Log in
Latest topics
» Sembang Medan Selera Pak Jebat V44by HangPC2 Sat 27 Aug 2022, 5:36 pm
» Halo semua
by matamata Mon 25 Oct 2021, 9:56 pm
» Cerita Rakyat
by mumuchi Sun 05 Sep 2021, 10:35 am
» Konfrontasi Malaysia-Indonesia 1962-66
by mumuchi Sun 05 Sep 2021, 10:28 am
» PAINTBALL - Come get some...
by pisang Tue 13 Dec 2016, 1:53 pm
» Baru balik
by pisang Mon 12 Dec 2016, 5:47 pm
» Jaket camo
by atreyudevil Fri 15 Jul 2016, 4:17 pm
» Nusantara Total War: Portuguese Invasion
by Adib Mon 22 Feb 2016, 7:57 pm
» Rekrut baru disini
by kapokbesi Thu 11 Feb 2016, 4:32 pm
» Keretapi Tanah Melayu Berhad
by zacky.uesoff Thu 04 Feb 2016, 11:00 pm
» ALL ABOUT HAM RADIO (AMATEUR RADIO STATION)
by kapokbesi Mon 16 Nov 2015, 12:42 pm
» BACKPACKING
by venez Tue 31 Mar 2015, 5:11 pm
» Rekrut 2015
by atreyudevil Sun 29 Mar 2015, 8:34 pm
» Sejarah Pangkalan-Pangkalan Udara TUDM
by venez Tue 24 Mar 2015, 11:02 am
» MyMil useful website lists
by atreyudevil Sat 24 Jan 2015, 11:17 pm
» WIP - Work In Progress
by yaminz Fri 26 Dec 2014, 12:06 pm
» Model Collections
by yaminz Fri 26 Dec 2014, 11:58 am
» Rekrut October & November 2014
by atreyudevil Sat 20 Dec 2014, 7:07 am
» Bola Cafe: MALAYSIA!
by HangPC2 Sun 14 Dec 2014, 12:35 pm
» Tayar Pirelli boleh tahan!
by venez Wed 10 Dec 2014, 4:27 pm
Statistics
We have 511 registered usersThe newest registered user is Belarus
Our users have posted a total of 172030 messages in 1322 subjects
Like/Tweet/+1
Come and embrace photography
+15
atreyudevil
jebat2000
tj
eaizan
marc_zman
yaminz
AfiqFlanker
tenteng
innocentti
tin
mumuchi
venez
zulupapa
harleena
observateur
19 posters
Malaysia's Military, Police and Security Agencies :: Zon Gencatan Senjata :: Hobi, Makanan dan Pelancongan
Page 5 of 5
Page 5 of 5 • 1, 2, 3, 4, 5
Re: Come and embrace photography
ooo baru tau ven...aku memang cari DSLR 2nd buat lanyak dan belajar dulu..apa yg bagus dan price range?
mumuchi- GLOBAL MODERATOR
- Posts : 19551
Join date : 05/06/2010
Re: Come and embrace photography
Ven, 2nd 550D kalau kat Malaysia, berapa rege? Kalau sambar satu kat sini dengan rege 400 euro, kira murah ke mahal?
Re: Come and embrace photography
harleena wrote:Ven, 2nd 550D kalau kat Malaysia, berapa rege? Kalau sambar satu kat sini dengan rege 400 euro, kira murah ke mahal?
wa rasa sgt mahal...
tin- Kehormat MyMil
-
Posts : 6841
Reputation : 235
Join date : 06/06/2010
Location : Mymil's village idiot
Re: Come and embrace photography
tin wrote:harleena wrote:Ven, 2nd 550D kalau kat Malaysia, berapa rege? Kalau sambar satu kat sini dengan rege 400 euro, kira murah ke mahal?
wa rasa sgt mahal...
sini dlm 1.5k tapi leh nego lg kalau direct seller...
Re: Come and embrace photography
venez wrote:tin wrote:harleena wrote:Ven, 2nd 550D kalau kat Malaysia, berapa rege? Kalau sambar satu kat sini dengan rege 400 euro, kira murah ke mahal?
wa rasa sgt mahal...
sini dlm 1.5k tapi leh nego lg kalau direct seller...
bila la pulak nak balik beli kat malaysia... huk3.
Re: Come and embrace photography
taken by Nikon D70
full ir
iso 400
F18
FL12mm nikkor
s.speed 1/100s | f5.6 | iso 100 | f.l 49.00mm |
Camera Nikon D90
Exposure 1/4000 sec
Aperture f/2.8
Focal Length 200 mm
ISO Speed 200
Exposure Bias 0 EV
Flash No Flash
ISO; 2000
F; 3.5
S.Speed; 1/30sec
FL; 18mm
EOS 550D+EF 75-300mm f4-5.6 IS USM l FL300mm l 1/500s l f5.6 l ISO 100 l Manual l Cropped via PhotoScape
source : https://www.facebook.com/groups/DSLRTech/
banyak bleh belajar dlm nih...
Re: Come and embrace photography
Beginner,amateur,semi pro,pro,real master
By Zahrin Zeffrin in DSLR Tech
Fasa 1 - The Beginner
Ketaksuban datang ketika melihat gambar kawan-kawan yang terlibat dalam fotografi atau pernah hadir ke pameran fotografi di mana gambar-gambar di situ sangat dikaguminya.
Dia (pendatang baru), mudah dijadikan kawan kerana sikap mesranya. Banyak bertanya jikalau ada sesuatu tidak difahaminya. Dia akan mencari "mentor" untuk dijadikan guru. Apa yang diterangkan oleh mentor, akan cuba difahami dengan sedalam-dalamnya.
Tidak mudah untuk menyalahkan sesiapa walaupun mentor pertama menerangkan teknik yang berbeza dari mentor yang kedua. Dijadikan pengalaman untuk terus mengkaji segala kesilapan sehingga faham sebenar-benar faham apa maksud yang diterangkan.
Ketika ini, fahamlah olehnya, antara mentor tidak punyai idea yang sama. Berlainan fahaman tidak semestinya lari dari objektif fotografi tersebut.
Adapun sikapnya yang baik-hati ini membuatkan jurufoto lain sangat senang hati menjadikan "pendatang baru" ini mudah "maju kehadapan".
Fasa 2 - The Amateur
Selepas dua tahun, dia meninggalkan fasa pendatang baru dan melangkah ke fasa amatur.
Ditinggalkan kesemua kamera automatik, p&s, kompak dll., dan beralih pula ke kamera yang bersisitem slr/dslr. Dia suka mengumpulkan pelbagai lensa dari wide hingga ke tele bersama-sama sebuah flash-gun. Apa peralatan fotografi yang diceritakan baik oleh mentornya, akan cuba dibeli. Malah, terikut-ikut mahu memiliki barang yang sama apa yang dimiliki oleh mentornya.
Ditahap ini, banyak khidmat percumanya. Kalau dicaj hanya mengambil modal sahaja. Sikap ini amat digemari oleh kalangan jurufoto. Masih lagi tanpa segan silu bertanya apa yang tidak faham.
Landskap dan potrait adalah rakaman kegemaran. Banyak menggunakan sentuhan dari mode "program bias". Dalam fasa ini, banyak pelajaran serta pemahaman diperolehi. Sikapnya yang tidak sombong mencetuskan kecerian pada semua serta "mulutnya sentiasa tersenyum"
Fasa 3 - Serious Amateur / Semi-Professional
Sudah diketahui, setelah tujuh tahun berkecimpung dalam dunia fotografi tanpa meninggalkan sentuhan kamera selama bertahun, dia sudah berada ditahap "separuh professional".
Masa ini, banyak peralatan ditingkatkan. Memiliki keluaran terkini, malah sanggup menempah dari luar negara untuk menyaingi rakan-rakan yang masih belum miliki. Masa ini sudah menggunakan kamera Nikon D700 atau Canon 5D. Malah "Professional Gears" seperti Nikon D3X atau Canon Eos Mark III atau seangkatan mampu dimiliki.
Apabila bertemu tahap yang sealiran (semi-pro), dengan rancaknya berbual-bual, berbincang hal-hal keluaran baru. Waktu ini, fasa ini sudah pandai memilih peralatan "black-finish". Kenapa hitam? Warna hitam menandakan barang-barang professioanal. Mengapa ada tele pro berwarna putih? Sebab belum ada wide angle berwarna putih untuk pro.
Suka menghantar gambar-gambar untuk pertandingan. Banyak dimenangi kerana sudah menguasai kebanyak teknik. Masih tidak sombong, masih senang digauli. Teguran diterima dengan ikhlas dari gurunya. Tidak ada sesuatu perasaan busuk hati kepada sesiapa. Terus berjuang sehingga sampai ke satu tahap yang diidam-idamkan.
Apapun penganalisaiannya, jurufoto yang berada ditahap inilah banyak menolong pengilang mempertingkatkan pengeluaran peralatan fotografi dari satu model ke satu model.
Cuma satu perkara, suka menyembunyikan pengetahuan dan tidak mudah untuk berkongsi. Sebabnya, ingin menyimpan rahsia tersebut untuk pertandingan fotografi seterusnya.
Fasa 4 - Professional / Small Master
Ini adalah tahap ke empat sebelum yang terakhir ke Fasa 5.
Selama lima belas tahun dikira dari tahap amatur. Maka tergolong sudah si dia ketahap Professional. Memiliki pelbagai kemahiran, peralatan yang banyak dan semuanya "berstatus pro".
Kamera semua pro sekurang-kurangnya dua buah. Sudah tidak suka guna barang-barang amatur. Di tahap ini si dia ada sikit "perasaan meninggi diri", tapi hanya segelintir sahaja dan bukan semua.
Selalu dijemput untuk mengadili pelbagai pertandingan fotografi. Di hadapan hakim-hakim lain, dia ada menyuarakan pandangan " Kalaulah saya rakam gambar ini, saya letakkan kucing ini atas sedikit supaya menampakkan gambar itu lebih kuat ceritanya ". Maknanya di sini, banyak gambar yang di rakam oleh orang lain tidak tepat dan betul. Itulah segelintir sikap golongan Professional.
Gemar menyimpan keluaran terhad sesebuah kamera sprt " 50 Years Annivesary" atau apa-apa "limited-edition".
Sesorang itu digelar professional sepenuhnya apabila menggunakan barang-barang sendiri dan bukan barang pejabat atau kompeni. Sebagai contoh, orang surat-khabar menggunakan EOS Mark II semasa bertugas, masa itu masih digelar professional tapi bila selesai bertugas tiada lagi profesional bagi dirinya walaupun sudah 20 tahun dalam bidang fotogfari. Maknanya, orang itu perlu memiliki barang sendiri dan bukan peralatan orang lain atau dipinjam.
Seperti dilihat kini, ada orang mempunyai pengalaman hanya 10 tahun, tapi mengelarkan diri sudah professional dan sudahpun buat khursus untuk mengajar orang. Maknanya golongan ini masih lagi Semi-Pro mengajar amatur. Adakah semasa mengajar amatur itu, dalam ramai-ramai terselit seorang Professional? Ia, ini pernah terjadi.
Peralatan fotografi dari Medium/Large Format, dark-room/light-room, lighting dan pelbagai pernah dilalui cuma dia hanya gusar dan amat takut pada seseorang yang masih lagi berada ditangga teratas. Dia akan tunduk malu apabila bertemu orang itu.
Fasa 5 - Real Master / Top Professional
Masa berlalu, sudah sepuluh tahun berada di takuk Semi-Professional/Small Master. Maka akan melangkah si dia ke satu tahap paling tinggi dalam dunia fotografi. Ini terjadi seandainya si dia boleh bertahan, mengekalkan sikap keterbukaan, bersemangat menolong antara satu sama lain, merendah diri termasuk mesra kawan.
Dia akan dapat memasuki tahap paling akhir dalam kitaran fotogfari ini iaitu "Real Master / Top Professional". Perkataan "Real" berasal dari Sepanyol bermaksud "Raja".
Dia berfikiran luas dalam segala bentuk. Apabila dia melihat sesuatu yang tidak difahami, dia akan cuba melihat lagi dari sudut yang berlainan untuk menilai sesuatu itu dan tidak mudah terburu-buru untuk membuat sebarang komen atau teguran.
Dia juga berkongsi sesuatu rahsia yang tidak pernah diketahui sebelum ini kepada muridnya untuk membantu memperkembangkan pemahaman.
Dia sudah tidak lagi bergantung terus kepada peralatan yang berat (Pro Gears)
"Semua kamera boleh merakam gambar yang menarik" mesej ditujukan kepada muridnya.
"Sebagai jurufoto, awak seharusnya mengawal kamera dan jangan sekali-kali biarkan kamera kawal awak!"
"Jangan salahkan cahaya, cuaca atau manusia apabila awak tidak boleh merakam gambar dengan sempurna, awaklah yang bertanggung-jawab penuh di atas kerja-kerja awak"
"Piala, sijil dan pengikhtirafan yang awak dapat itu adalah hasil dari apa yang awak rakam semalam. Jadi, untuk merealisainya, awak perlu subjektif dan untuk menilainya, awak perlu objektif".
Kata-kata perangsang di atas antara yang biasa didengar adalah sentuhan ikhlas dari Real Master/Top Professional kepada muridnya
Apapun, yang amat dikesali, di negara kita tidak puyai ramai yang betul-betul berstatus Real Master/Top Professional. Mereka yang membuat bising di gelangang fotografi itu ada dari golongan Small Master/ Professional , berlawanan dengan sikap Real Master/Top Professional, kerja lebih, cakap kurang.
Jadi, dimanakah tahap saya? Secara terus terang, dari hati ke hati, saya tidak mengharapkan sebarang jawapan dari soalan yang ditanya kerana soalan di atas tidak adil. Betul tak saya? Adakah saya melanggar peraturan atau berkhayal sejauh-jauhnya ataupun juga saya terlalu diplomatik?
jadi dimana diri kita?

Panduan berkaitan Memory Kad
By Zahrin Zeffrin in DSLR Tech
Saya nak kongsi sedikit mengenai memory kad yang sering kebanyakan jurufoto terpandang sebelah-mata. Jikalau terdapat kekurangan, harap maaf. Kalau dulu orang guna filem tapi sekarang diganti dengan memory card. Kalau filem biasa-biasa hanya dapat 36 exposure sahaja tapi dengan Memory Card, kita boleh dapat sampai beribu exposure. Begitulah teknologi. Kamera sama sahaja dari zaman filem hingga digital tapi yang beza hanya pada filem, sensor dan memory card sahaja. Jadi bolehlah kita kata memory card ialah filem. Satu benda yang sangat penting, malahan yang paling terpenting. Masakan tidak, selepas ambik gambar, kesemua imej gambar tersimpan dalam memory card dan kemudian baru kita transfer ke computer. Dah kalau kad itu rosak? Semua usaha berkarya sampai pecoh kepala-otak dan kepala lutut sesia sahaja. Yang dapat hanyalah exercise badan sampai letih sambil nikmati keindahan ciptaan yang maha Esa.
Tapi seperti barang lain, ianya boleh juga rosak. Bayangkan kalau selepas ambik gambar, alih-alih sebelum transfer ke computer, memory card tu jahanam? Tidak ker masalah besar. Jadinya jagalah memory card dengan baik… walaupun kadang-kadang ada orang terbasuh dalam mesin basuh. Tapi kad selepas dikeringkan, masih boleh digunakan!!!!
Berikut adalah beberapa cadangan cara menjaga memory card;
1) Kalau berlaku apa-apa hal, berhenti….
Tiba-tiba terdelete atau ada error mesej, berhenti danjangan ambik gambar lagi. Keluarkan memory kad dan simpan. Kadang-kadang imej yang ada masih boleh diambil dengan menggunakan program recovery. Kalau kita cuba juga ambil gambar, mungkin data akan overwrite imej lama dan ini akan lebih menyulitkan.
2) Delete imej semasa dikomputer
Jadikan tabiat tidak erase imej dalam memory card pada computer. Adalah lebih baik format memory card pada kamera sahaja.
3) Eject memory card dari computer
Selepas upload semua imej dari card ke computer, jangan terus tarik keluar kad begitu sahaja. Hendaklah ‘eject’ dulu pada screen computer. Penting sangat perkara ini kerana mungkin computer masih dalam mode assessing dengan kad tapi tiba-tiba kita sentap begitu sahaja.
4) Guna beberapa kad kecil dari guna satu kad yang besar
Bayangkan berapa banyak kad 32G boleh simpan? Kadang-kadang kita terpengaruh jugak nak guna kad yang besar begitu. Tapi cuba bayangkan lagi sekiranya kad itu rosak? Bagaimana imej lain yang begitu banyak yang belum kita upload lagi? Jadi lebih baik kita banyakkan kad dan sekiranya satu kad rosak, kita ada lagi imej pada kad lain. Dan yang rosak tu tidak banyak sangat. Memory kad pun bukannya mahal sangat.
5) Format memory kad di kamera
Format akan menyediakan kad tersebut dalam keadaan sedia dengan file system kamera kita. Walaupun memory kad kosong dari kamera lain, hendaklah diformat dengan kamera yang hendak digunakan. Apatah lagi jika kamera tadik dari jenama lain.
Format adalah seperti reset dan boleh mengelak dari disk error. Format juga boleh membersihkannya dari sebarang ‘kotoran digital’ yang tertinggal dari kesan men’delete’ beberapa imej.
6) Jangan berkongsi kad dengan kamera lain
Dua kamera yang berbeza walaupun dari jenama yang sama bukan alasan yang munasabah. Sebab system requirement atau architecturenya mungkin beza. Jangan ambil risiko merosakkan kad.
7) Switch Off kamera sebelum keluarkan kad
Ini bagi mengelak dari berlaku electrical spiking. Tapi kebanyakkan kamera mempunyai outo off bila penutup memory kad dibuka. Tetapi apa salahnya kita menjadikan amalan.
Ambil masa untuk save sebelum off kamera
Satu cara untuk corruptkan memory kad ialah off kamera semasa imej sedang ditulis pada memory kad. Terutamanya selepas kita ambil gambar dalam mode high-speed burst. Kamera akan mengambil masa untuk ‘save’kan dalam kad kerana ‘buffering’ data yang banyak, memerlukan masa. Jadi kita beri masa sedikit untuk kamera settlekan kerjanya. Tapi kebanyakkan kamera mempunyai fungsi safety tidak akan off semasa menulis data pada kad walaupun switch ditutup. Tetapi apa salahnya kita menjadikan amalan.
9) Sentiasa update firmware
Pembuat kamera sentiasa mengeluarkan firmware update. Tujuan ialah untuk membaiki sebarang error atau masalah. Rajin-rajinlah update.
10) Pastikan bateri kamera penuh
Kalau semasa kita sedang ambik gambar dan imej sedang ditulis dalam memory kad, dan masa itulah bateri habis. Bagaimana? Bukan sahaja imej tak sempat nak ditulis tetapi kad tersebut boleh jadi rosak.
11) Guna kad reader yang berkualiti
Kad reader yang murah boleh merosakkan memory kad. Kad reader yang murah kadang-kadang tak dapat ‘membaca’ dengan sempurna. Terbaik ialah guna kad reader dari jenama yang sama dengan kad dan yang laju.
12) Guna kad yang berkualiti
Apa salahnya kita invest pada memory kad yang berjenama tapi mahal sedikit. Cari kad yang laju terutama jika suka mengambil video. Lagi laju, lagi bagus. Tapi walaupun kad berjenama, tidak semestinya tahan. Cuma kebiasaannya yang berjenama lebih tahan sikit. Itu sahaja.
13) Jangan edit imej terus dari kad
Elok copy dulu imej kedalam computer dan edit dari situ. Cara itu lebih laju. Fungsi memory kad hanya sebagai menyimpan dan transfer sahaja.
14) Guna lojik akal
Jaga kad sentiasa bersih dan kering. Jangan dedahkan kepada suhu yang tinggi. Jangan terjatuh, Jangan bengkokkan, Jangan simpan dalam poket belakang seluar, Jangan dekat dengan kuasa magnet seperti sterika, letak atas TV atau microwave oven. Gunalah bekas plastic yg dibekalkan. Hati-hati dengan static electricity. Sama juga dengan mesin scanner atau mesin x-ray di airport. Hati-hati dan cuba elakkan. Begitu juga elakkan kad dari tempat yan terlalu sejuk. Jangan paksa-paksa masukkan kad kedalam kamera. Kalau tak boleh nak masuk, mungkin silap pasang.
Agak-agak berapa lama jangka-hayat memory kad?
Tak tentu, mungkin 1 minggu sahaja, mungkin 1 tahun. Dibelakang kad ada tulis life-time warranty. Apa maknanya? Waranti sampai bila-bila ker? Bukan begitu. Maknanya ialah selagi kad sebegitu masih dikeluarkan, selagi itu waranti diberi. Maknanya yang jelas ialah “waranti sehingga pengeluaran model tersebut dihentikan”.
Tapi yang sering dipakai ialah memory kad biasanya mempunyai jangka hayat antara 8 – 10 tahun. Tapi kad pun bukannya mahal sangat pun. Ganti saje bila 3 – 4 tahun guna…….
Selamat berfotografi. Terima kasih.

Setting untuk Sports atau Action:
By Zahrin Zeffrin in DSLR Tech
a) Exposure Mode: Gunakan Aperture Priority. Biasanya f-stop besar f/2.8 hingga ke f/4 atau lebih. lebih besar f-stop, lebih bokeh gambar anda. (mengasingkan subjek dari background). ini juga membolehkan anda mendapat Shutter Speed yang tinggi.
b) Metering Mode: Matrix Metering. Matrix metering mengambil kira keadaan cahaya dalam keseluruhan frame.
c) Focus Pattern atau Focus Area: Dynamic Area atau 3D Tracking (Kalo ada). Dynamic Area atau 3D Tracking untuk subjek yang bergerak (pemain yang beraksi/kenderaan yang meluncur laju) - Gunakan teknik panning.
d) Shooting Mode: Continous Shot. Biasanya subjek mempunyai banyak pergerakan.
e) White Balance: kalau anda menggunakan Image Quality Raw, setkan pada Auto sahaja kerana anda boleh ejas kemudian. Kalo guna Jpeg, ejas ikut keadaan: Daylight/Cloudy/Shade)
f) ISO: antara 400 hingga ke 3200 (bergantung kepada keadaan). Contohnya gunakan ISO tinggi untuk membekukan pergerakan subjek yang sedang beraksi. Perhatikan Shutter Speed tidak jatuh bawah 1/320s untuk membekukan pergerakan. Gunakan ISO rendah untuk memperlahankan Shutter Speed kepada lebih rendah supaya anda boleh merakam 'pergerakan' subjek.
g) Auto Focus Mode: AF-C (perhatikan kamera akan lebih menumpukan kepada shot2 yang diambil berbanding menguncikan fokus pada subjek). ini kerana anda tidak akan sempat mengunci fokus sebelum gambar diambil, jadi kamera akan mengambil beberapa siri shot walaupun kamera belum sempat mengunci fokus pada subjek. ini bergantung pada kepantasan lens, kamera dan teknik memfokus (panning atau kaku) yang anda guna.

Alhamdulillah, terima kasih dapat belajar ilmu baru.
Blitzkrieg- Corporal
- Posts : 94
Reputation : 44
Join date : 09/01/2012
Age : 48
Location : Johor
Re: Come and embrace photography
salam. Alhamdulillah, balik Malaysia aritu sempat lah sambar beginner set Canon EOS 1100D tapi still dok terkial2 lagi..
matfiah- Corporal
-
Posts : 57
Reputation : 12
Join date : 21/08/2010
Re: Come and embrace photography
macam tak puas hati kat Dak Abu jer ni.. malam tu kasik settle.. ekekkeeeee
marc_zman- MODERATOR
-
Posts : 16328
Reputation : 611
Join date : 08/06/2010
Location : di atas tanah bekas hutan, paya dan ladang kelapa sawit.. tak tau laaa ntah sapa2 pernah kena tanam kat sini dulu.. kalu ada laa
Re: Come and embrace photography
atreyudevil wrote:tetiba rasa nak bam ini thread
so jeng jeng
Bro wa nak minta izin b=nak cilok barang 2 @ 3 keping gambar kat sini heheheeh ...
superhornet- Lt Colonel
-
Posts : 1849
Reputation : 86
Join date : 28/04/2010
Location : Malaysia bumi bertuah
Re: Come and embrace photography
woit Bro SH.. tau laaa umah dekat ngan opis.. tak kan tengok pastu amek jer gambo pastu terus ilang kot.. balik umah ker.??? ke hang pi SIC.??? ekekekekeee
marc_zman- MODERATOR
-
Posts : 16328
Reputation : 611
Join date : 08/06/2010
Location : di atas tanah bekas hutan, paya dan ladang kelapa sawit.. tak tau laaa ntah sapa2 pernah kena tanam kat sini dulu.. kalu ada laa
Page 5 of 5 • 1, 2, 3, 4, 5
Malaysia's Military, Police and Security Agencies :: Zon Gencatan Senjata :: Hobi, Makanan dan Pelancongan
Page 5 of 5
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum