Established on April 2010. MyMil is a hangout place where military enthusiasts meet, fully armed with mouse, keyboard and few cups of coffee. |
Member2 baru diharapkan dapat perkenalkan diri masing2 di SINI terlebih dulu, terima kasih To all MYMIL forumer please be very careful with all information posted, we don't to any vital information of our security forces or rumors circulating around that would bring a bad implications. Kepada semua forumer MYMIL, diminta untuk berposting dengan lebih berhemah serta tidak mendedahkan atau menyebarkan informasi penting mengenai pasukan keselamatan atau sebarang khabar angin yang membawa implikasi yang teruk. Kempen Anti Khabar Angin MYMIL sedang berjalan, sebarang post yang jatuh ke dalam kategori Khabar Angin akan dipadam tanpa sebarang amaran. Harap Maklum Selamat menyambut HUT ke 80 Tentera Laut DiRaja Malaysia MYMIL Anti Rumours Campaign is now in motion, any postage that fall under that condition will be edited and deleted without any warning. Please be advised Off topics haven, borak sampai pengsan di Warung Kopi Pak Jabit!! Mana2 posting yg bersifat provokasi, spam dan trol akan dipadam tanpa ragu2 lagi. Sila berposting dgn berhemah. Kepada ahli2 yg tidak pernah aktif dan berposting dalam masa 20 hari dari tarikh pendaftaran keahlian anda akan DIGUGURKAN. Ini adalah untuk menggalakan forumer untuk lebih aktif berforum. To all new forumer without any post (post = 0), your membership will be DROPPED in 20 days after the registration date, this is to discourage silent lurkers in the forum.
To all Mozilla Firefox, Chrome or Opera browser user, please activate browser add-on "AdBlock" to enable ad free MYMIL experience! -TQ Kepada semua pengguna Mozilla Firefox, Chrome atau Opera. Sila aktifkan browser add-on yang bernama "AdBlock" untuk mengelakkan gangguan iklan didalam Mymil -TQ |
Latest topics | » Sembang Medan Selera Pak Jebat V44 by HangPC2 Sat 27 Aug 2022, 5:36 pm
» Halo semua by matamata Mon 25 Oct 2021, 9:56 pm
» Cerita Rakyat by mumuchi Sun 05 Sep 2021, 10:35 am
» Konfrontasi Malaysia-Indonesia 1962-66 by mumuchi Sun 05 Sep 2021, 10:28 am
» PAINTBALL - Come get some... by pisang Tue 13 Dec 2016, 1:53 pm
» Baru balik by pisang Mon 12 Dec 2016, 5:47 pm
» Jaket camo by atreyudevil Fri 15 Jul 2016, 4:17 pm
» Nusantara Total War: Portuguese Invasion by Adib Mon 22 Feb 2016, 7:57 pm
» Rekrut baru disini by kapokbesi Thu 11 Feb 2016, 4:32 pm
» Keretapi Tanah Melayu Berhad by zacky.uesoff Thu 04 Feb 2016, 11:00 pm
» ALL ABOUT HAM RADIO (AMATEUR RADIO STATION) by kapokbesi Mon 16 Nov 2015, 12:42 pm
» BACKPACKING by venez Tue 31 Mar 2015, 5:11 pm
» Rekrut 2015 by atreyudevil Sun 29 Mar 2015, 8:34 pm
» Sejarah Pangkalan-Pangkalan Udara TUDM by venez Tue 24 Mar 2015, 11:02 am
» MyMil useful website lists by atreyudevil Sat 24 Jan 2015, 11:17 pm
» WIP - Work In Progress by yaminz Fri 26 Dec 2014, 12:06 pm
» Model Collections by yaminz Fri 26 Dec 2014, 11:58 am
» Rekrut October & November 2014 by atreyudevil Sat 20 Dec 2014, 7:07 am
» Bola Cafe: MALAYSIA! by HangPC2 Sun 14 Dec 2014, 12:35 pm
» Tayar Pirelli boleh tahan! by venez Wed 10 Dec 2014, 4:27 pm
|
Statistics | We have 511 registered users The newest registered user is Belarus
Our users have posted a total of 172030 messages in 1322 subjects
|
MyMil at Facebook | |
|
| MPSA @ News | |
|
+495229 mmmbop yinchet storm2011 el-toro sCorpene Boku nash koirazie2 sauffie heavyduty bijan MMW alphawolf anya8797 kerambit75 sol azim09 dewafrost jofizo helangrimba Foxtrot paradox KIM.mafia periuk_api1209 mirage samuraisan oioi tin harleena superhornet escortburuk panah hikmat tj marc_zman standupper matamata eaizan mumuchi yaminz zulupapa tok_rimau87 observateur tenteng innocentti atreyudevil ashes powerw00t blankrasta venez 53 posters | |
Author | Message |
---|
standupper Kehormat MyMil
Posts : 3271 Join date : 04/05/2010
| Subject: Re: MPSA @ News Wed 09 Mar 2011, 2:27 pm | |
| Tujuh Disyaki Perompak Berjaya Diberkas APMM Wilayah Selatan
JOHOR BAHRU 9 Mac – Perbuatan merompak di perairan Pengerang berjaya dipatahkan setelah sekumpulan tujuh lelaki ditangkap Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Selatan dikedudukan 2.8 batu nautika Barat Daya Pulau Mungging perairan Pengerang Johor.
APMM Wilayah Selatan telah mempertingkatkan pengawasan dengan melaksanakan operasi khusus bagi membanteras kejadian rompakan yang berlaku di perairan Johor Barat dan Timur.
Usaha berterusan yang dilaksanakan APMM dengan mempertingkatkan kawalan keselamatan dengan menambah aset dan anggota serta melakukan risikan telah berjaya menangkap sekumpulan perompak diberkas pada 9 Mac 2011 lebih kurang jam 3.20 pagi.
Kejayaan ini berhasil apabila dua bot laju APMM 9 pegawai dan anggota yang dalam rondaan operasi berjaya memberkas tujuh lelaki disyaki perompak berusia antara 28 hingga 33 tahun di perairan Pulau Mungging Pengerang, Johor.
Ketua Penguat Kuasa Maritim Wilayah Selatan, Laksama Pertama Maritim Zukifili Abu Bakar berkata, semasa dalam rondaan lebih kurang jam 3.15 pagi, semasa dua buah bot laju APMM melakukan rondaan di perairan ini kedengaran ‘emergency alam’ dari kapal MT Front Queen yang berdaftar di Majuro Island. Ekoran dari bunyi tersebut, tindakan pantas aset APMM yang berada di kawasan rondaan terus bergegas ke kapal tersebut untuk melakukan siasatan.
“Semasa menghampiri kapal MT Front Queen di bahagian belakang kapal tersebut terdapat sebuah bot kayu yang dalam keadaan mencurigakan tergesa-gesa meninggalkan kapal dan kelihatan antara mereka sedang membuang 2 batang buluh dan beberapa bungkusan plastik ke dalam laut. Perbuatan mereka dipercayai akibat melihat bot APMM menghampiri setelah bunyi ‘emergency alam’,” katanya pada sidang media di atas Kapal APMM hari sini.
Zulkifli berkata, kesemua mereka warganegara asing berjaya diberkas pada jam 3.20 pagi dan hasil pemeriksaan menjumpai sebilah pisau bayonet, sebilah kapak dan beberapa spanar di dalam bot tersebut yang disyaki digunakan untuk merompak kapal-kapal di perairan Pengerang, Johor.
“Siasatan awal yang dilakukan ke atas kepten kapal MT Front Queen, seorang kru kapalnya telah dikejar seorang yang tidak dikenali menggunakan sebilah parang. Kru kapal tersebut berjaya melarikan diri ke anjungan kapal dan terus memaklumkan kepada pegawai bertugas anjungan untuk membunyikan ‘emergency alam’ yang dapat didengari bot APMM,” katanya.
Katanya lagi, kesemua mereka dibawa ke Ibu Pejabat APMM Wilayah Selatan di Johor Bahru untuk siasatan lanjut. APMM Wilayah Selatan berharap dapat berkongsi maklumat antara komuniti maritim dengan pihak APMM bagi membendung aktiviti rompakan berlaku dalam perairan Malaysia. Sebarang maklumat boleh menghubungi terus ke Pusat Operasi Maritim (POMAR) Wilayah Selatan yang beroperasi 24 jam ditalian 07219901 hingga 07219910.
| |
| | | marc_zman MODERATOR
Posts : 16328 Reputation : 611 Join date : 08/06/2010 Location : di atas tanah bekas hutan, paya dan ladang kelapa sawit.. tak tau laaa ntah sapa2 pernah kena tanam kat sini dulu.. kalu ada laa
| Subject: Re: MPSA @ News Fri 11 Mar 2011, 9:14 am | |
| Wad Veteran ATM dilancarOleh MUHAMAD ZAID ADNAN zaid.adnan@utusan.com.my KUALA LUMPUR 10 Mac - Nasib pesara tentera terus mendapat perhatian apabila Wad Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dilancarkan di Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan, Wangsa Maju di sini, hari ini untuk manfaat kira-kira 700,000 pesara dan pasangan mereka. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, wad itu akan dijadikan pusat penjagaan pesara tentera yang menghidap sakit kronik kekal dan yang mengalami masalah kurang upaya bergerak serta menerima kes rujukan dari hospital-hospital lain membabitkan veteran tentera. Menurutnya, Kementerian Pertahanan akan memohon bajet tambahan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membuka wad sama di HAT Kem Terendak, Melaka dan HAT Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak dalam masa terdekat. "Saya yakin Perdana Menteri akan meluluskan permohonan kita untuk mewujudkan wad ini di dua HAT berkenaan dalam masa kurang setahun sebagai keprihatinan kerajaan terhadap veteran ATM. "Pesara tentera di tempat lain boleh mendapatkan perkhidmatan sama di Rumah Sakit Angkatan Tentera di setiap kem berhampiran. Saya telah meminta pegawai dan anggota kita yang berkhidmat di situ supaya memberi keutamaan kepada veteran-veteran ATM," katanya. Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas merasmikan wad berkenaan yang mempunyai 24 katil ketika ini yang disediakan menggunakan peruntukan kementerian sedia ada. Turut hadir timbalannya, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad; Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Dr. Ismail Ahmad dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin; Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Zulkifeli Mohd. Zin; Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran, Mejar Jeneral Datuk Zulkiflee Mazlan dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan ATM, Leftenan Jeneral Datuk Dr. Abdul Razak Md. Yusoff. Dalam pada itu, Ahmad Zahid memberitahu, kementerian juga akan mempertingkatkan perkhidmatan HAT Tuanku Mizan sebagai hospital pendidikan dan menjadikannya antara hospital tercanggih di negara ini. Katanya, ia dicapai menerusi kerjasama dengan Fakulti Perubatan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia yang mana HAT Tuanku Mizan akan dijadikan tempat latihan dan rujukan penuntut perubatan universiti itu. "Satu hari nanti HAT Tuanku Mizan akan menjadi tempat latihan kepada pakar-pakar perubatan di negara ini," katanya. Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, kerjasama di antara Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri membabitkan pengambilan pesara ATM ke dalam pasukan polis telah dimulakan. Katanya, buat masa ini, seramai 96 pesara lelaki dan lima wanita sudah menyertai latihan dengan polis, manakala 500 permohonan sama telah dibuat setakat ini. "Pihak polis akan menemuduga dan melihat perincian dari segi laporan perubatan mereka serta kriteria-kriteria yang ditentukan bagi kemasukan itu," katanya. | |
| | | anya8797 Colonel
Posts : 2721 Reputation : 60 Join date : 07/03/2011 Location : kuala lumpur
| Subject: Re: MPSA @ News Fri 11 Mar 2011, 9:36 am | |
| this perk is extended to the wife also?..... | |
| | | marc_zman MODERATOR
Posts : 16328 Reputation : 611 Join date : 08/06/2010 Location : di atas tanah bekas hutan, paya dan ladang kelapa sawit.. tak tau laaa ntah sapa2 pernah kena tanam kat sini dulu.. kalu ada laa
| Subject: Re: MPSA @ News Fri 11 Mar 2011, 10:56 am | |
| - standupper wrote:
- Tujuh Disyaki Perompak Berjaya Diberkas APMM Wilayah Selatan
JOHOR BAHRU 9 Mac – Perbuatan merompak di perairan Pengerang berjaya dipatahkan setelah sekumpulan tujuh lelaki ditangkap Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Selatan dikedudukan 2.8 batu nautika Barat Daya Pulau Mungging perairan Pengerang Johor... berita penuh baca kat atas aaaaa
“Siasatan awal yang dilakukan ke atas kepten kapal MT Front Queen, seorang kru kapalnya telah dikejar seorang yang tidak dikenali menggunakan sebilah parang. Kru kapal tersebut berjaya melarikan diri ke anjungan kapal dan terus memaklumkan kepada pegawai bertugas anjungan untuk membunyikan ‘emergency alam’ yang dapat didengari bot APMM,” katanya.
Katanya lagi, kesemua mereka dibawa ke Ibu Pejabat APMM Wilayah Selatan di Johor Bahru untuk siasatan lanjut. APMM Wilayah Selatan berharap dapat berkongsi maklumat antara komuniti maritim dengan pihak APMM bagi membendung aktiviti rompakan berlaku dalam perairan Malaysia. Sebarang maklumat boleh menghubungi terus ke Pusat Operasi Maritim (POMAR) Wilayah Selatan yang beroperasi 24 jam ditalian 07219901 hingga 07219910.
[You must be registered and logged in to see this image.]geng perompak yg ditahancall me mr cynical tapi.. sehari lepas kita tahan 7 perompak tu kan.. tetiba.. baca sendiri lah - Quote :
- Indonesia tahan 7 nelayan
Oleh Azida Shaharuddin azida@bharian.com.my 2011/03/10 TAHIR (kiri) bersama ahli keluarga mangsa menunjukkan gambar nelayan yang ditahan oleh pihak berkuasa Indonesia ketika menangkap ikan di perairan Malaysia, semalam. Pihak keselamatan negara jiran didakwa ceroboh perairan negara
PONTIAN: Tujuh nelayan termasuk dua tekong bot pukat tunda dari pangkalan Pontian Besar di sini, didakwa ditahan sepasukan penguat kuasa maritim negara jiran yang menceroboh perairan Senggarang berdekatan Tampok dekat sini, petang kelmarin. Mereka yang ditahan, tekong bot JHF7281D, Ibrahim Mohd Kassim, 28, bersama tiga awak-awaknya Redzuan Aris, 35; Mohamad Zamri Hambali, 26 dan Subani Samsuddin, 40an (warga Indonesia) manakala, bot pukat tunda JHF6963B, diketuai tekong, Zainodin Adam, 53 bersama dua awak-awak, Rosli Ab Rashid, 34 dan Jamil Md Top, 53. Ketua Penguat kuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Selatan, Laksamana Pertama Maritim Zulkifli Abu Bakar, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.
“Kes ini masih dalam siasatan kami termasuk mendapatkan maklumat daripada keluarga mangsa. Perkara ini akan dikemukakan dalam pertemuan dengan pelbagai agensi termasuk maritim dan polis kedua-dua negara yang akan diadakan esok (hari ini) di Batam, Indonesia,” katanya.
Ahli Lembaga Pengarah Persatuan Nelayan Kawasan Pontian, Tahir Mohd Kassim, mendakwa tujuh nelayan terbabit sengaja ditahan pihak berkuasa negara jiran itu ketika mereka sedang memukat pada kedudukan 12.5 batu nautika dari Tampok, kira-kira jam 5 petang.
Tahir yang juga abang kepada Ibrahim, berkata sejurus kejadian, adiknya sempat menghantar SMS kepada seorang pegawai maritim memaklumkan kedudukan mereka. “Kami dapat tahu, sejurus laporan dibuat, sepasukan empat anggota Pasukan Gerakan Marin (PGM) tiba di tempat kejadian kira-kira jam 7.30 malam dan melihat dua bot pukat tunda sedang ditunda masuk ke perairan negara jiran.
“Difahamkan, anggota PGM cuba berunding dengan pasukan itu tetapi sebaliknya mereka diacukan senjata oleh lebih 20 anggota pihak berkuasa terbabit yang terus membawa mereka ke perairan Indonesia,” katanya. | |
| | | tenteng Kehormat MyMil
Posts : 4773 Reputation : 124 Join date : 11/05/2010 Age : 42 Location : segitiga melaka-kuantan-kkb-melaka
| Subject: Re: MPSA @ News Fri 11 Mar 2011, 11:19 am | |
| Seri Paduka sertai misi menyelam KD Tunku Abdul Rahman 2011/03/11[You must be registered and logged in to see this image.]TUANKU MIZAN menerima sijil daripada Abdul Aziz pada upacara penyampaian Sijil Penyelaman dan Lencana Kehormat Kepakaran Kapal Selam TLDM sebelum keberangkatan pulang baginda di Balai Kenamaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, semalam. KOTA KINABALU: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang berbangga dengan pelayaran Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin bersama kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman semalam mengingatkan pihak yang menuduh kapal selam itu tidak mampu menyelam supaya menerima hakikat kemampuan aset pertahanan perairan negara itu. Panglima TLDM, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata, kemampuan KD Tunku Abdul Rahman menjayakan pelayaran sulung bersama baginda di sekitar Terumbu Layang-layang membuktikan kapal selam berkenaan sentiasa bersedia mempertahankan kedaulatan perairan negara. “Keberangkatan baginda belayar dan menyelam bersama KD Tuanku Abdul Rahman membuktikan kapal selam negara sentiasa bersedia pada tahap tinggi untuk memelihara kedaulatan perairan negara. “Tuduhan terhadap kapal selam negara tidak boleh menyelam adalah tidak benar,” katanya ketika ditemui sejurus selepas mengiringi keberangkatan pulang baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), di sini semalam. Tuanku Mizan yang juga Laksamana Armada TLDM belayar bersama KD Tunku Abdul Rahman di sekitar Terumbu Layang-layang pada tahap kedalaman maksimum sebelum dipersembahkan Abdul Aziz dengan Sijil Penyelaman dan Lencana Kehormat Kepakaran Kapal Selam TLDM. Ketika belayar, baginda berkenan menyaksikan demonstrasi melawan kebakaran yang dipersembahkan anak kapal selam berkenaan. Pelayaran baginda turut diiringi KD Lekiu dari kelas Frigat 2000, KD Kedah dari kelas Kapal Peronda Generasi Baru (NGPV) dan helikopter masing-masing jenis Super Lynx, S70 Black Hawk, AS61N1 dan Nuri. Seri Paduka sebelum itu berkenan melawat Markas Angkatan Kapal Selam (MAKS) di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu di Teluk Sepanggar, dekat sini. *bharian* | |
| | | tenteng Kehormat MyMil
Posts : 4773 Reputation : 124 Join date : 11/05/2010 Age : 42 Location : segitiga melaka-kuantan-kkb-melaka
| Subject: Re: MPSA @ News Thu 17 Mar 2011, 2:55 pm | |
| Hisham sahkan kontena berisi senjata pemusnah ditahan
17/03/2011 2:18pm
KUALA LUMPUR 17 Mac - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini mengesahkan bahawa pihak keselamatan negara menahan lebih daripada satu kontena yang dipercayai membawa senjata pemusnah di Pelabuhan Klang. – Utusan
sapa ada maklumat? | |
| | | mumuchi GLOBAL MODERATOR
Posts : 19551 Reputation : 525 Join date : 05/06/2010 Location : Dulu Tempat Lumba Kuda
| Subject: Re: MPSA @ News Thu 17 Mar 2011, 2:57 pm | |
| apa maksud pemusnah? anti tank, anti air, anti ship? | |
| | | tenteng Kehormat MyMil
Posts : 4773 Reputation : 124 Join date : 11/05/2010 Age : 42 Location : segitiga melaka-kuantan-kkb-melaka
| Subject: Re: MPSA @ News Thu 17 Mar 2011, 3:00 pm | |
| - mumuchi wrote:
- apa maksud pemusnah? anti tank, anti air, anti ship?
x tau..terlalu general... | |
| | | alphawolf MODERATOR
Posts : 1457 Reputation : 196 Join date : 18/10/2010 Location : "Sitting Elephant"
| Subject: Re: MPSA @ News Thu 17 Mar 2011, 3:17 pm | |
| Semua senjata pemusnah..mana ada senjata membina....heheheh | |
| | | mumuchi GLOBAL MODERATOR
Posts : 19551 Reputation : 525 Join date : 05/06/2010 Location : Dulu Tempat Lumba Kuda
| Subject: Re: MPSA @ News Thu 17 Mar 2011, 3:19 pm | |
| exactly..tapi ARV and AEV boleh kut ekekekeke! | |
| | | jofizo Lieutenant
Posts : 653 Reputation : 62 Join date : 21/10/2010
| Subject: Re: MPSA @ News Thu 17 Mar 2011, 4:12 pm | |
| - tenteng wrote:
- Hisham sahkan kontena berisi senjata pemusnah ditahan
17/03/2011 2:18pm
KUALA LUMPUR 17 Mac - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini mengesahkan bahawa pihak keselamatan negara menahan lebih daripada satu kontena yang dipercayai membawa senjata pemusnah di Pelabuhan Klang. – Utusan
sapa ada maklumat? oleh kerana ia ditahan di port klang maka boleh la ia dimilik-negarakan....... | |
| | | jofizo Lieutenant
Posts : 653 Reputation : 62 Join date : 21/10/2010
| Subject: Re: MPSA @ News Thu 17 Mar 2011, 4:22 pm | |
| Weapons-making parts seized from Malaysian ship March 17, 2011
A container ship is anchored at Northport January 8, 2009. — Reuters pic KUALA LUMPUR March 17 — Police have seized two containers loaded with equipment parts believed used to make weapons of mass destruction, including nuclear warheads, from a vessel in Port Klang two weeks ago.
The Sun daily reported today that the contraband, comprising dismantled parts listed under controlled or restricted sale by the United Nations Security Council, was found in the containers on board a Malaysian-registered ship bound for the Middle-East.
The free daily said police were tipped off about the illegal shipment when the vessel arrived at Northport from China.
This is the second such incident involving Malaysia, with the first being the Abdul Qadeer Khan network in 2004 where a Sri Lankan national, BSA Tahir, was detained under the Internal Security Act (ISA) for his role in selling parts capable of making nuclear devices.
Tahir has since been released.
The Sun’s report today said a special task force from the federal Criminal Investigations Department (CID) boarded the ship soon after it berthed and seized the contraband equipment after a search.
“It is learnt that the crew could not produce the required documentation for the shipment of the consignment. The captain and crew were questioned before being freed. The ship was allowed to leave port — minus the parts which were seized by the police,” the paper said.
Federal CID Director Commissioner Datuk Seri Mohd Bakri Zinin confirmed that police were investigating the case and the seizure of the parts.
“We are liaising with our Interpol counterparts in both the source and destination countries.
“We are viewing this find very seriously and we are unable to divulge details as we do not want to jeopardise our probe. I can only say that we are investigating and give us more time,” Mohd Bakri told The Sun.
The paper has also learnt that the matter has been brought to the attention of the Prime Minister’s Department, the Home Ministry and the Attorney-General’s Chambers.
Police are also liaising with other agencies, including the customs department, military and the Ministry of International Trade and Industry in their probe, it added. | |
| | | tin Kehormat MyMil
Posts : 6841 Reputation : 235 Join date : 06/06/2010 Location : Mymil's village idiot
| Subject: Re: MPSA @ News Thu 17 Mar 2011, 4:32 pm | |
| | |
| | | tenteng Kehormat MyMil
Posts : 4773 Reputation : 124 Join date : 11/05/2010 Age : 42 Location : segitiga melaka-kuantan-kkb-melaka
| Subject: Re: MPSA @ News Fri 18 Mar 2011, 10:08 am | |
| vesi melayu..
2 kontena misteri dirampas Oleh Hardi Effendi Yaacob dan Rafidah Mat Ruzki bhnews@bharian.com.my 2011/03/18
Mengandungi komponen penting bangunkan senjata berbahaya
KUALA LUMPUR: Dua kontena misteri yang dirampas daripada kapal dagang, MV Bunga Raya Satu di Pelabuhan Utara pada 8 Mac lalu dipercayai memuatkan sebahagian daripada komponen penting bagi membangunkan senjata berbahaya di Asia Barat.
Ia termasuk lima tangki simpanan berbentuk silinder tahan karat dan mesin dandang dipercayai cuba diseludup dari Shanghai, China ke sebuah negara yang dikenakan sekatan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) kerana cuba membangunkan teknologi nuklear, termasuk bagi kegunaan persenjataan.
Sumber memberitahu Berita Harian, kontena berkenaan dirampas ketika kapal itu berlabuh di Dermaga 17, Pelabuhan Utara kira-kira jam 6.30 petang hari kejadian, susulan maklumat yang diterima dari Sekretariat Perdagangan Strategik, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
“Pemeriksaan mendapati imej kargo dalam kontena itu berbeza daripada imej asal ketika dinaikkan ke kapal (di China),” katanya.
Curiga dengan penemuan itu, kedua-dua kontena dibuka dan membawa kepada penemuan peralatan itu sebelum laporan polis dibuat,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar ketika mengesahkan kes berkenaan, berkata siasatan lanjut kini sedang dilakukan mengikut Seksyen 9 (2) Akta Perdagangan Strategik 2010. “Seramai 34 saksi termasuk kapten dan anak kapal sudah dirakamkan kenyataan mereka bagi membantu siasatan kes. Dua kontena yang dirampas mengandungi barangan strategik yang memerlukan permit untuk tujuan eksport, `tranship’ atau `bring in transit’.
“Ini memang diperuntukkan mengikut Akta Perdagangan Strategik 2010,” katanya sambil memaklumkan tiada sebarang penahanan dibuat setakat ini.
Terdahulu, pada sidang medianya selepas melawat Pangkalan Pasukan Gerakan Marin di Pelabuhan Klang, Ismail berkata, pihaknya masih menunggu laporan lengkap pakar nuklear, termasuk Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) bagi mengenal pasti sama ada peralatan dirampas itu mampu membangunkan senjata nuklear.
Malah, Bukit Aman juga, katanya, sedang menunggu pengesahan dari Polis Antarabangsa (INTERPOL) mengenai dakwaan dua kontena dibawa dari China untuk dihantar ke Iran.
“Kita juga sedang siasat siapa penjual dan pembeli peralatan itu,” katanya tanpa mengesahkan sama ada peralatan dirampas itu sudah siap dipasang atau dalam keadaan lerai.
Beliau juga enggan mengulas apabila ditanya pemberita sama ada Malaysia dijadikan pusat transit komponen itu, sebaliknya meminta semua pihak bersabar menunggu siasatan selesai dan tidak membuat sebarang spekulasi, terutama mengenai tahap keselamatan Selat Melaka berhubung kejadian itu.
“Tahap keselamatan Selat Melaka memang terkawal. Ini dibuktikan dengan penahanan kapal dan rampasan kontena berkenaan membabitkan kerjasama pelbagai agensi berkaitan,” katanya. | |
| | | tenteng Kehormat MyMil
Posts : 4773 Reputation : 124 Join date : 11/05/2010 Age : 42 Location : segitiga melaka-kuantan-kkb-melaka
| Subject: Re: MPSA @ News Fri 18 Mar 2011, 10:19 am | |
| PDRM, Jepun tingkat keselamatan Selat Melaka
PELABUHAN KLANG: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengalu-alukan kerjasama Kerajaan Jepun bagi membantu meningkatkan usaha menjamin keselamatan di perairan Selat Melaka yang menjadi laluan kapal dagang tersibuk di dunia, melalui pemberian geran bantuan projek menaik taraf peralatan kepada Pasukan Gerakan Marin (PGM).
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, berkata pihaknya terutama PGM yakin sumbangan peralatan bernilai RM10 juta melalui geran bantuan untuk kerjasama menangani keganasan dan peningkatan keselamatan, mampu memperkasa kecekapan anggotanya dalam mengawal dan mencegah ancaman di sepanjang laluan dagang negara.
Katanya, selain bantuan 10 bot laju, 40 teropong berteknologi tinggi, 40 teropong malam serta 60 unit radio mudah alih digital diterima melalui Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA) itu, pegawai PDRM turut dihantar mengikuti kursus bersama pasukan pihak berkuasa pesisir negara itu dalam usaha membanteras keganasan.
“Keprihatinan Kerajaan Jepun bukan saja memberikan manfaat kepada kepentingan 80 peratus kapal dagangnya yang menggunakan laluan Selat Melaka untuk membawa minyak ke negara itu, malah usaha ini mampu menjamin keselamatan kapal dagang sedunia,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas penyerahan geran berkenaan oleh Duta Jepun ke Malaysia, Masahiko Horie di Markas Operasi PGM Wilayah Satu, Pulau Indah, di sini, semalam.
Hadir sama, Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah dan Komander PGM Bukit Aman, Datuk Isa Munir.
Difahamkan, PDRM dan pihak berkuasa pesisir Jepun akan mengadakan pertukaran pegawai dan anggota marin April ini bagi membolehkan mereka bertukar pengalaman dan maklumat serta kepakaran dalam menangani keganasan. Sementara itu, Masahiko berkata, pada mulanya beliau bercadang meminta Ismail menangguhkan majlis penyerahan itu berikutan bencana yang melanda negaranya tetapi menukar niatnya kerana sedar perjuangan memerangi keganasan tidak wajar ditangguh.
“Apabila kita fikirkan kepentingan laluan laut juga ‘nyawa’ kepada Jepun dan rakyatnya, saya berharap semua rakyat Jepun memahami kepentingannya bagi memperkukuhkan persahabatan di antara Malaysia dan Jepun,” katanya.
Beliau berkata, ketika sebahagian rakyat Jepun kini memerlukan bahan bakar untuk menghadapi musim sejuk di pusat pemindahan berikutan gempa bumi dan tsunami minggu lalu, adalah amat penting untuk memastikan laluan laut yang digunakan kebanyakan kapal dagang Jepun sentiasa selamat.
-bharian- | |
| | | mumuchi GLOBAL MODERATOR
Posts : 19551 Reputation : 525 Join date : 05/06/2010 Location : Dulu Tempat Lumba Kuda
| Subject: Re: MPSA @ News Fri 18 Mar 2011, 10:25 am | |
| hmmmmh bukan senjata, cuma dapur aja...leh kasi kat inno buat masakan nuklear ekekeke! - Quote :
Nation
Friday March 18, 2011 N-fuel making devices seized By A. RUBAN and LOURDES CHARLES newsdesk@thestar.com.my KUALA LUMPUR: The Shanghai source, who shipped five agitating machines, (chemical mixing machines) which can be used to make nuclear fuel, will be quizzed by police. The machines were seized from a Malaysian registered ship in Port Klang on March 10. Criminal Investigations Department director Comm Datuk Seri Mohd Bakri Zinin said they would also contact the “destination source” in Teheran, Iran to assist in the investigation. “The machines have been classified as strategic items that require a permit for transshipment, export or in transit under the Strategic Trade Act 2010. “The machines were found inside two containers shortly after they arrived at Port Klang here from Shanghai enroute to Teheran on March 10,” he said. Comm Mohd Bakri said initial investigations revealed that these machines could be used to make explosives including nuclear fuel. He said police had listed the help of experts from the Atomic Energy Licensing Board and International Trade and Industry Ministry to assist in the investigation. He dismissed a news report which said that nuclear warheads and several other parts used to make weapons of mass destruction were found on the ship. He said as far as the police were concerned, they found only the agitating machines and would be questioning both the source and destination countries. He also said that the crew members on the ship that was carrying fruits and other edible stuff were released after being questioned. In Klang, Inspector-General of Police Tan Sri Ismail Omar said police were unsure if the seized parts could be used to make weapons of mass destruction. “We are still assessing the equipment found in the containers,” he told reporters after receiving a grant aid worth RM10mil from the Japanese government at the marine police base yesterday. At the Parliament lobby, Home Minister Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein confirmed that the two containers were held by authorities, JOSHUA FOONG reports. He also stressed that authorities would need “weeks or months” to verify the nature of the seized machines.
| |
| | | marc_zman MODERATOR
Posts : 16328 Reputation : 611 Join date : 08/06/2010 Location : di atas tanah bekas hutan, paya dan ladang kelapa sawit.. tak tau laaa ntah sapa2 pernah kena tanam kat sini dulu.. kalu ada laa
| Subject: Re: MPSA @ News Mon 21 Mar 2011, 5:23 pm | |
| dalam diam UTK PDRM beraksi kat KK - Quote :
- Latihan rampasan pesawat MAS gemparkan KKIA
KOTA KINABALU 19 Mac - Suasana di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) di sini malam tadi gempar seketika apabila berlaku latihan 'Ex-Rampas KK' membabitkan lima orang pengganas ditangkap sepasukan anggota polis kerana 'merampas' sebuah pesawat yang tiba di lapangan terbang itu. Latihan itu turut disaksikan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Hussin Ismail. Ia merupakan salah satu daripada langkah siap siaga pihak berkuasa dalam menghadapi krisis rampasan kapal terbang di negara ini. Lima pengganas itu ditahan dalam serbuan sepasukan anggota Unit Tindakan Khas (UTK) di Terminal 1 KKIA, sebaik sahaja tiba di lapangan terbang itu menaiki pesawat MAS, MH 8989 Boeing 737 dari Kepulauan Pasifik menuju ke Kuala Lumpur. Hasil perancangan rapi daripada semua pihak dan tindakan pantas UTK, kesemua pengganas itu berjaya ditahan. Hishammuddin ketika mengulas mengenai latihan itu berkata, latihan malam ini merupakan sebahagian kecil daripada kemampuan pihak PDRM untuk menangani masalah keselamatan di negara ini. Katanya, PDRM sentiasa mempunyai kepakaran tersendiri dalam membanteras kegiatan jenayah dan memastikan negara berada dalam keadaan aman. | |
| | | harleena MODERATOR
Posts : 4168 Reputation : 81 Join date : 19/04/2010 Age : 56
| Subject: Re: MPSA @ News Mon 21 Mar 2011, 9:59 pm | |
| Ni tak de keluar paper ke? Lawatan Kerja Panglima Tentera Udara Ke Paris16 March 2011 By Kapt Mohd Lazim TUDM [You must be registered and logged in to see this image.]PARIS – Panglima Tentera Udara dan Delegasi Malaysia telah membuat kunjungan hormat kepada Jeneral Jean Paul Palomeros, Panglima Tentera Udara Perancis (TUP) untuk membincangkan berkenaan perkembangan semasa kedua-dua organisasi. Pada sebelah petang, delegasi telah dibawa melawat ke Pusat Operasi Tentera Udara Perancis yang terletak berdekatan dengan Markas TUP. Panglima Tentera Udara juga turut membuat Kunjungan Hormat kepada Tan Sri Abdul Aziz Zainal, TYT Duta Malaysia di Paris sebelum ke Markas Tentera Udara Perancis. Selepas Sesi ERM ke 15, Panglima Tentera Udara telah merasmikan pejabat Tim Projek A400M di Bangunan Socrates, Toulouse pada 16 Mac 2011. Seterusnya, beliau dan delegasi telah di bawa melawat ke ‘Iron Bird (aircraft zero), pesawat A400M ‘grizzly’ di hangar Airbus Military. Pada penghujung lawatan, lawatan tersebut menerima taklimat dari Juruterbang Ujian utama A400M Mr Ed Strongman. Panglima Tentera Udara juga berpeluang untuk terbang dengan helikopter EC725, yang diterbangkan oleh Ketua Pemeriksa Jurutebang EC725 dari Skuadron 120 Tentera Udara Perancis di Cazaux. Semasa penerbangan tersebut, PTU telah ditunjukkan dengan keupayaan EC725 di dalam operasi Mencari dan Menyelamat di darat dan di laut serta penggunaan sistem ‘autopilot’ helikopter. sumber: laman web TUDM | |
| | | tin Kehormat MyMil
Posts : 6841 Reputation : 235 Join date : 06/06/2010 Location : Mymil's village idiot
| Subject: Re: MPSA @ News Mon 21 Mar 2011, 10:09 pm | |
| - harleena wrote:
- Ni tak de keluar paper ke?
Lawatan Kerja Panglima Tentera Udara Ke Paris 16 March 2011 By Kapt Mohd Lazim TUDM [You must be registered and logged in to see this image.] PARIS – Panglima Tentera Udara dan Delegasi Malaysia telah membuat kunjungan hormat kepada Jeneral Jean Paul Palomeros, Panglima Tentera Udara Perancis (TUP) untuk membincangkan berkenaan perkembangan semasa kedua-dua organisasi. Pada sebelah petang, delegasi telah dibawa melawat ke Pusat Operasi Tentera Udara Perancis yang terletak berdekatan dengan Markas TUP. Panglima Tentera Udara juga turut membuat Kunjungan Hormat kepada Tan Sri Abdul Aziz Zainal, TYT Duta Malaysia di Paris sebelum ke Markas Tentera Udara Perancis. Selepas Sesi ERM ke 15, Panglima Tentera Udara telah merasmikan pejabat Tim Projek A400M di Bangunan Socrates, Toulouse pada 16 Mac 2011. Seterusnya, beliau dan delegasi telah di bawa melawat ke ‘Iron Bird (aircraft zero), pesawat A400M ‘grizzly’ di hangar Airbus Military. Pada penghujung lawatan, lawatan tersebut menerima taklimat dari Juruterbang Ujian utama A400M Mr Ed Strongman. Panglima Tentera Udara juga berpeluang untuk terbang dengan helikopter EC725, yang diterbangkan oleh Ketua Pemeriksa Jurutebang EC725 dari Skuadron 120 Tentera Udara Perancis di Cazaux. Semasa penerbangan tersebut, PTU telah ditunjukkan dengan keupayaan EC725 di dalam operasi Mencari dan Menyelamat di darat dan di laut serta penggunaan sistem ‘autopilot’ helikopter.
sumber: laman web TUDM bagus3 | |
| | | harleena MODERATOR
Posts : 4168 Reputation : 81 Join date : 19/04/2010 Age : 56
| Subject: Re: MPSA @ News Mon 21 Mar 2011, 10:24 pm | |
| amendanya yang bagus tu Tin...? | |
| | | tin Kehormat MyMil
Posts : 6841 Reputation : 235 Join date : 06/06/2010 Location : Mymil's village idiot
| Subject: Re: MPSA @ News Mon 21 Mar 2011, 10:30 pm | |
| - harleena wrote:
- amendanya yang bagus tu Tin...?
1. berita yg eksklusif (kat sini tak kuar pon). 2. semua program TUDM kat Perancis nampaknya berjalan lancar. tp kalo ada gambo eksklusip, lg besh | |
| | | harleena MODERATOR
Posts : 4168 Reputation : 81 Join date : 19/04/2010 Age : 56
| Subject: Re: MPSA @ News Mon 21 Mar 2011, 10:53 pm | |
| - tin wrote:
- harleena wrote:
- amendanya yang bagus tu Tin...?
1. berita yg eksklusif (kat sini tak kuar pon).
2. semua program TUDM kat Perancis nampaknya berjalan lancar.
tp kalo ada gambo eksklusip, lg besh Alhamdulillah... Gambar2 eksklusip masa lawatan tu, tak tanya kat King lagi. Tapi masa tunggu VVIP sampai, ada la snap gambar A400M ngan A380 sebelum diwarning dek security. Katanya kawasan tu kaw larangan.... Ooooppp sorri mr power, terborak kat sini pulak... Jom Tin, lariiikkkkkkkkkkk.......... | |
| | | tin Kehormat MyMil
Posts : 6841 Reputation : 235 Join date : 06/06/2010 Location : Mymil's village idiot
| Subject: Re: MPSA @ News Mon 21 Mar 2011, 11:06 pm | |
| - harleena wrote:
- Alhamdulillah... Gambar2 eksklusip masa lawatan tu, tak tanya kat King lagi. Tapi masa tunggu VVIP sampai, ada la snap gambar A400M ngan A380 sebelum diwarning dek security. Katanya kawasan tu kaw larangan....
Ooooppp sorri mr power, terborak kat sini pulak...
Jom Tin, lariiikkkkkkkkkkk.......... kalo ada gambo, taruk ler sini kak. eksklusip tuh... | |
| | | dewafrost Kehormat MyMil
Posts : 3762 Reputation : 146 Join date : 20/06/2010
| Subject: Re: MPSA @ News Mon 21 Mar 2011, 11:09 pm | |
| - tin wrote:
- harleena wrote:
- Ni tak de keluar paper ke?
Lawatan Kerja Panglima Tentera Udara Ke Paris 16 March 2011 By Kapt Mohd Lazim TUDM [You must be registered and logged in to see this image.] PARIS – Panglima Tentera Udara dan Delegasi Malaysia telah membuat kunjungan hormat kepada Jeneral Jean Paul Palomeros, Panglima Tentera Udara Perancis (TUP) untuk membincangkan berkenaan perkembangan semasa kedua-dua organisasi. Pada sebelah petang, delegasi telah dibawa melawat ke Pusat Operasi Tentera Udara Perancis yang terletak berdekatan dengan Markas TUP. Panglima Tentera Udara juga turut membuat Kunjungan Hormat kepada Tan Sri Abdul Aziz Zainal, TYT Duta Malaysia di Paris sebelum ke Markas Tentera Udara Perancis. Selepas Sesi ERM ke 15, Panglima Tentera Udara telah merasmikan pejabat Tim Projek A400M di Bangunan Socrates, Toulouse pada 16 Mac 2011. Seterusnya, beliau dan delegasi telah di bawa melawat ke ‘Iron Bird (aircraft zero), pesawat A400M ‘grizzly’ di hangar Airbus Military. Pada penghujung lawatan, lawatan tersebut menerima taklimat dari Juruterbang Ujian utama A400M Mr Ed Strongman. Panglima Tentera Udara juga berpeluang untuk terbang dengan helikopter EC725, yang diterbangkan oleh Ketua Pemeriksa Jurutebang EC725 dari Skuadron 120 Tentera Udara Perancis di Cazaux. Semasa penerbangan tersebut, PTU telah ditunjukkan dengan keupayaan EC725 di dalam operasi Mencari dan Menyelamat di darat dan di laut serta penggunaan sistem ‘autopilot’ helikopter.
sumber: laman web TUDM bagus3 nko jgn Tin.... tak bagus, tak bagus.... tiiidddaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaakkkkkkkkkk | |
| | | harleena MODERATOR
Posts : 4168 Reputation : 81 Join date : 19/04/2010 Age : 56
| Subject: Re: MPSA @ News Tue 22 Mar 2011, 12:22 am | |
| - dewafrost wrote:
- tin wrote:
- harleena wrote:
- Ni tak de keluar paper ke?
Lawatan Kerja Panglima Tentera Udara Ke Paris 16 March 2011 By Kapt Mohd Lazim TUDM [You must be registered and logged in to see this image.] PARIS – Panglima Tentera Udara dan Delegasi Malaysia telah membuat kunjungan hormat kepada Jeneral Jean Paul Palomeros, Panglima Tentera Udara Perancis (TUP) untuk membincangkan berkenaan perkembangan semasa kedua-dua organisasi. Pada sebelah petang, delegasi telah dibawa melawat ke Pusat Operasi Tentera Udara Perancis yang terletak berdekatan dengan Markas TUP. Panglima Tentera Udara juga turut membuat Kunjungan Hormat kepada Tan Sri Abdul Aziz Zainal, TYT Duta Malaysia di Paris sebelum ke Markas Tentera Udara Perancis. Selepas Sesi ERM ke 15, Panglima Tentera Udara telah merasmikan pejabat Tim Projek A400M di Bangunan Socrates, Toulouse pada 16 Mac 2011. Seterusnya, beliau dan delegasi telah di bawa melawat ke ‘Iron Bird (aircraft zero), pesawat A400M ‘grizzly’ di hangar Airbus Military. Pada penghujung lawatan, lawatan tersebut menerima taklimat dari Juruterbang Ujian utama A400M Mr Ed Strongman. Panglima Tentera Udara juga berpeluang untuk terbang dengan helikopter EC725, yang diterbangkan oleh Ketua Pemeriksa Jurutebang EC725 dari Skuadron 120 Tentera Udara Perancis di Cazaux. Semasa penerbangan tersebut, PTU telah ditunjukkan dengan keupayaan EC725 di dalam operasi Mencari dan Menyelamat di darat dan di laut serta penggunaan sistem ‘autopilot’ helikopter.
sumber: laman web TUDM bagus3 nko jgn Tin.... tak bagus, tak bagus.... tiiidddaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaakkkkkkkkkk woit DF, apa yang tiiiddaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaakkkkkkkkkkkk nya? | |
| | | dewafrost Kehormat MyMil
Posts : 3762 Reputation : 146 Join date : 20/06/2010
| Subject: Re: MPSA @ News Tue 22 Mar 2011, 10:06 am | |
| tidak kak leen... tidaakk.... jangaann... i tak rela..... jangaaaannnnnnnnnnnnn............ | |
| | | Sponsored content
| Subject: Re: MPSA @ News | |
| |
| | | | MPSA @ News | |
|
Similar topics | |
|
| Permissions in this forum: | You cannot reply to topics in this forum
| |
| |
| |
|