Log in
Latest topics
» Sembang Medan Selera Pak Jebat V44by HangPC2 Sat 27 Aug 2022, 5:36 pm
» Halo semua
by matamata Mon 25 Oct 2021, 9:56 pm
» Cerita Rakyat
by mumuchi Sun 05 Sep 2021, 10:35 am
» Konfrontasi Malaysia-Indonesia 1962-66
by mumuchi Sun 05 Sep 2021, 10:28 am
» PAINTBALL - Come get some...
by pisang Tue 13 Dec 2016, 1:53 pm
» Baru balik
by pisang Mon 12 Dec 2016, 5:47 pm
» Jaket camo
by atreyudevil Fri 15 Jul 2016, 4:17 pm
» Nusantara Total War: Portuguese Invasion
by Adib Mon 22 Feb 2016, 7:57 pm
» Rekrut baru disini
by kapokbesi Thu 11 Feb 2016, 4:32 pm
» Keretapi Tanah Melayu Berhad
by zacky.uesoff Thu 04 Feb 2016, 11:00 pm
» ALL ABOUT HAM RADIO (AMATEUR RADIO STATION)
by kapokbesi Mon 16 Nov 2015, 12:42 pm
» BACKPACKING
by venez Tue 31 Mar 2015, 5:11 pm
» Rekrut 2015
by atreyudevil Sun 29 Mar 2015, 8:34 pm
» Sejarah Pangkalan-Pangkalan Udara TUDM
by venez Tue 24 Mar 2015, 11:02 am
» MyMil useful website lists
by atreyudevil Sat 24 Jan 2015, 11:17 pm
» WIP - Work In Progress
by yaminz Fri 26 Dec 2014, 12:06 pm
» Model Collections
by yaminz Fri 26 Dec 2014, 11:58 am
» Rekrut October & November 2014
by atreyudevil Sat 20 Dec 2014, 7:07 am
» Bola Cafe: MALAYSIA!
by HangPC2 Sun 14 Dec 2014, 12:35 pm
» Tayar Pirelli boleh tahan!
by venez Wed 10 Dec 2014, 4:27 pm
Statistics
We have 511 registered usersThe newest registered user is Belarus
Our users have posted a total of 172030 messages in 1322 subjects
Like/Tweet/+1
MPSA @ News 2
+33
innocentti
sajareg
superhornet
syafiqhan
guyfawke
azim09
longisland
the_killer
escortburuk
samuraisan
pcboss
tin
observateur
yinchet
mirage
lkick2113
dreamwarrior
Laxamana
Akmal3110
helangrimba
alphawolf
periuk_api1209
atreyudevil
heavyduty
arizan
yaminz
jofizo
standupper
Steven 12
venez
marc_zman
mumuchi
anya8797
37 posters
Malaysia's Military, Police and Security Agencies :: Majalah dan Buletin Pertahanan :: Akhbar, eBook and Laman Web
Page 1 of 14
Page 1 of 14 • 1, 2, 3 ... 7 ... 14
Re: MPSA @ News 2
http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsbusiness.php?id=634791
anya8797- Colonel
-
Posts : 2721
Reputation : 60
Join date : 07/03/2011
Location : kuala lumpur
Re: MPSA @ News 2
anya8797 wrote:http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsbusiness.php?id=634791
salam..lama senyap..
mumuchi- GLOBAL MODERATOR
-
Posts : 19551
Reputation : 525
Join date : 05/06/2010
Location : Dulu Tempat Lumba Kuda
Re: MPSA @ News 2
mumuchi wrote:anya8797 wrote:http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsbusiness.php?id=634791
salam..lama senyap..
wassalam....
anya ada muchi... anya baca2 saje... perkasanya jerung...
anya8797- Colonel
-
Posts : 2721
Reputation : 60
Join date : 07/03/2011
Location : kuala lumpur
Re: MPSA @ News 2
Pelancong degil terkandas
Oleh Zul Ikhwan Muhammad
bhjb@bharian.com.my
2011/12/21
[You must be registered and logged in to see this image.]
MANGSA yang terperangkap di Taman Negara Endau Rompin, dekat Peta dibawa pulang dengan helikopter bomba.
21 warga Singapura ingkar larangan ke Taman Negara Endau-Rompin
MERSING: Tindakan melanggar larangan memasuki Taman Negara Endau-Rompin menyebabkan 21 warga Singapura, termasuk seorang bayi berusia setahun serta tiga tempatan terkandas di kawasan Sungai Lembakoh dekat Peta, di sini sejak Sabtu lalu sebelum diselamatkan semalam.
Pengarah Perbadanan Taman Negara Johor, Suhairi Hashim, berkata semua mangsa memohon kebenaran memasuki kawasan itu di Pejabat Taman Negara cawangan Kahang pada 17 Disember lalu tetapi tidak dibenarkan kerana Taman Negara kini ditutup kepada pengunjung berikutan cuaca buruk.
“Ingkar larangan itu, mereka nekad memasuki kawasan Taman Negara tanpa kebenaran, yang jaraknya kira-kira 56 kilometer dari Pekan Kahang dengan lebih dua jam perjalanan menggunakan lima kenderaan pacuan empat roda.
“Mereka tiba di situ lewat petang dan kakitangan di sana terpaksa membenarkan semua mangsa menginap di chalet kerana jika berpatah balik keadaan lebih berbahaya berikutan hari hampir malam dan dikhuatiri ancaman gajah," katanya.
Suhairi berkata, semua mangsa dibawa keluar keesokannya dengan diiringi kakitangan Pejabat Taman Negara, namun mereka terkandas di kawasan berhampiran Sungai Lembakoh kerana jalan ditenggelami air akibat banjir yang melanda.
Semua mangsa kemudiannya diselamatkan pasukan Unit Udara Bomba dan Penyelamat dalam operasi menyelamat selama satu jammembabitkan tujuh anggota penyelamat, diketuai Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Mersing, Pegawai Bomba Kanan II Ramli Harun, kira-kira jam 12.25 tengah hari semalam.
---------------------------------------------------------------------------
aparaaa punya worang, manyak degil.. kang tak pepasal ada 4x4 yg jadik speedboat kang, baru tau

Last edited by marc_zman on Wed 21 Dec 2011, 8:50 am; edited 1 time in total
marc_zman- MODERATOR
-
Posts : 16328
Reputation : 611
Join date : 08/06/2010
Location : di atas tanah bekas hutan, paya dan ladang kelapa sawit.. tak tau laaa ntah sapa2 pernah kena tanam kat sini dulu.. kalu ada laa
Re: MPSA @ News 2
ntah ler boss.. sib baik tak jadik apa2.. kalu idak, nyusahkan makin ramai anggota bomba, pga, rela, jpam dok kena buat ops sar
marc_zman- MODERATOR
-
Posts : 16328
Reputation : 611
Join date : 08/06/2010
Location : di atas tanah bekas hutan, paya dan ladang kelapa sawit.. tak tau laaa ntah sapa2 pernah kena tanam kat sini dulu.. kalu ada laa
Re: MPSA @ News 2
marc_zman wrote:
21 warga Singapura ingkar larangan ke Taman Negara Endau-Rompin
aparaaa punya worang, manyak degil.. kang tak pepasal ada 4x4 yg jadik speedboat kang, baru tau
Elok disiasat dan didakwa kat mahkamah dulu.. memasuki / melanggar kawasan larangan ... pelancong dtg ke negara dia salah amik gambar pun kena siasat... suka suki dia orang jer...
Steven 12- Captain
- Posts : 711
Reputation : 161
Join date : 19/11/2011
Location : Between the bluesky & planet earth
Re: MPSA @ News 2
Steven 12 wrote:marc_zman wrote:

Kos misi menyelamat sila hantar bil ke flat HDB diorg.
standupper- Kehormat MyMil
-
Posts : 3271
Reputation : 630
Join date : 04/05/2010
Re: MPSA @ News 2
Istana Negara lama jadi pusat MICE taraf tinggi
2012/01/19
sumber : Berita Harian Online
KUALA LUMPUR: Istana Negara lama di Jalan Istana di sini, bakal menjadi lokasi terbaru bagi pusat mesyuarat, insentif, konvensyen dan pameran (MICE) yang bertaraf tinggi dengan mengguna pakai kemudahan sedia ada di bangunan berkenaan secara maksimum untuk mengekalkan nilai keunikan istana berkenaan.
Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen, berkata satu jawatankuasa khas ditubuhkan hasil daripada persetujuan pada mesyuarat Kabinet, semalam bagi merealisasikan pelaksanaan itu.
“Kita juga menjemput wakil dari Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCEB) untuk mengkaji pelaksanaan berkenaan dengan menggunakan ruang makan dan dewan sedia ada supaya kos penyelenggaraan dapat diminimumkan.
“Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan turut mengkaji kemungkinan untuk menjadikan istana lama itu sebagai muzium dan galeri bagi menarik pelancong dalam dan luar negara berkunjung ke sana.
“Pada masa sama, kita juga akan menempatkan semula kuda dan pengawal keselamatan di istana lama itu dengan persetujuan Kementerian Pertahanan bagi menarik pengunjung berikutan sebelum ini daya tarikan itu mampu menggalakkan kunjungan kira-kira sejuta pelancong,” kepada pemberita selepas melancarkan program Kesatria 1Malaysia di sini, semalam.
Program yang diterajui MyCEB itu sudah melantik 17 Kesatria bagi membantu memperkukuhkan kedudukan negara sebagai pusat acara perniagaan Asia dengan mempromosikan faedah menganjur persidangan antarabangsa di negara ini kepada rakan industri di dalam pasaran persatuan.
Antara Kesatria yang dilantik adalah Presiden Institut Kimia Malaysia Datuk Dr Soon Ting Kueh; Ketua Pegawai Operasi Institut Akauntan Malaysia, Datin Yap Suat Khim; Presiden Persatuan Gas, Datuk Dr Abdul Rahim Hashim dan Presiden Persatuan Obesiti Malaysia, Prof Dr Mohd Ismail Noor.
Sementara itu, Dr Yen Yen yang juga penaung program berkenaan, berkata menerusi kepakaran, pengetahuan dan pengaruh 17 Kesatria itu, ia dijangka dapat meningkatkan lagi jumlah kedatangan pelancong perniagaan dari lima peratus kepada lapan peratus atau peningkatan sebanyak 2.9 juta seperti yang disasarkan, menjelang 2020
mungkin ia boleh menjawab sedikit sebanyak persoalan yg timbul sebelum ini akan nasib yg menanti untuk Istana Negera lama @ Jalan Istana
marc_zman- MODERATOR
-
Posts : 16328
Reputation : 611
Join date : 08/06/2010
Location : di atas tanah bekas hutan, paya dan ladang kelapa sawit.. tak tau laaa ntah sapa2 pernah kena tanam kat sini dulu.. kalu ada laa
Re: MPSA @ News 2
Misi menjejaki askar Congo
Oleh Norakmah Mat Youb dan Mohd Nasaruddin Parzi
bhnews@bharian.com.my
2012/02/03
[You must be registered and logged in to see this image.]
TARIKH 4 Oktober 1960 adalah detik bersejarah pagi pasukan tentera negara. Pada hari berkenaan tentera Persekutuan Tanah Melayu menyahut seruan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) untuk menghantar pasukan keselamatan bagi misi pengaman di Congo, sebuah negara Afrika yang ketika itu sedang bergolak.
Parlimen Persekutuan di bawah kepimpinan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bersetuju menghantar pasukan itu bagi membantu misi di Congo yang dihimpit perang saudara. Congo sebelum ini juga dikenali sebagai negara Zaire dan kini kembali kepada Republik Demokratik Congo. Misi ke Congo sehingga 28 April 1963 membabitkan pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) adalah yang pertama di bawah panji PBB, mengorbankan tiga wira negara. Misi dikenali sebagai United Nations Operations In Congo (UNOC), membabitkan 3,000 anggota daripada Askar Melayu Diraja, Pasukan Askar Peninjau dan Pasukan Isyarat Persekutuan.
Mereka ke Congo melalui jalan laut selama 28 hari menaiki dua kapal, iaitu USS Windham County dan USS Whitfield County. Fungsi pasukan khas berkenaan adalah untuk menjaga keamanan dan membantu kerajaan Congo yang baru dibentuk menguatkuasakan undang-undang dan menjaga ketenteraman.
Bagi mengimbas sejarah perjuangan wira negara itu, Berita Harian menjejaki mereka yang pernah menyertai pasukan itu yang kebanyakannya kini berusia lebih 70 tahun. Laporan khas bertajuk Menjejaki Wira Congo 1960-1963 itu akan menceritakan kegemilangan pasukan itu serta kisah perjuangan mereka secara bersiri setiap Sabtu mulai esok.
Pelbagai kisah pahit manis mereka akan disiarkan untuk tatapan generasi masa kini khususnya anggota tentera yang sedang berkhidmat untuk dijadikan iktibar dan teladan berhubung perjuangan pasukan tentera terdahulu.
Sehubungan itu, bekas anggota pasukan itu atau saudara mara mereka boleh berkongsi pengalaman berharga mereka dengan menghubungi Berita Harian menerusi talian 03-20569309 atau 03-20569356 atau emel bhnews@bharian.com.my
mungkin ada di antara kita ada mengenali mereka-mereka yg dimaksudkan dalam cerita ini.. bantuan anda amat dihargai
marc_zman- MODERATOR
-
Posts : 16328
Reputation : 611
Join date : 08/06/2010
Location : di atas tanah bekas hutan, paya dan ladang kelapa sawit.. tak tau laaa ntah sapa2 pernah kena tanam kat sini dulu.. kalu ada laa
Re: MPSA @ News 2
Jambatan RM36j bantu rakyat
Oleh Ainal Marhaton Abd Ghani
bhnews@bharian.com.my
2012/02/03
Program Jiwa Murni ATM selesai masalah terputus hubungan ketika bah banjir
KUANTAN: Tiga jambatan Bailey merentangi Sungai Kenau bernilai RM36 juta di Sungai Lembing, dekat sini yang akan siap Oktober depan, dapat menyelesaikan masalah kira-kira 10,000 penduduk yang kerap terputus hubungan bila berlaku banjir.
Setiap jambatan dua hala itu akan dibina pada ketinggian lapan meter daripada paras air sungai manakala lebarnya 7.35 meter dengan had muatan tidak melebihi 50 tan.
Ia akan dilaksanakan menerusi program Jiwa Murni oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mulai 1 Mac dan dijangka mengambil masa lapan bulan sebelum dapat dimanfaatkan penduduk, termasuk dari Kampung Jeram Takar, Kampung Melayu, Kampung Orang Asli Sungai Mas, Kampung Kolong Pahat, Kampung Air Terjun, Kampung Kawah dan Kampung Kuala Kenau.
Daripada jumlah peruntukan itu, sebanyak RM14.47 juta bagi membina jambatan Kampung Kawah sepanjang 108 meter, jambatan Kampung Kuala Kenau sepanjang 100.5 meter (RM12.14 juta), manakala jambatan Kampung Seberang sepanjang 79.2 meter (RM10.14 juta).
Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah, berkata pembinaan jambatan itu memberi keselesaan kepada penduduk yang bergantung kepada jambatan kayu untuk menjalankan urusan seharian termasuk membawa keluar hasil pertanian. Baginda berkata, pembinaan jambatan itu membuktikan keprihatinan kerajaan membantu rakyat menjalani kehidupan lebih selesa.
“Kerajaan sudah membuktikan keutamaan rakyat sentiasa didahulukan. Justeru, rakyat perlu berterima kasih kerana diberi kesenangan dan keselesaan dalam meneruskan kehidupan,” katanya selepas majlis pelancaran Gerak Kerja Pembinaan Tiga Jambatan terbabit di Kampung Kawah, Sungai Lembing di sini, semalam
marc_zman- MODERATOR
-
Posts : 16328
Reputation : 611
Join date : 08/06/2010
Location : di atas tanah bekas hutan, paya dan ladang kelapa sawit.. tak tau laaa ntah sapa2 pernah kena tanam kat sini dulu.. kalu ada laa
Re: MPSA @ News 2
Malaysia Minta Asean Kurangkan Perbelanjaan Aset Pertahanan
KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Negara-negara Asean disaran mengurangkan perbelanjaan aset pertahanan dari luar rantau dan menggalakkan pembangunan senjata antara negara anggota.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata sebanyak US$25 bilion dibelanjakan oleh negara-negara Asean setiap tahun bagi membeli aset pertahanan dan ini wajar dikurangkan.
"Kita harap wang itu tidak dibelanjakan di luar rantau Asean, dan jika ia perlu juga dibelanjakan, ianya biarlah bersekitar kecairannya di sekitar negara Asean dan tidak di luar rantau ini," katanya pada sidang akhbar di sini Jumaat.
Zahid sebelum itu menghadiri perhimpunan bulanan Kementerian Pertahanan yang turut dihadiri timbalannya, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad, Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Dr Ismail Ahmad dan Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Jen Zulkifeli Mohd Zin.
Pada 2009, Zahid mencadangkan Penubuhan Kolaborasi Industri Pertahanan Asean (ADIC) sebagai langkah mengurangkan import aset dari negara di luar Asean, kecairan pertukaran mata wang asing yang lebih menguntungkan negara Asean dan kebolehan berdiri sendiri menggunakan aset serta produk yang dihasilkan.
Penubuhan ADIC masih di peringkat kertas kerja konsep, namun ia telah diterima pakai pada Mesyuarat Menteri-menteri Pertahanan Asean di Jakarta pada 19 Mei tahun lepas.
Zahid berkata saranan perbelanjaan pertahanan itu adalah sejajar dengan semangat Asean yang tidak mahu pembelian aset pertahanan dijadikan satu perlumbaan senjata antara negara-negara anggota.
Mengenai pameran pertahanan di Singapura bulan ini, beliau berkata bagi menunjukkan penghargaan terhadap penyertaan republik itu dalam Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA) tahun lepas, Malaysia menghantar pesawat pejuang MIG-29N ke pameran itu.
Zahid berkata pameran seumpama itu menunjukkan koloborasi yang sihat antara negara Asean selain memacu ekonomi sektor pertahanan antara rantau.
Terdahulu dalam ucapannya Zahid berkata bahawa pada 19 Jan lepas, Kementerian Pertahanan telah mengadakan taklimat perolehan aset kepada wakil rakyat Barisan Nasional dan pembangkang bagi menjelaskan langkah kerajaan dan dasar pertahanan negara dalam menyediakan peruntukan pembangunan pertahanan.
"Usaha ini penting supaya rakyat tidak terpedaya dengan tohmahan-tohmahan yang dibangkitkan oleh parti pembangkang melalui saluran media dan juga ceramah-ceramah politik," katanya.
-- BERNAMA

jofizo- Lieutenant
-
Posts : 653
Reputation : 62
Join date : 21/10/2010
Re: MPSA @ News 2
makin merepek menhan m'sia nih, sah2 la negara luar blh point kat dia blk pasal projek lcs dan av8 yg telan $$$ gila2......
jofizo- Lieutenant
-
Posts : 653
Reputation : 62
Join date : 21/10/2010
MPSA @ News 2
jofizo wrote:makin merepek menhan m'sia nih, sah2 la negara luar blh point kat dia blk pasal projek lcs dan av8 yg telan $$$ gila2......
apa yg merepek nyer bro?
marc_zman- MODERATOR
-
Posts : 16328
Reputation : 611
Join date : 08/06/2010
Location : di atas tanah bekas hutan, paya dan ladang kelapa sawit.. tak tau laaa ntah sapa2 pernah kena tanam kat sini dulu.. kalu ada laa
Re: MPSA @ News 2
marc_zman wrote:jofizo wrote:makin merepek menhan m'sia nih, sah2 la negara luar blh point kat dia blk pasal projek lcs dan av8 yg telan $$$ gila2......
apa yg merepek nyer bro?
Jofizo point pasal Pak Zahid comment ttg cadangan mgurangkan perbelanjaan pertahanan buat ngr2 jiran ttangga tp dlm ms yg sama kita belanja byk tok LCS & AV8.
yaminz- MODERATOR
-
Posts : 13517
Reputation : 378
Join date : 23/04/2010
Age : 45
Re: MPSA @ News 2
ia laaa aku pun nak tahu ni...merepek macam mana tu....
arizan- Sergeant
-
Posts : 155
Reputation : 36
Join date : 26/09/2011
Age : 43
Location : kuala Lumpur
Re: MPSA @ News 2
ASEAN dont have juice.we need juice to build good weapons.juice is liek tiberium
JJJJJJJJJUUUUUUUUUUUUUIIIIIIIIICCCCCCEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEE
btw,kind of a weird statement.what does ASEAN defence industry have that can rival Europe or Russia or the US ?

heavyduty- Lt Colonel
-
Posts : 1747
Reputation : 150
Join date : 15/03/2011
Age : 43
Location : OPSEC
Re: MPSA @ News 2
yaminz wrote:marc_zman wrote:jofizo wrote:makin merepek menhan m'sia nih, sah2 la negara luar blh point kat dia blk pasal projek lcs dan av8 yg telan $$$ gila2......
apa yg merepek nyer bro?
Jofizo point pasal Pak Zahid comment ttg cadangan mgurangkan perbelanjaan pertahanan buat ngr2 jiran ttangga tp dlm ms yg sama kita belanja byk tok LCS & AV8.
wa tau tu stadz.. tapi kena perhalusi benda yg pak zahid cakap tu.. apa maksud dia? yg wa paham.. belilah barangan buatan malaysia.. huwahahahaaa.. dia mau carik market tuk AV8 sama LCS kot.. ekekeeee
marc_zman- MODERATOR
-
Posts : 16328
Reputation : 611
Join date : 08/06/2010
Location : di atas tanah bekas hutan, paya dan ladang kelapa sawit.. tak tau laaa ntah sapa2 pernah kena tanam kat sini dulu.. kalu ada laa
Re: MPSA @ News 2
marc_zman wrote:yaminz wrote:marc_zman wrote:jofizo wrote:makin merepek menhan m'sia nih, sah2 la negara luar blh point kat dia blk pasal projek lcs dan av8 yg telan $$$ gila2......
apa yg merepek nyer bro?
Jofizo point pasal Pak Zahid comment ttg cadangan mgurangkan perbelanjaan pertahanan buat ngr2 jiran ttangga tp dlm ms yg sama kita belanja byk tok LCS & AV8.
wa tau tu stadz.. tapi kena perhalusi benda yg pak zahid cakap tu.. apa maksud dia? yg wa paham.. belilah barangan buatan malaysia.. huwahahahaaa.. dia mau carik market tuk AV8 sama LCS kot.. ekekeeee
Cara pak zahid kata sgt mgelirukan... ekekeke
yaminz- MODERATOR
-
Posts : 13517
Reputation : 378
Join date : 23/04/2010
Age : 45
Re: MPSA @ News 2
marc_zman wrote:yaminz wrote:marc_zman wrote:jofizo wrote:makin merepek menhan m'sia nih, sah2 la negara luar blh point kat dia blk pasal projek lcs dan av8 yg telan $$$ gila2......
apa yg merepek nyer bro?
Jofizo point pasal Pak Zahid comment ttg cadangan mgurangkan perbelanjaan pertahanan buat ngr2 jiran ttangga tp dlm ms yg sama kita belanja byk tok LCS & AV8.
wa tau tu stadz.. tapi kena perhalusi benda yg pak zahid cakap tu.. apa maksud dia? yg wa paham.. belilah barangan buatan malaysia.. huwahahahaaa.. dia mau carik market tuk AV8 sama LCS kot.. ekekeeee
he3, setuju2...
Re: MPSA @ News 2
https://youtu.be/7M-DCh5AJag
Video Promo Debat Keamanan Ala Presiden Antara IPT ASEAN 2012 Anjuran UPNM.
Video Promo Debat Keamanan Ala Presiden Antara IPT ASEAN 2012 Anjuran UPNM.
Steven 12- Captain
- Posts : 711
Reputation : 161
Join date : 19/11/2011
Location : Between the bluesky & planet earth
Re: MPSA @ News 2
Takziah keluarga allahyarham Leftenan Kolonel Habibullah Ismail.. alfatihah
Beirut (Lubanan) – Satu majlis bagi memberi penghormatan terakhir kepada allahyarham Leftenan Kolonel Habibullah Hj Ismail telah diadakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Rafik Hariri dekat sini pada Rabu (8 Februari 2012) pada jam 11 pagi.
Pada upacara itu, UNIFIL Force Commander, Maj Gen Paolo Serra telah menganugerahkan Pingat PBB UNIFIL manakala, Lubnan yang diwakili oleh The Lebanese Armed Forces Representative of Lebanon Army Commander, Brig Gen Ghassan Oreijy menganugerahkan Pingat Negara Lubnan. Kedua-dua pingat tersebut telah disematkan pada bendera UN yang menyelimuti keranda.
Jenazah akan diterbangkan ke tanahair menggunakan pesawat komersial Qatar pada jam 8 malam ini dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 9 Februari 2012 jam 8.30 malam. Seterusnya jenazah akan diterbangkan pula ke Alor Setar dengan pesawat C130.
Allahyarham yang bertugas sebagai Pegawai Staf Tentera UNIFIL berpejabat di Naquora telah menghembuskan nafas terakhir pada 6 Februari 2012 kira-kira jam 3.30 petang waktu Lubnan (8.30 malam waktu Malaysia) kerana serangan jantung.
Turut hadir di upacara itu ialah Duta Malaysia ke Lubnan, TYT amb. Ilango Karuppannan, UNIFIL Force Commander, Maj Gen Paolo Serra, The Lebanese Armed Forces Representative of Lebanon Army Commander, Brig Gen Ghassan Oreijy, Ketua Kontinjen Malaysia/ Komander MALBATT 4, Kol Badrul HIsham Muhammad, Timbalan Komander MALCOY 7, Lt Kol Zainal Shukri Mohamed Zain serta pegawai-pegawai kanan tentera UNIFIL yang lain.

marc_zman wrote:Misi menjejaki askar Congo
mungkin ada di antara kita ada mengenali mereka-mereka yg dimaksudkan dalam cerita ini.. bantuan anda amat dihargai
Bapa saudara saya dah meninggal tahun 80an dulu...
Steven 12- Captain
- Posts : 711
Reputation : 161
Join date : 19/11/2011
Location : Between the bluesky & planet earth
Re: MPSA @ News 2
Cobra Gold 2012
https://youtu.be/8zJ4No02Q5A
http://thegreatdayofannihilation.com/tag/cobra-gold-2012/
https://youtu.be/8zJ4No02Q5A
http://thegreatdayofannihilation.com/tag/cobra-gold-2012/
Steven 12- Captain
- Posts : 711
Reputation : 161
Join date : 19/11/2011
Location : Between the bluesky & planet earth
Re: MPSA @ News 2
[You must be registered and logged in to see this image.]
Bonus

ps: stand ko takde gambo dari event ni ke?

Last edited by atreyudevil on Fri 10 Feb 2012, 6:37 pm; edited 1 time in total
Page 1 of 14 • 1, 2, 3 ... 7 ... 14
Similar topics
» MPSA @ News
» International Defence Affairs and News
» MPSA in TV
» Breaking News: 9 tahanan larikan diri secara berjemaah guna kenderaan polis di Butterworth
» Breaking News: 13 Anggota Tentera Dikhuatiri Lemas Bot Hilang
» International Defence Affairs and News
» MPSA in TV
» Breaking News: 9 tahanan larikan diri secara berjemaah guna kenderaan polis di Butterworth
» Breaking News: 13 Anggota Tentera Dikhuatiri Lemas Bot Hilang
Malaysia's Military, Police and Security Agencies :: Majalah dan Buletin Pertahanan :: Akhbar, eBook and Laman Web
Page 1 of 14
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum