Beginner,amateur,semi pro,pro,real master
By Zahrin Zeffrin in DSLR Tech
Fasa 1 - The Beginner
Ketaksuban datang ketika melihat gambar kawan-kawan yang terlibat dalam fotografi atau pernah hadir ke pameran fotografi di mana gambar-gambar di situ sangat dikaguminya.
Dia (pendatang baru), mudah dijadikan kawan kerana sikap mesranya. Banyak bertanya jikalau ada sesuatu tidak difahaminya. Dia akan mencari "mentor" untuk dijadikan guru. Apa yang diterangkan oleh mentor, akan cuba difahami dengan sedalam-dalamnya.
Tidak mudah untuk menyalahkan sesiapa walaupun mentor pertama menerangkan teknik yang berbeza dari mentor yang kedua. Dijadikan pengalaman untuk terus mengkaji segala kesilapan sehingga faham sebenar-benar faham apa maksud yang diterangkan.
Ketika ini, fahamlah olehnya, antara mentor tidak punyai idea yang sama. Berlainan fahaman tidak semestinya lari dari objektif fotografi tersebut.
Adapun sikapnya yang baik-hati ini membuatkan jurufoto lain sangat senang hati menjadikan "pendatang baru" ini mudah "maju kehadapan".
Fasa 2 - The Amateur
Selepas dua tahun, dia meninggalkan fasa pendatang baru dan melangkah ke fasa amatur.
Ditinggalkan kesemua kamera automatik, p&s, kompak dll., dan beralih pula ke kamera yang bersisitem slr/dslr. Dia suka mengumpulkan pelbagai lensa dari wide hingga ke tele bersama-sama sebuah flash-gun. Apa peralatan fotografi yang diceritakan baik oleh mentornya, akan cuba dibeli. Malah, terikut-ikut mahu memiliki barang yang sama apa yang dimiliki oleh mentornya.
Ditahap ini, banyak khidmat percumanya. Kalau dicaj hanya mengambil modal sahaja. Sikap ini amat digemari oleh kalangan jurufoto. Masih lagi tanpa segan silu bertanya apa yang tidak faham.
Landskap dan potrait adalah rakaman kegemaran. Banyak menggunakan sentuhan dari mode "program bias". Dalam fasa ini, banyak pelajaran serta pemahaman diperolehi. Sikapnya yang tidak sombong mencetuskan kecerian pada semua serta "mulutnya sentiasa tersenyum"
Fasa 3 - Serious Amateur / Semi-Professional
Sudah diketahui, setelah tujuh tahun berkecimpung dalam dunia fotografi tanpa meninggalkan sentuhan kamera selama bertahun, dia sudah berada ditahap "separuh professional".
Masa ini, banyak peralatan ditingkatkan. Memiliki keluaran terkini, malah sanggup menempah dari luar negara untuk menyaingi rakan-rakan yang masih belum miliki. Masa ini sudah menggunakan kamera Nikon D700 atau Canon 5D. Malah "Professional Gears" seperti Nikon D3X atau Canon Eos Mark III atau seangkatan mampu dimiliki.
Apabila bertemu tahap yang sealiran (semi-pro), dengan rancaknya berbual-bual, berbincang hal-hal keluaran baru. Waktu ini, fasa ini sudah pandai memilih peralatan "black-finish". Kenapa hitam? Warna hitam menandakan barang-barang professioanal. Mengapa ada tele pro berwarna putih? Sebab belum ada wide angle berwarna putih untuk pro.
Suka menghantar gambar-gambar untuk pertandingan. Banyak dimenangi kerana sudah menguasai kebanyak teknik. Masih tidak sombong, masih senang digauli. Teguran diterima dengan ikhlas dari gurunya. Tidak ada sesuatu perasaan busuk hati kepada sesiapa. Terus berjuang sehingga sampai ke satu tahap yang diidam-idamkan.
Apapun penganalisaiannya, jurufoto yang berada ditahap inilah banyak menolong pengilang mempertingkatkan pengeluaran peralatan fotografi dari satu model ke satu model.
Cuma satu perkara, suka menyembunyikan pengetahuan dan tidak mudah untuk berkongsi. Sebabnya, ingin menyimpan rahsia tersebut untuk pertandingan fotografi seterusnya.
Fasa 4 - Professional / Small Master
Ini adalah tahap ke empat sebelum yang terakhir ke Fasa 5.
Selama lima belas tahun dikira dari tahap amatur. Maka tergolong sudah si dia ketahap Professional. Memiliki pelbagai kemahiran, peralatan yang banyak dan semuanya "berstatus pro".
Kamera semua pro sekurang-kurangnya dua buah. Sudah tidak suka guna barang-barang amatur. Di tahap ini si dia ada sikit "perasaan meninggi diri", tapi hanya segelintir sahaja dan bukan semua.
Selalu dijemput untuk mengadili pelbagai pertandingan fotografi. Di hadapan hakim-hakim lain, dia ada menyuarakan pandangan " Kalaulah saya rakam gambar ini, saya letakkan kucing ini atas sedikit supaya menampakkan gambar itu lebih kuat ceritanya ". Maknanya di sini, banyak gambar yang di rakam oleh orang lain tidak tepat dan betul. Itulah segelintir sikap golongan Professional.
Gemar menyimpan keluaran terhad sesebuah kamera sprt " 50 Years Annivesary" atau apa-apa "limited-edition".
Sesorang itu digelar professional sepenuhnya apabila menggunakan barang-barang sendiri dan bukan barang pejabat atau kompeni. Sebagai contoh, orang surat-khabar menggunakan EOS Mark II semasa bertugas, masa itu masih digelar professional tapi bila selesai bertugas tiada lagi profesional bagi dirinya walaupun sudah 20 tahun dalam bidang fotogfari. Maknanya, orang itu perlu memiliki barang sendiri dan bukan peralatan orang lain atau dipinjam.
Seperti dilihat kini, ada orang mempunyai pengalaman hanya 10 tahun, tapi mengelarkan diri sudah professional dan sudahpun buat khursus untuk mengajar orang. Maknanya golongan ini masih lagi Semi-Pro mengajar amatur. Adakah semasa mengajar amatur itu, dalam ramai-ramai terselit seorang Professional? Ia, ini pernah terjadi.
Peralatan fotografi dari Medium/Large Format, dark-room/light-room, lighting dan pelbagai pernah dilalui cuma dia hanya gusar dan amat takut pada seseorang yang masih lagi berada ditangga teratas. Dia akan tunduk malu apabila bertemu orang itu.
Fasa 5 - Real Master / Top Professional
Masa berlalu, sudah sepuluh tahun berada di takuk Semi-Professional/Small Master. Maka akan melangkah si dia ke satu tahap paling tinggi dalam dunia fotografi. Ini terjadi seandainya si dia boleh bertahan, mengekalkan sikap keterbukaan, bersemangat menolong antara satu sama lain, merendah diri termasuk mesra kawan.
Dia akan dapat memasuki tahap paling akhir dalam kitaran fotogfari ini iaitu "Real Master / Top Professional". Perkataan "Real" berasal dari Sepanyol bermaksud "Raja".
Dia berfikiran luas dalam segala bentuk. Apabila dia melihat sesuatu yang tidak difahami, dia akan cuba melihat lagi dari sudut yang berlainan untuk menilai sesuatu itu dan tidak mudah terburu-buru untuk membuat sebarang komen atau teguran.
Dia juga berkongsi sesuatu rahsia yang tidak pernah diketahui sebelum ini kepada muridnya untuk membantu memperkembangkan pemahaman.
Dia sudah tidak lagi bergantung terus kepada peralatan yang berat (Pro Gears)
"Semua kamera boleh merakam gambar yang menarik" mesej ditujukan kepada muridnya.
"Sebagai jurufoto, awak seharusnya mengawal kamera dan jangan sekali-kali biarkan kamera kawal awak!"
"Jangan salahkan cahaya, cuaca atau manusia apabila awak tidak boleh merakam gambar dengan sempurna, awaklah yang bertanggung-jawab penuh di atas kerja-kerja awak"
"Piala, sijil dan pengikhtirafan yang awak dapat itu adalah hasil dari apa yang awak rakam semalam. Jadi, untuk merealisainya, awak perlu subjektif dan untuk menilainya, awak perlu objektif".
Kata-kata perangsang di atas antara yang biasa didengar adalah sentuhan ikhlas dari Real Master/Top Professional kepada muridnya
Apapun, yang amat dikesali, di negara kita tidak puyai ramai yang betul-betul berstatus Real Master/Top Professional. Mereka yang membuat bising di gelangang fotografi itu ada dari golongan Small Master/ Professional , berlawanan dengan sikap Real Master/Top Professional, kerja lebih, cakap kurang.
Jadi, dimanakah tahap saya? Secara terus terang, dari hati ke hati, saya tidak mengharapkan sebarang jawapan dari soalan yang ditanya kerana soalan di atas tidak adil. Betul tak saya? Adakah saya melanggar peraturan atau berkhayal sejauh-jauhnya ataupun juga saya terlalu diplomatik?
jadi dimana diri kita?