Malaysia's Military, Police and Security Agencies
Welcome to the battlefield, soldier!

MyMil adalah bod perbincangan berkenaan ketenteraan, agensi2 penguatkuasaan yang ada di Malaysia dan juga di serata dunia. Daftar sekarang untuk menikmati paparan perbincangan berinformasi sambil bersantai. Ahli2 yg baru akan digugurkan daripada senarai sekiranya tidak aktif dalam masa yg terdekat. Berforumlah dengan berhemah.

Terima kasih.


Admin dan moderator MyMil

Important Notice: The views and opinions expressed on the forum or the related pages are of the owner alone, and are not endorsed by Mymil, nor is Mymil responsible for them. Due to the nature of the Internet forum is in real time, Mymil does not, and can not censor any submission, but asks that each user use discretion and respect for other users, and does not contribute any word that is unlawful, harmful, threatening, abusive, harassing, tortious, defamatory, vulgar, obscene, libelous, invasive of another's privacy, hateful, or racially, ethnically or otherwise objectionable. Mymil reserve the right to withhold and/or remove any link that might possibly hold an individual, entity or group ridicule, potential embarrassment or potential defamation. Mymil also reserves the right to accept, edit and/or remove any link that is deemed inappropriate in any way.

Join the forum, it's quick and easy

Malaysia's Military, Police and Security Agencies
Welcome to the battlefield, soldier!

MyMil adalah bod perbincangan berkenaan ketenteraan, agensi2 penguatkuasaan yang ada di Malaysia dan juga di serata dunia. Daftar sekarang untuk menikmati paparan perbincangan berinformasi sambil bersantai. Ahli2 yg baru akan digugurkan daripada senarai sekiranya tidak aktif dalam masa yg terdekat. Berforumlah dengan berhemah.

Terima kasih.


Admin dan moderator MyMil

Important Notice: The views and opinions expressed on the forum or the related pages are of the owner alone, and are not endorsed by Mymil, nor is Mymil responsible for them. Due to the nature of the Internet forum is in real time, Mymil does not, and can not censor any submission, but asks that each user use discretion and respect for other users, and does not contribute any word that is unlawful, harmful, threatening, abusive, harassing, tortious, defamatory, vulgar, obscene, libelous, invasive of another's privacy, hateful, or racially, ethnically or otherwise objectionable. Mymil reserve the right to withhold and/or remove any link that might possibly hold an individual, entity or group ridicule, potential embarrassment or potential defamation. Mymil also reserves the right to accept, edit and/or remove any link that is deemed inappropriate in any way.
Malaysia's Military, Police and Security Agencies
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Latest topics
» Sembang Medan Selera Pak Jebat V44
by HangPC2 Sat 27 Aug 2022, 5:36 pm

» Halo semua
by matamata Mon 25 Oct 2021, 9:56 pm

» Cerita Rakyat
by mumuchi Sun 05 Sep 2021, 10:35 am

» Konfrontasi Malaysia-Indonesia 1962-66
by mumuchi Sun 05 Sep 2021, 10:28 am

» PAINTBALL - Come get some...
by pisang Tue 13 Dec 2016, 1:53 pm

» Baru balik
by pisang Mon 12 Dec 2016, 5:47 pm

» Jaket camo
by atreyudevil Fri 15 Jul 2016, 4:17 pm

» Nusantara Total War: Portuguese Invasion
by Adib Mon 22 Feb 2016, 7:57 pm

» Rekrut baru disini
by kapokbesi Thu 11 Feb 2016, 4:32 pm

» Keretapi Tanah Melayu Berhad
by zacky.uesoff Thu 04 Feb 2016, 11:00 pm

» ALL ABOUT HAM RADIO (AMATEUR RADIO STATION)
by kapokbesi Mon 16 Nov 2015, 12:42 pm

» BACKPACKING
by venez Tue 31 Mar 2015, 5:11 pm

» Rekrut 2015
by atreyudevil Sun 29 Mar 2015, 8:34 pm

» Sejarah Pangkalan-Pangkalan Udara TUDM
by venez Tue 24 Mar 2015, 11:02 am

» MyMil useful website lists
by atreyudevil Sat 24 Jan 2015, 11:17 pm

» WIP - Work In Progress
by yaminz Fri 26 Dec 2014, 12:06 pm

» Model Collections
by yaminz Fri 26 Dec 2014, 11:58 am

» Rekrut October & November 2014
by atreyudevil Sat 20 Dec 2014, 7:07 am

» Bola Cafe: MALAYSIA!
by HangPC2 Sun 14 Dec 2014, 12:35 pm

» Tayar Pirelli boleh tahan!
by venez Wed 10 Dec 2014, 4:27 pm

Statistics
We have 511 registered users
The newest registered user is Belarus

Our users have posted a total of 172030 messages in 1322 subjects
MyMil at Facebook
Like/Tweet/+1

Sejarah Jalur Gemilang

+6
mumuchi
pcboss
marc_zman
lanunselat
harleena
venez
10 posters

Page 1 of 2 1, 2  Next

Go down

Sejarah Jalur Gemilang Empty Sejarah Jalur Gemilang

Post by venez Fri 17 Sep 2010, 5:18 pm

[You must be registered and logged in to see this image.]

Bercakap mengenai jalur gemilang, seharusnya kita perlu mengenali siapakah yang menciptanya.... Individu yang berjaya mencipta rekaan jalur gemilang adalah Mohamed Hamzah, seorang arkitek yang berasal dari Johor... Ianya (jalur gemilang) kemudiannya, dikibarkan buat kali pertama di istana Sultan Selangor pada 26 Mei 1950...

Pada pendapat aku, nama Mohamed Hamzah perlulah di semadikan didalam buku-buku teks sejarah di sekolah-sekolah... Ianya sebagai tanda pengiktirafan kepada individu yang mencipta bendera yang menjadi kebanggaan kita semua... Harus diingat, jasa Mohamed Hamzah sangatlah besar...

Sejarah Jalur Gemilang

Bendera Malaysia dikenali sebagai Jalur Gemilang, mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri dan 1 kerajaan persekutuan - Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu dan Kerajaan Persekutuan.

Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima itu maknanya perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan tanda Agama Islam - agama bagi Persekutuan (Malaysia).

Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Warna kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.

Permulaan asal Jalur Gemilang bermula apabila pada tahun 1949, dengan persetujuan Majlis Raja-Raja sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan untuk menimbang dan membuat perakuan berhubung dengan rekabentuk bendera bagi Persekutuan Tanah Melayu yang baru.

Untuk tujuan itu satu pertandingan bagi mereka bentuk bendera Persekutuan Tanah Melayu yang baru pada tahun 1949. Pertandingan peringkat kebangsaan ini dianjurkan oleh Majlis Perundangan Persekutuan dan disertai oleh 373 karyawan. Daripada sejumlah itu, tiga rekabentuk bendera baru bagi Persekutuan Tanah Melayu telah dipilih untuk ke peringkat akhir.

Rekabentuk pertama ialah lambang keris bersilang di tengah-tengah dengan dikelilingi oleh 11 bintang pecah lima. Rekabentuk kedua hampir serupa dengan rekabentuk pertama tetapi 11 bintang pecah lima itu disusun dalam dua bulatan mengelilingi keris bersilang itu. Rekabentuk ketiga ialah 11 jalur biru dan putih dengan bulan dan bintang berwarna kuning di bahagian tepi kiri.

Pendapat umum diambil kira
Majlis Perundangan Persekutuan telah memberi peluang kepada orang ramai untuk memberikan pendapat kepada ketiga-tiga rekabentuk tersebut. Keputusan pendapat umum yang dikelolakan oleh akhbar The Malay Mail itu telah disiarkan pada 29 November 1949. Keputusan akhir menunjukkan majoriti telah memilih rekabentuk ciptaan seorang arkitek kerajaan di Johor iaitu En. Mohamad bin Hamzah.

JALUR GEMILANG yang dilihat sekarang sebenarnya wujud beberapa tahun sebelum negara merdeka. Sejarah sepintas lalu, merekodkan Bendera Persekutuan Tanah Melayu diilhamkan menerusi satu pertandingan mereka cipta bendera peringkat kebangsaan. Pertandingan dikelolakan Jawatankuasa Khas dan dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara ketika itu, Sir Alec Newboult dianjurkan bagi mencari lambang kewujudan kerajaan Persekutuan.

Pada 15 November 1949, Jawatankuasa ini mengemukakan 373 reka bentuk bendera kepada Majlis Perundangan Persekutuan untuk pertimbangan dan pemilihan. Daripada jumlah itu, tiga rekaan disenarai pendekkan membabitkan lambang keris bersilang dikelilingi 11 bintang pecah lima manakala rekaan kedua mempertaruhkan reka bentuk hampir serupa kecuali 11 bintang pecah lima membentuk dua bulatan mengelilingi keris bersilang.

Bagaimanapun, rekaan ketiga ciptaan arkitek Jabatan Kerja Raya Johor, Mohamed Hamzah yang menampilkan sebelas jalur biru-putih dengan bulan bintang berwarna putih di bahagian tepi kiri mendapat pilihan majoriti dan perkenan Mesyuarat Majlis Raja-raja yang berlangsung pada 22 dan 23 Februari 1950.

Reka bentuk terakhir dipilih
Setelah diubahsuai beberapa kali, rekabentuk tersebut telah teliti pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 22 dan 23 Februari 1950. Pada 19 April 1950, Majlis Perundangan Persekutuan telah meluluskan usul yang dibentangkan oleh Pemangku Ketua Setiausaha Negara seperti berikut:

"That in the opinion of this Council the Flag of the Federation of Malaya should be as follows:- Eleven horizontal stripes alternately red and white in colour, the uppermost stripe being red, having a blue quarter with a cresent and eleven pointed star in yellow superimposed, the standard size of the flag to be six feet by three feet."

Reka bentuk diluluskan
Reka bentuk bendera tersebut telah mendapat kelulusan Raja George VI pada 19 Mei 1950. Dengan itu, buat pertama kalinya bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dikibarkan dalam satu majlis menaikkan bendera tersebut yang dianjurkan oleh Pesuruhjaya Tinggi British pada 26 Mei 1950 di perkarangan Istana Sultan Selangor dengan dihadiri oleh DYMM Raja-Raja Melayu dan Pegawai-pegawai Raja George VI.

Sebelum kekal dengan rekaan sekarang, beberapa pindaan dibuat termasuk mengikut cadangan Sultan Kedah yang meminta warna putih bulan sabit ditukar kuning bagi mewakili warna Diraja.

Pada 19 April 1950, Majlis Perundangan Persekutuan menerusi perkenan Majlis Raja-raja Melayu meluluskan usul yang dibentangkan Pemangku Ketua Setiausaha Negara mengenai Bendera Persekutuan Tanah Melayu.

Pada 26 Mei tahun yang sama, bendera itu dikibarkan buat pertama kalinya di Istana Sultan Selangor, Kuala Lumpur. Majlis pengibaran yang berlangsung pada 9.30 pagi itu dihadiri wakil Sultan seluruh tanah Melayu.

source : [You must be registered and logged in to see this link.]
venez
venez
ADMIN
ADMIN

Mymil
Posts : 17389
Reputation : 581
Join date : 19/04/2010
Age : 45
Location : AFNG

http://venez2.blogspot.com

Back to top Go down

Sejarah Jalur Gemilang Empty Re: Sejarah Jalur Gemilang

Post by harleena Fri 17 Sep 2010, 5:33 pm

good info...
harleena
harleena
MODERATOR
MODERATOR

Mymil
Posts : 4168
Reputation : 81
Join date : 19/04/2010
Age : 56

http://wadahharleena.blogspot.com

Back to top Go down

Sejarah Jalur Gemilang Empty Re: Sejarah Jalur Gemilang

Post by lanunselat Mon 27 Sep 2010, 9:27 am

rasanya kene tukar le rekabentuk bendera kebangsaan kita nih. dari jauh mirip mcm bendera US. dulu pon konvoy kita kat Iraq kene ambush psl diorang ingat itu konvoy US pnya.
lanunselat
lanunselat
Staff Sargent
Staff Sargent

Mymil
Posts : 297
Reputation : 45
Join date : 26/05/2010
Age : 44
Location : Petaling Jaya

Back to top Go down

Sejarah Jalur Gemilang Empty Re: Sejarah Jalur Gemilang

Post by marc_zman Mon 27 Sep 2010, 9:40 am

insiden yg hang sebut tu nun hanya kejadian terpencil.. tak kan sebab tu kita terus nak tukar bendera..
marc_zman
marc_zman
MODERATOR
MODERATOR

R.I.P
Posts : 16328
Reputation : 611
Join date : 08/06/2010
Location : di atas tanah bekas hutan, paya dan ladang kelapa sawit.. tak tau laaa ntah sapa2 pernah kena tanam kat sini dulu.. kalu ada laa

Back to top Go down

Sejarah Jalur Gemilang Empty Re: Sejarah Jalur Gemilang

Post by pcboss Mon 27 Sep 2010, 12:21 pm

tak salah aku, aku penah baca antara sebab kenapa bendera malaysia nak sama mcm bendera US sbb lepas merdeka, kita nak jd pro US, bukan lg pro british empire. Lgpun pengaruh hollywood mmg kuat era 50's. kalau tak takkan masa kofrantasi tanah melayu mintak campur tangan US. Tp kita salah pilih..
pcboss
pcboss
Major
Major

Mymil
Posts : 1021
Reputation : 129
Join date : 27/08/2010
Location : Sungai Petani

Back to top Go down

Sejarah Jalur Gemilang Empty Re: Sejarah Jalur Gemilang

Post by mumuchi Mon 27 Sep 2010, 12:31 pm

PCboss..kita mintak campur tangan US scratch bukan sukarno ka?
mumuchi
mumuchi
GLOBAL MODERATOR
GLOBAL MODERATOR

Mymil
Posts : 19551
Reputation : 525
Join date : 05/06/2010
Location : Dulu Tempat Lumba Kuda

Back to top Go down

Sejarah Jalur Gemilang Empty Re: Sejarah Jalur Gemilang

Post by pcboss Mon 27 Sep 2010, 12:38 pm

tak salah aku kita yang mintak. tp sukarno ugut nak kacau kapal us lalu selat melaka, kalau us masuk belah kita. BTW sukarno kan pro soviet.
pcboss
pcboss
Major
Major

Mymil
Posts : 1021
Reputation : 129
Join date : 27/08/2010
Location : Sungai Petani

Back to top Go down

Sejarah Jalur Gemilang Empty Re: Sejarah Jalur Gemilang

Post by mumuchi Mon 27 Sep 2010, 12:48 pm

seingat akulah...sejarah lebih kurang yang dituliskan kat sini..

[You must be registered and logged in to see this link.]

ko jangan tak tau, bung karno tu pandai mainkan pelbagai pihak..kalau tidak takkan ada wayang "year of living dangerously"
mumuchi
mumuchi
GLOBAL MODERATOR
GLOBAL MODERATOR

Mymil
Posts : 19551
Reputation : 525
Join date : 05/06/2010
Location : Dulu Tempat Lumba Kuda

Back to top Go down

Sejarah Jalur Gemilang Empty Re: Sejarah Jalur Gemilang

Post by pcboss Mon 27 Sep 2010, 12:59 pm

maksud aku bukan campurtangan rundingan, tapi sbgai sekutu peperangan. bila indo* langgar tanah malaya, mmg kita mintak bantuan US. tp dorg ambil dasar berkecuali sbb nak laluan kapal dorg selamat.
pcboss
pcboss
Major
Major

Mymil
Posts : 1021
Reputation : 129
Join date : 27/08/2010
Location : Sungai Petani

Back to top Go down

Sejarah Jalur Gemilang Empty Re: Sejarah Jalur Gemilang

Post by mumuchi Mon 27 Sep 2010, 1:05 pm

ooo ok ada faham..tapi heran jugak ni..bukan britain dan komanwel dah setuju nak bantu ke..ada sumber ke bro?
mumuchi
mumuchi
GLOBAL MODERATOR
GLOBAL MODERATOR

Mymil
Posts : 19551
Reputation : 525
Join date : 05/06/2010
Location : Dulu Tempat Lumba Kuda

Back to top Go down

Sejarah Jalur Gemilang Empty Re: Sejarah Jalur Gemilang

Post by tin Mon 27 Sep 2010, 1:17 pm

lanunselat wrote:rasanya kene tukar le rekabentuk bendera kebangsaan kita nih. dari jauh mirip mcm bendera US. dulu pon konvoy kita kat Iraq kene ambush psl diorang ingat itu konvoy US pnya.

konvoi kita kat Iraq diserang? Shocked

biler? scratch Suspect
tin
tin
Kehormat MyMil

Mymil
Posts : 6841
Reputation : 235
Join date : 06/06/2010
Location : Mymil's village idiot

Back to top Go down

Sejarah Jalur Gemilang Empty Re: Sejarah Jalur Gemilang

Post by helangrimba Mon 27 Sep 2010, 1:17 pm

Mohon maaf kerana mencelah.. kebanyakan blog dan maklumat yang ada adalah andai dan bukan berlandaskan fakta, setiap orang akan mengeluarkan andaian berdasarkan pengetahuan, kefahaman, persekitaran dan juga cara kehidupan.. soal sama bendera 2 adalah perkara biasa. kita sendiri pun paham dengan setiap maksud bendera kita. tidak dinafikan bahawa bendera kita menyerupai benda Uncle Sam tetapi itu kebetulan, negara liberia pun hampir sama dengan bendera lama Uncle Sam. memang ada kejadian kenderaan kedutaan negara kita diganggu dan diserang disebabkan kesalahan paham bendera bukan sahaja di iraq tetapi temasuk negara lain2..
helangrimba
helangrimba
Lieutenant
Lieutenant

Mymil
Posts : 631
Reputation : 96
Join date : 27/09/2010
Age : 40
Location : Kuala Lumpur

http://bertiwi.blogspot.com/

Back to top Go down

Sejarah Jalur Gemilang Empty Re: Sejarah Jalur Gemilang

Post by pcboss Mon 27 Sep 2010, 1:19 pm

aku baca majalah. kesahihannya wallahualam...lupa majalah apa dlm 5-6 tahun lepas. mmg komenwel nak tolong. tapi dasar awal negara pasca merdeka. tanah melayu time tu berpikir US sebagai real winner in WW2. dan indonesia sgt rapat dgn soviet. berbalik pada topik bendera. mmg ditiru konsep bendera US. terutama jalur merah putih. dalam majalah tu pon ada gambar bendera yang tak terpilih. aku mmg nak cari balik majalah tu..
pcboss
pcboss
Major
Major

Mymil
Posts : 1021
Reputation : 129
Join date : 27/08/2010
Location : Sungai Petani

Back to top Go down

Sejarah Jalur Gemilang Empty Re: Sejarah Jalur Gemilang

Post by tin Mon 27 Sep 2010, 1:21 pm

mumuchi wrote:ooo ok ada faham..tapi heran jugak ni..bukan britain dan komanwel dah setuju nak bantu ke..ada sumber ke bro?

mmg betul kita mintak US tolong tp US mau berkecuali. tp UK dgn komenwel ttp tolong. cuma US tolong secara tidak langsung. mungkin sebab depa takmo ada proxy war kat important sea lanes.
tin
tin
Kehormat MyMil

Mymil
Posts : 6841
Reputation : 235
Join date : 06/06/2010
Location : Mymil's village idiot

Back to top Go down

Sejarah Jalur Gemilang Empty Re: Sejarah Jalur Gemilang

Post by pcboss Mon 27 Sep 2010, 1:26 pm

helangrimba wrote:Mohon maaf kerana mencelah.. kebanyakan blog dan maklumat yang ada adalah andai dan bukan berlandaskan fakta, setiap orang akan mengeluarkan andaian berdasarkan pengetahuan, kefahaman, persekitaran dan juga cara kehidupan.. soal sama bendera 2 adalah perkara biasa. kita sendiri pun paham dengan setiap maksud bendera kita. tidak dinafikan bahawa bendera kita menyerupai benda Uncle Sam tetapi itu kebetulan, negara liberia pun hampir sama dengan bendera lama Uncle Sam. memang ada kejadian kenderaan kedutaan negara kita diganggu dan diserang disebabkan kesalahan paham bendera bukan sahaja di iraq tetapi temasuk negara lain2..

mmg ada sebab. bendera liberia nak sama bendera US pun ada kaitan dgn US. Bila perhambaan diharamkan di US, sebahagian hamba yang dibebaskan dihantar kembali ke afrika (liberia sekarang). sebangai penghargaan bendera dorg pun tiru bendera US. Rumah presiden liberia pun tiru white house. tapi liberia porak peranda akibat permusuhan golongan afro pendatang and local afro. nama capital pon ikut nama presiden us..
pcboss
pcboss
Major
Major

Mymil
Posts : 1021
Reputation : 129
Join date : 27/08/2010
Location : Sungai Petani

Back to top Go down

Sejarah Jalur Gemilang Empty Re: Sejarah Jalur Gemilang

Post by pcboss Mon 27 Sep 2010, 1:30 pm

trivia: US flag based on texas state flag..
pcboss
pcboss
Major
Major

Mymil
Posts : 1021
Reputation : 129
Join date : 27/08/2010
Location : Sungai Petani

Back to top Go down

Sejarah Jalur Gemilang Empty Re: Sejarah Jalur Gemilang

Post by helangrimba Mon 27 Sep 2010, 1:35 pm

tidak dinafikan perkara itu, soalnya bendara malaysia adalah bendera tanah melayu yang telah dicipta pada tahun 1950 lagi iaitu negara masih merupakan tanah jajahan british pada waktu itu, dan perhubungan negara masih dikawal oleh pihak british.
helangrimba
helangrimba
Lieutenant
Lieutenant

Mymil
Posts : 631
Reputation : 96
Join date : 27/09/2010
Age : 40
Location : Kuala Lumpur

http://bertiwi.blogspot.com/

Back to top Go down

Sejarah Jalur Gemilang Empty Re: Sejarah Jalur Gemilang

Post by tin Mon 27 Sep 2010, 1:40 pm

helangrimba wrote:tidak dinafikan perkara itu, soalnya bendara malaysia adalah bendera tanah melayu yang telah dicipta pada tahun 1950 lagi iaitu negara masih merupakan tanah jajahan british pada waktu itu, dan perhubungan negara masih dikawal oleh pihak british.

Seingat wa, bendera Malaysia mula digunakan semasa merdeka 1957. bendera tanah melayu lain bro.
tin
tin
Kehormat MyMil

Mymil
Posts : 6841
Reputation : 235
Join date : 06/06/2010
Location : Mymil's village idiot

Back to top Go down

Sejarah Jalur Gemilang Empty Re: Sejarah Jalur Gemilang

Post by blankrasta Mon 27 Sep 2010, 2:24 pm

Bendera tanah Melayu Merah Putih, sang saka merah putih macam kat flag Indonesia, Singapore dan UMNO. Dulu kat forum Cari HangPC ada tepek gambar candidates for Malaysian Flag, ada 3-4 kalau tak silap, sapa rajin blehla belek2 balik thread tu~

blankrasta
Major
Major

Mymil
Posts : 1330
Reputation : 81
Join date : 19/04/2010
Age : 36

Back to top Go down

Sejarah Jalur Gemilang Empty Re: Sejarah Jalur Gemilang

Post by helangrimba Mon 27 Sep 2010, 2:39 pm

sila rujuk 2 link ini.
[You must be registered and logged in to see this link.]

bendera yang berbelang ini adalah bendera negeri2 bersekutu iaitu, perak, selangor, negeri sembilan dan pahang

[You must be registered and logged in to see this image.]
helangrimba
helangrimba
Lieutenant
Lieutenant

Mymil
Posts : 631
Reputation : 96
Join date : 27/09/2010
Age : 40
Location : Kuala Lumpur

http://bertiwi.blogspot.com/

Back to top Go down

Sejarah Jalur Gemilang Empty Re: Sejarah Jalur Gemilang

Post by blankrasta Mon 27 Sep 2010, 3:14 pm

Malaya Flag Proposals (1949)


[You must be registered and logged in to see this image.]

blankrasta
Major
Major

Mymil
Posts : 1330
Reputation : 81
Join date : 19/04/2010
Age : 36

Back to top Go down

Sejarah Jalur Gemilang Empty Re: Sejarah Jalur Gemilang

Post by mumuchi Mon 27 Sep 2010, 3:20 pm

pergh yang last tu memang macam lone star state punya..
mumuchi
mumuchi
GLOBAL MODERATOR
GLOBAL MODERATOR

Mymil
Posts : 19551
Reputation : 525
Join date : 05/06/2010
Location : Dulu Tempat Lumba Kuda

Back to top Go down

Sejarah Jalur Gemilang Empty Re: Sejarah Jalur Gemilang

Post by pcboss Mon 27 Sep 2010, 3:23 pm

nanti kata mcm EU pulak.. Laughing
pcboss
pcboss
Major
Major

Mymil
Posts : 1021
Reputation : 129
Join date : 27/08/2010
Location : Sungai Petani

Back to top Go down

Sejarah Jalur Gemilang Empty Re: Sejarah Jalur Gemilang

Post by blankrasta Mon 27 Sep 2010, 3:29 pm

Hehehe, aku minat yang 1st tu, nampak clean je~ Very Happy

blankrasta
Major
Major

Mymil
Posts : 1330
Reputation : 81
Join date : 19/04/2010
Age : 36

Back to top Go down

Sejarah Jalur Gemilang Empty Re: Sejarah Jalur Gemilang

Post by tin Mon 27 Sep 2010, 3:31 pm

ada lagi design bendera yg depa wat voting masa pilih bendera kebangsaan dulu.
tin
tin
Kehormat MyMil

Mymil
Posts : 6841
Reputation : 235
Join date : 06/06/2010
Location : Mymil's village idiot

Back to top Go down

Sejarah Jalur Gemilang Empty Re: Sejarah Jalur Gemilang

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Page 1 of 2 1, 2  Next

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum