subject: Re: MPSA in TV Wed 26 Jan 2011, 2:43 pm | |
| - venez wrote:
- ho3, nampak mcm ganas platun harimau nih, drama 1 episod or bersiri?
15 episod, harapnya tak jadi macam insurgensi la Platun Harimau nih nama sebelum jd UCIS.. 2 RAMD klu ikut novel | |
| | | marc_zman MODERATOR
Posts : 16328 Reputation : 611 Join date : 08/06/2010 Location : di atas tanah bekas hutan, paya dan ladang kelapa sawit.. tak tau laaa ntah sapa2 pernah kena tanam kat sini dulu.. kalu ada laa
| | | | kerambit75 Kehormat MyMil
Posts : 2612 Reputation : 83 Join date : 07/05/2010 Age : 49 Location : Ipoh
| Subject: Re: MPSA in TV Wed 26 Jan 2011, 2:45 pm | |
| - mumuchi wrote:
- la junior ko..ingatkan sebaya...
nanti lu belanja wa nak order lobster aaaa RADM, aantara yg lebih afdhal diketuk ialah si C.O carrier (kwn kita yg level Kepten tu) bukan X.O kapal friget iaitu Lt Komander mcm wa... | |
| | | mumuchi GLOBAL MODERATOR
Posts : 19551 Reputation : 525 Join date : 05/06/2010 Location : Dulu Tempat Lumba Kuda
| Subject: Re: MPSA in TV Wed 26 Jan 2011, 2:48 pm | |
| dia dah kapten ka | |
| | | kerambit75 Kehormat MyMil
Posts : 2612 Reputation : 83 Join date : 07/05/2010 Age : 49 Location : Ipoh
| Subject: Re: MPSA in TV Wed 26 Jan 2011, 2:58 pm | |
| - mumuchi wrote:
- dia dah kapten ka
In real life memang dia masih Komander, tapi dlm porem dia suda level Kepten tu RADM... kalau USN sudah command satu NAVSPECWARGRU, jadi admiral'l aide atau command sebuah carrier! OK back to topic, wa mmhg mengharapkan drama ni jadi gempak!
Last edited by kerambit75 on Wed 26 Jan 2011, 3:05 pm; edited 1 time in total | |
| | | marc_zman MODERATOR
Posts : 16328 Reputation : 611 Join date : 08/06/2010 Location : di atas tanah bekas hutan, paya dan ladang kelapa sawit.. tak tau laaa ntah sapa2 pernah kena tanam kat sini dulu.. kalu ada laa
| Subject: Re: MPSA in TV Wed 26 Jan 2011, 3:02 pm | |
| aper-aper pun wa nak tengok end produk dia jangan nanti cam citer lt adnan sabau jer laaa | |
| | | tenteng Kehormat MyMil
Posts : 4773 Reputation : 124 Join date : 11/05/2010 Age : 42 Location : segitiga melaka-kuantan-kkb-melaka
| Subject: Re: MPSA in TV Wed 26 Jan 2011, 3:07 pm | |
| yup..x sabo nak tgg cite nie... | |
| | | mumuchi GLOBAL MODERATOR
Posts : 19551 Reputation : 525 Join date : 05/06/2010 Location : Dulu Tempat Lumba Kuda
| Subject: Re: MPSA in TV Wed 26 Jan 2011, 10:45 pm | |
| untuk renungan.... - Quote :
- Fragmen: Menanti kemunculan filem perang daripada angkatan tentera kita
2011/01/24 PADA Sabtu lalu, beberapa akhbar utama menyiarkan gambar dan berita di muka depan kejayaan Pasukan Khas Laut dari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menyelamatkan kapal MT Bunga Laurel daripada tawanan lanun Somalia di perairan Teluk Aden, dekat Oman.
Kejayaan itu turut disusuli dengan ucapan tahniah daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Memang patut untuk berasa bangga dengan keberanian, ketangkasan dan kecekapan anggota pasukan keselamatan negara dalam mempertahankan bukan sahaja negara tetapi sebarang kepentingan yang menjadi hak negara kita.
Tetapi paparan itu hanyalah di media. Di akhbar dan di TV.
Kalau di Barat, khususnya Amerika Syarikat, kisah ketangkasan dan keberanian pasukan keselamatan mereka bukan sahaja menjadi berita utama dalam media mereka tetapi dengan pantas menjadi bahan untuk penerbitan filem. Filem yang bersifat kenegaraan dan patriotisme.
Sebab itu, kita di sini sering disogokkan dengan pelbagai filem perang yang bertemakan keberanian anggota komando mereka, walaupun realitinya ia mungkin tidak sehebat mana.
Pada tahun 2001, ditayangkan filem Black Hawk Down arahan Ridley Scott. Filem ini mengisahkan tentera Amerika memasuki bandar Mogadishu, Somalia untuk menangkap Jeneral Somalia, Mohamed Farrah Aidi. Sangkaan tentera Amerika bahawa operasi yang dianggap mudah sebenarnya tidak tepat apabila mereka diserang dari serata penjuru. Filem ini dibintangi oleh Ewan McGregor, Jeremy Piven, Orlando Bloom, JoshnHartnett dan Sam Shepard.
Black Hawk Down mengambil nama sempena helikopter canggih dalam angkatan tentera Amerika, Black Hawk yang ‘tewas’ di tangan pejuang Somalia. Sekurang-kurangnya dua Black Hawk tewas sama ada ditembak pelancar roket atau RPG atau daripada bedilan mesigan. Walaupun ia filem cereka, tetapi moral ceritanya jangan pandang rendah kekurangan musuh. Kecanggihan senjata sahaja bukan menjadi penentu kemenangan.
Selepas terkepung dalam serangan maut itu, tentera Amerika akhirnya berjaya diselamatkan oleh tentera pengaman Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu di yang ditugaskan di Somalia. Mengikut fakta, antara tentera yang menyelamatkan tentera Amerika ialah pasukan pengaman dari Malaysia. Bagaimanapun, filem itu tidak menyebut langsung sumbangan Angkatan Tentera Malaysia.
Hakikatnya, kita mempunyai banyak cerita menarik mengenai kehidupan angkatan tentera. Kejayaan menawan semula kapal dagang daripada tawanan lanun Somalia adalah sebahagian daripada kisah menarik mengenai pasukan keselamatan negara.
Namun, dalam mengangkat cerita perang versi tempatan, kita terlalu bersifat nostalgia dan sangat sentimental. Ini menjadikan banyak filem berlatarkan anggota tentera ini berkisar kepada cerita zaman pendudukan Jepun atau darurat. Memang betul kita tidak sepatutnya melupakan jasa dan pengorbanan besar anggota keselamatan.
Bagaimanapun, sejajar dengan peredaran masa, sudah tentu rakyat atau penonton, terutama generasi muda mahu melihat apa yang dimiliki oleh pasukan keselamatan kita pada hari ini. Kita yakin dengan kecanggihan peralatan perang sama ada di darat, laut dan udara, ia dapat menyemarakkan semangat anak muda kita untuk menyertai angkatan tentera.
Amerika mempromosikan kecanggihan peralatan tentera daripada kereta kebal, armada tentera laut, tentera udara, sehingga kepada pelbagai senjata dan sebagainya sedikit sebanyak menghidupkan semangat anak muda negara itu untuk menyertai pasukan keselamatan.
Bagaimanapun, filem ala perang ini bukanlah sekadar hendak menunjuk-nunjuk apa senjata yang kita miliki. Ini kerana kita tahu tidak semua boleh didedahkan kepada umum kerana ia adalah rahsia negara.
Dalam mengangkat kehidupan pasukan keselamatan, ia bukan juga dipenuhi dengan babak perang sahaja. Ia tertakluk kepada skop penceritaannya. Ia mungkin mengangkat konflik keluarga dalam pasukan keselamatan itu sendiri tatkala mereka ditugaskan di perbatasan.
Contohnya, kita tidak tahu apa yang terpendam dalam perasaan keluarga atau anggota tentera apabila mereka ditugaskan menjadi pasukan pengaman di negara-negara bergolak. Kerana anggota tentera itu sendiri adalah manusia bukan mesin.
Sebagai manusia mereka tentu ada perasaan apabila terpaksa meninggalkan isteri yang mungkin sedang mengandung, anak-anak yang masih kecil atau baru berkahwin, tiba-tiba mereka diarahkan bertugas berjauhan dalam satu tempoh lama dan belum tentu balik nanti dalam keadaan hidup atau mati.
Sehubungan itu, Kementerian Pertahanan menerusi menterinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dapat merancang untuk menerbitkan filem berkaitan dengan anggota tentera. Memang filem seperti ini membabitkan kos yang tinggi. Namun, Kementerian Pertahanan menerusi agensinya seperti Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) serta syarikat-syarikat yang ada kaitan dengan kepentingan LTAT ini mungkin berkongsi dana untuk menghasilkan filem ketenteraan.
Seperti yang kita katakan, kejayaan Pasukan Khas Laut dari Tentera Laut Diraja Malaysia menyelamat kapal dagang milik negara ini, apabila diterjemahkan dalam bentuk filem, ia sudah tentu membangkitkan perasaan baru kepada penonton dan rakyat Malaysia. Lagipun ia bukan sekadar filem semata-mata, tetapi lebih daripada itu ia boleh dianggap sebagai sebahagian daripada bahan dokumentasi angkatan tentera kerana untuk menghasilkannya sudah tentu berlandaskan kepada fakta yang betul.
Bagaimanapun, sesuatu hakikat yang perlu diperakui apabila hendak menerbitkan filem ketenteraan seperti ini ialah perlu ada elemen cereka. Mestilah ada elemen cinta, emosi, konflik, dramatik dan sebagainya kerana anggota tentera juga bukanlah mesin.
Kita tidak mahu ada filem perang seperti Leftenan Adnan yang dilihat gagal memikat penonton kerana bentuk penceritaannya yang terlalu biografi sifatnya. Filem Leftenan Adnan gagal kerana ia tidak menceritakan dan menggambarkan kesungguhan Leftenan Adnan bermati-matian mempertahankan kubu terakhir Tanah Melayu dari serangan tentera Jepun, sebaliknya banyak mengisahkan kehidupan peribadinya. - zainuri@bharian.com.my
| |
| | | dewafrost Kehormat MyMil
Posts : 3762 Reputation : 146 Join date : 20/06/2010
| Subject: Re: MPSA in TV Thu 27 Jan 2011, 2:27 pm | |
| sekitar majlis perasmian drama beret hijau..... [You must be registered and logged in to see this image.]mula2 ada sesi mesumbang kan suara..... [You must be registered and logged in to see this image.]perarakan masuk motor besar... aku tak tahu apa significant nyerrr [You must be registered and logged in to see this image.]sesi gaduh2, dan baling2 orang...... [You must be registered and logged in to see this image.]barulah kamenrider pun datang.... [You must be registered and logged in to see this image.]penyerahan manuskrip... eh, takan brader MP tukang amik gambar kooot.... [You must be registered and logged in to see this image.]sesi bergambar lah plaaakkkk...... kalu aku ada kek situ, aku nak aju kan soalan kek uncle zahid, jadik ker sambao SH 40 bijik?????......heheheheheeeee | |
| | | marc_zman MODERATOR
Posts : 16328 Reputation : 611 Join date : 08/06/2010 Location : di atas tanah bekas hutan, paya dan ladang kelapa sawit.. tak tau laaa ntah sapa2 pernah kena tanam kat sini dulu.. kalu ada laa
| Subject: Re: MPSA in TV Thu 27 Jan 2011, 2:37 pm | |
| | |
| | | mumuchi GLOBAL MODERATOR
Posts : 19551 Reputation : 525 Join date : 05/06/2010 Location : Dulu Tempat Lumba Kuda
| Subject: Re: MPSA in TV Sat 29 Jan 2011, 3:27 pm | |
| Aisey man..ini watanaih VIP pun mau sebok berlakon ni.. - Quote :
KJ bintangi Beret Hijau Oleh Rozdan Mazalan rozdan@bharian.com.my 2011/01/28
[You must be registered and logged in to see this image.] AHMAD ZAHID ( berdiri enam dari kiri ) bersama penerbit dan pelakon drama Beret Hijau. Turut kelihatan, Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Zulkifeli Mohd Zin (berdiri lima dari kiri). Gambar bawah, PELAKON yang membintangi drama Bersiri Beret Hijau pada majlis pelancarannya di Bidor Kopitiam, Cheras.
Memegang peranan sebagai Kapten dalam drama berlatarkan angkatan tentera
TANPA disangka-sangka, drama bersiri 13 episod Beret Hijau mendapat permintaan istimewa daripada VIP yang menawarkan diri untuk membuat penampilan khas sebagai barisan pelakonnya.
Tawaran yang dibuat menerusi panggilan telefon daripada Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin (KJ) untuk sama-sama terbabit dalam drama ini sudah tentu mengejutkan penerbitnya, Den Wahab.
Drama terbitan terbitan Global Network Entertainment Sdn Bhd (GNE) dengan kerjasama Kementerian Pertahanan itu kini sedang dalam penggambaran di Kem Sungai Udang, Melaka sehingga penghujung Mac depan.
Ketika mengesahkan perkara ini, Den berkata, dia memang sangat berbesar hati apabila Khairy menunjukkan minat mendalam untuk terbabit dalam drama Beret Hijau.
“Agak mengejutkan apabila saya diberitahu oleh seseorang beliau (Khairy) menyatakan minat untuk terbabit dalam drama ini. Saya terus menghubungi beliau untuk mendengar sendiri daripada mulutnya dan dia memang mengakui berminat untuk berlakon dalam Beret Hijau.
“Tanpa berlengah saya terus mendapatkan penulis skrip untuk melihat watak yang sesuai bakal dibawa nanti. Beliau (Khairy) akan membawakan watak sebagai Kapten yang berpangkalan di Markas Tentera Darat, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membabitkan sekurang-kurangnya empat babak.
“Walaupun peranannya tidak besar namun kami cukup berbesar hati kerana dengan pembabitan beliau di dalam drama ini sekurang-kurangnya dapat menarik minat remaja memilih bidang ketenteraan sebagai kerjaya mereka,” katanya.
Mengulas lanjut mengenai Beret Hijau, Den berkata, drama terbitannya itu mendapat kerjasama daripada Kementerian Pertahanan, lebih-lebih kerana ia memerlukan penggunaan pelbagai peralatan canggih dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
“Alhamdulillah saya lega apabila drama yang biasanya memakan belanja yang besar ini mendapat kerjasama sepenuhnya daripada ATM. Tanpa kerjasama ini sudah tentu kami berhadapan kesukaran untuk menjalani penggambaran ini. Apa saya keperluan yang diperlukan di dalam penggambaran ini sedia mendapat kerjasama daripada ATM jadi ia memudahkan perjalanan kerja kami.
“Kita dibekalkan dengan pelbagai peralatan canggih tentera seperti M16, Pump Gun Auto, trak tentera, helikopter, pesawat tentera, bot tempur, land rover grenade louncher, pisau komando, sniper, bom asap dan ambulan perisai.
“Drama yang banyak memaparkan imej ketenteraan ini diharap menjadi usaha meningkatkan minat orang ramai menyertai ATM,” katanya.
Hadir sama pada majlis pelancaran drama Beret Hijau, Menteri Pertahanan, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Zulkifli Mohd Zin.
Bantuan percuma tapi bersyarat
Kementerian Pertahanan sedia bekerjasama dengan mana-mana syarikat penerbitan dalam usaha menerbitkan lebih banyak drama atau filem bercorak ketenteraan bertujuan membantu meningkatkan imej Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Ahmad Zahid berkata, bantuan yang diberikan bukan saja dalam aspek khidmat nasihat, malah membabitkan aspek teknikal seperti penggunaan aset ketenteraan termasuk lokasi bagi tujuan penggambaran.
“Aset yang digunakan dalam penggambaran drama ini sama ada aset boleh nampak dan tidak boleh nampak memang sukar untuk diperoleh dan tentu memerlukan bayaran yang banyak untuk menampungnya.
“Buat masa ini belum ada ada mana-mana angkatan tentera di negara lain yang akan memberikan secara percuma untuk penerbitan filem atau drama, atas sebab ATM bermurah hati, aset ini diberikan dengan percuma tetapi bersyarat, ia harus memberikan gambaran terbaik kepada ATM.
“Salah satu usaha penjenamaan semula ialah melalui ATM ke mata rakyat melalui media massa seperti iklan, dokumentari, drama dan filem. Pendedahan aktiviti profesional yang ada dalam ATM melalui olahan, penceritaan dan penggunaan peralatan canggih yang ada di dalam tentera seperti kereta kebal, kereta perisai, kapal terbang dan helikopter dapat membantu mencapai matlamat ini,” katanya.
Ahmad Zahid juga berharap dengan pendedahan kisah komando yang bakal dipaparkan menerusi drama terbitan Global Network Entertainment Sdn Bhd, Beret Hijau ini, generasi muda lebih berminat untuk menganggotai ATM.
“Sebelum ini industri perfileman dan penerbitan drama tidak ketinggalan menyajikan pelbagai pengisian cerita ketenteraan dengan membentuk episod darurat. Jarang sekali pengisiannya menggambarkan kehidupan masyarakat yang hidup dalam keadaan aman,” katanya yang turut menyatakan ATM akan memantau kualiti drama ini dari masa ke semasa.
Drama Beret Hijau turut dibintangi barisan pelakon seperti Iqbal Mazlan (Pilih Kasih) sebagai Haziq, Azie Yahya (Sarjan Aishah), Chomell Fana (Amirah), Hasnul Rahmat (Soleh), Aman Graseka (Abu Farsi) dan Kuswadinata (Pak Ali). | |
| | | atreyudevil ADMIN
Posts : 9582 Reputation : 602 Join date : 19/04/2010 Location : Kuantan
| Subject: Re: MPSA in TV Sat 29 Jan 2011, 4:14 pm | |
| Cameo je kot macam US Secretary of the Navy buat cameo dalam NCIS Sec Mabus of the SacNav rasanya
rajin plak tu buat appearance dlm NCIS, | |
| | | mumuchi GLOBAL MODERATOR
Posts : 19551 Reputation : 525 Join date : 05/06/2010 Location : Dulu Tempat Lumba Kuda
| Subject: Re: MPSA in TV Sat 29 Jan 2011, 10:11 pm | |
| sapa tengok segmen bodyguard majalah 3 tadi..awat ada 1 handgun tu saja blur kat latihan lapangsasar, yang lain tunjuk pulak..brand israel ke? | |
| | | marc_zman MODERATOR
Posts : 16328 Reputation : 611 Join date : 08/06/2010 Location : di atas tanah bekas hutan, paya dan ladang kelapa sawit.. tak tau laaa ntah sapa2 pernah kena tanam kat sini dulu.. kalu ada laa
| Subject: Re: MPSA in TV Sat 29 Jan 2011, 10:20 pm | |
| terlepas.. balik lewat skittt jer tadi errr... tak kan dessert eagle kot.? perghhh.. itu manyak busat wooo | |
| | | mumuchi GLOBAL MODERATOR
Posts : 19551 Reputation : 525 Join date : 05/06/2010 Location : Dulu Tempat Lumba Kuda
| Subject: Re: MPSA in TV Sat 29 Jan 2011, 10:25 pm | |
| fasal kabur memang tak nampak bro..tak apa nanti keluar web, tengok macamana.. | |
| | | samuraisan Major
Posts : 1124 Reputation : 273 Join date : 31/05/2010
| Subject: Re: MPSA in TV Sun 30 Jan 2011, 12:22 am | |
| Zahid kan suka bawak motor besar2 tu ada perarakan motor2 besar tu.. Kita tunggu ceritanya nanti | |
| | | marc_zman MODERATOR
Posts : 16328 Reputation : 611 Join date : 08/06/2010 Location : di atas tanah bekas hutan, paya dan ladang kelapa sawit.. tak tau laaa ntah sapa2 pernah kena tanam kat sini dulu.. kalu ada laa
| | | | dewafrost Kehormat MyMil
Posts : 3762 Reputation : 146 Join date : 20/06/2010
| Subject: Re: MPSA in TV Mon 07 Feb 2011, 2:12 pm | |
| huuuiiihhhhh... kemain lagi marah kawan tuuu yerrrrkkk | |
| | | marc_zman MODERATOR
Posts : 16328 Reputation : 611 Join date : 08/06/2010 Location : di atas tanah bekas hutan, paya dan ladang kelapa sawit.. tak tau laaa ntah sapa2 pernah kena tanam kat sini dulu.. kalu ada laa
| Subject: Re: MPSA in TV Mon 07 Feb 2011, 2:19 pm | |
| - dewafrost wrote:
- huuuiiihhhhh... kemain lagi marah kawan tuuu yerrrrkkk
ekekekeee.. abis, diorang dok sibuk citer yg baru nak rakamyg dah siap & terperuk tu bila mau kasik abis daaa.??? btw.. salah sorang adik Kawan dah dapat cd 13 episod awal citer insurgensi tutapi balance lagik 13 citer tu tarak dapatsemuanyer gara2 dia belum keluo tvhuhuhuhuhuuuu | |
| | | dewafrost Kehormat MyMil
Posts : 3762 Reputation : 146 Join date : 20/06/2010
| Subject: Re: MPSA in TV Mon 07 Feb 2011, 3:17 pm | |
| kita bleh dapat kan koleksi tuu di mana2 pameran ATM dan TD..... tarak susah punyaaa.... | |
| | | marc_zman MODERATOR
Posts : 16328 Reputation : 611 Join date : 08/06/2010 Location : di atas tanah bekas hutan, paya dan ladang kelapa sawit.. tak tau laaa ntah sapa2 pernah kena tanam kat sini dulu.. kalu ada laa
| Subject: Re: MPSA in TV Mon 07 Feb 2011, 3:20 pm | |
| yg 13 episod awal tu mmg bleh dapat tapi yg 13 episod berikutnyer tu dah try mintak, tapi sumber tu kata takleh benda blum keluo tv | |
| | | azim09 Lt Colonel
Posts : 1628 Reputation : 230 Join date : 27/09/2010 Age : 32 Location : off the grid
| Subject: Re: MPSA in TV Mon 28 Mar 2011, 8:03 pm | |
| buletin utama TV3 malam ni ada berita pasal operasi fajar.... | |
| | | mumuchi GLOBAL MODERATOR
Posts : 19551 Reputation : 525 Join date : 05/06/2010 Location : Dulu Tempat Lumba Kuda
| Subject: Re: MPSA in TV Mon 28 Mar 2011, 8:11 pm | |
| tks azim..sedang tengok ni | |
| | | venez ADMIN
Posts : 17389 Reputation : 581 Join date : 19/04/2010 Age : 46 Location : AFNG
| Subject: Re: MPSA in TV Mon 28 Mar 2011, 8:49 pm | |
| yup, report by stand.... | |
| | | pcboss Major
Posts : 1021 Reputation : 129 Join date : 27/08/2010 Location : Sungai Petani
| Subject: Re: MPSA in TV Mon 28 Mar 2011, 9:55 pm | |
| sikit sgt. tak release full (edited) version ke? | |
| | | samuraisan Major
Posts : 1124 Reputation : 273 Join date : 31/05/2010
| Subject: Re: MPSA in TV Mon 28 Mar 2011, 10:48 pm | |
| sape tak puas tengok gi link ni lepas tu ulang 100xxx hehee http://www.tv3.com.my/beritatv3/tajuk_utama/Insiden_Kapal_Bunga_Laurel_Ditawan_Lanun_Somalia_1301317829.html | |
| | | Sponsored content
| Subject: Re: MPSA in TV | |
| |
| | | | MPSA in TV | |
|
Similar topics | |
|
| Permissions in this forum: | You cannot reply to topics in this forum
| |
| |
| |
|