Established on April 2010. MyMil is a hangout place where military enthusiasts meet, fully armed with mouse, keyboard and few cups of coffee. |
Member2 baru diharapkan dapat perkenalkan diri masing2 di SINI terlebih dulu, terima kasih To all MYMIL forumer please be very careful with all information posted, we don't to any vital information of our security forces or rumors circulating around that would bring a bad implications. Kepada semua forumer MYMIL, diminta untuk berposting dengan lebih berhemah serta tidak mendedahkan atau menyebarkan informasi penting mengenai pasukan keselamatan atau sebarang khabar angin yang membawa implikasi yang teruk. Kempen Anti Khabar Angin MYMIL sedang berjalan, sebarang post yang jatuh ke dalam kategori Khabar Angin akan dipadam tanpa sebarang amaran. Harap Maklum Selamat menyambut HUT ke 80 Tentera Laut DiRaja Malaysia MYMIL Anti Rumours Campaign is now in motion, any postage that fall under that condition will be edited and deleted without any warning. Please be advised Off topics haven, borak sampai pengsan di Warung Kopi Pak Jabit!! Mana2 posting yg bersifat provokasi, spam dan trol akan dipadam tanpa ragu2 lagi. Sila berposting dgn berhemah. Kepada ahli2 yg tidak pernah aktif dan berposting dalam masa 20 hari dari tarikh pendaftaran keahlian anda akan DIGUGURKAN. Ini adalah untuk menggalakan forumer untuk lebih aktif berforum. To all new forumer without any post (post = 0), your membership will be DROPPED in 20 days after the registration date, this is to discourage silent lurkers in the forum.
To all Mozilla Firefox, Chrome or Opera browser user, please activate browser add-on "AdBlock" to enable ad free MYMIL experience! -TQ Kepada semua pengguna Mozilla Firefox, Chrome atau Opera. Sila aktifkan browser add-on yang bernama "AdBlock" untuk mengelakkan gangguan iklan didalam Mymil -TQ |
Latest topics | » Sembang Medan Selera Pak Jebat V44 by HangPC2 Sat 27 Aug 2022, 5:36 pm
» Halo semua by matamata Mon 25 Oct 2021, 9:56 pm
» Cerita Rakyat by mumuchi Sun 05 Sep 2021, 10:35 am
» Konfrontasi Malaysia-Indonesia 1962-66 by mumuchi Sun 05 Sep 2021, 10:28 am
» PAINTBALL - Come get some... by pisang Tue 13 Dec 2016, 1:53 pm
» Baru balik by pisang Mon 12 Dec 2016, 5:47 pm
» Jaket camo by atreyudevil Fri 15 Jul 2016, 4:17 pm
» Nusantara Total War: Portuguese Invasion by Adib Mon 22 Feb 2016, 7:57 pm
» Rekrut baru disini by kapokbesi Thu 11 Feb 2016, 4:32 pm
» Keretapi Tanah Melayu Berhad by zacky.uesoff Thu 04 Feb 2016, 11:00 pm
» ALL ABOUT HAM RADIO (AMATEUR RADIO STATION) by kapokbesi Mon 16 Nov 2015, 12:42 pm
» BACKPACKING by venez Tue 31 Mar 2015, 5:11 pm
» Rekrut 2015 by atreyudevil Sun 29 Mar 2015, 8:34 pm
» Sejarah Pangkalan-Pangkalan Udara TUDM by venez Tue 24 Mar 2015, 11:02 am
» MyMil useful website lists by atreyudevil Sat 24 Jan 2015, 11:17 pm
» WIP - Work In Progress by yaminz Fri 26 Dec 2014, 12:06 pm
» Model Collections by yaminz Fri 26 Dec 2014, 11:58 am
» Rekrut October & November 2014 by atreyudevil Sat 20 Dec 2014, 7:07 am
» Bola Cafe: MALAYSIA! by HangPC2 Sun 14 Dec 2014, 12:35 pm
» Tayar Pirelli boleh tahan! by venez Wed 10 Dec 2014, 4:27 pm
|
Statistics | We have 511 registered users The newest registered user is Belarus
Our users have posted a total of 172030 messages in 1322 subjects
|
MyMil at Facebook | |
|
| MPSA @ News | |
|
+495229 mmmbop yinchet storm2011 el-toro sCorpene Boku nash koirazie2 sauffie heavyduty bijan MMW alphawolf anya8797 kerambit75 sol azim09 dewafrost jofizo helangrimba Foxtrot paradox KIM.mafia periuk_api1209 mirage samuraisan oioi tin harleena superhornet escortburuk panah hikmat tj marc_zman standupper matamata eaizan mumuchi yaminz zulupapa tok_rimau87 observateur tenteng innocentti atreyudevil ashes powerw00t blankrasta venez 53 posters | |
Author | Message |
---|
tenteng Kehormat MyMil
Posts : 4773 Join date : 11/05/2010
| Subject: Re: MPSA @ News Fri 21 Jan 2011, 1:32 pm | |
| Galak terbit drama, filem ketenteraan
2011/01/21
KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan sedia bekerjasama dengan mana-mana syarikat produksi tempatan dalam usaha menerbitkan lebih banyak drama atau filem bercorak ketenteraan bertujuan membantu meningkatkan imej Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai sebuah institusi pertahanan disegani.
Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata kerjasama itu tidak hanya bertumpu kepada khidmat nasihat, malah membabitkan aspek teknikal seperti penggunaan aset tertentu milik ketumbukan berkenaan, termasuk lokasi bagi tujuan penggambaran. “Kita berharap penerbitan banyak drama atau filem ketenteraan boleh membuka perspektif lebih meluas di kalangan orang ramai terhadap ATM, termasuk dalam konteks fungsi dan peranan sebenarnya terhadap bidang keselamatan serta pertahanan negara.
“Ia juga sebahagian daripada usaha meningkatkan minat orang ramai menyertai ATM, terutama kalangan generasi muda, sekali gus menjadikan perkhidmatan ketenteraan sebagai kerjaya pilihan utama mereka,” katanya kepada pemberita, di sini semalam.
Beliau sebelum itu melancarkan penggambaran drama bersiri Beret Hijau terbitan Global Network Entertainment yang diarahkan oleh Along Kamaruddin.
Hadir sama, Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Zulkifli Mohd Zin; Pengerusi Boustead Heavy Industry Corporation Bhd, Laksamana Madya (B) Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor; Panglima 21 Gerup Gerak Khas (21 GGK), Brigedier Jeneral Datuk Abd Samad Yaakob dan Pengarah Urusan Global Network Entertainment, Den Wahab.
Diterbitkan sebanyak 13 episod untuk siaran Radio Televisyen Malaysia (RTM), Beret Hijau adalah drama pertama seumpamanya diterbitkan di negara ini, khusus memaparkan kisah kehidupan pegawai dan anggota skuad elit ATM itu. Zahid berkata, kerjaya sebagai tentera tidak pernah menjanjikan kekayaan dari segi material, namun kerajaan sentiasa menghargai setiap pengorbanan pegawai dan anggota ATM, termasuk ahli keluarga mereka.
Beliau turut bersikap optimis dan yakin drama bersiri itu akan mendapat sambutan menggalakkan di kalangan penonton, selain mampu meraih lebih sejuta penonton bagi setiap episod.
“Jika Beret Hijau boleh meraih jumlah penonton sejuta orang, saya sudah meminta kerjasama RTM, khususnya Kementerian Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan untuk melanjutkan tempoh siarannya sehingga lima tahun akan datang.
“Malah, kejayaan itu nanti boleh dianggap sebagai penanda aras bahawa drama atau filem ketenteraan boleh mendapat sambutan di pasaran,” katanya.
-Bharian- | |
| | | tenteng Kehormat MyMil
Posts : 4773 Reputation : 124 Join date : 11/05/2010 Age : 42 Location : segitiga melaka-kuantan-kkb-melaka
| Subject: Re: MPSA @ News Mon 24 Jan 2011, 3:52 pm | |
| Pelancaran Beret Hijau gempar!
SUASANA tenang di depan sebuah restoran gempar apabila beberapa anggota komando kelihatan bertempur hebat dengan sekumpulan lelaki, baru-baru ini.
Suasana jadi kalut apabila mereka bertempur dengan bersenjatakan parang, pisau, kapak, jubin dan belati dalam usaha merampas satu beg yang berisi dokumen yang sangat-sangat dikehendaki.
Lebih serius, suasana tegang itu terus berlarutan apabila sekumpulan lelaki bermotosikal besar datang untuk membantu tetapi kecekapan beberapa komando dengan 'scrambler' lengkap bersenjata, tiba-tiba muncul lalu berjaya mengusir lelaki yang disyaki penjahat. Apabila keadaan reda, barulah ramai yang terpinga-pinga tadi sedar bahawa ia adalah gimik yang dipertontonkan kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Sri Zulkifli Mohd Zin, sempena pelancaran drama bersiri terbaru, Beret Hijau, terbitan Global Network.
Acara itu berlangsung di Bidor Station Kopitiam, Taman Sri Taming, Cheras, Khamis lalu.
Dokumen yang mahu diselamatkan komando terbabit, 21 Gerup Gerak Khas, sebenarnya berupa skrip drama 13 episod itu yang diserahkan kepada Zahid. Beliau kemudian menyerahkannya kepada Zulkifli sebagai tanda perasmian pelancaran penggambaran drama aksi itu. Drama arahan Along Kamaluddin itu dijadual memulakan penggambaran di sekitar Lembah Klang sebelum beralih ke Kem Sungai Udang, Melaka, minggu depan. Ia dibintangi barisan pelakon Iqbal Pilih Kasih sebagai Haziq, Azie Yahya (Sarjan Aishah), Chomell Fana (Amirah), Hasnul Rahmat (Soleh), Aman Graseka (Abu Farsi) dan Kuswadinata (Pak Ali). Pengarah Urusan Global Network Entertainment Sdn Bhd, Den Wahab, berkata, idea serta sokongan menerbitkan drama berkenaan dicetuskan Menteri Pertahanan sendiri. "Pertama kali Datuk Seri Zahid mengetengahkan cetusan idea drama bersiri Angkatan Tentera Malaysia (ATM), perkara pertama datang dalam fikiran adalah kesukaran menerbitkannya. "Ini kerana ia sesuatu yang tidak pernah dibuat, besar dan memerlukan perbelanjaan tinggi, peralatan serta bahan letupan tidak boleh didapati di mana-mana. Apatah lagi, komando satu nama yang besar, jadi saya agak bimbang kalau-kalau tidak dapat mengangkat ia ke tahap sepatutnya. "Apapun berbekalkan keyakinan dan sokongan banyak pihak, cabaran ini disahut. Kami perlu mengendalikan kru yang besar, seramai 200 orang.
"Penceritaan siri ini berkisar mengenai isu semasa yang ada kaitan dengan soal menjaga keamanan dan menangani ancaman pengganas. Ia bukan kisah lampau yang diperbaharui atau diceduk. "Selain itu, drama bertujuan menarik minat golongan remaja yang suka lumba motosikal haram, berpeleseran atau terbabit dalam aktiviti tidak sihat. "Beret Hijau membolehkan mereka mendapat gambaran sebenar kalau memilih profesion ketenteraan selepas tamat sekolah," katanya. Iqbal, 22, pula berkata, tawaran lakonan drama bersiri dengan watak Haziq membuatkan dia banyak berlatih dan hilang 12 kilogram dalam masa sebulan.
"Terkejut apabila pengarah Along beritahu, dia ada skrip untuk saya. Selepas melihatnya, dia bertanya sama ada saya boleh buat dan saya tidak menolak lagi kerana peluang sebegitu datang sekali seumur hidup. "Lebih menarik, rambut saya sekarang akan dipotong pendek oleh anggota tentera apabila babak penggambaran di Kem Sungai Udang. "Graf lakonan dalam Beret Hijau ada peningkatan kerana Haziq bermula daripada seorang budak kampung dan akhirnya menjadi anggota komando terlatih. Dalam kem latihan komando juga, Haziq bertemu musuh lamanya, Kamil lakonan Lan Mazlan," katanya yang turut membintangi telemovie Lilin Yang Terbiar dan Sirah Cinta dan sedang menunggu dua filem lakonannya, Abuya dan Apa-Apa Tengok ditayangkan.
Azie, 25, memegang peranan sebagai komando perubatan yang bertugas merawat tentera tercedera dalam pertempuran.
"Tidak pernah saya lakon watak ini. Dulu saya pernah jadi saintis dalam drama bersiri Kapten Kit. Saya masih lagi dalam proses menyesuaikan diri dengan latihan sejak beberapa hari lalu. "Lakonan Beret Hijau turut diselit babak jatuh hati dengan Haziq dan didenda pegawai kerana melanggar peraturan," katanya. Dalam ucapannya, Zahid berkata, penerbitan Beret Hijau adalah satu penjenamaan semula ATM dengan cara lebih teratur dan strategik.
"Salah satu penjenamaan adalah melalui pendedahan meluas ATM ke mata rakyat melalui media massa seperti iklan, dokumentari, drama dan filem. Ini bagi menaikkan lagi imej tentera kita agar lebih terbilang," katanya.
-hmetro- | |
| | | mumuchi GLOBAL MODERATOR
Posts : 19551 Reputation : 525 Join date : 05/06/2010 Location : Dulu Tempat Lumba Kuda
| Subject: Re: MPSA @ News Mon 24 Jan 2011, 3:58 pm | |
| hehehehe nampak banner tapi malas nak pergi...sori tak habaq sini siang2 ekekeke! | |
| | | marc_zman MODERATOR
Posts : 16328 Reputation : 611 Join date : 08/06/2010 Location : di atas tanah bekas hutan, paya dan ladang kelapa sawit.. tak tau laaa ntah sapa2 pernah kena tanam kat sini dulu.. kalu ada laa
| Subject: Re: MPSA @ News Mon 24 Jan 2011, 4:03 pm | |
| terus terang cakap aaa.. bunyi memang menarik tapi kalu end produk dia tak seberapa, memang maleh Kawan nak tengok kita nantikan kesudahan nyer | |
| | | tenteng Kehormat MyMil
Posts : 4773 Reputation : 124 Join date : 11/05/2010 Age : 42 Location : segitiga melaka-kuantan-kkb-melaka
| Subject: Re: MPSA @ News Mon 24 Jan 2011, 4:14 pm | |
| dengar je byk cite pasal askar nie..tp x kluar2 pun.. citer yg pak long cakapkn ritu pun cam dah senyap. cite apa ek? lupa plak.. | |
| | | mumuchi GLOBAL MODERATOR
Posts : 19551 Reputation : 525 Join date : 05/06/2010 Location : Dulu Tempat Lumba Kuda
| Subject: Re: MPSA @ News Wed 26 Jan 2011, 9:54 am | |
| - tenteng wrote:
- dengar je byk cite pasal askar nie..tp x kluar2 pun.. citer yg pak long cakapkn ritu pun cam dah senyap. cite apa ek? lupa plak..
Versi bergambar sorotan laporan si tenteng [You must be registered and logged in to see this image.]kredit Mcwood@milphotos | |
| | | mumuchi GLOBAL MODERATOR
Posts : 19551 Reputation : 525 Join date : 05/06/2010 Location : Dulu Tempat Lumba Kuda
| Subject: Re: MPSA @ News Wed 26 Jan 2011, 10:49 pm | |
| Apahal ni? - Quote :
Ramai anggota tentera hadapi masalah pendengaran 2011/01/26
KUALA LUMPUR: Jumlah anggota dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang menghadapi masalah pendengaran semakin ramai dengan 22 peratus daripada mereka dikesan menghadapi masalah itu sejak 2000 hingga 2008.
Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin, berkata maklumat ini tercatat dalam penyata Lembaga Perubatan ATM.
Katanya, dalam tempoh dua tahun antara 27 Januari 2008 dan 27 Januari 2009, 686 anggota tentera dikesan menghadapi masalah pendengaran berpunca dari bunyi bising semasa dalam perkhidmatan.
"Jabatan Hal Ehwal Veteran pula membelanjakan RM760,015 untuk membiayai alat bantuan pendengaran kepada veteran ATM antara 2008 sehingga Ogos 2009," katanya ketika berucap sempena Minggu Kesihatan Kementerian Pertahanan 2011 di Kementerian Pertahanan di sini hari ini.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud.
Azizan berkata, untuk itu anggota tentera disarankan mematuhi garis panduan kesihatan oleh Bahagian Perkhidmatan Kesihatan ATM bagi mengurangkan risiko berlakunya masalah pendengaran akibat pencemaran bunyi semasa dalam perkhidmatan.
Azizan berkata, punca utama penyakit itu adalah disebabkan kegagalan pihak pentadbir dan warga tentera mematuhi tatacara kerja dengan selamat.
"Saya meletakkan keyakinan yang tinggi bahawa dengan langkah-langkah pragmatik yang disarankan serta dengan kerjasama dan pematuhan tatacara oleh semua pihak, kita akan dapat menurunkan peratusan mereka yang menghadapi masalah pendengaran," katanya.
Program Minggu Kesihatan yang diadakan setiap tahun itu bertujuan memberi kesedaran dan khidmat nasihat mengenai penjagaan kesihatan dan amalan gaya hidup sihat bertempat di Wisma Pertahanan selama tiga hari bermula hari ini. - BERNAMA | |
| | | marc_zman MODERATOR
Posts : 16328 Reputation : 611 Join date : 08/06/2010 Location : di atas tanah bekas hutan, paya dan ladang kelapa sawit.. tak tau laaa ntah sapa2 pernah kena tanam kat sini dulu.. kalu ada laa
| | | | mumuchi GLOBAL MODERATOR
Posts : 19551 Reputation : 525 Join date : 05/06/2010 Location : Dulu Tempat Lumba Kuda
| Subject: Re: MPSA @ News Wed 02 Feb 2011, 5:05 pm | |
| Menarik..tak terpikir lak aku.. [You must be registered and logged in to see this image.]kredit Mcwood/milphotos | |
| | | venez ADMIN
Posts : 17389 Reputation : 581 Join date : 19/04/2010 Age : 46 Location : AFNG
| Subject: Re: MPSA @ News Wed 02 Feb 2011, 9:57 pm | |
| - mumuchi wrote:
- Apahal ni?
- Quote :
Ramai anggota tentera hadapi masalah pendengaran 2011/01/26
KUALA LUMPUR: Jumlah anggota dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang menghadapi masalah pendengaran semakin ramai dengan 22 peratus daripada mereka dikesan menghadapi masalah itu sejak 2000 hingga 2008.
Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin, berkata maklumat ini tercatat dalam penyata Lembaga Perubatan ATM.
Katanya, dalam tempoh dua tahun antara 27 Januari 2008 dan 27 Januari 2009, 686 anggota tentera dikesan menghadapi masalah pendengaran berpunca dari bunyi bising semasa dalam perkhidmatan.
"Jabatan Hal Ehwal Veteran pula membelanjakan RM760,015 untuk membiayai alat bantuan pendengaran kepada veteran ATM antara 2008 sehingga Ogos 2009," katanya ketika berucap sempena Minggu Kesihatan Kementerian Pertahanan 2011 di Kementerian Pertahanan di sini hari ini.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud.
Azizan berkata, untuk itu anggota tentera disarankan mematuhi garis panduan kesihatan oleh Bahagian Perkhidmatan Kesihatan ATM bagi mengurangkan risiko berlakunya masalah pendengaran akibat pencemaran bunyi semasa dalam perkhidmatan.
Azizan berkata, punca utama penyakit itu adalah disebabkan kegagalan pihak pentadbir dan warga tentera mematuhi tatacara kerja dengan selamat.
"Saya meletakkan keyakinan yang tinggi bahawa dengan langkah-langkah pragmatik yang disarankan serta dengan kerjasama dan pematuhan tatacara oleh semua pihak, kita akan dapat menurunkan peratusan mereka yang menghadapi masalah pendengaran," katanya.
Program Minggu Kesihatan yang diadakan setiap tahun itu bertujuan memberi kesedaran dan khidmat nasihat mengenai penjagaan kesihatan dan amalan gaya hidup sihat bertempat di Wisma Pertahanan selama tiga hari bermula hari ini. - BERNAMA
1. kesan tembakan artileri 2. kesan bunyi enjin jet (ground crew) 3. kesan tembakan senjata kecil program pengurangan effect pendengaran telah dilaksanakan utk menangani masalah pendengaran pada masa hadapan sprt penggunaan helmet + ear defender khas bagi semua ground crew semasa prepare aircraft (jet)... penggunaan ear defender semasa tembakan... | |
| | | tj Colonel
Posts : 2118 Reputation : 30 Join date : 20/06/2010
| Subject: Re: MPSA @ News Wed 02 Feb 2011, 10:30 pm | |
| - venez wrote:
- mumuchi wrote:
- Apahal ni?
- Quote :
Ramai anggota tentera hadapi masalah pendengaran 2011/01/26
KUALA LUMPUR: Jumlah anggota dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang menghadapi masalah pendengaran semakin ramai dengan 22 peratus daripada mereka dikesan menghadapi masalah itu sejak 2000 hingga 2008.
Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin, berkata maklumat ini tercatat dalam penyata Lembaga Perubatan ATM.
Katanya, dalam tempoh dua tahun antara 27 Januari 2008 dan 27 Januari 2009, 686 anggota tentera dikesan menghadapi masalah pendengaran berpunca dari bunyi bising semasa dalam perkhidmatan.
"Jabatan Hal Ehwal Veteran pula membelanjakan RM760,015 untuk membiayai alat bantuan pendengaran kepada veteran ATM antara 2008 sehingga Ogos 2009," katanya ketika berucap sempena Minggu Kesihatan Kementerian Pertahanan 2011 di Kementerian Pertahanan di sini hari ini.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud.
Azizan berkata, untuk itu anggota tentera disarankan mematuhi garis panduan kesihatan oleh Bahagian Perkhidmatan Kesihatan ATM bagi mengurangkan risiko berlakunya masalah pendengaran akibat pencemaran bunyi semasa dalam perkhidmatan.
Azizan berkata, punca utama penyakit itu adalah disebabkan kegagalan pihak pentadbir dan warga tentera mematuhi tatacara kerja dengan selamat.
"Saya meletakkan keyakinan yang tinggi bahawa dengan langkah-langkah pragmatik yang disarankan serta dengan kerjasama dan pematuhan tatacara oleh semua pihak, kita akan dapat menurunkan peratusan mereka yang menghadapi masalah pendengaran," katanya.
Program Minggu Kesihatan yang diadakan setiap tahun itu bertujuan memberi kesedaran dan khidmat nasihat mengenai penjagaan kesihatan dan amalan gaya hidup sihat bertempat di Wisma Pertahanan selama tiga hari bermula hari ini. - BERNAMA
1. kesan tembakan artileri 2. kesan bunyi enjin jet (ground crew) 3. kesan tembakan senjata kecil
program pengurangan effect pendengaran telah dilaksanakan utk menangani masalah pendengaran pada masa hadapan sprt penggunaan helmet + ear defender khas bagi semua ground crew semasa prepare aircraft (jet)... penggunaan ear defender semasa tembakan... bila start program tu? saje je tanya... | |
| | | venez ADMIN
Posts : 17389 Reputation : 581 Join date : 19/04/2010 Age : 46 Location : AFNG
| Subject: Re: MPSA @ News Wed 02 Feb 2011, 10:33 pm | |
| - tj wrote:
- venez wrote:
- mumuchi wrote:
- Apahal ni?
- Quote :
Ramai anggota tentera hadapi masalah pendengaran 2011/01/26
KUALA LUMPUR: Jumlah anggota dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang menghadapi masalah pendengaran semakin ramai dengan 22 peratus daripada mereka dikesan menghadapi masalah itu sejak 2000 hingga 2008.
Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin, berkata maklumat ini tercatat dalam penyata Lembaga Perubatan ATM.
Katanya, dalam tempoh dua tahun antara 27 Januari 2008 dan 27 Januari 2009, 686 anggota tentera dikesan menghadapi masalah pendengaran berpunca dari bunyi bising semasa dalam perkhidmatan.
"Jabatan Hal Ehwal Veteran pula membelanjakan RM760,015 untuk membiayai alat bantuan pendengaran kepada veteran ATM antara 2008 sehingga Ogos 2009," katanya ketika berucap sempena Minggu Kesihatan Kementerian Pertahanan 2011 di Kementerian Pertahanan di sini hari ini.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud.
Azizan berkata, untuk itu anggota tentera disarankan mematuhi garis panduan kesihatan oleh Bahagian Perkhidmatan Kesihatan ATM bagi mengurangkan risiko berlakunya masalah pendengaran akibat pencemaran bunyi semasa dalam perkhidmatan.
Azizan berkata, punca utama penyakit itu adalah disebabkan kegagalan pihak pentadbir dan warga tentera mematuhi tatacara kerja dengan selamat.
"Saya meletakkan keyakinan yang tinggi bahawa dengan langkah-langkah pragmatik yang disarankan serta dengan kerjasama dan pematuhan tatacara oleh semua pihak, kita akan dapat menurunkan peratusan mereka yang menghadapi masalah pendengaran," katanya.
Program Minggu Kesihatan yang diadakan setiap tahun itu bertujuan memberi kesedaran dan khidmat nasihat mengenai penjagaan kesihatan dan amalan gaya hidup sihat bertempat di Wisma Pertahanan selama tiga hari bermula hari ini. - BERNAMA
1. kesan tembakan artileri 2. kesan bunyi enjin jet (ground crew) 3. kesan tembakan senjata kecil
program pengurangan effect pendengaran telah dilaksanakan utk menangani masalah pendengaran pada masa hadapan sprt penggunaan helmet + ear defender khas bagi semua ground crew semasa prepare aircraft (jet)... penggunaan ear defender semasa tembakan... bila start program tu? saje je tanya... program dh lama start cuma kesedaran baru lately jerk timbul... skrg dh diwajibkan bagi semua fighter ground crew dan penembak2 TUDM (yang mana bawah kawalan wa ler, army n navy xtauler plak kawe) | |
| | | escortburuk Warrant Officer
Posts : 544 Reputation : 55 Join date : 29/04/2010
| Subject: Re: MPSA @ News Mon 07 Feb 2011, 10:37 pm | |
| Agong flown on Sukhoi fighter jet
BUTTERWORTH: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin was today flown on a Sukhoi SU-30MKM fighter jet in conjunction with his visit at the air force base here. The aircraft, piloted by Squadron Commanding Officer II Lt-Col Mohd Asghar Khan Gauriman Khan, flew in a supersonic speed over Langkawi, Kedah and Penang and landed back 45 minutes later.
It was accompanied by another fighter jet, the FA/18D Hornet.
Royal Malaysian Air Force commander Gen Tan Sri Rodzali Daud told reporters Tuanku Mizan was happy and thrilled by the experience.
Earlier, Tuanku Mizan arrived at the base and greeted by Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas, Defence Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Chief of Defence Forces Gen Tan Sri Azizan Ariffin and Rodzali.
He then inspected a guard-of-honour and was later briefed on the Sukhoi SU-30MKM fighter jet.
He also visited the fighter jet simulation and a static display of the aircraft before ending his visit at 2pm. -- BERNAMA
| |
| | | venez ADMIN
Posts : 17389 Reputation : 581 Join date : 19/04/2010 Age : 46 Location : AFNG
| Subject: Re: MPSA @ News Mon 07 Feb 2011, 10:50 pm | |
| | |
| | | tj Colonel
Posts : 2118 Reputation : 30 Join date : 20/06/2010
| Subject: Re: MPSA @ News Mon 07 Feb 2011, 11:07 pm | |
| | |
| | | dewafrost Kehormat MyMil
Posts : 3762 Reputation : 146 Join date : 20/06/2010
| Subject: Re: MPSA @ News Tue 08 Feb 2011, 8:49 am | |
| ehhh.... ASGHAR ader lagiiii??????.... dulu dier MiGs pilot kan..... | |
| | | mumuchi GLOBAL MODERATOR
Posts : 19551 Reputation : 525 Join date : 05/06/2010 Location : Dulu Tempat Lumba Kuda
| Subject: Re: MPSA @ News Tue 08 Feb 2011, 11:48 am | |
| | |
| | | tenteng Kehormat MyMil
Posts : 4773 Reputation : 124 Join date : 11/05/2010 Age : 42 Location : segitiga melaka-kuantan-kkb-melaka
| Subject: Re: MPSA @ News Tue 08 Feb 2011, 12:18 pm | |
| | |
| | | mumuchi GLOBAL MODERATOR
Posts : 19551 Reputation : 525 Join date : 05/06/2010 Location : Dulu Tempat Lumba Kuda
| Subject: Re: MPSA @ News Tue 08 Feb 2011, 12:22 pm | |
| Tertinggal lak Kosmo dll. [You must be registered and logged in to see this image.]Kredit : Mcwood/Milphotos | |
| | | venez ADMIN
Posts : 17389 Reputation : 581 Join date : 19/04/2010 Age : 46 Location : AFNG
| Subject: Re: MPSA @ News Tue 08 Feb 2011, 4:47 pm | |
| - dewafrost wrote:
- ehhh.... ASGHAR ader lagiiii??????.... dulu dier MiGs pilot kan.....
yup, pernah berlakon sekali jadi extra masa citer wira angkasa | |
| | | atreyudevil ADMIN
Posts : 9582 Reputation : 602 Join date : 19/04/2010 Location : Kuantan
| Subject: Re: MPSA @ News Tue 08 Feb 2011, 5:22 pm | |
| yg jatuh sama zahida tu ke? | |
| | | tj Colonel
Posts : 2118 Reputation : 30 Join date : 20/06/2010
| Subject: Re: MPSA @ News Tue 08 Feb 2011, 10:29 pm | |
| - venez wrote:
- dewafrost wrote:
- ehhh.... ASGHAR ader lagiiii??????.... dulu dier MiGs pilot kan.....
yup, pernah berlakon sekali jadi extra masa citer wira angkasa ramai pilot sebenar dalam cita tu dah jadi `seseorang` sekarang.. | |
| | | venez ADMIN
Posts : 17389 Reputation : 581 Join date : 19/04/2010 Age : 46 Location : AFNG
| Subject: Re: MPSA @ News Tue 08 Feb 2011, 10:50 pm | |
| - tj wrote:
- venez wrote:
- dewafrost wrote:
- ehhh.... ASGHAR ader lagiiii??????.... dulu dier MiGs pilot kan.....
yup, pernah berlakon sekali jadi extra masa citer wira angkasa ramai pilot sebenar dalam cita tu dah jadi `seseorang` sekarang.. yup, ada gak yang dh benti or benti awal coz xleh pegi jauhhhh | |
| | | marc_zman MODERATOR
Posts : 16328 Reputation : 611 Join date : 08/06/2010 Location : di atas tanah bekas hutan, paya dan ladang kelapa sawit.. tak tau laaa ntah sapa2 pernah kena tanam kat sini dulu.. kalu ada laa
| Subject: Re: MPSA @ News Wed 09 Feb 2011, 9:34 am | |
| cis.. nyesal plak wa tak beli dvd citer wira angkasa masa balik jb aritu RM7.90 jer kat plaza angsana bleh tgk sapa kah orang-orang yg dimaksudkan tu | |
| | | dewafrost Kehormat MyMil
Posts : 3762 Reputation : 146 Join date : 20/06/2010
| Subject: Re: MPSA @ News Wed 09 Feb 2011, 9:41 am | |
| aku kenal sorang ajerr, yg mengamuk pasal sabri fadzil wat acro dlm base, teruss kene duty.....heheheheeee... saper lagii kalu bukan bos ATSC...... | |
| | | Foxtrot Major
Posts : 1115 Reputation : 74 Join date : 17/08/2010 Age : 43 Location : From Taiping With Love
| Subject: Re: MPSA @ News Fri 11 Feb 2011, 8:50 am | |
| Peniaga dikasari polis bantuan?
Oleh AZELI ALI azeli.ali@utusan.com.my
BUKIT MERTAJAM 10 Feb. – Lebih 50 peniaga di Taman Pelangi di sini mengadakan perhimpunan membantah tindakan polis bantuan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) yang didakwa mengasari peniaga ketika operasi merobohkan gerai di kawasan itu semalam.
Mereka berkumpul sejak pukul 10 pagi dengan memegang sepanduk serta menunjukkan gambar seorang peniaga yang didakwa dipijak polis bantuan ketika berlaku kekecohan semasa operasi tersebut.
Seorang peniaga, Mohd. Syukri Mat Zain, 48, mendakwa, dia dipijak oleh beberapa orang polis bantuan MPSP ketika ingin meleraikan pertengkaran rakannya dengan penguat kuasa MPSP.
Dakwanya, secara tiba-tiba dia ditolak dari belakang sehingga jatuh sebelum dipijak dan ditendang oleh beberapa orang polis bantuan yang berada di tempat kejadian.
Akibat kejadian itu, dia mengalami kecederaan di bahagian belakang, tengkuk dan siku malah terpaksa mendapatkan rawatan di klinik.
“Mereka memperlakukan saya secara zalim sehingga saya pitam di situ dan hanya tersedar apabila berada di dalam van ketika dibawa ke Balai Polis Bukit Tengah,” katanya yang menjalankan perniagaan kedai makan sejak lima tahun di kawasan itu.
MPSP memulakan operasi besar-besaran untuk merobohkan gerai yang membuat penyambungan haram di sekitar taman itu Isnin lalu.
Dianggarkan terdapat kira-kira 1,000 gerai yang didakwa beroperasi secara haram di taman tersebut selain turut disewakan kepada warga asing.
Bagaimanapun, hasil perbincangan antara Ahli Majlis MPSP, M. Ramachandran dengan 18 wakil peniaga semalam, operasi itu ditangguhkan sementara hingga bulan depan.
Mohd. Syukri memberitahu, tindakan MPSP merobohkan gerainya menyebabkan dia kini hilang punca pendapatan untuk menyara isteri dan tujuh anak yang berusia antara tujuh hingga 22 tahun.
‘‘Bagi saya, tindakan mereka ini memang zalim dan tidak berperikemanusiaan langsung kerana menindas golongan peniaga kecil seperti kami,” ujarnya yang turut membuat laporan di balai polis sama semalam.
Sementara itu, seorang lagi peniaga, Abdul Kadir Mohamad, 54, berkata, dia turut berada di tempat kejadian ketika kekecohan berlaku malah turut ditahan polis bantuan MPSP kerana cuba membantu Syukri.
Jelasnya, dia adalah anggota Pas dan penyokong pakatan pembangkang tetapi ketika masalah itu timbul, tiada seorang pun wakil Pas atau pakatan tersebut yang tampil membela mereka.
“Inilah ‘subsidi’ paling mahal kami dapat pada 2011 iaitu gerai kami dirobohkan selepas menyokong pakatan pembangkang dan kami kini hilang punca pendapatan,” katanya yang juga bekas Bendahari Pas cawangan Juru.
Pendapat sama disuarakan A. Nitthianenten, 31, yang mendakwa MPSP tidak berlaku adil kerana notis merobohkan gerai itu hanya dikeluarkan 6 Februari lalu dan peniaga diberi masa 30 hari untuk berpindah.
“Namun belum sampai 30 hari, mereka dah datang nak roboh gerai kami. Apa semua ini? Mereka sendiri tak ikut surat yang mereka keluarkan,’’ jelasnya.
“Malah ada peniaga asing yang berniaga di sini tidak diambil tindakan tapi kami rakyat tempatan menjadi mangsa,” katanya yang membuka perniagaan makanan di situ sejak beberapa tahun lalu.
dipetik dari http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0211&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_04.htm | |
| | | Sponsored content
| Subject: Re: MPSA @ News | |
| |
| | | | MPSA @ News | |
|
Similar topics | |
|
| Permissions in this forum: | You cannot reply to topics in this forum
| |
| |
| |
|