MyMil adalah bod perbincangan berkenaan ketenteraan, agensi2 penguatkuasaan yang ada di Malaysia dan juga di serata dunia. Daftar sekarang untuk menikmati paparan perbincangan berinformasi sambil bersantai. Ahli2 yg baru akan digugurkan daripada senarai sekiranya tidak aktif dalam masa yg terdekat. Berforumlah dengan berhemah.
Terima kasih.
Admin dan moderator MyMil
Important Notice: The views and opinions expressed on the forum or the related pages are of the owner alone, and are not endorsed by Mymil, nor is Mymil responsible for them. Due to the nature of the Internet forum is in real time, Mymil does not, and can not censor any submission, but asks that each user use discretion and respect for other users, and does not contribute any word that is unlawful, harmful, threatening, abusive, harassing, tortious, defamatory, vulgar, obscene, libelous, invasive of another's privacy, hateful, or racially, ethnically or otherwise objectionable. Mymil reserve the right to withhold and/or remove any link that might possibly hold an individual, entity or group ridicule, potential embarrassment or potential defamation. Mymil also reserves the right to accept, edit and/or remove any link that is deemed inappropriate in any way.
Malaysia's Military, Police and Security Agencies
Welcome to the battlefield, soldier!

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Established on April 2010. MyMil is a hangout place where military enthusiasts meet, fully armed with mouse, keyboard and few cups of coffee.
Member2 baru diharapkan dapat perkenalkan diri masing2 di SINI terlebih dulu, terima kasih
To all MYMIL forumer please be very careful with all information posted, we don't to any vital information of our security forces or rumors circulating around that would bring a bad implications.
Kepada semua forumer MYMIL, diminta untuk berposting dengan lebih berhemah serta tidak mendedahkan atau menyebarkan informasi penting mengenai pasukan keselamatan atau sebarang khabar angin yang membawa implikasi yang teruk.
Kempen Anti Khabar Angin MYMIL sedang berjalan, sebarang post yang jatuh ke dalam kategori Khabar Angin akan dipadam tanpa sebarang amaran. Harap Maklum
Selamat menyambut HUT ke 80 Tentera Laut DiRaja Malaysia
MYMIL Anti Rumours Campaign is now in motion, any postage that fall under that condition will be edited and deleted without any warning. Please be advised
Off topics haven, borak sampai pengsan di Warung Kopi Pak Jabit!!
Mana2 posting yg bersifat provokasi, spam dan trol akan dipadam tanpa ragu2 lagi. Sila berposting dgn berhemah.
Kepada ahli2 yg tidak pernah aktif dan berposting dalam masa 20 hari dari tarikh pendaftaran keahlian anda akan DIGUGURKAN. Ini adalah untuk menggalakan forumer untuk lebih aktif berforum.
To all new forumer without any post (post = 0), your membership will be DROPPED in 20 days after the registration date, this is to discourage silent lurkers in the forum.
To all Mozilla Firefox, Chrome or Opera browser user, please activate browser add-on "AdBlock" to enable ad free MYMIL experience! -TQ
Kepada semua pengguna Mozilla Firefox, Chrome atau Opera. Sila aktifkan browser add-on yang bernama "AdBlock" untuk mengelakkan gangguan iklan didalam Mymil -TQ
Posts : 3142 Reputation : 71 Join date : 11/10/2010 Location : Dalam Sarang ... Tengok bebird terbang depan tingkap
Subject: Ular ... everything about snake, reptiles & belut Wed 13 Jul 2011, 11:59 am
Korang pernah pegang ular tak .. bleh share sesapa kalau ada pengalaman bela ular sebagai hobi or everything related to ular..
Ular adalah reptilia tidak berkaki, berdarah sejuk yang berkait rapat dengan mengkarung (lizard), yang berkongsi aturan biologi Squamata. Sub-aturan ular ialah Serpentes. Terdapat juga beberapa mengkarung tidak berkaki yang kelihatan seperti ular, tetapi tidak berkait dengan ular. Peminat ular dikenali sebagai ofiofilia, takut akan ular dikenali sebagai "ofidiofobia" (bahasa Inggeris: snakephobia). Pakar ular dikenali sebagai ahli ofiofilia (bahasa Inggeris: ophiologist).
Dalam bahasa Inggeris, sinonim kuno bagi ular adalah serpent; dalam kegunaan moden ini merujuk kepada ular mistik atau simbolik, dan maklumat mengenai haiwan sedemikian boleh didapati di bawah simbol ular.
Last edited by Mr. Bijan on Tue 19 Jul 2011, 5:42 pm; edited 3 times in total
bijan Brig General
Posts : 3142 Reputation : 71 Join date : 11/10/2010 Location : Dalam Sarang ... Tengok bebird terbang depan tingkap
Subject: Re: Ular ... everything about snake, reptiles & belut Wed 13 Jul 2011, 12:06 pm
Semalam semasa tengah bersarapan aku dikejutkan dengan panggilan oleh makcik sebelah ruimh gara-gara seekor ular sawa telah memasuki reban itik. perghhh dah banyak kali makcik tu reban itik makcik tuh kena ceroboh dengan ular ... dari sekecil ular kapak ... sehingga sebesar tedung selar...
nih yang paling terbaru semalam ... tak larat ular tu nak melepaskan diri selepas telan 2 ekor itik ...
marc_zman MODERATOR
Posts : 16328 Reputation : 611 Join date : 08/06/2010 Location : di atas tanah bekas hutan, paya dan ladang kelapa sawit.. tak tau laaa ntah sapa2 pernah kena tanam kat sini dulu.. kalu ada laa
Subject: Re: Ular ... everything about snake, reptiles & belut Wed 13 Jul 2011, 12:14 pm
Mengenal Jenis Ular Berbisa - Rosman Ahmad / Utusan Malaysia 1995 di petik dari website National Poison Centre, USM
Quote :
SEJAK dahulu lagi ular telah dikaitkan dengan kejahatan dan kehinaan, maka disebabkan oleh perasaan iniah kebanyakan orang akan merasa geli atau takut terhadap ular.
Reaksi spontan biasanya jadi punca ramai orang tidak teragak-agak membunuh ular tanpa memikirkan sama ada ia daripada jenis yang berbisa atau tidak.
Di Malaysia terdapat kira-kira 141 jenis ular yang berhabitat sama ada di air atau di darat. Daripada jumlah ini hanya 16 jenis ular di darat dan 21 jenis ular laut yang dikenal pasti berbisa.
Ular darat seperti ular tedung, ular katam tebu dan ular kapak tergolong daripada ular yang berbahaya dan selalunya didapati berhampiran dengan tempat kediaman atau kawasan kerja. Manakala ular laut, hampir kesemuanya mempunyai bisa dan boleh dianggap berbahaya.
Ular yang berbisa biasanya mempunyai taring sama ada panjang dan boleh digerak-gerakkan (bagi ular kapak) ataupun yang berkedudukan tetap (bagi Ular tedung, ular katam tebu, ular pantai ataupun ular laut) di bahagian atas rahang. Taring-taring ini biasanya beralur (bagi Elapidae) ataupun alur yang bertaup membentuk seperti jarum hipodermik (bagi kumpulan Viperidae) supaya bisa dapat disuntik ke dalam tubuh mangsa.
Racun atau bisa ular tersimpan pada kelenjar yang terletak di kiri dan kanan pipi dan disalurkan ke taring melalui duktus. Seekor ular berkeupayaan mengawal jumlah bisa yang disuntikkan ke tubuh mangsa dan biasanya tidak akan menghabiskan kesemua bisa pada satu gigitan.
Bisa ular biasanya mengandungi bahan-bahan racun haemotoksin, neurotoksin dan myotoksin. Kesemua racun ini terdapat pada setiap ular tetapi hanya salah satu daripadanya lebih dominan dan mendatangkan kesan kepada mangsa - bergantung kepada jenis ular.
Ular dari keluarga Elapidae mempunyai bahan racun saraf (neurotoksin), keluarga Viperidae pula bahan racun jenis darah (haemotoksin) manakala keluarga Hydropidae pula mempunyai bahan racun otot (myotoksin).
Di samping bahan-bahan ini, bisa juga mengandungi sejenis enzim yang dipanggil hyaluronidase yang bertindak sebagai mangkin bagi meningkatkan penyebaran bisa ke saluran darah ataupun saraf. Bisa ular mempunyai dua fungsi yang utama:
Bertujuan melumpuhkan atau membunuh mangsa.
Bertindak sebagai ejen penghadaman.
Last edited by marc_zman on Wed 13 Jul 2011, 12:23 pm; edited 1 time in total
marc_zman MODERATOR
Posts : 16328 Reputation : 611 Join date : 08/06/2010 Location : di atas tanah bekas hutan, paya dan ladang kelapa sawit.. tak tau laaa ntah sapa2 pernah kena tanam kat sini dulu.. kalu ada laa
Subject: Re: Ular ... everything about snake, reptiles & belut Wed 13 Jul 2011, 12:16 pm
smbgan...
Quote :
Ular berbisa terbahagi kepada 3 keluarga yang utama:
Keluarga Elapidae: Jenis ular yang tergolong di dalam keluarga ini ialah: UIar katam tebu, ular katam belang, ular katam kepala merah, ular matahari biru, ular pantai belang, ular pantai bintik, ular pantai bintik kecil, ular tedung hitam dan ular tedung selar.
Ular jenis ini mempunyai taring yang tetap di bahagian hadapan rahang atas. Kesemua ahli keluarga Elapidae adalah berbisa dan amat berbahaya pada manusia. Bisa ular kumpulan Elapidae bertindak kepada sistem saraf mangsa.
Antara tanda-tanda keracunan bisa ular jenis ini ialah:
Jenis tedung:
Kesakitan pada tempat gigitan dalam masa setengah jam.
Bahagian bekas gigitan membengkak (selepas 1 jam digigit).
Lemah-lemah badan.
Pengeluaran air liur yang berlebihan.
Mengantuk.
Lumpuh pada otot-otot muka, bibir, lidah dan saluran pernafasan.
Tekanan darah menurun.
Mata kuyu (ptosis).
Pandangan menjadi kabur.
Sawan (konvulsi).
Badan berpeluh.
Dalam kes-kes teruk tanda-tanda berikut adalah nyata:
Komplikasi kardiovaskular.
Hipotensi.
Sakit yang amat sangat pada bahagian perut.
Jenis katam tebu:
Biasanya gigitan ular jenis ini tidak meninggalkan kesan kesalutan yang teruk.
Jangka masa kesakitan juga tidak berlarutan.
Tiada kesan bengkak atau perubahan warna kulit pada tempat gigitan.
Tanda-tanda lain adalah serupa dengan kesan gigitan tedung.
lar matahari
kesakitan pada bekas gigitan.
bekas gigitan membengkak.
Kudis terjadi pada tempat gigitan.
Gangguan pernafasan
Nota: Keracunan yang teruk dapat dikenal pasti dengan tanda-tanda toksin saraf dalam masa 1 jam.
Last edited by marc_zman on Wed 13 Jul 2011, 12:22 pm; edited 1 time in total
marc_zman MODERATOR
Posts : 16328 Reputation : 611 Join date : 08/06/2010 Location : di atas tanah bekas hutan, paya dan ladang kelapa sawit.. tak tau laaa ntah sapa2 pernah kena tanam kat sini dulu.. kalu ada laa
Subject: Re: Ular ... everything about snake, reptiles & belut Wed 13 Jul 2011, 12:17 pm
dan lagi
Quote :
Ular Keluarga Viperidae:
Di Malaysia, jenis ular yang tergolong dalam keluarga ini adalah semua jenis ular kapak. Ular kapak bodoh, ular kapak sumatra, ular kapak gunung, ular kapak tokong, ular kapak kapak hidung pipeh, ular kapak bakau, ular kapak hijau.
Ular dari keluarga ini amat mudah dikenali berdasarkan kepalanya yang seakan-akan bentuk segi tiga. Di antara mata dan lubang hidungnya terdapat lubang (pit) yang berfungsi sebagai deria pengesan haba yang amat sensitif kepada haiwan berdarah panas.
Kelenjar racun ular ini terletak di kedua beleh pipinya dan biasanya bertindak terhadap sistem saluran darah dan tisu yang menyebabkan berlakunya pendarahan samn ada di luar atau di dalam.
Antara tanda-tanda gigitan ular jenis ini ialah:
Sakit yang amat sangat pada tempat gigitantan (dalam masa 5 minit).
Bekas gigitan akan membengkak dan perubahan warna akan berlaku pada kulit dalam masa setengah jam.
Pendarahan yang tidak berhenti pada kesan gigitan.
Pendarahan pada gusi, usus dan saluran kencing.
Darah tidak membeku.
Keracunan yang teruk boleh menyebabkan bahagian lutut dan lengan atas membengkak dalam masa 2 jam disertai dengan pendarahan.
Last edited by marc_zman on Wed 13 Jul 2011, 12:19 pm; edited 1 time in total
bijan Brig General
Posts : 3142 Reputation : 71 Join date : 11/10/2010 Location : Dalam Sarang ... Tengok bebird terbang depan tingkap
Subject: Re: Ular ... everything about snake, reptiles & belut Wed 13 Jul 2011, 12:19 pm
Korang pernah terserempak dengan ular masa bertugas tak ... aku selalu jugak bertembung dengan our slytherin friends nih ... tapi tak berani nak amik risiko utk tangkap sendirik .. ada kawan aku kata bijan kalau ular sawa tu tengok kau mesti die ingat nanti siapa yang akan makan siapa ...
marc_zman MODERATOR
Posts : 16328 Reputation : 611 Join date : 08/06/2010 Location : di atas tanah bekas hutan, paya dan ladang kelapa sawit.. tak tau laaa ntah sapa2 pernah kena tanam kat sini dulu.. kalu ada laa
Subject: Re: Ular ... everything about snake, reptiles & belut Wed 13 Jul 2011, 12:27 pm
phyxius wrote:
Korang pernah terserempak dengan ular masa bertugas tak ... aku selalu jugak bertembung dengan our slytherin friends nih ... tapi tak berani nak amik risiko utk tangkap sendirik .. ada kawan aku kata bijan kalau ular sawa tu tengok kau mesti die ingat nanti siapa yang akan makan siapa ...
baru jer weekend lepas wa terserempak ngan ular masa bertugas kat floria putrajaya tu.. bukan sekor tapi.. berekor-ekor ular sawa batik ada, ular sawa bola ada, ular senduk ada, ular anaconda kuning pun ader
kat booth negeri perlis diorang bawa ular dari tmn ular & reptilia perlis daaa
bijan Brig General
Posts : 3142 Reputation : 71 Join date : 11/10/2010 Location : Dalam Sarang ... Tengok bebird terbang depan tingkap
Subject: Re: Ular ... everything about snake, reptiles & belut Wed 13 Jul 2011, 12:28 pm
Do not jerking off with a boa constrictor . let expert handling it
marc_zman MODERATOR
Posts : 16328 Reputation : 611 Join date : 08/06/2010 Location : di atas tanah bekas hutan, paya dan ladang kelapa sawit.. tak tau laaa ntah sapa2 pernah kena tanam kat sini dulu.. kalu ada laa
Subject: Re: Ular ... everything about snake, reptiles & belut Wed 13 Jul 2011, 12:29 pm
wa sambung skit jer lagik
Quote :
Langkah berjaga-jaga:
Selalunya ular tidak akan menyerang manusia, malah ular sebenarnya takut kepada manusia. Kebanyakan kes gigitan ular terjadi apabila ular terkejut, terpijak ataupun tempat kediamannya diganggu oleh manusia sama ada secara sengaja ataupun tidak. Oleh itu anda patut berjaga-jaga:
Elakkan daripada cuba menangkap ular atau mengganggu ular.
Berhati-hati apabila bekerja di kawasan yang menjadi habitat ular seperti di kawasan sawah padi ataupun semak. Jangan sekali-kali memasukkan, tangan atau kaki ke tempat yang mana dipercayai terdapat ular seperti di celah batu, di bawah tunggul kayu dan sebagainya, sekiranya perlu gunakan kayu terlebih dahulu.
Sekiranya nampak ular sedang tidur atau berehat, jangan mengusik atau mengejutkannya. la selalunya akan mematuk sekiranya diganggu.
Seandainya anda terserempak dengan ular, jangan cuba lari, tapi berhenti dan jangan bergerak, selalunya ular akan berlalu pergi. Petua ini juga berkesan ke atas ular laut, sekiranya anda bekerja di kawasem pantai atau muara sungai yang berair cetek.
Ular laut adalah tidak agresif, kebanyakan kejadian gigitan ular laut ialah apabila manusia mengganggu atau memegangnya secara kasar. Jika anda terserempak dengan sekumpulan ular laut, jangan menghampirinya kerana mungkin ketika itu musim mengawan dan kebanyakan ular amat agresif pada masa tersebut.
Pakai pakaian tebal seperti kasut kulit atau but separas lutut, sarung tangan, seluar panjang, baju lengan panjang dan topi ketika bekerja di kawasan yang menjadi habitat ular.
Kebanyakan ular berbisa keluar pada waktu malam yang panas, oleh itu berhati-hatilah apabila berjlan pada waktu malam. Jangan berjalan dalam gelap, bawalah lampu suluh dan sebagainya.
Semasa berkhemah, bersihkan sekeliling khemah daripada semak-samun, sampah-sarap ataupun batu-batu terlebih dahulu. Jangan sekali-kali tidur di luar khemah. Kehangatan badan anda akan menarik perhatian ular terutama jenis ular kapak. Buang atau tanam makanan yang tidak habis jauh dari kawasan perkhemahan, kerana makanan yang bersepah akan menarik perhatian tikus dan seteruanya menarik perhatian ular.
Jika anda digigit ular:
Cuba bunuh ular tersebut kerana ia penting, bagi tujuan mengenal pasti antivenin bagi bisa ular tersebut. Ini adalah bagi mengelakkan daripada kesilapan menyuntik antivenin yang salah, ia tidak hanya sia-sia malah juga boleh membahayakan nyawa si mangsa.
Tetapi jangan membuang terlalu banyak masa untuk membunuh ular itu kerana rawatan awal kepada mangsa adalah lebih penting. Di samping itu amat dikhuatiri ketika sibuk membunuh ular itu ia mungkin akan digigit sekali lagi.
Untuk membunuh ular, gunakan kayu panjang, jika boleh gunakan buluh. Pukul dengan kuat di bahagian belakang kepala ular tersebut tetapi seboleh-bolehnya jangan hancurkan kepalanya kerana ular juga boleh dikenal pasti dari bentuk kepalanya. Sekiranya percubaan membunuh ular tersebut tidak berjaya, mencukupi jika anda dapat mengingati saiz dan corak warna ular tersebut.
Walaupun ular tersebut telah mati, anda haruslah berhati-hati ketika memegangnya. Jangan cuba mengusik kawan atau bermain-main dengannya kerana berkemungkinan ular tersebut masih hidup.
Walaupun ular tersebut telah mati, bisanya masih boleh membahayakan sekiranya tersuntik ke tubuh sehingga 1 jam setelah ular tersebut mati.
Nota: Antivenin adalah dadah yang diproses khas dari bisa ular yang boleh digunakan sebagai antidot kepada gigitan ular.
Antivenin adalah spesifik kepada sesuatu jenis ular. Jika tersilap memberikan antivenin ia boleh membawa maut. Terdapat sejenis antivenin yang dipanggil antivenin Polivalent yang mana ia boleh digunakan untuk merawat semua jenis bisa gigitan ular. [/b]
Last edited by marc_zman on Wed 13 Jul 2011, 12:32 pm; edited 1 time in total
bijan Brig General
Posts : 3142 Reputation : 71 Join date : 11/10/2010 Location : Dalam Sarang ... Tengok bebird terbang depan tingkap
Subject: Re: Ular ... everything about snake, reptiles & belut Wed 13 Jul 2011, 12:30 pm
marc_zman wrote:
phyxius wrote:
Korang pernah terserempak dengan ular masa bertugas tak ... aku selalu jugak bertembung dengan our slytherin friends nih ... tapi tak berani nak amik risiko utk tangkap sendirik .. ada kawan aku kata bijan kalau ular sawa tu tengok kau mesti die ingat nanti siapa yang akan makan siapa ...
baru jer weekend lepas wa terserempak ngan ular masa bertugas kat floria putrajaya tu.. bukan sekor tapi.. berekor-ekor ular sawa batik ada, ular sawa bola ada, ular senduk ada, ular anaconda kuning pun ader
kat booth negeri perlis diorang bawa ular dari tmn ular & reptilia perlis daaa
aku dah pergi kat taman ular tu 2 3 bulan lepas .. ada jugak ular sawa besar .. the most exciting is ular tedung selar ... king cobra tuh bleh stay tegak untuk jangkamasa yang lama ... bila die dah curved s cabut jangan duk lelama ... depan ular tu kalau sayangkan nyawa...
bijan Brig General
Posts : 3142 Reputation : 71 Join date : 11/10/2010 Location : Dalam Sarang ... Tengok bebird terbang depan tingkap
Subject: Re: Ular ... everything about snake, reptiles & belut Wed 13 Jul 2011, 12:41 pm
Rasanya dalam military pun terdapat snake terminology yang diguna pakai dalam penamaan senjata ...
bijan Brig General
Posts : 3142 Reputation : 71 Join date : 11/10/2010 Location : Dalam Sarang ... Tengok bebird terbang depan tingkap
Subject: Re: Ular ... everything about snake, reptiles & belut Wed 13 Jul 2011, 12:50 pm
Sidewinder missile from F-14 Tomcats Shoot Down Libyan Mig 23 Floggers
bijan Brig General
Posts : 3142 Reputation : 71 Join date : 11/10/2010 Location : Dalam Sarang ... Tengok bebird terbang depan tingkap
Subject: Re: Ular ... everything about snake, reptiles & belut Wed 13 Jul 2011, 1:29 pm
Ada yg cadangkan untuk jual ular sawa tu pada kedai makanan eksotik .. isk..
matamata Captain
Posts : 727 Reputation : 70 Join date : 20/04/2010
Subject: Re: Ular ... everything about snake, reptiles & belut Wed 13 Jul 2011, 1:33 pm
musuh utama ular..
Honey Badger
MMW Colonel
Posts : 2269 Reputation : 159 Join date : 07/03/2011 Age : 53 Location : Cheras
Subject: Re: Ular ... everything about snake, reptiles & belut Wed 13 Jul 2011, 1:40 pm
phyxius wrote:
Ada yg cadangkan untuk jual ular sawa tu pada kedai makanan eksotik .. isk..
Macam ni ke?
jofizo Lieutenant
Posts : 653 Reputation : 62 Join date : 21/10/2010
Subject: Re: Ular ... everything about snake, reptiles & belut Wed 13 Jul 2011, 1:43 pm
lain mcm ja tajuk 'ular' nih....... hahaha
MMW Colonel
Posts : 2269 Reputation : 159 Join date : 07/03/2011 Age : 53 Location : Cheras
Subject: Re: Ular ... everything about snake, reptiles & belut Wed 13 Jul 2011, 1:45 pm
Atau macam ni?
bijan Brig General
Posts : 3142 Reputation : 71 Join date : 11/10/2010 Location : Dalam Sarang ... Tengok bebird terbang depan tingkap
Subject: Re: Ular ... everything about snake, reptiles & belut Wed 13 Jul 2011, 1:53 pm
MMW wrote:
Atau macam ni?
perghhh aphrodisiac tuh M
saya nak power ... dia pun nak jugak
MMW Colonel
Posts : 2269 Reputation : 159 Join date : 07/03/2011 Age : 53 Location : Cheras
Subject: Re: Ular ... everything about snake, reptiles & belut Wed 13 Jul 2011, 1:55 pm
phyxius wrote:
MMW wrote:
Atau macam ni?
perghhh aphrodisiac tuh M
saya nak power ... dia pun nak jugak
Oooitt!! oooittt! (Muchi ke-tiga) Orang bujang tak leh minum ye.....pandang aje
bijan Brig General
Posts : 3142 Reputation : 71 Join date : 11/10/2010 Location : Dalam Sarang ... Tengok bebird terbang depan tingkap
Subject: Re: Ular ... everything about snake, reptiles & belut Wed 13 Jul 2011, 1:59 pm
MMW wrote:
phyxius wrote:
MMW wrote:
Atau macam ni?
perghhh aphrodisiac tuh M
saya nak power ... dia pun nak jugak
Oooitt!! oooittt! (Muchi ke-tiga) Orang bujang tak leh minum ye.....pandang aje
haha ... masih ingat lagi kat vietnam tengok diorang minum tonik ular dan hempedu ular ... ermm ada kawan kata nice 1 apa yang nice pun aku tak tau ...
bijan Brig General
Posts : 3142 Reputation : 71 Join date : 11/10/2010 Location : Dalam Sarang ... Tengok bebird terbang depan tingkap
Subject: Re: Ular ... everything about snake, reptiles & belut Wed 13 Jul 2011, 3:16 pm
kereta korang pernah kena masuk dengan ular tak ?
sajareg Warrant Officer
Posts : 416 Reputation : 61 Join date : 12/06/2011 Location : malaysia
Subject: Re: Ular ... everything about snake, reptiles & belut Wed 13 Jul 2011, 3:29 pm
Aku pernah tertenung ular depan mata masa nak bukak lampu ruang tamu, boleh pulak ular daun yang kaler hijau tu melingkar dekat pokok hiasan sebelah suis lampu.
Ingat nak buat stail dalam discovery channel/NatGeo pkai tali jerut leher ular. tapi tak jadi. last2 hempuk pakai cangkul je.
bijan Brig General
Posts : 3142 Reputation : 71 Join date : 11/10/2010 Location : Dalam Sarang ... Tengok bebird terbang depan tingkap
Subject: Re: Ular ... everything about snake, reptiles & belut Wed 13 Jul 2011, 3:34 pm
sajareg wrote:
Aku pernah tertenung ular depan mata masa nak bukak lampu ruang tamu, boleh pulak ular daun yang kaler hijau tu melingkar dekat pokok hiasan sebelah suis lampu.
Ingat nak buat stail dalam discovery channel/NatGeo pkai tali jerut leher ular. tapi tak jadi. last2 hempuk pakai cangkul je.
ok la tuh tapi kalau ular tedung jangan main hempuk jek ...
kerambit75 Kehormat MyMil
Posts : 2612 Reputation : 83 Join date : 07/05/2010 Age : 49 Location : Ipoh
Subject: Re: Ular ... everything about snake, reptiles & belut Wed 13 Jul 2011, 6:03 pm
phyxius wrote:
Ada yg cadangkan untuk jual ular sawa tu pada kedai makanan eksotik .. isk..
Atau letak satu sangkar dgn tedung selar?
bijan Brig General
Posts : 3142 Reputation : 71 Join date : 11/10/2010 Location : Dalam Sarang ... Tengok bebird terbang depan tingkap
Subject: Re: Ular ... everything about snake, reptiles & belut Wed 13 Jul 2011, 7:40 pm
korang perasan tak byk sistem persenjataan banyak guna nama ular..
Sponsored content
Subject: Re: Ular ... everything about snake, reptiles & belut