Established on April 2010. MyMil is a hangout place where military enthusiasts meet, fully armed with mouse, keyboard and few cups of coffee. |
Member2 baru diharapkan dapat perkenalkan diri masing2 di SINI terlebih dulu, terima kasih To all MYMIL forumer please be very careful with all information posted, we don't to any vital information of our security forces or rumors circulating around that would bring a bad implications. Kepada semua forumer MYMIL, diminta untuk berposting dengan lebih berhemah serta tidak mendedahkan atau menyebarkan informasi penting mengenai pasukan keselamatan atau sebarang khabar angin yang membawa implikasi yang teruk. Kempen Anti Khabar Angin MYMIL sedang berjalan, sebarang post yang jatuh ke dalam kategori Khabar Angin akan dipadam tanpa sebarang amaran. Harap Maklum Selamat menyambut HUT ke 80 Tentera Laut DiRaja Malaysia MYMIL Anti Rumours Campaign is now in motion, any postage that fall under that condition will be edited and deleted without any warning. Please be advised Off topics haven, borak sampai pengsan di Warung Kopi Pak Jabit!! Mana2 posting yg bersifat provokasi, spam dan trol akan dipadam tanpa ragu2 lagi. Sila berposting dgn berhemah. Kepada ahli2 yg tidak pernah aktif dan berposting dalam masa 20 hari dari tarikh pendaftaran keahlian anda akan DIGUGURKAN. Ini adalah untuk menggalakan forumer untuk lebih aktif berforum. To all new forumer without any post (post = 0), your membership will be DROPPED in 20 days after the registration date, this is to discourage silent lurkers in the forum.
To all Mozilla Firefox, Chrome or Opera browser user, please activate browser add-on "AdBlock" to enable ad free MYMIL experience! -TQ Kepada semua pengguna Mozilla Firefox, Chrome atau Opera. Sila aktifkan browser add-on yang bernama "AdBlock" untuk mengelakkan gangguan iklan didalam Mymil -TQ |
Latest topics | » Sembang Medan Selera Pak Jebat V44 by HangPC2 Sat 27 Aug 2022, 5:36 pm
» Halo semua by matamata Mon 25 Oct 2021, 9:56 pm
» Cerita Rakyat by mumuchi Sun 05 Sep 2021, 10:35 am
» Konfrontasi Malaysia-Indonesia 1962-66 by mumuchi Sun 05 Sep 2021, 10:28 am
» PAINTBALL - Come get some... by pisang Tue 13 Dec 2016, 1:53 pm
» Baru balik by pisang Mon 12 Dec 2016, 5:47 pm
» Jaket camo by atreyudevil Fri 15 Jul 2016, 4:17 pm
» Nusantara Total War: Portuguese Invasion by Adib Mon 22 Feb 2016, 7:57 pm
» Rekrut baru disini by kapokbesi Thu 11 Feb 2016, 4:32 pm
» Keretapi Tanah Melayu Berhad by zacky.uesoff Thu 04 Feb 2016, 11:00 pm
» ALL ABOUT HAM RADIO (AMATEUR RADIO STATION) by kapokbesi Mon 16 Nov 2015, 12:42 pm
» BACKPACKING by venez Tue 31 Mar 2015, 5:11 pm
» Rekrut 2015 by atreyudevil Sun 29 Mar 2015, 8:34 pm
» Sejarah Pangkalan-Pangkalan Udara TUDM by venez Tue 24 Mar 2015, 11:02 am
» MyMil useful website lists by atreyudevil Sat 24 Jan 2015, 11:17 pm
» WIP - Work In Progress by yaminz Fri 26 Dec 2014, 12:06 pm
» Model Collections by yaminz Fri 26 Dec 2014, 11:58 am
» Rekrut October & November 2014 by atreyudevil Sat 20 Dec 2014, 7:07 am
» Bola Cafe: MALAYSIA! by HangPC2 Sun 14 Dec 2014, 12:35 pm
» Tayar Pirelli boleh tahan! by venez Wed 10 Dec 2014, 4:27 pm
|
Statistics | We have 511 registered users The newest registered user is Belarus
Our users have posted a total of 172030 messages in 1322 subjects
|
MyMil at Facebook | |
|
| 10 pembohongan besar media berkenaan Israel | |
| | Author | Message |
---|
venez ADMIN
Posts : 17389 Reputation : 581 Join date : 19/04/2010 Age : 46 Location : AFNG
| Subject: 10 pembohongan besar media berkenaan Israel Fri 27 Aug 2010, 12:34 pm | |
| http://haluanpalestin.haluan.org.my
Seorang jurnalis dan pengarang yang berasal dari Belgium, Michel Collon, mengecam media Eropah kerana sikap mereka yang telah berabad-abad berbohong kepada masyarakat awam semata-mata untuk memberi sokongan kepada negara haram Israel. Melalui buku beliau yang bertajuk Israel, let’s talk about it, Collon telah menyenaraikan “10 pembohongan besar” yang telah disebarkan oleh media Barat bagi “menjustifikasi kewujudan dan tindakan-tindakan kejam rejim Zionis Israel”.
Berikut adalah pembohongan-pembohongan yang dimaksudkan:
1. Pembohongan pertama adalah bahawa negara haram Israel tertubuh sebagai reaksi kepada pembunuhan beramai-ramai kaum Yahudi ketika peperangan dunia kedua. Dakwaan ini sangat tidak betul, kerana penubuhan Israel pada hakikatnya adalah sebuah perancangan tirani yang kejam dan otokratik, yang telah dipersetujui oleh Kongres Zionis yang pertama di Basel, Switzerland pada tahun 1897. Dari sinilah puak-puak nasionalis Yahudi memutuskan untuk menakluk dan menzalimi Palestin.
2. Justifikasi kedua bagi mereka mendirikan negara haram Israel adalah bahawa kaum Yahudi kembali ke bumi nenek moyang mereka, dari mana mereka telah dihalau pada tahun 70 A.D. Ini hanyalah satu cerita dongeng! Collon telah berbincang dengan beberapa orang tokoh sejarah Israel, termasuklah Shlomo Sand, dan mereka semua percaya bahawa tidak pernah berlaku pemindahan beramai-ramai kaum Yahudi. Jadi “kembali ke bumi asal” adalah suatu yang tidak benar. Mereka yang menetap di Palestin pada zaman lampau tidak pernah meninggalkan bumi itu.
Malahan keturunan Yahudi yang berasal dari Palestin adalah mereka yang sekarang ini tinggal di Palestin. Mereka yang mendakwa untuk kembali ke bumi Palestin adalah sebenarnya berasal daripada Barat, Eropah Timur dan Afrika Utara.
Shlomo Sand menegaskan bahawa tidak pernah wujud sebuah negara Yahudi. Malahan, puak-puak Yahudi tidak pernah mempunyai persamaan dalam sejarah, bahasa mahupun budaya. Satu-satunya perkara yang mempunyai persamaan antara mereka adalah agama, dan agama tidak membentuk sebuah negara.
3. Pembohongan ketiga adalah bahawa ketika pendatang-pendatang Yahudi memasuki dan menduduki Palestin, bumi tersebut merupakan sebuah negara yang “kosong’ dan tidak diduduki. Sesungguhnya terdapat dokumen-dokumen dan bukti-bukti yang mengesahkan terdapat transaksi mengekspot barangan pertanian daripada Palestin ke negara-negara luar, termasuk Perancis, dalam abad ke sembilan belas.
4. Keempat, ada pihak yang mendakwa bahawa rakyat Palestin meninggalkan negara mereka secara sukarela. Ini adalah satu lagi pembohongan besar yang dipercayai ramai, termasuklah Collon sendiri, sehinggalah tokoh-tokoh sejarah Israel seperti Benny Morris dan Ilan Pappe menyatakan bahawa warga Palestin telah dihalau dan dihapuskan dari tanahair mereka melalui kekerasan, jenayah dan kekejaman.
5. Dikatakan bahawa negara Zionis Israel yang wujud hari ini adalah satu-satunya negara yang mengamalkan demokrasi di Timur Tengah, jadi negara itu harus dilindungi kerana ianya adalah sebuah negara yang menegakkan undang-undang.
Tetapi menurut Collon, bukan sahaja Israel sebuah negara yang tidak menegakkan undang-undang, malahan Israel juga adalah satu-satunya negara yang tidak mempunyai undang-undang yang dapat menjelaskan di mana wilayah dan sempadan negaranya.
Semua negara di dunia ini mempunyai undang-undang atau konstitusi yang memberi denifisi jelas berkenaan wilayah dan sempadan negara mereka, tetapi perkara ini tidak pernah wujud bagi negara Israel. Israel hanyalah sebuah projek penaklukan yang berkembang tanpa mengenal sempadan, dan undang-undang yang ada bagi negara tersebut benar-benar berbentuk perkauman. Menurut undang-undang mereka, Israel adalah sebuah negara untuk Yahudi dan penduduk Israel yang bukan daripada keturunan Yahudi tidak diiktiraf sebagai manusia. Adakah undang-undang seperti ini membentuk sebuah demokrasi?
6. Amerika dikatakan cuba menegakkan demokrasi di Timur Tengah dengan membantu dan mempertahankan negara Israel. Kita semua maklum bahawa bantuan kewangan tahunan Amerika kepada Israel mencecah sehingga USD 3 bilion. Dana ini sebenarnya digunakan untuk menghancurkan negara-negara yang berjiran dengan Israel.
Amerika tidak pernah menegakkan demokrasi di Timur Tengah, mereka mungkin hanya membantu mengukuhkan pemerintah yang sedia ada dan penguasaan kekayaan minyak di wilayah tersebut.
7. Mereka mendakwa Amerika membantu usaha mencapai persetujuan dalam perjanjian antara Israel dan Palestin. Ini juga suatu yang tidak benar dan pembohongan. Mantan Ketua Polisi Luar Kesatuan Eropah, Javier Solana pernah menyebut bahawa Israel adalah negara yang ke-21 dalam Kesatuan Eropah. Industri pertahanan Eropah bekerjasama dengan industri pertahanan Israel dan malahan membantu mereka dari segi kewangan. Tetapi apabila rakyat Palestin memilih pemerintah kerajaan mereka, negara-negara Eropah tidak mahu mengiktirafnya dan membenarkan Israel menyerang dahsyat bumi Gaza.
8. Apabila seseorang bercakap tentang perkara-perkara seperti ini dan juga sejarah pergolakan Israel dan Palestin, apabila seseorang mendedahkan kepentingan Amerika terhadap isu ini, dia akan didakwa sebagai anti-semit untuk memberi tekanan supaya beliau menutup mulut.
Tetapi kita harus menyebut bahawa bilamana kita mengkritik Israel, itu bukanlah suatu bentuk perkauman atau anti-semitism. Kita mengkritik sebuah kerajaan yang tidak mengiktiraf persamaan antara pemganut-penganut Yahudi, Kristian dan Islam, dan seterusnya menghapuskan keharmonian di kalangan penganut-penganut agama yang berbeza.
9. Media massa juga mendakwa bahawa rakyat Palestin melakukan jenayah dan keganasan. Kita percaya bahawa penaklukan secara kejam yang dilakukan oleh tentera Israel adalah sebenarnya satu jenayah dan keganasan, begitu juga dengan polisi mereka merampas tanah dan rumah-rumah milik rakyat Palestin adalah satu keganasan yang nyata. Rakyat Palestin hanyalah mempertahankan hak dan bumi milik mereka daripada jenayah dan keganasan Israel.
10. Ramai yang mengatakan bahawa tidak ada langsung harapan untuk menyelesaikan konflik ini, dan tidak akan ada penyelesaikan terhadap kebencian yang terbentuk akibat aksi-aksi ganas Israel dan sekutunya.
Percayalah di sana ada satu penyelesaian. Salah satu perkara yang dapat menghentikan konflik ini adalah dengan memberi tekanan terhadap Israel, Amerika, Eropah dan sekutu-sekutu mereka yang lain. Media massa perlu diberi tekanan supaya memberitakan apa yang benar dan menghentikan pembohongan. | |
| | | tempura Corporal
Posts : 55 Reputation : 10 Join date : 09/06/2011
| Subject: Re: 10 pembohongan besar media berkenaan Israel Tue 14 Jun 2011, 12:29 pm | |
| Susah nak memperjuangkan isu ini kerana ramai pemimpin islam dicemuh oleh org islam sendiri apabila memperjuangkan isu palestin.... mereka akan digelar negara pengganas..contoh iraq, afganistan, iran, syria, lebanon dan banyak lagi | |
| | | observateur MODERATOR
Posts : 2914 Reputation : 106 Join date : 19/04/2010 Age : 57
| Subject: Re: 10 pembohongan besar media berkenaan Israel Tue 14 Jun 2011, 1:51 pm | |
| Harus mamat Michel Collon ni tak lama hidup kalo isu ni semakin hangat... | |
| | | MMW Colonel
Posts : 2269 Reputation : 159 Join date : 07/03/2011 Age : 53 Location : Cheras
| Subject: Re: 10 pembohongan besar media berkenaan Israel Tue 14 Jun 2011, 2:12 pm | |
| - venez wrote:
- http://haluanpalestin.haluan.org.my
Seorang jurnalis dan pengarang yang berasal dari Belgium, Michel Collon, mengecam media Eropah kerana sikap mereka yang telah berabad-abad berbohong kepada masyarakat awam semata-mata untuk memberi sokongan kepada negara haram Israel. Melalui buku beliau yang bertajuk Israel, let’s talk about it, Collon telah menyenaraikan “10 pembohongan besar” yang telah disebarkan oleh media Barat bagi “menjustifikasi kewujudan dan tindakan-tindakan kejam rejim Zionis Israel”.
Berikut adalah pembohongan-pembohongan yang dimaksudkan:
1. ...
2. Justifikasi kedua bagi mereka mendirikan negara haram Israel adalah bahawa kaum Yahudi kembali ke bumi nenek moyang mereka, dari mana mereka telah dihalau pada tahun 70 A.D. Ini hanyalah satu cerita dongeng! Collon telah berbincang dengan beberapa orang tokoh sejarah Israel, termasuklah Shlomo Sand, dan mereka semua percaya bahawa tidak pernah berlaku pemindahan beramai-ramai kaum Yahudi. Jadi “kembali ke bumi asal” adalah suatu yang tidak benar. Mereka yang menetap di Palestin pada zaman lampau tidak pernah meninggalkan bumi itu.
Malahan keturunan Yahudi yang berasal dari Palestin adalah mereka yang sekarang ini tinggal di Palestin. Mereka yang mendakwa untuk kembali ke bumi Palestin adalah sebenarnya berasal daripada Barat, Eropah Timur dan Afrika Utara.
Shlomo Sand menegaskan bahawa tidak pernah wujud sebuah negara Yahudi. Malahan, puak-puak Yahudi tidak pernah mempunyai persamaan dalam sejarah, bahasa mahupun budaya. Satu-satunya perkara yang mempunyai persamaan antara mereka adalah agama, dan agama tidak membentuk sebuah negara. Kenyataan ini aku kurang setuju dengan Shlomo Sand.Persamaan yang paling ketara ialah bangsa! Kerana bangsalah negara Israel itu wujud sampai dia kutip yahudi dari seluruh dunia sampai ke Ethiopia untuk menduduki tanah haram israel. Berkenaan agama, ya agama boleh membentuk sebuah negara. Kalau tidak masakan empayar Islam boleh terbentuk tanpa mengira bangsa? | |
| | | marc_zman MODERATOR
Posts : 16328 Reputation : 611 Join date : 08/06/2010 Location : di atas tanah bekas hutan, paya dan ladang kelapa sawit.. tak tau laaa ntah sapa2 pernah kena tanam kat sini dulu.. kalu ada laa
| Subject: Re: 10 pembohongan besar media berkenaan Israel Tue 14 Jun 2011, 2:15 pm | |
| - observateur wrote:
- Harus mamat Michel Collon ni tak lama hidup kalo isu ni semakin hangat...
tuan.. dia bleh hidup lama.. tapikredibiliti dia dimata masyarakat barat mmg habis kena lenyek lah | |
| | | observateur MODERATOR
Posts : 2914 Reputation : 106 Join date : 19/04/2010 Age : 57
| Subject: Re: 10 pembohongan besar media berkenaan Israel Tue 14 Jun 2011, 2:23 pm | |
| - marc_zman wrote:
- observateur wrote:
- Harus mamat Michel Collon ni tak lama hidup kalo isu ni semakin hangat...
tuan.. dia bleh hidup lama.. tapi kredibiliti dia dimata masyarakat barat mmg habis kena lenyek lah yaaa.. betul. Itu 1st step. Kalo tak makan saman jugak, probably adala some kind of "accident".... erk, wa baca/tonton byk sangat cite2 cloak n dagger ke? | |
| | | MMW Colonel
Posts : 2269 Reputation : 159 Join date : 07/03/2011 Age : 53 Location : Cheras
| | | | Laxamana Kehormat MyMil
Posts : 337 Reputation : 44 Join date : 31/10/2010 Age : 58 Location : Putrajaya, Malaysia
| Subject: Re: 10 pembohongan besar media berkenaan Israel Tue 14 Jun 2011, 4:53 pm | |
| Ada perarakan tunjuk perasaan di Eropah tempohari menunjukkan sepanduk berbunyi "Torah forbids Jews from Forming a Country'.. makna nya, Jews memang tak sepatut nya membentuk negara, jika mereka berpegang kepada kitab mereka. Masalah n ya, Yahudi pun mungkin tak baca dah Taurat.. puak-puak Zionis ni bukan perpaksikan perjuangan agama.. mereka nasionalis cum racist... with evil heart. | |
| | | marc_zman MODERATOR
Posts : 16328 Reputation : 611 Join date : 08/06/2010 Location : di atas tanah bekas hutan, paya dan ladang kelapa sawit.. tak tau laaa ntah sapa2 pernah kena tanam kat sini dulu.. kalu ada laa
| Subject: Re: 10 pembohongan besar media berkenaan Israel Tue 14 Jun 2011, 5:34 pm | |
| - Laxamana wrote:
- Ada perarakan tunjuk perasaan di Eropah tempohari menunjukkan sepanduk berbunyi "Torah forbids Jews from Forming a Country'.. makna nya, Jews memang tak sepatut nya membentuk negara, jika mereka berpegang kepada kitab mereka. Masalah n ya, Yahudi pun mungkin tak baca dah Taurat.. puak-puak Zionis ni bukan perpaksikan perjuangan agama.. mereka nasionalis cum racist... with evil heart.
old school punye jew pun masih ada yg pegang pada ayat tu bangpernah nampak dlm satu pic demo kat US kalu Kawan tak silaptapi yer laaa kan.. diorang ni mmg minoriti dlm bangsa sendiritakde nyer org nak dengor | |
| | | MMW Colonel
Posts : 2269 Reputation : 159 Join date : 07/03/2011 Age : 53 Location : Cheras
| | | | escortburuk Warrant Officer
Posts : 544 Reputation : 55 Join date : 29/04/2010
| Subject: Re: 10 pembohongan besar media berkenaan Israel Wed 06 Jul 2011, 10:55 pm | |
| http://www.nkusa.org/index.cfm
Check out website nih... Web ni orthodox jew punya... anti-israel | |
| | | Sponsored content
| Subject: Re: 10 pembohongan besar media berkenaan Israel | |
| |
| | | | 10 pembohongan besar media berkenaan Israel | |
|
Similar topics | |
|
| Permissions in this forum: | You cannot reply to topics in this forum
| |
| |
| |
|