Malaysia's Military, Police and Security Agencies
Welcome to the battlefield, soldier!

MyMil adalah bod perbincangan berkenaan ketenteraan, agensi2 penguatkuasaan yang ada di Malaysia dan juga di serata dunia. Daftar sekarang untuk menikmati paparan perbincangan berinformasi sambil bersantai. Ahli2 yg baru akan digugurkan daripada senarai sekiranya tidak aktif dalam masa yg terdekat. Berforumlah dengan berhemah.

Terima kasih.

Admin dan moderator MyMil

Important Notice: The views and opinions expressed on the forum or the related pages are of the owner alone, and are not endorsed by Mymil, nor is Mymil responsible for them. Due to the nature of the Internet forum is in real time, Mymil does not, and can not censor any submission, but asks that each user use discretion and respect for other users, and does not contribute any word that is unlawful, harmful, threatening, abusive, harassing, tortious, defamatory, vulgar, obscene, libelous, invasive of another's privacy, hateful, or racially, ethnically or otherwise objectionable. Mymil reserve the right to withhold and/or remove any link that might possibly hold an individual, entity or group ridicule, potential embarrassment or potential defamation. Mymil also reserves the right to accept, edit and/or remove any link that is deemed inappropriate in any way.

Join the forum, it's quick and easy

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Latest topics
» Sembang Medan Selera Pak Jebat V44
by HangPC2 Sat 27 Aug 2022, 5:36 pm

» Halo semua
by matamata Mon 25 Oct 2021, 9:56 pm

» Cerita Rakyat
by mumuchi Sun 05 Sep 2021, 10:35 am

» Konfrontasi Malaysia-Indonesia 1962-66
by mumuchi Sun 05 Sep 2021, 10:28 am

» PAINTBALL - Come get some...
by pisang Tue 13 Dec 2016, 1:53 pm

» Baru balik
by pisang Mon 12 Dec 2016, 5:47 pm

» Jaket camo
by atreyudevil Fri 15 Jul 2016, 4:17 pm

» Nusantara Total War: Portuguese Invasion
by Adib Mon 22 Feb 2016, 7:57 pm

» Rekrut baru disini
by kapokbesi Thu 11 Feb 2016, 4:32 pm

» Keretapi Tanah Melayu Berhad
by zacky.uesoff Thu 04 Feb 2016, 11:00 pm

» ALL ABOUT HAM RADIO (AMATEUR RADIO STATION)
by kapokbesi Mon 16 Nov 2015, 12:42 pm

» BACKPACKING
by venez Tue 31 Mar 2015, 5:11 pm

» Rekrut 2015
by atreyudevil Sun 29 Mar 2015, 8:34 pm

» Sejarah Pangkalan-Pangkalan Udara TUDM
by venez Tue 24 Mar 2015, 11:02 am

» MyMil useful website lists
by atreyudevil Sat 24 Jan 2015, 11:17 pm

» WIP - Work In Progress
by yaminz Fri 26 Dec 2014, 12:06 pm

» Model Collections
by yaminz Fri 26 Dec 2014, 11:58 am

» Rekrut October & November 2014
by atreyudevil Sat 20 Dec 2014, 7:07 am

» Bola Cafe: MALAYSIA!
by HangPC2 Sun 14 Dec 2014, 12:35 pm

» Tayar Pirelli boleh tahan!
by venez Wed 10 Dec 2014, 4:27 pm

Statistics
We have 511 registered users
The newest registered user is Belarus

Our users have posted a total of 172030 messages in 1322 subjects
MyMil at Facebook
Like/Tweet/+1

Semuanya fasal benda2 tajam.

+16
Steven 12
kapokbesi
MMW
bijan
lkick2113
tin
marc_zman
blankrasta
dewafrost
insignia
tenteng
atreyudevil
powerw00t
standupper
venez
mumuchi
20 posters

Page 5 of 15 Previous  1, 2, 3, 4, 5, 6 ... 10 ... 15  Next

Go down

Semuanya fasal benda2 tajam. - Page 5 Empty Re: Semuanya fasal benda2 tajam.

Post by mumuchi Mon 28 Feb 2011, 5:02 pm

wa lapah daging tak terer, wa bab kasi pecah2 bahagian aja join weh...

mumuchi
GLOBAL MODERATOR
GLOBAL MODERATOR

Posts : 19551
Join date : 05/06/2010

Back to top Go down

Semuanya fasal benda2 tajam. - Page 5 Empty Re: Semuanya fasal benda2 tajam.

Post by dewafrost Mon 28 Feb 2011, 5:05 pm

dah pisau tak tajam, tak terer lerrr, cuba guna pisau yg betul, sah2 ari tuu jugak jadik expert melapah
dewafrost
dewafrost
Kehormat MyMil

Mymil
Posts : 3762
Reputation : 146
Join date : 20/06/2010

Back to top Go down

Semuanya fasal benda2 tajam. - Page 5 Empty Re: Semuanya fasal benda2 tajam.

Post by mumuchi Mon 28 Feb 2011, 5:06 pm

pisau lapah ado weh..tapi like i said, tak terer(malas pun ada, kerja berat ni) ekekekeke
mumuchi
mumuchi
GLOBAL MODERATOR
GLOBAL MODERATOR

Mymil
Posts : 19551
Reputation : 525
Join date : 05/06/2010
Location : Dulu Tempat Lumba Kuda

Back to top Go down

Semuanya fasal benda2 tajam. - Page 5 Empty Re: Semuanya fasal benda2 tajam.

Post by marc_zman Mon 28 Feb 2011, 5:33 pm

mumuchi wrote:wa lapah daging tak terer, wa bab kasi pecah2 bahagian aja join weh...

lapah ni pun ader trick dia tau.. wa pernah tengok 2 mamat indone ni tolong lapah lembu qurban kat kampung wa dulu.. pisau dia biasak jer.. tapi tajam aaa.. pastu diorang pakai bawang besar.. heheheheee

cara dia.. bawang yg dah dipotong dua tu diorang sapu kat antara kuling & daging lembu tu... perghhh.. punya senang dia lapah & tarak pun daging tu terikut sama kat kulit tu.. tapi dengan rega bawang besar yg mencecah RM6-RM8 sekilo skrg ni, kira teknik ni ada banyak mahal wooo
marc_zman
marc_zman
MODERATOR
MODERATOR

R.I.P
Posts : 16328
Reputation : 611
Join date : 08/06/2010
Location : di atas tanah bekas hutan, paya dan ladang kelapa sawit.. tak tau laaa ntah sapa2 pernah kena tanam kat sini dulu.. kalu ada laa

Back to top Go down

Semuanya fasal benda2 tajam. - Page 5 Empty Re: Semuanya fasal benda2 tajam.

Post by marc_zman Mon 28 Mar 2011, 10:43 am

semalam kat Kosmo! ada keluar ini rencana..
tukang besi yg sama bro muchi pernah citer dulu

Rahsia parang Zamri tajam

Cicit Mat Tukang, seorang pandai besi di Negeri Sembilan, menggunakan paku landasan kereta api untuk membuat parang.
Semuanya fasal benda2 tajam. - Page 5 Ru_01.1

"KALAU nak uji ketajaman parang, jangan rasa dengan jari. Itu pantang kerana mata parang akan cepat tumpul dan berkarat.
"Seelok-eloknya lelas mata parang pada kuku, jika rasa kesat dan ada kesan takik, maknanya mata parang sudah tajam," ujar Ahmad Basri Mukmin, 54.
Dia yang juga seorang penyembelih lembu adakalanya memperuntukkan masa hampir sejam untuk mengasah parang terutama ketika musim Hari Raya Korban dan cuti sekolah.
"Penyembelihan binatang korban memerlukan mata parang yang benar-benar tajam. Saya sendiri menggunakan empat jenis batu asah berlainan gred dalam proses mengasah.
"Selain memastikan ketajaman, teknik mengasah yang betul juga dapat menjamin mata parang agar sentiasa berkilat dan tidak mudah tumpul," katanya yang sudah lebih 10 tahun diberi tanggungjawab menyembelih binatang korban di kawasan kejiranannya di Kuala Langat, Selangor.
Ahmad Basri memberitahu, bukan sembarangan parang boleh digunakan untuk menyembelih binatang.
"Besi yang digunakan untuk dijadikan mata parang juga perlu dipilih daripada jenis yang sesuai.
"Bagi tujuan sembelihan, saya hanya akan memilih mata parang yang ditempa daripada besi paku landasan kereta api kerana sifatnya yang tahan lasak dan tidak mudah patah atau sompek," ujarnya yang menempah parang khusus untuk kerja-kerja penyembelihan, melapah dan memotong tulang daripada tukang besi dari Jelebu, Negeri Sembilan.
Menjejaki pembuat parang yang dimaksudkannya, Jurnal pergi ke Jelebu untuk melihat sendiri proses pembikinan pelbagai jenis senjata besi, terutama parang.
Kunjungan ke Kampung Mentaus yang terletak dalam mukim Sungai Durian, Jelebu, menemukan kami dengan seorang tukang besi dan tukang sarung parang yang cukup terkenal iaitu Zamri Wahid, 42.
Dianggap sebagai tukang besi tersohor di Negeri Sembilan, kepakaran Zamri menghasilkan mata parang yang licin dan halus serta kreativitinya membuat sarung parang lengkap dengan ukiran daripada tema flora seakan sudah menjadi tanda dagangan perniagaannya yang sudah mencecah usia 16 tahun itu.
Cicit Mat Tukang

Semuanya fasal benda2 tajam. - Page 5 Ru_01.2
ATAS: Pembakaran sempurna besi hingga terbit warna kemerah-merahan penting dalam menghasilkan mata parang yang bermutu tinggi.

"Mungkin darah tukang parang yang mengalir di tubuh saya masih kuat. Sebab itu orang di sekitar kampung ini tidak hairan jika saya pulang ke kampung dan menyambung legasi keturunan Mat Tukang," ujarnya ketika ditemui di bengkel parangnya baru-baru ini.
Menyingkap susur galur anak kelahiran Temerloh, Pahang ini, Zamri merupakan cicit kepada Mat Tukang yang merupakan tukang sarung parang dan keris yang disegani bukan sahaja di sekitar Jelebu, bahkan seluruh Negeri Sembilan.
"Menurut cerita orang tua-tua, banyak hasil kerja moyang saya dibeli oleh Yamtuan Besar Negeri Sembilan dan Undang Luak Jelebu.
"Saya tidak sempat berjumpa dengannya, tetapi masih dapat melihat hasil kerjanya yang saya anggap begitu halus dan berseni.
"Datuk saudara saya, anak Mat Tukang juga seorang tukang sarung parang tetapi tidak begitu aktif, namanya Tok Empat Adnan.
"Selepas Tok Empat, bapa saudara saya, iaitu cucu Mat Tukang, juga dikenali ramai dengan kepandaiannya membuat sarung parang, namanya Yusof tetapi lebih dikenali sebagai Hashim.
"Dia aktif membuat parang sekitar tahun 1980-an hingga 1990-an. Orangnya masih hidup tetapi sudah tidak aktif membuat sarung parang.
"Kini, saya, generasi keempat Mat Tukang yang masih meneruskan warisan tukang besi dan pembuat sarung parang.
"Bakat turun-temurun ini nampaknya akan terus disambung oleh anak sulung saya yang juga ciut Mat Tukang iaitu Muhammad Abqari, 17," ceritanya.
Sungguhpun mewarisi darah tukang parang, Zamri tidak pernah belajar menempa besi atau mengukir sarung parang daripada generasi terdahulu.
Sebaliknya dia mempelajarinya daripada tukang parang dari Jawa dan Kelantan.
Zamri turut belajar teknik menghasilkan besi berkualiti tinggi daripada seorang penyelia warganegara Jepun ketika bekerja di kilang besi di Seremban dahulu.
Semuanya fasal benda2 tajam. - Page 5 Ru_01.3
TEKNIK mengasah mata parang sehingga permukaannya licin, halus dan berkilat adalah kelebihan di bengkel Zamri.

Kini Zamri menggaji lima pekerja di bawah jenama Mentaus Craft. Bermula secara kecil-kecilan, kini perniagaan parang Zamri dianggap antara yang paling berkembang di negara ini.
Selain kehalusan mata parang, keunikan hulu serta sarung parang, perusahaan yang dimulakan di belakang rumah kini sudah bertaraf komersial apabila berupaya mengeluarkan hampir 200 bilah parang sebulan.
Menjelang cuti sekolah atau Hari Raya Korban, tempahan yang diterima pula mampu mencecah dua kali ganda.
"Walaupun pengeluaran kita besar, Mentaus Craft tidak berkompromi dalam soal kualiti. Malah setiap senjata besi, tidak kira pisau, parang atau kerambit, mesti sampai ke tangan saya dahulu untuk diberi sentuhan akhir.
"Dalam proses menyepuh besi misalnya, hanya saya yang boleh melakukannya. Begitu juga dengan ukiran pada hulu dan sarung.
"Bukan tidak percaya dengan keupayaan pekerja, tetapi untuk proses paling penting ini, saya masih mahu mengekalkan sentuhan peribadi supaya pelanggan tidak keliru dengan kualiti Mentaus Craft," ujarnya yang sering dipilih untuk mewakili Negeri Sembilan dalam pameran kraf senjata di peringkat kebangsaan.
Turut berkongsi pelbagai tip penjagaan parang dalam blognya, Zamri percaya ilmu yang kerap diamalkan akan membongkar lebih banyak rahsia dan kelebihan.
"Memang penting tahu dan pandai mengasah parang, sebab satu alat yang masih dalam bentuknya, digunakan dari zaman kuno sampai sekarang ialah jenis keluarga parang," katanya.
Jelas Zamri lagi, tidak kira apa gelarannya, lembing, lading, parang, kelewang, badik, belati, pisau, kerambit, lawi ayam ataupun tumbuk lada, kegunaan besi tajam dianggap terpenting bagi orang Islam untuk menyembelih haiwan dan tidak boleh ditukar ganti.
"Bertitik-tolak daripada itu saya melihat parang mempunyai potensi untuk dijadikan produk perniagaan," jelasnya yang menjual pisau dari harga RM60 hingga RM120 manakala parang di antara RM100 ke RM500 sebilah.
Rahsia
Semuanya fasal benda2 tajam. - Page 5 Ru_01.4
MAN Misai adalah tukang asah parang berpengalaman di Mentaus Craft.

Melihat ketekunan Muhammad Abqari menempa mata besi di bengkel milik bapanya, nyata minat anak muda ini terhadap pembuatan parang bukan sedikit.
"Saya rasa puas bila besi yang bengkok dapat diluruskan, yang tebal dinipiskan dan yang karat dapat dilicinkan.
"Lebih menyeronokkan apabila besi yang berkarat dan tumpul dapat ditajamkan sehingga mampu memotong tulang mahupun paku tebal," katanya.
Gemarkan kerja di bahagian mata parang, Abqari bersama Abdul Rahman Samsudin atau Man Misai, 54, merupakan orang yang bertanggungjawab terhadap pengeluaran mata parang, daripada proses membakar, mengetuk hingga mengasah.
"Proses membuat parang bermula dengan membakar besi hingga warnanya merah menyala. Bagi tujuan membuat parang beberapa jenis besi boleh digunakan antaranya besi bearing, papan chain saw, paku rel kereta api. Lain jenis besi, lain pula jenis kemerahannya.
"Sesudah itu, besi dikeluarkan dari dapur bara sebelum ditempa atau diketuk dengan tukul bagi mendapatkan bentuk parang yang diinginkan sebelum permukaannya diratakan menggunakan mesin pengasah pisau atau grinder.
"Selepas diketuk, mata parang akan melalui proses sepuh bertujuan mengeraskannya. Mata besi yang panas akan dimasukkan ke dalam air tanah liat," ujar Abqari.
Sambungnya lagi, untuk menghasilkan sarung dan hulu parang pula, bapanya akan menggunakan kayu yang berkualiti yang diambil di sekitar kampung.
"Ada juga pelanggan inginkan kayu tertentu. Jika sukar diperolehi, kita akan beli.
"Kayu-kayu tersebut kemudian dikorek di bahagian dalamnya mengikut saiz mata parang dan kemudian dua lapisan kayu tersebut akan dicantum menggunakan gam bagi membentuk sarung.
"Selepas itu, bahagian luarnya akan diukir mengikut motif atau idea tertentu sebelum digosok dengan kertas pasir dan disapu dengan bahan pengilat.
"Setelah sarungnya siap, besi parang akan dimasukkan ke dalam kayu yang telah dibentuk sebagai hulu dan akhir sekali mata parang itu akan diasah menggunakan batu asah sehingga ia tajam," jelas Abqari.
Tidak hanya dijual untuk kegunaan harian, parang keluaran Mentaus Craft juga dijual sebagai cenderahati.
"Jangan terkejut kerana ramai juga yang menempah parang untuk dijadikan hantaran perkahwinan," ujar Zamri.
marc_zman
marc_zman
MODERATOR
MODERATOR

R.I.P
Posts : 16328
Reputation : 611
Join date : 08/06/2010
Location : di atas tanah bekas hutan, paya dan ladang kelapa sawit.. tak tau laaa ntah sapa2 pernah kena tanam kat sini dulu.. kalu ada laa

Back to top Go down

Semuanya fasal benda2 tajam. - Page 5 Empty Re: Semuanya fasal benda2 tajam.

Post by marc_zman Mon 28 Mar 2011, 10:47 am

Keunggulan parang Limbang

Semuanya fasal benda2 tajam. - Page 5 Ru_02.1
SARUNG parang bercorak dam daripada tukang parang bernama Kamarul dari Limbang, Sarawak dianggap unik.

BAGI pengumpul parang, kecantikan dan identiti memainkan memainkan peranan besar dalam pemilihan koleksinya.
Bagi seorang peminat dan pengumpul parang, Zaki Ahmad, kecantikan yang dimaksudkan ialah kecantikan tukangannya termasuk pemilihan besi dan kayu serta reka bentuk mata parang.
"Saya percaya keseimbangan elemen ini akan membentuk parang yang cantik," katanya yang menetap di Limbang, Sarawak.
Menurut Zaki, di Sarawak, ada sesetengah parang merupakan hasil tukangan unik dan identiti sesuatu kaum, contohnya parang ilang yang sinonim dengan suku kaum Iban atau parang pakayun bagi suku kaum Murut.
"Tidak dinafikan juga, ada di kalangan peminat yang memilih koleksinya berdasarkan fungsi parang tersebut. Fungsi akan mempengaruhi bentuk mata parang, contohnya parang untuk menebas, selalunya panjang dan nipis.
"Parang untuk memotong daging pula saiznya lebar, tebal dan berat manakala parang untuk menyembelih, selalunya bermata bengkok ke hadapan dengan panjangnya melebihi 31 sentimeter (sm), dan pelbagai lagi mengikut kesesuaian fungsinya," katanya yang mempunyai 20 parang dalam simpanannya.
Selain meminati parang yang berukir, Zaki juga suka mengumpul parang yang unik contohnya parang dam atau parang yang sarungnya diperbuat daripada kayu yang sukar diperolehi.
"Saya memiliki sebilah pisau lapah buatan Pak Wahid dari Seremban, dan satu lagi masih dalam tempahan dari tukang di Johor, selebihnya buatan tukang dari Sarawak, terutama sekitar Limbang, Lawas, Miri dan Sri Aman.
Apa beza antara parang Semenanjung dengan di Sarawak?
"Parang buatan tukang di Limbang saya anggap lebih unik dan kreatif.
"Motif corak sarung parang selalunya berlekuk-lekuk dan berombak-ombak dengan hulunya agak lurus.
"Kebelakangan ini pula, mata parangnya akan dikilat seperti cermin. Satu daripada parang unik buatan Limbang ialah parang dam. Ia mempunyai hulu dan sarung yang dibuat daripada cantuman kayu yang disusun bercorak-corak.
"Difahamkan, pembuatannya agak rumit dan perlukan kemahiran tinggi. Jika tidak, sarung parang akan mudah patah," katanya yang seminggu sekali akan mengeluarkan parang dari sarungnya untuk dibersihkan.

satu lagi artikel berkenaan parang.. juga dari akhbar yg sama
marc_zman
marc_zman
MODERATOR
MODERATOR

R.I.P
Posts : 16328
Reputation : 611
Join date : 08/06/2010
Location : di atas tanah bekas hutan, paya dan ladang kelapa sawit.. tak tau laaa ntah sapa2 pernah kena tanam kat sini dulu.. kalu ada laa

Back to top Go down

Semuanya fasal benda2 tajam. - Page 5 Empty Re: Semuanya fasal benda2 tajam.

Post by mumuchi Mon 18 Jul 2011, 10:52 am

jeng jeng jeng...mr marc zman..takkan tahun ni pun asyik tengok aja...dah setahun dah takkan tak cukup tabungan lagi ekekekeke pirat

PENGUMUMAN

MENTAUS CRAFTS AKAN MENYERTAI PAMERAN DAN JUALAN SEMPENA 'PROMOSI HASIL LOGAM DAN AIDILFITRI'

TEMPAT : KOMPLEKS KRAFTANGAN JALAN CONLAY, KUALA LUMPUR.

TARIKH : 21 JULAI HINGGA 29 JULAI 2011

MASA : 8.00 PAGI HINGGA 8.00 MALAM
mumuchi
mumuchi
GLOBAL MODERATOR
GLOBAL MODERATOR

Mymil
Posts : 19551
Reputation : 525
Join date : 05/06/2010
Location : Dulu Tempat Lumba Kuda

Back to top Go down

Semuanya fasal benda2 tajam. - Page 5 Empty Re: Semuanya fasal benda2 tajam.

Post by marc_zman Mon 18 Jul 2011, 11:01 am

cis.. macam tau tau jer wa baru dpt cek claim bln lepas.. bahaya ni.. kat mana laaa bang muchi ni pasang toyol dia ni.? tak kan kat workstation wa kot.? impossible.. dia tak pernah melawat opis wa pun

ke dia ada antar parang terbang buat recce.?
ekekekekekeeeee
marc_zman
marc_zman
MODERATOR
MODERATOR

R.I.P
Posts : 16328
Reputation : 611
Join date : 08/06/2010
Location : di atas tanah bekas hutan, paya dan ladang kelapa sawit.. tak tau laaa ntah sapa2 pernah kena tanam kat sini dulu.. kalu ada laa

Back to top Go down

Semuanya fasal benda2 tajam. - Page 5 Empty Re: Semuanya fasal benda2 tajam.

Post by mumuchi Mon 18 Jul 2011, 11:06 am

toyol terbang adalah..aisey man takkan orang tak leh agak claim ko pi utara tu mesti dah dapat punya Razz
mumuchi
mumuchi
GLOBAL MODERATOR
GLOBAL MODERATOR

Mymil
Posts : 19551
Reputation : 525
Join date : 05/06/2010
Location : Dulu Tempat Lumba Kuda

Back to top Go down

Semuanya fasal benda2 tajam. - Page 5 Empty Re: Semuanya fasal benda2 tajam.

Post by marc_zman Mon 18 Jul 2011, 11:08 am

apa plak.. claim pi utara baru antar laaa
bajet tuk cover duit raya tu.. ekekekeee
ni dapat mana punyer claim ntah.. wa pun lupa
alhamdulillah bleh cover skit nak beli dvd plaver baru.. insya Allah
marc_zman
marc_zman
MODERATOR
MODERATOR

R.I.P
Posts : 16328
Reputation : 611
Join date : 08/06/2010
Location : di atas tanah bekas hutan, paya dan ladang kelapa sawit.. tak tau laaa ntah sapa2 pernah kena tanam kat sini dulu.. kalu ada laa

Back to top Go down

Semuanya fasal benda2 tajam. - Page 5 Empty Re: Semuanya fasal benda2 tajam.

Post by bijan Mon 18 Jul 2011, 11:23 am

bukit mertajam masuk kira ke ?
bijan
bijan
Brig General
Brig General

Mymil
Posts : 3142
Reputation : 71
Join date : 11/10/2010
Location : Dalam Sarang ... Tengok bebird terbang depan tingkap

Back to top Go down

Semuanya fasal benda2 tajam. - Page 5 Empty Re: Semuanya fasal benda2 tajam.

Post by mumuchi Mon 18 Jul 2011, 11:32 am

nak kira apa yang tajam BM tu bijan scratch
mumuchi
mumuchi
GLOBAL MODERATOR
GLOBAL MODERATOR

Mymil
Posts : 19551
Reputation : 525
Join date : 05/06/2010
Location : Dulu Tempat Lumba Kuda

Back to top Go down

Semuanya fasal benda2 tajam. - Page 5 Empty Re: Semuanya fasal benda2 tajam.

Post by marc_zman Mon 18 Jul 2011, 11:40 am

ada kang si budak bijan ni kena sunat buat kali kedua
bang muchi.. pinjam parang panjang sat
ekekekekekeee
marc_zman
marc_zman
MODERATOR
MODERATOR

R.I.P
Posts : 16328
Reputation : 611
Join date : 08/06/2010
Location : di atas tanah bekas hutan, paya dan ladang kelapa sawit.. tak tau laaa ntah sapa2 pernah kena tanam kat sini dulu.. kalu ada laa

Back to top Go down

Semuanya fasal benda2 tajam. - Page 5 Empty Re: Semuanya fasal benda2 tajam.

Post by bijan Mon 18 Jul 2011, 2:07 pm

marc_zman wrote:ada kang si budak bijan ni kena sunat buat kali kedua
bang muchi.. pinjam parang panjang sat
ekekekekekeee

jangan woooo bahaya ... sekali cukup la ... tak sanggup lagi kene kejar dalam Arrow ladang getah ... huh

bijan
bijan
Brig General
Brig General

Mymil
Posts : 3142
Reputation : 71
Join date : 11/10/2010
Location : Dalam Sarang ... Tengok bebird terbang depan tingkap

Back to top Go down

Semuanya fasal benda2 tajam. - Page 5 Empty Re: Semuanya fasal benda2 tajam.

Post by MMW Mon 18 Jul 2011, 2:20 pm

marc_zman wrote:ada kang si budak bijan ni kena sunat buat kali kedua
bang muchi.. pinjam parang panjang sat
ekekekekekeee

Jangan marc... kesian la kat bijan... tak kawin dia nanti What a Face What a Face What a Face
MMW
MMW
Colonel
Colonel

Mymil
Posts : 2269
Reputation : 159
Join date : 07/03/2011
Age : 53
Location : Cheras

Back to top Go down

Semuanya fasal benda2 tajam. - Page 5 Empty Re: Semuanya fasal benda2 tajam.

Post by bijan Mon 18 Jul 2011, 2:22 pm

MMW wrote:
marc_zman wrote:ada kang si budak bijan ni kena sunat buat kali kedua
bang muchi.. pinjam parang panjang sat
ekekekekekeee

Jangan marc... kesian la kat bijan... tak kawin dia nanti What a Face What a Face What a Face

shhhhhh
bijan
bijan
Brig General
Brig General

Mymil
Posts : 3142
Reputation : 71
Join date : 11/10/2010
Location : Dalam Sarang ... Tengok bebird terbang depan tingkap

Back to top Go down

Semuanya fasal benda2 tajam. - Page 5 Empty Re: Semuanya fasal benda2 tajam.

Post by bijan Mon 18 Jul 2011, 5:04 pm

phyxius wrote:
MMW wrote:
marc_zman wrote:ada kang si budak bijan ni kena sunat buat kali kedua
bang muchi.. pinjam parang panjang sat
ekekekekekeee

Jangan marc... kesian la kat bijan... tak kawin dia nanti What a Face What a Face What a Face

shhhhhh

kalau korang nak kena sekali lagi ke ?
bijan
bijan
Brig General
Brig General

Mymil
Posts : 3142
Reputation : 71
Join date : 11/10/2010
Location : Dalam Sarang ... Tengok bebird terbang depan tingkap

Back to top Go down

Semuanya fasal benda2 tajam. - Page 5 Empty Re: Semuanya fasal benda2 tajam.

Post by bijan Mon 18 Jul 2011, 9:43 pm

phyxius wrote:bukit mertajam masuk kira ke ?
bijan
bijan
Brig General
Brig General

Mymil
Posts : 3142
Reputation : 71
Join date : 11/10/2010
Location : Dalam Sarang ... Tengok bebird terbang depan tingkap

Back to top Go down

Semuanya fasal benda2 tajam. - Page 5 Empty Re: Semuanya fasal benda2 tajam.

Post by marc_zman Mon 21 Nov 2011, 2:11 pm

mana ankle muchi ni? wa mau tanya.. dia ari sabtu mlm ahad lepas ada tgk majalah 3 x? citer utama pasal pembuat parang kuala pilah tu.. huhuhuhuuu.. wa x sempat tgk coz bawak ILs keluor makan malam.. huhuhuhuuuu
marc_zman
marc_zman
MODERATOR
MODERATOR

R.I.P
Posts : 16328
Reputation : 611
Join date : 08/06/2010
Location : di atas tanah bekas hutan, paya dan ladang kelapa sawit.. tak tau laaa ntah sapa2 pernah kena tanam kat sini dulu.. kalu ada laa

Back to top Go down

Semuanya fasal benda2 tajam. - Page 5 Empty Re: Semuanya fasal benda2 tajam.

Post by mumuchi Mon 21 Nov 2011, 3:33 pm

wa tengok pun kat warung sikit2..citer biasa aja..yang mentaus aja...ghopernya member2 berguru ngan pakar ganu dan kelate dan boleh buat both bahagian besi dan sarung...sarung ambik kat hutan ujung kampung...itu aja den sempat tengok harap maklum hik hik hik..
mumuchi
mumuchi
GLOBAL MODERATOR
GLOBAL MODERATOR

Mymil
Posts : 19551
Reputation : 525
Join date : 05/06/2010
Location : Dulu Tempat Lumba Kuda

Back to top Go down

Semuanya fasal benda2 tajam. - Page 5 Empty Re: Semuanya fasal benda2 tajam.

Post by marc_zman Mon 21 Nov 2011, 4:45 pm

wooo.. kira citer biasak jer laaa.. ingat kan ada laaa apa2 yg best tadik.. btw, dia ada ajar ke petua tau cara nak asah parang ni? guna batu asah yg kasar? halus? ada tukang parang x kasik asah pakai mesin, ada yg kata ok.. wa pun kompius

yg wa tak kompius, parang wa sudah lawan taukey dia.. walaupun minor cut tapi nyaris2 terbelah ibu jari wa aritu.. me bad.. huhuhuhuuu..
marc_zman
marc_zman
MODERATOR
MODERATOR

R.I.P
Posts : 16328
Reputation : 611
Join date : 08/06/2010
Location : di atas tanah bekas hutan, paya dan ladang kelapa sawit.. tak tau laaa ntah sapa2 pernah kena tanam kat sini dulu.. kalu ada laa

Back to top Go down

Semuanya fasal benda2 tajam. - Page 5 Empty Re: Semuanya fasal benda2 tajam.

Post by mumuchi Mon 21 Nov 2011, 9:50 pm

Aku rasa dlm blog dia memang siap letak utube cara2 asah parangla. Kat blog aku ada link. Wei aku tgk jap aja. Kut ada pun aku tak tau ma.
mumuchi
mumuchi
GLOBAL MODERATOR
GLOBAL MODERATOR

Mymil
Posts : 19551
Reputation : 525
Join date : 05/06/2010
Location : Dulu Tempat Lumba Kuda

Back to top Go down

Semuanya fasal benda2 tajam. - Page 5 Empty Re: Semuanya fasal benda2 tajam.

Post by powerw00t Mon 21 Nov 2011, 10:04 pm

Aku asah parang kukri aku guna grinder, mata pasir 120.... mmg kilat gila. Tuhari masa lapah daging korban main layang aja... tak malulah performance setara dgn tumbuk lada dorang buat lapah daging.
powerw00t
powerw00t
Major General
Major General

Mymil
Posts : 7424
Reputation : 360
Join date : 19/04/2010
Location : Kuala Sg Baru, Melaka

Back to top Go down

Semuanya fasal benda2 tajam. - Page 5 Empty Re: Semuanya fasal benda2 tajam.

Post by tin Mon 21 Nov 2011, 10:35 pm

eh power, kat mana bleh beli kukri ek?
tin
tin
Kehormat MyMil

Mymil
Posts : 6841
Reputation : 235
Join date : 06/06/2010
Location : Mymil's village idiot

Back to top Go down

Semuanya fasal benda2 tajam. - Page 5 Empty Re: Semuanya fasal benda2 tajam.

Post by atreyudevil Tue 22 Nov 2011, 12:04 am

ada jual kukri ka kat Msia?
atreyudevil
atreyudevil
ADMIN
ADMIN

Mymil
Posts : 9582
Reputation : 602
Join date : 19/04/2010
Location : Kuantan

https://www.facebook.com/?ref=logo#!/profile.php?id=1000002088986

Back to top Go down

Semuanya fasal benda2 tajam. - Page 5 Empty Re: Semuanya fasal benda2 tajam.

Post by powerw00t Tue 22 Nov 2011, 7:15 am

tin wrote:eh power, kat mana bleh beli kukri ek?

hehe.... kukri acah-acah daa.... arwah orang tua tempa 'kukri' ni guna besi spring gantung lori buruk, suruh orang lain buatkan.

Semuanya fasal benda2 tajam. - Page 5 2011-11-22%2B07.54.14
powerw00t
powerw00t
Major General
Major General

Mymil
Posts : 7424
Reputation : 360
Join date : 19/04/2010
Location : Kuala Sg Baru, Melaka

Back to top Go down

Semuanya fasal benda2 tajam. - Page 5 Empty Re: Semuanya fasal benda2 tajam.

Post by Sponsored content

Sponsored content

Back to top Go down

Page 5 of 15 Previous  1, 2, 3, 4, 5, 6 ... 10 ... 15  Next

Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum