Established on April 2010. MyMil is a hangout place where military enthusiasts meet, fully armed with mouse, keyboard and few cups of coffee. |
Member2 baru diharapkan dapat perkenalkan diri masing2 di SINI terlebih dulu, terima kasih To all MYMIL forumer please be very careful with all information posted, we don't to any vital information of our security forces or rumors circulating around that would bring a bad implications. Kepada semua forumer MYMIL, diminta untuk berposting dengan lebih berhemah serta tidak mendedahkan atau menyebarkan informasi penting mengenai pasukan keselamatan atau sebarang khabar angin yang membawa implikasi yang teruk. Kempen Anti Khabar Angin MYMIL sedang berjalan, sebarang post yang jatuh ke dalam kategori Khabar Angin akan dipadam tanpa sebarang amaran. Harap Maklum Selamat menyambut HUT ke 80 Tentera Laut DiRaja Malaysia MYMIL Anti Rumours Campaign is now in motion, any postage that fall under that condition will be edited and deleted without any warning. Please be advised Off topics haven, borak sampai pengsan di Warung Kopi Pak Jabit!! Mana2 posting yg bersifat provokasi, spam dan trol akan dipadam tanpa ragu2 lagi. Sila berposting dgn berhemah. Kepada ahli2 yg tidak pernah aktif dan berposting dalam masa 20 hari dari tarikh pendaftaran keahlian anda akan DIGUGURKAN. Ini adalah untuk menggalakan forumer untuk lebih aktif berforum. To all new forumer without any post (post = 0), your membership will be DROPPED in 20 days after the registration date, this is to discourage silent lurkers in the forum.
To all Mozilla Firefox, Chrome or Opera browser user, please activate browser add-on "AdBlock" to enable ad free MYMIL experience! -TQ Kepada semua pengguna Mozilla Firefox, Chrome atau Opera. Sila aktifkan browser add-on yang bernama "AdBlock" untuk mengelakkan gangguan iklan didalam Mymil -TQ |
Latest topics | » Sembang Medan Selera Pak Jebat V44 by HangPC2 Sat 27 Aug 2022, 5:36 pm
» Halo semua by matamata Mon 25 Oct 2021, 9:56 pm
» Cerita Rakyat by mumuchi Sun 05 Sep 2021, 10:35 am
» Konfrontasi Malaysia-Indonesia 1962-66 by mumuchi Sun 05 Sep 2021, 10:28 am
» PAINTBALL - Come get some... by pisang Tue 13 Dec 2016, 1:53 pm
» Baru balik by pisang Mon 12 Dec 2016, 5:47 pm
» Jaket camo by atreyudevil Fri 15 Jul 2016, 4:17 pm
» Nusantara Total War: Portuguese Invasion by Adib Mon 22 Feb 2016, 7:57 pm
» Rekrut baru disini by kapokbesi Thu 11 Feb 2016, 4:32 pm
» Keretapi Tanah Melayu Berhad by zacky.uesoff Thu 04 Feb 2016, 11:00 pm
» ALL ABOUT HAM RADIO (AMATEUR RADIO STATION) by kapokbesi Mon 16 Nov 2015, 12:42 pm
» BACKPACKING by venez Tue 31 Mar 2015, 5:11 pm
» Rekrut 2015 by atreyudevil Sun 29 Mar 2015, 8:34 pm
» Sejarah Pangkalan-Pangkalan Udara TUDM by venez Tue 24 Mar 2015, 11:02 am
» MyMil useful website lists by atreyudevil Sat 24 Jan 2015, 11:17 pm
» WIP - Work In Progress by yaminz Fri 26 Dec 2014, 12:06 pm
» Model Collections by yaminz Fri 26 Dec 2014, 11:58 am
» Rekrut October & November 2014 by atreyudevil Sat 20 Dec 2014, 7:07 am
» Bola Cafe: MALAYSIA! by HangPC2 Sun 14 Dec 2014, 12:35 pm
» Tayar Pirelli boleh tahan! by venez Wed 10 Dec 2014, 4:27 pm
|
Statistics | We have 511 registered users The newest registered user is Belarus
Our users have posted a total of 172030 messages in 1322 subjects
|
MyMil at Facebook | |
|
| MPSA @ News | |
|
+495229 mmmbop yinchet storm2011 el-toro sCorpene Boku nash koirazie2 sauffie heavyduty bijan MMW alphawolf anya8797 kerambit75 sol azim09 dewafrost jofizo helangrimba Foxtrot paradox KIM.mafia periuk_api1209 mirage samuraisan oioi tin harleena superhornet escortburuk panah hikmat tj marc_zman standupper matamata eaizan mumuchi yaminz zulupapa tok_rimau87 observateur tenteng innocentti atreyudevil ashes powerw00t blankrasta venez 53 posters | |
Author | Message |
---|
venez ADMIN
Posts : 17389 Join date : 19/04/2010
| Subject: Re: MPSA @ News Thu 08 Jul 2010, 9:54 am | |
| nak register ker? kalau betul2 nak kita bleh try hantar permohonan... | |
| | | venez ADMIN
Posts : 17389 Reputation : 581 Join date : 19/04/2010 Age : 46 Location : AFNG
| Subject: Re: MPSA @ News Thu 08 Jul 2010, 10:06 am | |
| Helikopter milik polis terhempas Oleh M Hifzuddin Ikhsan
2010/07/08 Dua juruterbang hanya cedera ringan
KUCHING: Latihan teknik pendaratan menggunakan satu enjin hampir meragut nyawa dua juruterbang Unit Udara Polis Sarawak apabila helikopter jenis Eurocopter AS 355N dinaiki mereka hilang kawalan dan terhempas di landasan latihan Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Telaga Air, kira-kira 50 kilometer dari sini, pagi semalam.
Dalam kejadian jam 9.30 pagi, juruterbang, Asisten Superintendan Winton Ng, 37, dan pembantunya, Inspektor Awang Hasbullah Awang Ghazali, 30, bagaimanapun hanya mengalami kecederaan ringan walaupun helikopter yang dinaiki mereka berpusing beberapa kali sebelum terhempas. Difahamkan, ketika kejadian juruterbang terbabit menjalani latihan penerbangan rutin teknik pendaratan dengan menggunakan satu enjin sebelum helikopter itu dilaporkan hilang kawalan. Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohmad Salleh, berkata juruterbang dan pembantunya dibawa keluar dari kawasan kejadian bagi mendapatkan rawatan berikutan kebimbangan kecederaan dalaman.
Dua anggota Unit Udara Polis itu dihantar menjalani rawatan dan polis akan menjalankan siasatan ke atas kejadian selain DCA yang turut melakukan siasatan mereka.
Cuaca ketika kejadian dianggap baik walaupun sedikit mendung dengan jarak penglihatan jelas. Apapun kita bersyukur kerana kedua-dua juruterbang berpengalaman itu terselamat, katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Helikopter dua enjin buatan Perancis keluaran tahun 1992 itu mengalami kerosakan teruk termasuk patah bahagian ekor dan kipasnya walaupun dilaporkan jarak antara landasan tinggalan tentera Jepun itu dan pesawat sudah tidak terlalu tinggi. Berikutan kejadian itu, Unit Udara Polis Sarawak kini mempunyai satu unit helikopter dari jenis sama bagi tugas rondaan dan pemantauan di seluruh negeri ini.
Mohmad berkata, pihaknya menyerahkan kepada Bukit Aman bagi menentukan status helikopter terhempas itu sama ada masih boleh digunakan atau tidak.
Kejadian ini tidak akan menjejaskan operasi Unit Udara Polis Sarawak kerana kita masih mempunyai satu lagi helikopter dan beberapa pesawat lain yang boleh digunakan bagi tugas pemantauan, katanya.
- BERITA HARIAN | |
| | | standupper Kehormat MyMil
Posts : 3271 Reputation : 630 Join date : 04/05/2010
| Subject: Re: MPSA @ News Thu 08 Jul 2010, 10:37 am | |
| - venez wrote:
- tok_rimau87 wrote:
- 'Rejimen Penerbangan' baik letak under airforce terus..
tp bab rejimen media siber tu kira cybertrooper la nih? betui2, mcm cyber pioneer SG punya... Cybertrooper diorg dah lama serang porem cari.. lupa plak nick sapa dulu masa mula masuk kata org msia. Rajin bukak thread memancing cerita2 sensitif kat Cari. | |
| | | powerw00t Major General
Posts : 7424 Reputation : 360 Join date : 19/04/2010 Location : Kuala Sg Baru, Melaka
| Subject: Re: MPSA @ News Thu 08 Jul 2010, 3:04 pm | |
| - standupper wrote:
- venez wrote:
- tok_rimau87 wrote:
- 'Rejimen Penerbangan' baik letak under airforce terus..
tp bab rejimen media siber tu kira cybertrooper la nih? betui2, mcm cyber pioneer SG punya... Cybertrooper diorg dah lama serang porem cari.. lupa plak nick sapa dulu masa mula masuk kata org msia. Rajin bukak thread memancing cerita2 sensitif kat Cari.
budak sg yg aku ingat belacan, pada asal kita semua pun ingat budak sini... tapi bila dia punya BM semacam aja walopun melayu dia tu barulah identiti dia sebagai SGrean terserlah. | |
| | | blankrasta Major
Posts : 1330 Reputation : 81 Join date : 19/04/2010 Age : 36
| Subject: Re: MPSA @ News Thu 08 Jul 2010, 3:12 pm | |
| Belacan tu bukan mamak ke? | |
| | | powerw00t Major General
Posts : 7424 Reputation : 360 Join date : 19/04/2010 Location : Kuala Sg Baru, Melaka
| Subject: Re: MPSA @ News Thu 08 Jul 2010, 6:02 pm | |
| - blankrasta wrote:
- Belacan tu bukan mamak ke?
Tak tahu lah samada mamak atau melayu. | |
| | | tj Colonel
Posts : 2118 Reputation : 30 Join date : 20/06/2010
| Subject: Re: MPSA @ News Thu 08 Jul 2010, 6:54 pm | |
| kat mana2 pun aktiviti `penyuluhan` akan berlaku.. x kira dalam dunia sebenar or alam cyber.. cuma boleh berharap la xde sesiapa yang terberitahu perkara yang sensitif.. pendapat saya la.. | |
| | | standupper Kehormat MyMil
Posts : 3271 Reputation : 630 Join date : 04/05/2010
| Subject: Re: MPSA @ News Thu 08 Jul 2010, 10:06 pm | |
| - blankrasta wrote:
- Belacan tu bukan mamak ke?
"Mamak" tapi kat RSAF! Kalau tengok list suma thread yg dia create.. boleh nampak ler trend dan ada pattern mencurigakan. | |
| | | panah hikmat Warrant Officer
Posts : 484 Reputation : 77 Join date : 06/07/2010 Age : 55 Location : Kuala Lumpur
| Subject: Re: MPSA @ News Thu 08 Jul 2010, 10:38 pm | |
| hati-hatilah di jalan raya.. kalau ada isu2 yg agak sensitif, pm aje kat org yg berkenaan... sendiri tanya, sendiri tau... | |
| | | tj Colonel
Posts : 2118 Reputation : 30 Join date : 20/06/2010
| Subject: Re: MPSA @ News Thu 08 Jul 2010, 11:04 pm | |
| - panah hikmat wrote:
- hati-hatilah di jalan raya.. kalau ada isu2 yg agak sensitif, pm aje kat org yg berkenaan... sendiri tanya, sendiri tau...
