Malaysia's Military, Police and Security Agencies
Welcome to the battlefield, soldier!

MyMil adalah bod perbincangan berkenaan ketenteraan, agensi2 penguatkuasaan yang ada di Malaysia dan juga di serata dunia. Daftar sekarang untuk menikmati paparan perbincangan berinformasi sambil bersantai. Ahli2 yg baru akan digugurkan daripada senarai sekiranya tidak aktif dalam masa yg terdekat. Berforumlah dengan berhemah.

Terima kasih.


Admin dan moderator MyMil

Important Notice: The views and opinions expressed on the forum or the related pages are of the owner alone, and are not endorsed by Mymil, nor is Mymil responsible for them. Due to the nature of the Internet forum is in real time, Mymil does not, and can not censor any submission, but asks that each user use discretion and respect for other users, and does not contribute any word that is unlawful, harmful, threatening, abusive, harassing, tortious, defamatory, vulgar, obscene, libelous, invasive of another's privacy, hateful, or racially, ethnically or otherwise objectionable. Mymil reserve the right to withhold and/or remove any link that might possibly hold an individual, entity or group ridicule, potential embarrassment or potential defamation. Mymil also reserves the right to accept, edit and/or remove any link that is deemed inappropriate in any way.

Join the forum, it's quick and easy

Malaysia's Military, Police and Security Agencies
Welcome to the battlefield, soldier!

MyMil adalah bod perbincangan berkenaan ketenteraan, agensi2 penguatkuasaan yang ada di Malaysia dan juga di serata dunia. Daftar sekarang untuk menikmati paparan perbincangan berinformasi sambil bersantai. Ahli2 yg baru akan digugurkan daripada senarai sekiranya tidak aktif dalam masa yg terdekat. Berforumlah dengan berhemah.

Terima kasih.


Admin dan moderator MyMil

Important Notice: The views and opinions expressed on the forum or the related pages are of the owner alone, and are not endorsed by Mymil, nor is Mymil responsible for them. Due to the nature of the Internet forum is in real time, Mymil does not, and can not censor any submission, but asks that each user use discretion and respect for other users, and does not contribute any word that is unlawful, harmful, threatening, abusive, harassing, tortious, defamatory, vulgar, obscene, libelous, invasive of another's privacy, hateful, or racially, ethnically or otherwise objectionable. Mymil reserve the right to withhold and/or remove any link that might possibly hold an individual, entity or group ridicule, potential embarrassment or potential defamation. Mymil also reserves the right to accept, edit and/or remove any link that is deemed inappropriate in any way.
Malaysia's Military, Police and Security Agencies
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Latest topics
» Sembang Medan Selera Pak Jebat V44
by HangPC2 Sat 27 Aug 2022, 5:36 pm

» Halo semua
by matamata Mon 25 Oct 2021, 9:56 pm

» Cerita Rakyat
by mumuchi Sun 05 Sep 2021, 10:35 am

» Konfrontasi Malaysia-Indonesia 1962-66
by mumuchi Sun 05 Sep 2021, 10:28 am

» PAINTBALL - Come get some...
by pisang Tue 13 Dec 2016, 1:53 pm

» Baru balik
by pisang Mon 12 Dec 2016, 5:47 pm

» Jaket camo
by atreyudevil Fri 15 Jul 2016, 4:17 pm

» Nusantara Total War: Portuguese Invasion
by Adib Mon 22 Feb 2016, 7:57 pm

» Rekrut baru disini
by kapokbesi Thu 11 Feb 2016, 4:32 pm

» Keretapi Tanah Melayu Berhad
by zacky.uesoff Thu 04 Feb 2016, 11:00 pm

» ALL ABOUT HAM RADIO (AMATEUR RADIO STATION)
by kapokbesi Mon 16 Nov 2015, 12:42 pm

» BACKPACKING
by venez Tue 31 Mar 2015, 5:11 pm

» Rekrut 2015
by atreyudevil Sun 29 Mar 2015, 8:34 pm

» Sejarah Pangkalan-Pangkalan Udara TUDM
by venez Tue 24 Mar 2015, 11:02 am

» MyMil useful website lists
by atreyudevil Sat 24 Jan 2015, 11:17 pm

» WIP - Work In Progress
by yaminz Fri 26 Dec 2014, 12:06 pm

» Model Collections
by yaminz Fri 26 Dec 2014, 11:58 am

» Rekrut October & November 2014
by atreyudevil Sat 20 Dec 2014, 7:07 am

» Bola Cafe: MALAYSIA!
by HangPC2 Sun 14 Dec 2014, 12:35 pm

» Tayar Pirelli boleh tahan!
by venez Wed 10 Dec 2014, 4:27 pm

Statistics
We have 511 registered users
The newest registered user is Belarus

Our users have posted a total of 172030 messages in 1322 subjects
MyMil at Facebook
Like/Tweet/+1

Peristiwa Keramat Pulai

+8
tin
marc_zman
superhornet
mumuchi
zulupapa
kerambit75
venez
Foxtrot
12 posters

Page 1 of 2 1, 2  Next

Go down

Peristiwa Keramat Pulai Empty Peristiwa Keramat Pulai

Post by Foxtrot Tue 24 Aug 2010, 12:56 am

ARAHAN tempur yang dipelajari di Sekolah Latihan Asas Pasukan Polis Hutan (SLPPH) menjadi azimat kepada Sarjan Mejar Mohamad Salim, 48, untuk terus mara ketika pasukannya diserang hendap komunis sehingga meragut nyawa empat rakan sepasukan termasuk jurulatihnya.
Walaupun masih dalam latihan namun sebagai anggota polis, setiap yang dipelajari perlu diingati dan paling penting ialah jangan panik kerana ia mampu menyelamatkan nyawa ketika berhadapan dengan musuh.
Mohamad langsung tidak menyangka, dia yang belum lagi menamatkan latihan perlu mengeluarkan arahan sedemikian bagi memulihkan semangat rakan-rakan yang semakin pudar selepas mengetahui ketua pasukan, Koperal Ridzuan sudah terkorban.
Namun tragedi berdarah di Hutan Keramat Pulai, Ipoh, Perak pada 3 Jun 1976 itu sememangnya menjadi medan ujian latihan terakhir dan menguji kecekalan dirinya untuk menjadi anggota polis dan terus mencurahkan bakti kepada negara.
Peristiwa berdarah ini berlaku ketika lebih 360 rekrut konstabel menjalani fasa terakhir latihan `Final Ops' yang diadakan selama dua minggu mulai 1 Jun 1976.
``Lima hari sebelum memulakan latihan, kami diberikan taklimat tentang keadaan dalam hutan oleh Komandan SLPPH Ulu Kinta, Deputi Supritendan Arbis.
``Dalam taklimat itu kami dimaklumkan bahawa latihan akan diadakan di Ops Setia 8, Perak. Sebahagian daripada kawasan itu selamat tetapi ada yang masih menjadi kawasan hitam kerana diduduki pengganas komunis,'' katanya menceritakan pengalaman tempur pertama yang bakal dihadapinya.
Menurutnya, beliau bersama 35 orang rakannya dipilih menganggotai Platun 11 atau ketika itu lebih dikenali Sindiket 11 untuk ditempatkan di kawasan Keramat Pulai yang masih diisytiharkan kawasan hitam.
Masuk hari ketiga latihan iaitu 3 Jun 1976, Ketua Platun 11, Sarjan Ramli mengarahkan 20 anggota pasukan itu keluar membuat rondaan manakala yang lain termasuk dia sendiri tinggal di pangkalan bagi menjaga keselamatan barang-barang.
Bagaimanapun katanya, sebelum bertolak Koperal Ridzuan menghampirinya dan mengarahkan supaya dia bersiap menyertai rondaan berkenaan.
``Rondaan yang dijalankan mulai pukul 8 pagi itu terlalu jauh meredah hutan dan bukit-bukau. Tiba di bukit pertama pada pukul 12 tengah hari, kami sudah penat dan bersedia berhenti rehat dan makan tengah hari,''
``Namun, Koperal Ridzuan berbincang dengan kami untuk mencari tempat makan sesuai dan mencadangkan supaya kami meneruskan perjalanan ke bukit kedua kerana bukit pertama tidak mempunyai anak sungai,'' katanya.
Semasa mendaki bukit kedua yang dikenali Bukit Keramat Pulai, kata Musa, Koperal Ridzuan langsung tidak terfikir bahawa kawasan itu mungkin bahaya kerana ada kesan mencurigakan berdasarkan tulisan Cina yang dijumpai pada pokok-pokok dan dahan-dahan kayu yang patah.
Pada pukul 12.45 tengah hari, katanya, mereka tiba di kawasan lapang di tengah bukit berkenaan. Koperal Ridzuan mengarahkan mereka berehat di situ.
Bagi memastikan keadaan benar-benar selamat, Koperal Ridzuan mengarahkan tiga anggotanya iaitu rekrut konstabel Zainal, Yusof dan Md. Saad membuat pemeriksaan setempat.
``Semasa hendak melabuhkan punggung, tiba-tiba saya terdengar bunyi letupan kuat seperti mercun. Timbul rasa hairan di fikiran saya kerana mustahil orang bermain mercun dalam hutan.
``Kami tersentak apabila mendengar Zainal, Yusof dan Md. Saad menjerit kuat perkataan `komunis'. Mendengar jeritan itu, Koperal Ridzuan segera bangun untuk melihat apa yang berlaku tetapi malangnya beliau sendiri terkena tembakan pada sebelah matanya,'' kata Mohamad.
Arahan
Keadaan menjadi kelam-kabut apabila mereka menyedari sudah diserang hendap oleh komunis dari setiap sudut di atas bukit tersebut menyebabkan pasukan mereka berpecah.
Menurutnya, dia dan seorang rakannya, Musa Hussain cuba naik ke atas bukit berkenaan bagi melihat keadaan rakan lain, namun apa yang dilihat hanyalah tiga mayat tertiarap kira-kira 15 meter dari pos kawalan komunis.
Kelibat Koperal Ridzuan pula katanya, langsung tidak kelihatan dan dia membuat kesimpulan beliau juga sudah maut akibat peluru musuh.
``Saya berhenti seketika dan ketika itu, saya terdengar Musa yang berada di hadapan mengerang kesakitan. Bahu kanannya sudah terkena peluru musuh, saya terus menarik dia ke belakang dan memberi rawatan awal.
``Ketika itu saya berfikir siapa akan memberi arahan, semangat rakan-rakan lain sudah semakin pudar,'' kata Mohamad yang kini bertugas sebagai Jurulatih Akademik Batalion 8 Pulapol Kuching.
Katanya, dia mula memberi arahan walaupun tidak pasti berapa lagi anggota pasukannya yang tinggal kerana kebanyakan mereka ketika itu masih berada di kaki bukit.
``Arahan demi arahan saya keluarkan bertujuan mengelirukan musuh sehinggalah saya tiba di sebatang pokok sebesar paha yang terletak 10 meter dari pos kawalan komunis dan saya menoleh ke belakang tetapi tidak seorang pun ada di belakang kecuali Musa yang semakin lemah,'' ujarnya.
Menurutnya, ketika itu tembakan peluru musuh seperti hujan sehingga semua pokok-pokok kecil di sekeliling tumbang. Hujanan peluru itu juga hanya memberi peluang sekali-sekala kepadanya untuk membalas tembakan.
Namun, tembakan liar dari rakan-rakan di bawah bukit masih kedengaran dan ia secara tidak langsung memberi mesej kepada komunis bahawa pasukan polis masih kuat dan ramai.
Jelasnya, hampir satu jam berbalas tembakan, mula kedengaran dari dalam kubu musuh arahan dalam bahasa Cina dikeluarkan oleh komunis.
``Apabila saya meninjau, saya dapat lihat mereka (komunis) mula bergerak dan saya terus menembak ke arah mereka walaupun tidak tepat ke sasaran,'' katanya.
Sejurus selepas itu katanya, keadaan kembali tenang dan dia mula bangun untuk meninjau keadaan sekeliling.
Ketika itu beberapa rakan lain yang bertahan di bawah bukit mula naik dan memberi bantuan kepada Musa yang cedera.
Dengan bantuan rakan lain, katanya, mereka mengumpul mayat empat rakan mereka yang gugur sebagai perwira negara.
``Selepas memastikan keadaan benar-benar selamat, saya membuat keputusan untuk keluar meminta bantuan bersama dua rakan lain dan mengarahkan rekrut Konstabel Mohd. Nor Hashim untuk memimpin anggota yang tinggal,'' ujarnya.
Bagi mencari jalan keluar katanya, sekali lagi dia teringat pesanan Koperal Ridzuan supaya mengikut arah aliran sungai dan petua itu membawanya ke zon pelepasan hari pertama.
Dari situ ujarnya, dia telah menahan sebuah lori balak untuk menumpangkan mereka sehingga ke Balai Polis Teluk Pulai bagi meminta bantuan.
Jelasnya, sehingga pukul 8 malam, barulah Batalion 2 PPH tiba untuk menjalankan operasi menyelamat dan dalam perjalanan masuk semula ke hutan mereka menerima arahan supaya berundur bagi mengelak daripada terserempak dengan platun lain yang terlibat dalam operasi sama.
Mohamad menjelaskan, ketika itu semua platun terlibat dalam operasi berkenaan sudah mula bergerak ke lokasi serang hendap bagi memintas pergerakan musuh.
``Saya akan terus terkenangkan peristiwa Keramat Pulai kerana ia banyak memberi semangat dan tunjuk ajar sehingga saya diberi Pingat Gagah Berani kerana berjaya menawan kubu musuh.
``Saya juga diberitahu bahawa kubu yang pasukan kami tawan merupakan salah satu kubu kebal musuh dengan kekuatan antara 20 dan 25 pengganas komunis,'' katanya.

Artikel ini dipetik dari Utusan Malaysia bertarikh 31 Mac 2005.
Foxtrot
Foxtrot
Major
Major

Mymil
Posts : 1115
Reputation : 74
Join date : 17/08/2010
Age : 42
Location : From Taiping With Love

Back to top Go down

Peristiwa Keramat Pulai Empty Re: Peristiwa Keramat Pulai

Post by venez Tue 24 Aug 2010, 8:18 am

Antara lipatan sejarah yang boleh dibuat iktibar dan pembakar semangat cintakan negara, kalau x sayangkan negara sendiri, sia2 pengorbanan perajurit sebelum ini...
venez
venez
ADMIN
ADMIN

Mymil
Posts : 17389
Reputation : 581
Join date : 19/04/2010
Age : 45
Location : AFNG

http://venez2.blogspot.com

Back to top Go down

Peristiwa Keramat Pulai Empty Re: Peristiwa Keramat Pulai

Post by kerambit75 Tue 24 Aug 2010, 9:03 am

Kawasan pertempuran ini terletak x jauh dari kawasan rumah aku skg.
kerambit75
kerambit75
Kehormat MyMil

Mymil
Posts : 2612
Reputation : 83
Join date : 07/05/2010
Age : 49
Location : Ipoh

Back to top Go down

Peristiwa Keramat Pulai Empty Re: Peristiwa Keramat Pulai

Post by venez Tue 24 Aug 2010, 9:11 am

kerambit75 wrote:Kawasan pertempuran ini terletak x jauh dari kawasan rumah aku skg.

ic2... ada kesan peninggalan pertempuran x bro?
venez
venez
ADMIN
ADMIN

Mymil
Posts : 17389
Reputation : 581
Join date : 19/04/2010
Age : 45
Location : AFNG

http://venez2.blogspot.com

Back to top Go down

Peristiwa Keramat Pulai Empty Re: Peristiwa Keramat Pulai

Post by kerambit75 Tue 24 Aug 2010, 9:15 am

Setau aku xde.....tempat dia agak ke dlm sikit tapi rasanya skg dah berjiran dgn kawasan perumahan baru
kerambit75
kerambit75
Kehormat MyMil

Mymil
Posts : 2612
Reputation : 83
Join date : 07/05/2010
Age : 49
Location : Ipoh

Back to top Go down

Peristiwa Keramat Pulai Empty Re: Peristiwa Keramat Pulai

Post by zulupapa Tue 24 Aug 2010, 9:21 am

ketika pak long menjadi jurulatih untuk rekrut Artileri .... latihan hutan bagi rekrut dijalankan di Hutan Simpan Kekal Teluk Batik, Lumut .... mugkin pihak atasan melihat peristiwa tersebut sebagai langkah keselamatan supaya tidak berlaku lagi dan berhampiran dengan Markas TLDM sebagai tempat untuk bekalan dan sebagainya ....
zulupapa
zulupapa
Lt Colonel
Lt Colonel

Mymil
Posts : 1633
Reputation : 83
Join date : 21/04/2010
Age : 79

Back to top Go down

Peristiwa Keramat Pulai Empty Re: Peristiwa Keramat Pulai

Post by Foxtrot Tue 24 Aug 2010, 11:25 am

Saya pernah tanya seorang kawan yang berasal dari Simpang Pulai, Keramat PUlai ni jauh kedalam.. Kira kawasan hulu la kot.
Foxtrot
Foxtrot
Major
Major

Mymil
Posts : 1115
Reputation : 74
Join date : 17/08/2010
Age : 42
Location : From Taiping With Love

Back to top Go down

Peristiwa Keramat Pulai Empty Re: Peristiwa Keramat Pulai

Post by venez Tue 24 Aug 2010, 11:49 am

Pengganas serang ketika latihan dekat kem - Berita Minggu 27/8/06

HARI yang sepatutnya menjadi latihan biasa kepada 20 rekrut polis yang
hanya tinggal dua minggu untuk menamatkan latihan asas selama tiga bulan
menjadi pertempuran sebenar antara pasukan keselamatan dan pengganas
komunis.
Antara rekrut berkenaan ialah anak muda yang berasal dari Sarawak,
Mohamad Salim, yang seperti rakan lain bukan saja cetek pengalaman, malah
tidak sampai tiga bulan mengenal dan menggunakan senjata api.
Hingga kini, Mohamad tidak boleh melupakan kejadian yang meragut nyawa
seorang jurulatih dan tiga rekrut dalam serang hendap pengganas komunis
di hutan Keramat Pulai, dekat Tanjung Rambutan, Perak.
"Selepas latihan awal di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur,
kami dihantar ke Sekolah Latihan Pasukan Polis Hutan (SLPPH) Ulu Kinta
untuk menjalani latihan pertempuran di hutan," katanya.
Kumpulan rekrut diketuai Koperal Ridzuan memasuki hutan Keramat Pulai
yang tidak begitu jauh dari SLPPH untuk memulakan latihan praktikal di
hutan pada 1 Julai 1976 yang biasanya mengambil masa beberapa hari.
Kira-kira jam 12.30 tengah hari pada hari ketiga, pasukan rekrut
diserang hendap apabila dihujani peluru yang bersimpang siur dari kawasan
bukit.
"Ada yang menjerit `down' dan kami yang terkejut dengan serangan itu
berlindung di celah pokok untuk mengelakkan menjadi mangsa. Mata saya
meliar cari Koperal Ridzuan, tetapi seorang rakan dengan bahasa isyarat
memberitahu bahawa koperal kena tembak.
"Ibarat seperti ayam kehilangan ibu, saya membuat keputusan untuk
memberi arahan kepada rakan lain untuk menyerang balas serangan
musuh.Tetapi keadaan bukan mudah kerana musuh berada di kedudukan
strategik," katanya.
Berbekalkan tunjuk ajar singkat dan pengalaman tidak seberapa, Mohamad
memimpin rekrut lain menyerang hingga akhirnya berjaya merapati kawasan
perkhemahan musuh di puncak bukit. Pertempuran berakhir apabila pengganas
komunis melarikan diri.
Sarjan Mejar Mohamad Salim
* Tempat kejadian: Hutan Keramat Pulai, Perak - 3 Jun 1976
* Hutan Keramat Pulai, Perak - 3 Jun 1976
venez
venez
ADMIN
ADMIN

Mymil
Posts : 17389
Reputation : 581
Join date : 19/04/2010
Age : 45
Location : AFNG

http://venez2.blogspot.com

Back to top Go down

Peristiwa Keramat Pulai Empty Re: Peristiwa Keramat Pulai

Post by venez Tue 24 Aug 2010, 11:53 am

venez
venez
ADMIN
ADMIN

Mymil
Posts : 17389
Reputation : 581
Join date : 19/04/2010
Age : 45
Location : AFNG

http://venez2.blogspot.com

Back to top Go down

Peristiwa Keramat Pulai Empty Re: Peristiwa Keramat Pulai

Post by zulupapa Tue 24 Aug 2010, 12:36 pm

setiap anggota bagi Arti akan mendengar taklimat terakhir sebelum di eskot masuk ke kawasan operasi dengan di iringi oleh unit Recce (V150) malah ketika kemuncak Insurgensi, kenderaan diletakkan guni pasir didinding sebagai pertahanan .....
zulupapa
zulupapa
Lt Colonel
Lt Colonel

Mymil
Posts : 1633
Reputation : 83
Join date : 21/04/2010
Age : 79

Back to top Go down

Peristiwa Keramat Pulai Empty Re: Peristiwa Keramat Pulai

Post by mumuchi Tue 24 Aug 2010, 1:01 pm

mungkin tak jelas tapi dalam buku eden disebut pelatih2 ni masuk semula ke hutan walaupun sedang trauma utk membawa pasukan2 pemburu menjejak PKM yg menyerang...wa tabik ketabahan mereka...
mumuchi
mumuchi
GLOBAL MODERATOR
GLOBAL MODERATOR

Mymil
Posts : 19551
Reputation : 525
Join date : 05/06/2010
Location : Dulu Tempat Lumba Kuda

Back to top Go down

Peristiwa Keramat Pulai Empty Re: Peristiwa Keramat Pulai

Post by superhornet Tue 24 Aug 2010, 3:47 pm

Kiter patut ingat dan mengenang jasa perajurit yg telah terkorban kerana mempertahankan tanah air dan maruah negara, jgn jadik sesetengah org yg tanpa mempedulikan itu semua sanggup menjual maruah negara.
superhornet
superhornet
Lt Colonel
Lt Colonel

Mymil
Posts : 1849
Reputation : 86
Join date : 28/04/2010
Location : Malaysia bumi bertuah

Back to top Go down

Peristiwa Keramat Pulai Empty Re: Peristiwa Keramat Pulai

Post by Foxtrot Tue 24 Aug 2010, 3:53 pm

[You must be registered and logged in to see this image.]
Nama Asal: Keramat Pulai
Lokasi Geografi: Perak, Malaysia, Asia
Koordinat Geografi: 4° 33' 0" Utara 101° 10' 0" Timur
Foxtrot
Foxtrot
Major
Major

Mymil
Posts : 1115
Reputation : 74
Join date : 17/08/2010
Age : 42
Location : From Taiping With Love

Back to top Go down

Peristiwa Keramat Pulai Empty Re: Peristiwa Keramat Pulai

Post by marc_zman Tue 24 Aug 2010, 4:11 pm

superhornet wrote:Kiter patut ingat dan mengenang jasa perajurit yg telah terkorban kerana mempertahankan tanah air dan maruah negara, jgn jadik sesetengah org yg tanpa mempedulikan itu semua sanggup menjual maruah negara.

cukup bersetuju dengan pendapat superornet..

soalan.. apa yang sepatutnya kita lakukan untuk terus ingat dan kenang jasa2 perajurit kita.?
marc_zman
marc_zman
MODERATOR
MODERATOR

R.I.P
Posts : 16328
Reputation : 611
Join date : 08/06/2010
Location : di atas tanah bekas hutan, paya dan ladang kelapa sawit.. tak tau laaa ntah sapa2 pernah kena tanam kat sini dulu.. kalu ada laa

Back to top Go down

Peristiwa Keramat Pulai Empty Re: Peristiwa Keramat Pulai

Post by tin Tue 24 Aug 2010, 4:48 pm

sebenarnya byk kisah- kisah zaman darurat yg menarik. malangnya ia tidak dibukukan oleh sebab2 yg tertentu. Sad
tin
tin
Kehormat MyMil

Mymil
Posts : 6841
Reputation : 235
Join date : 06/06/2010
Location : Mymil's village idiot

Back to top Go down

Peristiwa Keramat Pulai Empty Re: Peristiwa Keramat Pulai

Post by superhornet Tue 24 Aug 2010, 5:01 pm

marc_zman wrote:
superhornet wrote:Kiter patut ingat dan mengenang jasa perajurit yg telah terkorban kerana mempertahankan tanah air dan maruah negara, jgn jadik sesetengah org yg tanpa mempedulikan itu semua sanggup menjual maruah negara.

cukup bersetuju dengan pendapat superornet..

soalan.. apa yang sepatutnya kita lakukan untuk terus ingat dan kenang jasa2 perajurit kita.?


Sebenarnya byk yg boleh di buat contohnya dari akar umbi, peringkat sekolah rendah sampai ler ker tertinggi iaitu universiti .. sebab pada masa nie nalh sesuai kalau dah jadik buluh nak lentur patah ... satu lagi wa cukup bersetuju ngan program khidmat negara cuma kena tambah baik kan lagi. Selitkan program atau modul untuk tanamkan semangat cintakan dan sayangkan tanahair, mungkin kesannya agak lambat tapi lebih baik dari takder langsung .. sikit2 lama berkesan .. tu cuma mysen jer ...
superhornet
superhornet
Lt Colonel
Lt Colonel

Mymil
Posts : 1849
Reputation : 86
Join date : 28/04/2010
Location : Malaysia bumi bertuah

Back to top Go down

Peristiwa Keramat Pulai Empty Re: Peristiwa Keramat Pulai

Post by innocentti Tue 24 Aug 2010, 5:24 pm

tin wrote:sebenarnya byk kisah- kisah zaman darurat yg menarik. malangnya ia tidak dibukukan oleh sebab2 yg tertentu. Sad

cerita2 sejarah macamni la yg wa nak cari..tin sharing is caring
innocentti
innocentti
GLOBAL MODERATOR
GLOBAL MODERATOR

Mymil
Posts : 3264
Reputation : 140
Join date : 20/04/2010
Age : 39

Back to top Go down

Peristiwa Keramat Pulai Empty Re: Peristiwa Keramat Pulai

Post by Foxtrot Tue 24 Aug 2010, 6:30 pm

masa saya kat ipta dulu bila tiba bulan kemerdekaan pasti ada persembahan antara blok kediaman, selalunya pantomin, saya pernah mengarahkan 1 persembahan pantomin berkenaan perjuangan menentang komunis Smile
Foxtrot
Foxtrot
Major
Major

Mymil
Posts : 1115
Reputation : 74
Join date : 17/08/2010
Age : 42
Location : From Taiping With Love

Back to top Go down

Peristiwa Keramat Pulai Empty Re: Peristiwa Keramat Pulai

Post by Foxtrot Tue 24 Aug 2010, 6:33 pm

saya sentiasa berharap sumbangan saya yang sedikit itu dapat menyedarkan audien akan perjuangan yang terdahulu.
Foxtrot
Foxtrot
Major
Major

Mymil
Posts : 1115
Reputation : 74
Join date : 17/08/2010
Age : 42
Location : From Taiping With Love

Back to top Go down

Peristiwa Keramat Pulai Empty Re: Peristiwa Keramat Pulai

Post by venez Tue 24 Aug 2010, 6:45 pm

Foxtrot wrote:saya sentiasa berharap sumbangan saya yang sedikit itu dapat menyedarkan audien akan perjuangan yang terdahulu.

Alhamdulillah bro... Smile
venez
venez
ADMIN
ADMIN

Mymil
Posts : 17389
Reputation : 581
Join date : 19/04/2010
Age : 45
Location : AFNG

http://venez2.blogspot.com

Back to top Go down

Peristiwa Keramat Pulai Empty Re: Peristiwa Keramat Pulai

Post by Foxtrot Tue 24 Aug 2010, 6:51 pm

patut setiap institusi pendidikan perlu ada pengisian yg boleh menyedarkan penuntutnya akan perjuangan pasukan keselamatan memastikan rakyat hidup aman dan bebas
Foxtrot
Foxtrot
Major
Major

Mymil
Posts : 1115
Reputation : 74
Join date : 17/08/2010
Age : 42
Location : From Taiping With Love

Back to top Go down

Peristiwa Keramat Pulai Empty Re: Peristiwa Keramat Pulai

Post by venez Tue 24 Aug 2010, 7:53 pm

Foxtrot wrote:patut setiap institusi pendidikan perlu ada pengisian yg boleh menyedarkan penuntutnya akan perjuangan pasukan keselamatan memastikan rakyat hidup aman dan bebas

dulu MTD ambik intake tingakatn 2-5, skrg dorang hanya ambik form 4-5 jerk... kem BTN ada lagi x skrg?
venez
venez
ADMIN
ADMIN

Mymil
Posts : 17389
Reputation : 581
Join date : 19/04/2010
Age : 45
Location : AFNG

http://venez2.blogspot.com

Back to top Go down

Peristiwa Keramat Pulai Empty Re: Peristiwa Keramat Pulai

Post by kerambit75 Tue 24 Aug 2010, 9:11 pm

Satu perkara yg media elektronik poerlu sedar ialah mengenai Insurgensi kedua PKM. Imejnya x banyak ditonjolkan menjelang sambutan merfdeka sedangkan ia berlaku semasa tempoh pengisian kemerdekaan (awal 1970an ke awal 1980an). Kalau kata xde video ops ATM/PDRM tahun 1970an memang penipu besar la, kat Arkib Negara bersepah...
kerambit75
kerambit75
Kehormat MyMil

Mymil
Posts : 2612
Reputation : 83
Join date : 07/05/2010
Age : 49
Location : Ipoh

Back to top Go down

Peristiwa Keramat Pulai Empty Re: Peristiwa Keramat Pulai

Post by tok_rimau87 Tue 24 Aug 2010, 11:46 pm

kerambit75 wrote:Satu perkara yg media elektronik poerlu sedar ialah mengenai Insurgensi kedua PKM. Imejnya x banyak ditonjolkan menjelang sambutan merfdeka sedangkan ia berlaku semasa tempoh pengisian kemerdekaan (awal 1970an ke awal 1980an). Kalau kata xde video ops ATM/PDRM tahun 1970an memang penipu besar la, kat Arkib Negara bersepah...

betul..seolah-olah Insurgensi tu tak pernah berlaku pulak

kalau ada yg elektronik pun harap Darah Satria dan cerita Pbt Badul tu

siri Insurgensi kira kes lain sebab tak abih tayang
tok_rimau87
tok_rimau87
Sergeant
Sergeant

Mymil
Posts : 171
Reputation : 10
Join date : 30/04/2010

Back to top Go down

Peristiwa Keramat Pulai Empty Re: Peristiwa Keramat Pulai

Post by samuraisan Wed 25 Aug 2010, 1:09 am

venez wrote:
Foxtrot wrote:patut setiap institusi pendidikan perlu ada pengisian yg boleh menyedarkan penuntutnya akan perjuangan pasukan keselamatan memastikan rakyat hidup aman dan bebas

dulu MTD ambik intake tingakatn 2-5, skrg dorang hanya ambik form 4-5 jerk... kem BTN ada lagi x skrg?

Aku kena 3 kali BTN nyanyi lagu anak kecil main api hehehee bounce
samuraisan
samuraisan
Major
Major

Mymil
Posts : 1124
Reputation : 273
Join date : 31/05/2010

Back to top Go down

Peristiwa Keramat Pulai Empty Re: Peristiwa Keramat Pulai

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Page 1 of 2 1, 2  Next

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum