Log in
Latest topics
» Sembang Medan Selera Pak Jebat V44by HangPC2 Sat 27 Aug 2022, 5:36 pm
» Halo semua
by matamata Mon 25 Oct 2021, 9:56 pm
» Cerita Rakyat
by mumuchi Sun 05 Sep 2021, 10:35 am
» Konfrontasi Malaysia-Indonesia 1962-66
by mumuchi Sun 05 Sep 2021, 10:28 am
» PAINTBALL - Come get some...
by pisang Tue 13 Dec 2016, 1:53 pm
» Baru balik
by pisang Mon 12 Dec 2016, 5:47 pm
» Jaket camo
by atreyudevil Fri 15 Jul 2016, 4:17 pm
» Nusantara Total War: Portuguese Invasion
by Adib Mon 22 Feb 2016, 7:57 pm
» Rekrut baru disini
by kapokbesi Thu 11 Feb 2016, 4:32 pm
» Keretapi Tanah Melayu Berhad
by zacky.uesoff Thu 04 Feb 2016, 11:00 pm
» ALL ABOUT HAM RADIO (AMATEUR RADIO STATION)
by kapokbesi Mon 16 Nov 2015, 12:42 pm
» BACKPACKING
by venez Tue 31 Mar 2015, 5:11 pm
» Rekrut 2015
by atreyudevil Sun 29 Mar 2015, 8:34 pm
» Sejarah Pangkalan-Pangkalan Udara TUDM
by venez Tue 24 Mar 2015, 11:02 am
» MyMil useful website lists
by atreyudevil Sat 24 Jan 2015, 11:17 pm
» WIP - Work In Progress
by yaminz Fri 26 Dec 2014, 12:06 pm
» Model Collections
by yaminz Fri 26 Dec 2014, 11:58 am
» Rekrut October & November 2014
by atreyudevil Sat 20 Dec 2014, 7:07 am
» Bola Cafe: MALAYSIA!
by HangPC2 Sun 14 Dec 2014, 12:35 pm
» Tayar Pirelli boleh tahan!
by venez Wed 10 Dec 2014, 4:27 pm
Statistics
We have 511 registered usersThe newest registered user is Belarus
Our users have posted a total of 172030 messages in 1322 subjects
Like/Tweet/+1
9 April 2012 - PELANCARAN BRAVO LIMA
+3
HangPC2
faizuru kachou
Steven 12
7 posters
Page 1 of 1
9 April 2012 - PELANCARAN BRAVO LIMA
[You must be registered and logged in to see this image.]
[You must be registered and logged in to see this link.]
makin banyak dah citer2 pasal ATM.. bagus bagus....!!!
[You must be registered and logged in to see this link.]
makin banyak dah citer2 pasal ATM.. bagus bagus....!!!
Steven 12- Captain
- Posts : 711
Reputation : 161
Join date : 19/11/2011
Location : Between the bluesky & planet earth
Re: 9 April 2012 - PELANCARAN BRAVO LIMA
15 Mac 2010 : Berita Harian
Bravo Lima Bukan Sekadar Filem
Oleh Rozdan Mazalan
Bravo Lima Bukan Sekadar Filem
Oleh Rozdan Mazalan
Usaha untuk dokumentasi perjuangan anggota tentera
KALI terakhir filem yang mengangkat kisah angkatan tentera pada tahun 2000 iaitu Leftenan Adnan arahan Aziz M Osman, pahlawan Melayu yang bermati-matian mengekang kemaraan tentera Jepun pada era Perang Dunia Kedua. Manakala filem Bukit Kepong arahan Tan Sri Jins Shamsudin pada tahun 1981 pula memaparkan keberanian pasukan polis mempertahankan balai mereka daripada ditawan komunis ketika zaman darurat. Menyedari sudah lama tidak ada lagi filem seumpamanya dihasilkan, Karya Prima Production Sdn Bhd dengan sokongan padu daripada Kementerian Pertahanan dan Tentera Darat Malaysia menerbitkan berlatar belakang kehidupan sebenar insan yang menjadi benteng keselamatan negara berjudul Bravo Lima.
Filem itu diarahkan oleh Fauzi Nawawi. Antara barisan pelakon yang membintangi filem Bravo Lima itu nanti ialah Hattan, Fizz Fairuz, Zul Huzaimi, Shashi Tharam, Adam Corrie, Frenkey, Fran Peterson, Kamal Adli dan Lisdawati serta Azee Yahaya. Memahami filem ini memerlukan stamina yang tinggi kerana bakal melakukan aksi lasak dan pantas, lima pelakon diarahkan menjalani latihan intensif sebagai mana latihan sebenar komando selama dua minggu di Kem Sungai Udang, Melaka. Ia sebagai langkah persediaan awal sebelum menjalani penggambaran filem ketenteraan Bravo Lima. Selepas itu, filem ini akan mula menjalani penggambaran bermula pada 10 April di Melaka, Tapah, Perak dan Mersing, Johor.
Pengerusi Eksekutif, Karya Prima Production, Tan Sri Dr Salleh Mohd Nor berkata, penerbitan Bravo Lima bukan sekadar filem semata-mata tetapi ia juga adalah usaha untuk mendokumentasikan kisah perjuangan anggota tentera dalam menentang pengganas komunis yang jarang mendapat perhatian penerbit filem tempatan. “Tidak ramai yang menyedari pengorbanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang berjuang selama ini menentang komunis semata untuk mencapai kemerdekaan negara. Penerbitan filem ini juga menjadi cabaran kepada kami untuk menunjukkan bukti latar belakang sejarah negara ke layar perak.
“Sebagai langkah awal, lima pelakon utama yang memegang watak sebagai komando akan diberi latihan intensif sebagai komando untuk menguji ketahanan mental dan fizikal sebelum penggambaran sebenar berjalan. “Namun latihan yang diberikan itu bukanlah latihan yang 100 peratus seperti komando sebenar tetapi asas utama saja. Sebagai pelakon mereka mempunyai tanggungjawab untuk menggambarkan keadaan sebenar sejarah untuk mencapai kemerdekaan,” katanya pada sidang media pelancaran filem Bravo Lima.
120 anggota tentera terbabit
Sementara itu, Fauzi berkata, kekuatan filem Bravo Lima bergantung kepada gabungan pelakon dan aksi daripada 12 pelakon lagak ngeri yang di bawa daripada Singapura dan China. “Ini adalah filem pertama arahan saya dan memang sangat teruja untuk membawa filem ini bertaraf antarabangsa. Sebanyak 65 hingga 70 peratus adalah aksi yang akan menggunakan khidmat 120 anggota tentera dari ATM sendiri untuk menjayakan filem ini.
“Selain itu elemen dramatik, percintaan, kasih sayang, komedi, pengorbanan tidak lari diselitkan di dalamnya. “Kita juga akan memaparkan pelbagai senjata tentera yang tidak pernah ditunjukkan yang sebelum ini pernah menjadi rahsia kerajaan kerana keselamatan negara. Namun kini kerajaan sudah meluluskan dan kita boleh menunjukkan senjata itu di dalam filem ini.
“Kita turut mendapat khidmat nasihat dan panduan sepenuhnya daripada ATM untuk menggunakan apa saja jenis kenderaan tentera untuk merealisasikan filem ini demi mencapai setaraf Hollywood,” katanya yang akan menggunakan berpuluh kenderaan tentera termasuk sebuah kereta api yang akan diletupkan. Penulis skripnya Bravo Lima, Mejar Zainal Hayat berkata, sebelum dibawa ke lokasi untuk memulakan penggambaran, skrip ini sudah dirombak sebanyak 26 kali bagi mendapatkan kualiti dan keaslian cerita yang ingin disampaikan. “Saya mengambil masa agak lama untuk menyiapkan skrip ini. Draf pertama saja mengambil masa tiga minggu untuk disiapkan iaitu sejak Jun 2007.
“Draf ini kemudiannya diserahkan kepada Finas untuk mendapatkan pandangan dan beberapa cadangan. Saya juga mendapatkan khidmat nasihat daripada sahabat saya dari Hollywood dan struktur penceritaannya tidak jauh daripada filem terbitan Hollywood. “Kami juga berbangga apabila penerbitan filem ini mendapat kepercayaan sepenuhnya daripada ATM, Finas dan sebagainya bagi memperbanyakkan lagi filem berunsur kenegaraan diterbitkan,” katanya. Filem yang menelan belanja sebanyak RM4.5 juta termasuk kos promosi dan penjelajahan ke seluruh negara turut melancarkan sekali soundtrack Bravo Lima yang akan dinyanyikan oleh Hattan dan komposernya Edry Hasyim
Steven 12- Captain
- Posts : 711
Reputation : 161
Join date : 19/11/2011
Location : Between the bluesky & planet earth
Re: 9 April 2012 - PELANCARAN BRAVO LIMA
Gambar2 sekitar pelancaran pengambaran BRAVO LIMA ...
[You must be registered and logged in to see this image.]
[You must be registered and logged in to see this image.]
Steven 12- Captain
- Posts : 711
Reputation : 161
Join date : 19/11/2011
Location : Between the bluesky & planet earth
Re: 9 April 2012 - PELANCARAN BRAVO LIMA
kalau tagline tuko jadi "biar mati bermaruah, jangan hidup dijajah" pun okey jugak.
faizuru kachou- Private
- Posts : 28
Reputation : 8
Join date : 03/11/2011
Re: 9 April 2012 - PELANCARAN BRAVO LIMA
ingat tak jadi Bikin Bravo 5... pasal ada masalah....
HangPC2- Captain
-
Posts : 936
Reputation : 144
Join date : 22/04/2010
Age : 42
Location : Langkasuka
Re: 9 April 2012 - PELANCARAN BRAVO LIMA
buat dalam diam lagi senang kot.. dari publisti yang besar2..
Re: 9 April 2012 - PELANCARAN BRAVO LIMA
Peerrrgghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh cayalah ... silap2 hari bulan kalau buat alih bahasa ke bahasa omputih agak2 leh masuk hollywood tak .. aper pun terbaaaekk ...
superhornet- Lt Colonel
-
Posts : 1849
Reputation : 86
Join date : 28/04/2010
Location : Malaysia bumi bertuah
Re: 9 April 2012 - PELANCARAN BRAVO LIMA
...la baru start pengembaraan..ingat dah mula nak tayang..heheheh
periuk_api1209- Staff Sargent
-
Posts : 334
Reputation : 12
Join date : 24/08/2010
Re: 9 April 2012 - PELANCARAN BRAVO LIMA
[You must be registered and logged in to see this image.]
SELAIN Beto (tengah), Bravo 5 turut dilakonkan oleh Shahshitaran (kiri) dan xavier fong.
Artikel Penuh: [You must be registered and logged in to see this link.]
© Utusan Melayu (M) Bhd
SELAIN Beto (tengah), Bravo 5 turut dilakonkan oleh Shahshitaran (kiri) dan xavier fong.
Artikel Penuh: [You must be registered and logged in to see this link.]
© Utusan Melayu (M) Bhd
HangPC2- Captain
-
Posts : 936
Reputation : 144
Join date : 22/04/2010
Age : 42
Location : Langkasuka
HangPC2- Captain
-
Posts : 936
Reputation : 144
Join date : 22/04/2010
Age : 42
Location : Langkasuka
Similar topics
» Rekrut Mac dan April 2012
» Rekrut March Dan April 2013
» Rekrut April dan Mei 2014
» 26 April 1976 - Tragedi Gubir
» Air Asia Flight Ticket for LIMA 5hb to 10hb!
» Rekrut March Dan April 2013
» Rekrut April dan Mei 2014
» 26 April 1976 - Tragedi Gubir
» Air Asia Flight Ticket for LIMA 5hb to 10hb!
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum