Log in
Latest topics
» Sembang Medan Selera Pak Jebat V44by HangPC2 Sat 27 Aug 2022, 5:36 pm
» Halo semua
by matamata Mon 25 Oct 2021, 9:56 pm
» Cerita Rakyat
by mumuchi Sun 05 Sep 2021, 10:35 am
» Konfrontasi Malaysia-Indonesia 1962-66
by mumuchi Sun 05 Sep 2021, 10:28 am
» PAINTBALL - Come get some...
by pisang Tue 13 Dec 2016, 1:53 pm
» Baru balik
by pisang Mon 12 Dec 2016, 5:47 pm
» Jaket camo
by atreyudevil Fri 15 Jul 2016, 4:17 pm
» Nusantara Total War: Portuguese Invasion
by Adib Mon 22 Feb 2016, 7:57 pm
» Rekrut baru disini
by kapokbesi Thu 11 Feb 2016, 4:32 pm
» Keretapi Tanah Melayu Berhad
by zacky.uesoff Thu 04 Feb 2016, 11:00 pm
» ALL ABOUT HAM RADIO (AMATEUR RADIO STATION)
by kapokbesi Mon 16 Nov 2015, 12:42 pm
» BACKPACKING
by venez Tue 31 Mar 2015, 5:11 pm
» Rekrut 2015
by atreyudevil Sun 29 Mar 2015, 8:34 pm
» Sejarah Pangkalan-Pangkalan Udara TUDM
by venez Tue 24 Mar 2015, 11:02 am
» MyMil useful website lists
by atreyudevil Sat 24 Jan 2015, 11:17 pm
» WIP - Work In Progress
by yaminz Fri 26 Dec 2014, 12:06 pm
» Model Collections
by yaminz Fri 26 Dec 2014, 11:58 am
» Rekrut October & November 2014
by atreyudevil Sat 20 Dec 2014, 7:07 am
» Bola Cafe: MALAYSIA!
by HangPC2 Sun 14 Dec 2014, 12:35 pm
» Tayar Pirelli boleh tahan!
by venez Wed 10 Dec 2014, 4:27 pm
Statistics
We have 511 registered usersThe newest registered user is Belarus
Our users have posted a total of 172030 messages in 1322 subjects
Like/Tweet/+1
Sembang MyMil - Pencarian Jodoh Atre, Tin, Bijan dan Jazim...V3
+13
bijan
harleena
superhornet
helangrimba
arizain
tin
samuraisan
Steven 12
atreyudevil
marc_zman
yaminz
mumuchi
kerambit75
17 posters
Page 5 of 6
Page 5 of 6 • 1, 2, 3, 4, 5, 6
Re: Sembang MyMil - Pencarian Jodoh Atre, Tin, Bijan dan Jazim...V3
Mr. Bijan wrote:jap den nak draf report recce
fuhhh... terus larikkkk...
malu la tuh.
ingat bijan, Sabda Rasulullah "diam itu tanda setuju/redha"
tin- Kehormat MyMil
- Posts : 6841
Join date : 06/06/2010
Re: Sembang MyMil - Pencarian Jodoh Atre, Tin, Bijan dan Jazim...V3
uiks...
Pasal ni la akutak sanggup nak menaruh harapan

bijan- Brig General
-
Posts : 3142
Reputation : 71
Join date : 11/10/2010
Location : Dalam Sarang ... Tengok bebird terbang depan tingkap
Re: Sembang MyMil - Pencarian Jodoh Atre, Tin, Bijan dan Jazim...V3
Mr. Bijan wrote:aku lama kat sini amik abang kerambit punya ilmu ... banyak benda mau absorb ... nanti kalau jadi kat melaka awek2 aku yang 18 ratus nak join sekali wakakaka
pandai laaa ko menjawab yer ewah.. cam bapak marah kan anak plak.. ekekekeee
weh.. pi laaa tulis report recce ko tu kat benang perbincangan HUT mymil ke haper tu.. copek laaa
marc_zman- MODERATOR
-
Posts : 16328
Reputation : 611
Join date : 08/06/2010
Location : di atas tanah bekas hutan, paya dan ladang kelapa sawit.. tak tau laaa ntah sapa2 pernah kena tanam kat sini dulu.. kalu ada laa
Re: Sembang MyMil - Pencarian Jodoh Atre, Tin, Bijan dan Jazim...V3
kerambit75 wrote:Lagi sekali aku ingatkan, aku boleh bertolak ansur dlm banyak perkara kecuali DISIPLIN/PERANGAI dan KUFU...maruah lelaki adalah pada ketegasannya dlm menentukan sapa yg layak jadi jodoh. Bagi aku jodoh sekufu adalah lambang maruah aku sebagai lelaki. Lihat balik sejarah dunia dan fikirkan kenapa banyak pejuang (tolak PKM ye - itu bukan pejuang!) yg sanggup bermandi darah dan enggan tunduk pada penindas/penjajah? Sebabnya selain kebebasan, adalah maruah! Begitu juga lelaki, bukan sedikit yg jadi x popular kerana enggan menggadai prinsip tetapi mereka hidup gembira!
2 adalah pandangan bro, saya xboleh nak menolak. Bagi pendapat saya serba kerdil, benda yang saya perjuangkan adalah Agama yang saya anuti. 2 saya xboleh tolak ansur. Tiada benda yang telah tertulis dalam Al-Quran dan Sunnah yang ada saya boleh ditolak ansur. Sebab pesanan Rasulullah SAW terakhir barang siapa yang berpegang kepada 2 perkara itu Al-Quran dan Sunnah pasti selamat. 2 tiada tolak ansur.
Pantang aku kalau kekurangan akademik atau pekerjaan aku disentuh...sedangkan ada yg aku delete dri hidup aku (tapi ada kenyataan amaran keras yg bertulis serta secara lisan aku bagi sebagai sebab putus hubungan) sebab mentertawakan aku rabun inikan pulak dlm hal yg lebih besar. Sebelum ini berlaku, baik la aku jadi mcm JL Asas Komando yg tegas walaupun ramai org x suka.
Pengalaman saya sebagai jurulatih dan juga orang pernah dilatih oleh bekas JL Komando, (Tetapi saya bukan komando) mereka juga mempunyai 2 sifat berbeza, semasa latihan dan luar latihan. Dalam latihan kita adalah musuh tetapi di luar masa latihan kita adalah kawan. Macam saya cakap sebelum ini, bagi saya sesiapa nak merendahkan ciptaan Allah adalah orang yang merendahkan kemampuan Allah terutama dari sudut fizikal. Saya sendiri hanya berkelulusan Diploma sedangkan isteri saya kelulusan Ijazah dan bakal dapat mengambil peringkat Sarjana. tidak ada jadi masalah, dan mungkin 2 adalah rezeki saya, dan kemungkinan juga kekawan saya yang hanya kelulusan diploma dan isteri mereka ada yang berkelulusan PHD masih dalam keadaan amat bahagia sampai sekarang. Bagi pendapat saya sebagai orang dalam bidang motivasi dan juga pernah menjadi kaunselor di pejabat agama. Didikan terutama dalam bidang agama yang membolehkan kehidupan walaupun berlainan KUFU dari sudut pendidikan.
Jgn terus melabel org yg tak kahwin atau lambat kahwin sebagai melanggar sunnah
Yang Tak Kawin 2 jer xikut sunnah,(bukan aku yang cakap tetapi Rasulullah SAW yang bersabda) yang lambat kahwin xkira, sebab dia tetap berusaha untuk berkahwin biarpun lambat sebab dia mempunyai niat untuk menunaikan sunnah Rasulullah SAW.
..mcm yg kau kata, mencari jodoh x boleh main rembat itu sebab org2 mcm aku susah nak dapat jodoh yg sekufu sebab tak kahwin secara tangkap muat...kalau org ppuan berhak memilih lelaki yg baik sebagai suami, lelaki juga sejuta kali ganda lebih berhak memilih siapa yg benar2 layak jadi isterinya. Jgn dihalang aku, sebab lagi aku dihalang, lebih tegas, keras, garang dan kasar aku dlm membuat pemilihan!!
yang ini aku setuju, tetapi yang penting niat kita kena ada untuk tunaikan apa yang Rasulullah buat.
Minat x sama, aku takde hal punya...kerjaya x sama pun xde masalah bagi aku..tapi tahap pendidikan dan tingkat hirarki kerjaya tu aku x akan ubah syaratnya walau sedikit pun
Macam saya cakap tadi, cuba lihat hubungan Saiditina Khadijah R.A. dengan Rasulullah SAW dan baca kisah hidup mereka. Insyallah pasti berjumpa.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., ia berkata: Rasulullah bersabda:
“Wanita dinikahi karena empat perkara; karena hartanya, karena kedudukannya/keturunannya, karena kecantikannya dan keranan agamanya. Maka, pilihlah yang baik agamanya niscaya engkau beruntung.” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari (3/242), Muslim (2/1086), Abu Dawud (2047), an—Nasaa’i (6/68) dan Ibnu Majah (1858))
Bagi aku kalau dapat agama yang baik, insyallah semua benda xmenjadi masalah.
Re: Sembang MyMil - Pencarian Jodoh Atre, Tin, Bijan dan Jazim...V3
tin wrote:
ingat bijan, Sabda Rasulullah "diam itu tanda setuju/redha"
Wa setuju
kerambit75- Kehormat MyMil
-
Posts : 2612
Reputation : 83
Join date : 07/05/2010
Age : 49
Location : Ipoh
Re: Sembang MyMil - Pencarian Jodoh Atre, Tin, Bijan dan Jazim...V3
1 (KUFU BUKAN PERKARA REMEH)
Ugama sendiri ada menyuruh kita menitikberatkan soal kufu dlm mencari jodoh..adakah tindakan aku bertegas dlm soal kufu boleh dianggap bertolak ansur dgn Al Quran dan As Sunnah?
2 (LIHAT BANYAK KALI DAN KAJI BUKAN LIHAT SEKALI TERUS TIBAI)
Yg tak kahwin tu adakah dia memang tak mau kahwin/membelakangkan sunnah? Mungkin dia berusaha mencari tapi jodoh x sampai2..atau selalu terkena dgn ppuan yg x sesuai dibuat bini dan putus masa baru berkawan je..kalau dia mati sebelum sempat mencapai hasratnya (walaupun mati masa tua) adilkah kita yg tak tau apa2 terus tuduh? Mampu kita nak cari dia untuk mintak maaf kat sana kelak?
Tidak ada siapa akan faham kehendak dan keperluan aku melainkan mereka berada dlm situasi aku

nanti kenduri jangan lupa jemput kenkawan...
tupai tanah- Private
- Posts : 36
Reputation : 6
Join date : 24/04/2012
Age : 62
Location : segamat johor
Re: Sembang MyMil - Pencarian Jodoh Atre, Tin, Bijan dan Jazim...V3
tupai tanah wrote: [You must be registered and logged in to see this image.] nanti kenduri jangan lupa jemput kenkawan...
tuan.. kalu pemilik nama-nama yg ada kat tajuk benang ni kawin & tak jemput kita.. bukan bermaksud dia lupa.. tapi sebenarnya dia nak belanja member2 dari mymil ni makan kat hotel 6 bintang!!!! huwahahahaaa
marc_zman- MODERATOR
-
Posts : 16328
Reputation : 611
Join date : 08/06/2010
Location : di atas tanah bekas hutan, paya dan ladang kelapa sawit.. tak tau laaa ntah sapa2 pernah kena tanam kat sini dulu.. kalu ada laa
Re: Sembang MyMil - Pencarian Jodoh Atre, Tin, Bijan dan Jazim...V3
Macam aku cakap sebelum ini, cari wanita dari agamanya yang selaras apa yang dititip beratkan oleh Rasulullah SAW. Jangan cari pada benda lain. xsalah untuk mencari sekufu tetapi bukan sampai menghalang dari kita untuk berkahwin, sebab itu dalam agama ni kena banyak belajar dari kitab dan guru bukan main ikut tafsir sendiri.kerambit75 wrote:1 (KUFU BUKAN PERKARA REMEH)
Ugama sendiri ada menyuruh kita menitikberatkan soal kufu dlm mencari jodoh..adakah tindakan aku bertegas dlm soal kufu boleh dianggap bertolak ansur dgn Al Quran dan As Sunnah?
kerambit75 wrote:2 (LIHAT BANYAK KALI DAN KAJI BUKAN LIHAT SEKALI TERUS TIBAI)
Yg tak kahwin tu adakah dia memang tak mau kahwin/membelakangkan sunnah? Mungkin dia berusaha mencari tapi jodoh x sampai2..atau selalu terkena dgn ppuan yg x sesuai dibuat bini dan putus masa baru berkawan je..kalau dia mati sebelum sempat mencapai hasratnya (walaupun mati masa tua) adilkah kita yg tak tau apa2 terus tuduh? Mampu kita nak cari dia untuk mintak maaf kat sana kelak?
Tidak ada siapa akan faham kehendak dan keperluan aku melainkan mereka berada dlm situasi aku
Macam aku cakap dari awal2 lagi, yang xmau kawin dan yang berusaha mencari jodoh tetapi tiada itu adalah 2 perkara berbeza. Yang xmau kawin 2 adalah x ikut sunnah, yang sentiasa mencari jodohnya adalah mengikut sunnah. Rasulullah selalu berpesan, cari calon isteri berdasarkan agama dia kerana dengan agama dia tahu mana baik dan buruk. sebab orang perempuan yang tinggi nilai agama dia tahu mana nak diletakkan suami di tempat sepatutnya.
Barang siapa yang membuat tuduhan tanpa usul periksa itu adalah salah memang wajid dia minta maaf tetapi sekiranya orang itu pernah dengan si polan itu menyatakan dia xmau kawin sebab alasan2 yang tidak munasabah dan lari dari perintah Allah dan Rasulullah adalah dia bersalah?? Dia menegur untuk kebaikan. Jangan dibuat main dengan Hukum ALLAH.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., ia berkata: Rasulullah bersabda:
“Wanita dinikahi karena empat perkara; karena hartanya, karena kedudukannya/keturunannya, karena kecantikannya dan keranan agamanya. Maka, pilihlah yang baik agamanya niscaya engkau beruntung.” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari (3/242), Muslim (2/1086), Abu Dawud (2047), an—Nasaa’i (6/68) dan Ibnu Majah (1858))
kenapa Rasulullah bersabda berkenaan begitu? pernah tanya ustaz dan orang bijak pandai dalam agama. Sebab itu syarat utama mencari isteri bukan dari sudut fizikal atau latar belakang pendidikan. TETAPI AGAMANYA.
Re: Sembang MyMil - Pencarian Jodoh Atre, Tin, Bijan dan Jazim...V3
Bagi aku hanya dua perkara sahaja - AGAMA dan KUFU
Mcm nilah, hidup aku, jodoh aku adalah ikhtiar aku dan aku yg bawak haluannya...sebab yg nak kahwin (kalau mak aku sembuh dri lumpuhnya) adalah aku bukan org lain. Sekurang2nya kalau aku jadi bujang tua pun, aku tak pernah la pulak berkempen mahu orang lain ikut cara hidup aku dan yg penting aku x la pulak merosakkan anak dara orang x habis2 bersekedudukan tanpa nikah atau sama buruknya, dah beristeri tapi curang merata-rata.
Mcm nilah, hidup aku, jodoh aku adalah ikhtiar aku dan aku yg bawak haluannya...sebab yg nak kahwin (kalau mak aku sembuh dri lumpuhnya) adalah aku bukan org lain. Sekurang2nya kalau aku jadi bujang tua pun, aku tak pernah la pulak berkempen mahu orang lain ikut cara hidup aku dan yg penting aku x la pulak merosakkan anak dara orang x habis2 bersekedudukan tanpa nikah atau sama buruknya, dah beristeri tapi curang merata-rata.
kerambit75- Kehormat MyMil
-
Posts : 2612
Reputation : 83
Join date : 07/05/2010
Age : 49
Location : Ipoh
Re: Sembang MyMil - Pencarian Jodoh Atre, Tin, Bijan dan Jazim...V3
kerambit75 wrote:Bagi aku hanya dua perkara sahaja - AGAMA dan KUFU
Mcm nilah, hidup aku, jodoh aku adalah ikhtiar aku dan aku yg bawak haluannya...sebab yg nak kahwin (kalau mak aku sembuh dri lumpuhnya) adalah aku bukan org lain. Sekurang2nya kalau aku jadi bujang tua pun, aku tak pernah la pulak berkempen mahu orang lain ikut cara hidup aku dan yg penting aku x la pulak merosakkan anak dara orang x habis2 bersekedudukan tanpa nikah atau sama buruknya, dah beristeri tapi curang merata-rata.
Mengapa nak highlight pasal 2? adakah semua orang berkahwin macam 2? Saya hanya memberi nasihat supaya kita lebih terbuka minda.
Bro, berbangga kerana tidak berkahwin lagi dan juga menyatakan pelbagai alasan untuk berkahwin bukan salah satu car berkempen ke?? sebaik satu jer jawab, Sudah mencari, cuma jodohnya belum tiba.
Re: Sembang MyMil - Pencarian Jodoh Atre, Tin, Bijan dan Jazim...V3
Sekufu dalam pemilihan Jodoh?
Pembentukan keluarga memainkan peranan penting dalam agama Islam. Jadi apabila Islam menggalakkan sekufu, ini bermakna Islam melihat lebih jauh lagi mengenai peranan sesuatu keluarga itu. Ini kerana perbezaan yang terlalu banyak dan ketara di antara pasangan suami dengan isteri dalam pelbagai perkara, hanya akan menimbulkan berbagai-bagai masalah untuk meneruskan kehidupan berkeluarga yang akan dibina kelak. Bahkan sekiranya tiada sekufu antara kedua-duanya, maka isteri atau walinya berhak menuntut fasakh selepas perkahwinannya.
Ia berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Muslim: Tidak berhak mengahwinkan seorang anak perempuan kecuali dengan wali, dan tidak berhak mengahwinkan wanita kecuali dengan lelaki yang sekufu dengannya.
"Sekufu didefinisikan oleh para ulama sebagai 'al musawah wal muqarab' atau yang bermaksud persamaan atau hampir. "Yang dimaksudkan dengan persamaan atau hampir ini lebih ditekankan dalam Islam kepada pihak perempuan. "Jadi di sini, sekiranya seorang lelaki itu mengambil seorang isteri yang lebih rendah pendidikannya atau yang lebih sedikit hartanya dan sebagainya, ia biasanya tidak menimbulkan sebarang masalah kemudian hari.
"Berlainan pula seandainya seorang isteri bersuamikan seorang lelaki yang jauh lebih rendah daripadanya dalam semua perkara. Dalam hal inilah, Islam melihat kafaah sebagai satu aspek yang perlu dijaga.
Menurut ulama fiqah, keseluruhan mereka mengambil kira kepentingan sekufu, sehingga didapati Mazhab Syafie meletakkan sekufu sebagai hak seorang perempuan dan hak walinya. Sementara bagi Mazhab Hanafi, walaupun tidak ada wali mujbir (wali yang boleh memaksa anaknya untuk berkahwin atau tidak berkahwin, misalnya ayah dan datuk) seorang perempuan itu boleh mengahwinkan dirinya tanpa wali.
Namun wali mujbirnya iaitu bapanya contohnya, masih berhak untuk membubarkan perkahwinan itu sekiranya mendapati pasangan tersebut tidak sekufu. Sebagaimana dijelaskan di atas bahawa sekufu merupakan hak kepada wanita dan walinya, maka sekiranya salah seorang daripada orang yang berhak ini menghalang perkahwinan disebabkan tidak sekufu, maka perkahwinan itu tidak boleh dilangsungkan.
Contohnya, seorang perempuan membawa calon suaminya tetapi tidak dipersetujui oleh bapanya sebagai seorang wali mujbir dengan alasan lelaki tersebut tidak sekufu dengan anaknya, maka alasan itu dianggap munasabah dan hak bapanya sebagai wali tidak boleh dipindahkan kepada wali hakim atau wali selepasnya. Begitu juga sekiranya seorang perempuan yang dipaksa berkahwin oleh wali mujbirnya, sama ada bapa ataupun datuk tetapi dia menolak dengan alasan bahawa perkahwinan ini tidak sekufu, maka dia berhak untuk menghalang perkahwinan ini.
Jelas di sini, bahawa semua mazhab meletakkan sekufu sebagai satu perkara yang penting. Jumhur mengatakan, sekufu adalah syarat untuk meneruskan perkahwinan, bukannya syarat sah perkahwinan tetapi tidak dinafikan bahawa sekufu penting dalam perkahwinan. Sementara menurut Imam Shirazi, apabila seorang wanita ingin berkahwin dengan orang yang tidak sekufu, tidak menjadi kewajipan kepada wali mengahwinkannya. Manakala, bagi Imam Imrani pula, pemerintah tidak boleh mengambil alih ataupun wali tidak boleh dipaksa untuk mengahwinkah anak perempuan dengan pasangannya yang tidak sekufu.
Sekufu adalah hak kedua-dua belah pihak, iaitu calon isteri dan walinya. Pun begitu ia boleh digugurkan dengan syarat dipersetujui oleh kedua-dua. Ini dijelaskan lagi oleh hadis riwayat Aisyah, Rasulullah s.a.w. bersabda: Pilihlah olehmu untuk keturunan kamu dan bernikahlah dengan orang yang sekufu. (Riwayat al-Baihaqi)
Manakala di dalam kitab Fathul Qadir, "Tidak boleh menikahkan seorang perempuan itu kecuali walinya dan mereka tidak akan menikahkannya kecuali yang sekufu". Pada zaman Rasulullah s.a.w. ada seorang hamba bernama Burairah yang dimerdekakan oleh Aisyah r.a. Setelah dia dimerdekakan, Rasulullah bertanya kepadanya kerana dia telah berkahwin dengan seorang hamba. Baginda memberi pilihan kepada Burairah sama ada mahu meneruskan perkahwinannya atau bercerai. Nyatalah bahawa Rasulullah begitu menitikberatkan soal sekufu, memandangkan suami Burairah masih menjadi hamba berbanding dirinya yang sudah merdeka. Kata Dr. Amilah lagi, ayat al-Quran yang begitu terang menceritakan tentang sekufu ini tidak ada. Cuma yang ada ialah ayat yang agak hampir dalam masalah sekufu ini, iaitu surah an-Nur ayat 26, Allah s.w.t. berfirman maksudnya:
"Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji (juga), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik, dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)".
Malah kepentingan sekufu ini tidak terhad kepada gadis dan wali sahaja, wanita yang berstatus janda juga perlu dititikberatkan soal sekufu.
Ini terbukti apabila Rasulullah s.a.w. berpesan kepada Ali bin Abi Talib, Tiga perkara jangan kamu tangguhkan. Pertama, menunaikan sembahyang apabila masuk waktunya. Kedua, menguruskan jenazah, dan ketiga, janda sekiranya didapati ada lelaki yang sekufu dengannya, maka langsungkanlah pernikahannya. (Riwayat Tirmizi) .
Menyedari kepentingan sekufu ini, adalah di sarankan kepada ibu bapa dan remaja perempuan, agar mengambil berat mengenainya tetapi jangan bersikap terlalu rigid.
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: Apabila datang pinangan kepada kamu daripada orang-orang yang kamu redhai agamanya dan akhlaknya, maka kahwinkanlah dengannya. Sesungguhnya, sekiranya kamu tidak berbuat demikian, akan menyebabkan fitnah dan kefasadan (kerosakan) di muka bumi.
Menyentuh mengenai tahap pendidikan ujar Dr. Amilah, aspek pendidikan boleh dikaitan dengan profesion atau kerjaya dan penghayatan agama (ilmu agama). Contohnya sebuah kisah yang berlaku pada zaman baginda Rasulullah. Bilal bin Rabah (bekas hamba) berketurunan Habshi telah dikahwinkan dengan seorang wanita Ansar.
Wanita tersebut mengetahui bahawa Bilal bukan berbangsa Arab. Namun, Rasulullah mengenepikan soal darjat antara kedua-duanya dan mengatasinya dengan cara memberi kefahaman dan penghayatan agama.
Begitu juga kisah sekumpulan orang-orang Ansar yang berkata kepada Ali bin Abi Talib, "Alangkah baiknya kalau kamu memiliki Fatimah." Lalu Ali menemui Rasulullah s.a.w. untuk meminang puterinya, Fatimah. Setelah mengucapkan salam beliau ditanya oleh Rasulullah s.a.w.: Apa hajatmu wahai putera Abi Talib? Jawab Ali, Aku hendak melamar Fatimah puteri Rasulullah s.a.w. Rasul menjawab: Marhaban Wa Ahlan. dan tidak berkata apa-apa lagi. Maka Ali keluar menemui sekumpulan orang-orang Ansar yang sedang menunggunya tadi. Mereka bertanya, "Berita apa yang kau bawa?" Ali menjawab, "Aku tidak tahu kerana baginda hanya mengatakan kepadaku, Marhaban."
Daripada peristiwa ini jelas menunjukkan bahawa sekufu dalam agama merupakan aspek penting dalam pemilihan jodoh.

Sekufu suami isteri - Penting dalam perkahwinan
Oleh FARIDAH MOHAMED SANI
`Sama cantik sama padan'. Itulah ungkapan yang sering diucapkan orang ramai
untuk memuji kecantikan dan ketampanan sepasang pengantin baru.
Para undangan yang datang ke majlis perkahwinan, sudah tentu mengagumi dan
senang melihat pasangan suami isteri yang `bagaikan pinang dibelah dua' dari
sudut paras rupanya, berbanding pasangan yang tidak sepadan (sekadar
mengambil contoh yang paling mudah).
Perasaan sedemikian jelas menunjukkan naluri kita sebagai manusia yang
sukakan keindahan, dan menolak sesuatu yang tidak sepadan dan setara.
Apatah lagi perkahwinan merupakan ikatan perjanjian dua orang insan untuk
berkongsi segalanya dalam menempuh kehidupan seterusnya. Oleh kerana itu
sebaik-baiknya kedua-duanya setaraf dalam banyak hal supaya rumah tangga
yang akan diharungi lebih mudah dilayari.
Ini kerana perbezaan yang terlalu banyak dan ketara hanya akan menyusahkan
kehidupan yang akan dibina.
Satu pihak akan merasa rendah diri kerana kelemahan dan kekurangan yang ada
padanya. Sementara di pihak yang lain pula akan timbul rasa sombong dan ego
dengan kelebihan yang dimilikinya.
Sekufu, setaraf atau sepadan merupakan istilah yang digunakan oleh para
ulamak dalam bab perkahwinan. Ia menunjukkan kesepadanan antara suami
isteri, yang telah diterima oleh majoriti ulamak sebagai pra syarat dalam
pernikahan.
Bahkan mereka berpendapat, jika tiada sekufu antara kedua-duanya, maka
isteri atau walinya berhak menuntut fasakh selepas perkahwinan.
Ia berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Muslim:
``Tidak berhak mengahwinkan seorang anak perempuan kecuali dengan wali, dan
tidak berhak mengahwinkan wanita kecuali dengan lelaki yang sekufu
dengannya.''
Ketua Jabatan Siasah Syar`iyyah, Akademi pengajian Islam, Universiti Malaya,
Dr. Sharifah Hayaati Syed Ismail dalam hal ini menjelaskan, dari sudut hukum
syara, ulamak telah memberikan pelbagai aspek yang perlu dilihat dari sudut
kufu bagi mewujudkan perkahwinan yang bahagia.
``Menurut Mazhab Hanafi, Maliki, Hanbali dan Syafie, persamaan suami dan
isteri perlu dilihat dari aspek keturunan, keagamaan, pekerjaan, fizikal
(yang sempurna), keilmuan dan harta.
``Pandangan majoriti ulamak ini adalah berasaskan dalil-dalil al-Quran dan
sunah serta kemaslahatan perkahwinan itu sendiri, yang bertujuan melahirkan
kasih sayang dan kesejahteraan di dunia dan akhirat,'' ujar beliau ketika
membentangkan kertas kerjanya, Wanita Berjaya: Kedudukan Mereka Di sisi
Suami Dan Kepentingan Kufu Dalam Perkahwinan di Seminar Memahami Kedudukan
Wanita Berjaya dari Perspektif Islam, yang dihadiri lebih kurang 260 peserta
pada 5-6 Ogos 2003.
Sekufu atau sepadan yang dimaksudkan dalam perkahwinan ini dilihat dari
empat sudut:
1. Sekufu dalam agama
Ia mengambil kira peringatan Allah s.w.t. dalam surah as-Sajadah ayat 18
yang bermaksud: ``Adakah orang-orang yang beriman itu sama seperti
orang-orang yang fasiq. Mereka itu tidak sama.''
Firman-Nya lagi ``Lelaki yang penzina tidak berkahwin kecuali dengan wanita
penzina.'' (An-Nur : 3).
Daripada dalil-dalil yang disebutkan, menunjukkan bahawa jaminan kebahagiaan
dan kesecocokan antara pasangan suami isteri tidak cukup hanya dengan
persamaan agama sahaja, iaitu agama Islam.
Bahkan kefahaman dan pegangan terhadap agamanya itu sangat penting. Seperti
kata Ibnu Taimiyyah ``Lelaki yang selalu melakukan dosa tidak sewajarnya
dijadikan suami.''
Hasil daripada penyelidikan tentang punca perceraian di Wilayah Persekutuan
dan Kelantan, menyebut di antaranya ialah kerana kefahaman agama yang
rendah.
Hal ini dapat dirumuskan melalui hasil kajian yang ditulis oleh Shamsiah bin
Mustaffa (1996) mengenai Perceraian di kalangan orang kaya dan kenamaan di
Mahkamah Syariah, Wilayah Persekutuan yang merujuk kepada tiga kes utama.
Manakala dalam kajian yang dilakukan oleh Saudah Abdullah (2001/2002)
mengenai Faktor Perceraian Umat Islam Masa Kini: Kajian di Kubang Krian,
Kelantan, pula mendapati bahawa punca perceraian disebabkan oleh sikap suami
yang mengabaikan tanggungjawab agama, tidak memberi nafkah zahir dan batin,
dan disebabkan oleh faktor kaki judi dan penagih dadah.
2. Sekufu dalam ilmu
Dalam aspek perkahwinan, ketiadaan sekufu dalam ilmu boleh mendorong
perselisihan faham dan percanggahan idea dan gaya berfikir, seterusnya gaya
hidup yang boleh menggoncang kehidupan berumahtangga.
Perbezaan cara berfikir yang di antaranya disebabkan faktor ilmu ini juga
telah dikenal pasti sebagai faktor perceraian dalam kajian-kajian yang telah
dinyatakan di atas.
Firman Allah yang berikut menunjukkan kedudukan orang berilmu adalah lebih
baik daripada orang yang tidak berilmu, ``Allah telah mengangkat darjat
orang yang beriman di antara kamu dan orang yang diberi ilmu dengan beberapa
darjat.'' (Al-Mujadalah : 11).
3. Sekufu dalam pekerjaan
Firman Allah s.w.t. ``Dan Allah melebihkan sebahagian kamu daripada
sebahagian yang lain dalam hal rezeki.'' (An-Nahl : 71), dijadikan asas
pemikiran sebahagian ulamak khususnya Imam Syafie, Hanbali dan Hanafi untuk
melihat faktor pekerjaan sebagai di antara aspek yang boleh mewujudkan kufu
antara suami dan isteri.
4. Sekufu dalam kekayaan
Dalam meletakkan kekayaan sebagai salah satu aspek penentuan kufu, hanya
Mazhab Syafie dan Hanafi yang mengambil kira. Sedangkan ulamak yang lain
lebih cenderung untuk tidak menganggapnya sebagai faktor kufu, dengan alasan
harta itu boleh ditambah dan boleh pula berkurangan (dalam tempoh
perkahwinan).
Menurut Dr. Sharifah lagi, selain aspek-aspek di atas, aspek-aspek lain yang
juga menjadi perbincangan ulamak ialah aspek umur, hubungan kekeluargaan
(daripada nasab yang dekat) dan gaya hidup.
``Walaupun begitu ada di kalangan segelintir ulamak yang tidak bersetuju
menjadikan kufu sebagai pra syarat yang perlu diambil kira dalam
perkahwinan. Ia berasaskan kepada dalihan bahawa semua umat Islam adalah
setaraf dan bersaudara. Dan ketinggian mereka berbanding yang lain itu
ditentukan oleh Allah berasaskan ketakwaan,'' jelas beliau dalam seminar dua
hari tersebut yang dianjurkan oleh Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita Dan keluarga.
Perlu diingatkan bahawa asas pemilihan suami dan isteri berasaskan kufu yang
dibahaskan oleh para ulamak, bukanlah menjurus kepada memandang seseorang
itu sebagai lebih tinggi atau rendah, lebih baik atau kurang baik daripada
yang lain.
Sebaliknya, tujuannya adalah untuk menambah eratkan lagi kasih sayang dan
persefahaman melalui kufu dan mengelakkan pelbagai bentuk perselisihan dan
persengketaan dalam perkahwinan.
Re: Sembang MyMil - Pencarian Jodoh Atre, Tin, Bijan dan Jazim...V3
helangrimba wrote:kerambit75 wrote:Bagi aku hanya dua perkara sahaja - AGAMA dan KUFU
Mcm nilah, hidup aku, jodoh aku adalah ikhtiar aku dan aku yg bawak haluannya...sebab yg nak kahwin (kalau mak aku sembuh dri lumpuhnya) adalah aku bukan org lain. Sekurang2nya kalau aku jadi bujang tua pun, aku tak pernah la pulak berkempen mahu orang lain ikut cara hidup aku dan yg penting aku x la pulak merosakkan anak dara orang x habis2 bersekedudukan tanpa nikah atau sama buruknya, dah beristeri tapi curang merata-rata.
Mengapa nak highlight pasal 2? adakah semua orang berkahwin macam 2? Saya hanya memberi nasihat supaya kita lebih terbuka minda.
Bro, berbangga kerana tidak berkahwin lagi dan juga menyatakan pelbagai alasan untuk berkahwin bukan salah satu cara berkempen ke?? sebaik satu jer jawab, Sudah mencari, cuma jodohnya belum tiba.
Ye memang kesilapan aku cuma aku x maksudkan pada semua org yg dah kahwin, hakikatnya hanya segelintir yg buat perangai, sama juga mcm org bujang, adakah semua lelaki bujang terlajak tu jahat? tentunya tidak. Aku jadi begini sebab dah penat bertahun-tahun mencari...dan kadang2 aku terfikir juga, besar kemungkinan jodoh aku takde atas dunia ni sebab ada juga insan2 yg ditakdirkan kembali padaNya sebelum bertemu jodoh.
kerambit75- Kehormat MyMil
-
Posts : 2612
Reputation : 83
Join date : 07/05/2010
Age : 49
Location : Ipoh
Re: Sembang MyMil - Pencarian Jodoh Atre, Tin, Bijan dan Jazim...V3
kerambit75 wrote:

sapa la yang cakap bujang terlajak 2 jahat.. meh aku lekuk kepala orang 2 sikit. bro, aku xpernah kuar statement 2 yer.. bagi aku jodoh adalah kurnia Allah, cuma kita kena cari dan berdoa.. insyallah jumpa la. tetapi jangan sekali2 putus asa dan cakap X mau kahwin, andai ada orang yang baik dan tinggi beragama hendakkan pada bro, jangan la tolak pulak..
Re: Sembang MyMil - Pencarian Jodoh Atre, Tin, Bijan dan Jazim...V3
..aik??? thread sembang pun jadi serius ka???hhahahaha
..releks ler..hhuhuh
..releks ler..hhuhuh
periuk_api1209- Staff Sargent
-
Posts : 334
Reputation : 12
Join date : 24/08/2010
Re: Sembang MyMil - Pencarian Jodoh Atre, Tin, Bijan dan Jazim...V3
huhuhu.. aku nak offer kerambit calon2 muda2 yang jenis tudung labuh dari U, tapi xnak...periuk_api1209 wrote:..aik??? thread sembang pun jadi serius ka???hhahahaha
..releks ler..hhuhuh
Re: Sembang MyMil - Pencarian Jodoh Atre, Tin, Bijan dan Jazim...V3
yg penting.. kalu sampai jodoh dia nanti.. jgn lupa jemput kita makan kenduri
marc_zman- MODERATOR
-
Posts : 16328
Reputation : 611
Join date : 08/06/2010
Location : di atas tanah bekas hutan, paya dan ladang kelapa sawit.. tak tau laaa ntah sapa2 pernah kena tanam kat sini dulu.. kalu ada laa
Re: Sembang MyMil - Pencarian Jodoh Atre, Tin, Bijan dan Jazim...V3
helangrimba wrote:kerambit75 wrote:
Ye memang kesilapan aku cuma aku x maksudkan pada semua org yg dah kahwin, hakikatnya hanya segelintir yg buat perangai, sama juga mcm org bujang, adakah semua lelaki bujang terlajak tu jahat? tentunya tidak. Aku jadi begini sebab dah penat bertahun-tahun mencari...dan kadang2 aku terfikir juga, besar kemungkinan jodoh aku takde atas dunia ni sebab ada juga insan2 yg ditakdirkan kembali padaNya sebelum bertemu jodoh.
sapa la yang cakap bujang terlajak 2 jahat.. meh aku lekuk kepala orang 2 sikit. bro, aku xpernah kuar statement 2 yer.. bagi aku jodoh adalah kurnia Allah, cuma kita kena cari dan berdoa.. insyallah jumpa la. tetapi jangan sekali2 putus asa dan cakap X mau kahwin, andai ada orang yang baik dan tinggi beragama hendakkan pada bro, jangan la tolak pulak..
Jgn lekuk kepala..x cukup perit tu, kumpulkan org tu dgn ex-ex aku lepas tu bagi diorang merasa fwd roll. side roll, pikul balak lari keliling padang kawad, buat commando rest bagai..atau kawad setempat sambil julang senjata sampai pengsan...(yg kata aku ego, memilih dan kata aku bagi alasan tak munasabah pun kena join sekali deraan ni)
Last edited by kerambit75 on Sat 12 May 2012, 1:16 am; edited 1 time in total
kerambit75- Kehormat MyMil
-
Posts : 2612
Reputation : 83
Join date : 07/05/2010
Age : 49
Location : Ipoh
Re: Sembang MyMil - Pencarian Jodoh Atre, Tin, Bijan dan Jazim...V3
marc_zman wrote:yg penting.. kalu sampai jodoh dia nanti.. jgn lupa jemput kita makan kenduri
[You must be registered and logged in to see this image.]
amacam marc, cukup langsi tak gambar ni kalau ikut pada selera ngko? kalau kambing golek, tu kena tunggu cip ven pasang 1 lagi!
kerambit75- Kehormat MyMil
-
Posts : 2612
Reputation : 83
Join date : 07/05/2010
Age : 49
Location : Ipoh
Re: Sembang MyMil - Pencarian Jodoh Atre, Tin, Bijan dan Jazim...V3
kerambit75 wrote:helangrimba wrote:kerambit75 wrote:
Ye memang kesilapan aku cuma aku x maksudkan pada semua org yg dah kahwin, hakikatnya hanya segelintir yg buat perangai, sama juga mcm org bujang, adakah semua lelaki bujang terlajak tu jahat? tentunya tidak. Aku jadi begini sebab dah penat bertahun-tahun mencari...dan kadang2 aku terfikir juga, besar kemungkinan jodoh aku takde atas dunia ni sebab ada juga insan2 yg ditakdirkan kembali padaNya sebelum bertemu jodoh.
sapa la yang cakap bujang terlajak 2 jahat.. meh aku lekuk kepala orang 2 sikit. bro, aku xpernah kuar statement 2 yer.. bagi aku jodoh adalah kurnia Allah, cuma kita kena cari dan berdoa.. insyallah jumpa la. tetapi jangan sekali2 putus asa dan cakap X mau kahwin, andai ada orang yang baik dan tinggi beragama hendakkan pada bro, jangan la tolak pulak..
