Tips Untuk Balik Berhari Raya 2012 Hitskin_logo Hitskin.com

This is a Hitskin.com skin preview
Install the skinReturn to the skin page

Malaysia's Military, Police and Security Agencies
Welcome to the battlefield, soldier!

MyMil adalah bod perbincangan berkenaan ketenteraan, agensi2 penguatkuasaan yang ada di Malaysia dan juga di serata dunia. Daftar sekarang untuk menikmati paparan perbincangan berinformasi sambil bersantai. Ahli2 yg baru akan digugurkan daripada senarai sekiranya tidak aktif dalam masa yg terdekat. Berforumlah dengan berhemah.

Terima kasih.

Admin dan moderator MyMil

Important Notice: The views and opinions expressed on the forum or the related pages are of the owner alone, and are not endorsed by Mymil, nor is Mymil responsible for them. Due to the nature of the Internet forum is in real time, Mymil does not, and can not censor any submission, but asks that each user use discretion and respect for other users, and does not contribute any word that is unlawful, harmful, threatening, abusive, harassing, tortious, defamatory, vulgar, obscene, libelous, invasive of another's privacy, hateful, or racially, ethnically or otherwise objectionable. Mymil reserve the right to withhold and/or remove any link that might possibly hold an individual, entity or group ridicule, potential embarrassment or potential defamation. Mymil also reserves the right to accept, edit and/or remove any link that is deemed inappropriate in any way.

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Established on April 2010. MyMil is a hangout place where military enthusiasts meet, fully armed with mouse, keyboard and few cups of coffee.
 
HomeMyMil's PortalLatest imagesRegisterLog in
Member2 baru diharapkan dapat perkenalkan diri masing2 di SINI terlebih dulu, terima kasih
To all MYMIL forumer please be very careful with all information posted, we don't to any vital information of our security forces or rumors circulating around that would bring a bad implications.
Kepada semua forumer MYMIL, diminta untuk berposting dengan lebih berhemah serta tidak mendedahkan atau menyebarkan informasi penting mengenai pasukan keselamatan atau sebarang khabar angin yang membawa implikasi yang teruk.
Kempen Anti Khabar Angin MYMIL sedang berjalan, sebarang post yang jatuh ke dalam kategori Khabar Angin akan dipadam tanpa sebarang amaran. Harap Maklum
Selamat menyambut HUT ke 80 Tentera Laut DiRaja Malaysia
MYMIL Anti Rumours Campaign is now in motion, any postage that fall under that condition will be edited and deleted without any warning. Please be advised
Off topics haven, borak sampai pengsan di Warung Kopi Pak Jabit!!
Mana2 posting yg bersifat provokasi, spam dan trol akan dipadam tanpa ragu2 lagi. Sila berposting dgn berhemah.
Kepada ahli2 yg tidak pernah aktif dan berposting dalam masa 20 hari dari tarikh pendaftaran keahlian anda akan DIGUGURKAN. Ini adalah untuk menggalakan forumer untuk lebih aktif berforum.
To all new forumer without any post (post = 0), your membership will be DROPPED in 20 days after the registration date, this is to discourage silent lurkers in the forum.
To all Mozilla Firefox, Chrome or Opera browser user, please activate browser add-on "AdBlock" to enable ad free MYMIL experience! -TQ
Kepada semua pengguna Mozilla Firefox, Chrome atau Opera. Sila aktifkan browser add-on yang bernama "AdBlock" untuk mengelakkan gangguan iklan didalam Mymil -TQ
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Latest topics
» Sembang Medan Selera Pak Jebat V44
Tips Untuk Balik Berhari Raya 2012 Icon_minitimeby HangPC2 Sat 27 Aug 2022, 5:36 pm

» Halo semua
Tips Untuk Balik Berhari Raya 2012 Icon_minitimeby matamata Mon 25 Oct 2021, 9:56 pm

» Cerita Rakyat
Tips Untuk Balik Berhari Raya 2012 Icon_minitimeby mumuchi Sun 05 Sep 2021, 10:35 am

» Konfrontasi Malaysia-Indonesia 1962-66
Tips Untuk Balik Berhari Raya 2012 Icon_minitimeby mumuchi Sun 05 Sep 2021, 10:28 am

» PAINTBALL - Come get some...
Tips Untuk Balik Berhari Raya 2012 Icon_minitimeby pisang Tue 13 Dec 2016, 1:53 pm

» Baru balik
Tips Untuk Balik Berhari Raya 2012 Icon_minitimeby pisang Mon 12 Dec 2016, 5:47 pm

» Jaket camo
Tips Untuk Balik Berhari Raya 2012 Icon_minitimeby atreyudevil Fri 15 Jul 2016, 4:17 pm

» Nusantara Total War: Portuguese Invasion
Tips Untuk Balik Berhari Raya 2012 Icon_minitimeby Adib Mon 22 Feb 2016, 7:57 pm

» Rekrut baru disini
Tips Untuk Balik Berhari Raya 2012 Icon_minitimeby kapokbesi Thu 11 Feb 2016, 4:32 pm

» Keretapi Tanah Melayu Berhad
Tips Untuk Balik Berhari Raya 2012 Icon_minitimeby zacky.uesoff Thu 04 Feb 2016, 11:00 pm

» ALL ABOUT HAM RADIO (AMATEUR RADIO STATION)
Tips Untuk Balik Berhari Raya 2012 Icon_minitimeby kapokbesi Mon 16 Nov 2015, 12:42 pm

» BACKPACKING
Tips Untuk Balik Berhari Raya 2012 Icon_minitimeby venez Tue 31 Mar 2015, 5:11 pm

» Rekrut 2015
Tips Untuk Balik Berhari Raya 2012 Icon_minitimeby atreyudevil Sun 29 Mar 2015, 8:34 pm

» Sejarah Pangkalan-Pangkalan Udara TUDM
Tips Untuk Balik Berhari Raya 2012 Icon_minitimeby venez Tue 24 Mar 2015, 11:02 am

» MyMil useful website lists
Tips Untuk Balik Berhari Raya 2012 Icon_minitimeby atreyudevil Sat 24 Jan 2015, 11:17 pm

» WIP - Work In Progress
Tips Untuk Balik Berhari Raya 2012 Icon_minitimeby yaminz Fri 26 Dec 2014, 12:06 pm

» Model Collections
Tips Untuk Balik Berhari Raya 2012 Icon_minitimeby yaminz Fri 26 Dec 2014, 11:58 am

» Rekrut October & November 2014
Tips Untuk Balik Berhari Raya 2012 Icon_minitimeby atreyudevil Sat 20 Dec 2014, 7:07 am

» Bola Cafe: MALAYSIA!
Tips Untuk Balik Berhari Raya 2012 Icon_minitimeby HangPC2 Sun 14 Dec 2014, 12:35 pm

» Tayar Pirelli boleh tahan!
Tips Untuk Balik Berhari Raya 2012 Icon_minitimeby venez Wed 10 Dec 2014, 4:27 pm

Statistics
We have 511 registered users
The newest registered user is Belarus

Our users have posted a total of 172030 messages in 1322 subjects
Top posters
mumuchi
Tips Untuk Balik Berhari Raya 2012 I_vote_lcapTips Untuk Balik Berhari Raya 2012 I_voting_barTips Untuk Balik Berhari Raya 2012 I_vote_rcap 
venez
Tips Untuk Balik Berhari Raya 2012 I_vote_lcapTips Untuk Balik Berhari Raya 2012 I_voting_barTips Untuk Balik Berhari Raya 2012 I_vote_rcap 
marc_zman
Tips Untuk Balik Berhari Raya 2012 I_vote_lcapTips Untuk Balik Berhari Raya 2012 I_voting_barTips Untuk Balik Berhari Raya 2012 I_vote_rcap 
yaminz
Tips Untuk Balik Berhari Raya 2012 I_vote_lcapTips Untuk Balik Berhari Raya 2012 I_voting_barTips Untuk Balik Berhari Raya 2012 I_vote_rcap 
atreyudevil
Tips Untuk Balik Berhari Raya 2012 I_vote_lcapTips Untuk Balik Berhari Raya 2012 I_voting_barTips Untuk Balik Berhari Raya 2012 I_vote_rcap 
powerw00t
Tips Untuk Balik Berhari Raya 2012 I_vote_lcapTips Untuk Balik Berhari Raya 2012 I_voting_barTips Untuk Balik Berhari Raya 2012 I_vote_rcap 
tin
Tips Untuk Balik Berhari Raya 2012 I_vote_lcapTips Untuk Balik Berhari Raya 2012 I_voting_barTips Untuk Balik Berhari Raya 2012 I_vote_rcap 
tenteng
Tips Untuk Balik Berhari Raya 2012 I_vote_lcapTips Untuk Balik Berhari Raya 2012 I_voting_barTips Untuk Balik Berhari Raya 2012 I_vote_rcap 
harleena
Tips Untuk Balik Berhari Raya 2012 I_vote_lcapTips Untuk Balik Berhari Raya 2012 I_voting_barTips Untuk Balik Berhari Raya 2012 I_vote_rcap 
dewafrost
Tips Untuk Balik Berhari Raya 2012 I_vote_lcapTips Untuk Balik Berhari Raya 2012 I_voting_barTips Untuk Balik Berhari Raya 2012 I_vote_rcap 
MyMil at Facebook
Like/Tweet/+1

 Tips Untuk Balik Berhari Raya 2012

Go down 
AuthorMessage
venez
ADMIN
ADMIN
venez

Mymil
Posts : 17389
Reputation : 581
Join date : 19/04/2010
Age : 46
Location : AFNG

Tips Untuk Balik Berhari Raya 2012 Empty
02082012
PostTips Untuk Balik Berhari Raya 2012

Tips Untuk Balik Berhari Raya 2012 Highway

Menjelang Hari Raya Idil Fitri, pastinya masing-masing bersiap sedia untuk pulang ke kampung. Bagi yang tiada kampung, tentunya akan melawat rakan taulan. Justeru itu, berikut adalah panduan sebelum memulakan perjalanan yang saya garap dari pengalaman sendiri dan perkongsian rakan-rakan.

Beberapa perkara yang diharap menjadi panduan kepada saudara/i apabila ingin berjalan jauh;
1. Pastikan lampu suluh sentiasa ada dalam dashboard dan berfungsi. Sebaiknya sediakan 2 unit.
2. Mempunyai pemantul cahaya 'triangle'. Ia perlu diletak dalam jarak 10 - 30 meter di belakang kenderaan apabila berlaku breakdown.
3. Mempunyai talian telefon bimbit yang luas liputannya. Sebaiknya ada 2 jenis talian telco. Kalau ada Radio Amatur lagi bagus.
4. Payung.
5. Air kosong dan makanan seperti biskut.
6. Servis kenderaan sepenuhnya sebelum memulakan perjalanan. Servis di sini maksudnya buat pemeriksaan kenderaan secara menyeluruh (enjin, tayar dan tayar spare dan lain-lain) dan bukan sekadar tukar minyak pelincir dan penapis sahaja.

Apabila berlaku kecemasan seperti tayar pancit, berhentikan kereta di tepi kawasan yang selamat. Hidupkan hazard light* dan tutup atau kecilkan lampu kereta. Kenalpasti status kerosakan. Seterusnya hubungi pihak auto assist yang sewajarnya anda langgan. Jika kereta baru, lazimnya dah ada disediakan talian 24 jam. Maklumkan lokasi breakdown.

Jika kecemasan berlaku semasa memandu di lebuhraya dan anda perlu berhenti di lorong kecemasan, pastikan keluarga anda berada di luar pagar keselamatan. Bukan berhampiran kenderaan.

Sering juga saya lihat kenderaan berhenti di tepi jalan kerana si ibu membuat susu anak atau anak nak kencing. Cubalah seboleh mungkin berhenti di kawasan yang jauh sedikit dari laluan kenderaan atau selekoh jalan.

Pastikan saudara/i sentiasa awas (alert) dengan persekitaran. Kunci kereta dan jika ada yang singgah bertanya khabar, buka sedikit sahaja cermin kereta.

*sebab itulah hazard light tidak dipasang semasa anda memandu kereta dalam hujan kerana ia sebenarnya mengisyaratkan bahawa kenderaan sedang pegun (tidak bergerak). Jangan kelirukan pemandu lain!

Jika kecemasan berlaku di waktu malam, terutamanya jalan yang sunyi dan terpencil, hubungi 999 dan maklumkan lokasi. Mereka akan menghantar kereta peronda untuk menemani anda sehinggalah bantuan/tow truck tiba.

Jika anda melanggan perkhidmatan yang disediakan jenama kereta yang anda beli (kereta baru), tunggu sehingga trak tersebut tiba. Jika ada tow truck lain, jangan ambil walau dengan apa cara sekalipun kecuali melibatkan hidup atau mati. Perayu trak tunda akan provoke saudara/i dengan macam-macam cerita bertujuan agar saudara/i guna servis mereka. Dalam hal ini, mental kena kuat. Kena banyakkan bersabar. Mengambil khidmat tow truck yang tidak dilanggan untuk kereta anda akan menyebabkan banyak karenah dan masalah timbul apabila anda nak membuat tuntutan insuran dan juga apabila nak keluarkan kereta.

Jangan lupa hubungi saudara terdekat dan maklumkan status saudara/i. Jika ada GPS, maklumkan koordinat GPS.
(Saya agak hairan kenapa pihak trak tunda/auto assist/999 tak ada sistem GPS untuk mengesan lokasi? - betulkan saya jika saya salah).

Lain-lain
Bacaan
Bacalah ayat-ayat al-quran serta doa memulakan perjalanan.

Co-Pilot
Ya. Semasa memandu kereta, anda juga perlu co-pilot. Berbual akan mengurangkan perasaan mengantuk. Biasanya isteri. Di sini untung jika ada isteri yang 'mulut banyak'.
Jika memandu keseorangan, anda boleh kunyah gula-gula getah, makan kuaci. Saya pula gemar kunyah keropok yang belum digoreng Smile

Muzik
Memainkan lagu-lagu perlahan dapat menenangkan perasaan semasa memandu. Tapi kalau dah penat, ia boleh melenakan dan 'menghanyutkan' anda. Maka, pasanglah lagu-lagu rancak.

Perhentian
Berhenti rehat di tempat yang dikhaskan (R & R) atau lokasi yang selamat. Elakkan berhenti di tempat terpencil terutamanya di waktu malam. Bukan bermaksud 'superstitious', tapi tanyalah pada mereka yang pernah alami. Banyak cerita telah didengari.

Insiden
Jika ada insiden kemalangan dan anda ada upaya untuk membantu, pastikan keselamatan pada diri anda dan keluarga terlebih dahulu. Jangan terlalu 'excited' ingin membantu sedangkan boleh mengancam keselamatan diri sendiri dan keluarga.

Akhir sekali, pakai tali pinggang keledar bagi penumpang depan dan juga bagi penumpang belakang. Jangan pandang ringan kerana anda 'memang' pemandu berhemah. Tapi bagaimana dengan pemandu lain?

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda dan keluarga.
Back to top Go down
http://venez2.blogspot.com
Share this post on: reddit

Tips Untuk Balik Berhari Raya 2012 :: Comments

alphawolf
Re: Tips Untuk Balik Berhari Raya 2012
Post Thu 02 Aug 2012, 9:40 am by alphawolf
Pasal hentian sebelah tu aku takla superstitious tapi sebab biasanya lampu kurang kawasan tu, aku tak berani mana la tau ada highwayman....
innocentti
Re: Tips Untuk Balik Berhari Raya 2012
Post Thu 02 Aug 2012, 9:45 am by innocentti
lagi satu wa tambah..parking la di tempat yg terang dan ramai orang di RnR tu sebab ramai callman yg buat 'kerja'
banyak case kereta yg parking di RnR radiatornya bocor akibat dijolok besi oleh callman/repairman yang tak semena2 tiba selepas keta anda sangkut. upah repair/tarik? ready la tak kurang seribu..
powerw00t
Re: Tips Untuk Balik Berhari Raya 2012
Post Thu 02 Aug 2012, 9:45 am by powerw00t
tips yang sangat bagus memandangkan aku jam 5 petang setiap hari balik kampung Tips Untuk Balik Berhari Raya 2012 2266450157
marc_zman
Re: Tips Untuk Balik Berhari Raya 2012
Post Thu 02 Aug 2012, 10:04 am by marc_zman
powerw00t wrote:
tips yang sangat bagus memandangkan aku jam 5 petang setiap hari balik kampung Tips Untuk Balik Berhari Raya 2012 2266450157

amaran pertama untuk saudara.. harap jgn gelek-gelek masa sebut setiap hari kul 5 ptg balik kampung.. hari ni mmg tiada kesan.. tggu laaa bila nak raya nti What a Face What a Face What a Face
powerw00t
Re: Tips Untuk Balik Berhari Raya 2012
Post Thu 02 Aug 2012, 10:06 am by powerw00t
marc_zman wrote:
powerw00t wrote:
tips yang sangat bagus memandangkan aku jam 5 petang setiap hari balik kampung Tips Untuk Balik Berhari Raya 2012 2266450157

amaran pertama untuk saudara.. harap jgn gelek-gelek masa sebut setiap hari kul 5 ptg balik kampung.. hari ni mmg tiada kesan.. tggu laaa bila nak raya nti What a Face What a Face What a Face

nak raya pun macam tu jugak... haha, ni le kampung dan rumah aku nak balik raya pun.
mumuchi
Re: Tips Untuk Balik Berhari Raya 2012
Post Thu 02 Aug 2012, 10:22 am by mumuchi
innocentti wrote:
lagi satu wa tambah..parking la di tempat yg terang dan ramai orang di RnR tu sebab ramai callman yg buat 'kerja'
banyak case kereta yg parking di RnR radiatornya bocor akibat dijolok besi oleh callman/repairman yang tak semena2 tiba selepas keta anda sangkut. upah repair/tarik? ready la tak kurang seribu..

kat R&R pun sebelum bertolak cek tayar gak sebelum bergerak kalau kereta ditinggalakn..samada paku sudah terpacak atau ready untuk digelek sewaktu bergerak..kena kat kereta konvoi ngan aku kat r&r tapah tahun lepas...
venez
Re: Tips Untuk Balik Berhari Raya 2012
Post Thu 02 Aug 2012, 11:17 am by venez
innocentti wrote:
lagi satu wa tambah..parking la di tempat yg terang dan ramai orang di RnR tu sebab ramai callman yg buat 'kerja'
banyak case kereta yg parking di RnR radiatornya bocor akibat dijolok besi oleh callman/repairman yang tak semena2 tiba selepas keta anda sangkut. upah repair/tarik? ready la tak kurang seribu..

masalahnyer nak berhenti kat RnR besar2 dah penuh dgn manusia, yang penting kita rancang perjalanan so x sesak sgt tempat nak benti then always hv backup plan utk ke toilet or isi minyak, agak2 minyak dh kurang n nak ke toilet tapi RnR besar jauh lagi, dah tau kat mana exit terdekat utk isi minyak/toilet...
venez
Re: Tips Untuk Balik Berhari Raya 2012
Post Thu 02 Aug 2012, 11:19 am by venez
powerw00t wrote:
marc_zman wrote:
powerw00t wrote:
tips yang sangat bagus memandangkan aku jam 5 petang setiap hari balik kampung Tips Untuk Balik Berhari Raya 2012 2266450157

amaran pertama untuk saudara.. harap jgn gelek-gelek masa sebut setiap hari kul 5 ptg balik kampung.. hari ni mmg tiada kesan.. tggu laaa bila nak raya nti What a Face What a Face What a Face

nak raya pun macam tu jugak... haha, ni le kampung dan rumah aku nak balik raya pun.

hu3, tauler kampung ngan tempat keje dekat bebeno, walking distance jerk...
alphawolf
Re: Tips Untuk Balik Berhari Raya 2012
Post Thu 02 Aug 2012, 11:27 am by alphawolf
Kalau balik kampung, wife aku dah siapkan bekal...jadi takyah nak turun makan. Makan dalam kereta aje lepas tu buang/simpan sampai destinasi bekas tu. Nak refuel aku mmg dah set primary refueling point dengan secondary....dan biasanya aku avoid RnR yang giler sesak macam Sg Perak dengan Tapah....
innocentti
Re: Tips Untuk Balik Berhari Raya 2012
Post Thu 02 Aug 2012, 11:51 am by innocentti
venez wrote:
innocentti wrote:
lagi satu wa tambah..parking la di tempat yg terang dan ramai orang di RnR tu sebab ramai callman yg buat 'kerja'
banyak case kereta yg parking di RnR radiatornya bocor akibat dijolok besi oleh callman/repairman yang tak semena2 tiba selepas keta anda sangkut. upah repair/tarik? ready la tak kurang seribu..

masalahnyer nak berhenti kat RnR besar2 dah penuh dgn manusia, yang penting kita rancang perjalanan so x sesak sgt tempat nak benti then always hv backup plan utk ke toilet or isi minyak, agak2 minyak dh kurang n nak ke toilet tapi RnR besar jauh lagi, dah tau kat mana exit terdekat utk isi minyak/toilet...
aku kalau balik ke utara mmg takkan berenti RnR. makan siap2 kat rumah..takpun sampai kg baru makan..nak kincing berak benti hentian kecik2 jer..itu pun kalau dah tak tahan..kadang2 kereta yg beratur nak masuk RnR yg buat jam pun pun...
powerw00t
Re: Tips Untuk Balik Berhari Raya 2012
Post Thu 02 Aug 2012, 11:53 am by powerw00t
biasanya kalau musim raya, rnr kecik dan beso semua beratur panjang.
innocentti
Re: Tips Untuk Balik Berhari Raya 2012
Post Thu 02 Aug 2012, 12:00 pm by innocentti
kena rancang masa plak..so far dlm beberapa tahun kebelakangan ni aku balik 2am-4am. InsyaAllah jalan sedikit lancar..
kapokbesi
Re: Tips Untuk Balik Berhari Raya 2012
Post Thu 02 Aug 2012, 12:00 pm by kapokbesi
wah..xlama lagi benang ni akn riuh la kan..hehe..selamat pulang ke kampung la ye..
powerw00t
Re: Tips Untuk Balik Berhari Raya 2012
Post Thu 02 Aug 2012, 12:10 pm by powerw00t
kapokbesi wrote:
wah..xlama lagi benang ni akn riuh la kan..hehe..selamat pulang ke kampung la ye..

ko beraya kat mana nanti kapok? raya kat negeri arab camna?
kapokbesi
Re: Tips Untuk Balik Berhari Raya 2012
Post Thu 02 Aug 2012, 12:14 pm by kapokbesi
raya kt mesir bang..kt sini arab bila raya puasa biasa2 je..lepas solat, dorg kluar ramai2 pegi taman..tu yg muda2..klu yg da berumur, balik rumh la..ade jgk yg berziarah..

klu raya haji tu plak, sgt2 la meriahnye..hehe..selalunya bila raya eidulfitri, orang2 melayu la yg hidupkn..siapa ade baraan lagi..rumh terbuka pn ade jgk budak2 kita buat..
standupper
Re: Tips Untuk Balik Berhari Raya 2012
Post Thu 02 Aug 2012, 2:05 pm by standupper
Bagi aku... tips paling penting nak balik beraya...... kena amik CUTI RAYA!!! kalau tak pagi-pagi raya kena salam abang Polis kat opis!
venez
Re: Tips Untuk Balik Berhari Raya 2012
Post Thu 02 Aug 2012, 3:06 pm by venez
ada tips2 lain yang nak dikongsi forumer? sama2 kita berkongsi pengalaman
marc_zman
Re: Tips Untuk Balik Berhari Raya 2012
Post Thu 02 Aug 2012, 3:34 pm by marc_zman
on a serious note..

tolong kosong kan peti surat anda.. kalu boleh upgrade kapasiti muatan peti tu bagi menampung segala surat menyurat serta flyers & kad-kad ah long yg bakal masuk sepanjang waktu anda bercuti nanti

sila keluarkan perintah pemberhentian sementara kat macha roti atau surat khabar
atreyudevil
Re: Tips Untuk Balik Berhari Raya 2012
Post Thu 02 Aug 2012, 3:36 pm by atreyudevil
Ini ada sikit petua untuk memendekan rasa perjalanan.
Dengan izin Allah, insyaallah tak terasa perjalanan yang panjang serta lama.

Masuk Kereta -
Baca Bismillah

Bila Start Engine -
Takbir 7 Kali

kemudian Doa -
Aku melangkah dengan Allah,
Aku memandu dengan Allah,
Semoga Allah memendekkan perjalanan ku,
melancarkan urusan perjalananku.

Dah Sampai -
Ucap Alhamdulillah serta selawan nabi 3x
 
Tips Untuk Balik Berhari Raya 2012

Back to top 

Page 1 of 1

 Similar topics

-
» Tips-tips physical body endurance?
» Baru balik
» Kad Raya Tahun 60'an
» Kuih Raya by Panah Hikmat
» Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Malaysia's Military, Police and Security Agencies :: Umum :: Journal Mymil-
Jump to: