Log in
Latest topics
» Sembang Medan Selera Pak Jebat V44by HangPC2 Sat 27 Aug 2022, 5:36 pm
» Halo semua
by matamata Mon 25 Oct 2021, 9:56 pm
» Cerita Rakyat
by mumuchi Sun 05 Sep 2021, 10:35 am
» Konfrontasi Malaysia-Indonesia 1962-66
by mumuchi Sun 05 Sep 2021, 10:28 am
» PAINTBALL - Come get some...
by pisang Tue 13 Dec 2016, 1:53 pm
» Baru balik
by pisang Mon 12 Dec 2016, 5:47 pm
» Jaket camo
by atreyudevil Fri 15 Jul 2016, 4:17 pm
» Nusantara Total War: Portuguese Invasion
by Adib Mon 22 Feb 2016, 7:57 pm
» Rekrut baru disini
by kapokbesi Thu 11 Feb 2016, 4:32 pm
» Keretapi Tanah Melayu Berhad
by zacky.uesoff Thu 04 Feb 2016, 11:00 pm
» ALL ABOUT HAM RADIO (AMATEUR RADIO STATION)
by kapokbesi Mon 16 Nov 2015, 12:42 pm
» BACKPACKING
by venez Tue 31 Mar 2015, 5:11 pm
» Rekrut 2015
by atreyudevil Sun 29 Mar 2015, 8:34 pm
» Sejarah Pangkalan-Pangkalan Udara TUDM
by venez Tue 24 Mar 2015, 11:02 am
» MyMil useful website lists
by atreyudevil Sat 24 Jan 2015, 11:17 pm
» WIP - Work In Progress
by yaminz Fri 26 Dec 2014, 12:06 pm
» Model Collections
by yaminz Fri 26 Dec 2014, 11:58 am
» Rekrut October & November 2014
by atreyudevil Sat 20 Dec 2014, 7:07 am
» Bola Cafe: MALAYSIA!
by HangPC2 Sun 14 Dec 2014, 12:35 pm
» Tayar Pirelli boleh tahan!
by venez Wed 10 Dec 2014, 4:27 pm
Statistics
We have 511 registered usersThe newest registered user is Belarus
Our users have posted a total of 172030 messages in 1322 subjects
Like/Tweet/+1
MPSA @ News
+49
5229
mmmbop
yinchet
storm2011
el-toro
sCorpene
Boku nash
koirazie2
sauffie
heavyduty
bijan
MMW
alphawolf
anya8797
kerambit75
sol
azim09
dewafrost
jofizo
helangrimba
Foxtrot
paradox
KIM.mafia
periuk_api1209
mirage
samuraisan
oioi
tin
harleena
superhornet
escortburuk
panah hikmat
tj
marc_zman
standupper
matamata
eaizan
mumuchi
yaminz
zulupapa
tok_rimau87
observateur
tenteng
innocentti
atreyudevil
ashes
powerw00t
blankrasta
venez
53 posters
Malaysia's Military, Police and Security Agencies :: Majalah dan Buletin Pertahanan :: Akhbar, eBook and Laman Web
Page 34 of 42
Page 34 of 42 • 1 ... 18 ... 33, 34, 35 ... 38 ... 42
Re: MPSA @ News
Pertandingan Akhir Kumpulan Inovatif dan Kreatif Kementerian Pertahanan 2011
[You must be registered and logged in to see this image.]
Pertandingan telah berlangsung di Auditorium MinDef pada 25 dan 26 Apr
11 dimana 3 pasukan KIK telah mewakili TUDM. Untuk kategori Pengurusan,
TUDM diwakili oleh Cawang Material, KTU manakala kategori Teknikal, TUDM
diwakili oleh PUSPEKA dan Cawang Kejuruteraan PU Gong Kedak. Sebanyak 16
pasukan dari Kakitangan Awam KEMENTAH, Tentera Darat, TLDM dan TUDM
telah menyertai pertandingan. PUSPEKA dengan Projek SARFIND Universal
Adopter telah berjaya menjadi juara bagi kategori Teknikal dan membawa
pulang sebuah Piala, Sijil serta wang tunai RM2000.00. Tahniah diucapkan
kepada PUSPEKA diatas kejayaan tersebut. Tahniah juga kepada kepada
Cawang Material KTU dan Cawang Kejuruteraan PU Gong Kedak diatas
kejayaan memasuki peringkat akhir pertandingan tersebut.
- RMAF Inspectorate @ http://inspektorat.weebly.com/

Operasi Mencari dan Menyelamat 24 Orang termasuk kanak-kanak
21/05/2011 7:35pm
KAJANG 21 Mei – Seramai 24 orang terdiri daripada anak yatim, warden dan kakitangan Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Hulu Langat dekat sini hari ini.
Setakat pukul 7 petang ini, tiga mayat kanak-kanak berusia 11 dan 14 tahun dikeluarkan dari runtuhan itu manakala tujuh lagi ditemui cedera termasuk seorang lelaki dewasa, kata polis.
Penghuni yang cedera berusia antara 11 dan 17 tahun manakala lelaki dewasa itu dipercayai pekerja di rumah anak yatim berkenaan.
“Kesemua yang cedera dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan dan setakat ini keadaan mereka tidak diketahui,” kata Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah pada sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata, rumah anak yatim yang terletak berhampiran bukit itu menempatkan 49 orang termasuk penghuni dan pekerja. Kesemua penghuni rumah itu adalah lelaki.
Ketika kejadian pada pukul 2.30 petang kesemua penghuni rumah anak yatim itu berada di dewan serbaguna untuk persiapan satu majlis yang dijadual pada pukul 5 petang ini.
Runtuhan tanah dari bukit itu dikatakan menimbus dewan serbaguna yang terletak di lereng bukit itu menyebabkan bangunan setingkat itu musnah sama sekali. Turut terkena runtuhan tanah itu ialah sebuah surau.
"Kami difahamkan berlaku dua kali tanah runtuh secara serentak dalam sekelip mata. Semua mereka yang berada dalam dewan itu tidak sempat menyelamatkan diri,” kata Tun Hisan pada sidang akhbar di tempat kejadian.
Beliau berkata pasukan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada Pasukan Bomba dan Penyelamat, polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) mengeluarkan mayat pertama pada pukul 4.30 petang, diikuti mayat kedua setengah jam kemudian dan mayat ketiga dikeluarkan pada pukul 6.10 petang.
Penolong Pesuruhjaya Bomba dan Penyelamat Putrajaya Morni Mamat berkata sehingga pukul 7 petang ini operasi mencari dan menyelamat diteruskan dalam keadaan hujan lebat. - Bernama
Tanah runtuh: Satu lagi mayat kanak-kanak dibawa keluar
21/05/2011 6:43pm
Oleh ROZIANAH RISMAN
KUALA LUMPUR 21 Mei – Mayat seorang lagi mangsa berjaya dibawa keluar dalam tragedi tanah runtuh di rumah Persatuan Anak-anak Yatim Malaysia di Batu 14, Hulu Langat, Kajang, dekat sini hari ini.
Mayat ketiga dibawa keluar pukul 6.10 petang manakala 12 lagi mangsa berjaya diselamatkan dan dihantar ke Hospital Ampang dan Kajang untuk rawatan.
Dipercayai 18 kanak-kanak tertimbus dalam kejadian tersebut. – Utusan

Anggota tentera perlu berdisiplin urus kewangan
KUALA LUMPUR 19 Mei – Anggota tentera diingatkan supaya bijak menguruskan kewangan keluarga agar tidak memudaratkan imej organisasi keselamatan itu.
Panglima Medan Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Seri Ahmad Hasbullah Mohd. Nawawi berkata, mereka yang gemar berbelanja di luar kemampuan akan menimbulkan masalah kepada pasukan keselamatan tersebut.
“Saya tidak akan berkompromi untuk mengambil tindakan terhadap anggota yang tidak menguruskan hal kewangan peribadi dengan baik kerana ia melibatkan soal disiplin,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menerima tabik hormat pada perbarisan ulang tahun Markas Medan Tentera Darat Ke-30 di Kem Perdana Sungai Besi di sini hari ini.
Hadir sama, Ketua Staf Am Markas Medan Tentera Darat, Brigadier Jeneral Datuk Fadzil Mokhtar dan Ketua Staf Perkhidmatan Markas Medan Tentera Darat, Brigadier Jeneral Datuk Emran Yusoff.
Perbarisan statik itu melibatkan 33 pegawai dan 312 anggota Markas Medan Tentera Darat yang diketuai oleh Leftenan Kolonel Rashidin Hashimi Abdul Rashid.
Seramai 23 warga tentera dan awam menerima anugerah sijil kepujian Panglima Medan Tentera Darat Kategori Individu.
Ahmad Hasbullah berkata, penglibatan Tentera Darat dalam melaksanakan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) bersama dengan polis mendapat pengiktirafan daripada kerajaan.
“Perdana Menteri juga memberi sokongan dan pujian terhadap komitmen itu,” katanya.
- UTUSAN

Selamat dengan kehadiran tentera
SEJAK insiden penculikan yang turut membabitkan pelancong asing di Pulau Pandanan dan Pulau sipadan, Sabah pada tahun 2000, masyarakat luar mula meragui keselamatan di kawasan tersebut yang merupakan antara daya penarik pelancong ke negeri itu.
Tragedi penculikan yang membabitkan Kumpulan Abu Sayaf itu telah memberi tamparan hebat kepada industri pelancongan negara di mana para pelancong mula mempersoalkan tahap keselamatan negara terutamanya di kawasan berpulau.
Bagaimanapun, tindakan pantas kerajaan dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi Op Pasir berjaya mengatasi masalah itu dan menepis persepsi negatif pelancong luar terhadap tahap keselamatan kawasan perairan dan kepulauan di Sabah.
Lawatan Panglima Angkatan Bersama, Laksamana Madya Datuk Seri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin ke beberapa kawasan Op Pasir seperti di Pulau Sipadan mendapati jumlah pelancong yang melawat pulau tersebut kini agak menggalakkan berbanding ketika berlakunya insiden penculikan tersebut.
Beberapa pelancong yang ditemui ketika sesi lawatan Panglima Angkatan Bersama itu memuji inisiatif yang diambil ATM dalam menjaga keselamatan perairan serta pulau-pulau sekitar Sabah yang merupakan sumber pelancongan negeri itu.
Pelancong dari Switzerland, Marco Kely berkata, dia berasa selamat ketika berada di Pulau Sipadan dan juga pulau-pulau lain di Sabah kerana kehadiran anggota tentera yang sentiasa menjaga keselamatannya ketika sedang asyik melakukan aktiviti perlancongan seperti selaman skuba.
"Sabah adalah tempat yang cantik. Saya suka lautnya, saya suka persekitarannya dan merupakan tempat terbaik untuk bercuti tetapi apa yang lebih baik ialah keadaannya yang selamat dan sentiasa di dalam jagaan pihak tentera.
"Kehadiran anggota tentera di setiap pulau termasuk sentiasa membuat rondaan di perairan negeri ini membuatkan saya berasa selamat. Saya yakin mereka akan memastikan saya dan juga pelancong lain yang datang ke sini berada dalam keadaan selamat serta dapat menikmati pelancongan kami dengan baik," katanya.
Seorang lagi pelancong, Gussi Mattila dari Finland berkata, pada mulanya dia agak terkejut melihat ramai tentera berkawal di sekitar perairan dan pulau Sabah tetapi mengakui bahawa kehadiran tentera berkawal di kawasan tersebut membuatkannya berasa selamat.
Mattila yang datang melancong bersama isterinya, Ecina Mattila, berterima kasih kepada ATM kerana sentiasa berkerja keras mengawal perairan serta pulau sekitar Sabah demi memastikan dia dan isterinya serta pelancong lain dapat menikmati pelancongan tanpa rasa takut.
"Sudah tentu saya dan isteri berasa selamat ketika berada di sini (Pulau Sipadan). Kami tidak berasa takut keran tahu keselamatan kami sentiasa dijaga oleh anggota tentera di sini. Terima Kasih kepada mereka (ATM), mereka telah melakukan tugas yang baik," jelasnya.
Bagi seorang lagi pelancong dari Hong Kong, Peter Kho, dia tidak pernah berasa keselamatannya sentiasa terjamin seperti ketika melancong di Pulau sipadan.
Katanya yang hadir membawa keluarga melancong ke Pulau Sipadan, dia menghargai jasa ATM menjaga keselamatannya sekeluarga sewaktu melancong ke Sabah.

Innalillahirajiun...terkejut buka buletin utama keluar citer ni..tadi cakap 5 kanak2 terkorban dan 12 masih tertimbus..semoga semuanya selamat!
mumuchi- GLOBAL MODERATOR
-
Posts : 19551
Reputation : 525
Join date : 05/06/2010
Location : Dulu Tempat Lumba Kuda
Re: MPSA @ News
Innalillah wat smua anak Yatim yg tkorban moga roh mereka dcucuri rahmat oleh Allah... Amin
yaminz- MODERATOR
-
Posts : 13517
Reputation : 378
Join date : 23/04/2010
Age : 45
Re: MPSA @ News
x silap kawe ada 12 mangsa lagi yang tertimbus... keadaan skrg yang gelap dan hujan mmg menyukarkan operasi CARILAMAT... marilah kita sama2 berdoa utk keselamatan mangsa dan petugas kita disana...
Re: MPSA @ News
aku pun wori dok umah tinggi2 kat lereng bukit ni
samuraisan- Major
-
Posts : 1124
Reputation : 273
Join date : 31/05/2010
Re: MPSA @ News
Just wonder nape umah anak yatim nie dok atas bukit/dkt ngan lereng bukit...
yaminz- MODERATOR
-
Posts : 13517
Reputation : 378
Join date : 23/04/2010
Age : 45
Re: MPSA @ News
yaminz wrote:Just wonder nape umah anak yatim nie dok atas bukit/dkt ngan lereng bukit...
kebanyakan rumah anak yatim didermakan oleh org, maybe umah nih asalnyer umah org kaya so dia beli tanah n umah nih utk dijadikan umah anak yatim...
Re: MPSA @ News
venez wrote:yaminz wrote:Just wonder nape umah anak yatim nie dok atas bukit/dkt ngan lereng bukit...
kebanyakan rumah anak yatim didermakan oleh org, maybe umah nih asalnyer umah org kaya so dia beli tanah n umah nih utk dijadikan umah anak yatim...
ic...
yaminz- MODERATOR
-
Posts : 13517
Reputation : 378
Join date : 23/04/2010
Age : 45
Re: MPSA @ News
KAPAL TLDM SELAMATKAN BOT NELAYAN TERBAKAR
LUMUT, 26 Mei – Kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Kapal Diraja (KD) JERAI telah berjaya menyelamatkan sebuah bot nelayan tempatan daripada hangus terbakar dan tenggelam di Perairan Pulau Sembilan kira-kira jam 11 pagi tadi.
Kejadiaan kebakaran dikesan oleh Pesawat Beech Craft BT200 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang sedang membuat operasi rondaan dan pengawasan di Perairan Selat Melaka kira-kira jam sepuluh lima minit pagi. Pusat Operasi TUDM (POTU) sejurus itu telah menyalurkan kejadian tersebut ke Bilik Operasi Markas Armada di pangkalan TLDM Lumut.
Bilik Operasi Markas Armada bertindak pantas menghubungi KD JERAI yang sedang melaksanakan rutin pengawasan keselamatan maritim di kawasan Perairan Selat Melaka dan mengarah kapal untuk ke lokasi serta merta dan memberikan bantuan. KD JERAI kapal jenis Pemusnah Periuk Api TLDM ini adalah antara kapal-kapal TLDM yang telah ditugaskan mengawasi keselamatan Perairan Selat Melaka dalam siri rondaan berterusan TLDM di Perairan ini.
Menurut Pegawai Memerintah KD JERAI, Leftenan Komander Badrul Hizal bin Jumbri TLDM, ketika menerima laporan kejadian kapal berada kira-kira 12 batu nautika daripada lokasi bot nelayan yang terbakar.
”Kapal bertindak menggegaskan satu tim melawan kebakaran terdiri daripada 5 orang krew kapal setiba KD JERAI di lokasi kejadian. Tim melawan kebakaran yang diketuai oleh seorang anggota berpangkat Bintara ini adalah merupakan Tim yang terlatih dalam aspek mencegah dan melawan kebakaran di kapal. Dua buah bot kecil milik kapal diturunkan untuk merapat ke bot yang terbakar bagi bantuan menyelamat dan memadamkan kebakaran.”
Menurut beliau, sewaktu KD JERAI tiba di lokasi kejadian, asap tebal masih menyelubungi kapal. Walau bagaimanapun, awak-awak bot seramai 5 orang telah berjaya diselamatkan dan berlindung di bot nelayan tempatan yang lain yang kebetulan berada berdekatan lokasi kejadian.
” Tim melawan kebakaran KD JERAI telah mengambil masa kira-kira 10 minit untuk memadamkan api dan mengawal kebakaran sepenuhnya”.
Menurut Badrul, hasil pemeriksaan dan siasatan, punca kebakaran dipercayai dari litar pintas yang bermula dari starter boat. Bot tersebut bernombor pendaftaran PKF 8331 dan berpangkalan di Hutan Melintang. Kelima-lima awak-awak bot telah berjaya diselamatkan dan tiada sebarang kemalangan jiwa yang dilaporkan.
Setelah selesai memberikan bantuan, bot nelayan tersebut yang berkeadaan separuh tenggelam telah ditunda balik ke pangkalannya di Hutan Melintang dengan bantuan bot nelayan tempatan dari pangkalan yang sama kira-kira jam 11.20 pagi.

standupper- Kehormat MyMil
-
Posts : 3271
Reputation : 630
Join date : 04/05/2010
Re: MPSA @ News
_rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan_
[You must be registered and logged in to see this image.]
PENERBANGAN EHSAN - PESAWAT FENNEC TLDM TERBANGKAN
PESAKIT BERUSIA SETAHUN
1. LUMUT, 27 Mei – Pesawat FENNEC dari Skuadron 502, Unit Udara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang berpangkalan di Lumut telah berjaya menerbangkan pesakit kanak-kanak dalam penerbangan ehsan petang tadi.
2. Pesakit kanak-kanak tersebut, Suhaisal a/l Suhairi, 1 tahun, telah diterbangkan dari sebuah perkampungan orang asli di pedalaman Pahang, Kampung Che Ang, Kuala Lipis ke Transit Jabatan Hal Ehwal Orang Asli, Tambun Perak untuk dibawa ke Hospital Ipoh. FENNEC yang berlepas dari lokasi pendaratan mengambil pesakit, selamat tiba di Tambun kira-kira jam 1.40 petang tadi.
3. Pesakit kecil ini mengalami demam panas yang berlarutan sejak 3 hari yang lalu dan gejala sesak nafas yang agak kritikal dan memerlukan rawatan segera di hospital. Beliau digegaskan ke Hospital Ipoh dengan ambulan dan diiringi dua orang jururawat yang telah sedia menunggu sejurus pesawat mendarat.
4. TLDM bertindak menugaskan pesawat FENNEC, kira-kira jam 12 tengahari, setelah mendapat permohonan melalui panggilan telefon daripada Pegawai Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Gombak, Encik Ahmad Nasrolbari bin Ahmad. Pesawat tiba di Kg Che Ang kira-kira jam 12.45 tengahari dan berlepas semula ke Pos Tambun 10 minit kemudian.
5. Pesawat diterbangkan oleh juruterbang Leftenan Komander Ahmad Hariff bin Aluwi TLDM dan dibantu oleh pembantu juruterbang atau Jurumalim TLDM Leftenan Fairuz bin Mohd Kasah serta Kuartermaster Udara Pegawai Waren 11, Robin Lian. Turut sama mengiringi dalam penerbangan ialah Puan Rosma a/p Hani, 30 tahun, ibu pesakit kecil tersebut.
6. Penerbangan hari ini merupakan penerbangan ehsan yang kedua pemindahan pesakit orang asli bagi pesawat FENNEC pada tahun ini. Pada 7 Febuari yang lepas pesawat FENNEC telah berjaya menerbangkan pesakit muda yang sakit hendak melahirkan anak, Leha bt Busu, 15 tahun, dari Pos Gob, Kelantan ke Hospital Gua Musang.

Rocket propellants to be made locally
By MARTIN CARVALHO
KUALA LUMPUR: The Defence Ministry is taking a further step in having a self-reliant local defence industry that manufactures artillery and rocket propellants for munitions.
Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi said Pyrotechnical Ordnance Malaysia Sdn Bhd (POMSB) would start production of the propellant at its 16.6ha plant in Bentong, Pahang, late next year.
“The armed forces used to import propellants for its munitions, but now they will be manufactured locally,” he said after witnessing the signing of a joint-venture agreement between Boustead Defence Technologies Sdn Bhd (BDTSB) and Prokhas Manager Sdn Bhd here yesterday.
He said the RM58mil project, which involved research and development by the country's Science Technology Research for Defence Institute, was carried out with assistance from a Slovakian propellant manufacturer Constructa.
He said the locally-made propellant would be initially used for the production of munitions for the 30mm and 155mm guns used by the armed forces.
The move would also help lower munition production costs.
“We are looking at addressing the munitions needs of the armed forces with the long-term goal of supplying the propellants to our partners under the Asean Defence Industry Collaboration programme,” he added.
On a separate issue, Zahid said he was willing to take the stand in court over allegations raised by Suaram over the procurement of the French-made Scorpene submarines.
spekulasi wa..................

atreyudevil wrote:Taming sari nih ATGM punya missile kan?
aku pun nak tanya soklan tu.......
jofizo- Lieutenant
-
Posts : 653
Reputation : 62
Join date : 21/10/2010
Re: MPSA @ News
atreyudevil wrote:Taming sari nih ATGM punya missile kan?
smart munitions?GPS guided artillery shell FTW!!
looks too big for an ATGM or anything man portable
or a advanced IED
Last edited by heavyduty on Tue 31 May 2011, 5:12 pm; edited 1 time in total
heavyduty- Lt Colonel
-
Posts : 1747
Reputation : 150
Join date : 15/03/2011
Age : 43
Location : OPSEC
Re: MPSA @ News
yup, guided artillery shell for 155mm howitzerheavyduty wrote:atreyudevil wrote:Taming sari nih ATGM punya missile kan?
smart munitions?GPS guided artillery shell FTW!!
Re: MPSA @ News
Hopefully, STRIDE can further develop a rocket version for ASTROS, make it bigger, longer range, and deadlier. An 'ATACMS' for Malaysian version perhaps?
blankrasta- Major
-
Posts : 1330
Reputation : 81
Join date : 19/04/2010
Age : 36
Re: MPSA @ News
TUDM bakal miliki aset canggih tangkis ancaman luar
01/06/2011 4:10pm
BUTTERWORTH 1 Jun — Mulai tahun depan, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan memiliki helikopter, sistem persenjataan dan radar pertahanan udara baru bagi memantapkan peranannya sebagai peneraju unggul menangkis sebarang ancaman luar terhadap negara.
Panglima TUDM, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud berkata, TUDM juga akan menggunakan perkhidmatan Helikopter EC 725 mulai 2013 bagi meningkatkan keupayaan tugas-tugas mencari dan menyelamat.
Seterusnya, mulai tahun 2012 hingga 2014, sistem persenjataan dan radar pertahanan udara merupakan aset baru akan diperoleh bagi meningkatkan lagi keupayaan pesawat canggih TUDM dalam operasi pertahanan dan pertempuran di udara.
Perolehan pesawat pengangkut Airbus A400M pula dijadual diterima mulai 2015, kata Rodzali dalam ucapannya sempena sambutan Hari Ulang Tahun TUDM ke-53 di Pangkalan Udara TUDM Butterworth di sini hari ini. - Bernama

helikopter dah tau dah......... apa persenjataan dan radar baru tuh?
jofizo- Lieutenant
-
Posts : 653
Reputation : 62
Join date : 21/10/2010
Re: MPSA @ News
TUDM bakal terima aset baru akhir tahun - Rodzali
01/06/2011 3:26pm
BUTTERWORTH 1 Jun — Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dijangka mendapat aset baru menjelang akhir tahun ini, dalam usaha memperkasa sistem persenjataan serta radar pertahanan udara bagi mengawasi ruang udara negara.
Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud berkata, usaha yang dilaksanakan melalui Perolehan Aset Baru yang termoden dan berteknologi tinggi itu akan dimulakan di Sabah dan Sarawak menjelang akhir tahun secara berperingkat.
Menurutnya, sistem yang mampu melaksanakan tugas mengawas ruang angkasa negara tanpa mempunyai ruang kebolosan dilihat sebagai pelengkap kepada sistem sedia ada yang perlu dikemaskini mengikut keadaan semasa.
"Kita memerlukan sistem yang mampu beroperasi setiap saat dan ia diharapkan dapat dipasang sepenuhnya di seluruh negara menjelang 2014,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan istiadat perbarisan sempena sambutan ulang tahun TUDM ke-53 di sini hari ini. - Bernama

jofizo wrote:helikopter dah tau dah......... apa persenjataan dan radar baru tuh?
persenjataan, he3.... biarlah rahsia, xnak mendabik dada sgt... radar refer nih :
ThalesRaytheonSystems signs contract for Malaysian Air Defense Ground Environment upgrade using new digital radar
Monday April 21, 2008
MASSY, France & FULLERTON, Calif., (April 21st , 2008) – ThalesRaytheonSystems has been awarded a contract by the Ministry of Defense, Government of Malaysia, to upgrade the Malaysian Air Defense Ground Environment system. Financial details of the contract were not disclosed. The upgrade will create a new Air Defense Sector Operations Center and includes the installation of one new long-range air defense radar.
The SOC command and control software will be an adaptation of the Sentry® Air Defense Ground Environment System developed by ThalesRaytheonSystems in Fullerton, Calif. Sentry is also the basis for the Battle Control System recently declared operational by the U.S. Air Force and Canadian Air Force for the air defense of the North American continent.
The long-range air defense radar, will be delivered by ThalesRaytheonSystems in France. It is part of a new family of high- medium- and low-altitude digital radars that provides unmatched detection performances as well as an outstanding operational availability.
The radar is perfectly adapted to overcome the challenges of the Malaysian country, which is characterized by its tropical environment and the need to operate simultaneously over mountainous terrain, costal plains, and oceanic approaches.
This award continues the long history of cooperation between ThalesRaytheonSystems and the Royal Malaysian Air Force, which dates back to the installation of the first automated command and control system for the RMAF in Butterworth.
Page 34 of 42 • 1 ... 18 ... 33, 34, 35 ... 38 ... 42
Similar topics
» MPSA @ News 2
» International Defence Affairs and News
» MPSA in TV
» F1 2011 news
» Breaking News: 13 Anggota Tentera Dikhuatiri Lemas Bot Hilang
» International Defence Affairs and News
» MPSA in TV
» F1 2011 news
» Breaking News: 13 Anggota Tentera Dikhuatiri Lemas Bot Hilang
Malaysia's Military, Police and Security Agencies :: Majalah dan Buletin Pertahanan :: Akhbar, eBook and Laman Web
Page 34 of 42
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum