Established on April 2010. MyMil is a hangout place where military enthusiasts meet, fully armed with mouse, keyboard and few cups of coffee. |
Member2 baru diharapkan dapat perkenalkan diri masing2 di SINI terlebih dulu, terima kasih To all MYMIL forumer please be very careful with all information posted, we don't to any vital information of our security forces or rumors circulating around that would bring a bad implications. Kepada semua forumer MYMIL, diminta untuk berposting dengan lebih berhemah serta tidak mendedahkan atau menyebarkan informasi penting mengenai pasukan keselamatan atau sebarang khabar angin yang membawa implikasi yang teruk. Kempen Anti Khabar Angin MYMIL sedang berjalan, sebarang post yang jatuh ke dalam kategori Khabar Angin akan dipadam tanpa sebarang amaran. Harap Maklum Selamat menyambut HUT ke 80 Tentera Laut DiRaja Malaysia MYMIL Anti Rumours Campaign is now in motion, any postage that fall under that condition will be edited and deleted without any warning. Please be advised Off topics haven, borak sampai pengsan di Warung Kopi Pak Jabit!! Mana2 posting yg bersifat provokasi, spam dan trol akan dipadam tanpa ragu2 lagi. Sila berposting dgn berhemah. Kepada ahli2 yg tidak pernah aktif dan berposting dalam masa 20 hari dari tarikh pendaftaran keahlian anda akan DIGUGURKAN. Ini adalah untuk menggalakan forumer untuk lebih aktif berforum. To all new forumer without any post (post = 0), your membership will be DROPPED in 20 days after the registration date, this is to discourage silent lurkers in the forum.
To all Mozilla Firefox, Chrome or Opera browser user, please activate browser add-on "AdBlock" to enable ad free MYMIL experience! -TQ Kepada semua pengguna Mozilla Firefox, Chrome atau Opera. Sila aktifkan browser add-on yang bernama "AdBlock" untuk mengelakkan gangguan iklan didalam Mymil -TQ |
Latest topics | » Sembang Medan Selera Pak Jebat V44 by HangPC2 Sat 27 Aug 2022, 5:36 pm
» Halo semua by matamata Mon 25 Oct 2021, 9:56 pm
» Cerita Rakyat by mumuchi Sun 05 Sep 2021, 10:35 am
» Konfrontasi Malaysia-Indonesia 1962-66 by mumuchi Sun 05 Sep 2021, 10:28 am
» PAINTBALL - Come get some... by pisang Tue 13 Dec 2016, 1:53 pm
» Baru balik by pisang Mon 12 Dec 2016, 5:47 pm
» Jaket camo by atreyudevil Fri 15 Jul 2016, 4:17 pm
» Nusantara Total War: Portuguese Invasion by Adib Mon 22 Feb 2016, 7:57 pm
» Rekrut baru disini by kapokbesi Thu 11 Feb 2016, 4:32 pm
» Keretapi Tanah Melayu Berhad by zacky.uesoff Thu 04 Feb 2016, 11:00 pm
» ALL ABOUT HAM RADIO (AMATEUR RADIO STATION) by kapokbesi Mon 16 Nov 2015, 12:42 pm
» BACKPACKING by venez Tue 31 Mar 2015, 5:11 pm
» Rekrut 2015 by atreyudevil Sun 29 Mar 2015, 8:34 pm
» Sejarah Pangkalan-Pangkalan Udara TUDM by venez Tue 24 Mar 2015, 11:02 am
» MyMil useful website lists by atreyudevil Sat 24 Jan 2015, 11:17 pm
» WIP - Work In Progress by yaminz Fri 26 Dec 2014, 12:06 pm
» Model Collections by yaminz Fri 26 Dec 2014, 11:58 am
» Rekrut October & November 2014 by atreyudevil Sat 20 Dec 2014, 7:07 am
» Bola Cafe: MALAYSIA! by HangPC2 Sun 14 Dec 2014, 12:35 pm
» Tayar Pirelli boleh tahan! by venez Wed 10 Dec 2014, 4:27 pm
|
Statistics | We have 511 registered users The newest registered user is Belarus
Our users have posted a total of 172030 messages in 1322 subjects
|
MyMil at Facebook | |
|
| MPSA @ News | |
|
+495229 mmmbop yinchet storm2011 el-toro sCorpene Boku nash koirazie2 sauffie heavyduty bijan MMW alphawolf anya8797 kerambit75 sol azim09 dewafrost jofizo helangrimba Foxtrot paradox KIM.mafia periuk_api1209 mirage samuraisan oioi tin harleena superhornet escortburuk panah hikmat tj marc_zman standupper matamata eaizan mumuchi yaminz zulupapa tok_rimau87 observateur tenteng innocentti atreyudevil ashes powerw00t blankrasta venez 53 posters | |
Author | Message |
---|
marc_zman MODERATOR
Posts : 16328 Join date : 08/06/2010
| Subject: Re: MPSA @ News Thu 23 Dec 2010, 5:02 pm | |
| buku ni citer pasal kisah Allahyarham masa WW2 dlm Force 136.. camna beliau menyusup masuk balik ke tanah melayu, buat aktiviti gerila, kena tangkap ngan Kempetei kalu tak silap.. pastu camna Allahyarham mainkan itu kempetei tuk selamatkan nyawa beliau serta orang-orang dia.. kira jadik double agen laaa gitu2 | |
| | | mumuchi GLOBAL MODERATOR
Posts : 19551 Reputation : 525 Join date : 05/06/2010 Location : Dulu Tempat Lumba Kuda
| Subject: Re: MPSA @ News Thu 23 Dec 2010, 5:12 pm | |
| kalau beli kat net... Have You Met Mariam? General Tan Sri Ibrahim Bin Ismail dari Amazon Used pun ada dua.. Amazon used si spidey ada buat zshare tapi dah hilang... Spidey's Zshare btw aku rasa buku memoir tu termasuk buku "sudahkah anda bertemu mariam" la... - Quote :
- "Ibrahim Pahlawan Melayu" The book is divided into two parts -- the first, entitled "Sudahkan Kamu Bertemu Mariam" (Have you met Mariam), is published in 1984 and tells Ibrahim's early involvement in the armed forces.
The second part is "Ibrahim Pahlawan Melayu" (Ibrahim the Malay warrior) which was published in 2005. | |
| | | standupper Kehormat MyMil
Posts : 3271 Reputation : 630 Join date : 04/05/2010
| Subject: Re: MPSA @ News Thu 23 Dec 2010, 8:24 pm | |
| - mumuchi wrote:
- kalau beli kat net...
Have You Met Mariam? General Tan Sri Ibrahim Bin Ismail
dari Amazon Used pun ada dua..
Amazon used
si spidey ada buat zshare tapi dah hilang...
Spidey's Zshare
btw aku rasa buku memoir tu termasuk buku "sudahkah anda bertemu mariam" la...
- Quote :
- "Ibrahim Pahlawan Melayu" The book is divided into two parts -- the first, entitled "Sudahkan Kamu Bertemu Mariam" (Have you met Mariam), is published in 1984 and tells Ibrahim's early involvement in the armed forces.
The second part is "Ibrahim Pahlawan Melayu" (Ibrahim the Malay warrior) which was published in 2005. Wa ada yg hardcover (bonus : ada otograf Tun Ibrahim he he).. memang buku tuh compile dengan buku pertama "sudahkah kamu bertemu mariam". | |
| | | escortburuk Warrant Officer
Posts : 544 Reputation : 55 Join date : 29/04/2010
| Subject: Re: MPSA @ News Mon 27 Dec 2010, 1:44 pm | |
| Pesaka Astana tekad bangkit semula
Oleh SARAH NADLIN ROHIM sarah.rohim@utusan.com.my
SHAH ALAM 26 Dis. - Setelah mengharungi dugaan hebat dalam perniagaan dua tahun lalu, kini Pesaka Astana (M) Sdn. Bhd. (Pesaka Astana) bangkit semula dan komited menjadi syarikat disegani di rantau ini.
Pesaka Astana yang ditubuhkan pada 1992 merupakan pemain utama bagi industri pemasangan kenderaan berat (heavy-duty) dan kenderaan dibina khas (special purpose-built vehicle) di Malaysia.
Selain itu, syarikat turut membekalkan peralatan pemadam kebakaran dan kenderaan tentera kepada Kementerian Pertahanan.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pesaka Astana, Datuk Mohamed Rafie Sain berkata, beberapa langkah bakal diambil selain mengekalkan usaha yang memberikan manfaat kepada syarikat.
''Kami ingin menjadi pemain serantau bagi kenderaan khas kerana ia merupakan kekuatan syarikat. Pada masa yang sama Pesaka Astana turut membangunkan produk-produk baru dan sedang beralih kepada aplikasi komersial.
''Pesaka Astana juga sedang bekerjasama dengan pihak universiti tempatan dan pelanggan bagi membangunkan produk yang berkualiti bagi memenuhi permintaan pasaran semasa,'' katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.
Tambah Rafie, arah tuju seterusnya adalah memberi penekanan kepada perkhidmatan selepas jualan dan mengembangkan perniagaan teknologi marin di Korea.
''Latihan juga merupakan aspek penting dalam hala tuju syarikat pada masa hadapan, ini bagi memudahkan kami untuk terus berkembang.
''Selepas berlaku masalah pada tahun 2005, kami melalui proses pemulihan pada 2008 hingga 2009. Memandangkan industri yang kami ceburi tidak mempunyai ramai pesaing, oleh itu masa yang diambil untuk bangkit semula tidak begitu lama,'' jelasnya.
Rafie berkata, pihaknya mengintai pasaran Thailand, Indonesia dan Kemboja untuk pengembangan syarikat pada masa depan.
Pesaka Astana bermula sebagai pedagang sebelum mengambil keputusan menjadi pembuat kenderaan selepas lima tahun beroperasi.
Rafie menjelaskan, selepas mengambil keputusan untuk mengeluarkan kenderaan berat, syarikat berkembang dengan pantas sehingga berlakunya masalah yang telah memperlahankan perkembangan syarikat.
''Apa yang penting bagi kami dalam memulihkan semula kepercayaan pelanggan dengan mengekalkan hubungan baik dengan mereka.
''Pesaka Astana akan terus memberikan khidmat nasihat serta latihan produk yang telah dihantar kepada pelanggan,'' katanya.
Bergerak ke hadapan, Pesaka Astana akan meneruskan kerja-kerja penyelidikan dan pembangunan (R&D) terutama bekerjasama dengan pihak universiti tempatan.
''Ia penting kerana mereka mempunyai pengetahuan, manakala kami mempunyai peralatan dan kepakaran. Perkongsian tersebut dapat membantu membawa produk untuk dikomersialkan.
''Setakat ini, kami telah bekerjasama dengan 13 universiti tempatan dengan 11 pelajar daripada pelbagai lapangan kejuruteraan,'' katanya.
Dalam tempoh lima tahun akan datang, Pesaka Astana akan membangunkan semula strategi dalam perniagaan dan mungkin menceburi perniagaan baru seperti automotif atau kenderaan elektrik. | |
| | | standupper Kehormat MyMil
Posts : 3271 Reputation : 630 Join date : 04/05/2010
| Subject: Re: MPSA @ News Thu 30 Dec 2010, 11:49 am | |
| Operasi Mencari dan Menyelamat Ditamatkan
MERSING 29 Dis – Operasi Mencari dan Menyelamat seorang lagi mangsa feri tenggelam di Perairan Tg Leman dan seorang nelayan yang hilang disyaki jatuh ke laut di Perairan Pulau Seri Buat, Mersing telah ditamatkan. Menurut Laksamana Pertama Maritim Zulkifili bin Abu Bakar, Ketua Penguat Kuasa Maritim Wilayah Selatan, Pusat Koordinasi Carilamat APMM Wilayah Selatan (MRSC Johor Bahru) telah menamatkan Operasi Mencari dan Menyelamat seorang mangsa feri tenggelam di Perairan Tg Leman pada 29 Dis 2010 jam 7 petang setelah empat hari dijalankan. Menurut beliau, hari ini usaha mencari diteruskan dengan aset-aset daripada APMM, PDRM, Bomba, Jabatan Pertahana Awam dan ATM beserta Unit Udara PDRM dan APMM. Hari ini sektor pencarian diluaskan lebih kurang ke 36 batu nautika persegi hingga melepasi Pulau Sibu. Keadaan laut hari ini dilaporkan masih bergelora denga angin sehingga 100 km/j dan ombak setinggi 6 meter. Sehingga kini masuk hari yang ke-4 seorang mangsa yang masih dilaporkan hilang kejadian feri tenggelam di Tg Leman dan seoran nelayan yang hilang di perairan Pu Seri Buat Mersing gagal ditemui. Keputusan tersebut diambil kerana menurut saksi, mangsa telah terjun ke laut sebelum feri tenggelam dan hilang dari pandangan setelah disapu oleh beberapa ombak besar. Dijangkakan mangsa telah meninggal dunia dan berkemungkinan manyat mangsa telah musnah akibat arus laut yang kuat serta ombak besar. Walaubagaimana pun gerakan mencari di pantai akan diteruskan.
Kata beliau lagi ’’APMM mengucapkan terima kasih dan syabas kepada semua yang terlibat dalam operasi ini atas kerjasama yang telah diberikan. Semoga kerjasama sedia ada akan terus semakin erat.’’ Namum begitu, gerakan carilamat bagi mencari seorang nelayan yang masih hilang di perairan Perairan Pulau Seri Buat akan diteruskan dengan bantuan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Kapal KD PERAK daripada Markas Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Kuatan. | |
| | | tenteng Kehormat MyMil
Posts : 4773 Reputation : 124 Join date : 11/05/2010 Age : 42 Location : segitiga melaka-kuantan-kkb-melaka
| Subject: Re: MPSA @ News Wed 05 Jan 2011, 9:37 am | |
| Kementerian Pertahanan tukar cara perbelanjaan Oleh Wan Faizal Ismayatim wfaizal@bharian.com.my 2011/01/05
Tumpu usaha pemulihan aset, tambah baik alatan sedia ada
KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan akan menukar pendekatan perbelanjaan mengurusnya, termasuk tidak membeli aset ketenteraan baru berikutan pengurangan peruntukan tahunannya sebanyak RM1.5 bilion tahun ini berbanding 2010. Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata Kementerian Pertahanan bagaimanapun akan terus membangunkan kem dan menambah baik kuarters pegawai dan anggotanya dengan kerjasama Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT). “Pengurangan bajet ini sudah tentu mengekang perbelanjaan yang sudah dirancang, namun ia tidak akan mengurangkan daya saing pasukan pertahanan kita.
“Berikutan itu, kita perlu melakukan beberapa perubahan dalam perbelanjaan dengan menumpukan kepada usaha pemulihan aset dan menambah baik peralatan sedia ada tanpa perlu membeli yang baru atau menggantikannya, termasuk peluru atau peluru berpandu.
“Bagi projek di bawah kategori pembangunan, kita bercadang membangunkan kem dan menambah baik kuarters yang tidak membabitkan belanjawan tambahan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan kementeriannya di sini, semalam.
Terdahulu, dalam ucapannya, Ahmad Zahid berkata, pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) perlu berani menyemak semula dasar atau keputusan yang sudah dihebahkan kepada umum sekiranya ia didapati sukar dilaksanakan seperti disarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, baru-baru ini. “Dasar yang dibuat itu mungkin tepat, tetapi ada kalanya syarat dikenakan terlalu berat, tidak anjal atau tidak realistik sehingga menyebabkan sesuatu rancangan sukar dilaksanakan,” katanya.
Ahmad Zahid juga meminta pegawai dan anggota ATM supaya terus mengamalkan sikap berdaya saing dengan mencontohi semangat juang skuad bola sepak kebangsaan yang tidak patah semangat, walaupun berdepan pelbagai cabaran termasuk terpaksa menaiki kereta perisai ke stadium sehingga muncul juara Piala Suzuki AFF.
Beliau juga mengingatkan warga ATM agar tidak menjadi ‘gunting dalam lipatan’ atau ‘api dalam sekam’ dengan memburukkan nama kementerian itu melalui Facebook, blog atau menyalurkan maklumat penting dan rahsia kepada pihak luar. [u] | |
| | | dewafrost Kehormat MyMil
Posts : 3762 Reputation : 146 Join date : 20/06/2010
| Subject: Re: MPSA @ News Wed 05 Jan 2011, 9:51 am | |
| alaaammaaaaakkkkkkk....... hancussss | |
| | | mirage Corporal
Posts : 78 Reputation : 4 Join date : 25/06/2010 Age : 40 Location : kuantan
| Subject: Re: MPSA @ News Wed 05 Jan 2011, 11:43 am | |
| - dewafrost wrote:
- alaaammaaaaakkkkkkk....... hancussss
ala jangan nak risau, zahid hamidi and the geng bole pergi perang dengan keris ,kapak dan parang kontot ajer.. buat ape kita nak risau, menteri pun tak risau tahap kesiapsiagaan ATM.. lagipun duit yang ada dia nak kuatkan jentera pilihanraya.. | |
| | | tenteng Kehormat MyMil
Posts : 4773 Reputation : 124 Join date : 11/05/2010 Age : 42 Location : segitiga melaka-kuantan-kkb-melaka
| Subject: Re: MPSA @ News Wed 05 Jan 2011, 11:55 am | |
| - tenteng wrote:
“Berikutan itu, kita perlu melakukan beberapa perubahan dalam perbelanjaan dengan menumpukan kepada usaha pemulihan aset dan menambah baik peralatan sedia ada tanpa perlu membeli yang baru atau menggantikannya, termasuk peluru atau peluru berpandu.
Ahmad Zahid juga meminta pegawai dan anggota ATM supaya terus mengamalkan sikap berdaya saing dengan mencontohi semangat juang skuad bola sepak kebangsaan yang tidak patah semangat, walaupun berdepan pelbagai cabaran termasuk terpaksa menaiki kereta perisai ke stadium sehingga muncul juara Piala Suzuki AFF.
peluru boleh diguna pakai ke? abis.. kalo dah tembak kelongsong x jumpa cam mana? nak kena pakai stok yg ada jek ye.. dah abis peluru.. pakai benet jek la... sama ke bjuang nak main bola ngan nak g perang? | |
| | | mumuchi GLOBAL MODERATOR
Posts : 19551 Reputation : 525 Join date : 05/06/2010 Location : Dulu Tempat Lumba Kuda
| Subject: Re: MPSA @ News Wed 05 Jan 2011, 12:08 pm | |
| alah korang ni selalu lupa mesia ni ada akaun luar bajet..bila belian dibuat, la pulak | |
| | | venez ADMIN
Posts : 17389 Reputation : 581 Join date : 19/04/2010 Age : 46 Location : AFNG
| | | | escortburuk Warrant Officer
Posts : 544 Reputation : 55 Join date : 29/04/2010
| Subject: Re: MPSA @ News Wed 05 Jan 2011, 12:53 pm | |
| - tenteng wrote:
- Kementerian Pertahanan tukar cara perbelanjaan
Oleh Wan Faizal Ismayatim wfaizal@bharian.com.my 2011/01/05
Tumpu usaha pemulihan aset, tambah baik alatan sedia ada
KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan akan menukar pendekatan perbelanjaan mengurusnya, termasuk tidak membeli aset ketenteraan baru berikutan pengurangan peruntukan tahunannya sebanyak RM1.5 bilion tahun ini berbanding 2010. Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata Kementerian Pertahanan bagaimanapun akan terus membangunkan kem dan menambah baik kuarters pegawai dan anggotanya dengan kerjasama Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT). “Pengurangan bajet ini sudah tentu mengekang perbelanjaan yang sudah dirancang, namun ia tidak akan mengurangkan daya saing pasukan pertahanan kita.
“Berikutan itu, kita perlu melakukan beberapa perubahan dalam perbelanjaan dengan menumpukan kepada usaha pemulihan aset dan menambah baik peralatan sedia ada tanpa perlu membeli yang baru atau menggantikannya, termasuk peluru atau peluru berpandu.
“Bagi projek di bawah kategori pembangunan, kita bercadang membangunkan kem dan menambah baik kuarters yang tidak membabitkan belanjawan tambahan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan kementeriannya di sini, semalam.
Terdahulu, dalam ucapannya, Ahmad Zahid berkata, pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) perlu berani menyemak semula dasar atau keputusan yang sudah dihebahkan kepada umum sekiranya ia didapati sukar dilaksanakan seperti disarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, baru-baru ini. “Dasar yang dibuat itu mungkin tepat, tetapi ada kalanya syarat dikenakan terlalu berat, tidak anjal atau tidak realistik sehingga menyebabkan sesuatu rancangan sukar dilaksanakan,” katanya.
Ahmad Zahid juga meminta pegawai dan anggota ATM supaya terus mengamalkan sikap berdaya saing dengan mencontohi semangat juang skuad bola sepak kebangsaan yang tidak patah semangat, walaupun berdepan pelbagai cabaran termasuk terpaksa menaiki kereta perisai ke stadium sehingga muncul juara Piala Suzuki AFF.
Beliau juga mengingatkan warga ATM agar tidak menjadi ‘gunting dalam lipatan’ atau ‘api dalam sekam’ dengan memburukkan nama kementerian itu melalui Facebook, blog atau menyalurkan maklumat penting dan rahsia kepada pihak luar. [u] Kalau mcm ni, mmg jadi la kot program upgrade Nuri & C130? Bab peluru berpandu, peluru berpandu mana leh upgrade? Exocet MM38? | |
| | | venez ADMIN
Posts : 17389 Reputation : 581 Join date : 19/04/2010 Age : 46 Location : AFNG
| Subject: Re: MPSA @ News Wed 05 Jan 2011, 1:02 pm | |
| erkkk, upgrade NURI? perggg... mahal gilos... missile upgrade? maybe life expansion jerk kot... | |
| | | escortburuk Warrant Officer
Posts : 544 Reputation : 55 Join date : 29/04/2010
| Subject: Re: MPSA @ News Thu 06 Jan 2011, 3:09 pm | |
| Philippines to Receive Refurbished C-130H
The Philippines is to receive a former Tunisian air force Lockheed Martin C-130H transport, which was refurbished by US maintenance, repair and overhaul company Derco.
The aircraft was acquired by Derco in 2007 after being damaged in a runway incursion in Gafsa, Tunisia, says the Philippine defence ministry.
"The US C-130 technical co-ordination group team that conducted the assessment of the damaged aircraft subsequently recommended its repair by replacing specified sections of the fuselage and the nose section," it adds.
Derco repaired the aircraft - serial number 5020 - in partnership with Malaysian MRO firm Airod. The Philippine air force expects to receive the aircraft before the end of 2011. It already operates two C-130Hs, as listed in Flightglobal's MiliCAS database.
The aircraft will come with upgraded avionics, including a glass cockpit, plus other flight management, navigation and communication enhancements. The deal also includes two years of support.
(Flight International)
| |
| | | dewafrost Kehormat MyMil
Posts : 3762 Reputation : 146 Join date : 20/06/2010
| Subject: Re: MPSA @ News Thu 06 Jan 2011, 3:25 pm | |
| | |
| | | marc_zman MODERATOR
Posts : 16328 Reputation : 611 Join date : 08/06/2010 Location : di atas tanah bekas hutan, paya dan ladang kelapa sawit.. tak tau laaa ntah sapa2 pernah kena tanam kat sini dulu.. kalu ada laa
| Subject: Re: MPSA @ News Thu 06 Jan 2011, 3:41 pm | |
| - escortburuk wrote:
- Philippines to Receive Refurbished C-130H
Derco repaired the aircraft - serial number 5020 - in partnership with Malaysian MRO firm Airod. The Philippine air force expects to receive the aircraft before the end of 2011. It already operates two C-130Hs, as listed in Flightglobal's MiliCAS database.
The aircraft will come with upgraded avionics, including a glass cockpit, plus other flight management, navigation and communication enhancements. The deal also includes two years of support.
(Flight International)
hmmm.. kita nyer C130 sudah upgrade kasi pasang glass cockpit ka.? | |
| | | mumuchi GLOBAL MODERATOR
Posts : 19551 Reputation : 525 Join date : 05/06/2010 Location : Dulu Tempat Lumba Kuda
| Subject: Re: MPSA @ News Thu 06 Jan 2011, 3:43 pm | |
| tak semua kut..entah...yang camo baru tu dah kalau tak silap.. | |
| | | dewafrost Kehormat MyMil
Posts : 3762 Reputation : 146 Join date : 20/06/2010
| Subject: Re: MPSA @ News Thu 06 Jan 2011, 4:08 pm | |
| alaaaahhh.... depa refurbish yg tersadai tuuu, alang2 major overhaul, kalu buat ikut standard pun mahal, baik tambah sikit lagii dapat yg advance punyerrr.... itu ajerrr.... | |
| | | escortburuk Warrant Officer
Posts : 544 Reputation : 55 Join date : 29/04/2010
| Subject: Re: MPSA @ News Fri 07 Jan 2011, 4:06 pm | |
| Pusat Industri Pertahanan Pertama Negara Mampu Raih RM15.3b
KUALA LUMPUR - Kerajaan yakin pusat industri pertahanan pertama negara yang bakal dibangunkan di Sungkai, Perak, mampu meraih jumlah pelaburan bernilai RM15.3 bilion dalam masa lima tahun selepas ia mula beroperasi pada 2014.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, keyakinan itu berdasarkan jangkaan awal jumlah pelaburan bagi tahun pertama iaitu sebanyak RM3.3 bilion ekoran minat mendalam yang ditunjukkan oleh syarikat pertahanan antarabangsa.
"Ia satu komitmen antarabangsa dan setakat ini penglibatan syarikat-syarikat pertahanan dari Eropah, Amerika Utara, Korea Selatan dan Jepun memperlihatkan petanda yang baik. Jangkaan awal jumlah pelaburan sebanyak AS$ 1 bilion (RM3.3 bilion) akan dapat dilihat dalam waktu terdekat.
"Bagi tempoh lima tahun pertama, kita sasar pelaburan berjumlah AS$ 5 bilion (RM15.3 bilion) sebaik syarikat multinasional mula melabur," katanya selepas menyaksikan perjanjian persefahaman antara Masterplan Consulting Sdn. Bhd. dengan Blenheim Capital di sini hari ini.
Perjanjian persefahaman antara Masterplan dan syarikat pertahanan dari United Kingdom (UK) itu bagi membangunkan pusat industri pertahanan tempatan di kawasan seluas 480 hektar, agar ia berupaya memacu sektor berkenaan sekali gus meletakkan Malaysia sebagai hab pertahanan ASEAN.
Hadir sama ialah Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Zulkifeli Mohd. Zin; Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar; Ketua Pegawai Eksekutif Masterplan, Datuk Ahmad Faris Abdul Halim dan Ketua Pegawai Eksekutif Blenheim, Grant Rogan.
Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, kos bagi membangunkan pusat industri pertahanan itu berjumlah RM6 bilion dan dijangka, kerja-kerja pembinaan akan dilaksanakan selepas operasi kerja tanah dimulakan pertengahan tahun depan.
Sementara itu, Rogan berkata, beliau yakin dengan potensi Sungkai untuk menjadi pusat industri serta hab pertahanan serantau memandangkan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan projek tersebut mempunyai komitmen jitu.
Katanya, Blenheim dengan kerjasama Masterplan akan berusaha sebaik mungkin bagi menarik minat syarikat pertahanan terkemuka Eropah dan Amerika Syarikat (AS) untuk melabur dalam pelbagai segmen pertahanan dalam masa terdekat.
Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid berkata, pengurangan peruntukan untuk Kementerian Pertahanan kepada RM9.1 bilion tahun ini, berbanding RM9.8 bilion tahun lepas tidak akan menjejaskan operasi kementerian dalam menjaga kepentingan dan keselamatan negara.
Ahmad Zahid berkata, biarpun tanpa pembelian sebarang aset baru tahun ini, pihaknya akan melakukan beberapa pembangunan terhadap operasi berdasarkan kemampuan kewangan yang ada.
Sebagai contoh katanya, kementerian akan melaksanakan program penghayatan semula ke atas inventori pelbagai jenis peluru dalam perkhidmatan termasuk yang melibatkan aset sensitif seperti peluru berpandu.
"Menyedari hakikat belanjawan tahun ini dikurangkan, tentu sekali ia akan menjadi kekangan kepada aktiviti yang sudah dirancang namun ia tidak akan dapat mengurangkan daya juang serta daya saing pasukan pertahanan kita," katanya selepas menghadiri majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Pertahanan di sini hari ini.
Hadir sama pada majlis itu Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr. Abdul Latif Ahmad; Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Dr. Ismail Ahmad; Panglima Angkatan Tentera (ATM), Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin serta ketiga-ketiga panglima daripada perkhidmatan tentera laut, darat dan udara.
(Utusan) | |
| | | marc_zman MODERATOR
Posts : 16328 Reputation : 611 Join date : 08/06/2010 Location : di atas tanah bekas hutan, paya dan ladang kelapa sawit.. tak tau laaa ntah sapa2 pernah kena tanam kat sini dulu.. kalu ada laa
| Subject: Re: MPSA @ News Mon 10 Jan 2011, 10:54 am | |
| Bekas tentera merindui adik selepas 40 tahun terpisah Posted on January 8, 2011, Saturday SIBU: Setelah 40 tahun meninggalkan kampung halaman iaitu Kampung Padang Luas, Triang, Pahang, seorang bekas tentera amat merindui adik-beradiknya, setelah terputus hubungan sejak dia membawa diri ke Sarawak pada 1970. Mohd Noor Abdullah, 62, terputus hubungan dengan ahli keluarganya yang lain selepas menyertai angkatan tentera pada 4 Januari 1969 di bawah 1 Askar Melayu, ketika usianya baru 20 tahun. “Saya merayu kepada adik adik serta saudara mara yang masih mengenali supaya menghubungi saya,” ujarnya kepada pemberita petang kelmarin dengan suara yang tersedu-sedan serta hampir menitiskan air mata. Mohd Noor yang amat rindu untuk bertemu dengan tiga adiknya serta saudara mara yang lain, difahamkan tidak pernah pulang ke Pahang selepas berkhidmat di negeri ini sehingga tamat perkhidmatan pada 1987, dengan tempat terakhir dia berkhidmat di Rascom. Tiga saudara yang ingin dihubunginya ialah Halimah Abdullah, Asnah Abdullah dan Aisyah Abdullah, yang beliau sendiri tidak pasti di mana mereka berada. “Selepas bersara, saya pernah menghantar surat ke kampung halaman dengan pos laju, namun tidak ada balasan,” katanya yang kini hilang tempat bergantung hidup selepas ditinggalkan isteri serta anak-anaknya. Setelah menamatkan perkhidmatan, Mohd Noor berkahwin dengan seorang wanita Iban dari Kanowit pada 1988 dan dikurniakan empat cahaya mata. Selepas itu, dia melakukan pelbagai pekerjaan termasuk bekerja sebagai pengawal keselamatan di Bintulu. Namun nasib malang mula menimpa dirinya apabila dia diserang angin ahmar (strok) ketika bertugas, menyebabkannya lumpuh separuh badan pada September 2009 dan dimasukkan ke Hospital Bintulu. Ibarat kata pepatah, sudah jatuh ditimpa tangga, semasa mendapatkan rawatan di Hospital Bintulu, Mohd Noor ditinggalkan oleh isterinya yang difahamkan telah lari mengikut seorang lelaki warganegara asing serta membawa bersama dua orang anaknya. Setelah sembuh, dia dirujuk ke Rumah Seri Kenangan di Kuching sebelum diarah keluar pada 18 Jun 2010, setelah salah seorang daripada anaknya berjaya dihubungi, yang kemudian membawanya pulang ke Sibu. Sekali lagi nasib malang menimpa apabila dia ditinggalkan pula oleh anaknya pada Disember lepas, memaksanya kini tinggal bersama saudara isterinya di No.60B, Lorong 20, Jalan Tiong Hua. Oleh kerana sangat memerlukan bantuan serta bantuan mereka yang mengenalinya, Mohd Noor telah diarah untuk pergi ke pejabat Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Cawangan Sibu di Jalan Tuanku Osman. Dia yang terpaksa menggunakan tongkat untuk berjalan kerana lumpuh separuh badan, difahamkan telah keluar dari rumah di Jalan Tiong Hua kira-kira jam 4 pagi untuk pergi ke pejabat PBTM di sini. “Bukan apa, jika lewat turun jalan mungkin sesak dengan kenderaan. Saya bukannya dapat bergerak dengan cepat,” ujarnya yang mengambil masa tiga jam untuk sampai ke pejabat PBTM, yang hanya terletak kurang tiga kilometer dari tempat tinggalnya. Setibanya di pejabat PBTM, Mohd Noor telah bertemu dengan Yang Dipertua PBTM Sibu Thomas Ling, untuk merayu bantuan walaupun beliau bukan seorang ahli PBTM Sibu. Bagaimanapun Ling tetap membantunya dengan merujuk masalahnya ke Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM) serta membantu proses menempatkannya di Rumah Seri Kenangan Sibu. “Jika boleh, saya mahu ditempatkan di Rumah Seri Kenangan kerana tiada orang lagi menjaga. Mungkin selepas ditempatkan di situ, anak-anak saya boleh datang menjenguk,” ujar Mohd Noor dengan suara yang sayu. Di samping itu, beliau juga menyeru bekas-bekas tentera yang masih belum menyertai PBTM, agar berbuat demikian dengan segera demi kebaikan diri sendiri serta ahli keluarga mereka. “Jangan jadi macam saya, sudah terhantuk baru tengadah,” katanya sambil berterima kasih kepada PBTM Sibu yang telah sudi membantu menyelesaikan sedikit sebanyak masalahnya. Bagi yang mengenali Mohd Noor boleh menghubungi pejabat PBTM Sibu di talian 084-349755 atau Thomas Ling (013-8017056). | |
| | | mumuchi GLOBAL MODERATOR
Posts : 19551 Reputation : 525 Join date : 05/06/2010 Location : Dulu Tempat Lumba Kuda
| Subject: Re: MPSA @ News Tue 18 Jan 2011, 11:20 pm | |
| kekadang si Marhalim Abas bercakap boleh pakai jugak..
klik Myths and Defence dari Malaysian Defence Blog | |
| | | marc_zman MODERATOR
Posts : 16328 Reputation : 611 Join date : 08/06/2010 Location : di atas tanah bekas hutan, paya dan ladang kelapa sawit.. tak tau laaa ntah sapa2 pernah kena tanam kat sini dulu.. kalu ada laa
| Subject: Re: MPSA @ News Wed 19 Jan 2011, 9:43 am | |
| Missiles off target in major Taiwan drill By Benjamin Yeh (AFP) CHIUPENG, Taiwan — Taiwan held a major missile drill Tuesday just days after rival China unveiled an aircraft that uses stealth technology, but several misses spoiled the exercise. Before an audience that included President Ma Ying-jeou, five out of 19 missiles failed to hit their targets at the Chiupeng military base in the island's south. A sixth found its target, but did not explode. "It's within our predictions, but of course there's room for improvement," said air force Lieutenant General Pan Kung-hsiao, when asked to comment about the missiles that went astray. Ma, however, was less forgiving, telling journalists that the military should get to the bottom of the failures. "I'm not very satisfied," Ma said. "Some missiles missed the targets, and we need to review whether these errors were mechanical or human. We also need to hold more drills to boost military capabilities." While one missile plunged almost directly into the nearby ocean, the others were near-misses, and some of them virtually scratched their targets but were still declared failures. The missile drill at the normally tightly guarded base was the largest open to the media since Ma assumed power in 2008. It was meant to signal Taiwan's defence capabilities to the island's own public just days after China unveiled the J-20, an aircraft that uses stealth technology to avoid radar detection, according to analysts. "Taiwan wants to reassure its people at a time when China keeps developing advanced weapons such as the J-20," said Edward Chen, a political scientist at Tamkang University's Graduate Institute of American Studies. The drill also came on the same day that China's President Hu Jintao left for a state visit to the United States, with Taiwan likely to be on the agenda. On Monday, Ma told an American visitor -- Arthur Brooks, president of the American Enterprise Institute, a Washington-based think tank -- that he was "very concerned" about Hu's visit. China and Taiwan have been governed separately since the end of a civil war in 1949, but Beijing considers the island part of its territory, and has never renounced the possible use of force to get it back. Relations have improved since Ma took over as president in 2008 on a campaign promise to lift the island's economy through closer interaction with China. However, underlying tensions remain, and analysts said the exercise was a signal from Ma that he wants Taiwan to maintain sufficient defensive capability while pressing for dialogue with China. "Through the drill, Taipei is showing Washington it has the determination to defend itself," said Alexander Huang, a Taipei-based defence analyst. "At the same time, it tells Beijing that it will go ahead with its arms build-up despite the reduced hostilities in the region." The scenario played out in Tuesday's exercise left no doubt about where Taiwan sees its main, or only, military threat. The drill simulated an attack by Chinese aircraft after two waves of ballistic missiles had hit the island, causing serious damage to military establishments. "All the weapons tested today were defensive in nature," Ma said. "We don't seek wars, rather we want to prevent them from happening." Among the weapon systems tested Tuesday were Taiwan's Tien Kung, or "Sky Bow" surface-to-air missiles, French-made Mica and Magic air-to-air missiles and US-made Hawk surface-to-air missiles. Military authorities said the drill was launched only after they were certain that no Chinese spy ships were near the coastal missile base. | |
| | | atreyudevil ADMIN
Posts : 9582 Reputation : 602 Join date : 19/04/2010 Location : Kuantan
| Subject: Re: MPSA @ News Wed 19 Jan 2011, 8:24 pm | |
| | |
| | | mumuchi GLOBAL MODERATOR
Posts : 19551 Reputation : 525 Join date : 05/06/2010 Location : Dulu Tempat Lumba Kuda
| Subject: Re: MPSA @ News Wed 19 Jan 2011, 8:40 pm | |
| Mahkamah arah TUDM bebaskan Tharmendran 2011/01/19
KUALA LUMPUR: Bekas sarjan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), N Tharmendran, berjaya dalam permohonan habeas corpus di Mahkamah Tinggi di sini bagi mendapatkan perintah untuk membebaskan dirinya daripada tahanan TUDM.
Hakim Datuk Su Geok Yiam, ketika membuat keputusan itu, berkata penangkapan Tharmendran adalah sah mengikut undang-undang tetapi penahanannya oleh pihak TUDM adalah tidak sah.
Tharmendran akan dibebaskan di Kem Batu Kentomen serta merta selepas writ habeas corpus itu dikemukakan oleh mahkamah.
Thamendran yang dilepaskan dengan jaminan selepas tidak mengaku salah terhadap tuduhan bersubahat mencuri dua enjin pesawat pejuang F-5 TUDM di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya tahun lalu, ditahan TUDM selepas dikatakan gagal melapor diri untuk bertugas sebaik dilepaskan.
Dalam permohonan habeas corpus yang difailkan pada 26 November lalu, Tharmendran berkata penahanan dan penangkapannya pada 25 November lalu adalah tidak berasas, salah dan tidak sah mengikut undang-undang dan bersifat jahat.
Dalam afidavit sokongannya, Tharmendran mendakwa penahanan itu tidak mengikut undang-undang kerana dia adalah orang awam dan tidak lagi berkhidmat dengan TUDM sejak 28 Mei tahun lalu.
Berita Harian | |
| | | mumuchi GLOBAL MODERATOR
Posts : 19551 Reputation : 525 Join date : 05/06/2010 Location : Dulu Tempat Lumba Kuda
| Subject: Re: MPSA @ News Wed 19 Jan 2011, 8:47 pm | |
| Markas untuk Rejimen Sempadan
Markas untuk Rejimen Sempadan 2011/01/19
KANGAR: Sebuah markas Rejimen Sempadan akan dibina di negeri ini dalam Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10) bagi meningkatkan kecekapan pengurusan rejimen itu.
Panglima Briged Sempadan, Brig Jeneral Azlan Abdul Rahman, berkata lokasi sebenar markas itu sudah dikenal pasti.
Beliau berkata, setakat ini beliau berpuas hati dengan prestasi rejimen yang bertanggungjawab menjaga sempadan Malaysia dan Thailand.
"Setakat ini tugas anggota-anggota Rejimen Sempadan amat memuaskan dan berjaya mengekang kegiatan-kegaitan jenayah di sempadan termasuk penyeludupan," katanya selepas hadir sambutan ulang tahun ketiga rejimen itu, di sini.
Beliau berkata, bagi memastikan kawalan keselamatan di sepanjang sempadan sejauh 600 kilometer itu berkesan, pihaknya mengadakan kerjasama dengan pasukan keselamatan Thailand.
Rejiman Sempadan itu diwujudkan awal 2008 bagi merealisasikan hasrat kerajaan untuk mempunyai satu pasukan khusus mengawal sempadan darat negara setanding dengan negara-negara maju. - BERNAMA | |
| | | tenteng Kehormat MyMil
Posts : 4773 Reputation : 124 Join date : 11/05/2010 Age : 42 Location : segitiga melaka-kuantan-kkb-melaka
| Subject: Re: MPSA @ News Fri 21 Jan 2011, 1:32 pm | |
| Galak terbit drama, filem ketenteraan
2011/01/21
KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan sedia bekerjasama dengan mana-mana syarikat produksi tempatan dalam usaha menerbitkan lebih banyak drama atau filem bercorak ketenteraan bertujuan membantu meningkatkan imej Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai sebuah institusi pertahanan disegani.
Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata kerjasama itu tidak hanya bertumpu kepada khidmat nasihat, malah membabitkan aspek teknikal seperti penggunaan aset tertentu milik ketumbukan berkenaan, termasuk lokasi bagi tujuan penggambaran. “Kita berharap penerbitan banyak drama atau filem ketenteraan boleh membuka perspektif lebih meluas di kalangan orang ramai terhadap ATM, termasuk dalam konteks fungsi dan peranan sebenarnya terhadap bidang keselamatan serta pertahanan negara.
“Ia juga sebahagian daripada usaha meningkatkan minat orang ramai menyertai ATM, terutama kalangan generasi muda, sekali gus menjadikan perkhidmatan ketenteraan sebagai kerjaya pilihan utama mereka,” katanya kepada pemberita, di sini semalam.
Beliau sebelum itu melancarkan penggambaran drama bersiri Beret Hijau terbitan Global Network Entertainment yang diarahkan oleh Along Kamaruddin.
Hadir sama, Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Zulkifli Mohd Zin; Pengerusi Boustead Heavy Industry Corporation Bhd, Laksamana Madya (B) Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor; Panglima 21 Gerup Gerak Khas (21 GGK), Brigedier Jeneral Datuk Abd Samad Yaakob dan Pengarah Urusan Global Network Entertainment, Den Wahab.
Diterbitkan sebanyak 13 episod untuk siaran Radio Televisyen Malaysia (RTM), Beret Hijau adalah drama pertama seumpamanya diterbitkan di negara ini, khusus memaparkan kisah kehidupan pegawai dan anggota skuad elit ATM itu. Zahid berkata, kerjaya sebagai tentera tidak pernah menjanjikan kekayaan dari segi material, namun kerajaan sentiasa menghargai setiap pengorbanan pegawai dan anggota ATM, termasuk ahli keluarga mereka.
Beliau turut bersikap optimis dan yakin drama bersiri itu akan mendapat sambutan menggalakkan di kalangan penonton, selain mampu meraih lebih sejuta penonton bagi setiap episod.
“Jika Beret Hijau boleh meraih jumlah penonton sejuta orang, saya sudah meminta kerjasama RTM, khususnya Kementerian Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan untuk melanjutkan tempoh siarannya sehingga lima tahun akan datang.
“Malah, kejayaan itu nanti boleh dianggap sebagai penanda aras bahawa drama atau filem ketenteraan boleh mendapat sambutan di pasaran,” katanya.
-Bharian- | |
| | | Sponsored content
| Subject: Re: MPSA @ News | |
| |
| | | | MPSA @ News | |
|
Similar topics | |
|
| Permissions in this forum: | You cannot reply to topics in this forum
| |
| |
| |
|