Malaysia's Military, Police and Security Agencies
Welcome to the battlefield, soldier!

MyMil adalah bod perbincangan berkenaan ketenteraan, agensi2 penguatkuasaan yang ada di Malaysia dan juga di serata dunia. Daftar sekarang untuk menikmati paparan perbincangan berinformasi sambil bersantai. Ahli2 yg baru akan digugurkan daripada senarai sekiranya tidak aktif dalam masa yg terdekat. Berforumlah dengan berhemah.

Terima kasih.


Admin dan moderator MyMil

Important Notice: The views and opinions expressed on the forum or the related pages are of the owner alone, and are not endorsed by Mymil, nor is Mymil responsible for them. Due to the nature of the Internet forum is in real time, Mymil does not, and can not censor any submission, but asks that each user use discretion and respect for other users, and does not contribute any word that is unlawful, harmful, threatening, abusive, harassing, tortious, defamatory, vulgar, obscene, libelous, invasive of another's privacy, hateful, or racially, ethnically or otherwise objectionable. Mymil reserve the right to withhold and/or remove any link that might possibly hold an individual, entity or group ridicule, potential embarrassment or potential defamation. Mymil also reserves the right to accept, edit and/or remove any link that is deemed inappropriate in any way.

Join the forum, it's quick and easy

Malaysia's Military, Police and Security Agencies
Welcome to the battlefield, soldier!

MyMil adalah bod perbincangan berkenaan ketenteraan, agensi2 penguatkuasaan yang ada di Malaysia dan juga di serata dunia. Daftar sekarang untuk menikmati paparan perbincangan berinformasi sambil bersantai. Ahli2 yg baru akan digugurkan daripada senarai sekiranya tidak aktif dalam masa yg terdekat. Berforumlah dengan berhemah.

Terima kasih.


Admin dan moderator MyMil

Important Notice: The views and opinions expressed on the forum or the related pages are of the owner alone, and are not endorsed by Mymil, nor is Mymil responsible for them. Due to the nature of the Internet forum is in real time, Mymil does not, and can not censor any submission, but asks that each user use discretion and respect for other users, and does not contribute any word that is unlawful, harmful, threatening, abusive, harassing, tortious, defamatory, vulgar, obscene, libelous, invasive of another's privacy, hateful, or racially, ethnically or otherwise objectionable. Mymil reserve the right to withhold and/or remove any link that might possibly hold an individual, entity or group ridicule, potential embarrassment or potential defamation. Mymil also reserves the right to accept, edit and/or remove any link that is deemed inappropriate in any way.
Malaysia's Military, Police and Security Agencies
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Latest topics
» Sembang Medan Selera Pak Jebat V44
by HangPC2 Sat 27 Aug 2022, 5:36 pm

» Halo semua
by matamata Mon 25 Oct 2021, 9:56 pm

» Cerita Rakyat
by mumuchi Sun 05 Sep 2021, 10:35 am

» Konfrontasi Malaysia-Indonesia 1962-66
by mumuchi Sun 05 Sep 2021, 10:28 am

» PAINTBALL - Come get some...
by pisang Tue 13 Dec 2016, 1:53 pm

» Baru balik
by pisang Mon 12 Dec 2016, 5:47 pm

» Jaket camo
by atreyudevil Fri 15 Jul 2016, 4:17 pm

» Nusantara Total War: Portuguese Invasion
by Adib Mon 22 Feb 2016, 7:57 pm

» Rekrut baru disini
by kapokbesi Thu 11 Feb 2016, 4:32 pm

» Keretapi Tanah Melayu Berhad
by zacky.uesoff Thu 04 Feb 2016, 11:00 pm

» ALL ABOUT HAM RADIO (AMATEUR RADIO STATION)
by kapokbesi Mon 16 Nov 2015, 12:42 pm

» BACKPACKING
by venez Tue 31 Mar 2015, 5:11 pm

» Rekrut 2015
by atreyudevil Sun 29 Mar 2015, 8:34 pm

» Sejarah Pangkalan-Pangkalan Udara TUDM
by venez Tue 24 Mar 2015, 11:02 am

» MyMil useful website lists
by atreyudevil Sat 24 Jan 2015, 11:17 pm

» WIP - Work In Progress
by yaminz Fri 26 Dec 2014, 12:06 pm

» Model Collections
by yaminz Fri 26 Dec 2014, 11:58 am

» Rekrut October & November 2014
by atreyudevil Sat 20 Dec 2014, 7:07 am

» Bola Cafe: MALAYSIA!
by HangPC2 Sun 14 Dec 2014, 12:35 pm

» Tayar Pirelli boleh tahan!
by venez Wed 10 Dec 2014, 4:27 pm

Statistics
We have 511 registered users
The newest registered user is Belarus

Our users have posted a total of 172030 messages in 1322 subjects
MyMil at Facebook
Like/Tweet/+1

Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56

3 posters

Go down

Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56 Empty Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56

Post by atreyudevil Thu 29 May 2014, 6:21 pm

Rentaka di Hari Media Bersama MINDEF dan TUDM – Part 1: Perasmian dan Demonstrasi Force Down

Oleh Rentaka Editorial Team

Pada 26 Mei 2014, Rentaka Editorial Team telah dijemput untuk menghadiri Hari Media Bersama MINDEF  & TUDM di Pengkalan Udara Kuantan. Kumpulan Editorial dari Kuantan telah diberi peluang untuk hadir untuk membuat liputan hari tersebut. Kami tiba di Pengkalan Udara Kuantan pada 0740 pagi, Dari situ kami dibawa ke Markas Pergerakan Udara dan diberi sedikit taklimat oleh anggota Provos yang bertugas sambil menunggu rakan media dari Kuantan yang lain. Kami diberikan baju, topi, tuala kecil dan beg untuk digunakan sepanjang acara hari media.
Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56 7301292_orig
Hari Media Bersama MINDEF dan TUDM
Lebih kurang pukul 8.15 pagi, pesawat CN-235 yang membawa Panglima Tentera Udara (PTU) serta tetamu-tetamu kehormat yang lain tiba. Kami diberitahu supaya bersedia untuk mengambil tempat kerana rakan-rakan media yang lain akan tiba sebentar lagi dengan pesawat lain dan demonstrasi force down akan dilakukan terhadap pesawat yang meraka naiki.

Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56 2932831_orig
CN-235-220M yang membawa tetamu VIP

Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56 4289548_orig
Panglima Tentera Udara JENERAL TAN SRI DATO’ SRI RODZALI BIN DAUD TUDM
Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56 3817916_orig
Khemah Media dan VIP
Dari jauh kami dapat melihat sebuah C-130 Hercules yang diiringi rapat oleh 2 buat pesawat MIG-29N sedang menuju ke landasan. Pesawat C-130 itu kemudian diiringi ke arah khemah media dan VIP sambil diiringi oleh pasukan PASKAU yang kemudian membuat satu kawasan perimeter keliling pesawat sebaik sahaja pesawat berhenti. Apabila pesawat berada dihadapan khemah VIP, pintu ramp dibelakang diturunkan dan sepasukan lagi pasukan PASKAU menyerbu kedalam pesawat C-130 tersebut. Kesemua rakan media diminta turun dengan tangan diatas kepala dan didalam keadaan teratur.

Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56 8317629_orig
Pesawat C-130 dan pesawat pejuang MIG-29N beraksi semasa demonstrasi force down
Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56 9557320_orig
C-130 yang membawa para peserta media dari Kuala Lumpur yang diiringi masuk
Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56 4140722_orig
Pasukan PASKAU menyerbu kedalam pesawat C-130
Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56 2414405_orig
Salah seorang anggota PASKAU didalam keadaan bersedia
Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56 6429731_orig
Para peserta media diminta untuk keluar didalam keadaan teratur dan tenang.
Suasana menjadi tegang apabila beberapa suspek pengganas telah ditahan oleh pasukan PASKAU dan berlaku sedikit pergelutan diantara pasukan PASKAU dan suspek-suspek pengganas yang cuba melawan. Keadaan kemudiannya terkawal apabila suspek ditahan dan dibawa pergi sekaligus pasukan PASKAU turut berundur. Kumpulan media diterangkan bahawa ini adalah SOP apabila terdapat pencerobohan oleh pesawat asing dimana pesawat itu akan di paksa untuk mendarat dan kesemua anak-anak kapal akan ditahan dan dibawa untuk tindakan selanjutnya.
Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56 3024546_orig
Salah seorang suspek pengganas ditarik oleh pasukan PASKAU.
Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56 6619315_orig
Suspek pengganas ditahan, dan dibawa pergi untuk tindakan selanjutnya.
Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56 1837015_orig
Pasukan PASKAU berundur setelah selesai operasi
PTU kemudian dijemput untuk menerima tabik hormat kawalan suku. Selepas itu PTU menjemput rakan-rakan media untuk majlis sarapan serta kata-kata aluan oleh PTU dan perasmian Hari Media MINDEF dan TUDM.

Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56 5857352_orig
Tabik Hormat Kawalan Sukuk
Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56 2019405_orig
PTU menerima tabik hormat
Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56 1862161_orig
Majlis bersarapan, alu-aluan dan perasmian Hari Media bersama MINDEF dan TUDM
Bersambung dibahagian ke 2...
atreyudevil
atreyudevil
ADMIN
ADMIN

Mymil
Posts : 9582
Reputation : 602
Join date : 19/04/2010
Location : Kuantan

https://www.facebook.com/?ref=logo#!/profile.php?id=1000002088986

Back to top Go down

Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56 Empty Re: Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56

Post by atreyudevil Thu 29 May 2014, 6:23 pm

Rentaka di Hari Media Bersama MINDEF dan TUDM – Part 2: Demonstrasi pasukan Paskau G-FAC

Oleh Rentaka Editorial Team

Selesai acara perasmian dan bersarapan, pasukan media dibawa semula ke kawasan khemah media dan VIP untuk demonstrasi yang seterusnya. Demo yang kedua ini ialah demonstrasi penyusupan pasukan PASKAU G-FAC atau Ground Forward Air Control melalui udara. Pasukan yang terdiri daripada 8 anggota ini akan memasuki kawasan konflik untuk memusnahkan sasaran penting melalui pengeboman dari udara atau “Air Strike” menggunakan bom panduan laser atau LGB.

Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56 1543553_orig
Para penerjun dari pasukan PASKAU G-FAC
Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56 3159797_orig

Salah satu daripada ahli pasukan tersebut membawa satu unit Ground Laser Target Designator (GLTD). Ahli pasukan yang ditugaskan untuk membawa GLTD akan mengikat alat tersebut di kaki beliau semasa membuat penerjunan  dan sebelum mendarat, alat tersebut perlu dilepaskan terlebih dahulu sebelum beliau melakukan pendaratan. Pasukan G-FAC ini kemudiannya akan berkumpul semula dan bergerak ke arah kawasan objektif. Sebaik sahaja sasaran dikesan di kawasan objektif, GLTD tadi akan dipasang serta dihidupkan. Sasaran kemudiannya akan ditanda dengan menggunakan GLTD sebelum pesawat pejuang melepaskan bom panduan laser. Sebaik sahaja kepala penderia bom mengesan pancaran laser, ia akan mengikuti pancaran laser tadi hingga ke sasaran. 
Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56 5676846_orig
Perhatikan GLTD pada kaki penerjun
Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56 7928279_orig
GLTD dilepaskan sebelum penerjun mendarat diatas tanah
Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56 3500650_orig
Sasaran ditandakan oleh pasukan G-FAC PASKAU
Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56 6263279_orig
Setelah beberapa ketika, pesawat pengeboman dari jenis Hawk 208 membuat lintas lalu dan diikuti oleh beberapa siri letupan piroteknik.
Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56 9708681_orig
Pesawat Hawk 208 melakukan bombing run
Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56 2738791_orig
Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56 2893116_orig
Apabila sasaran dimusnahkan, pasukan G-FAC akan berkumpul akan berkumpul semula untuk tujuan dikeluarkan secara SPIE-RIG dengan bantuan EC725 TUDM dari kawasan konflik. Salah satu dari anggota G-FAC akan melontarkan bom asap kuning sebagai tanda untuk membolehkan pesawat EC725 mengenalpasti kedudukan dan menuju ke arah mereka. Tali dikeluarkan dari helikopter dan pasukan G-FAC tadi akan mengambil kedudukan masing-masing untuk dibawa keluar dari situ.

Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56 7132397_orig
Berkumpul dan bersedia untuk dikeluarkan
Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56 3505884_orig
Bom asap sebangai tanda kedudukan mereka
Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56 7005339_orig
Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56 3607317_orig
Kabel diturunkan untuk proses SPIE RIG
Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56 3080657_orig
Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56 5026491_orig
Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56 2114342_orig
Bersambung ke bahagian ke 3...
atreyudevil
atreyudevil
ADMIN
ADMIN

Mymil
Posts : 9582
Reputation : 602
Join date : 19/04/2010
Location : Kuantan

https://www.facebook.com/?ref=logo#!/profile.php?id=1000002088986

Back to top Go down

Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56 Empty Re: Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56

Post by atreyudevil Thu 29 May 2014, 6:24 pm

Rentaka di Hari Media Bersama MINDEF dan TUDM – Part 3: Pameran Statik

Oleh: Rentaka Editorial Team

Sebaik sahaja demonstrasi oleh pasukan G-FAC usai, kumpulan media dibawa melihat pameran static oleh TUDM. Kumpulan media disini dapat melihat serta beramah mersa dengan pasukan dan krew-krew yang yang terlibat. Antara pameran-pameran statik yang sempat dilawati ialah pameran pesawat EC725, MIG-29N, Hawk 208 dan booth PASKAU. Tak begitu banyak masa yang dapat diluangkan disemua tempat kerana kesuntukan masa. Namun dalam masa yang singkat itu banyak soalan dapat ditanya kepada krew-krew yang mengendalikan pesawat di hadapan dan di belakang tabir serta anggota lain yang terlibat.
Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56 7630124_orig
EC725 Super Cougar
Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56 3999331_orig
EC725 Super Cougar

Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56 9344633_orig
Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56 5261816_orig
Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56 4003611_orig
Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56 2335871_orig
Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56 7677069_orig
Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56 4600748_orig
Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56 864783_orig
Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56 9727422_orig
Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56 8835849_orig
Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56 60979_orig
Namun pameran yang paling mencuri tumpuan adalah pesawat penunda sasaran LearJet 35A. Pesawat ini berfungsi untuk menunda sasaran udara bagi membolehkan latihan tembakan meriam dilakukan secara realistik. Untuk menjadikan latihan lebih realistik, pesawat ini turut boleh membawa pod penyerakan elektronik (ECM) untuk menyerak radar pemantauan dan radar kawalan tembakan serta Targeting Pod. Kumpulan media kemudiannya dibahagikan kepada dua kumpulan berdasarkan pas media yang telah diberikan sebelum iaitu samada kumpulan A dan B. Kumpulan-kumpulan ini kemudiannya dibawa menaiki bas yang telah disediakan mengikut kumpulan tadi dan Rentaka berada di dalam kumpulan A
Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56 5062614_orig
Pesawat penunda sasaran Learjet 35A yang dipasang dengan pod penyerakan elektronik dan Targetting Pod
Bersambung part 4...
atreyudevil
atreyudevil
ADMIN
ADMIN

Mymil
Posts : 9582
Reputation : 602
Join date : 19/04/2010
Location : Kuantan

https://www.facebook.com/?ref=logo#!/profile.php?id=1000002088986

Back to top Go down

Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56 Empty Re: Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56

Post by atreyudevil Thu 29 May 2014, 6:26 pm

Rentaka di Hari Media Bersama MINDEF dan TUDM – Part 4: Alert Hangar dan Operasi Pemintasan “Curiga”.

Oleh Rentaka Editorial Team

Bas telah membawa kumpulan media ke Alert Hangar di mana pesawat-pesawat pemintas QRA (Quick Reaction Alert) ditempatkan di dalam keadaan siap siaga untuk pemintasan pesawat asing. Sebelum menaiki bas, setiap ahli media diberi penyumbat telinga atau “Ear-Plug”. Sebaik memasuki bilik operasi, kumpulan media telah diberi taklimat oleh Mejar Jeneral Dato Sri Hj Affendi Buang dan Lt. Kol Sebastian mengenai fungsi dan peranan Alert Hangar. Media kemudiannya telah ditunjukkan simulasi pemintasan pesawat asing oleh pesawat MIG29N, dari pada saat isyarat memintas dikeluarkan oleh NADOC (National Defence Operation Center) untuk operasi pemintasan (OPS CURIGA).

Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56 2887971_orig

Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56 552536_orig
Mej. Jen. Dato Sri Hj Affendi Buang TUDM dan Lt. Kol Sebastian William TUDM (di belakang)
Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56 2089445_orig
Carta kesiagaan atau Readiness Chart dimana kesiagaan tahap "RedCon 4" ialah tahap normal.
Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56 4468948_orig
Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56 2319012_orig
gambar sekitar Alert Hangar
Media turut ditunjukan pesawat yang berada dalam keadaan  status "Alert 3" dimana juruterbang akan sentiasa bersedia didalam kokpit dengan enjin dihidupkan dan "Alert 5" serta dimana pesawat akan diberlepas dari landasan dalam masa 5 minit selepas arahan memintas diberikan. Simulasi dimulakan dengan panggilan telefon dari NADOC yang memberi arahan memintas. Arahan kemudiannya disahkan dan siren dibunyikan sebagai isyarat pemintasan telah diberikan. Simboliknya sempena hari Media hari ini siren telah ditekan oleh Panglima 1 Div Udara, YBhg Mej. Jen. Dato Azizool Arif.
Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56 4425454_orig
Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56 1268866_orig
Pesawat MiG-29N sedang berada dalam status "Alert 3".
Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56 5119355_orig
56 on the top of the tail fin
Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56 3153201_orig
There goes 1 Taufan Ganas
Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56 6041712_orig
Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56 732594_orig
Now there is 2 Taufan Ganas
Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56 9308466_orig
Kilau - kilau Taufan Ganas. Afterburner On
Bersambung ke bahagian ke 5...
atreyudevil
atreyudevil
ADMIN
ADMIN

Mymil
Posts : 9582
Reputation : 602
Join date : 19/04/2010
Location : Kuantan

https://www.facebook.com/?ref=logo#!/profile.php?id=1000002088986

Back to top Go down

Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56 Empty Re: Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56

Post by atreyudevil Thu 29 May 2014, 6:28 pm

Rentaka di Hari Media Bersama MINDEF dan TUDM – Part 5: 320 Squadron dan Sekolah Kawalan Trafik Udara dan Komunikasi

Oleh Rentaka Editorial Team

Kumpulan media kemudiannya dikumpulkan semula didalam kumpulan-kumpulan yang telah ditetapkan terlebih dahulu. Kumpulan-kumpulan ini akan mengikuti lawatan yang telah ditetapkan tadi dan tetapi mengikuti turutan berbeza untuk mengelakan kesesakan. Tempat persinggahan pertama kumpulan A ialah melawat 320 Squadron Operation Center atau SOC02 iaitu sebuah squadron radar. Kami diberi sedikit penerangan oleh Ketua Pengarah Operasi dan Eksesais, YBhg Mej. Jen. Dato Sri Hj Affendi Buang TUDM, yang turut mengetuai kumpulan kami sebelum taklimat penuh oleh Pegawai Memerintah Skuadron 320, Lt Kolonel Ruzman TUDM, mengenai bidang kuasa, misi, visi dan fungsi squadron tersebut serta sejarah squadron dan radar-radar dibawah tanggung jawab TUDM. Kami berpeluang untuk menyaksikan pergerakan pesawat di ruang udara Malaysia secara langsung dan keadaan didalam bilik kawalan melalui tv yang disediakan serta proses-proses yang akan dilakukan sekiranya keadaan yang tidak diingini berlaku seperti pencerobohan masuk oleh pesawat luar, atau pesawat yang lari dari rancangan penerbangan (flight plan) mereka serta prosedur yang akan dilakukan.
Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56 6809607_orig
Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56 6624367_orig

Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56 7307608_orig
Taklimat dari Lt. Kol Ruzman TUDM mengenai sejarah, visi dan misi SOC02
Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56 9444980_orig
Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56 5570590_orig
The Command and Control Centre secara langsung dari CCTV
Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56 8052426_orig
Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56 6879369_orig
Prosedur asas di dalam operasi pemintasan
Kami juga diberi penerangan mengenai sistem C2 Sentry Command and Control Air Defense Battlespace Management System oleh Kapten Hasmiza TUDM dimana turut dipertontonkan situasi pertarungan udara 4 melawan 2 iaitu 4 pesawat Hawk callsign Red dan 2 pesawat Sukhoi 30MKM callsign Blue. Sistem ini akan memaparkan objektif misi, formasi, taktik dan callsign pesawat yang terlibat. Di dalam situasi ini 4 pesawat Hawk di dalam misi untuk menyerang 2 pesawat Sukhoi yang berperanan sebagai penceroboh. Boleh dilihat di dalam gambar, bahawa jelas menunjukan bagaimana sistem ini berfungsi dan peranan untuk mencipta “situation awareness” di kalangan juruterbang-juruterbang TUDM agar mereka mempunyai kelebihan didalam setiap situasi dan memantau pergerakan serta merancang strategi yang akan memberi kelebihan kepada mereka.
Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56 9791353_orig
Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56 3684550_orig
Simulasi 4 Hawk vs 2 Su-30MKM
Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56 7865213_orig
Sekolah kawalan trafik udara dan komunikasi
Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56 5839351_orig
Kami kemudian dibawa kepada Sekolah Kawalan Trafik Udara dan Komunikasi atau Air Traffic Control and Communication School. Disinilah bakal anggota kawalan udara akan dilatih sebelum diberi kepercayaan untuk memikul tugas yang sebenar. Didalam bangunan ini terdapat simulator yang memberikan pandangan 360 darjah seakan-akan pelajar itu berada diatas menara kawalan yang sebenar.

Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56 1063335_orig
Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56 4230007_orig
Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56 234478_orig
Pelajar akan dilatih untuk menghadapi semua keadaan sebenar di mana mereka akan dilatih untuk menghadapi sebarang masalah yang timbul dan cara terbaik untuk menangani masalah tersebut. Mesin simulator ini dapat memberikan sebarang scenario melalui yang telah ditetapkan sama ada keadaan hujan atau cerah, malah bersalji serta siang atau malam dengan apa-apa jenis pesawat yang telah diprogram terlebih dahulu.

Bersambung ke bahagian ke 6...
atreyudevil
atreyudevil
ADMIN
ADMIN

Mymil
Posts : 9582
Reputation : 602
Join date : 19/04/2010
Location : Kuantan

https://www.facebook.com/?ref=logo#!/profile.php?id=1000002088986

Back to top Go down

Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56 Empty Re: Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56

Post by atreyudevil Thu 29 May 2014, 6:29 pm

Rentaka di Hari Media Bersama MINDEF dan TUDM – Part 6: Bangunan (Air Combat Manoeuvring AND InstrumentS) ACMI dan Simulator MIG-29N

Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56 3148252_orig
The ACMI Building
Oleh Rentaka Editorial Team

Bangunan ACMI ialah destinasi seterusnya dan disini kami diberi penerangan sekali lagi oleh Lt. Kol. Sebastian William TUDM mengenai ACMI. Sistem ACMI amat membantu dalam menajamkan lagi kemahiran juruterbang pejuang dalam pertempuran udara. Ini adalah kerana setiap keputusan dan pergerakan yang dilakukan oleh juruterbang dan pesawatnya akan direkodkan dan ini membolehkan para pelatih dan juruterbang untuk mengenal pasti kesalahan- kesalahan taktikal yang telah dilakukan sewaktu penerbangan semasa taklimat di dalam kelas. Sistem ACMI membolehkan juruterbang untuk melihat secara menyeluruh pertempuran udara yang telah disertai dan mempelajari apakah impak terhadap langkah taktikal yang telah mereka ambil serta cara- cara untuk berjuang dengan lebih efektif.
Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56 4344164_orig

Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56 2483915_orig
Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56 7429468_orig
Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56 58003_orig
Pod ACMI bukanlah hanya sekadar merekod pergerakan pesawat tetapi juga dapat mensimulasikan pelancaran peluru berpandu serta tembakan meriam pesawat dan mengira peratus kebarangkalian untuk pesawat musuh ditembak jatuh.  Jika peratus tembakan adalah melebihi 70%, maka tembakan tadi akan dikira sebagai berjaya mengenai sasarannya.. Tim Rentaka turut dipertontonkan satu pertempuran antara 2 pesawat MiG-29N (Taufan Ganas) dan 2 pesawat Hawk (Madah) dimana sudut pandangan pertempuran antara 2 kumpulan tersebut adalah seolah-olah dari pandangan juruterbang. Sehingga kini hanya Su 30 MKM yang masih belum dapat menggunakan pod ACMI tetapi dalam proses untuk pemasangan.
Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56 9719765_orig
Simulasi pertarungan udara antara 2 MiG-29N dan 2 Hawk 208
Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56 5352305_orig
Senario di mana 2 pesawat MiG (Merah) dan 2 Pesawat Hawk (Kuning) didalam latihan pertempuran udara jarak dekat atau Dogfight".
Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56 8564340_orig
ACMI pod dapat mensimulasikan pandangan dari kokpit juruterbang
Bangunan simulator mig-29n 17 squadron
Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56 3061566_orig
Selesai di bangunan ACMI, kami dibawa pula ke bangunan yang menempatkan 2 simulator MiG-29 yang terletak berhadapan dengan bangunan ACMI. Di sini kami dapat melihat bagaimana bakal-bakal juruterbanng pesawat pejuang MiG-29 dilatih untuk mengendalikan pesawat dengan menggunakan simulator. Simulasi ini dibina serupa dengan kokpit pesawat sebenar kerana ini untuk membolehkan pelatih untuk membiasakan diri dengan keadaan sebenar dan tahu setiap kedudukan peralatan, dial dan suis yang penting. Simulator ini juga memberi peluang untuk bakal juruterbang untuk berlatih mengendalikan pesawat dalam situasi tertentu atau melakukan misi tertentu sebelum melakukannya secara amali.
Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56 3964931_orig
Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56 4380202_orig
Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56 8653058_orig
Kerangka utama komputer yang mengawal segala program untuk simulator MiG-29N
Simulator ini juga dapat memberi pelbagai senario dan pelbagai keadaan cuaca kepada juruterbang seperti terbang di dalam keadaan hujan atau di waktu malam.  Disamping itu simulator ini juga dapat mensimulasi keadaan mencemaskan, seperti keadaan kerosakan enjin atau peralatan instrument penting. Ini adalah untuk melatih juruterbang untuk bersedia dan mempraktikan prosedur yang telah diajar untuk menangani situasi tersebut jika berlaku kepada pesawat mereka. Para wakil media juga turut diberikan peluang untuk mencuba simulator tersebut.
Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56 4869275_orig
Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56 5099080_orig
Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56 572730_orig
Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56 671978_orig
Bersambung dibahagian seterusnya..
atreyudevil
atreyudevil
ADMIN
ADMIN

Mymil
Posts : 9582
Reputation : 602
Join date : 19/04/2010
Location : Kuantan

https://www.facebook.com/?ref=logo#!/profile.php?id=1000002088986

Back to top Go down

Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56 Empty Re: Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56

Post by atreyudevil Thu 29 May 2014, 6:30 pm

RENTAKA DI HARI MEDIA BERSAMA MINDEF DAN TUDM – Final PART.

Oleh Rentaka Editorial Team

Selesai lawatan di bangunan simulator MiG, kami dibawa semula ke bangunan markas pergerakan udara. Di sana kami dibawa kepada satu sidang media bersama PTU. Di antara intisari sidang media bersama PTU ialah mengenai peranan kuasa udara nasional dan kepentingannya didalam peperangan dan pertahanan. Status pengoperasian MiG-29N selepas 2015, penggantian radar pertahanan udara Martello; penggantian pesawat Allouette yang sekarang ini merupakan pesawat tertua berkhidmat di dalam TUDM dan penerimaan helikopter ke 12 EC725  yang juga yang terakhir dalam masa beberapa hari lagi.
Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56 5800972_orig
Sesudah sidang media, para wakil media dijamu dengan hidangan makan tengah hari bersama PTU sebelum dibawa ke terminal peluru pengkalan udara Kuantan. Sebelum kami menaiki bas ke terminal peluru, para media diminta untuk menyerahkan segala peralatan  yang mempunyai bateri termasuklah kamera, telefon bimbit, penggera kereta dan juga jam pintar. Ini adalah langkah keselamatan kerana bateri dan papan litar elektronik dapat menganggu alatan sensor peluru berpandu yang akan ditunjukan kepada para media. Malah anggota-anggota TUDM juga menggunakan alat komunikasi dari jenis yang berbeza apabila berada di dalam kawasan terminal peluru. Di situ kami telah ditunjukan persenjataan untuk pesawat - pesawat pejuang dari peluru meriam 30mm sehinggalah peluru berpandu udara ke udara dan udara ke darat. Malah kami juga ditunjukan demonstrasi memasang bom Mk. 82 dengan kit panduan laser.
Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56 5280579_orig

Selepas lawatan diterminal peluru, kami dibawa ke lapang sasar 10m yang biasa digunakan untuk menembak sasaran pistol. Semua wakil media diberikan penerangan ringkas mengenai prosedur dan langkah keselamatan serta cara untuk menembak oleh Mej. Naim TUDM dari pasukan Provos. Setiap wakil Media diberikan sepucuk pistol jenis Browning 9mm bersama 10 butir peluru dan mereka yang berjaya menembak sasaran dan memperolehi markah terbanyak, akan diisytiharkan pemenang.
Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56 973836_orig
Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56 6389836_orig
Taklimat keselamatan dan asas pengendalian pistol Browning oleh Mejar Naim TUDM.
Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56 4154475_orig
Para wakil media melakukan tembakan dibawah seliaan tenaga pengajar daripada PROVOS
Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56 5631568_orig
Selesai acara menembak pistol, peserta media kembali dibawa ke Bangunan Markas Pergerakan Udara untuk sesi minum petang atau Hi-Tea. Selepas minum petang, upacara penyampaihan hadiah oleh YBhg Mej. Jen. Dato Azizool Arif TUDM kepada 5 orang wakil media yang berjaya mengumpul markah tertinggi dalam acara menembak pistol. YBhg Mej. Jen. Dato Azizool Arif TUDM turut merasmikan upacara penutupan majlis Hari Bersama Media MINDEF dan TUDM. Sebaik sahaja majlis penutup selesai, para wakil media dari Kuala Lumpur kemudian bersedia untuk menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur dengan menaiki pesawat C-130 yang telah pun bersedia untuk berlepas.
Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56 8064555_orig
Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56 6615793_orig
Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56 2454309_orig
Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56 2132874_orig
Disini Tim Editorial Rentaka mahu mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kementerian Pertahanan dan Tentera Udara Diraja Malaysia kerana menjemput serta memberi kesempatan kepada  kami untuk turut sama menyertai Hari Media bersama MINDEF dan TUDM.
Nota Editor Bersekutu: Errr... bos, takkan la itu jer. Gambo aweks- awekssss tarak ka?
atreyudevil
atreyudevil
ADMIN
ADMIN

Mymil
Posts : 9582
Reputation : 602
Join date : 19/04/2010
Location : Kuantan

https://www.facebook.com/?ref=logo#!/profile.php?id=1000002088986

Back to top Go down

Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56 Empty Re: Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56

Post by venez Sun 01 Jun 2014, 10:31 pm

terbaik laporan..
venez
venez
ADMIN
ADMIN

Mymil
Posts : 17389
Reputation : 581
Join date : 19/04/2010
Age : 45
Location : AFNG

http://venez2.blogspot.com

Back to top Go down

Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56 Empty Re: Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56

Post by yaminz Tue 03 Jun 2014, 8:42 am

sempat lg tu kaki note... ekekeke
yaminz
yaminz
MODERATOR
MODERATOR

Mymil
Posts : 13517
Reputation : 378
Join date : 23/04/2010
Age : 45

Back to top Go down

Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56 Empty Re: Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56

Post by atreyudevil Tue 03 Jun 2014, 11:52 am

haha, pasal bab awek mmg cepat dia
atreyudevil
atreyudevil
ADMIN
ADMIN

Mymil
Posts : 9582
Reputation : 602
Join date : 19/04/2010
Location : Kuantan

https://www.facebook.com/?ref=logo#!/profile.php?id=1000002088986

Back to top Go down

Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56 Empty Re: Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56

Post by yaminz Tue 03 Jun 2014, 11:58 am

atreyudevil wrote:haha, pasal bab awek mmg cepat dia

ekekeke...
yaminz
yaminz
MODERATOR
MODERATOR

Mymil
Posts : 13517
Reputation : 378
Join date : 23/04/2010
Age : 45

Back to top Go down

Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56 Empty Re: Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum