Established on April 2010. MyMil is a hangout place where military enthusiasts meet, fully armed with mouse, keyboard and few cups of coffee. |
Member2 baru diharapkan dapat perkenalkan diri masing2 di SINI terlebih dulu, terima kasih To all MYMIL forumer please be very careful with all information posted, we don't to any vital information of our security forces or rumors circulating around that would bring a bad implications. Kepada semua forumer MYMIL, diminta untuk berposting dengan lebih berhemah serta tidak mendedahkan atau menyebarkan informasi penting mengenai pasukan keselamatan atau sebarang khabar angin yang membawa implikasi yang teruk. Kempen Anti Khabar Angin MYMIL sedang berjalan, sebarang post yang jatuh ke dalam kategori Khabar Angin akan dipadam tanpa sebarang amaran. Harap Maklum Selamat menyambut HUT ke 80 Tentera Laut DiRaja Malaysia MYMIL Anti Rumours Campaign is now in motion, any postage that fall under that condition will be edited and deleted without any warning. Please be advised Off topics haven, borak sampai pengsan di Warung Kopi Pak Jabit!! Mana2 posting yg bersifat provokasi, spam dan trol akan dipadam tanpa ragu2 lagi. Sila berposting dgn berhemah. Kepada ahli2 yg tidak pernah aktif dan berposting dalam masa 20 hari dari tarikh pendaftaran keahlian anda akan DIGUGURKAN. Ini adalah untuk menggalakan forumer untuk lebih aktif berforum. To all new forumer without any post (post = 0), your membership will be DROPPED in 20 days after the registration date, this is to discourage silent lurkers in the forum.
To all Mozilla Firefox, Chrome or Opera browser user, please activate browser add-on "AdBlock" to enable ad free MYMIL experience! -TQ Kepada semua pengguna Mozilla Firefox, Chrome atau Opera. Sila aktifkan browser add-on yang bernama "AdBlock" untuk mengelakkan gangguan iklan didalam Mymil -TQ |
Latest topics | » Sembang Medan Selera Pak Jebat V44 by HangPC2 Sat 27 Aug 2022, 5:36 pm
» Halo semua by matamata Mon 25 Oct 2021, 9:56 pm
» Cerita Rakyat by mumuchi Sun 05 Sep 2021, 10:35 am
» Konfrontasi Malaysia-Indonesia 1962-66 by mumuchi Sun 05 Sep 2021, 10:28 am
» PAINTBALL - Come get some... by pisang Tue 13 Dec 2016, 1:53 pm
» Baru balik by pisang Mon 12 Dec 2016, 5:47 pm
» Jaket camo by atreyudevil Fri 15 Jul 2016, 4:17 pm
» Nusantara Total War: Portuguese Invasion by Adib Mon 22 Feb 2016, 7:57 pm
» Rekrut baru disini by kapokbesi Thu 11 Feb 2016, 4:32 pm
» Keretapi Tanah Melayu Berhad by zacky.uesoff Thu 04 Feb 2016, 11:00 pm
» ALL ABOUT HAM RADIO (AMATEUR RADIO STATION) by kapokbesi Mon 16 Nov 2015, 12:42 pm
» BACKPACKING by venez Tue 31 Mar 2015, 5:11 pm
» Rekrut 2015 by atreyudevil Sun 29 Mar 2015, 8:34 pm
» Sejarah Pangkalan-Pangkalan Udara TUDM by venez Tue 24 Mar 2015, 11:02 am
» MyMil useful website lists by atreyudevil Sat 24 Jan 2015, 11:17 pm
» WIP - Work In Progress by yaminz Fri 26 Dec 2014, 12:06 pm
» Model Collections by yaminz Fri 26 Dec 2014, 11:58 am
» Rekrut October & November 2014 by atreyudevil Sat 20 Dec 2014, 7:07 am
» Bola Cafe: MALAYSIA! by HangPC2 Sun 14 Dec 2014, 12:35 pm
» Tayar Pirelli boleh tahan! by venez Wed 10 Dec 2014, 4:27 pm
|
Statistics | We have 511 registered users The newest registered user is Belarus
Our users have posted a total of 172030 messages in 1322 subjects
|
MyMil at Facebook | |
|
| Jalan-Jalan Cari Makan | |
|
+20innocentti kerambit75 Blitzkrieg bijan tin anya8797 alphawolf jebat2000 Yip atreyudevil mombok zulupapa standupper mumuchi tenteng samuraisan powerw00t venez marc_zman harleena 24 posters | |
Author | Message |
---|
harleena MODERATOR
Posts : 4168 Reputation : 81 Join date : 19/04/2010 Age : 56
| Subject: Jalan-Jalan Cari Makan Wed 28 Apr 2010, 10:49 am | |
| *innocentti (aimoo) "CT-ONE FORZE CAFE merupakan salah satu cabang perniagaan baru syarikat CT-ONE Corporation Sdn. Bhd. (CT-ONE) yang terlibat sebagai salah sebuah syarikat yang menguruskan pembekalan peralatan kepada Angkatan Tentera Malaysia." Baru dilancarkan pada 11 Julai 2009, kafe berkonsep ketenteraan yang pertama di Malaysia. CT-ONE FORZE CAFE mula menarik perhatian masyarakat di Wangsa Maju, Kuala Lumpur dan sekitarnya. Ini berikutan kelainan yang ditampilkan oleh pihak pengurusan kafe berkenaan terutama dalam aspek dekorasi, hiasan, penggunaan pinggan ala-ala tentera, layanan dan juga keunikan menu yang pasti menambat hati pengunjung. Menurut Pengarah Urusan CT-ONE FORZE CAFE, Mejar (B) Adnan Hashim, kafe itu diwujudkan atas dasar cintanya pada kerjaya yang pernah disandangnya satu ketika dahulu. "Atas sebab itulah, saya berusaha menubuhkan kafe ini sebagai salah satu lokasi santai untuk golongan veteran rakan-rakan tentera. Paling tidak, apabila berkunjung ke sini, mereka boleh mengimbas kembali kisah-kisah lama dan berkongsi pengalaman masing-masing," kata Adnan. Paling istimewa tambah beliau, kafe ini memberi potongan harga sebanyak lima peratus kepada bekas anggota tentera tanpa mengira pangkat bagi menghargai pengorbanan dan jasa mereka kepada negara. Dalam pada itu, suasana di kafe ini memang jelas menyerlahkan semangat ketenteraan menerusi pemilihan filem dan lagu yang bertemakan tentera serta patriotik yang sentiasa dimainkan sebagai halwa mata dan telinga pengunjung. Dirasmikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Mejar Jeneral Datuk Zulkiflee Mazlan, kafe ini turut menyediakan perkhidmatan Wi-Fi untuk memudahkan pengunjung melayari Internet tanpa sebarang bayaran dan juga ruang solat bagi mereka yang mahu menunaikan kewajipan tersebut. Sementara itu, Penolong Pengurus Jualan & Pemasaran CT-ONE FORZE CAFE, Firdaus Wong, berkata, konsep kafe itu sesuai dengan temanya termasuk setiap menu yang dihidangkan juga berkonsepkan tentera atau dalam erti kata lain 'mententerakan makanan'. "Pemilihan menu dilakukan secara kolektif untuk menjadikannya unik berbanding dengan menu biasa yang ada dijual di tempat lain." "Antaranya ialah menu nasi hijau yang dihidang dengan aneka sajian sama ada chicken chop, gulai ayam, daging masak lemak, ikan keli dan sebagainya, bergantung pada selera pelanggan. Ia turut dikenali sebagai Military Set." "Istimewanya sajian ini adalah ia dihidangkan di dalam messtin iaitu sejenis peralatan yang biasanya digunakan untuk memasak atau menghidangkan makanan jika bertugas di dalam hutan." Tidak ketinggalan, air minuman yang dijual dinamakan sempena terma-terma ketenteraan seperti Ambush Drink, Military Delights Drink, Military Refreshing Fruit Juice dan Military Milk Shake. "Ambush Drink, contohnya merupakan gabungan minuman bertenaga dan minuman biasa seperti oren, anggur dan sebagainya untuk memberi kesegaran kepada sesiapa yang menikmatinya." Dengan keluasan 2,000 kaki persegi (610 meter persegi), kafe ini boleh memuatkan kira-kira 80 pengunjung dalam satu-satu masa. Ia juga menyediakan sebuah bilik khas yang boleh diduduki oleh 10 orang jika mahukan privasi ketika berada di sana. Untuk jangka masa panjang, pihak pengurusan akan sentiasa memperbaiki serta memperkemaskan lagi ciri-ciri atau konsep ketenteraan dan kemudahan sedia ada dari semasa ke semasa melalui idea pengunjung yang terdiri daripada komuniti tentera dan orang ramai. Malah, Adnan memberitahu, pihaknya mempunyai matlamat untuk membesarkan lagi perniagaan ini dengan pembukaan cawangan atau outlet-outlet baru menerusi kaedah francais yang mengutamakan kakitangan pengasas dan bekas-bekas tentera. Berpegang pada cogan kata keramat 'Ya, Kami Boleh dan Doakan Kejayaan Kami', Adnan percaya CT-ONE FORZE CAFE akan mengorak langkah untuk mencapai kejayaan yang diimpikan. INFO: CT-ONE Forze Café 38, Jalan Wangsa Delima 2A, Seksyen 5, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur, Telefon: 03-41427460 / 03-41424462 Laman web: www.ct-one.com.my | |
| | | harleena MODERATOR
Posts : 4168 Reputation : 81 Join date : 19/04/2010 Age : 56
| Subject: Re: Jalan-Jalan Cari Makan Wed 28 Apr 2010, 10:56 am | |
| stop jap. Sat lagi sambung pulak. | |
| | | marc_zman MODERATOR
Posts : 16328 Reputation : 611 Join date : 08/06/2010 Location : di atas tanah bekas hutan, paya dan ladang kelapa sawit.. tak tau laaa ntah sapa2 pernah kena tanam kat sini dulu.. kalu ada laa
| | | | harleena MODERATOR
Posts : 4168 Reputation : 81 Join date : 19/04/2010 Age : 56
| Subject: Re: Jalan-Jalan Cari Makan Mon 14 Jun 2010, 4:23 pm | |
| ada kawan kata mee rebus kat sini sedap tapi tak tau la. Belum try lagi. Kot2 marc_zman boleh try dan bagi review kat sini. Nama kedainya Geylang kopitiam yang terletak di TTDI Jaya. | |
| | | harleena MODERATOR
Posts : 4168 Reputation : 81 Join date : 19/04/2010 Age : 56
| Subject: Re: Jalan-Jalan Cari Makan Mon 14 Jun 2010, 4:24 pm | |
| Ni pulak review from Utusan Malaysia: Sup tulang ketuk Geylang
Oleh SADATUL MAHIRAN ROSLI
TERINGAT penulis ketika kecil dahulu apabila pergi ke Singapura untuk menziarahi datuk saudara di sana, selain ke rumahnya, tempat yang menjadi kegemaran ibu ialah ke Geylang.
Apa keistimewanya Geylang kerana sebelum datang ke kota singa ini ramai saudara mara yang berpesan itu dan ini pada ibu. Ada yang pesan kain ela, ada juga suruh beli buah laici.
Hairan menyelubungi minda. Murah sangatkah barangan di situ? Sehinggalah penulis tiba di tempat itu menaiki bas dua tingkat. Dengan deretan kedai makan, kedai kain ela dan buah-buahan, suasananya seolah di Jalan Chow Kit, ditambah pula pelbagai makanan dari Melayu asli, Jawa dan lain-lain semuanya ada.
Setelah hampir 30 tahun, nostalgia muncul kembali apabila penulis dijemput untuk merasai masakan asli Singapura di sebuah restoran yang diberi nama Geylang Kopitiam di Taman TTDI Jaya, Shah Alam.
Dari luar lagi, suasananya begitu mengujakan dan selangkah kaki menjejak ke dalamnya, alangkah kagumnya melihat dekorasi yang diilhamkan seperti kedai makan ala tahun 60-an.
Dialun pula dengan lagu-lagu daripada filem-filem Melayu tahun 60-an bagi menyemarakkan lagi aura menjiwai keadaan pada sekitar tahun itu.
Di satu sudut pula dipamerkan beca yang dipercayai berusia hampir 50 tahun. Di dindingnya digantung dengan angklung, trumpet dan gambar-gambar dari filem lama bagi menghidupkan suasana.
Sesuatu yang menjadi tumpuan pastilah gambar 'gergasi' yang memaparkan sebuah tram yang bernombor enam yang kebetulan sama nombor dengan kopitiam yang berlaluan Tanjong Pagar ke Geylang.
Pemiliknya, Hussein Taha, 50, dan isterinya, Pujiah Subari,46, kedua-duanya berasal dari Geylang, memilih konsep kopitiam kerana trend masyarakat sekarang yang lebih suka makan di luar di tempat yang selesa lagi merelakskan.
"Kami sepakat menggunakan konsep retro bagi mengembalikan zaman kecil kami ketika tinggal di Geylang.
"Ibu bapa saya memang mempunyai kedai makan di sana dan dikenali ramai dengan sajian mi rebus dan sate. Justeru, bagi menyambung warisan itu saya membuka kopitiam ini,'' kata Hussein.
Selain mata dihidangkan dengan dekorasi menarik, juadahnya turut memenuhi cita rasa peminat yang gemarkan masakan Singapura.
"Sup tulang ketuk Singapura adalah yang terlaris di sini. Walaupun warnanya tidaklah merah seperti di Singapura, tetapi rasanya ada uummp! Bahkan ramai pelanggan dari Singapura yang membawanya sebagai bekalan balik ke sana.
"Begitu juga dengan mi rebus, sate goreng, kacang phool, lontong goreng, nasi lemak daging dendeng, soto ayam, nasi ayam penyet dan minuman seperti teh 'c' peng gula Melaka dan air bandung jagung dan air limau madu, yang pasti membuat pelanggan datang semula,'' ujarnya.
Tambahnya lagi, turut dihidangkan ialah cucur udang, keropok lekor, ubi rebus, lempeng dan masakan Barat.
Sementara itu, menurut Pujiah, kopitiam ini dibuka 8 pagi hingga 11 malam dan semua hidangan yang terdapat di dalam menu boleh diperoleh dalam jangkamasa tersebut.
"Terdapat dua chef dan seorang pembantu chef dengan 19 orang kakitangan. Dengan bilangan tenaga kerja ini, memberi jaminan kepada pelanggan mendapat layanan terbaik,'' katanya.
Geylang Kopitiam No 4-6, Jalan Opera U2/G, Taman TTDI Jaya, 40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. | |
| | | venez ADMIN
Posts : 17389 Reputation : 581 Join date : 19/04/2010 Age : 46 Location : AFNG
| Subject: Re: Jalan-Jalan Cari Makan Mon 14 Jun 2010, 7:17 pm | |
| - harleena wrote:
- Ni pulak review from Utusan Malaysia:
Sup tulang ketuk Geylang

Geylang Kopitiam No 4-6, Jalan Opera U2/G, Taman TTDI Jaya, 40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. geylang kopitiam nih yang sama dgn kat tasik titiwangsa ker? | |
| | | powerw00t Major General
Posts : 7424 Reputation : 360 Join date : 19/04/2010 Location : Kuala Sg Baru, Melaka
| Subject: Re: Jalan-Jalan Cari Makan Mon 14 Jun 2010, 8:49 pm | |
| - marc_zman wrote:
- waaarrrggghhhhh lapaaaaarrrrr nyer...
sapa tau port mana ader jual makanan2 ni.. keutamaan utk yg dlm lembah klang... :-
1) mee rebus.. (teringat mee rebus hj wahid n mee rebus stulang kat jb) 2) nasik ambeng.. heheheheee.. dah diri ni line jawa... 3) rojak singapore... 4) murtabak singapore...
bantuan.. bantuan... Bila sebut mee rebus hj wahid, tu nama besar tu. Satu lagu mee rebus lan janggut, semua dulu niaga kat sebelas pasar besar (sekarang dah pindah dah). Dia punya kuah mmg kalo dah habis makan dia punya mee, tak sudu sampai kering tak sah. Satu lagu mee muar atau lebih popular mee bandung... takde tempat yg boleh celen itu mee bandung. Tu semua cerita lama masa sekolah menengah, bila musin cuti sekolah selalu lepak kat rumah mak sedara yg duduk kat jalan mariamah JB. Ni mee bandung yg aku makan kat melaka, katanya orang muar yg buat, rasa terover sangat punya ingredients. Mana ada mee bandung letak tomato dgn tauge Murtabak singapore, mana lagi kalo tak depan masjid sultan, sg. Aneyy murtabak mutton satu! | |
| | | samuraisan Major
Posts : 1124 Reputation : 273 Join date : 31/05/2010
| Subject: Re: Jalan-Jalan Cari Makan Mon 14 Jun 2010, 11:36 pm | |
| btul2 dulu saya kecik2 makan mee rebus lan janggut sedap habis dekat stulang laut mee rebus hj.wahid dulu ada satu office Jcorp kat atas kan.. pernah makan sampai 2@3 pinggan..dekat K.L ada satu stall mee rebus macam tu tapi boleh lah kat dengan Masjid India..Jalan TAR belakang kedai pakaian kat Mydin Rojak singapore kat Pasar malam Jalan TAR hari Sabtu ada.. Mee Bandung Muar memang best... Sambal Godok@sambal goreng Singapore saya suka gak... | |
| | | harleena MODERATOR
Posts : 4168 Reputation : 81 Join date : 19/04/2010 Age : 56
| Subject: Re: Jalan-Jalan Cari Makan Tue 15 Jun 2010, 2:11 am | |
| malam tadi makan kat Pak Anjang Bariani Johore kat Seksyen 13, sederet ngan Cafe Zul Yahya n Bagus Shah Alam. Saya memang tak minat nasi beriani tapi suami dh berapa kali asyik sebut nak makan nasi beriani kat situ, so pekena ajer lah. Time tu dah pukul 20.30, kedai tutup pukul 21.30 tapi tak de orang pun kat restoren tu. Tak pe laaa, try ajer laaah.
Makan Nasi beriani gam ayam dan nasi beriani gam daging. Saya makan mee bandung muar. Menu lain yang ada ialah rojak petis batu pahat dan tauhu bakar. Mee bandung not bad dengan harga rm6 semangkuk dan nasi beriani pulak harganya dalam rm10.50 sepinggan. Bagi saya mahal gak laaaa tapi suami kata sedap, secukup rasa dan rasanya tak berlebih sangat macam nasi beriani kat kedai mamak. Lupa pulak nak snap gambar.... | |
| | | venez ADMIN
Posts : 17389 Reputation : 581 Join date : 19/04/2010 Age : 46 Location : AFNG
| Subject: Re: Jalan-Jalan Cari Makan Tue 15 Jun 2010, 2:12 am | |
| kat penang nih mana best makan selain mee udang kat sg dua... | |
| | | harleena MODERATOR
Posts : 4168 Reputation : 81 Join date : 19/04/2010 Age : 56
| Subject: Re: Jalan-Jalan Cari Makan Tue 15 Jun 2010, 2:17 am | |
| Kalau nak try beriani gam kat sini, alamatnya: Pak Anjang Bariani Johor No. 44, Jalan Rugby 13/30 Seksyen 13 40000, Shah Alam Tel : 03 - 55106535 (Gambar dr: [url=http://mattingtong.blogspot.com.html]) | |
| | | venez ADMIN
Posts : 17389 Reputation : 581 Join date : 19/04/2010 Age : 46 Location : AFNG
| Subject: Re: Jalan-Jalan Cari Makan Tue 15 Jun 2010, 2:22 am | |
| | |
| | | harleena MODERATOR
Posts : 4168 Reputation : 81 Join date : 19/04/2010 Age : 56
| Subject: Re: Jalan-Jalan Cari Makan Tue 15 Jun 2010, 2:28 am | |
| | |
| | | marc_zman MODERATOR
Posts : 16328 Reputation : 611 Join date : 08/06/2010 Location : di atas tanah bekas hutan, paya dan ladang kelapa sawit.. tak tau laaa ntah sapa2 pernah kena tanam kat sini dulu.. kalu ada laa
| Subject: Re: Jalan-Jalan Cari Makan Tue 15 Jun 2010, 10:23 am | |
| mr powerwoot n samuraisan...
last tgk mee rebus hj wahid masih ader lagi kat food court plaza angsana, tampoi, jb.. yg kat food court kebayan plaza kotaraya tu last time tgk.. dekat2 2 tahun lepas gak.. dah xder... ganti ngan mee rebus stulang laut... mee rebus stulang laut tu port masa zaman tingkatan 6 dulu... sebulan paling kurang 2, 3 kali mesti pekena mee rebus dia...
mee rebus lan janggut x pasti.. dulu mmg kat food court pasar besar jb... lepas tu kata nya pindah ke komtar jb.. wallahualam... errr.. lan janggut ni yg sama ke ngan mee rebus stulang laut tu.??? tgk tokey yg kat stulang tu xder janggut pun... heheheheee.. | |
| | | marc_zman MODERATOR
Posts : 16328 Reputation : 611 Join date : 08/06/2010 Location : di atas tanah bekas hutan, paya dan ladang kelapa sawit.. tak tau laaa ntah sapa2 pernah kena tanam kat sini dulu.. kalu ada laa
| Subject: Re: Jalan-Jalan Cari Makan Tue 15 Jun 2010, 10:39 am | |
| bagi rakan-rakan forumer yg terlajak sampai ke JB tu.. boleh try test pekene murtabak singapore kat Kg Melayu, JB... gerai dia di sebelah kiri jalan sebelum simpang empat berlampu isyarat... di sebelah kanan jalan tu & bersetentang dengan gerai ni ialah majlis jamek kg melayu... insya Allah.. xleh miss... Kawan ni suka makan... tapi... errr.. nama gerai dia pun x tauuu.. huwahahahahaaa... sabau jer laaa... | |
| | | powerw00t Major General
Posts : 7424 Reputation : 360 Join date : 19/04/2010 Location : Kuala Sg Baru, Melaka
| Subject: Re: Jalan-Jalan Cari Makan Tue 15 Jun 2010, 10:43 am | |
| - marc_zman wrote:
- mr powerwoot n samuraisan...
last tgk mee rebus hj wahid masih ader lagi kat food court plaza angsana, tampoi, jb.. yg kat food court kebayan plaza kotaraya tu last time tgk.. dekat2 2 tahun lepas gak.. dah xder... ganti ngan mee rebus stulang laut... mee rebus stulang laut tu port masa zaman tingkatan 6 dulu... sebulan paling kurang 2, 3 kali mesti pekena mee rebus dia...
mee rebus lan janggut x pasti.. dulu mmg kat food court pasar besar jb... lepas tu kata nya pindah ke komtar jb.. wallahualam... errr.. lan janggut ni yg sama ke ngan mee rebus stulang laut tu.??? tgk tokey yg kat stulang tu xder janggut pun... heheheheee.. Ni info aku baca dari blog pasal lan janggut tu, ni komen pembaca - Quote :
- Jimbo said...
gerai dia dah kena hijack dengan budak bancuh teh. kira kuli makan tuan laaa
sekarang ni gua dengar dia bawak bas sekolah. merajuk dengan dunia perniagaan yang penuh dengan penipuan.
so, RIP lan janggut mee rebus lan janggut Kat facebook ada komen cakap lan janggut dah meninggal, jadi biz dia anak dia takeover. alfatihah. | |
| | | marc_zman MODERATOR
Posts : 16328 Reputation : 611 Join date : 08/06/2010 Location : di atas tanah bekas hutan, paya dan ladang kelapa sawit.. tak tau laaa ntah sapa2 pernah kena tanam kat sini dulu.. kalu ada laa
| Subject: Re: Jalan-Jalan Cari Makan Tue 15 Jun 2010, 3:08 pm | |
| innalillah... harap2 ado laaa pelapis yg mewarisi skill n resepi mee rebus ni... sayang wooo kalau berakhir camtu ajer...
- makan mee rebus ngan otak-otak... manyak feeelllll... - | |
| | | samuraisan Major
Posts : 1124 Reputation : 273 Join date : 31/05/2010
| Subject: Re: Jalan-Jalan Cari Makan Tue 15 Jun 2010, 4:03 pm | |
| mee rebus johor ni kenapa rasa dia sedap lain dari yang lain dia orang letak ape kuah tu .. siapa tahu resepi kuah dia.. mee rebus mamak kalau nak lawan mee rebus johor ni ibarat 1:10 beza dia.. heheee | |
| | | marc_zman MODERATOR
Posts : 16328 Reputation : 611 Join date : 08/06/2010 Location : di atas tanah bekas hutan, paya dan ladang kelapa sawit.. tak tau laaa ntah sapa2 pernah kena tanam kat sini dulu.. kalu ada laa
| Subject: Re: Jalan-Jalan Cari Makan Tue 15 Jun 2010, 5:24 pm | |
| apa bumbu nya.??? maaf ler mr samuraisan.. x dpt nak tolong.. satu masa duluuu.. satu stesen tv (TV3 kot.. kalau x silap laa) pernah tunjuk kan cara2 buat kuah mee rebus ni... haji wahid sendiri yg buat... tapi.. pickup x cukup kuat nak salin / ingat resepi tu... | |
| | | powerw00t Major General
Posts : 7424 Reputation : 360 Join date : 19/04/2010 Location : Kuala Sg Baru, Melaka
| Subject: Re: Jalan-Jalan Cari Makan Thu 17 Jun 2010, 3:57 pm | |
| Kat hujung kampung aku, entah mana punya orang kaya tiba2 buat restoren berkonsep bawah pokok, iaitu pokok getah. Ada 2 bahagian, satu bawah pokok (open air) dan satu lagi berbumbung. Nama tempat makan tu, Warisan Ku menyediakan menu barat dan oriental.
Aku rasa konsep yg menarik. Kat tempat terbuka ada skrin besar tonton Astro. Kalo nak lagi privacy dalam jumlah yg ramai dia ada sediakan 2 rumah tradisional Melaka berhawa dingin yg bersambung serambi, dan satu tangga batu besarrrr punya antara kedua rumah tu. | |
| | | tenteng Kehormat MyMil
Posts : 4773 Reputation : 124 Join date : 11/05/2010 Age : 42 Location : segitiga melaka-kuantan-kkb-melaka
| Subject: Re: Jalan-Jalan Cari Makan Thu 17 Jun 2010, 4:05 pm | |
| - powerw00t wrote:
- Kat hujung kampung aku, entah mana punya orang kaya tiba2 buat restoren berkonsep bawah pokok, iaitu pokok getah. Ada 2 bahagian, satu bawah pokok (open air) dan satu lagi berbumbung. Nama tempat makan tu, Warisan Ku menyediakan menu barat dan oriental.
Aku rasa konsep yg menarik. Kat tempat terbuka ada skrin besar tonton Astro. Kalo nak lagi privacy dalam jumlah yg ramai dia ada sediakan 2 rumah tradisional Melaka berhawa dingin yg bersambung serambi, dan satu tangga batu besarrrr punya antara kedua rumah tu. kat mana ni power? | |
| | | mumuchi GLOBAL MODERATOR
Posts : 19551 Reputation : 525 Join date : 05/06/2010 Location : Dulu Tempat Lumba Kuda
| Subject: Re: Jalan-Jalan Cari Makan Thu 17 Jun 2010, 4:14 pm | |
| - marc_zman wrote:
- bagi rakan-rakan forumer yg terlajak sampai ke JB tu.. boleh try test pekene murtabak singapore kat Kg Melayu, JB... gerai dia di sebelah kiri jalan sebelum simpang empat berlampu isyarat... di sebelah kanan jalan tu & bersetentang dengan gerai ni ialah majlis jamek kg melayu... insya Allah.. xleh miss... Kawan ni suka makan... tapi... errr.. nama gerai dia pun x tauuu.. huwahahahahaaa... sabau jer laaa...
dulu aku ada gak citer fasak murtabak singapore ni..tapi dah lama so tak tau current ke idak.. http://masak-masak.blogspot.com/2007/02/murtabak-restoran-victory-arab-street.html kat bandar tun hussein onn punya bazar ramadhan memang ada orang jual murtabak singapore ni tiap posa..tapi wa cakap la..utk rega dia tipis dan daging tabur dia memang sikit la bro..tahun lepas aku terjumpa pulak kat BB Bangi belakang kompleks pkns..tebal sikit dan rasa pun ada sedap sikit..tapi rega RM10+ kalau tak silap.. anyway yg pelik kalau aku pi johor..aku makan menda ni kat ayer itam aja depan kedai2 pasu tu...fasal kat jb tak tau mana nak cari yg sedap ekekekeke! | |
| | | mumuchi GLOBAL MODERATOR
Posts : 19551 Reputation : 525 Join date : 05/06/2010 Location : Dulu Tempat Lumba Kuda
| Subject: Re: Jalan-Jalan Cari Makan Thu 17 Jun 2010, 4:22 pm | |
| lupalak...nasi ambeng dan nasi ujan panas pun ada jual kat BTH tu..dan 2 tahun lepas kat bazar ramadhan stadium bandaraya kl ada orang johor jual mee siam/laksa johor dan air kathira yg best punya..tapi tahun lepas dah tak ada..harap2 tahun ni ada balik weh.. | |
| | | powerw00t Major General
Posts : 7424 Reputation : 360 Join date : 19/04/2010 Location : Kuala Sg Baru, Melaka
| Subject: Re: Jalan-Jalan Cari Makan Thu 17 Jun 2010, 4:27 pm | |
| - tenteng wrote:
- powerw00t wrote:
- Kat hujung kampung aku, entah mana punya orang kaya tiba2 buat restoren berkonsep bawah pokok, iaitu pokok getah. Ada 2 bahagian, satu bawah pokok (open air) dan satu lagi berbumbung. Nama tempat makan tu, Warisan Ku menyediakan menu barat dan oriental.
Aku rasa konsep yg menarik. Kat tempat terbuka ada skrin besar tonton Astro. Kalo nak lagi privacy dalam jumlah yg ramai dia ada sediakan 2 rumah tradisional Melaka berhawa dingin yg bersambung serambi, dan satu tangga batu besarrrr punya antara kedua rumah tu. kat mana ni power? Tepi simpang antara Lubok Redan-Paya Mengkuang-Kuala Sg Baru. Kalo ko datang dari rumah ikut Paya Mengkuang. | |
| | | marc_zman MODERATOR
Posts : 16328 Reputation : 611 Join date : 08/06/2010 Location : di atas tanah bekas hutan, paya dan ladang kelapa sawit.. tak tau laaa ntah sapa2 pernah kena tanam kat sini dulu.. kalu ada laa
| | | | Sponsored content
| Subject: Re: Jalan-Jalan Cari Makan | |
| |
| | | | Jalan-Jalan Cari Makan | |
|
Similar topics | |
|
| Permissions in this forum: | You cannot reply to topics in this forum
| |
| |
| |
|