Jgn lekuk kepala..x cukup perit tu, kumpulkan org tu dgn ex-ex aku lepas tu bagi diorang merasa fwd roll. side roll, pikul balak lari keliling padang kawad, buat commando rest bagai..atau kawad setempat sambil julang senjata sampai pengsan...
boleh jer.. cakap bila...
Re: Sembang MyMil - Pencarian Jodoh Atre, Tin, Bijan dan Jazim...V3
kerambit75 wrote:marc_zman wrote:yg penting.. kalu sampai jodoh dia nanti.. jgn lupa jemput kita makan kenduri
[You must be registered and logged in to see this image.]
amacam marc, cukup langsi tak gambar ni kalau ikut pada selera ngko? kalau kambing golek, tu kena tunggu cip ven pasang 1 lagi! [You must be registered and logged in to see this image.]
cam kureeeng laaa.. beras apa dia pakai tu? brasmathi kan? tapi apsal cam hancus plak rupa dia? wa prefer briyani johor.. ada x?
marc_zman- MODERATOR
-
Posts : 16328
Reputation : 611
Join date : 08/06/2010
Location : di atas tanah bekas hutan, paya dan ladang kelapa sawit.. tak tau laaa ntah sapa2 pernah kena tanam kat sini dulu.. kalu ada laa
Re: Sembang MyMil - Pencarian Jodoh Atre, Tin, Bijan dan Jazim...V3
Aku ingat nasi dlm gambar kat atas nu dimasak terlebih sikit airnya sampai hilang ke'panjang'an basmathi-nya tu sampai nampak mcm beras hancur
nota tengkuk: briyani johor memang sedap (lihat gambar bawah)
[You must be registered and logged in to see this image.]
nota tengkuk: briyani johor memang sedap (lihat gambar bawah)
[You must be registered and logged in to see this image.]
Last edited by kerambit75 on Mon 14 May 2012, 8:09 pm; edited 3 times in total
kerambit75- Kehormat MyMil
-
Posts : 2612
Reputation : 83
Join date : 07/05/2010
Age : 49
Location : Ipoh
Re: Sembang MyMil - Pencarian Jodoh Atre, Tin, Bijan dan Jazim...V3
yaaaa.. tu dia.. inche jaz sedang membuat pilihan menu bagi majlis perkahwinannya yg bakal berlangsung suatu masa nanti.. insya Allah
btw.. jgn lupa tau.. lepas pilih menu kena ada food testing.. masa tu nanti kena laaa panggil muchi, abu, bijan & wa sekali tuk verify sedap ke idak masakan caterer tu.. igt nak suruh panggil kak leena.. tapi dia jauh sgt plak.. ekekekeee
btw.. jgn lupa tau.. lepas pilih menu kena ada food testing.. masa tu nanti kena laaa panggil muchi, abu, bijan & wa sekali tuk verify sedap ke idak masakan caterer tu.. igt nak suruh panggil kak leena.. tapi dia jauh sgt plak.. ekekekeee
marc_zman- MODERATOR
-
Posts : 16328
Reputation : 611
Join date : 08/06/2010
Location : di atas tanah bekas hutan, paya dan ladang kelapa sawit.. tak tau laaa ntah sapa2 pernah kena tanam kat sini dulu.. kalu ada laa
Re: Sembang MyMil - Pencarian Jodoh Atre, Tin, Bijan dan Jazim...V3
marc_zman wrote:yaaaa.. tu dia.. inche jaz sedang membuat pilihan menu bagi majlis perkahwinannya yg bakal berlangsung suatu masa nanti.. insya Allah
btw.. jgn lupa tau.. lepas pilih menu kena ada food testing.. masa tu nanti kena laaa panggil muchi, abu, bijan & wa sekali tuk verify sedap ke idak masakan caterer tu.. igt nak suruh panggil kak leena.. tapi dia jauh sgt plak.. ekekekeee
Hehe ... Subject Zero dah ada la tuh .... lepas tu bleh tambah 1st detatchment
bijan- Brig General
-
Posts : 3142
Reputation : 71
Join date : 11/10/2010
Location : Dalam Sarang ... Tengok bebird terbang depan tingkap
Re: Sembang MyMil - Pencarian Jodoh Atre, Tin, Bijan dan Jazim...V3
Mr. Bijan wrote:marc_zman wrote:yaaaa.. tu dia.. inche jaz sedang membuat pilihan menu bagi majlis perkahwinannya yg bakal berlangsung suatu masa nanti.. insya Allah
btw.. jgn lupa tau.. lepas pilih menu kena ada food testing.. masa tu nanti kena laaa panggil muchi, abu, bijan & wa sekali tuk verify sedap ke idak masakan caterer tu.. igt nak suruh panggil kak leena.. tapi dia jauh sgt plak.. ekekekeee
Hehe ... Subject Zero dah ada la tuh .... lepas tu bleh tambah 1st detatchment
marc_zman- MODERATOR
-
Posts : 16328
Reputation : 611
Join date : 08/06/2010
Location : di atas tanah bekas hutan, paya dan ladang kelapa sawit.. tak tau laaa ntah sapa2 pernah kena tanam kat sini dulu.. kalu ada laa
Page 5 of 6 • 1, 2, 3, 4, 5, 6
Similar topics
» Sembang MyMil - Pencarian Jodoh Atre, Tin, Bijan dan Jazim...V2
» Sembang MyMil - Pencarian Jodoh Atre, Tin dan Jazim...
» Sembang Bunker Pak Jabit V40
» Sembang Bunker Pak Jabit V41
» Sembang Bunker Pak Jabit V42

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum