Established on April 2010. MyMil is a hangout place where military enthusiasts meet, fully armed with mouse, keyboard and few cups of coffee. |
Member2 baru diharapkan dapat perkenalkan diri masing2 di SINI terlebih dulu, terima kasih To all MYMIL forumer please be very careful with all information posted, we don't to any vital information of our security forces or rumors circulating around that would bring a bad implications. Kepada semua forumer MYMIL, diminta untuk berposting dengan lebih berhemah serta tidak mendedahkan atau menyebarkan informasi penting mengenai pasukan keselamatan atau sebarang khabar angin yang membawa implikasi yang teruk. Kempen Anti Khabar Angin MYMIL sedang berjalan, sebarang post yang jatuh ke dalam kategori Khabar Angin akan dipadam tanpa sebarang amaran. Harap Maklum Selamat menyambut HUT ke 80 Tentera Laut DiRaja Malaysia MYMIL Anti Rumours Campaign is now in motion, any postage that fall under that condition will be edited and deleted without any warning. Please be advised Off topics haven, borak sampai pengsan di Warung Kopi Pak Jabit!! Mana2 posting yg bersifat provokasi, spam dan trol akan dipadam tanpa ragu2 lagi. Sila berposting dgn berhemah. Kepada ahli2 yg tidak pernah aktif dan berposting dalam masa 20 hari dari tarikh pendaftaran keahlian anda akan DIGUGURKAN. Ini adalah untuk menggalakan forumer untuk lebih aktif berforum. To all new forumer without any post (post = 0), your membership will be DROPPED in 20 days after the registration date, this is to discourage silent lurkers in the forum.
To all Mozilla Firefox, Chrome or Opera browser user, please activate browser add-on "AdBlock" to enable ad free MYMIL experience! -TQ Kepada semua pengguna Mozilla Firefox, Chrome atau Opera. Sila aktifkan browser add-on yang bernama "AdBlock" untuk mengelakkan gangguan iklan didalam Mymil -TQ |
Latest topics | » Sembang Medan Selera Pak Jebat V44 by HangPC2 Sat 27 Aug 2022, 5:36 pm
» Halo semua by matamata Mon 25 Oct 2021, 9:56 pm
» Cerita Rakyat by mumuchi Sun 05 Sep 2021, 10:35 am
» Konfrontasi Malaysia-Indonesia 1962-66 by mumuchi Sun 05 Sep 2021, 10:28 am
» PAINTBALL - Come get some... by pisang Tue 13 Dec 2016, 1:53 pm
» Baru balik by pisang Mon 12 Dec 2016, 5:47 pm
» Jaket camo by atreyudevil Fri 15 Jul 2016, 4:17 pm
» Nusantara Total War: Portuguese Invasion by Adib Mon 22 Feb 2016, 7:57 pm
» Rekrut baru disini by kapokbesi Thu 11 Feb 2016, 4:32 pm
» Keretapi Tanah Melayu Berhad by zacky.uesoff Thu 04 Feb 2016, 11:00 pm
» ALL ABOUT HAM RADIO (AMATEUR RADIO STATION) by kapokbesi Mon 16 Nov 2015, 12:42 pm
» BACKPACKING by venez Tue 31 Mar 2015, 5:11 pm
» Rekrut 2015 by atreyudevil Sun 29 Mar 2015, 8:34 pm
» Sejarah Pangkalan-Pangkalan Udara TUDM by venez Tue 24 Mar 2015, 11:02 am
» MyMil useful website lists by atreyudevil Sat 24 Jan 2015, 11:17 pm
» WIP - Work In Progress by yaminz Fri 26 Dec 2014, 12:06 pm
» Model Collections by yaminz Fri 26 Dec 2014, 11:58 am
» Rekrut October & November 2014 by atreyudevil Sat 20 Dec 2014, 7:07 am
» Bola Cafe: MALAYSIA! by HangPC2 Sun 14 Dec 2014, 12:35 pm
» Tayar Pirelli boleh tahan! by venez Wed 10 Dec 2014, 4:27 pm
|
Statistics | We have 511 registered users The newest registered user is Belarus
Our users have posted a total of 172030 messages in 1322 subjects
|
MyMil at Facebook | |
|
| Proses dan Kelulusan Pertukaran Enjin Kereta | |
| | |
Author | Message |
---|
tin Kehormat MyMil
Posts : 6841 Reputation : 235 Join date : 06/06/2010 Location : Mymil's village idiot
| Subject: Re: Proses dan Kelulusan Pertukaran Enjin Kereta Wed 29 Sep 2010, 12:55 pm | |
| - venez wrote:
- harleena wrote:
- venez wrote:
- harleena wrote:
- masak cepat sikit arini. Tengahari ni abang nak balik. Nak bawak kete gi puspakom...
pegi puspakom utk apa kak? kete yang nak jual tuh ker? ya. kena yang nak jual tu laaa. Entah laaa, abang kata nak bawa gi check kat puspakom... Kena 50 hengget kot... dah naik yerk, sebelum nih sy hantar kena rm40... BTW masak apa tengahari nih kak? terlanjur citer puspakom nih, wa nak tanya, kalo kita ganti enjin, pastu gi puspakom utk validate, depa check tak tint cermin keta? wa punya tint mmg tak lepas. dulu kena koyak kat puspakom masa mau tukar hakmilik. huhuhu... sayang giler. | |
| | | venez ADMIN
Posts : 17389 Reputation : 581 Join date : 19/04/2010 Age : 46 Location : AFNG
| Subject: Proses dan Kelulusan Pertukaran Enjin Kereta Wed 29 Sep 2010, 2:53 pm | |
| - tin wrote:
- venez wrote:
- harleena wrote:
- venez wrote:
- harleena wrote:
- masak cepat sikit arini. Tengahari ni abang nak balik. Nak bawak kete gi puspakom...
pegi puspakom utk apa kak? kete yang nak jual tuh ker? ya. kena yang nak jual tu laaa. Entah laaa, abang kata nak bawa gi check kat puspakom... Kena 50 hengget kot... dah naik yerk, sebelum nih sy hantar kena rm40... BTW masak apa tengahari nih kak? terlanjur citer puspakom nih, wa nak tanya,
kalo kita ganti enjin, pastu gi puspakom utk validate, depa check tak tint cermin keta? wa punya tint mmg tak lepas. dulu kena koyak kat puspakom masa mau tukar hakmilik. huhuhu... sayang giler. sure dorang check, selalunya puspakom bleh citer lagi pasal tinted coz sampai skrg belum ada guideline yang sebetul-betulnyer utk diikut perihal tinted nih, dorang main agak jerk depan not more dari 30% gelap, tepi not more dari 70% mcm dulu2 punya citer... nak check utk pertukaran enjin nih guideline dia coz aku pernah inspect utk tukar : 1. pastikan tiada perubahan keatas mounting asal enjin pada badan kete n enjin 2. pastikan sistem brek ditingkatkan mengikut keupayaan enjin baru 3. pastikan wiring yang dibuat kemas + no electric leak 4. pastikan ada surat/resit asal enjin (x kisah dari kedai potong ke apa) 5. alignment n balancing tayar kena betul 6. lupa plak, pastikan xder temper pada spot welding asal casis dan enjin | |
| | | venez ADMIN
Posts : 17389 Reputation : 581 Join date : 19/04/2010 Age : 46 Location : AFNG
| Subject: Re: Proses dan Kelulusan Pertukaran Enjin Kereta Wed 29 Sep 2010, 3:01 pm | |
| Jenis Permohonan Tukar Enjin[Saje copy dari portal JPJ] JENIS-JENIS PERMOHONAN Kategori 1: Penukaran enjin dari buatan dan keupayaan kapasiti (cc) yang sama dengan enjin asal atau tidak melebihi 25% dari enjin asal. Kategori 2 : Penukaran enjin dari buatan yang sama dan keupayaan kapasiti (cc) melebihi 25% dari enjin asal dan tidak melebihi 30% dari enjin asal. Kategori 3 : Penukaran enjin dari buatan yang sama dan keupayaan kapasiti (cc) bertambah atau berkurang melebihi 30% dari enjin asal. Kategori 4 : Penukaran enjin (sama atau berbeza buatan) dengan menggunakan bahan bakar yang berbeza daripada enjin asal. Kategori 5 : Penukaran enjin dari buatan yang berlainan dengan enjin asal. SYARAT-
SYARAT PERMOHONAN Syarat-syarat yang perlu dipatuhi ketika membuat pertukaran enjin: Keadaan struktur keseluruhan kenderaan hendaklah baik pada bahagian rangka chasis (chassis frame). Penukaran hendaklah mengikut peraturan-peraturan yang diisytiharkan di dalam Kaedah-Kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan & Penggunaan)1959 L.N. 170/1959. Tiada pengubahan struktur dilakukan pada ‘front cross member’, ‘steering linkage’ dan ‘steering box’. Tiada pengubahsuaian pada ‘base engine mounting’ dan tiada kimpalan pada struktur tambahan ‘engine mounting’. Pelepasan asap kenderaan tersebut mestilah tidak melebihi 50% opacity. (Bagi enjin diesel sahaja). Status enjin diesel hijau akan terbatal bila enjin telah ditukar (bagi enjin diesel hijau sahaja). Tahap kecekapan sistem brek hendaklah ditingkatkan kepada 60% mengikut piawaian ujian brek dan had kestabilan sistem gantungan (Suspension System) hendaklah ditingkatkan juga. (Kategori 2 atau 3 sahaja) Kenderaan mestilah dilengkapi dengan brek cakera (disc brake) di hadapan dan di belakang. (Kategori 2 atau 3 sahaja)
DOKUMEN-DOKUMEN PENTING Bagi Kategori 1 – Pemilik kenderaan tidak perlu memohon kepada bahagian Kejuruteraan Automotif di JPJ Negeri dan boleh melakukan pemeriksaan terus di PUSPAKOM bersama dengan dokumen-dokumen berikut: Kad pendaftaran kenderaan asal yang ditandatangani oleh pemilik kenderaan Bil/Resit belian enjin yang asal Laporan Kastam K1 yang asal Bagi Kategori 2 hingga 5 – Pemilik kenderaan boleh memohon terus di bahagian Kejuruteraan Automotif di JPJ Negeri untuk mendapatkan surat kelulusan dengan melampirkan dokumen-dokumen berikut: Borang Pemberitahuan Penukaran Enjin Salinan bil/resit belian enjin Salinan laporan Kastam K1 yang disahkan Surat pengesahan jual beli antara pemilik (bagi enjin yang dibeli dari kenderaan lain) Setelah surat kelulusan dikeluarkan, pemilik kenderaan mestilah melakukan pemeriksaan di PUSPAKOM dalam tempoh 3 bulan dari tarikh surat kelulusan untuk mendapatkan Laporan Pemeriksaan Puspakom (B2) dengan mengemukakan dokumen-dokumen berikut: Surat kelulusan dari Bahagian Kejuruteraan Automotif, JPJ Kad pendaftaran kenderaan asal yang ditandatangani oleh pemilik kenderaan Bil/Resit belian enjin yang asal Laporan Kastam K1 yang asal Surat pengesahan jual beli antara pemilik (bagi enjin yang dibeli dari kenderaan lain) Laporan PG10 (Kategori 3 sahaja) Setelah Laporan Pemeriksaan Puspakom (B2) dikeluarkan, pemilik kenderaan mestilah mengemukakan laporan B2 tersebut bersama dengan kad pendaftaran kenderaan kepada JPJ Negeri atau Cawangan untuk tujuan mengemaskini kad pendaftaran dan merekod rujukan kelulusan. | |
| | | harleena MODERATOR
Posts : 4168 Reputation : 81 Join date : 19/04/2010 Age : 56
| Subject: Re: Proses dan Kelulusan Pertukaran Enjin Kereta Wed 29 Sep 2010, 3:01 pm | |
| baru nak suruh bukak satu tread pasal jpj. | |
| | | harleena MODERATOR
Posts : 4168 Reputation : 81 Join date : 19/04/2010 Age : 56
| Subject: Re: Proses dan Kelulusan Pertukaran Enjin Kereta Wed 29 Sep 2010, 3:01 pm | |
| ok. off to puspakom dulu. | |
| | | venez ADMIN
Posts : 17389 Reputation : 581 Join date : 19/04/2010 Age : 46 Location : AFNG
| Subject: Re: Proses dan Kelulusan Pertukaran Enjin Kereta Wed 29 Sep 2010, 3:04 pm | |
| nih ada sorang mamat buat runner endos enjin, charge x mahal sgt :
Saya menjalankan khidmat Puspakom/JPJ (part time) untuk semua urusan lebih² lagi urusan endos enjin,endos sunroof dan tukar milik....saya tahu ramai diatas jalan sana memandu secara tidak sah,yakni enjin belum register dengan JPJ...khidmat saya untuk menolong golongan yang "illegal" atas jalan.tidak perlu risau jika kereta anda dah convert bodypart,dah banyak pemilik kereta tersenyum lebar bila menerima sms "kereta bro dah lulus puspakom,sila datang ambil kereta semula) dan berpuas hati dengan khidmat ini.
PERHATIAN : untuk model proton-iswara,wira,putra,satria,gen2,waja,neo,persona hanya boleh endos sehingga 1.8cc sahaja.pekeliling dari JPJ telah dikeluarkan.untuk model lain nissan,mitsubishi,toyota masih boleh....
1. Endos Enjin(kategori sama cc) KOS : RM 550 Complete A to Z.... a)1.3 ke 1.3 b)1.5 ke 1,5 c)1.6 ke 1.6 d)1.8 ke 1.8 e)2.0 ke 2.0
2. Endos Enjin(kategori tidak lebih 25%) KOS : RM 700 Complete A to Z.... a)1.3 ke 1.5 b)1.3 ke 1.6 c)1.5 ke 1.6 d)1.5 ke 1.8 e)1.6 ke 1.8
3. Endos Enjin(kategori lebih 25%) KOS : RM 1300 Complete A to Z.... a)1.3 ke 1.8
Dokumen dan syarat untuk endos enjin i.surat kastam + resit beli ii.salinan ic owner sekeping iii.geran original
kes tertentu...(boleh buat tetapi tambahan kos diperlukan) i.surat kastam hilang/tiada - dengan syarat no. enjin tidak digunakan pada kenderaan lain ii.resit beli tiada KOS TAMBAHAN : RM 300/+-
untuk kereta full bodypart japan......(boleh buat tetapi tambahan kos diperlukan) i.wira-bodypart lancer KOS TAMBAHAN : RM 50 ii.saga/iswara-bodypart fiore KOS TAMBAHAN : RM 50 iiiwira-bodypart evo3(tapi lambat sikit proses) KOS TAMBAHAN : RM 150
4. Endos Pemasangan Sunroof KOS : RM 350 Complete A to Z.... Dokumen dan syarat untuk endos sunroof i.geran original ii.5 keping gambar sunroof - dari depan,belakang,sisi kiri,sisi kanan dan dari atas
5. Tukar Milik Kenderaan KOS : RM 400 Complete A to Z.... Dokumen dan syarat untuk tukar milik i. salinan ic owner lama sekeping ii.salinan ic owner baru sekeping iii.geran original
6.Special Endos Untuk 2.0(Evo3)untuk body asal wira 2.0 diesel sahaja... KOS : RM 1800 Complete A to Z.... i.surat kastam + resit beli ii.salinan ic owner sekeping iii.geran original
kes tertentu...(boleh buat tetapi tambahan kos diperlukan) i.owner lama tak tau kat mana/hilang,tiada salinan ic KOS TAMBAHAN : RM 300 ii.owner asal bapa tapi dah meninggal dunia(harta pusaka) KOS TAMBAHAN : RM 200/+-
HARGA TERTAKLUK PADA PERUBAHAN SEMASA...HARAP MAKLUM
sediakan semua dokumen yang diperlukan untuk memohon surat kawaselia di putrajaya.dalam tempoh 1 - 2 minggu.selepas surat dah keluar baru hantar kereta anda untuk pemeriksaan puspakom.tempah pemeriksaan sekejap sahaja,hari jumaat malam hantar kereta kepada saya,hari sabtu esoknyer tghari boleh ambil semula.dokumen ambil malam hari yang sama.semua data pertukaran dalam system JPJ tidak diragui....saya buat kerja untuk jangkamasa lama,cari rezeki sampingan...
lain² urusan lain selain dinyatakan.anda boleh hubungi saya sekiranya tidak faham dengan penjelasan yang di paparkan.hubungi saya 012-6989991 (are_die) untuk pertanyaan harga dan beritahu pada korang ahli kelab PROCC.kalau rasa harga yang ditawarkan terlalu mahal,saya minta maaf.khidmat ini tiada paksaan.tepuk dada tanya selera....majulah proton untuk negara. | |
| | | tenteng Kehormat MyMil
Posts : 4773 Reputation : 124 Join date : 11/05/2010 Age : 42 Location : segitiga melaka-kuantan-kkb-melaka
| Subject: Re: Proses dan Kelulusan Pertukaran Enjin Kereta Wed 29 Sep 2010, 3:28 pm | |
| - venez wrote:
- tin wrote:
terlanjur citer puspakom nih, wa nak tanya,
kalo kita ganti enjin, pastu gi puspakom utk validate, depa check tak tint cermin keta? wa punya tint mmg tak lepas. dulu kena koyak kat puspakom masa mau tukar hakmilik. huhuhu... sayang giler. sure dorang check, selalunya puspakom bleh citer lagi pasal tinted coz sampai skrg belum ada guideline yang sebetul-betulnyer utk diikut perihal tinted nih, dorang main agak jerk depan not more dari 30% gelap, tepi not more dari 70% mcm dulu2 punya citer... nak check utk pertukaran enjin nih guideline dia coz aku pernah inspect utk tukar : 1. pastikan tiada perubahan keatas mounting asal enjin pada badan kete n enjin 2. pastikan sistem brek ditingkatkan mengikut keupayaan enjin baru 3. pastikan wiring yang dibuat kemas + no electric leak 4. pastikan ada surat/resit asal enjin (x kisah dari kedai potong ke apa) 5. alignment n balancing tayar kena betul 6. lupa plak, pastikan xder temper pada spot welding asal casis dan enjin bukan terbalik ke ven? depan 70 tepi 30? | |
| | | venez ADMIN
Posts : 17389 Reputation : 581 Join date : 19/04/2010 Age : 46 Location : AFNG
| Subject: Re: Proses dan Kelulusan Pertukaran Enjin Kereta Wed 29 Sep 2010, 3:34 pm | |
| depan xleh gelap dari tepi... kalau dia tembak pki lampu sensor tuh, kena tembus cahaya lebih dari 70%, mean gelap not more 30%... term nih yang selalu org silap faham... hu3
Last edited by venez on Wed 29 Sep 2010, 3:42 pm; edited 1 time in total | |
| | | tenteng Kehormat MyMil
Posts : 4773 Reputation : 124 Join date : 11/05/2010 Age : 42 Location : segitiga melaka-kuantan-kkb-melaka
| Subject: Re: Proses dan Kelulusan Pertukaran Enjin Kereta Wed 29 Sep 2010, 3:38 pm | |
| jumpa surat dari jpj...
Surat Penjelasan JPJ mengenai cermin gelap kereta import Khidmat Pelanggan : #241907
Tuan,
Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada aduan tuan berhubung “JPJ HARUS MESRA PENGGUNA BERHUBUNG ISU CERMIN GELAP” bertarikh 26 Januari 2010.Sukacita dimaklumkan bahawa, Jabatan ini mengambil maklum dan mengucapkan ribuan terima kasih di atas keprihatinan tuan dalam isu cermin gelap. Untuk makluman tuan, peraturan mengenai cermin gelap diperuntukkan di bawah Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis Kaca Tertentu) 1991. Di dalam kaedah tersebut menyatakan bahawa cermin hadapan perlu telus cahaya sebanyak 70% tetapi 20% daripada bahagian paling atas cermin hadapan tersebut adalah dikecualikan manakala cermin-cermin sisi hadapan dan belakang serta cermin belakang perlu telus cahaya sebanyak 50%. Ini bermakna, pemilik-pemilik kenderaan dibenarkan untuk menggelapkan cermin kenderaan mereka tetapi mengikut kadar ketelusan cahaya sebagaimana yang ditetapkan.Sebagai makluman tuan, peraturan cermin gelap yang diguna pakai di peringkat antarabangsa adalah di bawah Reg.43 UNECE. Peraturan ini memperuntukkan cermin hadapan perlu telus cahaya sebanyak 75% dan tiada pengecualian kepada mana-mana bahagian kaca hadapan tersebut, cermin sisi pemandu dan sebelah pemandu perlu telus cahaya sebanyak 70% manakala cermin sisi belakang dan cermin belakang tidak dinyatakan tahap ketelusan cahaya kerana ia bergantung kepada persetujuan pengeluar kenderaan tersebut untuk meletakkan tahap ketelusan. Biasanya ia di nyatakan dengan simbol V. Contohnya: V30 bermakna tahap ketelusan yang dipersetujui oleh pengeluar kenderaan tersebut adalah sebanyak 30%.
Untuk makluman tuan juga, di negara-negara yang menjadi ahli kepada WP29 (World Harmonization For Vehicle Regulation) iaitu yang mengguna pakai Reg.43 UNECE, pengeluar kenderaan adalah bertanggungjawab kepada tahap ketelusan cahaya dan juga bertanggungjawab sekiranya berlaku kemalangan akibat daripada cermin gelap yang dipersetujuinya. Oleh sebab itu, terdapat perjanjian yang ditandatangani bersama di antara pengeluar kenderaan dan pihak insuran mengenai fasal kemalangan yang diakibatkan oleh cermin gelap tersebut. Malaysia telah pun menjadi ahli kepada WP29 tersebut dan telah menerima pakai peraturan-peraturan tersebut secara berperingkat. Di dalam perkara berhubung cermin gelap, Malaysia masih belum dapat melaksanakan peraturan tersebut sebagaimana negara-negara luar kerana pengeluar kenderaan masih belum ada perjanjian bersama dengan pihak insuran berkenaan fasal kemalangan dan pihak yang bertanggungjawab terhadap kadar ketelusan cermin gelap.Berhubung perkara ada pihak yang dibenarkan untuk memasang cermin gelap, di dalam kaedah-kaedah kenderaan motor (Larangan Mengenai Jenis Kaca Tertentu) 1991 ada memperuntukkan mengenai pengecualian terhadap kenderaan yang digunakan untuk Yang di Pertuan Agong dan Permaisuri Agong, Sultan dan Sultanah, Hakim Mahkamah Agung dan Mahkamah Tinggi, pegawai polis atau pegawai tentera yang dinyatakan oleh Ketua Polis Negara atau Ketua Turus Angkatan Tentera. Kaedah tersebut juga memperuntukkan kuasa kepada Menteri untuk memberi pengecualian secara bertulis kepada mana-mana orang. Menteri Pengangkutan telah membuat garis panduan bahawa sesiapa yang memenuhi syarat dan benar-benar perlu boleh diberi pengecualian daripada peraturan kaca gelap. Faktor-faktor yang akan dipertimbangkan adalah berdasarkan isu keselamatan dan kesihatan.Bagi faktor keselamatan, pemohon perlu menulis surat kepada Ketua Polis Negeri mereka dan membuktikan terdapat isu keselamatan terhadap diri mereka atau keluarga mereka kerana kedudukan, pangkat, harta, persengketaan atau pernah menerima ancaman dan sebagainya. Di atas sokongan daripada Ketua Polis Negeri, Ketua Pengarah JPJ akan mempertimbangkan permohonan untuk kelulusan sebagaimana arahan daripada Menteri.
Bagi faktor kesihatan pula, pemohon perlu membuktikan bahawa mereka mempunyai penyakit yang tidak boleh terdedah kepada sinaran matahari sama ada penyakit mata atau kulit dan sedang mendapatkan rawatan di hospital atau klinik kerajaan dan laporan perubatan disahkan oleh doktor pakar di dalam bidang yang berkenaan. Penyakit yang dinyatakan mestilah merupakan salah satu penyakit yang terdapat di dalam senarai yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan tergolong dalam penyakit yang tidak boleh terdedah kepada sinaran matahari bagi membolehkan permohonan tersebut dipertimbangkan untuk kelulusan.JPJ sememangnya mesra pengguna berhubung cermin gelap kerana apabila sesuatu kenderaan dikesan menggunakan cermin gelap, pemilik hanya diberi Notis PG1 iaitu notis larangan penggunaan kenderaan bagi membolehkan pemilik menanggalkan filem/plastik hitam atau menukar kepada cermin cerah dalam masa sepuluh hari. Kenderaan tersebut perlu dibawa ke mana-mana JPJ berhampiran bagi mempastikan pemilik telah mematuhi peraturan dan membolehkan notis larangan ditarik balik. Notis saman tidak dikeluarkan kepada pemilik yang dikesan menggunakan cermin gelap kecuali kepada pemilik yang enggan mematuhi notis larangan tersebut. Untuk makluman tuan juga, Jabatan Pengangkutan Jalan pernah berhasrat untuk menurunkan kadar ketelusan di mana cermin hadapan perlu telus cahaya sebanyak 70% manakala cermin-cermin sisi hadapan dan belakang serta cermin belakang perlu telus cahaya sebanyak 40%.
Namun demikian, setelah Menteri Pengangkutan mengadakan perbincangan dengan Ketua Polis Negara, banyak isu-isu penguatkuasaan yang perlu dipertimbangkan dan ditangani sekiranya kadar ketelusan sedia ada diturunkan.Di antara isu yang di bangkitkan adalah:(a) Menyukarkan pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dalam usaha menangani jenayah terutamanya yang melibatkan rompakan bersenjata, curi kenderaan, penculikan dan sebagainya. Cermin kenderaan yang terlalu gelap tentunya akan mendatangkan kesusahan kepada pihak PDRM di dalam tugas mereka mengenal pasti identiti pemandu dan penumpang serta barangan yang dibawa. b) Menimbulkan kesusahan untuk mengesan pesalah-pesalah trafik terutamanya yang tidak memakai tali pinggang keledar keselamatan, pemandu dalam keadaan mabuk, memandu sambil menggunakan telefon bimbit, memandu sambil meriba bayi atau anak kecil dan sebagainya.c) Menyebabkan bahaya kepada pemanduan dan keselamatan di jalan raya kerana cermin gelap boleh mengelirukan pandangan sebenar pemandu terutamanya sewaktu hujan lebat dan pada waktu malam khususnya di tempat-tempat yang tidak mempunyai lampu jalan yang mana boleh mengakibatkan kemalangan. Kajian mengenai keselamatan pemanduan yang dilakukan oleh institusi-institusi keselamatan jalan raya diperingkat antarabangsa mendapati bahawa dalam keadaan biasa terdapat “blind spot” di mana pemandu tak dapat melihat kenderaan yang berada di lorong sebelah belakang kenderaannya, apa lagi jika kenderaan bercermin gelap. Pemandu yang memandu dibelakang kenderaan yang bercermin gelap juga akan jadi resah kerana tidak nampak apa yang ada di hadapan.(d) Menggalakkan berlakunya pecah kenderaan terutamanya kenderaan mewah yang bercermin gelap kerana penjenayah mungkin beranggapan ada sesuatu yang berharga yang diletakkan di dalam kenderaan.Mengenai usul tuan tentang kesalahan-kesalahan lain yang mengundang kepada kemalangan jalan raya seperti tayar botak serta sikap pemandu sememangnya menjadi kesalahan utama yang dikenakan mata demerit dan boleh menyebabkan pemandu digantung atau dibatalkan lesen memandunya.
Modifikasi terhadap enjin tanpa kelulusan juga merupakan suatu kesalahan di bawah peraturan Kaedah-kaedah Pembinaan dan Kegunaan.Untuk makluman tuan seterusnya, JPJ tidak pernah memberi kelulusan kepada bas ekspres untuk memasang cermin gelap. Peraturan yang sama adalah terpakai kepada bas ekspres. Sebelum ini, Kementerian Pelancongan meminta kerjasama Kementerian Pengangkutan Malaysia untuk tidak mengambil tindakan ke atas bas-bas ekspres sempena tahun melawat Malaysia yang di lanjutkan sehingga tahun lepas. Mengenai perbandingan dengan negara-negara maju, mereka di iktiraf sebagai negara maju bukan sahaja kerana kemajuan perindustrian dan ekomoni, malah kerana sikap dan mentaliti rakyat mereka juga adalah jauh lebih tinggi dari negara-negara membangun seperti Malaysia. Contohnya, di Jepun dan Eropah, kesedaran mengenai keselamatan sememangnya menjadi perkara utama di dalam kehidupan harian mereka. Pemandu akan memakai tali pinggang keledar keselamatan sebaik sahaja bersedia untuk memandu, anak-anak mereka dididik untuk memakai tali pinggang keledar keselamatan di tempat duduk belakang dan ia telah diimplimentasikan semenjak tahun 70-an tanpa perlu dikuatkuasakan oleh badan penguatkuasa trafik kerana mereka mempunyai kesedaran mengenai tanggungjawab menjaga keselamatan. Berbeza keadaannya di Malaysia di mana pemandu dan penumpang hanya akan memasang tali pinggang keledar keselamatan apabila ternampak anggota JPJ atau Polis. Di Eropah malahan juga Singapura, setiap kenderaan mempunyai alat seperti ‘smart tag’ yang ada di negara kita cuma tol mereka tidak mempunyai palang dan tiada siapa yang melakukan kesalahan melepasi tol tersebut jika tidak mempunyai ‘smart tag’ , senario ini amat berbeza sekali dengan negara ini. Ia adalah disebabkan rakyat di negara mereka sentiasa mematuhi setiap undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan. Untuk menuju ke arah itu rakyat Malaysia perlulah menanamkan sikap dan mentaliti yang sebegitu juga.
Untuk makluman tuan, Jabatan ini menguatkuasakan undang-undang dan peraturan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Akta Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 serta Kaedah-kaedah di bawahnya, yang mana ianya telah digubal setelah dibahaskan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara serta telah dipersetujui sebelum diwartakan menjadi undang-undang. JPJ sentiasa mengkaji dan mengemaskini Akta dan Kaedah selari dengan keperluan dan kehendak semasa. Mengenai persoalan ‘nombor spray’ atau ‘nombor tidak timbul’ yang tuan utarakan, kenderaan Singapura menggunakan teknik yang mana nombor di emboss di atas plat dan ianya timbul. JPJ juga sedang mengkaji untuk melaksanakan sistem plat pendaftaran seperti Singapura dalam usaha memperketatkan penguatkuasaan sepertimana yang dilaksanakan oleh Singapura.
Sekian terima kasih.
Bahagian Penguatkuasa, Ibu PejabatJabatan Pengangkutan Jalan Putrajaya.
| |
| | | tenteng Kehormat MyMil
Posts : 4773 Reputation : 124 Join date : 11/05/2010 Age : 42 Location : segitiga melaka-kuantan-kkb-melaka
| Subject: Re: Proses dan Kelulusan Pertukaran Enjin Kereta Wed 29 Sep 2010, 3:38 pm | |
| - venez wrote:
- depan xleh gelap dari tepi... kalau dia tembak pki lampu sensor tuh, kena tembus cahaya lebih dari 70%, mean gelap not more 30%... term nih yang selalu org silap faham... hu3
oooo... | |
| | | tin Kehormat MyMil
Posts : 6841 Reputation : 235 Join date : 06/06/2010 Location : Mymil's village idiot
| Subject: Re: Proses dan Kelulusan Pertukaran Enjin Kereta Wed 29 Sep 2010, 3:45 pm | |
| cissss... kena check jugak tinted eh? hantu btol la. sure wa kena wat balik tinted tuh. duit lagi huk3 | |
| | | venez ADMIN
Posts : 17389 Reputation : 581 Join date : 19/04/2010 Age : 46 Location : AFNG
| Subject: Re: Proses dan Kelulusan Pertukaran Enjin Kereta Wed 29 Sep 2010, 3:46 pm | |
| hang tukar enjin apa tin? mesin basuh ker? | |
| | | tin Kehormat MyMil
Posts : 6841 Reputation : 235 Join date : 06/06/2010 Location : Mymil's village idiot
| Subject: Re: Proses dan Kelulusan Pertukaran Enjin Kereta Wed 29 Sep 2010, 3:52 pm | |
| - venez wrote:
- hang tukar enjin apa tin? mesin basuh ker?
cettt... tarak la. keta wa dulu enjin kong terus sbb masuk air. so ganti baru. la ni nak register ler. enjin sama CC dgn model jugak. tau senang jer tp risau psl kemungkinan puspakom check tinted wa. tu jer. | |
| | | venez ADMIN
Posts : 17389 Reputation : 581 Join date : 19/04/2010 Age : 46 Location : AFNG
| Subject: Re: Proses dan Kelulusan Pertukaran Enjin Kereta Wed 29 Sep 2010, 4:20 pm | |
| - tin wrote:
- venez wrote:
- hang tukar enjin apa tin? mesin basuh ker?
cettt... tarak la.
keta wa dulu enjin kong terus sbb masuk air. so ganti baru. la ni nak register ler. enjin sama CC dgn model jugak. tau senang jer tp risau psl kemungkinan puspakom check tinted wa. tu jer. gelap sgt ke hang tinted? naper x ambik vtec besau mcm enjin aku dulu, leh dpt tiptronic gear... | |
| | | tin Kehormat MyMil
Posts : 6841 Reputation : 235 Join date : 06/06/2010 Location : Mymil's village idiot
| Subject: Re: Proses dan Kelulusan Pertukaran Enjin Kereta Wed 29 Sep 2010, 4:30 pm | |
| - venez wrote:
- tin wrote:
- venez wrote:
- hang tukar enjin apa tin? mesin basuh ker?
cettt... tarak la.
keta wa dulu enjin kong terus sbb masuk air. so ganti baru. la ni nak register ler. enjin sama CC dgn model jugak. tau senang jer tp risau psl kemungkinan puspakom check tinted wa. tu jer. gelap sgt ke hang tinted? naper x ambik vtec besau mcm enjin aku dulu, leh dpt tiptronic gear... takder la gelap sgt. off the chart sket jer. tp depa takmo kasik lepas gak. tu yg wa geram tuh. hajat di hati mmg ler mau pasang vtec. tp bila pikir2 balik, wa bukan kaki henjut laju2. bawak maintain 2500-3000 rpm jer. oleh kerana vtec kicks in at 5000rpm, bila ler nak guna itu vtec? so pikir2 balik, wat rugi jer pasang H22 nih kat keta wa. | |
| | | venez ADMIN
Posts : 17389 Reputation : 581 Join date : 19/04/2010 Age : 46 Location : AFNG
| Subject: Re: Proses dan Kelulusan Pertukaran Enjin Kereta Wed 29 Sep 2010, 4:44 pm | |
| - tin wrote:
- venez wrote:
- tin wrote:
- venez wrote:
- hang tukar enjin apa tin? mesin basuh ker?
cettt... tarak la.
keta wa dulu enjin kong terus sbb masuk air. so ganti baru. la ni nak register ler. enjin sama CC dgn model jugak. tau senang jer tp risau psl kemungkinan puspakom check tinted wa. tu jer. gelap sgt ke hang tinted? naper x ambik vtec besau mcm enjin aku dulu, leh dpt tiptronic gear... takder la gelap sgt. off the chart sket jer. tp depa takmo kasik lepas gak. tu yg wa geram tuh.
hajat di hati mmg ler mau pasang vtec. tp bila pikir2 balik, wa bukan kaki henjut laju2. bawak maintain 2500-3000 rpm jer. oleh kerana vtec kicks in at 5000rpm, bila ler nak guna itu vtec? so pikir2 balik, wat rugi jer pasang H22 nih kat keta wa. nak potong kete (overtake) xkan xnak pki power skit... | |
| | | tin Kehormat MyMil
Posts : 6841 Reputation : 235 Join date : 06/06/2010 Location : Mymil's village idiot
| Subject: Re: Proses dan Kelulusan Pertukaran Enjin Kereta Wed 29 Sep 2010, 4:48 pm | |
| - venez wrote:
- nak potong kete (overtake) xkan xnak pki power skit...
wa pakai gear 3 jer | |
| | | venez ADMIN
Posts : 17389 Reputation : 581 Join date : 19/04/2010 Age : 46 Location : AFNG
| Subject: Re: Proses dan Kelulusan Pertukaran Enjin Kereta Wed 29 Sep 2010, 4:52 pm | |
| adehhhh... tapi sure RPM over 5k kan? | |
| | | tin Kehormat MyMil
Posts : 6841 Reputation : 235 Join date : 06/06/2010 Location : Mymil's village idiot
| Subject: Re: Proses dan Kelulusan Pertukaran Enjin Kereta Wed 29 Sep 2010, 4:54 pm | |
| - venez wrote:
- adehhhh... tapi sure RPM over 5k kan?
ahahahaha... tak berani nak jeling rpm. konsentret penuh masa memotong. tp wa rasa tak sampai 5k pon. | |
| | | escortburuk Warrant Officer
Posts : 544 Reputation : 55 Join date : 29/04/2010
| Subject: Re: Proses dan Kelulusan Pertukaran Enjin Kereta Thu 30 Sep 2010, 9:30 am | |
| Pakai je bolt-on turbo kit hehehe... Lagi byk usable power at lower RPM... cukup sesuai utk city driving dan lane changing atas highway... | |
| | | harleena MODERATOR
Posts : 4168 Reputation : 81 Join date : 19/04/2010 Age : 56
| Subject: Re: Proses dan Kelulusan Pertukaran Enjin Kereta Thu 30 Sep 2010, 9:37 am | |
| tak boleh buat pemeriksaan kereta la pulak kat puspakom glenmarie tu. Kena pi kat padang Jawa... | |
| | | venez ADMIN
Posts : 17389 Reputation : 581 Join date : 19/04/2010 Age : 46 Location : AFNG
| Subject: Re: Proses dan Kelulusan Pertukaran Enjin Kereta Thu 30 Sep 2010, 10:05 am | |
| - escortburuk wrote:
- Pakai je bolt-on turbo kit hehehe... Lagi byk usable power at lower RPM... cukup sesuai utk city driving dan lane changing atas highway...
bold on turbo kit mmg murah skit n x perlu tukar enjin cuma kena pki low boost/piston seeloknya tukar utk samakan compression, kalau x lebur piston, ecu n injector optional tukar... fuel pump mmg benda penting kena tukar takut nanti api kuat tapi minyak sedut x cukup, crack head... hu3 | |
| | | tin Kehormat MyMil
Posts : 6841 Reputation : 235 Join date : 06/06/2010 Location : Mymil's village idiot
| Subject: Re: Proses dan Kelulusan Pertukaran Enjin Kereta Thu 30 Sep 2010, 11:38 am | |
| mahal ka rega ini bold on turbo?
wa kalo low boost turbo agak berminat gak laaa sbb body keta wa berat. tak berapa sesuai utk enjin 2.0 | |
| | | venez ADMIN
Posts : 17389 Reputation : 581 Join date : 19/04/2010 Age : 46 Location : AFNG
| Subject: Re: Proses dan Kelulusan Pertukaran Enjin Kereta Thu 30 Sep 2010, 11:40 am | |
| - tin wrote:
- mahal ka rega ini bold on turbo?
wa kalo low boost turbo agak berminat gak laaa sbb body keta wa berat. tak berapa sesuai utk enjin 2.0 thats why org tukar enjin H22A3 mcm aku, turbo kit utk vtec rasanya dlm 2-4k gak... putra kawe punya turbo kit siap semua pun 3k lebih... | |
| | | harleena MODERATOR
Posts : 4168 Reputation : 81 Join date : 19/04/2010 Age : 56
| Subject: Re: Proses dan Kelulusan Pertukaran Enjin Kereta Thu 30 Sep 2010, 11:49 am | |
| tumpang tanya. heheheh. Camana process nak convert lesen memandu ke lesen antarabangsa? berapa kena bayar? | |
| | | Sponsored content
| Subject: Re: Proses dan Kelulusan Pertukaran Enjin Kereta | |
| |
| | | | Proses dan Kelulusan Pertukaran Enjin Kereta | |
|
Similar topics | |
|
| Permissions in this forum: | You cannot reply to topics in this forum
| |
| |
| |
|