wokay bos.tq | |
| | | venez ADMIN
Posts : 17389 Reputation : 581 Join date : 19/04/2010 Age : 46 Location : AFNG
| Subject: Re: MPSA @ News Wed 14 Jul 2010, 5:34 pm | |
| [You must be registered and logged in to see this image.]Azizan Ariffin (dua dari kiri) merasmikan Sistem Pengurusan Strategik Angkatan Tentera Malaysia di Kementerian Pertahanan, baru-baru ini. Turut bersama (kiri) Abdul Aziz Jaafar, Zulkifeli Mohd. Zin (dua dari kanan) dan Rodzali Daud.Transformasi ATMOleh MOHD. ISWAN SHAFIQ MAT ISA PELANCARAN Sistem Pengurusan Strategik (SPS) baru-baru ini membuktikan bahawa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sememangnya komited dalam menjana proses transformasi. Selain itu, ia juga boleh dianggap sebagai satu langkah bijak dalam usaha untuk memodenkan pasukan keselamatan tersebut. Sistem yang dibangun berteraskan kaedah pelan pengurusan dan perancangan strategik atau dikenali balanced scorecard itu terbukti begitu efektif dan efisien dan ia merupakan medium komunikasi strategik yang menyeluruh untuk digunapakai sebagai platform pengukuran terhadap semua perancangan strategik ATM. Perancangan strategik itu dilaksanakan dengan mengambil kira faktor kejayaan kritikal, cabaran dan konsolidasi rancangan pembangunan sedia ada. Dalam erti kata lain, kewujudan SPS bertujuan memacu ATM ke arah menjadi satu angkatan tentera yang kredibel, digeruni, dihormati dan disegani pada masa hadapan. Menurut Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin, SPS sebenarnya telah diterapkan secara aktif di peringkat markas ATM, markas-markas perkhidmatan, markas angkatan bersama serta Bahagian Staf Perisikan Pertahanan sejak beberapa tahun lalu. ''Pelaksanaan SPS ATM diharap dapat menyelaraskan semua usaha bahagian dan cawangan menerusi sistem dan instrumen pengurusan yang lain seperti pengurusan kualiti menyeluruh, ISO 9000, kumpulan inovatif dan kreatif dan sistem penarafan bintang. ''Sehubungan itu, saya menyeru semua pihak agar terus memperkasa langkah-langkah penambahbaikan keupayaan dan kesiagaan organisasi yang meliputi keberkesanan sistem perjawatan, pemerintahan dan pengurusan, pembangunan sumber manusia serta aliran proses kerja,'' katanya. Azizan berkata demikian ketika merasmikan Sistem Pengurusan Strategik Angkatan Tentera Malaysia di Kementerian Pertahanan, baru-baru ini. Turut hadir Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar, Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Zulkifeli Mohd Zin dan Panglima Tentera Udara, Jeneral Datuk Seri Rodzali Azizan juga memberitahu, dengan pelaksanaan balanced scorecard, ATM dapat menyelaras, menjajar, memantau dan mengukur segala aktiviti pengurusan strategik secara lebih teratur, berkesan dan telus. strategik ATM ''Saya optimistik SPS yang dilancarkan akan membolehkan kita mengukur prestasi dan pencapaian ATM sejajar dengan wawasan, misi dan matlamat khususnya dalam konteks kebersamaan. ''Selain itu, ia juga akan menjadi penentu pada pelaksanaan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi ATM serta menilai pencapaiannya melalui prestasi petunjuk utama ATM,'' katanya. Perancangan strategik ATM termasuk SPS dibangun dan diterjemahkan dalam bentuk peta strategi ATM yang memaparkan objektifnya. Pengukuran pencapaian objektif itu kemudiannya dilaksana berdasarkan Bidang Keberhasilan Utama (KRA) serta Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang telah ditetapkan. Seterusnya, KPI yang telah ditetapkan itu akan dicapai melalui pelaksanaan inisiatif strategik yang turut membabitkan penyaluran maklumat daripada perkhidmatan. Pada peringkat akhir, peta strategi ATM perlu diperturunkan sehingga ke peringkat perkhidmatan agar ia sejajar dan menyokong SPS ATM serta menjamin pencapaian setiap objektif strategik dan KPI. | |
| | | standupper Kehormat MyMil
Posts : 3271 Reputation : 630 Join date : 04/05/2010
| Subject: Re: MPSA @ News Wed 14 Jul 2010, 7:13 pm | |
| UPDATE: 14/07
PENGHANTARAN KONTINJEN ATM KE AFGHANISTAN
Bahagian Hal Ehwal Markas Angkatan Bersama (MK AB), Kementerian Pertahanan mengeluarkan kenyataan berikut:
Kerajaan Afghanistan melihat Malaysia sebagai negara anggota Pertubuhan Persidangan Islam atau Organization Islamic Cenference (OIC) yang aktif seperti mana penglibatan negara-negara lain di dalam misi bantuan kemanusiaan seperti di Somalia, Bosnia Herzegovina, Sudan, Sahara Barat, Lubnan dan lain-lain.
Mengambil kira prestasi dan rekod cemerlang Malaysia di peringkat antarabangsa, Afghanistan telah meminta bantuan Kerajaan Malaysia bagi melibatkan diri dalam pembangunan semula negara Afghanistan disamping bersama-sama membangunkan Afghanistan yang musnah dan mundur akibat peperangan yang panjang.
Bagi tujuan itu, Kerajaan Malaysia telah bersetuju menghantar satu Kontinjen yang telah diterima sebagai bukan negara ahli NATO bagi menyumbang kepada pembinaan dan pembangunan semula Afghanistan.
Penugasan Kontinjen ini adalah khusus kepada bantuan kemanusiaan dan tidak terlibat dengan sebarang penugasan kombat atau konflik. Penugasan adalah lebih kepada bidang perubatan yang kritikal meliputi khidmat kesihatan, pergigian dan kemasyarakatan
Dalam memenuhi keperluan Kerajaan, ATM akan menghantar satu kontinjen yang berkekuatan 40 anggota iaitu 10 pegawai dan 30 anggota lain-lain pangkat yang terdiri dari Tim Perubatan, Tim Pergigian serta Elemen Keselamatan Am dan Tadbir/Logistik di bawah misi Op INSAF atau Operasi Interim National Support and Assistance to Afghanistan.
Sesuai dengan keputusan UN Security Council tahun 2001 untuk Afghanistan, Kontinjen Malaysia ini akan diaturgerakkan sebagai Malaysian Contingent International Security Assistance Force atau MALCON ISAF sepertimana penglibatan Malaysia di negara-negara lain.
MALCON ISAF akan ditugaskan di Wilayah Bamyan, Afghanistan bersama-sama dengan Provincial Reconstruction Team (PRT) New Zealand. Wilayah Bamyan adalah satu kawasan di tengah-tengah Afghanistan yang mempunyai potensi diperbangunkan dari segi infrastruktur dan perkhidmatan kesihatan masyarakat Islam setempat. Kerana aspek keselamatan di wilayah berkenaan adalah terkawal.
PRT New Zealand menjadi tumpuan penempatan kerana hubungan dan kerjasama baik Malaysia yang sekian lama terjalin dari segala aspek dengan New Zealand seperti melalui Five Power Defence Arrangement (FPDA).
Kumpulan Pendahuluan MALCON ISAF terdiri dari 6 pegawai dan 6 anggota lain-lain pangkat diketuai oleh Leftenan Kolonel Nor Azan bin Omar selaku Komander akan bergerak ke Afghanistan pada 15 Julai 2010 dan dijangka tiba di Wilayah Bamyan pada keesokannya. Kumpulan Pendahuluan MALCON ISAF akan membuat persediaan penerimaan Kumpulan Induk yang dirancang akan diaturgerakkan pada penghujung bulan September 2010.
Kerajaan Malaysia berharap dengan sumbangan kecil MALCON ISAF ini akan membawa kepada keamanan dan kesejahteraan masyarakat di Afghanistan disamping membuktikan komitmen negara demi kestabilan masyarakat dunia amnya serta as a good international citizen.
| |
| | | venez ADMIN
Posts : 17389 Reputation : 581 Join date : 19/04/2010 Age : 46 Location : AFNG
| Subject: Re: MPSA @ News Wed 14 Jul 2010, 7:43 pm | |
| thanx for sharing stand... aku pun nak apply pegi sana, he3 | |
| | | standupper Kehormat MyMil
Posts : 3271 Reputation : 630 Join date : 04/05/2010
| Subject: Re: MPSA @ News Wed 14 Jul 2010, 9:36 pm | |
| SEORANG ANGGOTA POLIS TERBUNUH, EMPAT CEDERA DALAM LATIHAN Seorang anggota polis terbunuh, manakala empat cedera apabila sebutir bom meletup ketika mereka sedang menjalani latihan di lapang sasar di sini hari ini. Jurucakap polis berkata kejadian berlaku pada pukul 5.30 petang. Mangsa yang cedera parah meninggal dunia ketika di rawat di Hospital Kampar, manakala empat yang cedera turut di rawat di hospital sama, katanya. -- BERNAMA Takziah! | |
| | | venez ADMIN
Posts : 17389 Reputation : 581 Join date : 19/04/2010 Age : 46 Location : AFNG
| Subject: Re: MPSA @ News Wed 14 Jul 2010, 9:42 pm | |
| - standupper wrote:
- SEORANG ANGGOTA POLIS TERBUNUH, EMPAT CEDERA DALAM LATIHAN
Seorang anggota polis terbunuh, manakala empat cedera apabila sebutir bom meletup ketika mereka sedang menjalani latihan di lapang sasar di sini hari ini.
Jurucakap polis berkata kejadian berlaku pada pukul 5.30 petang.
Mangsa yang cedera parah meninggal dunia ketika di rawat di Hospital Kampar, manakala empat yang cedera turut di rawat di hospital sama, katanya.
-- BERNAMA
Takziah!
nih sure sama kes mcm dekat kem hobart dulu2, masa latihan balingan bom... dorang akan belajar cabut pin n pasang balik utk secure bom tapi masalahnyer bila cabut pin, salah kita akan longgarkan genggaman pada bom, once genggaman dh longgar, bom akan menjadi aktif, letak pin balik pun x jadi, melainkan masa gengam bom, cabut n pasang pin balik dlm keadaan tekanan (pressure) pada bom sama... ataupun pelatih silap baling pin or bom x meletup n masing2 pegi nak tgk bom... Takziah kepada anggota keselamatan kita... | |
| | | standupper Kehormat MyMil
Posts : 3271 Reputation : 630 Join date : 04/05/2010
| Subject: Re: MPSA @ News Wed 14 Jul 2010, 10:56 pm | |
| Kursus musnah bom bro!
News update:
Seorang Anggota Polis Mati, Empat Lagi Cedera Bom Meletup Semasa Latihan
KAMPAR, 14 Julai (Bernama) -- Seorang anggota polis terkorban manakala empat yang lain cedera, seorang daripadanya parah, apabila terkena letupan bom ketika sedang menjalani latihan di Lapang Sasar IPD Kampar di sini.
Anggota yang maut ialah Sjn Saidin Mohd Dom, 54, dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping.
Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Zakaria Yusof berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 5.30 petang.
Bercakap kepada pemberita di Hospital Kampar, Zakaria berkata anggota polis itu meninggal dunia kira-kira sejam selepas dimasukkan ke hospita.
Anggota polis yang parah, Sjn Saat Salleh juga dari Taiping dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh selepas menerima rawatan awal di Hospital Kampar, katanya.
Tiga lagi mangsa, Sjn Zulkifli Ijum dari IPD Ipoh, L/Kpl Mohd Nor Firdaus dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak dan Kpl Kamaruddin Ismail dari Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Sungai Senam, Ipoh menerima rawatan pesakit luar.
Kesemua mereka berusia dalam lingkungan 50-an.
Zakaria berkata mangsa adalah antara 40 anggota dari seluruh Perak yang sedang menjalani Kursus Pemusnah Bom di lapang sasar berkenaan. | |
| | | venez ADMIN
Posts : 17389 Reputation : 581 Join date : 19/04/2010 Age : 46 Location : AFNG
| Subject: Re: MPSA @ News Wed 14 Jul 2010, 10:58 pm | |
| hmmm, musnah bom mmg bahaya... lagipun kadang2 polis kita x ambik berat pasal protective gear dorang... takziah kepada keluarga mangsa... | |
| | | venez ADMIN
Posts : 17389 Reputation : 581 Join date : 19/04/2010 Age : 46 Location : AFNG
| Subject: Re: MPSA @ News Wed 14 Jul 2010, 11:00 pm | |
| | |
| | | powerw00t Major General
Posts : 7424 Reputation : 360 Join date : 19/04/2010 Location : Kuala Sg Baru, Melaka
| Subject: Re: MPSA @ News Thu 15 Jul 2010, 7:05 am | |
| | |
| | | zulupapa Lt Colonel
Posts : 1633 Reputation : 83 Join date : 21/04/2010 Age : 79
| Subject: Re: MPSA @ News Thu 15 Jul 2010, 9:10 am | |
| takziah ..... al-fatehah ..... sepatutnya safety no compromise | |
| | | marc_zman MODERATOR
Posts : 16328 Reputation : 611 Join date : 08/06/2010 Location : di atas tanah bekas hutan, paya dan ladang kelapa sawit.. tak tau laaa ntah sapa2 pernah kena tanam kat sini dulu.. kalu ada laa
| Subject: Re: MPSA @ News Thu 15 Jul 2010, 9:40 am | |
| innalillah... perkara yang tidak sepatutnya berlaku, telah berlaku.. kita sedekahkan al fatihah buat yg pergi menghadap Ilahi... doa dan harapan moga yg cedera cepat pulih dan cergas seperti sedia kala, fizikal n mental... | |
| | | atreyudevil ADMIN
Posts : 9582 Reputation : 602 Join date : 19/04/2010 Location : Kuantan
| Subject: Re: MPSA @ News Thu 15 Jul 2010, 12:12 pm | |
| PENGHANTARAN KONTINJEN ATM KE AFGHANISTAN
Bahagian Hal Ehwal Markas Angkatan Bersama (MK AB), Kementerian Pertahanan mengeluarkan kenyataan berikut: Kerajaan Afghanistan melihat Malaysia sebagai negara anggota Pertubuhan Persidangan Islam atau Organization Islamic Cenference (OIC) yang aktif...
https://www.facebook.com/notes/dzirhan-mahadzir-defence-journalist/mindef-press-statement-on-afghan-d | |
| | | zulupapa Lt Colonel
Posts : 1633 Reputation : 83 Join date : 21/04/2010 Age : 79
| Subject: Re: MPSA @ News Thu 15 Jul 2010, 12:28 pm | |
| Taliban pulak memandang Malaysia sebagai apa pulak?? | |
| | | atreyudevil ADMIN
Posts : 9582 Reputation : 602 Join date : 19/04/2010 Location : Kuantan
| Subject: Re: MPSA @ News Thu 15 Jul 2010, 1:33 pm | |
| Kalau ikut Dzirhan, Medic cuma duduk dalam Kem NZ, jauh dari front line!
field medic pon takde rasanya | |
| | | marc_zman MODERATOR
Posts : 16328 Reputation : 611 Join date : 08/06/2010 Location : di atas tanah bekas hutan, paya dan ladang kelapa sawit.. tak tau laaa ntah sapa2 pernah kena tanam kat sini dulu.. kalu ada laa
| Subject: Re: MPSA @ News Thu 15 Jul 2010, 2:18 pm | |
| - zulupapa wrote:
- Taliban pulak memandang Malaysia sebagai apa pulak??
walaupun anggota perubatan ATM kita diletakkan jauh dari barisan hadapan, tapi tak bermakna 'jauh' dari jangkauan serangan taliban... risiko tu tetap ada... nak-nak anggota perubatan ATM kita diletakkan dlm base tentera NZ... dan katakanlah ditakdirkan perkara sedemikian berlaku, rasanya Taliban tak kira sama ada tu tentera NATO atau tentera OIC... shoot first, ask later... kita doakan agar anggota perubatan ATM kita selamat pergi.. selamat menjalankan tugas.. dan selamat kembali ke pangkuan keluarga diorang di Malaysia akhirnya... | |
| | | escortburuk Warrant Officer
Posts : 544 Reputation : 55 Join date : 29/04/2010
| Subject: Re: MPSA @ News Thu 15 Jul 2010, 5:10 pm | |
| Malaysia makes 1st military Afghanistan deployment
KUALA LUMPUR: Malaysia is sending military personnel to Afghanistan for the first time to provide medical and humanitarian aid to the war-ravaged country, officials said Thursday.
Twelve personnel were scheduled to leave for Afghanistan later Thursday and 28 others will join them by September, said Lt. Col. Salawati Yahaya, a Malaysian defense ministry representative.
The troops, who include doctors and paramedics, are expected to be deployed for between six to nine months in Bamiyan province northeast of the capital, Kabul, to work with New Zealand's 140-strong provincial reconstruction team there.
Salawati said Afghanistan requested medical assistance. "They need Muslim doctors from Malaysia," she said.
Muslim-majority Malaysia strongly opposed the U.S.-led wars in Afghanistan and Iraq.
The Defense Ministry stressed in a statement that the Malaysian personnel would not have any combat roles, but would focus on health services, dental care and other community work. | |
| | | Sponsored content
| Subject: Re: MPSA @ News | |
| |
| | | | MPSA @ News | |
|
Similar topics | |
|
| Permissions in this forum: | You cannot reply to topics in this forum
| |
| |
| |
|