Malaysia's Military, Police and Security Agencies
Welcome to the battlefield, soldier!

MyMil adalah bod perbincangan berkenaan ketenteraan, agensi2 penguatkuasaan yang ada di Malaysia dan juga di serata dunia. Daftar sekarang untuk menikmati paparan perbincangan berinformasi sambil bersantai. Ahli2 yg baru akan digugurkan daripada senarai sekiranya tidak aktif dalam masa yg terdekat. Berforumlah dengan berhemah.

Terima kasih.

Admin dan moderator MyMil

Important Notice: The views and opinions expressed on the forum or the related pages are of the owner alone, and are not endorsed by Mymil, nor is Mymil responsible for them. Due to the nature of the Internet forum is in real time, Mymil does not, and can not censor any submission, but asks that each user use discretion and respect for other users, and does not contribute any word that is unlawful, harmful, threatening, abusive, harassing, tortious, defamatory, vulgar, obscene, libelous, invasive of another's privacy, hateful, or racially, ethnically or otherwise objectionable. Mymil reserve the right to withhold and/or remove any link that might possibly hold an individual, entity or group ridicule, potential embarrassment or potential defamation. Mymil also reserves the right to accept, edit and/or remove any link that is deemed inappropriate in any way.

Join the forum, it's quick and easy

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Latest topics
» Sembang Medan Selera Pak Jebat V44
by HangPC2 Sat 27 Aug 2022, 5:36 pm

» Halo semua
by matamata Mon 25 Oct 2021, 9:56 pm

» Cerita Rakyat
by mumuchi Sun 05 Sep 2021, 10:35 am

» Konfrontasi Malaysia-Indonesia 1962-66
by mumuchi Sun 05 Sep 2021, 10:28 am

» PAINTBALL - Come get some...
by pisang Tue 13 Dec 2016, 1:53 pm

» Baru balik
by pisang Mon 12 Dec 2016, 5:47 pm

» Jaket camo
by atreyudevil Fri 15 Jul 2016, 4:17 pm

» Nusantara Total War: Portuguese Invasion
by Adib Mon 22 Feb 2016, 7:57 pm

» Rekrut baru disini
by kapokbesi Thu 11 Feb 2016, 4:32 pm

» Keretapi Tanah Melayu Berhad
by zacky.uesoff Thu 04 Feb 2016, 11:00 pm

» ALL ABOUT HAM RADIO (AMATEUR RADIO STATION)
by kapokbesi Mon 16 Nov 2015, 12:42 pm

» BACKPACKING
by venez Tue 31 Mar 2015, 5:11 pm

» Rekrut 2015
by atreyudevil Sun 29 Mar 2015, 8:34 pm

» Sejarah Pangkalan-Pangkalan Udara TUDM
by venez Tue 24 Mar 2015, 11:02 am

» MyMil useful website lists
by atreyudevil Sat 24 Jan 2015, 11:17 pm

» WIP - Work In Progress
by yaminz Fri 26 Dec 2014, 12:06 pm

» Model Collections
by yaminz Fri 26 Dec 2014, 11:58 am

» Rekrut October & November 2014
by atreyudevil Sat 20 Dec 2014, 7:07 am

» Bola Cafe: MALAYSIA!
by HangPC2 Sun 14 Dec 2014, 12:35 pm

» Tayar Pirelli boleh tahan!
by venez Wed 10 Dec 2014, 4:27 pm

Statistics
We have 511 registered users
The newest registered user is Belarus

Our users have posted a total of 172030 messages in 1322 subjects
MyMil at Facebook
Like/Tweet/+1

BUKIT AMAN : 200 tahun – dulu digeruni, kini dihormati

+2
samuraisan
venez
6 posters

Go down

BUKIT AMAN : 200 tahun – dulu digeruni, kini dihormati Empty BUKIT AMAN : 200 tahun – dulu digeruni, kini dihormati

Post by venez Thu 01 Jul 2010, 9:23 pm

[You must be registered and logged in to see this image.]

Pernahkah anda mengenali Bluff Road Hill? Di depannya terdapat Federal House manakala di belakangnya pula ada penginapan gah bernama The Carcosa. Bluff Road Hill yang menempatkan ibu pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah nama asal sebelum ditukar kepada Bukit Aman pada 25 Mac 1975.

Sesuai dengan tugas utamanya menjaga keamanan negara, Bukit Aman kini amat dikenali bukan sahaja kerana peranan dan tanggungjawab hebatnya tetapi juga kerana kemajuan dan pembangunan serta prestasi yang amat membanggakan.

Hari Ahad, pasukan polis negara yang bermula dengan segala keperitan di Pulau Pinang, berusia genap 200 tahun – 150 tahun lebih dewasa daripada negara Malaysia yang akan menyambut ulangtahun ke-50nya pada tanggal 31 Ogos tahun ini.

Walaupun sudah berusia 200 tahun, hanya pada 25 Mac 1975 PDRM mengadakan sambutan ulangtahun penubuhannya secara rasmi dan besar-besaran.

Perjalanan hidup PDRM bukan mainan, kerana pada tahun 1968 tatkala kebangkitan semula Parti Komunis Malaya (PKM) menyaksikan sejarah yang paling pahit apabila Ketua Polis Negara, Tan Sri Abd. Rahman Hashim yang menjadi tonggak PDRM dibunuh. Turut menjadi korban ialah Ketua Polis Perak, Tan Sri Khoo Chong Kong serta banyak lagi pegawai kanan dan anggota polis khususnya dari Cawangan Khas dan Pasukan Polis Hutan.

Setahun kemudiannya, iaitu selepas berlangsungnya pilihanraya umum, berlaku pula Peristiwa 13 Mei 1969 yang bermula di Kuala Lumpur dan kemudiannya merebak ke seluruh negara. Sekali lagi, pasukan polis kita bersama pihak tentera telah memainkan peranan yang amat penting bersama Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) sehingga aman kembali negara Malaysia .

Bermula di Fort Cornwalis di Pulau Pinang, dengan gelaran anggota dari India yang dinamakan sepoi, pasukan polis bertapak maju tahun demi tahun. Anak-anak tempatan mula diambil sebagai anggota, diperluas ke negeri-negeri lain bermula di Melaka dan Singapura sehinggalah ke seluruh negara.

Pada tahun 1946 Pasukan Polis Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Pasukan Polis Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu bergabung dengan Pasukan Polis Negeri Selat bagi penubuhan Polis Malayan Union. Tahun berikutnya ditubuhkan polis pasukan Polis Marin khusus untuk menjaga hal-ehwal perairan negara.

Pada 1 Februari 1948 pula Polis Persekutuan Tanah Melayu (PPTM) ditubuhkan dan ia berpusat di Kuala Lumpur. Sejak itu bermulalah era baru dalam pentadbiran pasukan polis negara.

Pada tahun 1953 Jungle Company, pasukan khas untuk memburu ahli-ahli PKM di hutan ditukar namanya kepada Pasukan Polis Hutan manakala kaum wanita yang sejak awal lagi turut terlibat dalam pelbagai kegitan keselamatan dapat menyertai pasukan polis apabila Pasukan Polis Wanita ditubuhkan pada bulan Ogos 1955. Empat bulan kemudian iaitu tanggal 5 Disember 1955 Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) telah ditubuhkan untuk menghadapi pelbagai ancaman ketika itu.

Kepantasan Orang Asli bergerak dan kebijaksanaan mengesan di hutan dilihat sebagai sesuatu yang positif dan mereka diambil berkhidmat menyertai Pasukan Polis Senoi Praaq pada bulan Mei 1956.

Pada tanggal 16 September 1963, bersempena penyertaan Sabah dan Sarawak bersama Semenanjung pasukan polis kedua-dua negeri itu menyertai pasukan polis persekutuan yang dinamakan Polis DiRaja Malaysia.

Atas keperluan semasa dan bertambah besar, sulit dan mencabarnya tugas PDRM, Unit Udara pasukan telah ditubuhkan pada tahun 1979. Sebelum daripada itu, pasukan-pasukan elitnya seperti Komando 69 dan Unit Tindakan Khas telah juga ditubuhkan dengan peranan masing-masing.

Untuk menangani jenayah siber dan kolar putih erta komersil, PDRM mempunyai pegawai-pegawai profesional dan terlatih. Lulusan sehingga peringkat Doktor Falsafah bukanlah asing lagi bagi pasukan PDRM.

Begitu juga dengan kenderaan, peralatan serta persenjataan pasukan yang sentiasa terkini sesuai dengan keperluan semasa.

Di sebalik kemanisan yang dilalui PDRM ada juga ‘seekor dua kucing hitam’ yang mencemarkan nama pasukan. Ada yang terlibat dalam rasuah, salah guna kuasa, merompak dan kegiatan-kegiatan lain.

Namun, semuanya dapat diatasi dan tindakan telahpun diambil sehingga pulih kembali nama baik PDRM di kaca mata kebanyakan orang.

Begitupun, ketangkasan dan ketegasan pihak PDRM terhadap semua pihak tanpa mengira kedudukan, ada kalanya dilihat oleh pihak terlibat sebagai keterlaluan. Tokoh-tokoh tertentu dalam parti pembangkang umpamanya menjadikan PDRM sebagai bahan lawak dengan menukarnya menjadi PRDM (Polis Raja Di Malaysia).

PDRM melalui pelbagai perit maung dalam perjalanan hidupnya yang mencecah usia 200 tahun hari ini. Sepanjang 12 tahun bergelut dengan Parti Komunis Malaya umpamanya, 1,246 pegawai dan anggota polis terkorban walaupun mereka berjaya menamatkan riwayat 6,711 petualang negara dan 1,289 yang lain dapat ditawan.

Kini, komunis sudah tiada, mat rempit pula memeningkan Unit Trafik PDRM.

Itulah cabaran demi cabaran yang terpaksa dilalui setiap orang dalam PDRM bermula dari Inspektor Jeneral hinggalah yang berpangkat konstabel. Jika dahulu polis digeruni, kini polis yang mesra rakyat dihormati. Tabik hormat untuk setiap anggota polis – 200 tahun adalah permulaan perkhidmatan yang akan berkekalan.
venez
venez
ADMIN
ADMIN

Mymil
Posts : 17389
Reputation : 581
Join date : 19/04/2010
Age : 46
Location : AFNG

http://venez2.blogspot.com

Back to top Go down

BUKIT AMAN : 200 tahun – dulu digeruni, kini dihormati Empty Re: BUKIT AMAN : 200 tahun – dulu digeruni, kini dihormati

Post by samuraisan Fri 02 Jul 2010, 12:24 am

Very Happy manusia ni bila berada dalam zon selesa mudah alpa..
Manusia zaman sekarang selalu fikir bila dah bayar perkhidmatan mesti nak
100% sempurna.. yang jadi mangsa selalunya POLIS yang 24/7 berdepan dengan masyarakat
Tabik buat PDRM
samuraisan
samuraisan
Major
Major

Mymil
Posts : 1124
Reputation : 273
Join date : 31/05/2010

Back to top Go down

BUKIT AMAN : 200 tahun – dulu digeruni, kini dihormati Empty Re: BUKIT AMAN : 200 tahun – dulu digeruni, kini dihormati

Post by marc_zman Fri 02 Jul 2010, 10:45 am

venez wrote: Kini, komunis sudah tiada, mat rempit pula memeningkan Unit Trafik PDRM.

hmmm... yg sudah tiada tu perjuangan bersenjata komunis... tapi ideologi komunis tak pernah padam..

tak akan aman suasana kerja di Bukit Aman semata-mata hendak memastikan negara kita aman...
marc_zman
marc_zman
MODERATOR
MODERATOR

R.I.P
Posts : 16328
Reputation : 611
Join date : 08/06/2010
Location : di atas tanah bekas hutan, paya dan ladang kelapa sawit.. tak tau laaa ntah sapa2 pernah kena tanam kat sini dulu.. kalu ada laa

Back to top Go down

BUKIT AMAN : 200 tahun – dulu digeruni, kini dihormati Empty Re: BUKIT AMAN : 200 tahun – dulu digeruni, kini dihormati

Post by blankrasta Fri 02 Jul 2010, 12:23 pm

Bler HQ baru Polis kat Jalan Pudu tu siap nanti Bukit Aman masih akan jadi National HQ ke?

blankrasta
Major
Major

Mymil
Posts : 1330
Reputation : 81
Join date : 19/04/2010
Age : 36

Back to top Go down

BUKIT AMAN : 200 tahun – dulu digeruni, kini dihormati Empty Re: BUKIT AMAN : 200 tahun – dulu digeruni, kini dihormati

Post by venez Sat 17 Jul 2010, 9:39 pm

blankrasta wrote:Bler HQ baru Polis kat Jalan Pudu tu siap nanti Bukit Aman masih akan jadi National HQ ke?

Bukit Aman rasanya akan tetap menjadi Ops HQ...
venez
venez
ADMIN
ADMIN

Mymil
Posts : 17389
Reputation : 581
Join date : 19/04/2010
Age : 46
Location : AFNG

http://venez2.blogspot.com

Back to top Go down

BUKIT AMAN : 200 tahun – dulu digeruni, kini dihormati Empty Re: BUKIT AMAN : 200 tahun – dulu digeruni, kini dihormati

Post by standupper Sat 17 Jul 2010, 9:48 pm

Kekal di HQ ler... Jalan Pudu utk IPKL.. Bangunan baru kat HQ Bkt Aman pun ada gak.
standupper
standupper
Kehormat MyMil

Mymil
Posts : 3271
Reputation : 630
Join date : 04/05/2010

Back to top Go down

BUKIT AMAN : 200 tahun – dulu digeruni, kini dihormati Empty Re: BUKIT AMAN : 200 tahun – dulu digeruni, kini dihormati

Post by tok_rimau87 Sat 17 Jul 2010, 9:51 pm

tabik tabik..kat bukit aman
tok_rimau87
tok_rimau87
Sergeant
Sergeant

Mymil
Posts : 171
Reputation : 10
Join date : 30/04/2010

Back to top Go down

BUKIT AMAN : 200 tahun – dulu digeruni, kini dihormati Empty Re: BUKIT AMAN : 200 tahun – dulu digeruni, kini dihormati

Post by samuraisan Sun 18 Jul 2010, 1:04 am

marc_zman wrote:
venez wrote: Kini, komunis sudah tiada, mat rempit pula memeningkan Unit Trafik PDRM.

hmmm... yg sudah tiada tu perjuangan bersenjata komunis... tapi ideologi komunis tak pernah padam..

tak akan aman suasana kerja di Bukit Aman semata-mata hendak memastikan negara kita aman...

Ideologi komunis dan fahaman kiri masih kuat lagi .... contoh Huruhara kat bangkok yang lepas
sebahagian besar orang2 pertengahan yang membuat huruhara tu bekas2 komunis Parti Komunis Thai affraid bekas2 Parti komunis Thai dan bekas2 PKM berkerakyatan Thai ni masih wujud lagi persahabatan mereka bounce
samuraisan
samuraisan
Major
Major

Mymil
Posts : 1124
Reputation : 273
Join date : 31/05/2010

Back to top Go down

BUKIT AMAN : 200 tahun – dulu digeruni, kini dihormati Empty Re: BUKIT AMAN : 200 tahun – dulu digeruni, kini dihormati

Post by Sponsored content

Sponsored content

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum