Malaysia's Military, Police and Security Agencies
Welcome to the battlefield, soldier!

MyMil adalah bod perbincangan berkenaan ketenteraan, agensi2 penguatkuasaan yang ada di Malaysia dan juga di serata dunia. Daftar sekarang untuk menikmati paparan perbincangan berinformasi sambil bersantai. Ahli2 yg baru akan digugurkan daripada senarai sekiranya tidak aktif dalam masa yg terdekat. Berforumlah dengan berhemah.

Terima kasih.

Admin dan moderator MyMil

Important Notice: The views and opinions expressed on the forum or the related pages are of the owner alone, and are not endorsed by Mymil, nor is Mymil responsible for them. Due to the nature of the Internet forum is in real time, Mymil does not, and can not censor any submission, but asks that each user use discretion and respect for other users, and does not contribute any word that is unlawful, harmful, threatening, abusive, harassing, tortious, defamatory, vulgar, obscene, libelous, invasive of another's privacy, hateful, or racially, ethnically or otherwise objectionable. Mymil reserve the right to withhold and/or remove any link that might possibly hold an individual, entity or group ridicule, potential embarrassment or potential defamation. Mymil also reserves the right to accept, edit and/or remove any link that is deemed inappropriate in any way.

Join the forum, it's quick and easy

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Latest topics
» Sembang Medan Selera Pak Jebat V44
by HangPC2 Sat 27 Aug 2022, 5:36 pm

» Halo semua
by matamata Mon 25 Oct 2021, 9:56 pm

» Cerita Rakyat
by mumuchi Sun 05 Sep 2021, 10:35 am

» Konfrontasi Malaysia-Indonesia 1962-66
by mumuchi Sun 05 Sep 2021, 10:28 am

» PAINTBALL - Come get some...
by pisang Tue 13 Dec 2016, 1:53 pm

» Baru balik
by pisang Mon 12 Dec 2016, 5:47 pm

» Jaket camo
by atreyudevil Fri 15 Jul 2016, 4:17 pm

» Nusantara Total War: Portuguese Invasion
by Adib Mon 22 Feb 2016, 7:57 pm

» Rekrut baru disini
by kapokbesi Thu 11 Feb 2016, 4:32 pm

» Keretapi Tanah Melayu Berhad
by zacky.uesoff Thu 04 Feb 2016, 11:00 pm

» ALL ABOUT HAM RADIO (AMATEUR RADIO STATION)
by kapokbesi Mon 16 Nov 2015, 12:42 pm

» BACKPACKING
by venez Tue 31 Mar 2015, 5:11 pm

» Rekrut 2015
by atreyudevil Sun 29 Mar 2015, 8:34 pm

» Sejarah Pangkalan-Pangkalan Udara TUDM
by venez Tue 24 Mar 2015, 11:02 am

» MyMil useful website lists
by atreyudevil Sat 24 Jan 2015, 11:17 pm

» WIP - Work In Progress
by yaminz Fri 26 Dec 2014, 12:06 pm

» Model Collections
by yaminz Fri 26 Dec 2014, 11:58 am

» Rekrut October & November 2014
by atreyudevil Sat 20 Dec 2014, 7:07 am

» Bola Cafe: MALAYSIA!
by HangPC2 Sun 14 Dec 2014, 12:35 pm

» Tayar Pirelli boleh tahan!
by venez Wed 10 Dec 2014, 4:27 pm

Statistics
We have 511 registered users
The newest registered user is Belarus

Our users have posted a total of 172030 messages in 1322 subjects
MyMil at Facebook
Like/Tweet/+1

Peristiwa Di Mahkamah Agung Benadir, Somalia 27 September 1993

+14
heavyduty
lanunselat
Foxtrot
powerw00t
bijan
samuraisan
azim09
anya8797
tin
sbbs
venez
marc_zman
mumuchi
superhornet
18 posters

Page 1 of 2 1, 2  Next

Go down

Peristiwa Di Mahkamah Agung Benadir, Somalia 27 September 1993 Empty Peristiwa Di Mahkamah Agung Benadir, Somalia 27 September 1993

Post by superhornet Thu 17 Mar 2011, 4:03 pm

Salam semua .. umum mengetahui penglibatan trup kiter di somalia dan yang paling terkenal adalah peristiwa di Pasar Bakara ... mungkin sebelum ni pernah ada diceritakan, dibincangkan atau tidak , teman tak pasti cuma baru2 nie teman ada baca dalam perajurit tentang peristiwa di Mahkamah Agung Benadir .. aper yg dicerita bagi teman adalah ringkas tidak seperti peristiwa di Pasar Bakara, jadik pada rakan mymil semua jika ada sesaper yg tahu tentang peristiwa ini dengan lebih lanjut boleh lah kongsi kat sini ...
superhornet
superhornet
Lt Colonel
Lt Colonel

Mymil
Posts : 1849
Reputation : 86
Join date : 28/04/2010
Location : Malaysia bumi bertuah

Back to top Go down

Peristiwa Di Mahkamah Agung Benadir, Somalia 27 September 1993 Empty Re: Peristiwa Di Mahkamah Agung Benadir, Somalia 27 September 1993

Post by mumuchi Thu 17 Mar 2011, 4:05 pm

1st time dengar..apa kes?
mumuchi
mumuchi
GLOBAL MODERATOR
GLOBAL MODERATOR

Mymil
Posts : 19551
Reputation : 525
Join date : 05/06/2010
Location : Dulu Tempat Lumba Kuda

Back to top Go down

Peristiwa Di Mahkamah Agung Benadir, Somalia 27 September 1993 Empty Re: Peristiwa Di Mahkamah Agung Benadir, Somalia 27 September 1993

Post by marc_zman Thu 17 Mar 2011, 4:07 pm

bro SH.. mintak tolong taip balik tau ceritakan skit peristiwa ni kat geng-geng lain.. cam wa dah beli & baca Perajurit mmg dapat laaa skit info.. bagi geng-geng lain mungkin masih tertanya-tanya
marc_zman
marc_zman
MODERATOR
MODERATOR

R.I.P
Posts : 16328
Reputation : 611
Join date : 08/06/2010
Location : di atas tanah bekas hutan, paya dan ladang kelapa sawit.. tak tau laaa ntah sapa2 pernah kena tanam kat sini dulu.. kalu ada laa

Back to top Go down

Peristiwa Di Mahkamah Agung Benadir, Somalia 27 September 1993 Empty Re: Peristiwa Di Mahkamah Agung Benadir, Somalia 27 September 1993

Post by venez Thu 17 Mar 2011, 4:07 pm

nih misi menyelamat ke?
venez
venez
ADMIN
ADMIN

Mymil
Posts : 17389
Reputation : 581
Join date : 19/04/2010
Age : 46
Location : AFNG

http://venez2.blogspot.com

Back to top Go down

Peristiwa Di Mahkamah Agung Benadir, Somalia 27 September 1993 Empty Re: Peristiwa Di Mahkamah Agung Benadir, Somalia 27 September 1993

Post by marc_zman Thu 17 Mar 2011, 4:12 pm

nope.. 1 platun Malbatt provides security element masa majlis perasmian mahkamah agung ni.. pastu orang allahyarham farah aideed serang..
marc_zman
marc_zman
MODERATOR
MODERATOR

R.I.P
Posts : 16328
Reputation : 611
Join date : 08/06/2010
Location : di atas tanah bekas hutan, paya dan ladang kelapa sawit.. tak tau laaa ntah sapa2 pernah kena tanam kat sini dulu.. kalu ada laa

Back to top Go down

Peristiwa Di Mahkamah Agung Benadir, Somalia 27 September 1993 Empty Re: Peristiwa Di Mahkamah Agung Benadir, Somalia 27 September 1993

Post by mumuchi Thu 17 Mar 2011, 4:19 pm

wa gugel nampak macam perajurit ambik dari porem PP yang mengambik dari buku ini..

[You must be registered and logged in to see this image.]

Petikan dari blog : Yastro On Line

Peristiwa Pertempuran Di Mahkamah Agung Benadir.

Majlis Pembukaan Mahkamah Agung Benazir pada 27 September 1993
menjadi satu peristiwa penting kepada proses damai di Somalia yang telah lama bergolak dengan perang saudara. Ia menandakan pemulihan semula sistem keadilan
dan undang-undang. Namun begitu ada golongan yang tidak senang dengan kewujudan
semula mahkamah dan cuba mengagalkan usaha murni UNOSOM II membawa kedamaian di
negara itu.

Bagi kumpulan ini, penubuhan Mahkamah Agung itu adalah
sebagai suatu usaha menafikan kuasa dan pengaruh kumpulan mereka keatas rakyat
Somalia. Salah satu kumpulan tersebut termasuklah kumpulan yang di ketuai
Jeneral Farah Aideed.

Mereka merancang hendak menculik pegawai perundangan UNOSOM
II yang menghadiri majlis pembukaan tersebut. UNOSOM II sedar tentang ancaman
yang mungkin di hadapi telah mengarahkan pasukan pengaman dari Negara Ameriyah
Arab Bersatu (UAE) membuat kawalan di sekitar kawasan mahkamah ketika majlis
berlangsung.

Pasukan Pengaman Malaysia (Malaysia Batalion-MALBATT) pula
di kehendaki membantu pasukan pengaman UAE membuat kawalan. Pasukan Pengaman
Pakistan bertanggung jawab menjadi pengiring kepada Pegawai Perundangan UNOSOM
II. Pembahagian tugas seperti ini adalah biasa di kalangan pasukan pengaman
pelbagai negara. Mereka saling bekerjasama antara satu sama lain dalam memikul
tanggungjawab berat memulihkan keamanan ke atas negara yang hampir musnah
akibat persengketaan berlarutan hampir 3 tahun itu.

Sehari sebelum majlis tersebut berlangsung, 26 September 1993.
Jam menunjukkan pukul 9.00 malam. Mejar Abd Rashid bin Ahmad, Ketua Kompeni B
masih di pejabatnya apabila dia di datangi timbalannya, Kapten Mohd Halim bin
Khalid.

"Assalamualaikum, Tuan!" kata Kapten Mohd Halim
sambil memberi tabik hormat kepada Mejar Abd Rashid. Beliau menjawab salam dan
mempersilakan Kapten Mohd Halim duduk. "Ada apa Mejar?"

Tanya Kapten Mohd Halim. "Kompeni B di arahkan
menghantar satu platun bagi membantu kawalan di Mahkamah esok" jawab Mejar
Abd Rashid.

Kapten Mohd Halim teringat kepada arahan yang di terima
sebelum itu dari Markas UNOSOM II meminta satu platun MALBATT bagi membantu
pasukan UAE membuat kawalan esok. Di sebabkan komander pasukan MALBATT tiada,
Leftenan Kolonel Mohd Rozi bin Baharom selaku Timbalan Komander telah
mengarahkan Mejar Abd Rashid menyiapkan satu platun dari kompeni B untuk
melaksanakan tugasan itu.

"Siapa yang akan pergi esok Tuan?" tanya Kapten
Halim "Platun 5 " jawab LK M Rozi. "Tapi tuan, Ketua platun 5
sedang bercuti" Kapten Halim mengingatkan. "Ya saya tahu, sebab tu
saya panggil awak.Saya dah arahkan Leftenan Salmi ambil alih platun 5, tapi
memandangkan tugas ini penting saya nak awak ikut sekali esok."

"Baik Tuan" dengan senang hati Kapten Halim
menerima amanah yang diberikan. Di dalam hatinya sedikit bimbang juga kerana
sejak akhir-akhir ini serangan ke atas pasukan pengaman makin menjadi-jadi. Walau
pun Leftenan Salmi bin Istikh Ahmad masih baru dalam bidang mekanis tapi ini
tidak bermakna beliau tidak mampu memimpin platun tersebut. Tetapi operasi esok
walaupun hanya sebagai pasukan bantuan sangat penting sebab itu Kapten Halim
ikut serta.

Setelah selesai membincangkan tentang kelengkapan dan
persediaan operasi Kapten Halim pun beredar. Lebih kurang pukul 6.30 pagi 27
September 1993, Kapten Halim dan Leftenan Salmi bersama 34 anggota Lain-lain
Pangkat (LLP) daripada Platun 5 bergerak dari Markas MALBATT yang terletak di
Kem Lapangan Terbang ke kawasan Sea Port. Di situ Kapten Halim melapor diri
kepada Pegawai Memerintah Batalion UAE iaitu Leftenan Kolonel Mal untuk
diberikan taklimat operasi.

"Kapten, saya mahu platun awak untuk buat kawalan di sekitar kawasan mahkamah. Pasukan UAE
sudah berada di sana. Kawasan sekitar sudah di bersihkan oleh mereka" arah
Leftenan Kolonel Mal.

Kapten Halim merasa kurang senang dengan arahan yang di
terimanya yang berbeza dengan permintaan asal iaitu membantu pasukan UAE
sekiranya berlaku sesuatu yang tidak di ingini. Sesuai dengan peranan Pasukan
MALBATT sebagai Pasukan Tindakan Cepat (Quick Reaction Force-QRF). "Kalau
begitu saya minta Leftenan Brand bersama saya bagi memudahkan perhubungan dan
bantuan, sekiranya perlu" cadang Kapten Halim.

Leftenan Brand adalah
pegawai perhubungan udara Tentera Amerika. "Oh, tidak! Saya rasa Leftenan
Brand lebih baik berada di sini. Dari sini lebih senang untuk selaraskan
bantuan udara" sanggah Leftenan Kolonel Mal. Biarpun tidak setuju, Kapten
Halim hanya mendiamkan diri kerana tak mahu mengeruhkan suasana. "Saya
mahu awak kawal kawasan ini. Letakkan Armoured Personnel Carrier (APC) awak di
sini, sini, sini dan di sini" perintah Leftenan Kolonel Mal sambil
tangannya menunjuk-nunjuk di atas satu lakaran kawasan bangunan mahkamah.
"Ada apa-apa soalan?" Tanya Leftenan Kolonel Mal.

"Bagaimana saya hendak berhubung dengan pihak Tuan?"
tanya Kapten Halim. "Gunakan gelombang ini" jawab Leftenan Kolonel
Mal sambil menulis beberapa saluran gelombang yang boleh di hubungi. Senarai
itu kemudian diserahkannya kepada Kapten Halim.

Kapten Halim dan Platun 5 tiba ke kawasan mahkamah lebih
kurang pukul 8.00 pagi. Masih ada tempoh sejam sebelum upacara perasmian
bermula. Kapten Halim mengatur kereta perisainya di empat penjuru bangunan. Satu
di setiap penjuru seperti yang dirancang. Dia kemudian membawa kereta
perisainya ke dalam kawasan mahkamah. Bagi menguatkan lagi pertahanan pasukan
MALBATT, Kapten Halim mengambil keputusan meletakkan 3 kumpulan penembak tepat (sniper)
di atas bumbung mahkamah. Kedudukan yang lebih tinggi di atas bumbung memberi
mereka pemandangan kawasan sekitar yang lebih baik. Setiap kumpulan mengandungi
2 orang anggota.

Kumpulan 1 di anggotai oleh Koperal Halim dan Prebet Rosli. Mereka
di bekalkan dengan Mesingan Pelbagai Guna dan Raifal M16 lengkap dengan
Pelancar Grenad M203, juga sebuah Set Radio Komunikasi.

Kumpulan 2 pula di anggotai Lans Koperal Ramli dan Prebet
Zaini. Lans Koperal Ramli membawa Raifal M 16 manakala Prebet Zaini dibekalkan
dengan Sub Mesingan HK MP5. Prebet Zaini mengambil kedudukan di penjuru
berhampiran tangga manakala Lans Koperal Ramli jauh di belakang.

Kumpulan 3 pula terdiri daripada Lans Koperal Rosli dan
Prebet Jamari. Kedudukan mereka di tepi tangga besi di luar bangunan. Mereka
kemudian dibekalkan Radio Komunikasi bagi memudahkan perhubungan. Ketika
menyusun Kumpulan Penembak Tepat, Kapten Halim tak bertemu dengan seorangpun
Pasukan UAE di sekitar kawasan mahkamah seperti dakwaan Leftenan Kolonel Mal.

"Jangan kata orang, bayangnya pun tak nampak" fikir
Kapten Halim. Sebagai seorang pegawai yang berpengalaman, beliau mengambil
tindakan proaktif. Bersama beberapa orang anggota, beliau memeriksa sendiri
kawasan sekitar bagi memastikan ia benar-benar bebas dari sebarang ancaman
berbahaya. Penduduk sekitar tidak menunjukkan apa-apa reaksi mencurigakan. Mereka
menjalankan aktiviti harian seperti biasa, urusan jual beli sedang rancak
berjalan dan kanak-kanak sedang bermain di tepi-tepi jalan. Kanak-kanak dan
orang awam cuba berkomunikasi dengan anggota-anggota MALBATT.

Permandangan biasa di mana saja mereka di tugaskan mereka di
sambut dengan baik. Setelah pasti semuanya selamat dan pasukannya dalam
kedudukan sepatutnya beliau menghubungi Leftenan Kolonel Mal mengunakan saluran
gelombang yang di berikan. Tiada jawapan. Setelah beberapa kali beliau bertukar
ke saluran kedua, pun tiada jawapan. Setelah semua gelombang yang di berikan
Leftenan Kolonel Mal gagal di hubungi, Kapten Halim terpaksa menghubungi Markas
MALBATT untuk melaporkan keadaan pasukan. Setelah itu dia pergi berjumpa
pegawai awam mahkamah.

"Pasukan saya
sudah berada dalam kedudukan." beritahu Kapten Halim

"Terima kasih,
Tuan. Saya akan maklumkan" jawab pegawai itu.

"Pukul berapa upacara bermula?"..."Pukul 9.00
pagi."

Jam menunjukkan pukul
10.00 pagi apabila 3 pegawai perundangan UNOSOM II tiba menaiki dua buah Land
Rover awam di iringi dua buah APC Pasukan Pakistan. Mereka terdiri dari Micheal
Aradika dari Ghana selaku ketua kumpulan serta dua orang lagi Jim Acally dan
Kenneth Lain.

Sebaik tiba mereka terus masuk ke dalam bangunan mahkamah
untuk meneruskan upacara. Kapten Halim masih terus berhubung dengan Markas
MALBATT. Beliau di beritahu sumber perisikan yang memperolehi laporan dari
helikopter yang membuat tinjauan udara, terdapat pergerakan sekumpulan militia
Somalia bersenjata mara ke kawasan Mahkamah Agung Benadir. Mengikut laporan itu
lagi, di anggarkan kekuatan kumpulan militia itu antara 10 ke 15 orang. Sebaik
menerima maklumat itu, kapten Halim terus menyalurkannya kepada anggota-anggota
lain sambil memberi ingatan agar terus berwaspada. Upacara itu selesai pukul 11.00
pagi dan seramai 50 orang pegawai perundangan dan Hakim Somalia mula beredar
meningalkan bangunan mahkamah.

Tiga orang Pegawai Perundangan UNOSOM II tidak terus beredar
tapi masih berbual-bual di perkarangan mahkamah. Menyedari bahaya yang
kemungkinan berlaku sekiranya mereka di serang, Kapten Halim segera mendapatkan
mereka dan menasihatkan mereka supaya beredar dengan segera.

"Tuan, saya rasa lebih baik tuan kembali ke kawasan
penjara dengan segera. Kami mendapat laporan ada militia Somalia dalam
perjalanan ke sini" Kapten Halim memberitahu dengan sopan. Ketiga-tiga
Pegawai Perundangan UNOSOM II masih belum berganjak sebaliknya terus berbual-bual.
Setelah menunggu seketika, Kapten Halim pergi mendapatkan mereka dan
memberitahu sekali lagi supaya mereka kembali ke kawasan penjara. Kali ini
dengan nada yang sedikit tegas. "Tuan, keadaan semakin bahaya, lebih baik
beredar sekarang juga" tegur Kapten Halim. "Tak apa, suruh pasukan
pengiring pergi dahulu. Tak payah tunggu kami" jawab Micheal Aradika.
"Tak boleh tuan, mereka di arahkan untuk mengiringi tuan-tuan kembali ke
kawasan penjara kalau terjadi apa-apa mereka akan di persalahkan" bantah
Kapten Halim. Geram juga hatinya melihatkan kerenah mereka. Ketiga-tiga pegawai
itu mula berbelah bahagi mengenai pasukan pengiring.

Mereka mula bertengkar sesama sendiri. Micheal beriya-iya
tidak mahu mengunakan khidmat pasukan pengiring dari pasukan tentera Pakistan. Kapten
Halim hanya memerhati gelagat mereka. Akhirnya mereka membuat keputusan agar
Pasukan Pengiring Pakistan menunggu di penjara. Mereka akan pergi ke penjara
dengan menaiki Pajero tanpa pengiring. Dari Penjara mereka akan di iringi ke
Markas UNOSOM II. Kapten Halim terpaksa akur dengan keputusan mereka. Dia
kemudian di minta untuk memandu Pasukan Pakistan ke Penjara kerana mereka tidak
tahu jalan hendak ke sana. Kapten Halim terus keluar menemui Pasukan Pakistan
untuk mengatur pergerakan. Pada masa yang sama, di luar orang awam Somalia yang
tadinya ramai kini beransur-ansur kurang dan akhirnya terus hilang dari kawasan
sekitarnya. "Ada yang tak kena ni" fikir Sarjan Sarizan. Dia terus
memberitahu perubahan keadaan kepada anggota-anggota lain sambil mengingatkan
mereka agar jangan leka dan terus berwaspada. Tiba-tiba dia di datangi oleh
seorang pemuda Somalia yang menunjuk ke arah sebuah rumah. Di tingkat atas
rumah tersebut kelihatan seorang wanita. Di sebabkan batasan komunikasi wanita
itu cuba memberitahu sesuatu melalui isyarat tangan. Sarjan Sarizan faham
wanita itu cuba memberitahunya sesuatu sedang berlaku di dalam rumahnya.

Dengan penuh berhati-hati Sarjan Sarizan cuba merapati
dinding rumah itu. Baru sampai ke tangga, BAM! BAM! Dua das tembakan di
lepaskan dari tingkat atas rumah itu. Serentak dengan itu tembakan bertubi-tubi
seperti bertih goreng kedengaran dari pelbagai arah. Sarjan Sarizan terus
berlari mendapatkan perlindungan di dalam kereta perisainya. Dia terus membalas
tembakan dari dalam kereta perisainya. Lans Koperal Ramli yang berada di atas
bangunan mendengar tembakan yang di lepaskan dan tembakan balas APCMALBATT dari
arah hadapan bangunaan.

Ketika itu juga terdengar bunyi riuh rendah suara orang di
bahagian belakang bangunan. Beliau mengangkat kepala untuk melihat dari
belakang tembok dan dia mendapati ada tujuh Militia Somalia di situ. Dia
mengangkat senjata dan menenang untuk menembak mereka. Ketika baru hendak
menarik picu senjatanya, BAM!BAM!BAM! tembakan bertubi-tubi dari bangunan
sebelah. Nasib baik Militia Somalia kebanyakan tidak terlatih, tembakan itu
mengenai tembok batu tempat beliau berlindung. Beliau mengangkat kepala sekali
lagi untuk membalas tembakan, tapi sekali lagi dia di hujani dengan tembakan
bertubi-tubi. Beberapa kali dia cuba membalas tembakan tetapi setiap kali
itulah dia menjadi tumpuan tembakan. Dia berubah kedudukan dengan merangkak ke
bucu sebelah kiri bangunan.

Tetap sama dia menjadi tumpuan tembakan bertubi-tubi militia
Somalia. Sahlah! Dia sedang di perhati dan di awasi oleh penembak hendap
Militia Somalia. Kapten Halim yang sedang berbincang dengan ketua pasukan
Pengiring Pakistan apabila mendengar bunyi tembakan Mesingan dan Pelancar Roket
Granade 7 (Rocket Propelled Granade 7-RPG 7). Dia terus berlari mendapatkan
Kereta Perisainya. Dari dalam Kereta Perisainya berhubung dengan anggota
melalui radio komunikasi untuk mengetahui apa yang sedang berlaku. Mereka
melaporkan belum dapat melihat arah kemaraan musuh dan tembakan dilepaskan dari
pelbagai arah.

Kumpulan Penembak Tepat juga melaporkan mereka tidak dapat
memastikan arah kemaraan musuh kerana menjadi sasaran tembakan penembak hendap
Militia Somalia. Menyedari Kumpulan Penembak Tepat menjadi sasaran tembakan
bertubi-tubi Militia Somalia menyebabkan mereka sukar memainkan peranan dengan
berkesan, Kapten Halim mengarahkan mereka segera turun ke bawah. Kumpulan 1
yang di anggotai Koperal Halim dan Prebet Rosli berjaya turun setelah
pertempuran berlangsung beberapa minit. Mereka kemudian menaiki APC3 dan membalas
tembakan dari dalam kenderaan. APC2 melaporkan kepada Kapten Halim pergerakan
segerombolan Militia dari arah laut menuju ke mahkamah.

Tembakan di lepaskan secara membabi-buta dari celah-celah
tingkap dan lubang-lubang di dinding ke arah mahkamah (Rumah dan bangunan di
Somalia banyak yang berlubang bekas tembusan peluru hasil perang saudara yang
berlarutan). Kapten Halim mengarahkan anggotanya membalas tembakan ke arah
musuh dan tidak menembak secara melulu demi menjaga keselamatan orang awam yang
tinggal di kawasan sekitar. Walaupun di hujani peluru, pasukan MALBATT masih
dalam pertimbangan Kapten Halim membawa kereta perisainya masuk ke dalam
perkarangan Mahkamah mencari tiga orang pegawai perundangan UNOSOM II yang kini
sudah terperangkap di dalam bangunan mahkamah. Di dalam bangunan beliau menemui
mereka di dalam sebuah bilik bersama beberapa pegawai perundangan Somalia. Pegawai
Somalia itu berjanji akan menjaga ketiga-tiga pegawai UNOSOM II yang kini mula
tergambar perasaan cemas di muka masing-masing. Kapten Halim kemudian bergegas
pula pergi mendapatkan Kereta Perisainya untuk menyampaikan laporan terkini
kepada Markas MALBATT.

Beliau berulang-alik beberapa kali dari kereta perisainya ke
dalam bangunan mahkamah kerana pegawai UNOSOM II yang ketakutan memintanya
bersama-sama menemani mereka. Tembakan Militia Somalia terus menembak dengan
mengunakan mesingan, senjata ringan, RPG 7 dan bom tangan. Anggota MALBATT
mempertahankan kedudukan mereka dengan membalas tembakan dan membaling bom
tangan ke arah Militia Somalia. Setelah bertempur dengan sengit selama lebih
kurang sejam, Kapten Halim kemudiannya memdapat tahu salah seorang Pegawai
perundangan Somalia cuba berhubung dan berunding dengan kumpulan Militia. Pegawai
Somalia itu memberitahu sekiranya pasukan MALBATT menghentikan tembakan mereka
juga akan berhenti menembak. Kapten Halim segera mengarahkan anggotanya
menghentikan tembakan, tetapi Militia Somalia masih terus-menerus melepaskan
tembakan. Kapten Halim mengarahkan anggotanya membalas kembali tembakan. Pegawai
Somalia tersebut kemudian memberitahu Kapten Halim pihak Militia Somalia
mahukan ketiga-tiga pegawai UNOSOM II sebagai tebusan barulah mereka berundur. Kapten
Halim berasa tercabar dengan permintaan pihak Militia Somalia. Dia tidak akan
sekali-kali menyerahkan pegawai UNOSOM II sebagai tebusan.

Ini prinsip yang di junjung tentera darat dalam Sumpah
Kesatria. Tidak sekali-kali mengenal menyerah. Biar putih tulang jangan putih
mata. Dengan sikap pantang menyerah sebelum bertarung, permintaan Militia
Aideed tersebut ditolak mentah-mentah. Permintaan tersebut dijawab dengan
tembakan berterusan oleh Kapten Halim dan anggotanya.

Menyedari keadaan yang semakin merbahaya dan genting Kapten
Halim mengambil keputusan untuk berundur segera. Beliau menghubungi Leftenan
Salmi, "Salmi, beritahu Ketua Pengiring Tentera Pakistan masuk ke dalam
perkarangan mahkamah sekarang. Ambil Pegawai UNOSOM dan berundur ke penjara"
perintah Kapten Halim.

"Tuan, Pasukan Pakistan dah cabut" Jawab Leftenan
Salmi. "Bilaaa?!!" Tanya
Kapten Halim terkejut. "Masa mula-mula pertempuran lagi Tuan" balas
Leftenan Salmi. Kini mahu tak mahu keselamatan pegawai-pegawai UNOSOM II
menjadi tanggungjawab beliau. Beliau dengan berani menggerakkan APC menghampiri
bangunan mahkamah bagi menyelamatkan para pegawai UNOSOM II yang sedang
terperangkap di bangunan tersebut. Tanpa berlengah lagi, semua pegawai UNOSOM
II di arahkan masuk ke dalam Kereta Perisainya.

Pegawai-pegawai itu yang pada mulanya banyak kerenah kini
umpama lembu di cucuk hidung, mengikut sahaja arahan yang di berikan. Ketika
pegawai UNOSOM II sedang berlari menuju ke kenderaannya, Kapten Mohd. Halim
dengan tidak menghiraukan keselamatan diri terjun dari kenderaannya sambil
melepaskan tembakan balas secara bertubi-tubi ke arah Militia Aideed bagi
memberi perlindungan rapat kepada para pegawai UNOSOM II. Dua Kumpulan Penembak
Tepat masih di atas bangunan. Kapten Halim mengarahkan mereka turun dengan
mengunakan pembesar suara.

Lans Koperal Rosli yang mendengar arahan itu berlari secara
taktikal bersama rakannya Prebet Jamari menuju ke tangga. Bagai manapun mereka
menghadapi kesukaran untuk turun kerana menjadi sasaran tembakan setiap kali
menghampiri tangga. Sebagai ketua pasukan Kapten Halim mesti memastikan kesemua
mereka dapat turun sebelum berundur. Kapten Halim bergerak ke bawah tangga besi
sambil memanggil anggotanya turun. Walaupun tindakan beraninya mengundang
bahaya menjadi sasaran tembakan Militia Somalia dia terpaksa berbuat demikian
kerana dia tiada pilihan lain untuk menyelamatkan anggotanya. Lans Koperal
Rosli dan Prebet Jamari mengelunsur turun melalui tangga besi. Mereka kemudian
di bawa menaiki APCKapten Halim.

Kapten Halim seterusnya pergi mendapatkan Lans Koperal Ramli.
Lans Koperal Ramli sebaik mendengar arahan untuk turun dari pembesar suara
terus bergerak ke arah tangga. Tetapi itu bukanlah mudah, di samping tembakan
bertalu-talu dia terpaksa merangkak dan melompat dengan cepat dari satu tembok
ke tembok yang lain.Tujuh tembok semuanya. Setiap tembok setinggi dua kaki. Tembok
terakhir adalah yang paling lama untuk di lintasi kerana Militia menumpukan
tembakan ke situ. Akhirnya setelah bersusah payah dan mengadai nyawanya dia
berjaya merapati tangga besi.

Prebet Zaini telah tiada di situ. Mungkin telah turun sebaik
menerima arahan. Lans Koperal Ramli menghulurkan senjata sebagai menjawab
panggilan Kapten Halim di bawah. Dia tidak mahu menyahut kerana masih menjadi
sasaran Militia Somalia.Dia kemudian mendengar Kapten Halim menyuruhnya turun
sambil berhati-hati kerana mereka akan berundur. Bagi memudahkannya turun Lans
Koperal Ramli menyilangkan tali sliang senjata ke belakang dan turun dengan
memeluk tiang tangga lalu mengelungsur ke bawah. Di bawah dia di sambut oleh
Kapten Halim dan dibawa masuk ke dalam Kereta Perisainya.

Apabila semua anggotanya telah selamat Kapten Halim pun
mengarahkan Pasukannya berundur di bawah hujan peluru, RPG 7 dan bom tangan
pihak Militia Somalia. Tayar salah sebuah nombor ZA 9360 bocor terkena serpihan
bom tangan tetapi masih boleh bergerak. Kerana tindakan berani Kapten Mohd. Halim,
usaha hendak membantutkan proses keamanan yang dirancang melalui satu tindakan
nekad oleh puak Militia Aideed telah dapat digagalkan.

Setelah bertempur hebat dengan Militia Aideed beliau
akhirnya pulang bersama anggota dan para pegawai UNOSOM II dengan selamat ke
pangkalan. Mereka sampai ke Markas MALBATT lebih kurang pukul 1.00 tengah hari.
Ketiga-tiga pegawai UNOSOM II dibawa Kapten Halim ke Bilik Gerakan MALBATT
bertemu Leftenan Kolonel Rozi. Ketiga mereka yang masih terkejut dan berpeluh-peluh
bertanya kepada Leftenan Kolonel Rozi "Er..Siapa Komander pasukan ini?"
tanya salah seorang dari mereka dengan nada yang gementar "Kolonel Latif,
dia tak ada di sini dan saya timbalannya" jawab Leftenan Kolonel Rozi.

Ketika itu Kapten Halim pergi berjumpa dengan anak buahnya
di samping memeriksa keadaan kenderaan dan peralatan yang di gunakan untuk
membuat laporan nanti. Dia bersyukur kerana tanggungjawab melindungi Pegawai
UNOSOM II berjaya di laksanakan tanpa ada seorang pun anak buahnya yang
terkorban atau tercedera. "Kami ucapkan terima kasih banyak-banyak. Tak
tahu macamana apa cakap. Kalau tak ada pasukan MALBATT tak tahu apa yang
terjadi." Kata salah seorang dari pegawai UNOSOM kepada Leftenan Kolonel
Rozi. "Siapa nama Kapten tadi?" tanya yang lain pula "Kapten
Mohd Halim" balas Leftenan Kolonel
Rozi. "Ya, dia patut di berikan pingat atas keberaniannya."

"Kami nak beri dia pingat, atau awak patut bagi
kepadanya?" cadang yang lain. "Baiklah, baiklah, kami akan sampaikan
cerita ini ke Mindef (Kementerian Pertahanan Malaysia), mereka akan tentukan
siapa yang layak dapat pingat akan menerimanya" kata Leftenan Kolonel Rozi.

Sebenarnya tak payah di beritahu memang itulah yang akan di
buatnya. Dia tumpang bangga dengan pencapaian yang di tunjukkan oleh anak
buahnya. Sejak itu nama pasukan MALBATT makin harum di kalangan pasukan
pengaman dan rakyat Somalia. Mereka memuji dan menghormati MALBATT sebagai satu
pasukan tentera yang tangkas, berani dan profesional. Tindakan berani serta
semangat taat setia yang sedia tertanam dijiwa Perwira RAMD ini telah mendapat
pujian tidak hanya daripada para pegawai kehakiman terbabit malah turut
mendapat pujian daripada para pegawai lain yang berkhidmat dengan UNOSOM II.

Menurut para pegawai kehakiman terbabit mereka tidak hanya
terhutang budi malah berhutang nyawa kepada Kapten Mohd. Halim. Jasa beliau
tidak mungkin dapat dilupai hingga ke akhir hayat mereka. Inilah kata-kata yang
sungguh bermakna dan secara langsung turut menaikkan imej negara"
mumuchi
mumuchi
GLOBAL MODERATOR
GLOBAL MODERATOR

Mymil
Posts : 19551
Reputation : 525
Join date : 05/06/2010
Location : Dulu Tempat Lumba Kuda

Back to top Go down

Peristiwa Di Mahkamah Agung Benadir, Somalia 27 September 1993 Empty Re: Peristiwa Di Mahkamah Agung Benadir, Somalia 27 September 1993

Post by superhornet Thu 17 Mar 2011, 4:26 pm

Ok .. roger wa taipkan sikit ..

Peristiwa Di Mahkamah Agung Benadir.

Pada 27 September 1993, Platun 5 dari Kompeni B, Batalion Ke-19 RAMD ditugaskan memberi perlindungan keselamatan kepada satu acara perasmian Mahkamah Agung yang terletak di daerah Benadir iaitu berhampiran dengan bandar Mogadishu

Majlis ini diadakan bagi memulihkan semula sistem keadilan dan perundangan di Somalia dan semasa perasmian ini berjalan, kawasan mahkamah telah diserang oleh militia Aideed dari semua arah dan memaksa kompenai yang bertahan di sekelilling mahkamah membalas tembakan.

Melalui pengantara militia Aideed memohon agar 3 orang pegawai perundangan UNOSOM diserahkan kepada mereka namun begitu atas sifat tidak mengenal menyerah, Platun 5 telah berjaya menyelamatkan ketiga-tiga hakim tersebut dan berundur ke kem. Di atas tindakan nekad ini, Kapten Mohd Halim bin Khalid yang memimpin Platun ini telah dianugerahkan pingat Pahlawan Gagah Berani ..

tu tadi artikel yg disiarkan di perajurit .. kredit untuk Mejar( B ) Ramli Abdul Rahim yang menulis artikel bertajuk Sejarah Askar Melayu 1933-2011 ..

superhornet
superhornet
Lt Colonel
Lt Colonel

Mymil
Posts : 1849
Reputation : 86
Join date : 28/04/2010
Location : Malaysia bumi bertuah

Back to top Go down

Peristiwa Di Mahkamah Agung Benadir, Somalia 27 September 1993 Empty Re: Peristiwa Di Mahkamah Agung Benadir, Somalia 27 September 1993

Post by superhornet Thu 17 Mar 2011, 4:29 pm

mumuchi wrote:wa gugel nampak macam perajurit ambik dari porem PP yang mengambik dari buku ini..

Best la lu bro .. puas wa google apesal tak dapat eik ... tq
superhornet
superhornet
Lt Colonel
Lt Colonel

Mymil
Posts : 1849
Reputation : 86
Join date : 28/04/2010
Location : Malaysia bumi bertuah

Back to top Go down

Peristiwa Di Mahkamah Agung Benadir, Somalia 27 September 1993 Empty Re: Peristiwa Di Mahkamah Agung Benadir, Somalia 27 September 1993

Post by sbbs Thu 17 Mar 2011, 4:37 pm

kita byk sangat disajikan propaganda kat Natgeo, discovery sc ch
tu ler pasal susah nak cari kisah kisah askar malaysia

sbbs
Staff Sargent
Staff Sargent

Mymil
Posts : 339
Reputation : 31
Join date : 08/02/2011
Age : 43
Location : Kch

Back to top Go down

Peristiwa Di Mahkamah Agung Benadir, Somalia 27 September 1993 Empty Re: Peristiwa Di Mahkamah Agung Benadir, Somalia 27 September 1993

Post by tin Thu 17 Mar 2011, 4:45 pm

sbbs wrote:kita byk sangat disajikan propaganda kat Natgeo, discovery sc ch
tu ler pasal susah nak cari kisah kisah askar malaysia

salah kita gak takmo bersikap terbuka...
tin
tin
Kehormat MyMil

Mymil
Posts : 6841
Reputation : 235
Join date : 06/06/2010
Location : Mymil's village idiot

Back to top Go down

Peristiwa Di Mahkamah Agung Benadir, Somalia 27 September 1993 Empty Re: Peristiwa Di Mahkamah Agung Benadir, Somalia 27 September 1993

Post by superhornet Thu 17 Mar 2011, 4:49 pm

Wa teringat satu siri bertajuk Shootout kat history channel .. rasernyer kisah ni sesuai tapi sayang takder pihak yg amik peduli kisah mcm nie ...
superhornet
superhornet
Lt Colonel
Lt Colonel

Mymil
Posts : 1849
Reputation : 86
Join date : 28/04/2010
Location : Malaysia bumi bertuah

Back to top Go down

Peristiwa Di Mahkamah Agung Benadir, Somalia 27 September 1993 Empty Re: Peristiwa Di Mahkamah Agung Benadir, Somalia 27 September 1993

Post by mumuchi Thu 17 Mar 2011, 4:50 pm

bukan nak bangga tapi wa yahoo.com dan gugel beta user dulu...tu pasal wa boleh tweak sikit nak cari bahan ekekekekeke!
mumuchi
mumuchi
GLOBAL MODERATOR
GLOBAL MODERATOR

Mymil
Posts : 19551
Reputation : 525
Join date : 05/06/2010
Location : Dulu Tempat Lumba Kuda

Back to top Go down

Peristiwa Di Mahkamah Agung Benadir, Somalia 27 September 1993 Empty Re: Peristiwa Di Mahkamah Agung Benadir, Somalia 27 September 1993

Post by anya8797 Thu 17 Mar 2011, 10:28 pm

mumuchi wrote:"Tuan, keadaan semakin bahaya, lebih baik
beredar sekarang juga" tegur Kapten Halim. "Tak apa, suruh pasukan
pengiring pergi dahulu. Tak payah tunggu kami" jawab Micheal Aradika.
"Tak boleh tuan, mereka di arahkan untuk mengiringi tuan-tuan kembali ke
kawasan penjara kalau terjadi apa-apa mereka akan di persalahkan" bantah
Kapten Halim. Geram juga hatinya melihatkan kerenah mereka. Ketiga-tiga pegawai
itu mula berbelah bahagi mengenai pasukan pengiring.

geram saje baca kat atas nih.... rasa nak lempang saje michael aradika nih.... whoever that is.... Rolling Eyes

anya8797
Colonel
Colonel

Mymil
Posts : 2721
Reputation : 60
Join date : 07/03/2011
Location : kuala lumpur

Back to top Go down

Peristiwa Di Mahkamah Agung Benadir, Somalia 27 September 1993 Empty Re: Peristiwa Di Mahkamah Agung Benadir, Somalia 27 September 1993

Post by azim09 Thu 17 Mar 2011, 11:18 pm

saya ada buku 'harimau malaysa di somalia'.beli masa form 1.....
azim09
azim09
Lt Colonel
Lt Colonel

Mymil
Posts : 1628
Reputation : 230
Join date : 27/09/2010
Age : 32
Location : off the grid

https://www.facebook.com/azim09.

Back to top Go down

Peristiwa Di Mahkamah Agung Benadir, Somalia 27 September 1993 Empty Re: Peristiwa Di Mahkamah Agung Benadir, Somalia 27 September 1993

Post by samuraisan Fri 18 Mar 2011, 12:08 am

kau orang Add lah Norman KRU macam aku add FB dia .. aku banyak kali lah
email dia suruh buat cerita Black Hawk Down versi Malaysia ni... cheers
samuraisan
samuraisan
Major
Major

Mymil
Posts : 1124
Reputation : 273
Join date : 31/05/2010

Back to top Go down

Peristiwa Di Mahkamah Agung Benadir, Somalia 27 September 1993 Empty Re: Peristiwa Di Mahkamah Agung Benadir, Somalia 27 September 1993

Post by bijan Fri 18 Mar 2011, 12:11 am

superhornet wrote:Wa teringat satu siri bertajuk Shootout kat history channel .. rasernyer kisah ni sesuai tapi sayang takder pihak yg amik peduli kisah mcm nie ...

betul tu western media ni biassed... pilih bulu... for them diorang lagi perfect...diorang lagi power... diorang lagi bagus berbanding semuanya... diorang tak ingat ke macam mana diorang lari keluar dari vietnam... or sampai sekarang perang korea tyak tamat lagi... oh lupa...
media barat mudah lupa lol!
bijan
bijan
Brig General
Brig General

Mymil
Posts : 3142
Reputation : 71
Join date : 11/10/2010
Location : Dalam Sarang ... Tengok bebird terbang depan tingkap

Back to top Go down

Peristiwa Di Mahkamah Agung Benadir, Somalia 27 September 1993 Empty Re: Peristiwa Di Mahkamah Agung Benadir, Somalia 27 September 1993

Post by powerw00t Fri 18 Mar 2011, 8:14 am

tin wrote:
sbbs wrote:kita byk sangat disajikan propaganda kat Natgeo, discovery sc ch
tu ler pasal susah nak cari kisah kisah askar malaysia

salah kita gak takmo bersikap terbuka...

keeping low profile kot... Razz
powerw00t
powerw00t
Major General
Major General

Mymil
Posts : 7424
Reputation : 360
Join date : 19/04/2010
Location : Kuala Sg Baru, Melaka

Back to top Go down

Peristiwa Di Mahkamah Agung Benadir, Somalia 27 September 1993 Empty Re: Peristiwa Di Mahkamah Agung Benadir, Somalia 27 September 1993

Post by Foxtrot Fri 18 Mar 2011, 8:37 am

Harap-harap ada lah penerbit drama yang nak buat Heroes Under Fire versi kita....
Foxtrot
Foxtrot
Major
Major

Mymil
Posts : 1115
Reputation : 74
Join date : 17/08/2010
Age : 43
Location : From Taiping With Love

Back to top Go down

Peristiwa Di Mahkamah Agung Benadir, Somalia 27 September 1993 Empty Re: Peristiwa Di Mahkamah Agung Benadir, Somalia 27 September 1993

Post by sbbs Fri 18 Mar 2011, 9:02 am

suruh adik beradik KRU buat
film merong ada budget dekat 10juta

sbbs
Staff Sargent
Staff Sargent

Mymil
Posts : 339
Reputation : 31
Join date : 08/02/2011
Age : 43
Location : Kch

Back to top Go down

Peristiwa Di Mahkamah Agung Benadir, Somalia 27 September 1993 Empty Re: Peristiwa Di Mahkamah Agung Benadir, Somalia 27 September 1993

Post by mumuchi Fri 18 Mar 2011, 9:13 am

azim09 wrote:saya ada buku 'harimau malaysa di somalia'.beli masa form 1.....

bagus Azim...ada apa2 lagi cerita menarik..
mumuchi
mumuchi
GLOBAL MODERATOR
GLOBAL MODERATOR

Mymil
Posts : 19551
Reputation : 525
Join date : 05/06/2010
Location : Dulu Tempat Lumba Kuda

Back to top Go down

Peristiwa Di Mahkamah Agung Benadir, Somalia 27 September 1993 Empty Re: Peristiwa Di Mahkamah Agung Benadir, Somalia 27 September 1993

Post by mumuchi Fri 18 Mar 2011, 9:15 am

sebenarnya kalau tenok enigmatic malaysia dalam discovery channel adalah penerbitan kru..kalau ada sapa2 betul minat, boleh propose buat doku tema militari ni tapi more for Asian Satellite ler macam History atau Discovery..idak pun dalam Warna macam Suatu Masa...ada berani?
mumuchi
mumuchi
GLOBAL MODERATOR
GLOBAL MODERATOR

Mymil
Posts : 19551
Reputation : 525
Join date : 05/06/2010
Location : Dulu Tempat Lumba Kuda

Back to top Go down

Peristiwa Di Mahkamah Agung Benadir, Somalia 27 September 1993 Empty Re: Peristiwa Di Mahkamah Agung Benadir, Somalia 27 September 1993

Post by lanunselat Fri 18 Mar 2011, 5:09 pm

Pihak Barat taknak memberi gambaran yang "colored people" macam orang Malaysia ni memiliki kemahiran ketenteraan yang hebat dan semangat juang yang tinggi. diorang cuma nak gambarkan cuma orang kulit putih sajelah yang hebat. orang kulit berwarna macam kita ni suma pengecut.
lanunselat
lanunselat
Staff Sargent
Staff Sargent

Mymil
Posts : 297
Reputation : 45
Join date : 26/05/2010
Age : 45
Location : Petaling Jaya

Back to top Go down

Peristiwa Di Mahkamah Agung Benadir, Somalia 27 September 1993 Empty Re: Peristiwa Di Mahkamah Agung Benadir, Somalia 27 September 1993

Post by sbbs Fri 18 Mar 2011, 5:22 pm

buat ler kisah mogadishu ni
versi ATM
alang alang dah ader 7 pelakon import (lanun somalia tu)

sbbs
Staff Sargent
Staff Sargent

Mymil
Posts : 339
Reputation : 31
Join date : 08/02/2011
Age : 43
Location : Kch

Back to top Go down

Peristiwa Di Mahkamah Agung Benadir, Somalia 27 September 1993 Empty Re: Peristiwa Di Mahkamah Agung Benadir, Somalia 27 September 1993

Post by mumuchi Fri 18 Mar 2011, 8:39 pm

sebenarnhya manyak lagi dah diimport sbbs..black money, drug mule, etc ekekekeke!
mumuchi
mumuchi
GLOBAL MODERATOR
GLOBAL MODERATOR

Mymil
Posts : 19551
Reputation : 525
Join date : 05/06/2010
Location : Dulu Tempat Lumba Kuda

Back to top Go down

Peristiwa Di Mahkamah Agung Benadir, Somalia 27 September 1993 Empty Re: Peristiwa Di Mahkamah Agung Benadir, Somalia 27 September 1993

Post by heavyduty Fri 18 Mar 2011, 9:35 pm

i thought drug mules are persian
heavyduty
heavyduty
Lt Colonel
Lt Colonel

Mymil
Posts : 1747
Reputation : 150
Join date : 15/03/2011
Age : 43
Location : OPSEC

Back to top Go down

Peristiwa Di Mahkamah Agung Benadir, Somalia 27 September 1993 Empty Re: Peristiwa Di Mahkamah Agung Benadir, Somalia 27 September 1993

Post by Sponsored content

Sponsored content

Back to top Go down

Page 1 of 2 1, 2  Next

Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum