Established on April 2010. MyMil is a hangout place where military enthusiasts meet, fully armed with mouse, keyboard and few cups of coffee. |
Member2 baru diharapkan dapat perkenalkan diri masing2 di SINI terlebih dulu, terima kasih To all MYMIL forumer please be very careful with all information posted, we don't to any vital information of our security forces or rumors circulating around that would bring a bad implications. Kepada semua forumer MYMIL, diminta untuk berposting dengan lebih berhemah serta tidak mendedahkan atau menyebarkan informasi penting mengenai pasukan keselamatan atau sebarang khabar angin yang membawa implikasi yang teruk. Kempen Anti Khabar Angin MYMIL sedang berjalan, sebarang post yang jatuh ke dalam kategori Khabar Angin akan dipadam tanpa sebarang amaran. Harap Maklum Selamat menyambut HUT ke 80 Tentera Laut DiRaja Malaysia MYMIL Anti Rumours Campaign is now in motion, any postage that fall under that condition will be edited and deleted without any warning. Please be advised Off topics haven, borak sampai pengsan di Warung Kopi Pak Jabit!! Mana2 posting yg bersifat provokasi, spam dan trol akan dipadam tanpa ragu2 lagi. Sila berposting dgn berhemah. Kepada ahli2 yg tidak pernah aktif dan berposting dalam masa 20 hari dari tarikh pendaftaran keahlian anda akan DIGUGURKAN. Ini adalah untuk menggalakan forumer untuk lebih aktif berforum. To all new forumer without any post (post = 0), your membership will be DROPPED in 20 days after the registration date, this is to discourage silent lurkers in the forum.
To all Mozilla Firefox, Chrome or Opera browser user, please activate browser add-on "AdBlock" to enable ad free MYMIL experience! -TQ Kepada semua pengguna Mozilla Firefox, Chrome atau Opera. Sila aktifkan browser add-on yang bernama "AdBlock" untuk mengelakkan gangguan iklan didalam Mymil -TQ |
Latest topics | » Sembang Medan Selera Pak Jebat V44 by HangPC2 Sat 27 Aug 2022, 5:36 pm
» Halo semua by matamata Mon 25 Oct 2021, 9:56 pm
» Cerita Rakyat by mumuchi Sun 05 Sep 2021, 10:35 am
» Konfrontasi Malaysia-Indonesia 1962-66 by mumuchi Sun 05 Sep 2021, 10:28 am
» PAINTBALL - Come get some... by pisang Tue 13 Dec 2016, 1:53 pm
» Baru balik by pisang Mon 12 Dec 2016, 5:47 pm
» Jaket camo by atreyudevil Fri 15 Jul 2016, 4:17 pm
» Nusantara Total War: Portuguese Invasion by Adib Mon 22 Feb 2016, 7:57 pm
» Rekrut baru disini by kapokbesi Thu 11 Feb 2016, 4:32 pm
» Keretapi Tanah Melayu Berhad by zacky.uesoff Thu 04 Feb 2016, 11:00 pm
» ALL ABOUT HAM RADIO (AMATEUR RADIO STATION) by kapokbesi Mon 16 Nov 2015, 12:42 pm
» BACKPACKING by venez Tue 31 Mar 2015, 5:11 pm
» Rekrut 2015 by atreyudevil Sun 29 Mar 2015, 8:34 pm
» Sejarah Pangkalan-Pangkalan Udara TUDM by venez Tue 24 Mar 2015, 11:02 am
» MyMil useful website lists by atreyudevil Sat 24 Jan 2015, 11:17 pm
» WIP - Work In Progress by yaminz Fri 26 Dec 2014, 12:06 pm
» Model Collections by yaminz Fri 26 Dec 2014, 11:58 am
» Rekrut October & November 2014 by atreyudevil Sat 20 Dec 2014, 7:07 am
» Bola Cafe: MALAYSIA! by HangPC2 Sun 14 Dec 2014, 12:35 pm
» Tayar Pirelli boleh tahan! by venez Wed 10 Dec 2014, 4:27 pm
|
Statistics | We have 511 registered users The newest registered user is Belarus
Our users have posted a total of 172030 messages in 1322 subjects
|
MyMil at Facebook | |
|
| Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56 | |
| | Author | Message |
---|
atreyudevil ADMIN
Posts : 9582 Reputation : 602 Join date : 19/04/2010 Location : Kuantan
| Subject: Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56 Thu 29 May 2014, 6:21 pm | |
| | |
| | | atreyudevil ADMIN
Posts : 9582 Reputation : 602 Join date : 19/04/2010 Location : Kuantan
| Subject: Re: Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56 Thu 29 May 2014, 6:23 pm | |
| Rentaka di Hari Media Bersama MINDEF dan TUDM – Part 2: Demonstrasi pasukan Paskau G-FAC Oleh Rentaka Editorial Team
Selesai acara perasmian dan bersarapan, pasukan media dibawa semula ke kawasan khemah media dan VIP untuk demonstrasi yang seterusnya. Demo yang kedua ini ialah demonstrasi penyusupan pasukan PASKAU G-FAC atau Ground Forward Air Control melalui udara. Pasukan yang terdiri daripada 8 anggota ini akan memasuki kawasan konflik untuk memusnahkan sasaran penting melalui pengeboman dari udara atau “Air Strike” menggunakan bom panduan laser atau LGB.
Para penerjun dari pasukan PASKAU G-FAC Salah satu daripada ahli pasukan tersebut membawa satu unit Ground Laser Target Designator (GLTD). Ahli pasukan yang ditugaskan untuk membawa GLTD akan mengikat alat tersebut di kaki beliau semasa membuat penerjunan dan sebelum mendarat, alat tersebut perlu dilepaskan terlebih dahulu sebelum beliau melakukan pendaratan. Pasukan G-FAC ini kemudiannya akan berkumpul semula dan bergerak ke arah kawasan objektif. Sebaik sahaja sasaran dikesan di kawasan objektif, GLTD tadi akan dipasang serta dihidupkan. Sasaran kemudiannya akan ditanda dengan menggunakan GLTD sebelum pesawat pejuang melepaskan bom panduan laser. Sebaik sahaja kepala penderia bom mengesan pancaran laser, ia akan mengikuti pancaran laser tadi hingga ke sasaran.
Perhatikan GLTD pada kaki penerjun GLTD dilepaskan sebelum penerjun mendarat diatas tanah Sasaran ditandakan oleh pasukan G-FAC PASKAU Setelah beberapa ketika, pesawat pengeboman dari jenis Hawk 208 membuat lintas lalu dan diikuti oleh beberapa siri letupan piroteknik.
Pesawat Hawk 208 melakukan bombing run Apabila sasaran dimusnahkan, pasukan G-FAC akan berkumpul akan berkumpul semula untuk tujuan dikeluarkan secara SPIE-RIG dengan bantuan EC725 TUDM dari kawasan konflik. Salah satu dari anggota G-FAC akan melontarkan bom asap kuning sebagai tanda untuk membolehkan pesawat EC725 mengenalpasti kedudukan dan menuju ke arah mereka. Tali dikeluarkan dari helikopter dan pasukan G-FAC tadi akan mengambil kedudukan masing-masing untuk dibawa keluar dari situ.
Berkumpul dan bersedia untuk dikeluarkan Bom asap sebangai tanda kedudukan mereka Kabel diturunkan untuk proses SPIE RIG Bersambung ke bahagian ke 3... | |
| | | atreyudevil ADMIN
Posts : 9582 Reputation : 602 Join date : 19/04/2010 Location : Kuantan
| Subject: Re: Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56 Thu 29 May 2014, 6:24 pm | |
| Rentaka di Hari Media Bersama MINDEF dan TUDM – Part 3: Pameran Statik Oleh: Rentaka Editorial Team
Sebaik sahaja demonstrasi oleh pasukan G-FAC usai, kumpulan media dibawa melihat pameran static oleh TUDM. Kumpulan media disini dapat melihat serta beramah mersa dengan pasukan dan krew-krew yang yang terlibat. Antara pameran-pameran statik yang sempat dilawati ialah pameran pesawat EC725, MIG-29N, Hawk 208 dan booth PASKAU. Tak begitu banyak masa yang dapat diluangkan disemua tempat kerana kesuntukan masa. Namun dalam masa yang singkat itu banyak soalan dapat ditanya kepada krew-krew yang mengendalikan pesawat di hadapan dan di belakang tabir serta anggota lain yang terlibat.
EC725 Super Cougar EC725 Super Cougar Namun pameran yang paling mencuri tumpuan adalah pesawat penunda sasaran LearJet 35A. Pesawat ini berfungsi untuk menunda sasaran udara bagi membolehkan latihan tembakan meriam dilakukan secara realistik. Untuk menjadikan latihan lebih realistik, pesawat ini turut boleh membawa pod penyerakan elektronik (ECM) untuk menyerak radar pemantauan dan radar kawalan tembakan serta Targeting Pod. Kumpulan media kemudiannya dibahagikan kepada dua kumpulan berdasarkan pas media yang telah diberikan sebelum iaitu samada kumpulan A dan B. Kumpulan-kumpulan ini kemudiannya dibawa menaiki bas yang telah disediakan mengikut kumpulan tadi dan Rentaka berada di dalam kumpulan A
Pesawat penunda sasaran Learjet 35A yang dipasang dengan pod penyerakan elektronik dan Targetting Pod Bersambung part 4... | |
| | | atreyudevil ADMIN
Posts : 9582 Reputation : 602 Join date : 19/04/2010 Location : Kuantan
| Subject: Re: Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56 Thu 29 May 2014, 6:26 pm | |
| | |
| | | atreyudevil ADMIN
Posts : 9582 Reputation : 602 Join date : 19/04/2010 Location : Kuantan
| Subject: Re: Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56 Thu 29 May 2014, 6:28 pm | |
| Rentaka di Hari Media Bersama MINDEF dan TUDM – Part 5: 320 Squadron dan Sekolah Kawalan Trafik Udara dan Komunikasi Oleh Rentaka Editorial Team
Kumpulan media kemudiannya dikumpulkan semula didalam kumpulan-kumpulan yang telah ditetapkan terlebih dahulu. Kumpulan-kumpulan ini akan mengikuti lawatan yang telah ditetapkan tadi dan tetapi mengikuti turutan berbeza untuk mengelakan kesesakan. Tempat persinggahan pertama kumpulan A ialah melawat 320 Squadron Operation Center atau SOC02 iaitu sebuah squadron radar. Kami diberi sedikit penerangan oleh Ketua Pengarah Operasi dan Eksesais, YBhg Mej. Jen. Dato Sri Hj Affendi Buang TUDM, yang turut mengetuai kumpulan kami sebelum taklimat penuh oleh Pegawai Memerintah Skuadron 320, Lt Kolonel Ruzman TUDM, mengenai bidang kuasa, misi, visi dan fungsi squadron tersebut serta sejarah squadron dan radar-radar dibawah tanggung jawab TUDM. Kami berpeluang untuk menyaksikan pergerakan pesawat di ruang udara Malaysia secara langsung dan keadaan didalam bilik kawalan melalui tv yang disediakan serta proses-proses yang akan dilakukan sekiranya keadaan yang tidak diingini berlaku seperti pencerobohan masuk oleh pesawat luar, atau pesawat yang lari dari rancangan penerbangan (flight plan) mereka serta prosedur yang akan dilakukan. Taklimat dari Lt. Kol Ruzman TUDM mengenai sejarah, visi dan misi SOC02 The Command and Control Centre secara langsung dari CCTV Prosedur asas di dalam operasi pemintasan Kami juga diberi penerangan mengenai sistem C2 Sentry Command and Control Air Defense Battlespace Management System oleh Kapten Hasmiza TUDM dimana turut dipertontonkan situasi pertarungan udara 4 melawan 2 iaitu 4 pesawat Hawk callsign Red dan 2 pesawat Sukhoi 30MKM callsign Blue. Sistem ini akan memaparkan objektif misi, formasi, taktik dan callsign pesawat yang terlibat. Di dalam situasi ini 4 pesawat Hawk di dalam misi untuk menyerang 2 pesawat Sukhoi yang berperanan sebagai penceroboh. Boleh dilihat di dalam gambar, bahawa jelas menunjukan bagaimana sistem ini berfungsi dan peranan untuk mencipta “situation awareness” di kalangan juruterbang-juruterbang TUDM agar mereka mempunyai kelebihan didalam setiap situasi dan memantau pergerakan serta merancang strategi yang akan memberi kelebihan kepada mereka.
Simulasi 4 Hawk vs 2 Su-30MKM Sekolah kawalan trafik udara dan komunikasi Kami kemudian dibawa kepada Sekolah Kawalan Trafik Udara dan Komunikasi atau Air Traffic Control and Communication School. Disinilah bakal anggota kawalan udara akan dilatih sebelum diberi kepercayaan untuk memikul tugas yang sebenar. Didalam bangunan ini terdapat simulator yang memberikan pandangan 360 darjah seakan-akan pelajar itu berada diatas menara kawalan yang sebenar.
Pelajar akan dilatih untuk menghadapi semua keadaan sebenar di mana mereka akan dilatih untuk menghadapi sebarang masalah yang timbul dan cara terbaik untuk menangani masalah tersebut. Mesin simulator ini dapat memberikan sebarang scenario melalui yang telah ditetapkan sama ada keadaan hujan atau cerah, malah bersalji serta siang atau malam dengan apa-apa jenis pesawat yang telah diprogram terlebih dahulu. Bersambung ke bahagian ke 6... | |
| | | atreyudevil ADMIN
Posts : 9582 Reputation : 602 Join date : 19/04/2010 Location : Kuantan
| Subject: Re: Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56 Thu 29 May 2014, 6:29 pm | |
| Rentaka di Hari Media Bersama MINDEF dan TUDM – Part 6: Bangunan (Air Combat Manoeuvring AND InstrumentS) ACMI dan Simulator MIG-29N The ACMI Building Oleh Rentaka Editorial Team
Bangunan ACMI ialah destinasi seterusnya dan disini kami diberi penerangan sekali lagi oleh Lt. Kol. Sebastian William TUDM mengenai ACMI. Sistem ACMI amat membantu dalam menajamkan lagi kemahiran juruterbang pejuang dalam pertempuran udara. Ini adalah kerana setiap keputusan dan pergerakan yang dilakukan oleh juruterbang dan pesawatnya akan direkodkan dan ini membolehkan para pelatih dan juruterbang untuk mengenal pasti kesalahan- kesalahan taktikal yang telah dilakukan sewaktu penerbangan semasa taklimat di dalam kelas. Sistem ACMI membolehkan juruterbang untuk melihat secara menyeluruh pertempuran udara yang telah disertai dan mempelajari apakah impak terhadap langkah taktikal yang telah mereka ambil serta cara- cara untuk berjuang dengan lebih efektif. Pod ACMI bukanlah hanya sekadar merekod pergerakan pesawat tetapi juga dapat mensimulasikan pelancaran peluru berpandu serta tembakan meriam pesawat dan mengira peratus kebarangkalian untuk pesawat musuh ditembak jatuh. Jika peratus tembakan adalah melebihi 70%, maka tembakan tadi akan dikira sebagai berjaya mengenai sasarannya.. Tim Rentaka turut dipertontonkan satu pertempuran antara 2 pesawat MiG-29N (Taufan Ganas) dan 2 pesawat Hawk (Madah) dimana sudut pandangan pertempuran antara 2 kumpulan tersebut adalah seolah-olah dari pandangan juruterbang. Sehingga kini hanya Su 30 MKM yang masih belum dapat menggunakan pod ACMI tetapi dalam proses untuk pemasangan.
Simulasi pertarungan udara antara 2 MiG-29N dan 2 Hawk 208 Senario di mana 2 pesawat MiG (Merah) dan 2 Pesawat Hawk (Kuning) didalam latihan pertempuran udara jarak dekat atau Dogfight". ACMI pod dapat mensimulasikan pandangan dari kokpit juruterbang Bangunan simulator mig-29n 17 squadron Selesai di bangunan ACMI, kami dibawa pula ke bangunan yang menempatkan 2 simulator MiG-29 yang terletak berhadapan dengan bangunan ACMI. Di sini kami dapat melihat bagaimana bakal-bakal juruterbanng pesawat pejuang MiG-29 dilatih untuk mengendalikan pesawat dengan menggunakan simulator. Simulasi ini dibina serupa dengan kokpit pesawat sebenar kerana ini untuk membolehkan pelatih untuk membiasakan diri dengan keadaan sebenar dan tahu setiap kedudukan peralatan, dial dan suis yang penting. Simulator ini juga memberi peluang untuk bakal juruterbang untuk berlatih mengendalikan pesawat dalam situasi tertentu atau melakukan misi tertentu sebelum melakukannya secara amali.
Kerangka utama komputer yang mengawal segala program untuk simulator MiG-29N Simulator ini juga dapat memberi pelbagai senario dan pelbagai keadaan cuaca kepada juruterbang seperti terbang di dalam keadaan hujan atau di waktu malam. Disamping itu simulator ini juga dapat mensimulasi keadaan mencemaskan, seperti keadaan kerosakan enjin atau peralatan instrument penting. Ini adalah untuk melatih juruterbang untuk bersedia dan mempraktikan prosedur yang telah diajar untuk menangani situasi tersebut jika berlaku kepada pesawat mereka. Para wakil media juga turut diberikan peluang untuk mencuba simulator tersebut.
Bersambung dibahagian seterusnya.. | |
| | | atreyudevil ADMIN
Posts : 9582 Reputation : 602 Join date : 19/04/2010 Location : Kuantan
| Subject: Re: Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56 Thu 29 May 2014, 6:30 pm | |
| RENTAKA DI HARI MEDIA BERSAMA MINDEF DAN TUDM – Final PART. Oleh Rentaka Editorial Team
Selesai lawatan di bangunan simulator MiG, kami dibawa semula ke bangunan markas pergerakan udara. Di sana kami dibawa kepada satu sidang media bersama PTU. Di antara intisari sidang media bersama PTU ialah mengenai peranan kuasa udara nasional dan kepentingannya didalam peperangan dan pertahanan. Status pengoperasian MiG-29N selepas 2015, penggantian radar pertahanan udara Martello; penggantian pesawat Allouette yang sekarang ini merupakan pesawat tertua berkhidmat di dalam TUDM dan penerimaan helikopter ke 12 EC725 yang juga yang terakhir dalam masa beberapa hari lagi. Sesudah sidang media, para wakil media dijamu dengan hidangan makan tengah hari bersama PTU sebelum dibawa ke terminal peluru pengkalan udara Kuantan. Sebelum kami menaiki bas ke terminal peluru, para media diminta untuk menyerahkan segala peralatan yang mempunyai bateri termasuklah kamera, telefon bimbit, penggera kereta dan juga jam pintar. Ini adalah langkah keselamatan kerana bateri dan papan litar elektronik dapat menganggu alatan sensor peluru berpandu yang akan ditunjukan kepada para media. Malah anggota-anggota TUDM juga menggunakan alat komunikasi dari jenis yang berbeza apabila berada di dalam kawasan terminal peluru. Di situ kami telah ditunjukan persenjataan untuk pesawat - pesawat pejuang dari peluru meriam 30mm sehinggalah peluru berpandu udara ke udara dan udara ke darat. Malah kami juga ditunjukan demonstrasi memasang bom Mk. 82 dengan kit panduan laser. Selepas lawatan diterminal peluru, kami dibawa ke lapang sasar 10m yang biasa digunakan untuk menembak sasaran pistol. Semua wakil media diberikan penerangan ringkas mengenai prosedur dan langkah keselamatan serta cara untuk menembak oleh Mej. Naim TUDM dari pasukan Provos. Setiap wakil Media diberikan sepucuk pistol jenis Browning 9mm bersama 10 butir peluru dan mereka yang berjaya menembak sasaran dan memperolehi markah terbanyak, akan diisytiharkan pemenang.
Taklimat keselamatan dan asas pengendalian pistol Browning oleh Mejar Naim TUDM. Para wakil media melakukan tembakan dibawah seliaan tenaga pengajar daripada PROVOS Selesai acara menembak pistol, peserta media kembali dibawa ke Bangunan Markas Pergerakan Udara untuk sesi minum petang atau Hi-Tea. Selepas minum petang, upacara penyampaihan hadiah oleh YBhg Mej. Jen. Dato Azizool Arif TUDM kepada 5 orang wakil media yang berjaya mengumpul markah tertinggi dalam acara menembak pistol. YBhg Mej. Jen. Dato Azizool Arif TUDM turut merasmikan upacara penutupan majlis Hari Bersama Media MINDEF dan TUDM. Sebaik sahaja majlis penutup selesai, para wakil media dari Kuala Lumpur kemudian bersedia untuk menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur dengan menaiki pesawat C-130 yang telah pun bersedia untuk berlepas.
Disini Tim Editorial Rentaka mahu mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kementerian Pertahanan dan Tentera Udara Diraja Malaysia kerana menjemput serta memberi kesempatan kepada kami untuk turut sama menyertai Hari Media bersama MINDEF dan TUDM.
Nota Editor Bersekutu: Errr... bos, takkan la itu jer. Gambo aweks- awekssss tarak ka?
| |
| | | venez ADMIN
Posts : 17389 Reputation : 581 Join date : 19/04/2010 Age : 46 Location : AFNG
| Subject: Re: Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56 Sun 01 Jun 2014, 10:31 pm | |
| | |
| | | yaminz MODERATOR
Posts : 13517 Reputation : 378 Join date : 23/04/2010 Age : 45
| Subject: Re: Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56 Tue 03 Jun 2014, 8:42 am | |
| sempat lg tu kaki note... ekekeke | |
| | | atreyudevil ADMIN
Posts : 9582 Reputation : 602 Join date : 19/04/2010 Location : Kuantan
| Subject: Re: Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56 Tue 03 Jun 2014, 11:52 am | |
| haha, pasal bab awek mmg cepat dia | |
| | | yaminz MODERATOR
Posts : 13517 Reputation : 378 Join date : 23/04/2010 Age : 45
| Subject: Re: Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56 Tue 03 Jun 2014, 11:58 am | |
| - atreyudevil wrote:
- haha, pasal bab awek mmg cepat dia
ekekeke... | |
| | | Sponsored content
| Subject: Re: Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56 | |
| |
| | | | Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56 | |
|
Similar topics | |
|
| Permissions in this forum: | You cannot reply to topics in this forum
| |
| |
| |
|