Log in
Latest topics
» Sembang Medan Selera Pak Jebat V44by HangPC2 Sat 27 Aug 2022, 5:36 pm
» Halo semua
by matamata Mon 25 Oct 2021, 9:56 pm
» Cerita Rakyat
by mumuchi Sun 05 Sep 2021, 10:35 am
» Konfrontasi Malaysia-Indonesia 1962-66
by mumuchi Sun 05 Sep 2021, 10:28 am
» PAINTBALL - Come get some...
by pisang Tue 13 Dec 2016, 1:53 pm
» Baru balik
by pisang Mon 12 Dec 2016, 5:47 pm
» Jaket camo
by atreyudevil Fri 15 Jul 2016, 4:17 pm
» Nusantara Total War: Portuguese Invasion
by Adib Mon 22 Feb 2016, 7:57 pm
» Rekrut baru disini
by kapokbesi Thu 11 Feb 2016, 4:32 pm
» Keretapi Tanah Melayu Berhad
by zacky.uesoff Thu 04 Feb 2016, 11:00 pm
» ALL ABOUT HAM RADIO (AMATEUR RADIO STATION)
by kapokbesi Mon 16 Nov 2015, 12:42 pm
» BACKPACKING
by venez Tue 31 Mar 2015, 5:11 pm
» Rekrut 2015
by atreyudevil Sun 29 Mar 2015, 8:34 pm
» Sejarah Pangkalan-Pangkalan Udara TUDM
by venez Tue 24 Mar 2015, 11:02 am
» MyMil useful website lists
by atreyudevil Sat 24 Jan 2015, 11:17 pm
» WIP - Work In Progress
by yaminz Fri 26 Dec 2014, 12:06 pm
» Model Collections
by yaminz Fri 26 Dec 2014, 11:58 am
» Rekrut October & November 2014
by atreyudevil Sat 20 Dec 2014, 7:07 am
» Bola Cafe: MALAYSIA!
by HangPC2 Sun 14 Dec 2014, 12:35 pm
» Tayar Pirelli boleh tahan!
by venez Wed 10 Dec 2014, 4:27 pm
Statistics
We have 511 registered usersThe newest registered user is Belarus
Our users have posted a total of 172030 messages in 1322 subjects
Like/Tweet/+1
Lahad Datu: Tandou Tragedy
+5
standupper
marc_zman
innocentti
mumuchi
atreyudevil
9 posters
Page 2 of 2
Page 2 of 2 • 1, 2
Re: Lahad Datu: Tandou Tragedy
beli? aku baca free aja kat sini ====>Sinar Harian Website
ke ada menda lain dalam tu dia baca...macam kes mahkamah hahahahaha!
ke ada menda lain dalam tu dia baca...macam kes mahkamah hahahahaha!
mumuchi- GLOBAL MODERATOR
-
Posts : 19551
Reputation : 525
Join date : 05/06/2010
Location : Dulu Tempat Lumba Kuda
Re: Lahad Datu: Tandou Tragedy
aku amatlah jarang beli paper..beli kalau ada ternampak tajuk menarik ajer..online paper ni gambar tak complete..
okler buleh gak wa baca sukan kat belakang tu...hahahah
okler buleh gak wa baca sukan kat belakang tu...hahahah
innocentti- GLOBAL MODERATOR
-
Posts : 3264
Reputation : 140
Join date : 20/04/2010
Age : 40
Re: Lahad Datu: Tandou Tragedy
Inno kaber line dia pembeli setia utusan/mingguan perdana kat asrama dulu ..
mumuchi- GLOBAL MODERATOR
-
Posts : 19551
Reputation : 525
Join date : 05/06/2010
Location : Dulu Tempat Lumba Kuda
Re: Lahad Datu: Tandou Tragedy
kat asrama dulu gomen bagi nst ngan utusan suh baca..bdk2 bawak buku 'perawan longlai dirangkul duda kesepian' kahkahkah..
back to topic woit..
back to topic woit..
innocentti- GLOBAL MODERATOR
-
Posts : 3264
Reputation : 140
Join date : 20/04/2010
Age : 40
Re: Lahad Datu: Tanduo Tragedy
IMBASAN KENANGAN 1313.
"SAYA ORANG SULU...”
Saya orang Sulu tidak gentar berjuang sekali lagi dengan mereka (pengganas) yang menggunakan helah untuk menembak ke arah kami,” demikian cerita anggota Komando VAT 69, Koperal Azman Ampong, 38, ketika berhadapan dengan lebih 20 pengganas dari Selatan Filipina di Kampung Tanduo, 1 Mac lalu.
Menurutnya, dia bersama Koperal Mohd Tarmizi Hashim, 32, hanya berlindung di sebatang pokok kelapa sawit ketika ‘hujan peluru’ dilepaskan dari muncung Self Loading Rifle, AK Rifle dan M16 pengganas terbabit.
‘Ayau kaimu rindi, muik pa kaimu’ (Janganlah kamu di sini, balik lah kamu)’ ayat jelas dituturkan oleh seorang pengganas dalam bahasa Suluk ketika mereka berhadapan dalam jarak sembilan meter sambil memegang bendera putih.
“Ketika itu lebih kurang 36 anggota dan tiga pegawai dalam pasukan Bravo dan Charlie membuat rondaan risikan Op Daulat terserempak dengan enam pengganas bersenjata.
“Hanya kami berdua berada di barisan hadapan manakala di belakang Allahyarham ASP Zulkifli Mamat dan rakan-rakan lain. Enam pengganas telah memanggil rakan mereka yang lain dan membuat satu barisan di hadapan kami.
“Melihat kami tidak akan berganjak sedikit pun, terdengar takbir dua kali dan ketika itulah tembakan dilepaskan sejurus selepas musuh yang memegang bendera putih menyorok di belakang pokok,”
Katanya, beliau menyifatkan musuh dari Selatan Filipina itu sebagai pendendam dan suka bermain dengan tipu helah ketika berhadapan dengan pasukan keselamatan.
“Tidak semua orang Sulu jahat kerana saya sendiri berdarah Sulu. Malah saya akan berperang sendiri dengan mereka yang menggunakan helah menceroboh dan membunuh demi mempertahankan kedaulatan negara,” katanya.
Bapa kepada empat anak ini berazam kembali ke medan pertempuran di tanah kelahirannya itu setelah insiden pencerobohan mengorbankan lapan rakan sepasukannya.
Sementara itu, Mohd Tarmizi yang sehingga kini masih mengingati setiap detik pertempuran itu menganggap ia sebagai satu pengalaman paling berharga sepanjang sembilan tahun menyertai pasukan VAT 69.
Katanya, dia bersama Azman cuba melepaskan tembakan ke arah musuh untuk pertahankan barisan rakan lain yang berada di belakang.
“Jarak kami dengan musuh tidak jauh, kami ambil peluang lepaskan tembakan ketika mereka tukar rifle magazine. Azman cedera di kanan, saya pula terkena di bahagian kiri.
“Saya yang cedera di bahagian kaki masih boleh lepaskan tembakan, namun setelah tangan pula ditembak, saya hanya mampu bertahan dan berdoa agar kami selamat,” katanya.
Mohd Tarmizi yang masih menggunakan tongkat untuk bergerak berkata, dalam pertempuran, mereka tidak meletakkan diri sebagai seorang suami, bapa atau anak, tetapi sebagai seorang anggota polis yang ingin pertahankan kedaulatan negara.
Sementara itu, Konstabel Mohammad Qaiyum Aiqal Zolkifli, 22, dengan penuh semangat bersumpah akan menuntut bela nasib rakan-rakan yang terkorban sekiranya negara diceroboh kembali.
Katanya, beliau yang dalam pasukan Delta diarah membantu pasukan Bravo dan Charlie yang diserang. Beliau terjatuh selepas terkena tembakan curi musuh.
“Walaupun cedera dan terjatuh, musuh masih tetap menembak ke arah saya termasuk. Ketika itu, rakan saya, Koperal Hairi menarik saya ke belakang sebatang pokok untuk berlindung.
“Saya terhutang nyawa dengan beliau yang sanggup ke depan untuk menyelamatkan saya sedangkan berisiko terkena tembakan. Insiden ini tidak mematahkan semangat saya.
“Selagi saya bernyawa, saya akan teruskan perjuangan untuk mempertahankan negara dan saya bersumpah pantang berundur walaupun selangkah demi negara,” katanya.
Ekoran tembakan peluru musuh yang menembusi dadanya, tiga tulang bahunya patah dan mencederakan paru-paru akibat serpihan itu dan masih mendapat rawatan di Hospital Tentera di Lumut.
Dalam kejadian 1 Mac lalu, dua anggota komando PDRM terkorban manakala 12 pencerobohan bersenjata maut dalam kejadian membabitkan kedua-dua pihak di Kampung Tanduo.
Dua anggota Komando VAT 69 yang terbunuh dalam pertempuran itu iailah Asisten Superintendan Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabaruddin Daud.
Sumber: BERNAMA
original link [You must be registered and logged in to see this link.]
Re: Lahad Datu: Tandou Tragedy
ada iklan pasal tragedi di lahad datu, sempat tgk elok2, tunggu punyer tunggu, tak jugak muncul2 kembali... haduuuuhhh
dewafrost- Kehormat MyMil
-
Posts : 3762
Reputation : 146
Join date : 20/06/2010
Re: Lahad Datu: Tandou Tragedy
Maaf ya tajuk benang ini kena tukar sikit, Tanduo tragedy bukan Tandou tragedy kerana berlaku kat Kg Tanduo kan.
yusri- Corporal
-
Posts : 99
Reputation : 20
Join date : 02/06/2011
Location : Bangi
Re: Lahad Datu: Tandou Tragedy
ye, semua ni berlaku dikawasan Kg Tanduo, tu sahaja dinamakan Kg Tanduo, boleh dikatakan yang berlaku di kg tanduo dan kawasan disekitar di tulis didalam thread ini. Itu sahaja.
ada cadangan ke nak tukar nama?
ada cadangan ke nak tukar nama?
Re: Lahad Datu: Tandou Tragedy
tandou atau tanduo,
mana yang tepat?
apa maksud nama kampung tu
sebenarnya?
asal asul nama pokok ke
mana yang tepat?
apa maksud nama kampung tu
sebenarnya?
asal asul nama pokok ke
d'zek- Civilian
-
Posts : 15
Reputation : 1
Join date : 23/07/2010
Re: Lahad Datu: Tandou Tragedy
nama Kg. Tanduo
tak silap haritu ada dengar yang asalnya adalah perkampungan nelayan biasa sebelum dijadikan kawasan felda
tak silap haritu ada dengar yang asalnya adalah perkampungan nelayan biasa sebelum dijadikan kawasan felda
Page 2 of 2 • 1, 2
Page 2 of 2
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum