Malaysia's Military, Police and Security Agencies
Welcome to the battlefield, soldier!

MyMil adalah bod perbincangan berkenaan ketenteraan, agensi2 penguatkuasaan yang ada di Malaysia dan juga di serata dunia. Daftar sekarang untuk menikmati paparan perbincangan berinformasi sambil bersantai. Ahli2 yg baru akan digugurkan daripada senarai sekiranya tidak aktif dalam masa yg terdekat. Berforumlah dengan berhemah.

Terima kasih.

Admin dan moderator MyMil

Important Notice: The views and opinions expressed on the forum or the related pages are of the owner alone, and are not endorsed by Mymil, nor is Mymil responsible for them. Due to the nature of the Internet forum is in real time, Mymil does not, and can not censor any submission, but asks that each user use discretion and respect for other users, and does not contribute any word that is unlawful, harmful, threatening, abusive, harassing, tortious, defamatory, vulgar, obscene, libelous, invasive of another's privacy, hateful, or racially, ethnically or otherwise objectionable. Mymil reserve the right to withhold and/or remove any link that might possibly hold an individual, entity or group ridicule, potential embarrassment or potential defamation. Mymil also reserves the right to accept, edit and/or remove any link that is deemed inappropriate in any way.

Join the forum, it's quick and easy

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Latest topics
» Sembang Medan Selera Pak Jebat V44
by HangPC2 Sat 27 Aug 2022, 5:36 pm

» Halo semua
by matamata Mon 25 Oct 2021, 9:56 pm

» Cerita Rakyat
by mumuchi Sun 05 Sep 2021, 10:35 am

» Konfrontasi Malaysia-Indonesia 1962-66
by mumuchi Sun 05 Sep 2021, 10:28 am

» PAINTBALL - Come get some...
by pisang Tue 13 Dec 2016, 1:53 pm

» Baru balik
by pisang Mon 12 Dec 2016, 5:47 pm

» Jaket camo
by atreyudevil Fri 15 Jul 2016, 4:17 pm

» Nusantara Total War: Portuguese Invasion
by Adib Mon 22 Feb 2016, 7:57 pm

» Rekrut baru disini
by kapokbesi Thu 11 Feb 2016, 4:32 pm

» Keretapi Tanah Melayu Berhad
by zacky.uesoff Thu 04 Feb 2016, 11:00 pm

» ALL ABOUT HAM RADIO (AMATEUR RADIO STATION)
by kapokbesi Mon 16 Nov 2015, 12:42 pm

» BACKPACKING
by venez Tue 31 Mar 2015, 5:11 pm

» Rekrut 2015
by atreyudevil Sun 29 Mar 2015, 8:34 pm

» Sejarah Pangkalan-Pangkalan Udara TUDM
by venez Tue 24 Mar 2015, 11:02 am

» MyMil useful website lists
by atreyudevil Sat 24 Jan 2015, 11:17 pm

» WIP - Work In Progress
by yaminz Fri 26 Dec 2014, 12:06 pm

» Model Collections
by yaminz Fri 26 Dec 2014, 11:58 am

» Rekrut October & November 2014
by atreyudevil Sat 20 Dec 2014, 7:07 am

» Bola Cafe: MALAYSIA!
by HangPC2 Sun 14 Dec 2014, 12:35 pm

» Tayar Pirelli boleh tahan!
by venez Wed 10 Dec 2014, 4:27 pm

Statistics
We have 511 registered users
The newest registered user is Belarus

Our users have posted a total of 172030 messages in 1322 subjects
MyMil at Facebook
Like/Tweet/+1

MPSA @ News

+49
5229
mmmbop
yinchet
storm2011
el-toro
sCorpene
Boku nash
koirazie2
sauffie
heavyduty
bijan
MMW
alphawolf
anya8797
kerambit75
sol
azim09
dewafrost
jofizo
helangrimba
Foxtrot
paradox
KIM.mafia
periuk_api1209
mirage
samuraisan
oioi
tin
harleena
superhornet
escortburuk
panah hikmat
tj
marc_zman
standupper
matamata
eaizan
mumuchi
yaminz
zulupapa
tok_rimau87
observateur
tenteng
innocentti
atreyudevil
ashes
powerw00t
blankrasta
venez
53 posters

Page 30 of 42 Previous  1 ... 16 ... 29, 30, 31 ... 36 ... 42  Next

Go down

MPSA @ News - Page 30 Empty Re: MPSA @ News

Post by Foxtrot Fri 11 Feb 2011, 8:50 am

Peniaga dikasari polis bantuan?

Oleh AZELI ALI
azeli.ali@utusan.com.my

BUKIT MERTAJAM 10 Feb. – Lebih 50 peniaga di Taman Pelangi di sini mengadakan perhimpunan membantah tindakan polis bantuan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) yang didakwa mengasari peniaga ketika operasi merobohkan gerai di kawasan itu semalam.

Mereka berkumpul sejak pukul 10 pagi dengan memegang sepanduk serta menunjukkan gambar seorang peniaga yang didakwa dipijak polis bantuan ketika berlaku kekecohan semasa operasi tersebut.

Seorang peniaga, Mohd. Syukri Mat Zain, 48, mendakwa, dia dipijak oleh beberapa orang polis bantuan MPSP ketika ingin meleraikan pertengkaran rakannya dengan penguat kuasa MPSP.

Dakwanya, secara tiba-tiba dia ditolak dari belakang sehingga jatuh sebelum dipijak dan ditendang oleh beberapa orang polis bantuan yang berada di tempat kejadian.

Akibat kejadian itu, dia mengalami kecederaan di bahagian belakang, tengkuk dan siku malah terpaksa mendapatkan rawatan di klinik.

“Mereka memperlakukan saya secara zalim sehingga saya pitam di situ dan hanya tersedar apabila berada di dalam van ketika dibawa ke Balai Polis Bukit Tengah,” katanya yang menjalankan perniagaan kedai makan sejak lima tahun di kawasan itu.

MPSP memulakan operasi besar-besaran untuk merobohkan gerai yang membuat penyambungan haram di sekitar taman itu Isnin lalu.

Dianggarkan terdapat kira-kira 1,000 gerai yang didakwa beroperasi secara haram di taman tersebut selain turut disewakan kepada warga asing.

Bagaimanapun, hasil perbincangan antara Ahli Majlis MPSP, M. Ramachandran dengan 18 wakil peniaga semalam, operasi itu ditangguhkan sementara hingga bulan depan.

Mohd. Syukri memberitahu, tindakan MPSP merobohkan gerainya menyebabkan dia kini hilang punca pendapatan untuk menyara isteri dan tujuh anak yang berusia antara tujuh hingga 22 tahun.

‘‘Bagi saya, tindakan mereka ini memang zalim dan tidak berperikemanusiaan langsung kerana menindas golongan peniaga kecil seperti kami,” ujarnya yang turut membuat laporan di balai polis sama semalam.

Sementara itu, seorang lagi peniaga, Abdul Kadir Mohamad, 54, berkata, dia turut berada di tempat kejadian ketika kekecohan berlaku malah turut ditahan polis bantuan MPSP kerana cuba membantu Syukri.

Jelasnya, dia adalah anggota Pas dan penyokong pakatan pembangkang tetapi ketika masalah itu timbul, tiada seorang pun wakil Pas atau pakatan tersebut yang tampil membela mereka.

“Inilah ‘subsidi’ paling mahal kami dapat pada 2011 iaitu gerai kami dirobohkan selepas menyokong pakatan pembangkang dan kami kini hilang punca pendapatan,” katanya yang juga bekas Bendahari Pas cawangan Juru.

Pendapat sama disuarakan A. Nitthianenten, 31, yang mendakwa MPSP tidak berlaku adil kerana notis merobohkan gerai itu hanya dikeluarkan 6 Februari lalu dan peniaga diberi masa 30 hari untuk berpindah.

“Namun belum sampai 30 hari, mereka dah datang nak roboh gerai kami. Apa semua ini? Mereka sendiri tak ikut surat yang mereka keluarkan,’’ jelasnya.

“Malah ada peniaga asing yang berniaga di sini tidak diambil tindakan tapi kami rakyat tempatan menjadi mangsa,” katanya yang membuka perniagaan makanan di situ sejak beberapa tahun lalu.

dipetik dari http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0211&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_04.htm

Foxtrot
Major
Major

Posts : 1115
Join date : 17/08/2010

Back to top Go down

MPSA @ News - Page 30 Empty Re: MPSA @ News

Post by Foxtrot Fri 11 Feb 2011, 9:00 am

PDRM guna dua kem ATM latih anggota baru

Robiah Abdul Ghani memperkatakan sesuatu kepada pelatih polis ketika mengadakan lawatan ke Pusat Latihan Asas Tentera Darat di Port Dickson, semalam.

TELOK KEMANG 18 Jan. - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggunakan dua kem latihan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi membolehkan pengambilan pelatih polis ditingkatkan lagi jumlahnya.

Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Robiah Abdul Ghani berkata, kem tersebut ialah Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) di sini dan KD Sultan Ismail Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Tanjung Pengelih, Johor.

Menurutnya, kerjasama yang pertama kali diadakan itu dijangka membolehkan pengambilan sebanyak 6,600 pelatih pada satu-satu masa.

Malah kata beliau, pengambilan pelatih polis akan ditingkatkan sebanyak 150,000 orang menjelang 2015.

''Ini merupakan salah satu kerjasama antara ATM dan PDRM yang disarankan oleh kerajaan dalam memastikan sasaran PDRM tercapai dan ia akan diteruskan pada pengambilan pelatih polis pada masa depan.

''Kita akan meletakkan 1,000 pelatih di Pusasda, manakala di Johor pula, seramai 600 orang akan ditempatkan di Pangkalan TLDM Tanjung Pengelih selama enam bulan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja sempena Siri Pendaftaran Pelatih Konstabel, Siri 1/ 2011 di Pusasda di sini hari ini.

Katanya, antara kemudahan yang diberikan oleh ATM meliputi dewan makan, kelas, blok penginapan, padang kawad serta serta kelengkapan lain bagi membolehkan latihan diberikan kepada pelatih.

Robiah juga menjelaskan, dengan pengunaan secara optimum kemudahan yang ada di kedua- dua kem tentera itu, perbelanjaan kerajaan juga dapat dijimatkan.

''Walaupun kita menggunakan kemudahan ATM, dari segi latihan asas ia tidak ada bezanya kerana PDRM mempunyai modul latihan serta tenaga pengajar tersendiri.

''Malah kita juga akan membahagi-bahagikan masa dan tempat untuk tujuan latihan akademik dan jasmani mengikut jadual yang telah ditetapkan. Jadi soal pertembungan antara latihan ATM dan PDRM tidak akan wujud,'' katanya.

Ditanya mengenai penyertaan golongan bukan bumiputera dalam pasukan PDRM, Robiah menjelaskan, pihaknya sendiri telah menjalankan pelbagai inisiatif untuk membolehkan mereka menyertainya namun ia dilihat masih rendah.

''Kita akan teruskan walaupun penyertaan mereka masih rendah dan kita harapkan jumlah mereka akan bertambah pada masa akan datang dengan penglibatan pelbagai pihak termasuklah parti-parti politik," katanya.

dipetik dari http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0119&pub=Utusan_Malaysia&sec=Polis_%26_Tentera&pg=te_02.htm
Foxtrot
Foxtrot
Major
Major

Mymil
Posts : 1115
Reputation : 74
Join date : 17/08/2010
Age : 43
Location : From Taiping With Love

Back to top Go down

MPSA @ News - Page 30 Empty Re: MPSA @ News

Post by tj Fri 11 Feb 2011, 5:34 pm

marc_zman wrote:cis.. nyesal plak wa tak beli dvd citer wira angkasa masa balik jb aritu
RM7.90 jer kat plaza angsana
bleh tgk sapa kah orang-orang yg dimaksudkan tu

bro,nak beli nanti tolong belikan 2 ye albino
tj
tj
Colonel
Colonel

Mymil
Posts : 2118
Reputation : 30
Join date : 20/06/2010

Back to top Go down

MPSA @ News - Page 30 Empty Re: MPSA @ News

Post by venez Fri 11 Feb 2011, 9:04 pm

marc_zman wrote:cis.. nyesal plak wa tak beli dvd citer wira angkasa masa balik jb aritu
RM7.90 jer kat plaza angsana
bleh tgk sapa kah orang-orang yg dimaksudkan tu

kawe beli dulu pun rm7.90, mmg susah nak jumpa, alang2 terjumpa arituh terus beli...
venez
venez
ADMIN
ADMIN

Mymil
Posts : 17389
Reputation : 581
Join date : 19/04/2010
Age : 46
Location : AFNG

http://venez2.blogspot.com

Back to top Go down

MPSA @ News - Page 30 Empty Re: MPSA @ News

Post by marc_zman Mon 14 Feb 2011, 9:44 am

tj wrote:
marc_zman wrote:cis.. nyesal plak wa tak beli dvd citer wira angkasa masa balik jb aritu
RM7.90 jer kat plaza angsana
bleh tgk sapa kah orang-orang yg dimaksudkan tu

bro,nak beli nanti tolong belikan 2 ye albino

tj.. wa lagik 2 bulan baru balik jb
tu pun kalu bln 3 ni tak pegi cameron highlands ngan family wa
kalu pi.. jawabnyer bln 5 nanti baru balik weh

silap-silap dah takde itu dvd
marc_zman
marc_zman
MODERATOR
MODERATOR

R.I.P
Posts : 16328
Reputation : 611
Join date : 08/06/2010
Location : di atas tanah bekas hutan, paya dan ladang kelapa sawit.. tak tau laaa ntah sapa2 pernah kena tanam kat sini dulu.. kalu ada laa

Back to top Go down

MPSA @ News - Page 30 Empty Re: MPSA @ News

Post by marc_zman Mon 14 Feb 2011, 9:49 am

venez wrote:
marc_zman wrote:cis.. nyesal plak wa tak beli dvd citer wira angkasa masa balik jb aritu
RM7.90 jer kat plaza angsana
bleh tgk sapa kah orang-orang yg dimaksudkan tu

kawe beli dulu pun rm7.90, mmg susah nak jumpa, alang2 terjumpa arituh terus beli...

wa mau carik itu prebet lapok ngan darah satria
sekali lain yg jumpa daaa

btw.. kalu dulu RM7.90.. patut laaa ni RM6.90
nak nak aritu CNY.. diskaun diskaun
marc_zman
marc_zman
MODERATOR
MODERATOR

R.I.P
Posts : 16328
Reputation : 611
Join date : 08/06/2010
Location : di atas tanah bekas hutan, paya dan ladang kelapa sawit.. tak tau laaa ntah sapa2 pernah kena tanam kat sini dulu.. kalu ada laa

Back to top Go down

MPSA @ News - Page 30 Empty Re: MPSA @ News

Post by tenteng Tue 15 Feb 2011, 12:14 pm

Hanya Maritim Malaysia kawal perairan negara - Mohd. Amdan

KUANTAN 14 Feb. - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) bakal menjadi agensi penguat kuasa tunggal yang menjaga dan mengawal keselamatan maritim negara menjelang akhir tahun ini.

Ketua Pengarahnya, Laksamana Maritim Datuk Mohd. Amdan Kurish (gambar) berkata, keputusan itu dibuat dalam satu mesyuarat Kabinet minggu lalu yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katanya, berikutan itu, Maritim Malaysia akan mengambil alih semua operasi penguatkuasaan yang sebelum ini dijalankan oleh agensi lain.

Tambahnya, ini termasuklah kegiatan penyeludupan, pendatang asing tanpa izin dan pencerobohan perairan negara oleh nelayan asing.

"Maritim Malaysia pula akan menyelaras program penyerahan sama ada aset alih (kapal dan bot) dan aset tidak boleh alih (bangunan dan jeti)," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perbarisan sempena sambutan ulang tahun Maritim Malaysia keenam di Pusat Latihan Maritim Malaysia, Indera Mahkota di sini hari ini.

Menurut Mohd. Amdan, meskipun Maritim Malaysia mengambil alih tugas-tugas menjaga perairan negara, ia tidak bermakna agensi penguatkuasaan lain akan ditutup ataupun dimansuhkan.

"Ia hanya daripada aspek penguatkuasaan di laut sahaja. Jabatan-jabatan lain masih wujud seperti sedia-kala dan masih menjalankan operasi tetapi lebih terhad," katanya.

Beliau memberitahu, pihaknya akan memberi pilihan kepada anggota jabatan terbabit bagi membuat pilihan sama ada menyertai Maritim Malaysia atau kekal bersama jabatan masing-masing.

"Sebelum ini, kerajaan memperuntukkan perbelanjaan besar untuk memastikan keselamatan di laut.

"Dengan memfokuskan satu agensi sahaja, kerajaan berharap dapat mengurangkan perbelanjaan sekali gus mendapat manfaat yang sama," katanya.

Mohd. Amdan memberitahu, agensi itu kini mempunyai 4,347 anggota dan ingin menambah sekurang-kurangnya seramai 1,195 anggota bagi menjadikan agensi tersebut lebih efektif.

-UTUSAN-
tenteng
tenteng
Kehormat MyMil

Mymil
Posts : 4773
Reputation : 124
Join date : 11/05/2010
Age : 42
Location : segitiga melaka-kuantan-kkb-melaka

https://www.facebook.com/waniezas

Back to top Go down

MPSA @ News - Page 30 Empty Re: MPSA @ News

Post by dewafrost Tue 15 Feb 2011, 12:43 pm

mcm mana dgn masa depan polis marin????
dewafrost
dewafrost
Kehormat MyMil

Mymil
Posts : 3762
Reputation : 146
Join date : 20/06/2010

Back to top Go down

MPSA @ News - Page 30 Empty Re: MPSA @ News

Post by tenteng Tue 15 Feb 2011, 1:49 pm

dewafrost wrote:mcm mana dgn masa depan polis marin????

serap masuk APMM kot. kalau x nak serap bleh dok balai ler..wat keje2 cam polis biasa.
tenteng
tenteng
Kehormat MyMil

Mymil
Posts : 4773
Reputation : 124
Join date : 11/05/2010
Age : 42
Location : segitiga melaka-kuantan-kkb-melaka

https://www.facebook.com/waniezas

Back to top Go down

MPSA @ News - Page 30 Empty Re: MPSA @ News

Post by atreyudevil Tue 15 Feb 2011, 2:34 pm

polis marin skrg jaga sungai je.

pn kene serap jugak ke nanti?
atreyudevil
atreyudevil
ADMIN
ADMIN

Mymil
Posts : 9582
Reputation : 602
Join date : 19/04/2010
Location : Kuantan

https://www.facebook.com/?ref=logo#!/profile.php?id=1000002088986

Back to top Go down

MPSA @ News - Page 30 Empty Re: MPSA @ News

Post by tenteng Tue 15 Feb 2011, 2:45 pm

atreyudevil wrote:polis marin skrg jaga sungai je.

pn kene serap jugak ke nanti?

ntahnye..
tenteng
tenteng
Kehormat MyMil

Mymil
Posts : 4773
Reputation : 124
Join date : 11/05/2010
Age : 42
Location : segitiga melaka-kuantan-kkb-melaka

https://www.facebook.com/waniezas

Back to top Go down

MPSA @ News - Page 30 Empty Re: MPSA @ News

Post by venez Tue 15 Feb 2011, 5:20 pm

cukup ke aset dan anggota APMM utk jaga semua perairan?
venez
venez
ADMIN
ADMIN

Mymil
Posts : 17389
Reputation : 581
Join date : 19/04/2010
Age : 46
Location : AFNG

http://venez2.blogspot.com

Back to top Go down

MPSA @ News - Page 30 Empty Re: MPSA @ News

Post by tenteng Tue 15 Feb 2011, 5:49 pm

venez wrote:cukup ke aset dan anggota APMM utk jaga semua perairan?
tenteng wrote:[color=violet][b]

Katanya, berikutan itu, Maritim Malaysia akan mengambil alih semua operasi penguatkuasaan yang sebelum ini dijalankan oleh agensi lain.

Tambahnya, ini termasuklah kegiatan penyeludupan, pendatang asing tanpa izin dan pencerobohan perairan negara oleh nelayan asing.

"Maritim Malaysia pula akan menyelaras program penyerahan sama ada aset alih (kapal dan bot) dan aset tidak boleh alih (bangunan dan jeti)," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perbarisan sempena sambutan ulang tahun Maritim Malaysia keenam di Pusat Latihan Maritim Malaysia, Indera Mahkota di sini hari ini.

APMM amik alih aset agensi lain kalo x silap.
tenteng
tenteng
Kehormat MyMil

Mymil
Posts : 4773
Reputation : 124
Join date : 11/05/2010
Age : 42
Location : segitiga melaka-kuantan-kkb-melaka

https://www.facebook.com/waniezas

Back to top Go down

MPSA @ News - Page 30 Empty Re: MPSA @ News

Post by tenteng Wed 16 Feb 2011, 2:12 pm

Jurulatih ATM patah tulang belakang

ALOR SETAR: Seorang jurulatih kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) patah tulang belakang selepas payung terjunnya tersimpul ditiup angin ketika menjalani latihan payung terjun di Pusat Latihan Peperangan, Padang Sanai, Kuala Nerang, Ahad lalu.

Dalam kejadian jam 9.15 pagi, Mejar Syakirien Yusoff, 35, dari Kem Terendak, Melaka dikatakan menjalani latihan sebelum terhempas pada ketinggian kira-kira 15 meter di kawasan lapang pusat itu.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin turut terbabit dalam sesi latihan asas terjunan itu. Bagaimanapun, Khairy terselamat dalam latihan berkenaan.

Latihan itu diadakan sempena majlis penganugerahan sayap yang dijangka diadakan esok.

Sumber berkata, Syakirien jatuh terhempas selepas payung terjun digunakannya untuk menjalani latihan di pusat itu gagal berfungsi sepenuhnya selepas angin kencang.

“Pada mulanya payung terjun mangsa kelihatan kembang, bagaimanapun talinya dipercayai terbelit menyebabkan mangsa jatuh tidak sempurna “Payung terjun yang digunakannya mengalami masalah kerana talinya bersimpul akibat angin kencang, menyebabkan mangsa berpusing-pusing di udara dan jatuh terhempas pada paras ketinggian 15 meter,” katanya.

-hmetro-

belum sampai ajal lagi.
tenteng
tenteng
Kehormat MyMil

Mymil
Posts : 4773
Reputation : 124
Join date : 11/05/2010
Age : 42
Location : segitiga melaka-kuantan-kkb-melaka

https://www.facebook.com/waniezas

Back to top Go down

MPSA @ News - Page 30 Empty Re: MPSA @ News

Post by venez Wed 16 Feb 2011, 2:29 pm

tenteng wrote:Jurulatih ATM patah tulang belakang

semoga beliau sembuh seperti sedia kala...
venez
venez
ADMIN
ADMIN

Mymil
Posts : 17389
Reputation : 581
Join date : 19/04/2010
Age : 46
Location : AFNG

http://venez2.blogspot.com

Back to top Go down

MPSA @ News - Page 30 Empty Re: MPSA @ News

Post by tenteng Thu 17 Feb 2011, 8:53 am

Norhuda Brig Jen wanita pertama Tentera Darat

[You must be registered and logged in to see this image.]
ZULKIFELI dan Noraini (kanan) memakaikan pangkat Brigedier Jeneral kepada Norhuda pada majlis pemakaian pangkat pegawai-pegawai kanan Tentera Darat di Kementerian Pertahanan di ibu negara, semalam.

Pengiktirafan ATM untuk pegawai dari kalangan Tugas Am

KUALA LUMPUR: Ketua Cawangan ASEAN, Pusat Integrasi Perisikan (IIC) Direktorat Strategik Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP) Tentera Darat, Kolonel Norhuda Ahmad, mencatat sejarah apabila menjadi pegawai kanan wanita pertama dari senarai Tugas Am dalam perkhidmatan itu yang dinaikkan pangkat sebagai Brigadier Jeneral.

Berikutan kenaikan pangkat itu, Norhuda, 54, yang sudah menabur bakti selama 33 tahun bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM), turut dilantik sebagai Pengarah Direktorat Latihan, Tentera Darat.
Kenaikan pangkat Norhuda bersama 26 lagi pegawai kanan dalam perkhidmatan itu diumumkan Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Zulkifeli Mohd Zin pada Majlis Pemakaian Pangkat di Wisma Transit, Padang Tembak, di sini, semalam.

Norhuda ketika ditemui selepas majlis berkenaan, melahirkan rasa syukur dan bangga atas kenaikan pangkat itu serta menganggapnya sebagai pengiktirafan Tentera Darat atas sumbangan dan khidmat baktinya sejak 1978.

Anak kelahiran Johor Bahru itu berkata, kenaikan pangkat itu adalah cabaran baru yang perlu dilaluinya dengan penuh rasa tanggungjawab apa lagi sebagai pegawai kanan wanita untuk menaikkan lagi imej Tentera Darat.

“Pelantikan ini juga membuktikan golongan wanita tidak pernah dipinggirkan dalam ATM dan sesiapa saja yang berkelayakan akan mendapat kenaikan pangkat,” katanya yang ditemani ibu, Noraini Abdullah, 76.
Beliau turut melahirkan rasa sedih kerana kejayaannya itu tidak dapat diraikan bersama bapanya, bekas pegawai Jabatan Penjara, Allahyarham Ahmad Saadon yang meninggal dunia pada 2006 yang juga individu paling kuat memberikan sokongan terhadapnya.

Sebelum ini, jawatan Brigadier Jeneral wanita adalah dari kalangan pegawai kanan profesional terutama doktor tentera dan ini ada-lah kali pertama pegawai kanan wanita dari Tugas Am dilantik ke pangkat berkenaan.

Pada majlis sama, enam Brigadier Jeneral turut diumumkan kenaikan pangkat ke Mejar Jeneral iaitu Brigadier Jeneral Datuk Md Azman Rosli, Brigadier Jeneral Datuk Suhaimi Mohd Zuki; Brigadier Jeneral Datuk Mohd Zaki Mokhtar; Brigadier Jeneral Datuk Rohisha Yahaya; Brigadier Jeneral Datuk Ishak Yeop Hamzah dan Brigadier Jeneral Prof Datuk Dr Mohd Zin Bidin.

Selain itu, tiga pegawai bukan Melayu turut dinaikkan pangkat iaitu Lt Kolonel Wee Han Siew (ke Kolonel); Mejar S Patmanathan (Lt Kolonel) dan Mejar N Subramaniam (Lt Kolonel).

Sementara itu, Zulkifeli dalam ucapannya berkata, semua pegawai kanan yang dinaikkan pangkat itu diharap dapat terus melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan penuh komitmen, keikhlasan dan kejujuran.

Beliau berkata, mereka mendapat peluang kenaikan pangkat selepas diberikan pertimbangan sewajarnya atas kebolehan masing-masing termasuk dari aspek pengetahuan intelektual dan pengalaman.

“Penilaian untuk kenaikan pangkat dibuat berdasarkan beberapa aspek dan merit tanpa mengira sama ada seseorang itu adalah pegawai lelaki atau wanita,” katanya.

-Bharian-
_______________________________________________

Tahniah..
tenteng
tenteng
Kehormat MyMil

Mymil
Posts : 4773
Reputation : 124
Join date : 11/05/2010
Age : 42
Location : segitiga melaka-kuantan-kkb-melaka

https://www.facebook.com/waniezas

Back to top Go down

MPSA @ News - Page 30 Empty Re: MPSA @ News

Post by venez Thu 17 Feb 2011, 9:24 am

tahniah...
venez
venez
ADMIN
ADMIN

Mymil
Posts : 17389
Reputation : 581
Join date : 19/04/2010
Age : 46
Location : AFNG

http://venez2.blogspot.com

Back to top Go down

MPSA @ News - Page 30 Empty Re: MPSA @ News

Post by tenteng Mon 21 Feb 2011, 11:38 am

Nadirasa, Tentera Darat terbit drama Platun Harimau

[img][/img]
ZULKIFELI Mohd. Zin (kanan) tertarik dengan uniform baru anggota tentera pasukan Wira Merah di Kem Transit Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 18 Feb. - Diadaptasi daripada sebuah novel perang bertajuk Platun Harimau, Nadirasa Budaya (M) Sdn. Bhd. dengan kerjasama Tentera Darat menerbitkan sebuah drama bersiri bertajuk Platun Harimau.

Drama dengan tema 'Hutang Darah dibayar Darah' itu diangkat daripada kisah benar unit skuad kombat Tentera Darat dalam mempertahankan negara dari ancaman komunis sepanjang 1987 hingga 1988.

Platun Harimau yang diadaptasi daripada novel perang karya Leftenan Kolonel Mohd. Radzi Abd. Hamid yang juga ketua skuad kombat terbabit bakal ditayangkan sebanyak 13 episod di RTM1 bermula 1 Mac ini sempena Hari Ulang tahun Tentera Darat ke-78.

Penerbit drama bersiri itu, Razali Mohd. Yussof berkata, drama Platun Harimau itu bertujuan menyedarkan generasi muda bahawa komunis adalah pengganas yang bertindak kejam kepada rakyat negara ini.

"Tentera Darat khususnya askar Melayu telah berjuang menentang komunis dan ramai yang terkorban, tercedera, cacat penglihatan dan sengsara hingga ke saat ini. Bangkitlah anak-anak Malaysia menentang golongan yang memperjuangkan komunis," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran drama tersebut oleh Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Zulkifeli Mohd. Zin di Dewan Bunga Tanjung, Wisma Transit, di sini hari ini.

Hadir sama timbalannya, Leftenan Jeneral Datuk Wira Zulkefli Zainal Abidin dan Panglima Medan Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Seri Ahmad Hasbullah Mohd. Nawawi.

Drama Platun Harimau adalah cerita sebenar yang dilalui Tentera Darat melalui Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) sekitar 1980-an yang menerima tentangan hebat pengganas komunis yang dikenali sebagai 'Black Jacket'.

Seramai 16 perajurit gugur di medan perang di Daerah Gubir, di utara Perak bersempadan dengan Betong (wilayah Siam) yang merupakan kawasan hitam pengganas komunis Black Jacket yang diketuai oleh Chong Woo.

Razali berkata, drama yang menjalani penggambaran sekitar kawasan hutan di Tapah, Perak dan Kem Sungai Udang serta Kem Terendak di Melaka itu dibarisi pelakon seperti Zul Huzaimi, Norman Hakim dan Yatt Hamzah.

Sementara itu, Mohd. Radzi berkata, novel Platun Harimau merupakan pengalaman yang mampu membawa masyarakat khususnya golongan remaja mempunyai semangat nasionalisme yang tinggi terutama apabila ia menyentuh soal keselamatan negara.

"Remaja sekarang harus sedar mereka mempunyai tanggungjawab dan dalam memberikan sumbangan yang bermanfaat dan bermakna kepada negara kita selain mementingkan semangat setiakawan," katanya.

-utusan-
_______________________________________

byk pulak cite2 pasal tentera skang nie.
tenteng
tenteng
Kehormat MyMil

Mymil
Posts : 4773
Reputation : 124
Join date : 11/05/2010
Age : 42
Location : segitiga melaka-kuantan-kkb-melaka

https://www.facebook.com/waniezas

Back to top Go down

MPSA @ News - Page 30 Empty Re: MPSA @ News

Post by dewafrost Mon 21 Feb 2011, 11:47 am

cheh.... nanti tiga minggu main... kene hold, sebab ada yg tak ikut keadaan sebenar... huhuhuhuhuhuu
dewafrost
dewafrost
Kehormat MyMil

Mymil
Posts : 3762
Reputation : 146
Join date : 20/06/2010

Back to top Go down

MPSA @ News - Page 30 Empty Re: MPSA @ News

Post by dewafrost Mon 21 Feb 2011, 11:57 am

sian kek norman hakim.... yg dulu pun tak abis tayang, ni yg baru plak, kalu tak abis jugak tobat dah aku tak nak blakon jadik askar daaah
dewafrost
dewafrost
Kehormat MyMil

Mymil
Posts : 3762
Reputation : 146
Join date : 20/06/2010

Back to top Go down

MPSA @ News - Page 30 Empty Re: MPSA @ News

Post by marc_zman Mon 21 Feb 2011, 12:10 pm

dewafrost wrote:cheh.... nanti tiga minggu main... kene hold, sebab ada yg tak ikut keadaan sebenar... huhuhuhuhuhuu

kalu benda camnih jadik, wa kasik sedas dua backhand kat team penerbitan
coz twist sejarah sesuka hati
pastu wa kasik 5, 6, 7, 8, 9, 10 das backhand kat team military advisor dia
coz tak buat keje sewajarnya

marah ni.. grrrrr Evil or Very Mad Evil or Very Mad Evil or Very Mad

dewafrost wrote:sian kek norman hakim.... yg dulu pun tak abis tayang, ni yg baru plak, kalu tak abis jugak tobat dah aku tak nak blakon jadik askar daaah

aisey.. ni nanti kalu jadik lagu tu, sah dapat nama.. sindrom norman hakim..
coz berlakon dua drama berlainan cerita tapi sama tema
& sama kesudahan.. itulah sindrom norman hakim.. ekekekekeee
mintak dijauhkan situasi tu k
marc_zman
marc_zman
MODERATOR
MODERATOR

R.I.P
Posts : 16328
Reputation : 611
Join date : 08/06/2010
Location : di atas tanah bekas hutan, paya dan ladang kelapa sawit.. tak tau laaa ntah sapa2 pernah kena tanam kat sini dulu.. kalu ada laa

Back to top Go down

MPSA @ News - Page 30 Empty Re: MPSA @ News

Post by dewafrost Mon 21 Feb 2011, 12:13 pm

hahahahahahaaaa... aku nak tunggu sindrom tuuuuu, heheheheee
dewafrost
dewafrost
Kehormat MyMil

Mymil
Posts : 3762
Reputation : 146
Join date : 20/06/2010

Back to top Go down

MPSA @ News - Page 30 Empty Re: MPSA @ News

Post by observateur Mon 21 Feb 2011, 12:15 pm

venez wrote:
tenteng wrote:Jurulatih ATM patah tulang belakang

ALOR SETAR: Seorang jurulatih kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) patah tulang belakang selepas payung terjunnya tersimpul ditiup angin ketika menjalani latihan payung terjun di Pusat Latihan Peperangan, Padang Sanai, Kuala Nerang, Ahad lalu.

Dalam kejadian jam 9.15 pagi, Mejar Syakirien Yusoff, 35, dari Kem Terendak, Melaka dikatakan menjalani latihan sebelum terhempas pada ketinggian kira-kira 15 meter di kawasan lapang pusat itu.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin turut terbabit dalam sesi latihan asas terjunan itu. Bagaimanapun, Khairy terselamat dalam latihan berkenaan.

Latihan itu diadakan sempena majlis penganugerahan sayap yang dijangka diadakan esok.

Sumber berkata, Syakirien jatuh terhempas selepas payung terjun digunakannya untuk menjalani latihan di pusat itu gagal berfungsi sepenuhnya selepas angin kencang.

“Pada mulanya payung terjun mangsa kelihatan kembang, bagaimanapun talinya dipercayai terbelit menyebabkan mangsa jatuh tidak sempurna “Payung terjun yang digunakannya mengalami masalah kerana talinya bersimpul akibat angin kencang, menyebabkan mangsa berpusing-pusing di udara dan jatuh terhempas pada paras ketinggian 15 meter,” katanya.

-hmetro-

belum sampai ajal lagi.

semoga beliau sembuh seperti sedia kala...

AMIIN!!

risiko yg terpaksa dilalui oleh personnel ATM, walaupun dlm suasana aman... Sad Sad
observateur
observateur
MODERATOR
MODERATOR

Mymil
Posts : 2914
Reputation : 106
Join date : 19/04/2010
Age : 57

Back to top Go down

MPSA @ News - Page 30 Empty Re: MPSA @ News

Post by marc_zman Tue 22 Feb 2011, 9:30 am

pagi tadi wa bleh teramik plak paper the sun kat 7E.. jarang kejadian tu.. dlm banyak2 citer tu wa tertarik ngan satu 'reminder' kat ruangan Letters di ms 07 the sun 22/2/2011.. wa tak jumpa dlm internet, so wa retype balik yer..

Spell Indonesia in full

1 Refer to the index (blurb) on the front page; "CIMB may see higher contribution from I n d o n unit" (Feb 18)

I would like to draw your attention that the governments of both countries, Indonesia and Malaysia, have officially agreed to prohibit the use of the word "I n d o n" which has been often used by the Malaysian media to abbreviate or shorten the word "Indonesia" or "Indonesian" as the title or headline. The word "I n d o n" is considered degrading and humiliating.

The word "I n d o n" should never be used. It is proper to spell out th word "Indonesia" in full.

Suryana Sastradiredia
Minister Counsellor
Information, Social and Cultural Affairs
Embassy of Indonesia

wa kasik kredit kat pegawai kedutaan ni coz dia memang buat kerja dia

cuma tetiba wa teringat itu final piala suzuki
game 2nd leg yg kat jakarta akhir tahun lepas
punya laaa banyak banner yg tertera tulisan Malaysia
dari mula sampai habis game banner cam tu dok terpampang
aper tindakan diorang.?
kita sahaja ke nak kena jaga hati dia.?
hati kita ni sapa plak nak jaga.?
marc_zman
marc_zman
MODERATOR
MODERATOR

R.I.P
Posts : 16328
Reputation : 611
Join date : 08/06/2010
Location : di atas tanah bekas hutan, paya dan ladang kelapa sawit.. tak tau laaa ntah sapa2 pernah kena tanam kat sini dulu.. kalu ada laa

Back to top Go down

MPSA @ News - Page 30 Empty Re: MPSA @ News

Post by tin Tue 22 Feb 2011, 9:34 am

marc_zman wrote:pagi tadi wa bleh teramik plak paper the sun kat 7E.. jarang kejadian tu.. dlm banyak2 citer tu wa tertarik ngan satu 'reminder' kat ruangan Letters di ms 07 the sun 22/2/2011.. wa tak jumpa dlm internet, so wa retype balik yer..

Spell Indonesia in full

1 Refer to the index (blurb) on the front page; "CIMB may see higher contribution from I n d o n unit" (Feb 18)

I would like to draw your attention that the governments of both countries, Indonesia and Malaysia, have officially agreed to prohibit the use of the word "I n d o n" which has been often used by the Malaysian media to abbreviate or shorten the word "Indonesia" or "Indonesian" as the title or headline. The word "I n d o n" is considered degrading and humiliating.

The word "I n d o n" should never be used. It is proper to spell out th word "Indonesia" in full.

Suryana Sastradiredia
Minister Counsellor
Information, Social and Cultural Affairs
Embassy of Indonesia

wa kasik kredit kat pegawai kedutaan ni coz dia memang buat kerja dia

cuma tetiba wa teringat itu final piala suzuki
game 2nd leg yg kat jakarta akhir tahun lepas
punya laaa banyak banner yg tertera tulisan Malaysia
dari mula sampai habis game banner cam tu dok terpampang
aper tindakan diorang.?
kita sahaja ke nak kena jaga hati dia.?
hati kita ni sapa plak nak jaga.?

balas balik kat dia, ckp "sori cik, memo ttg perkara tu kita belom terima". ekekeke...
tin
tin
Kehormat MyMil

Mymil
Posts : 6841
Reputation : 235
Join date : 06/06/2010
Location : Mymil's village idiot

Back to top Go down

MPSA @ News - Page 30 Empty Re: MPSA @ News

Post by standupper Wed 09 Mar 2011, 2:27 pm

Tujuh Disyaki Perompak Berjaya Diberkas APMM Wilayah Selatan

JOHOR BAHRU 9 Mac – Perbuatan merompak di perairan Pengerang berjaya dipatahkan setelah sekumpulan tujuh lelaki ditangkap Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Selatan dikedudukan 2.8 batu nautika Barat Daya Pulau Mungging perairan Pengerang Johor.

APMM Wilayah Selatan telah mempertingkatkan pengawasan dengan melaksanakan operasi khusus bagi membanteras kejadian rompakan yang berlaku di perairan Johor Barat dan Timur.

Usaha berterusan yang dilaksanakan APMM dengan mempertingkatkan kawalan keselamatan dengan menambah aset dan anggota serta melakukan risikan telah berjaya menangkap sekumpulan perompak diberkas pada 9 Mac 2011 lebih kurang jam 3.20 pagi.

Kejayaan ini berhasil apabila dua bot laju APMM 9 pegawai dan anggota yang dalam rondaan operasi berjaya memberkas tujuh lelaki disyaki perompak berusia antara 28 hingga 33 tahun di perairan Pulau Mungging Pengerang, Johor.

Ketua Penguat Kuasa Maritim Wilayah Selatan, Laksama Pertama Maritim Zukifili Abu Bakar berkata, semasa dalam rondaan lebih kurang jam 3.15 pagi, semasa dua buah bot laju APMM melakukan rondaan di perairan ini kedengaran ‘emergency alam’ dari kapal MT Front Queen yang berdaftar di Majuro Island. Ekoran dari bunyi tersebut, tindakan pantas aset APMM yang berada di kawasan rondaan terus bergegas ke kapal tersebut untuk melakukan siasatan.

“Semasa menghampiri kapal MT Front Queen di bahagian belakang kapal tersebut terdapat sebuah bot kayu yang dalam keadaan mencurigakan tergesa-gesa meninggalkan kapal dan kelihatan antara mereka sedang membuang 2 batang buluh dan beberapa bungkusan plastik ke dalam laut. Perbuatan mereka dipercayai akibat melihat bot APMM menghampiri setelah bunyi ‘emergency alam’,” katanya pada sidang media di atas Kapal APMM hari sini.

Zulkifli berkata, kesemua mereka warganegara asing berjaya diberkas pada jam 3.20 pagi dan hasil pemeriksaan menjumpai sebilah pisau bayonet, sebilah kapak dan beberapa spanar di dalam bot tersebut yang disyaki digunakan untuk merompak kapal-kapal di perairan Pengerang, Johor.

“Siasatan awal yang dilakukan ke atas kepten kapal MT Front Queen, seorang kru kapalnya telah dikejar seorang yang tidak dikenali menggunakan sebilah parang. Kru kapal tersebut berjaya melarikan diri ke anjungan kapal dan terus memaklumkan kepada pegawai bertugas anjungan untuk membunyikan ‘emergency alam’ yang dapat didengari bot APMM,” katanya.

Katanya lagi, kesemua mereka dibawa ke Ibu Pejabat APMM Wilayah Selatan di Johor Bahru untuk siasatan lanjut. APMM Wilayah Selatan berharap dapat berkongsi maklumat antara komuniti maritim dengan pihak APMM bagi membendung aktiviti rompakan berlaku dalam perairan Malaysia. Sebarang maklumat boleh menghubungi terus ke Pusat Operasi Maritim (POMAR) Wilayah Selatan yang beroperasi 24 jam ditalian 07219901 hingga 07219910.
standupper
standupper
Kehormat MyMil

Mymil
Posts : 3271
Reputation : 630
Join date : 04/05/2010

Back to top Go down

MPSA @ News - Page 30 Empty Re: MPSA @ News

Post by Sponsored content

Sponsored content

Back to top Go down

Page 30 of 42 Previous  1 ... 16 ... 29, 30, 31 ... 36 ... 42  Next

Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum