Log in
Latest topics
» Sembang Medan Selera Pak Jebat V44by HangPC2 Sat 27 Aug 2022, 5:36 pm
» Halo semua
by matamata Mon 25 Oct 2021, 9:56 pm
» Cerita Rakyat
by mumuchi Sun 05 Sep 2021, 10:35 am
» Konfrontasi Malaysia-Indonesia 1962-66
by mumuchi Sun 05 Sep 2021, 10:28 am
» PAINTBALL - Come get some...
by pisang Tue 13 Dec 2016, 1:53 pm
» Baru balik
by pisang Mon 12 Dec 2016, 5:47 pm
» Jaket camo
by atreyudevil Fri 15 Jul 2016, 4:17 pm
» Nusantara Total War: Portuguese Invasion
by Adib Mon 22 Feb 2016, 7:57 pm
» Rekrut baru disini
by kapokbesi Thu 11 Feb 2016, 4:32 pm
» Keretapi Tanah Melayu Berhad
by zacky.uesoff Thu 04 Feb 2016, 11:00 pm
» ALL ABOUT HAM RADIO (AMATEUR RADIO STATION)
by kapokbesi Mon 16 Nov 2015, 12:42 pm
» BACKPACKING
by venez Tue 31 Mar 2015, 5:11 pm
» Rekrut 2015
by atreyudevil Sun 29 Mar 2015, 8:34 pm
» Sejarah Pangkalan-Pangkalan Udara TUDM
by venez Tue 24 Mar 2015, 11:02 am
» MyMil useful website lists
by atreyudevil Sat 24 Jan 2015, 11:17 pm
» WIP - Work In Progress
by yaminz Fri 26 Dec 2014, 12:06 pm
» Model Collections
by yaminz Fri 26 Dec 2014, 11:58 am
» Rekrut October & November 2014
by atreyudevil Sat 20 Dec 2014, 7:07 am
» Bola Cafe: MALAYSIA!
by HangPC2 Sun 14 Dec 2014, 12:35 pm
» Tayar Pirelli boleh tahan!
by venez Wed 10 Dec 2014, 4:27 pm
Statistics
We have 511 registered usersThe newest registered user is Belarus
Our users have posted a total of 172030 messages in 1322 subjects
Like/Tweet/+1
Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56
3 posters
Page 1 of 1
Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56
Rentaka di Hari Media Bersama MINDEF dan TUDM – Part 1: Perasmian dan Demonstrasi Force Down
Hari Media Bersama MINDEF dan TUDM
CN-235-220M yang membawa tetamu VIP
Panglima Tentera Udara JENERAL TAN SRI DATO’ SRI RODZALI BIN DAUD TUDM
Khemah Media dan VIP
Pesawat C-130 dan pesawat pejuang MIG-29N beraksi semasa demonstrasi force down
C-130 yang membawa para peserta media dari Kuala Lumpur yang diiringi masuk
Pasukan PASKAU menyerbu kedalam pesawat C-130
Salah seorang anggota PASKAU didalam keadaan bersedia
Para peserta media diminta untuk keluar didalam keadaan teratur dan tenang.
Salah seorang suspek pengganas ditarik oleh pasukan PASKAU.
Suspek pengganas ditahan, dan dibawa pergi untuk tindakan selanjutnya.
Pasukan PASKAU berundur setelah selesai operasi
Tabik Hormat Kawalan Sukuk
PTU menerima tabik hormat
Majlis bersarapan, alu-aluan dan perasmian Hari Media bersama MINDEF dan TUDMBersambung dibahagian ke 2...
Oleh Rentaka Editorial Team
Pada 26 Mei 2014, Rentaka Editorial Team telah dijemput untuk menghadiri Hari Media Bersama MINDEF & TUDM di Pengkalan Udara Kuantan. Kumpulan Editorial dari Kuantan telah diberi peluang untuk hadir untuk membuat liputan hari tersebut. Kami tiba di Pengkalan Udara Kuantan pada 0740 pagi, Dari situ kami dibawa ke Markas Pergerakan Udara dan diberi sedikit taklimat oleh anggota Provos yang bertugas sambil menunggu rakan media dari Kuantan yang lain. Kami diberikan baju, topi, tuala kecil dan beg untuk digunakan sepanjang acara hari media.

Lebih kurang pukul 8.15 pagi, pesawat CN-235 yang membawa Panglima Tentera Udara (PTU) serta tetamu-tetamu kehormat yang lain tiba. Kami diberitahu supaya bersedia untuk mengambil tempat kerana rakan-rakan media yang lain akan tiba sebentar lagi dengan pesawat lain dan demonstrasi force down akan dilakukan terhadap pesawat yang meraka naiki.
CN-235-220M yang membawa tetamu VIP
Panglima Tentera Udara JENERAL TAN SRI DATO’ SRI RODZALI BIN DAUD TUDM
Khemah Media dan VIP
Dari jauh kami dapat melihat sebuah C-130 Hercules yang diiringi rapat oleh 2 buat pesawat MIG-29N sedang menuju ke landasan. Pesawat C-130 itu kemudian diiringi ke arah khemah media dan VIP sambil diiringi oleh pasukan PASKAU yang kemudian membuat satu kawasan perimeter keliling pesawat sebaik sahaja pesawat berhenti. Apabila pesawat berada dihadapan khemah VIP, pintu ramp dibelakang diturunkan dan sepasukan lagi pasukan PASKAU menyerbu kedalam pesawat C-130 tersebut. Kesemua rakan media diminta turun dengan tangan diatas kepala dan didalam keadaan teratur.
Pesawat C-130 dan pesawat pejuang MIG-29N beraksi semasa demonstrasi force down
C-130 yang membawa para peserta media dari Kuala Lumpur yang diiringi masuk
Pasukan PASKAU menyerbu kedalam pesawat C-130
Salah seorang anggota PASKAU didalam keadaan bersedia
Para peserta media diminta untuk keluar didalam keadaan teratur dan tenang.
Suasana menjadi tegang apabila beberapa suspek pengganas telah ditahan oleh pasukan PASKAU dan berlaku sedikit pergelutan diantara pasukan PASKAU dan suspek-suspek pengganas yang cuba melawan. Keadaan kemudiannya terkawal apabila suspek ditahan dan dibawa pergi sekaligus pasukan PASKAU turut berundur. Kumpulan media diterangkan bahawa ini adalah SOP apabila terdapat pencerobohan oleh pesawat asing dimana pesawat itu akan di paksa untuk mendarat dan kesemua anak-anak kapal akan ditahan dan dibawa untuk tindakan selanjutnya.
Salah seorang suspek pengganas ditarik oleh pasukan PASKAU.
Suspek pengganas ditahan, dan dibawa pergi untuk tindakan selanjutnya.
Pasukan PASKAU berundur setelah selesai operasi
PTU kemudian dijemput untuk menerima tabik hormat kawalan suku. Selepas itu PTU menjemput rakan-rakan media untuk majlis sarapan serta kata-kata aluan oleh PTU dan perasmian Hari Media MINDEF dan TUDM.
Tabik Hormat Kawalan Sukuk
PTU menerima tabik hormat
Majlis bersarapan, alu-aluan dan perasmian Hari Media bersama MINDEF dan TUDM
Re: Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56
Rentaka di Hari Media Bersama MINDEF dan TUDM – Part 2: Demonstrasi pasukan Paskau G-FAC
Para penerjun dari pasukan PASKAU G-FAC
Perhatikan GLTD pada kaki penerjun
GLTD dilepaskan sebelum penerjun mendarat diatas tanah
Sasaran ditandakan oleh pasukan G-FAC PASKAU
Pesawat Hawk 208 melakukan bombing run
Berkumpul dan bersedia untuk dikeluarkan
Bom asap sebangai tanda kedudukan mereka
Kabel diturunkan untuk proses SPIE RIG Bersambung ke bahagian ke 3...
Oleh Rentaka Editorial Team
Selesai acara perasmian dan bersarapan, pasukan media dibawa semula ke kawasan khemah media dan VIP untuk demonstrasi yang seterusnya. Demo yang kedua ini ialah demonstrasi penyusupan pasukan PASKAU G-FAC atau Ground Forward Air Control melalui udara. Pasukan yang terdiri daripada 8 anggota ini akan memasuki kawasan konflik untuk memusnahkan sasaran penting melalui pengeboman dari udara atau “Air Strike” menggunakan bom panduan laser atau LGB.

Salah satu daripada ahli pasukan tersebut membawa satu unit Ground Laser Target Designator (GLTD). Ahli pasukan yang ditugaskan untuk membawa GLTD akan mengikat alat tersebut di kaki beliau semasa membuat penerjunan dan sebelum mendarat, alat tersebut perlu dilepaskan terlebih dahulu sebelum beliau melakukan pendaratan. Pasukan G-FAC ini kemudiannya akan berkumpul semula dan bergerak ke arah kawasan objektif. Sebaik sahaja sasaran dikesan di kawasan objektif, GLTD tadi akan dipasang serta dihidupkan. Sasaran kemudiannya akan ditanda dengan menggunakan GLTD sebelum pesawat pejuang melepaskan bom panduan laser. Sebaik sahaja kepala penderia bom mengesan pancaran laser, ia akan mengikuti pancaran laser tadi hingga ke sasaran.
Perhatikan GLTD pada kaki penerjun
GLTD dilepaskan sebelum penerjun mendarat diatas tanah
Sasaran ditandakan oleh pasukan G-FAC PASKAU
Setelah beberapa ketika, pesawat pengeboman dari jenis Hawk 208 membuat lintas lalu dan diikuti oleh beberapa siri letupan piroteknik.
Pesawat Hawk 208 melakukan bombing run
Apabila sasaran dimusnahkan, pasukan G-FAC akan berkumpul akan berkumpul semula untuk tujuan dikeluarkan secara SPIE-RIG dengan bantuan EC725 TUDM dari kawasan konflik. Salah satu dari anggota G-FAC akan melontarkan bom asap kuning sebagai tanda untuk membolehkan pesawat EC725 mengenalpasti kedudukan dan menuju ke arah mereka. Tali dikeluarkan dari helikopter dan pasukan G-FAC tadi akan mengambil kedudukan masing-masing untuk dibawa keluar dari situ.
Berkumpul dan bersedia untuk dikeluarkan
Bom asap sebangai tanda kedudukan mereka
Kabel diturunkan untuk proses SPIE RIG
Re: Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56
Rentaka di Hari Media Bersama MINDEF dan TUDM – Part 3: Pameran Statik
EC725 Super Cougar
EC725 Super Cougar
Pesawat penunda sasaran Learjet 35A yang dipasang dengan pod penyerakan elektronik dan Targetting PodBersambung part 4...
Oleh: Rentaka Editorial Team
Sebaik sahaja demonstrasi oleh pasukan G-FAC usai, kumpulan media dibawa melihat pameran static oleh TUDM. Kumpulan media disini dapat melihat serta beramah mersa dengan pasukan dan krew-krew yang yang terlibat. Antara pameran-pameran statik yang sempat dilawati ialah pameran pesawat EC725, MIG-29N, Hawk 208 dan booth PASKAU. Tak begitu banyak masa yang dapat diluangkan disemua tempat kerana kesuntukan masa. Namun dalam masa yang singkat itu banyak soalan dapat ditanya kepada krew-krew yang mengendalikan pesawat di hadapan dan di belakang tabir serta anggota lain yang terlibat.

Namun pameran yang paling mencuri tumpuan adalah pesawat penunda sasaran LearJet 35A. Pesawat ini berfungsi untuk menunda sasaran udara bagi membolehkan latihan tembakan meriam dilakukan secara realistik. Untuk menjadikan latihan lebih realistik, pesawat ini turut boleh membawa pod penyerakan elektronik (ECM) untuk menyerak radar pemantauan dan radar kawalan tembakan serta Targeting Pod. Kumpulan media kemudiannya dibahagikan kepada dua kumpulan berdasarkan pas media yang telah diberikan sebelum iaitu samada kumpulan A dan B. Kumpulan-kumpulan ini kemudiannya dibawa menaiki bas yang telah disediakan mengikut kumpulan tadi dan Rentaka berada di dalam kumpulan A
Pesawat penunda sasaran Learjet 35A yang dipasang dengan pod penyerakan elektronik dan Targetting Pod
Re: Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56
Rentaka di Hari Media Bersama MINDEF dan TUDM – Part 4: Alert Hangar dan Operasi Pemintasan “Curiga”.
Mej. Jen. Dato Sri Hj Affendi Buang TUDM dan Lt. Kol Sebastian William TUDM (di belakang)
Carta kesiagaan atau Readiness Chart dimana kesiagaan tahap "RedCon 4" ialah tahap normal.
gambar sekitar Alert Hangar
Pesawat MiG-29N sedang berada dalam status "Alert 3".
56 on the top of the tail fin
There goes 1 Taufan Ganas
Now there is 2 Taufan Ganas
Kilau - kilau Taufan Ganas. Afterburner On
Oleh Rentaka Editorial Team
Bas telah membawa kumpulan media ke Alert Hangar di mana pesawat-pesawat pemintas QRA (Quick Reaction Alert) ditempatkan di dalam keadaan siap siaga untuk pemintasan pesawat asing. Sebelum menaiki bas, setiap ahli media diberi penyumbat telinga atau “Ear-Plug”. Sebaik memasuki bilik operasi, kumpulan media telah diberi taklimat oleh Mejar Jeneral Dato Sri Hj Affendi Buang dan Lt. Kol Sebastian mengenai fungsi dan peranan Alert Hangar. Media kemudiannya telah ditunjukkan simulasi pemintasan pesawat asing oleh pesawat MIG29N, dari pada saat isyarat memintas dikeluarkan oleh NADOC (National Defence Operation Center) untuk operasi pemintasan (OPS CURIGA).

Media turut ditunjukan pesawat yang berada dalam keadaan status "Alert 3" dimana juruterbang akan sentiasa bersedia didalam kokpit dengan enjin dihidupkan dan "Alert 5" serta dimana pesawat akan diberlepas dari landasan dalam masa 5 minit selepas arahan memintas diberikan. Simulasi dimulakan dengan panggilan telefon dari NADOC yang memberi arahan memintas. Arahan kemudiannya disahkan dan siren dibunyikan sebagai isyarat pemintasan telah diberikan. Simboliknya sempena hari Media hari ini siren telah ditekan oleh Panglima 1 Div Udara, YBhg Mej. Jen. Dato Azizool Arif.
Pesawat MiG-29N sedang berada dalam status "Alert 3".
56 on the top of the tail fin
There goes 1 Taufan Ganas
Now there is 2 Taufan Ganas
Kilau - kilau Taufan Ganas. Afterburner On
Bersambung ke bahagian ke 5...
Re: Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56
Rentaka di Hari Media Bersama MINDEF dan TUDM – Part 5: 320 Squadron dan Sekolah Kawalan Trafik Udara dan Komunikasi
Taklimat dari Lt. Kol Ruzman TUDM mengenai sejarah, visi dan misi SOC02
The Command and Control Centre secara langsung dari CCTV
Prosedur asas di dalam operasi pemintasan
Simulasi 4 Hawk vs 2 Su-30MKM
Bersambung ke bahagian ke 6...
Oleh Rentaka Editorial Team
Kumpulan media kemudiannya dikumpulkan semula didalam kumpulan-kumpulan yang telah ditetapkan terlebih dahulu. Kumpulan-kumpulan ini akan mengikuti lawatan yang telah ditetapkan tadi dan tetapi mengikuti turutan berbeza untuk mengelakan kesesakan. Tempat persinggahan pertama kumpulan A ialah melawat 320 Squadron Operation Center atau SOC02 iaitu sebuah squadron radar. Kami diberi sedikit penerangan oleh Ketua Pengarah Operasi dan Eksesais, YBhg Mej. Jen. Dato Sri Hj Affendi Buang TUDM, yang turut mengetuai kumpulan kami sebelum taklimat penuh oleh Pegawai Memerintah Skuadron 320, Lt Kolonel Ruzman TUDM, mengenai bidang kuasa, misi, visi dan fungsi squadron tersebut serta sejarah squadron dan radar-radar dibawah tanggung jawab TUDM. Kami berpeluang untuk menyaksikan pergerakan pesawat di ruang udara Malaysia secara langsung dan keadaan didalam bilik kawalan melalui tv yang disediakan serta proses-proses yang akan dilakukan sekiranya keadaan yang tidak diingini berlaku seperti pencerobohan masuk oleh pesawat luar, atau pesawat yang lari dari rancangan penerbangan (flight plan) mereka serta prosedur yang akan dilakukan.

Kami juga diberi penerangan mengenai sistem C2 Sentry Command and Control Air Defense Battlespace Management System oleh Kapten Hasmiza TUDM dimana turut dipertontonkan situasi pertarungan udara 4 melawan 2 iaitu 4 pesawat Hawk callsign Red dan 2 pesawat Sukhoi 30MKM callsign Blue. Sistem ini akan memaparkan objektif misi, formasi, taktik dan callsign pesawat yang terlibat. Di dalam situasi ini 4 pesawat Hawk di dalam misi untuk menyerang 2 pesawat Sukhoi yang berperanan sebagai penceroboh. Boleh dilihat di dalam gambar, bahawa jelas menunjukan bagaimana sistem ini berfungsi dan peranan untuk mencipta “situation awareness” di kalangan juruterbang-juruterbang TUDM agar mereka mempunyai kelebihan didalam setiap situasi dan memantau pergerakan serta merancang strategi yang akan memberi kelebihan kepada mereka.
Simulasi 4 Hawk vs 2 Su-30MKM
Sekolah kawalan trafik udara dan komunikasi
Kami kemudian dibawa kepada Sekolah Kawalan Trafik Udara dan Komunikasi atau Air Traffic Control and Communication School. Disinilah bakal anggota kawalan udara akan dilatih sebelum diberi kepercayaan untuk memikul tugas yang sebenar. Didalam bangunan ini terdapat simulator yang memberikan pandangan 360 darjah seakan-akan pelajar itu berada diatas menara kawalan yang sebenar.
Pelajar akan dilatih untuk menghadapi semua keadaan sebenar di mana mereka akan dilatih untuk menghadapi sebarang masalah yang timbul dan cara terbaik untuk menangani masalah tersebut. Mesin simulator ini dapat memberikan sebarang scenario melalui yang telah ditetapkan sama ada keadaan hujan atau cerah, malah bersalji serta siang atau malam dengan apa-apa jenis pesawat yang telah diprogram terlebih dahulu.Bersambung ke bahagian ke 6...
Re: Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56
Rentaka di Hari Media Bersama MINDEF dan TUDM – Part 6: Bangunan (Air Combat Manoeuvring AND InstrumentS) ACMI dan Simulator MIG-29N
The ACMI Building
Simulasi pertarungan udara antara 2 MiG-29N dan 2 Hawk 208
Senario di mana 2 pesawat MiG (Merah) dan 2 Pesawat Hawk (Kuning) didalam latihan pertempuran udara jarak dekat atau Dogfight".
ACMI pod dapat mensimulasikan pandangan dari kokpit juruterbang
Kerangka utama komputer yang mengawal segala program untuk simulator MiG-29N Bersambung dibahagian seterusnya..
The ACMI Building
Oleh Rentaka Editorial Team
Bangunan ACMI ialah destinasi seterusnya dan disini kami diberi penerangan sekali lagi oleh Lt. Kol. Sebastian William TUDM mengenai ACMI. Sistem ACMI amat membantu dalam menajamkan lagi kemahiran juruterbang pejuang dalam pertempuran udara. Ini adalah kerana setiap keputusan dan pergerakan yang dilakukan oleh juruterbang dan pesawatnya akan direkodkan dan ini membolehkan para pelatih dan juruterbang untuk mengenal pasti kesalahan- kesalahan taktikal yang telah dilakukan sewaktu penerbangan semasa taklimat di dalam kelas. Sistem ACMI membolehkan juruterbang untuk melihat secara menyeluruh pertempuran udara yang telah disertai dan mempelajari apakah impak terhadap langkah taktikal yang telah mereka ambil serta cara- cara untuk berjuang dengan lebih efektif.

Pod ACMI bukanlah hanya sekadar merekod pergerakan pesawat tetapi juga dapat mensimulasikan pelancaran peluru berpandu serta tembakan meriam pesawat dan mengira peratus kebarangkalian untuk pesawat musuh ditembak jatuh. Jika peratus tembakan adalah melebihi 70%, maka tembakan tadi akan dikira sebagai berjaya mengenai sasarannya.. Tim Rentaka turut dipertontonkan satu pertempuran antara 2 pesawat MiG-29N (Taufan Ganas) dan 2 pesawat Hawk (Madah) dimana sudut pandangan pertempuran antara 2 kumpulan tersebut adalah seolah-olah dari pandangan juruterbang. Sehingga kini hanya Su 30 MKM yang masih belum dapat menggunakan pod ACMI tetapi dalam proses untuk pemasangan.
Simulasi pertarungan udara antara 2 MiG-29N dan 2 Hawk 208
Senario di mana 2 pesawat MiG (Merah) dan 2 Pesawat Hawk (Kuning) didalam latihan pertempuran udara jarak dekat atau Dogfight".
ACMI pod dapat mensimulasikan pandangan dari kokpit juruterbang
Bangunan simulator mig-29n 17 squadron
Selesai di bangunan ACMI, kami dibawa pula ke bangunan yang menempatkan 2 simulator MiG-29 yang terletak berhadapan dengan bangunan ACMI. Di sini kami dapat melihat bagaimana bakal-bakal juruterbanng pesawat pejuang MiG-29 dilatih untuk mengendalikan pesawat dengan menggunakan simulator. Simulasi ini dibina serupa dengan kokpit pesawat sebenar kerana ini untuk membolehkan pelatih untuk membiasakan diri dengan keadaan sebenar dan tahu setiap kedudukan peralatan, dial dan suis yang penting. Simulator ini juga memberi peluang untuk bakal juruterbang untuk berlatih mengendalikan pesawat dalam situasi tertentu atau melakukan misi tertentu sebelum melakukannya secara amali.
Kerangka utama komputer yang mengawal segala program untuk simulator MiG-29N
Simulator ini juga dapat memberi pelbagai senario dan pelbagai keadaan cuaca kepada juruterbang seperti terbang di dalam keadaan hujan atau di waktu malam. Disamping itu simulator ini juga dapat mensimulasi keadaan mencemaskan, seperti keadaan kerosakan enjin atau peralatan instrument penting. Ini adalah untuk melatih juruterbang untuk bersedia dan mempraktikan prosedur yang telah diajar untuk menangani situasi tersebut jika berlaku kepada pesawat mereka. Para wakil media juga turut diberikan peluang untuk mencuba simulator tersebut.
Re: Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56
RENTAKA DI HARI MEDIA BERSAMA MINDEF DAN TUDM – Final PART.
Taklimat keselamatan dan asas pengendalian pistol Browning oleh Mejar Naim TUDM.
Para wakil media melakukan tembakan dibawah seliaan tenaga pengajar daripada PROVOS
Oleh Rentaka Editorial Team
Selesai lawatan di bangunan simulator MiG, kami dibawa semula ke bangunan markas pergerakan udara. Di sana kami dibawa kepada satu sidang media bersama PTU. Di antara intisari sidang media bersama PTU ialah mengenai peranan kuasa udara nasional dan kepentingannya didalam peperangan dan pertahanan. Status pengoperasian MiG-29N selepas 2015, penggantian radar pertahanan udara Martello; penggantian pesawat Allouette yang sekarang ini merupakan pesawat tertua berkhidmat di dalam TUDM dan penerimaan helikopter ke 12 EC725 yang juga yang terakhir dalam masa beberapa hari lagi.

Sesudah sidang media, para wakil media dijamu dengan hidangan makan tengah hari bersama PTU sebelum dibawa ke terminal peluru pengkalan udara Kuantan. Sebelum kami menaiki bas ke terminal peluru, para media diminta untuk menyerahkan segala peralatan yang mempunyai bateri termasuklah kamera, telefon bimbit, penggera kereta dan juga jam pintar. Ini adalah langkah keselamatan kerana bateri dan papan litar elektronik dapat menganggu alatan sensor peluru berpandu yang akan ditunjukan kepada para media. Malah anggota-anggota TUDM juga menggunakan alat komunikasi dari jenis yang berbeza apabila berada di dalam kawasan terminal peluru. Di situ kami telah ditunjukan persenjataan untuk pesawat - pesawat pejuang dari peluru meriam 30mm sehinggalah peluru berpandu udara ke udara dan udara ke darat. Malah kami juga ditunjukan demonstrasi memasang bom Mk. 82 dengan kit panduan laser.
Selepas lawatan diterminal peluru, kami dibawa ke lapang sasar 10m yang biasa digunakan untuk menembak sasaran pistol. Semua wakil media diberikan penerangan ringkas mengenai prosedur dan langkah keselamatan serta cara untuk menembak oleh Mej. Naim TUDM dari pasukan Provos. Setiap wakil Media diberikan sepucuk pistol jenis Browning 9mm bersama 10 butir peluru dan mereka yang berjaya menembak sasaran dan memperolehi markah terbanyak, akan diisytiharkan pemenang.
Taklimat keselamatan dan asas pengendalian pistol Browning oleh Mejar Naim TUDM.
Para wakil media melakukan tembakan dibawah seliaan tenaga pengajar daripada PROVOS
Selesai acara menembak pistol, peserta media kembali dibawa ke Bangunan Markas Pergerakan Udara untuk sesi minum petang atau Hi-Tea. Selepas minum petang, upacara penyampaihan hadiah oleh YBhg Mej. Jen. Dato Azizool Arif TUDM kepada 5 orang wakil media yang berjaya mengumpul markah tertinggi dalam acara menembak pistol. YBhg Mej. Jen. Dato Azizool Arif TUDM turut merasmikan upacara penutupan majlis Hari Bersama Media MINDEF dan TUDM. Sebaik sahaja majlis penutup selesai, para wakil media dari Kuala Lumpur kemudian bersedia untuk menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur dengan menaiki pesawat C-130 yang telah pun bersedia untuk berlepas.
Disini Tim Editorial Rentaka mahu mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kementerian Pertahanan dan Tentera Udara Diraja Malaysia kerana menjemput serta memberi kesempatan kepada kami untuk turut sama menyertai Hari Media bersama MINDEF dan TUDM.
Nota Editor Bersekutu: Errr... bos, takkan la itu jer. Gambo aweks- awekssss tarak ka? Re: Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56
sempat lg tu kaki note... ekekeke
yaminz- MODERATOR
-
Posts : 13517
Reputation : 378
Join date : 23/04/2010
Age : 45
Re: Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56
atreyudevil wrote:haha, pasal bab awek mmg cepat dia
ekekeke...
yaminz- MODERATOR
-
Posts : 13517
Reputation : 378
Join date : 23/04/2010
Age : 45
Similar topics
» Konfrontasi Malaysia-Indonesia 1962-66
» Laporan MAGERAN: Tragedi 13 Mei 1969
» Anugerah Media Pertahanan (AMP)
» 10 pembohongan besar media berkenaan Israel
» SELAMAT HARI WANITA
» Laporan MAGERAN: Tragedi 13 Mei 1969
» Anugerah Media Pertahanan (AMP)
» 10 pembohongan besar media berkenaan Israel
» SELAMAT HARI WANITA
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum