Malaysia's Military, Police and Security Agencies
Welcome to the battlefield, soldier!

MyMil adalah bod perbincangan berkenaan ketenteraan, agensi2 penguatkuasaan yang ada di Malaysia dan juga di serata dunia. Daftar sekarang untuk menikmati paparan perbincangan berinformasi sambil bersantai. Ahli2 yg baru akan digugurkan daripada senarai sekiranya tidak aktif dalam masa yg terdekat. Berforumlah dengan berhemah.

Terima kasih.

Admin dan moderator MyMil

Important Notice: The views and opinions expressed on the forum or the related pages are of the owner alone, and are not endorsed by Mymil, nor is Mymil responsible for them. Due to the nature of the Internet forum is in real time, Mymil does not, and can not censor any submission, but asks that each user use discretion and respect for other users, and does not contribute any word that is unlawful, harmful, threatening, abusive, harassing, tortious, defamatory, vulgar, obscene, libelous, invasive of another's privacy, hateful, or racially, ethnically or otherwise objectionable. Mymil reserve the right to withhold and/or remove any link that might possibly hold an individual, entity or group ridicule, potential embarrassment or potential defamation. Mymil also reserves the right to accept, edit and/or remove any link that is deemed inappropriate in any way.

Join the forum, it's quick and easy

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Latest topics
» Sembang Medan Selera Pak Jebat V44
by HangPC2 Sat 27 Aug 2022, 5:36 pm

» Halo semua
by matamata Mon 25 Oct 2021, 9:56 pm

» Cerita Rakyat
by mumuchi Sun 05 Sep 2021, 10:35 am

» Konfrontasi Malaysia-Indonesia 1962-66
by mumuchi Sun 05 Sep 2021, 10:28 am

» PAINTBALL - Come get some...
by pisang Tue 13 Dec 2016, 1:53 pm

» Baru balik
by pisang Mon 12 Dec 2016, 5:47 pm

» Jaket camo
by atreyudevil Fri 15 Jul 2016, 4:17 pm

» Nusantara Total War: Portuguese Invasion
by Adib Mon 22 Feb 2016, 7:57 pm

» Rekrut baru disini
by kapokbesi Thu 11 Feb 2016, 4:32 pm

» Keretapi Tanah Melayu Berhad
by zacky.uesoff Thu 04 Feb 2016, 11:00 pm

» ALL ABOUT HAM RADIO (AMATEUR RADIO STATION)
by kapokbesi Mon 16 Nov 2015, 12:42 pm

» BACKPACKING
by venez Tue 31 Mar 2015, 5:11 pm

» Rekrut 2015
by atreyudevil Sun 29 Mar 2015, 8:34 pm

» Sejarah Pangkalan-Pangkalan Udara TUDM
by venez Tue 24 Mar 2015, 11:02 am

» MyMil useful website lists
by atreyudevil Sat 24 Jan 2015, 11:17 pm

» WIP - Work In Progress
by yaminz Fri 26 Dec 2014, 12:06 pm

» Model Collections
by yaminz Fri 26 Dec 2014, 11:58 am

» Rekrut October & November 2014
by atreyudevil Sat 20 Dec 2014, 7:07 am

» Bola Cafe: MALAYSIA!
by HangPC2 Sun 14 Dec 2014, 12:35 pm

» Tayar Pirelli boleh tahan!
by venez Wed 10 Dec 2014, 4:27 pm

Statistics
We have 511 registered users
The newest registered user is Belarus

Our users have posted a total of 172030 messages in 1322 subjects
MyMil at Facebook
Like/Tweet/+1

Sejarah Pangkalan-Pangkalan Udara TUDM

+9
pcboss
Foxtrot
mumuchi
marc_zman
yaminz
tin
dewafrost
alphawolf
venez
13 posters

Page 1 of 2 1, 2  Next

Go down

Sejarah Pangkalan-Pangkalan Udara TUDM Empty Sejarah Pangkalan-Pangkalan Udara TUDM

Post by venez Tue 03 Aug 2010, 10:26 pm

some of this info are extract from the net...

Pangkalan Udara Kuala Lumpur
Pangkalan ini merupakan pangkalan yang pertama ditubuhkan di Tanah Melayu oleh pihak Tentera Udara Diraja British. Secara rasminya pangkalan ini mula beroperasi pada 1 Jun 1941, dikenali sebagai Stesen RAF (Royal Air Force). Pegawai Memerintah pada ketika itu ialah Sqn Ldr C H Lucas.
Matlamat utama penubuhan pangkalan ini adalah untuk memudahkan operasi RAF bagi mempertahankan Tanah Melayu selain menjadi pusat perhubungan RAF dengan pangkalan di Seletar, Singapura. Sewaktu penaklukkan tentera Jepun di Tanah Melayu pada tahun 1942, pangkalan ini berfungsi sebagai pusat pertahanan RAF. Pada tahun 1945 iaitu apabila Jepun menyerah kalah, pangkalan ini telah melalui proses pembaikan dan dibuka semula pada 1956. Pegawai Memerintah pertama selepas pengunduran tentera Jepun ialah Group Captain H E Warcup.
Sehingga tahun 1960, seramai tiga orang Pegawai Memerintah termasuk Group Captain H E Warcup telah memegang teraju pangkalan ini. Mereka ialah GP Captain H A S Disney mulai 16 April 1959 hingga 1 Julai 1960 dan Wg Cdr J A W Long mulai 1 Jul 1960 hingga 1 Oktober 1960.
Pada 25 Okt 1960, Kerajaan British secara rasminya menyerahkan pangkalan ini kepada Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu untuk kegunaan TUDM. Oleh kerana pada waktu itu TUDM masih kekurangan pegawai dan kebanyakan pegawai-pegawai yang ada merupakan pinjaman daripada negara asing maka Pegawai Memerintah pangkalan masih dipinjam dari Tentera Udara Diraja British. Sembilan tahun kemudian iaitu pada 31 Mac 1969, pangkalan ini diteraju oleh anak tempatan pertama sebagai Pegawai Memerintah iaitu Gp Captain Mohammed Taib.
Pangkalan ini merupakan asas kepada penubuhan TUDM. Dari sebuah lapangan terbang antarabangsa pertama di Malaysia, ianya terus berkembang dan menjadi nadi kepada pertahanan ruang udara Malaysia.
The fate of this airport for the future remains unknown. As the urbanization of Kuala Lumpur city continues to expand, large tracts of land like this one has become a commodity. There had been non-fatal accidents before, involving single prop airplanes, at the surrounding roads and flyovers which are usually very busy during rush hours.

Pangkalan Udara Butterworth
Sejarah pangkalan udara Butterworth bermula dalam tahun 1941 apabila Tentera Udara Diraja British (RAF) membuka sebuah pangkalan pembaikan pesawat. Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) kemudian menggunakan pangkalan pembaikan ini sebagai penempatan pesawat peninjau menggunakan pesawat Brewster Buffalo.

[You must be registered and logged in to see this image.]
Brewster Buffalo

Pada 7 Disember 1941, pangkalan ini digunakan oleh pasukan Berikat untuk menempatkan pesawat pengebom Blenheim milik RAF dan pesawat Brewster Buffalo milik RAAF. Dua hari kemudian, 9 Disember 1941 pangkalan ini diserang oleh pesawat udara Jepun. Kesemua pesawat pengebom jenis Bleinheim musnah. Pangkalan udara Butterworth sendiri rosak teruk. Beberapa pesawat Brewster Buffalo dapat berlepas untuk memberikan tentangan tetapi tidak dapat bersaing dengan keupayaan pesawat juang jenis Mitsubishi Zero. Selepas ditawan Jepun, sebuah landasan dibina di arah timur-barat untuk kegunaan tentera udara Jepun. Landasan ini masih ada sekarang dan digunakan untuk memarkir kapal terbang.

Setelah Jepun menyerah diri, pangkalan Butterworth kembali digunakan oleh Tentera Udara Diraja British untuk mengisi minyak pesawat untuk perjalanan Singapura ke Sri Lanka. Semasa darurat, pangkalan udara Butterworth digunakan oleh 33 Skuadron RAF (dilengkapkan dengan Hawker Tempest) untuk menjalankan misi pengeboman dan serangan roket ke atas kubu dan kedudukan pengganas komunis. Operasi ini berterusan sehingga tahun 1955. Pesawat pengebom jenis Avro Lincoln milik RAAF juga ditempatkan di Butterworth bagi menjalankan misi pengeboman.

Pada tahun 1955, RAF menyerahkan pangkalan udara Butterworth kepada RAAF. Sebuah landasan dengan panjang 3,000 meter dibina dengan arah utara-selatan (landasan yang ada sekarang). Walaupun milik RAF, RAAF menggunakan Pangkalan Udara Butterworth untuk menempatkan 78 Fighter Wing terdiri dari 3 Skuadron dan 77 Skuadron dengan pesawat Sabre dan 2 Skuadron dengan pesawat pengebom Canberra.

Pangkalan Udara Butterworth diserahkan kepada Tentera Udara Diraja Malaysia pada 31 Mac 1970 sebagai memenuhi Persetujuan Dudley, 1955. Oleh kerana TUDM masih belum mempunyai keupayaan tempur, RAAF masih diberikan tanggungjawab untuk memberikan perlindungan pertahanan udara. Oleh itu, 2 buah skuadron Mirage III RAAF ditempatkan di Butterworth.

TUDM Butterworth juga dijadikan ibu pejabat Sistem Pertahanan Udara Bersepadu IADS di bawah Rancangan Pertahanan Lima Negara FPDA melibatkan Malaysia, Australia, Singapura, New Zealand dan United Kingdom.

Dalam tahun 1969, 11 Skuadron TUDM ditubuhkan menggunakan 12 pesawat Avon Sabre yang didermakan Australia. Pada 1 Januari 1971, Pusat Pertahanan Udara TUDM menempatkan radar Marconi A600 di Butterworth, menggantikan unit radar RAF di Pulau Pinang. 3 Skuadron TUDM dengan helikopter S-61 Nuri juga ditempatkan di TUDM Butterworth.

[You must be registered and logged in to see this image.]

Pada 31 Mei 1975, 12 Skuadron TUDM ditubuhkan dengan kelengkapan 16 buah pesawat pejuang supersonik jenis Northrop F5E. 11 Skuadron (Sabre) dibubarkan dan ditubuhkan semula dalam tahun 1983 dengan pesawat peninjau RF-5E Tigereye. Dalam tahun 1986, 18 Skuadron TUDM ditubuhkan di Butterworth dengan pesawat Boeing F-18D Hornet

[You must be registered and logged in to see this image.]

Kini TUDM Butterworth menjadi pangkalan udara utama untuk TUDM. Tetapi RAAF masih menempatkan satu skuadron sokongan untuk membolehkan penempatan pesawat-pesawat terbang dari RAAF untuk beroperasi di TUDM Butterworth. No 324 Combat Support Sqn merupakan salah satu unit RAAF yang berada di TUDM Butterworth

RAF Butterworth
[You must be registered and logged in to see this image.]
RAF Butterworth was commissioned in October 1941, as a Royal Air Force station which was a part of the British defence plan for defending the Malayan Peninsula against an imminent threat of invasion by the Imperial Japanese forces during World War II. During the Battle of Malaya, the airbase suffered some damage as a direct result of aerial bombing from Mitsubishi G3M & Mitsubishi G4M bombers of the Imperial Japanese Navy Air Service based in Saigon. Brewster Buffalos from the airbase rose to challenge the escorting Mitsubishi A6M Zero fighters but was mauled during several of these engagements by the highly trained and experienced Japanese fighter pilots.

The airbase was subsequently captured by units of the advancing 25th Army (Imperial Japanese Army) on 20 Dec 1941 and the control of the airbase was to remain in the hands of IJA until the end of hostilities in September 1945, whereupon the RAF resumed control of the airbase and Japanese prisoners of war were made to repair the airbase as well as to improve the runways before resuming air operations from the airbase in May 1946.

During the Malayan Emergency that was to last from 1948 to 1960, RAF as well as RAAF and RNZAF units stationed at the airbase played an active role in helping to curb the communist insurgency in the jungles of Malaya by attacking suspected hideouts and harassing the communist guerrillas. The base also served as a vital front-line airfield for various other units on rotation from RAF Changimarker, RAF Kuala Lumpur, RAF Kuantan, RAF Seletarmarker and RAF Tengahmarker.

RAAF Butterworth

In 1957, the RAF transferred the control of the base to the Royal Australian Air Force and it was promptly renamed as RAAF Butterworth, the base became the home to numerous Australian fighter and bomber squadrons stationed in Malaya during the Cold War era. Two of the notable RAAF units were 3 Sqn and 77 Sqn which saw service with their CAC Sabres during the Malayan Emergency through the Confrontation with Indonesia. From August 1964 onwards, these Sabre jets responded on several occasion to incursions by MiG-21 fighter jets of the Indonesian Air Force flying towards Malaysian airspace but the Indonesian aircraft always turned back before crossing the international boundary, thereby averting possible escalation.

Another notable unit was the 75 Sqn, which was based there with its Dassault Mirage IIIs from 1968 to 1983.

As of October 2008, the Australian Defence Force continues to maintain a presence at RMAF Butterworth as part of Australia's commitment to the Five Power Defence Arrangements (FPDA), with No. 324 Combat Support Squadron and a detachment of AP-3C Orion aircraft from No. 92 Wing RAAF being located at the base. In addition, the Australian Army maintains an infantry company (designated Rifle Company Butterworth) at Butterworth for training purposes.

[You must be registered and logged in to see this image.]

BLOODHOUND SURFACE-TO-AIR MISSILES

Last edited by venez on Tue 03 Aug 2010, 10:44 pm; edited 1 time in total
venez
venez
ADMIN
ADMIN

Mymil
Posts : 17389
Reputation : 581
Join date : 19/04/2010
Age : 45
Location : AFNG

http://venez2.blogspot.com

Back to top Go down

Sejarah Pangkalan-Pangkalan Udara TUDM Empty Re: Sejarah Pangkalan-Pangkalan Udara TUDM

Post by venez Tue 03 Aug 2010, 10:27 pm

Pangkalan Udara Gong Kedak
[You must be registered and logged in to see this image.]

Pangkalan Udara Gong Kedak ditubuhkan pada 13 Feb 1998, mula beroperasi sepenuhnya pada bulan November 1998. Pangkalan ini merupakan sebuah pangkalan udara yang unik kerana lokasinya yang terletak di dalam dua buah negeri iaitu Kelantan dan Terengganu.

Secara amnya pangkalan ini terletak lebih kurang 10 km ke Bandar Jerteh dan 12 km ke pekan Kuala Besut dan 16 km ke Bandar Pasir Puteh melalui pintu utama jalan sempadan Negeri Terengganu/Kelantan. Bagi memudahkan pengenalan diantara dua bahagian yang memisahkan Bahagian Markas dan Bahagian Operasi adalah jalanraya yang merentasi Jerteh - Bukit Peteri - Kuala Besut.

TUDM telah memulakan pembangunan di kawasan Bukit Peteri bagi menempatkan sebuah Skuadron Radar Pertahanan Udara yang dikendalikan oleh Tim Projek Martello. Pangkalan Udara Gong Kedak memiliki sebuah Lapangan Terbang dan Landasan Kapal Terbang ini telah wujud sebelum Perang Dunia Ke 2 lagi. Pada awal tahun 60an, landasan ini masih lagi digunakan oleh pihak Tentera Udara British dan bermula pada awal tahun 70an sehingga tahun 1989 landasan terbang ini hanya digunakan oleh ATM sebagai kawasan latihan khasnya bagi Latihan Payung Terjun sahaja.

Pada tahun 1993, lokasi ini telah dibangunkan dengan penempatan sebuah unit TUDM dan telah beroperasi pada awalnya dikenali sebagai TUDM Bukit Peteri. Di atas tujuan pembesaran dan memperkasakan lagi pertahanan negara khususnya TUDM, kerajaan telah merancang untuk mengadakan sebuah Pangkalan Udara bagi TUDM, Bagi tujuan tersebut kerajaan telah memulakan proses pengambilan tanah untuk pembinaan Pangkalan Udara Gong Kedak dan prosesnya dijalankan oleh Pejabat Tanah Jajahan Pasir Puteh, Kelantan ianya bermula pada tahun 1981.

Pada bulan Mac 1993, bermula dengan unit mendiri yang kecil dinamakan Tim Pendahuluan Skuadron 321 TUDM Bukit Peteri. Pada tahun 1995, projek pembangunan Pangkalan Udara Gong Kedak telah diluluskan. Seterusnya Pangkalan Udara Gong Kedak telah ditubuhkan pada 13 Feb 1998 dan mula beroperasi pada bulan November 1998.

Dalam tahun 1995, kerja-kerja pembangunan bagi menubuhkan sebuah pangkalan udara telah dimulakan di bawah pengawasan Tim Projek Subang - Gong Kedak. Seterusnya pada tahun 1998, Pangkalan TUDM Gong Kedak telah ditubuhkan dan Skuadron 321 telah menjadi sebuah unit lodger kepada pangkalan ini, Justeru itu secara dasarnya pemerintahan dibawah nama TUDM Bukit Peteri telah dimansuhkan tetapi perjawatannya dikekalkan.

Pada bulan Januari 2001, Pusat Latihan Terbang 3 dari Pangkalan Udara Kuantan telah berpindah ke Pangkalan ini dan telah mula beroperasi menggunakan pesawat PC 7 MK II dan pesawat PC 7. Pada masa yang sama pangkalan ini telah memilik 2 buah unit naungan disamping unit radar iaitu Skuadron 321, namun pada awal bulan April 2004 Pusat Latihan Terbang 3 ini berpindah pula ke Kolej Tentera Udara, Alor Setar Kedah.

Sample Image

Pada dasarnya Pangkalan ini dibangunkan untuk berperanan sebagai ‘Forward Operating Base’ melalui penggunaan peralatan-peralatan dan infrastruktur yang sedia ada. Di mana penempatan asset pertahanan udara terdiri daripada pesawat, radar dan sistem pertahanan darat ke udara boleh dilancarkan. Pangkalan ini juga dipertanggungjawabkan untuk mendokong keperluan logistik, penyelenggaraan fasilitas dan infrastruktur serta pengurusan kewangan .

Mulai 01 Mac 2002, penyusunan semula organisasi TUDM telah dilaksanakan diperingkat semua pangkalan. Justeru itu, pangkalan ini merialisasikannya bagi unit-unit naungan telah dicantumkan di bawah kawalan Markas Pangkalan dinaiktaraf sebagai unit operasi. Penyusunan pemerintahan semua anggota dalaman juga digerakkan dan berfungsi mengikut cawang-cawang seperti Pentadbiran dan Logistik begitu juga dengan Skuadron 321 serta Pusat Latihan Terbang 3. Pangkalan ini bertanggungjawab menentukan keperluan dan kejayaan operasi TUDM dan seterusnya bertanggungjawab sepenuhnya kepada Panglima Markas No 1 Divisyen Udara.

Dengan wujudnya perjawatan bagi Pangkalan TUDM Gong Kedak, Udara dan selaras dengan pembangunannya untuk rekod awalan bagi abad ke 21 ini serta penempatan Pesawat Pejuang Sukhoi 30MKM dan penerimaan pesawat pertamanya pada pertengahan tahun 2007, Pangkalan ini dimajukan lagi dengan permohonan penyusunan semula perjawatan sediada dengan menaiktaraf perjawatannya dan telah mendapat kelulusan melalui Waran Perjawatan Bilangan K65 Tahun 2007 bertarikh 5 Jun 2007 dan dikuatkuasakan mulai 01 Jun 2007. Berikut adalah senarai susunan hairaki pemerintah pada awal penubuhan sehingga kini yang telah diberi tanggungjawab untuk merialisasikan serta mendokong wawasan negara, dan visi serta misi TUDM amnya kearah sebuah pangkalan udara yang disegani dirantau ini.
venez
venez
ADMIN
ADMIN

Mymil
Posts : 17389
Reputation : 581
Join date : 19/04/2010
Age : 45
Location : AFNG

http://venez2.blogspot.com

Back to top Go down

Sejarah Pangkalan-Pangkalan Udara TUDM Empty Re: Sejarah Pangkalan-Pangkalan Udara TUDM

Post by venez Tue 03 Aug 2010, 10:31 pm

Pangkalan Udara Kuantan

Pangkalan Udara Kuantan dengan rasminya telah ditubuhkan pada 24 Jun 1968. Terdiri daripada No 3 Skn dan No 9 Skn yang menerbangkan pesawat CL-41G (Canada) atau lebih dikenali dengan nama Tebuan (Nama Samaran) yang bermaksud Hornet. Manakala No 10 Skn menggunakan pesawat buatan Amerika Syarikat, Sikorsky S 61 A-4 dengan nama panggilan NURI (Nama burung tempatan).

[You must be registered and logged in to see this image.]

Pada awal tahun 80-an, No 4 Skn yang telah beroperasi di Pangkalan ini menggunakan pesawat PC 130 Hercules. Ia menjalankan tugas-tugas Maritim di seluruh perairan Malaysia dan juga Zon Bebas Perdagangan.

Pada tahun 1985, Pesawat buatan Amerika Syarikat iaitu pesawat A4 SkyHawk telah digunakan untuk membuat tugas serangan ke darat bagi menggantikan pesawat Tebuan CL-41G.

[You must be registered and logged in to see this image.]

9 tahun kemudian, pesawat A4 SkyHawk telah digantikan pula dengan Pesawat Hawk 108 dan Hawk 208 buatan Britain dan ditempatkan di No 6 Skn. Setelah 10 tahun pesawat ini masih lagi beroperasi di dalam TUDM.

[You must be registered and logged in to see this image.]

Dalam tahun 1995, TUDM telah menerima pula pesawat buatan Rusia iaitu MiG-29N yang dikendalikan oleh dua buah skuadron penerbangan iaitu No 17 Skn dan No 19 Skn yang berpangkalan ini Pangkalan Udara Kuantan. Dengan wujudnya dua buah skuadron ini, terdapat terdapat 7 skuadron penerbangan telah ditubuhkan di Pangkalan Udara Kuantan sejak tahun 1968, namun hanya tiga buah skuadron sahaja yang masih kekal iaitu No 6 Skn, No 17 Skn dan No 19 Skn.

[You must be registered and logged in to see this image.]
Ketika ini, Pangkalan Udara Kuantan mempunyai beberapa skuadron operasi yang mempunyai peranan masing-masing. Pengoperasian skuadron-skuadron ini didokong oleh 5 cawang yang terletak di bawah Markas Pangkalan. Pangkalan ini juga bertanggungjawab ke atas pentadbiran am bagi 2 buah unit lojer. Di samping itu juga terdapat kontraktor swasta yang terlibat dengan program penyelenggaraan pesawat dan peralatan, serta latihan anak kapal dan juruteknik.
venez
venez
ADMIN
ADMIN

Mymil
Posts : 17389
Reputation : 581
Join date : 19/04/2010
Age : 45
Location : AFNG

http://venez2.blogspot.com

Back to top Go down

Sejarah Pangkalan-Pangkalan Udara TUDM Empty Re: Sejarah Pangkalan-Pangkalan Udara TUDM

Post by venez Tue 03 Aug 2010, 10:36 pm

Pangkalan Udara Subang
Pangkalan Udara Subang telah dibina di satu kawasan ladang kelapa sawit yang berlembah bersebelahan dengan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah. Ia ditubuhkan secara rasminya pada tahun 1985 dengan diterajui oleh Ketua Detasmen iaitu Lt Kol Othman bin Sulan TUDM pada 1 Ogos 1985 sehingga 1 Januari 1986. Ketua Detasmen ke dua adalah Lt Kol Chia Chan Sing TUDM yang memegang jawatan tersebut sehingga 2 Dis 1986.
[You must be registered and logged in to see this image.]
mate gate

Pada 3 Disember 1986, Jawatan Ketua Detasmen ini telah dinaik taraf kepada Pegawai Memerintah. Jawatan ini kemudiannya telah ditukarkan kepada Komander Pangkalan mulai tahun 2003.
[You must be registered and logged in to see this image.]
venez
venez
ADMIN
ADMIN

Mymil
Posts : 17389
Reputation : 581
Join date : 19/04/2010
Age : 45
Location : AFNG

http://venez2.blogspot.com

Back to top Go down

Sejarah Pangkalan-Pangkalan Udara TUDM Empty Re: Sejarah Pangkalan-Pangkalan Udara TUDM

Post by venez Tue 03 Aug 2010, 10:37 pm

Pangkalan Udara Kuching
Pangkalan Udara Kuching telah ditubuhkan pada tahun 1964 dengan dikenali sebagai Pangkalan Tentera Udara DiRaja British (RAF). Ianya dilengkapi dengan sebuah pesawat Twin Pioneer dan empat buah helikopter Alouette III. Setelah pengunduran Tentera British pada 1967, Kerajaan Malaysia telah mengambilalih pengoperasian Pangkalan Udara ini dan bertukar nama kepada Pangkalan TUDM Kuching. Squadron Leader Arthur Cheah telah dilantik menjadi Pegawai Memerintah yang pertama pada 1 Julai 1967. Pada tahun 1968 dan berakhirnya konfrontasi dengan Negara Indonesia, No 7 Skuadron telah ditubuhkan di dalam Pangkalan ini dan dilengkapi dengan 5 buah helikopter Sikorsky S61A-4 (Nuri).

Bagi mendukung sasaran TUDM untuk menjadi sebuah pasukan udara yang berkredibiliti, Pangkalan Udara Kuching turut menggariskan visi dan misi yang mendukung kepada pencapaian misi TUDM yang dihasratkan di kawasan ruang udara Wilayah 2 dan memantapkan pengurusan Pangkalan yang berlandas kepada Total Quality Management (TQM). Pada masa sekarang, Pangkalan Udara Kuching diperintah oleh Komander Pangkalan iaitu Lt Kol Mohd Shabre bin Hj Hussein TUDM. Pangkalan ini dilengkapi dengan tiga buah skuadron operasi dan lima buah cawang bantuan dengan aset terdiri dari 6 buah helikopter Nuri, 8 buah pesawat CN 235 iaitu termasuk 2 buah pesawat VIP, sebuah Radar RG605H dengan keanggotaan keseluruhan seramai 687 orang termasuk 63 orang pegawai.

MOTTO - ‘Bergulai Kitai Bekaraja’
Memberi maksud kerjasama dan perpaduan semua anggota melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan dalam memastikan misi Pangkalan khasnya serta misi TUDM tercapai. Semangat perpaduan, kerjasama, kemakmuran dan keharmonian di antara semua anggota menjadi nadi utama dalam memastikan kejayaan Pangkalan Udara Kuching dalam melaksanakan semua tugas yang diamanahkan.
venez
venez
ADMIN
ADMIN

Mymil
Posts : 17389
Reputation : 581
Join date : 19/04/2010
Age : 45
Location : AFNG

http://venez2.blogspot.com

Back to top Go down

Sejarah Pangkalan-Pangkalan Udara TUDM Empty Re: Sejarah Pangkalan-Pangkalan Udara TUDM

Post by venez Tue 03 Aug 2010, 10:39 pm

Pangkalan Udara Labuan
TUDM Labuan bermula dari penempatan satu detasmen TUDM yang ditumpangkan ke Tentera Udara Di Raja British iaitu Air Force Borneo dibawah pemerintahan Group Captain S.J. Rawling. Pada mulanya detasmen ini mengendalikan pergerakan udara pesawat pengangkutan TUDM yang berulang alik dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak.

[You must be registered and logged in to see this image.]
Setelah Malaysia ditubuhkan pada 16 Sep 1963 beberapa orang anggota telah ditumpangkan ke Air Force Borneo di Labuan. Pada mulanya detasmen TUDM Labuan mempunyai 4 buah pesawat Twin Pioneers yang dipinjamkan dari Skuadron Pertama TUDM KL dengan 6 orang pegawai (Juruterbang), 2 PTT Kanan dan 26 orang Ahliudara. 2 orang Kpl dan 8 Ahliudara dari Flt 101 Volunteer Reserve telah ditugaskan mengawal keselamatan Hanger. Detasmen ini diketuai oleh Sqn Ldr Jaswant Singh, beliau juga merupakan Pegawai Kanan TUDM Pertama berkhidmat di Sabah.

[You must be registered and logged in to see this image.]

Sebaik sahaja meletusnya konfrontasi diantara Malaysia dan Indonesia keadaan di sempadan Sabah dan Sarawak di antara Malaysia dan Indonesia begitu meruncing sekali. Keadaan ini memerlukan Pangkalan pesawat-pesawat terbang TUDM Labuan. Pangkalan detasmen begitu perlu bagi melicinkan pentadbiran, kawalan lojistik dan tugas-tugas operasi.

Cawangan Pentadbiran merupakan merupakan tulang belakang detasmen telah ditubuhkan pada Januari 1965. Pegawai Tadbir ketika itu ialah Flight Liutenant Abdul Aziz bin Haji Ismail. Ketika itu Pegawai-pegawai dari Cawangan Tadbir, Judara dan Lojistik ditempatkan di mes Pegawai RAF di Labuan. Juruterbang pesawat Twin Pioneer pula ditempatkan di Mes Pegawai Membedai. Ahli-ahli udara pula ditempatkan di Kem MAFBOR.

Setelah berakhirnya konfrontasi pada September 1965 detasmen kecil TUDM terus berkembang bagi menampung bidang tugas dan kerja-kerja yang berat setelah RAF meninggalkan Labuan peringkat demi peringkat. Pada bulan November 1965, Skn Lojistik TUDM telah ditubuhkan dan diketuai oleh F/Officer Lawrence Chai. Tugas utama skuadron ini ialah mengambil alih kesemua perkakas di Pangkalan ini dari RAF.

[You must be registered and logged in to see this image.]

Dari empat buah Twin Pioneer yang dipinjamkan dari Skuadron Pertama TUDM KL maka tertubuhlah Skuadron Ke Lapan pada tanggal 01 Mac 1966 bertempat di Labuan juga menggunakan pesawat yang sama. Ketua Skuadron yang pertama ialah Squadron Leader Omar bin Seman. Perkembangan seterusnya pada 05 September 1966, Skuadron Ke Lapan telah mendapat empat pesawat DC Haviland DHC 4 Caribou. Pesawat-pesawat ini adalah pemberian kerajaan Kanada dan telah pun diterbangkan ke negara kita pada 15 Mei 1966 dari Kanada. Pada tanggal 16 Mei 1966 Skuadron Ke Lima yang ditubuhkan di Kuala Lumpur telah berpindah ke Labuan dengan 10 buah pesawat Allouette III. Lima buah pesawat Allouette ditempatkan di Labuan dan lima buah lagi di Tawau. Skuadron Ke Lima ditubuhkan dengan seramai 27 orang pegawai, 7 orang Sjn dan 36 orang Ahliudara termasuk 13 orang Jurutekniknya.

[You must be registered and logged in to see this image.]
Pangkalan Udara Labuan sebelum dipermodenkan

Pada tanggal 01 Julai 1966 TUDM Labuan telah ditauliahkan sebagai Pangkalan TUDM yang pertama di luar Semenanjung Malaysia. Pada tahun itu juga kumpulan pertama pegawai Kawalan Lalu Lintas Udara TUDM telah ditukarkan ke Labuan. Ketika itu Kawalan Lalu Lintas Udara dikendalikan oleh RAF, mereka telah mengambil alihnya dari Jabatan Penerbangan Awam semasa konfrontasi. Pengawasan kapalterbang dilakukan dari sebuah bangunan kayu yang usang. Pada tahun 1967 Menara Kawalan yang ada ketika itu telah didirikan. Beberapa orang pegawai dan anggota TUDM telah ditumpangkan ke Skuadron Kawalan Kapalterbang RAF. Kekuatan anggota RAF telah dikurangkan dan proses mengambil alih Kawalan Lalu Lintas Udara pun bermula. Pada tahun 1968 Skuadron Kawalan Lalu Lintas Udara telah ditubuhkan. Skuadron ini telah mengendalikan Kawalan Lalu Lintas Udara sepenuhnya hingga kini. Skuadron ini terbahagi kepada 3 cawangan iaitu Cawangan KLLU, Bilik Gerakan dan Cawangan Bomba.

[You must be registered and logged in to see this image.]
Menara kawalan diperingkat awal

Perasmian penubuhan Pangkalan TUDM Labuan telah dilakukan pada tahun 1968. Pembukaan rasminya telah dilakukan oleh YAB Menteri Pertahanan Allahyarham Tun Haji Abdul Razak bin Hussain. Semenjak ditubuhkan Pangkalan ini telah melangkah maju setapak demi setapak dibawah beberapa orang Pegawai Memerintahnya.

sumber rasmi : [You must be registered and logged in to see this link.]
venez
venez
ADMIN
ADMIN

Mymil
Posts : 17389
Reputation : 581
Join date : 19/04/2010
Age : 45
Location : AFNG

http://venez2.blogspot.com

Back to top Go down

Sejarah Pangkalan-Pangkalan Udara TUDM Empty Re: Sejarah Pangkalan-Pangkalan Udara TUDM

Post by alphawolf Mon 18 Oct 2010, 12:34 pm

Tambah sket? Kalau tak salah juga masa Konfrontasi, pihak RAF ada menempatkan detachment Avro Vulcan dan HP Victor strategic bombers di Butterworth.....
alphawolf
alphawolf
MODERATOR
MODERATOR

Mymil
Posts : 1457
Reputation : 196
Join date : 18/10/2010
Location : "Sitting Elephant"

Back to top Go down

Sejarah Pangkalan-Pangkalan Udara TUDM Empty Re: Sejarah Pangkalan-Pangkalan Udara TUDM

Post by dewafrost Mon 18 Oct 2010, 1:25 pm

[You must be registered and logged in to see this image.]

huh... kalau lah dapat maintain sampai sekarang, tukar dgn Pechora-M ker, Patriot ker, MIM-HAWK kerr, fuuuhhhhh, gempak sioooot
dewafrost
dewafrost
Kehormat MyMil

Mymil
Posts : 3762
Reputation : 146
Join date : 20/06/2010

Back to top Go down

Sejarah Pangkalan-Pangkalan Udara TUDM Empty Re: Sejarah Pangkalan-Pangkalan Udara TUDM

Post by tin Mon 18 Oct 2010, 1:46 pm

alphawolf wrote:Tambah sket? Kalau tak salah juga masa Konfrontasi, pihak RAF ada menempatkan detachment Avro Vulcan dan HP Victor strategic bombers di Butterworth.....

dan RAF BAC Lightning...

[You must be registered and logged in to see this image.]
tin
tin
Kehormat MyMil

Mymil
Posts : 6841
Reputation : 235
Join date : 06/06/2010
Location : Mymil's village idiot

Back to top Go down

Sejarah Pangkalan-Pangkalan Udara TUDM Empty Re: Sejarah Pangkalan-Pangkalan Udara TUDM

Post by yaminz Mon 18 Oct 2010, 1:49 pm

dewafrost wrote:[You must be registered and logged in to see this image.]

huh... kalau lah dapat maintain sampai sekarang, tukar dgn Pechora-M ker, Patriot ker, MIM-HAWK kerr, fuuuhhhhh, gempak sioooot

Pehhh air defence dulu...
yaminz
yaminz
MODERATOR
MODERATOR

Mymil
Posts : 13517
Reputation : 378
Join date : 23/04/2010
Age : 45

Back to top Go down

Sejarah Pangkalan-Pangkalan Udara TUDM Empty Re: Sejarah Pangkalan-Pangkalan Udara TUDM

Post by tin Mon 18 Oct 2010, 1:55 pm

yaminz wrote:
dewafrost wrote:[You must be registered and logged in to see this image.]

huh... kalau lah dapat maintain sampai sekarang, tukar dgn Pechora-M ker, Patriot ker, MIM-HAWK kerr, fuuuhhhhh, gempak sioooot

Pehhh air defence dulu...

hahaha... ini taruk sebab takutkan Tu-16 Badger indonn...
tin
tin
Kehormat MyMil

Mymil
Posts : 6841
Reputation : 235
Join date : 06/06/2010
Location : Mymil's village idiot

Back to top Go down

Sejarah Pangkalan-Pangkalan Udara TUDM Empty Re: Sejarah Pangkalan-Pangkalan Udara TUDM

Post by venez Mon 18 Oct 2010, 1:57 pm

yaminz wrote:
dewafrost wrote:[You must be registered and logged in to see this image.]

huh... kalau lah dapat maintain sampai sekarang, tukar dgn Pechora-M ker, Patriot ker, MIM-HAWK kerr, fuuuhhhhh, gempak sioooot

Pehhh air defence dulu...

dulu kaw2 punyer...
venez
venez
ADMIN
ADMIN

Mymil
Posts : 17389
Reputation : 581
Join date : 19/04/2010
Age : 45
Location : AFNG

http://venez2.blogspot.com

Back to top Go down

Sejarah Pangkalan-Pangkalan Udara TUDM Empty Re: Sejarah Pangkalan-Pangkalan Udara TUDM

Post by yaminz Mon 18 Oct 2010, 1:58 pm

venez wrote:
yaminz wrote:
dewafrost wrote:[You must be registered and logged in to see this image.]

huh... kalau lah dapat maintain sampai sekarang, tukar dgn Pechora-M ker, Patriot ker, MIM-HAWK kerr, fuuuhhhhh, gempak sioooot

Pehhh air defence dulu...

dulu kaw2 punyer...

Kalo bubuh camnie skrg, baru la pilot tido lena malam2... hehehe
yaminz
yaminz
MODERATOR
MODERATOR

Mymil
Posts : 13517
Reputation : 378
Join date : 23/04/2010
Age : 45

Back to top Go down

Sejarah Pangkalan-Pangkalan Udara TUDM Empty Re: Sejarah Pangkalan-Pangkalan Udara TUDM

Post by dewafrost Mon 18 Oct 2010, 2:10 pm

[You must be registered and logged in to see this image.]

peeegghhhh.... kalaulahh ni semer memang TUDM yg punya, bkn RAAF yg punyerr, memang kiter power di rantau ini

[You must be registered and logged in to see this image.]

antara pesawat yg penah stesen kat butterworth......

[You must be registered and logged in to see this image.][You must be registered and logged in to see this link.] alt="" />

gambar ini di dakwa diambil di butterworth.....
dewafrost
dewafrost
Kehormat MyMil

Mymil
Posts : 3762
Reputation : 146
Join date : 20/06/2010

Back to top Go down

Sejarah Pangkalan-Pangkalan Udara TUDM Empty Re: Sejarah Pangkalan-Pangkalan Udara TUDM

Post by dewafrost Mon 18 Oct 2010, 3:16 pm

aku terbaca, ketika era konfrontasi niii, banyak kali lah jugak pihak belah sana ni cuba utk menceroboh ruang udara kita dgn MiG-21 depa, tapi depa sempat patah balik, belum pun sampai ke ruang udara antarabangsa,
huh, cuba bayangkan kalu org sana agresif sikit mcm korea utara, cuba utk menguasai ruang udara, aku rasa selat melaka akan jadi tapak pembunuhan MiG kedua selain lembah Yalu.... yeeaarrrggghhhh
dewafrost
dewafrost
Kehormat MyMil

Mymil
Posts : 3762
Reputation : 146
Join date : 20/06/2010

Back to top Go down

Sejarah Pangkalan-Pangkalan Udara TUDM Empty Re: Sejarah Pangkalan-Pangkalan Udara TUDM

Post by marc_zman Tue 19 Oct 2010, 8:49 am

tin wrote:
alphawolf wrote:Tambah sket? Kalau tak salah juga masa Konfrontasi, pihak RAF ada menempatkan detachment Avro Vulcan dan HP Victor strategic bombers di Butterworth.....

dan RAF BAC Lightning...

[You must be registered and logged in to see this image.]

cis.. baru nak buat soalan pop kuiz pasal nih.. sekali abe tin ngan alphawolf sulah quote in a/c.. tarak jadik..
marc_zman
marc_zman
MODERATOR
MODERATOR

R.I.P
Posts : 16328
Reputation : 611
Join date : 08/06/2010
Location : di atas tanah bekas hutan, paya dan ladang kelapa sawit.. tak tau laaa ntah sapa2 pernah kena tanam kat sini dulu.. kalu ada laa

Back to top Go down

Sejarah Pangkalan-Pangkalan Udara TUDM Empty Re: Sejarah Pangkalan-Pangkalan Udara TUDM

Post by tin Tue 19 Oct 2010, 9:57 am

marc_zman wrote:
tin wrote:
alphawolf wrote:Tambah sket? Kalau tak salah juga masa Konfrontasi, pihak RAF ada menempatkan detachment Avro Vulcan dan HP Victor strategic bombers di Butterworth.....

dan RAF BAC Lightning...

[You must be registered and logged in to see this image.]

cis.. baru nak buat soalan pop kuiz pasal nih.. sekali abe tin ngan alphawolf sulah quote in a/c.. tarak jadik..

keskeskes... What a Face
tin
tin
Kehormat MyMil

Mymil
Posts : 6841
Reputation : 235
Join date : 06/06/2010
Location : Mymil's village idiot

Back to top Go down

Sejarah Pangkalan-Pangkalan Udara TUDM Empty Re: Sejarah Pangkalan-Pangkalan Udara TUDM

Post by venez Tue 19 Oct 2010, 10:02 am

[You must be registered and logged in to see this image.]

p/s : more picture ngan story dlm nih -
- [You must be registered and logged in to see this link.]
- [You must be registered and logged in to see this link.]
venez
venez
ADMIN
ADMIN

Mymil
Posts : 17389
Reputation : 581
Join date : 19/04/2010
Age : 45
Location : AFNG

http://venez2.blogspot.com

Back to top Go down

Sejarah Pangkalan-Pangkalan Udara TUDM Empty Re: Sejarah Pangkalan-Pangkalan Udara TUDM

Post by venez Tue 19 Oct 2010, 10:05 am

[You must be registered and logged in to see this image.]

Last edited by venez on Tue 19 Oct 2010, 10:10 am; edited 1 time in total
venez
venez
ADMIN
ADMIN

Mymil
Posts : 17389
Reputation : 581
Join date : 19/04/2010
Age : 45
Location : AFNG

http://venez2.blogspot.com

Back to top Go down

Sejarah Pangkalan-Pangkalan Udara TUDM Empty Re: Sejarah Pangkalan-Pangkalan Udara TUDM

Post by mumuchi Tue 19 Oct 2010, 10:09 am

venez wrote:[You must be registered and logged in to see this image.]

er pc aku ke atau memang gambar tada keluar scratch
mumuchi
mumuchi
GLOBAL MODERATOR
GLOBAL MODERATOR

Mymil
Posts : 19551
Reputation : 525
Join date : 05/06/2010
Location : Dulu Tempat Lumba Kuda

Back to top Go down

Sejarah Pangkalan-Pangkalan Udara TUDM Empty Re: Sejarah Pangkalan-Pangkalan Udara TUDM

Post by venez Tue 19 Oct 2010, 10:11 am

mumuchi wrote:
venez wrote:[You must be registered and logged in to see this image.]

er pc aku ke atau memang gambar tada keluar scratch

adehhh, tetiba x kuar plak gambar nih
venez
venez
ADMIN
ADMIN

Mymil
Posts : 17389
Reputation : 581
Join date : 19/04/2010
Age : 45
Location : AFNG

http://venez2.blogspot.com

Back to top Go down

Sejarah Pangkalan-Pangkalan Udara TUDM Empty Re: Sejarah Pangkalan-Pangkalan Udara TUDM

Post by dewafrost Wed 27 Oct 2010, 4:09 pm

[You must be registered and logged in to see this image.]

saper dapat sah kan atau ader gambar sebagai bukti yg kita penah ada Handley Page Dart Herald series 400, versi military.....
dewafrost
dewafrost
Kehormat MyMil

Mymil
Posts : 3762
Reputation : 146
Join date : 20/06/2010

Back to top Go down

Sejarah Pangkalan-Pangkalan Udara TUDM Empty Re: Sejarah Pangkalan-Pangkalan Udara TUDM

Post by venez Wed 27 Oct 2010, 4:23 pm

hmmm, rasanya wa hidup2dlm epos nampak dart herald di-cat putih jerk kat muzium TUDM...
venez
venez
ADMIN
ADMIN

Mymil
Posts : 17389
Reputation : 581
Join date : 19/04/2010
Age : 45
Location : AFNG

http://venez2.blogspot.com

Back to top Go down

Sejarah Pangkalan-Pangkalan Udara TUDM Empty Re: Sejarah Pangkalan-Pangkalan Udara TUDM

Post by dewafrost Wed 27 Oct 2010, 4:36 pm

wooooo, ader lah tuuu, ader gambar ven
dewafrost
dewafrost
Kehormat MyMil

Mymil
Posts : 3762
Reputation : 146
Join date : 20/06/2010

Back to top Go down

Sejarah Pangkalan-Pangkalan Udara TUDM Empty Re: Sejarah Pangkalan-Pangkalan Udara TUDM

Post by venez Wed 27 Oct 2010, 5:49 pm

[You must be registered and logged in to see this image.]

nih kan?
venez
venez
ADMIN
ADMIN

Mymil
Posts : 17389
Reputation : 581
Join date : 19/04/2010
Age : 45
Location : AFNG

http://venez2.blogspot.com

Back to top Go down

Sejarah Pangkalan-Pangkalan Udara TUDM Empty Re: Sejarah Pangkalan-Pangkalan Udara TUDM

Post by Sponsored content

Sponsored content

Back to top Go down

Page 1 of 2 1, 2  Next

Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum