Log in
Latest topics
» Sembang Medan Selera Pak Jebat V44by HangPC2 Sat 27 Aug 2022, 5:36 pm
» Halo semua
by matamata Mon 25 Oct 2021, 9:56 pm
» Cerita Rakyat
by mumuchi Sun 05 Sep 2021, 10:35 am
» Konfrontasi Malaysia-Indonesia 1962-66
by mumuchi Sun 05 Sep 2021, 10:28 am
» PAINTBALL - Come get some...
by pisang Tue 13 Dec 2016, 1:53 pm
» Baru balik
by pisang Mon 12 Dec 2016, 5:47 pm
» Jaket camo
by atreyudevil Fri 15 Jul 2016, 4:17 pm
» Nusantara Total War: Portuguese Invasion
by Adib Mon 22 Feb 2016, 7:57 pm
» Rekrut baru disini
by kapokbesi Thu 11 Feb 2016, 4:32 pm
» Keretapi Tanah Melayu Berhad
by zacky.uesoff Thu 04 Feb 2016, 11:00 pm
» ALL ABOUT HAM RADIO (AMATEUR RADIO STATION)
by kapokbesi Mon 16 Nov 2015, 12:42 pm
» BACKPACKING
by venez Tue 31 Mar 2015, 5:11 pm
» Rekrut 2015
by atreyudevil Sun 29 Mar 2015, 8:34 pm
» Sejarah Pangkalan-Pangkalan Udara TUDM
by venez Tue 24 Mar 2015, 11:02 am
» MyMil useful website lists
by atreyudevil Sat 24 Jan 2015, 11:17 pm
» WIP - Work In Progress
by yaminz Fri 26 Dec 2014, 12:06 pm
» Model Collections
by yaminz Fri 26 Dec 2014, 11:58 am
» Rekrut October & November 2014
by atreyudevil Sat 20 Dec 2014, 7:07 am
» Bola Cafe: MALAYSIA!
by HangPC2 Sun 14 Dec 2014, 12:35 pm
» Tayar Pirelli boleh tahan!
by venez Wed 10 Dec 2014, 4:27 pm
Statistics
We have 511 registered usersThe newest registered user is Belarus
Our users have posted a total of 172030 messages in 1322 subjects
Like/Tweet/+1
MPSA @ News
+49
5229
mmmbop
yinchet
storm2011
el-toro
sCorpene
Boku nash
koirazie2
sauffie
heavyduty
bijan
MMW
alphawolf
anya8797
kerambit75
sol
azim09
dewafrost
jofizo
helangrimba
Foxtrot
paradox
KIM.mafia
periuk_api1209
mirage
samuraisan
oioi
tin
harleena
superhornet
escortburuk
panah hikmat
tj
marc_zman
standupper
matamata
eaizan
mumuchi
yaminz
zulupapa
tok_rimau87
observateur
tenteng
innocentti
atreyudevil
ashes
powerw00t
blankrasta
venez
53 posters
Malaysia's Military, Police and Security Agencies :: Majalah dan Buletin Pertahanan :: Akhbar, eBook and Laman Web
Page 33 of 42
Page 33 of 42 • 1 ... 18 ... 32, 33, 34 ... 37 ... 42
Re: MPSA @ News
dewafrost wrote:makna nya lori2 laaahhh tuuuu
Yaa... Lori Handalan based on lori Isuzu... Pastu tak masuk lagi Pajero / Isuzu Bighorn / Toyota Hilux dlm inventory tentera kita...
escortburuk- Warrant Officer
- Posts : 544
Join date : 29/04/2010
Re: MPSA @ News
Kerjasama ATM, PDRM jimat kos bina penjara
PUTRAJAYA: Program Pemulihan Pemasyarakatan yang membabitkan kerjasama antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Penjara mewujudkan situasi 'menang-menang' kepada kedua-dua agensi terbabit dan banduan.
Ia kerana menerusi program itu, Jabatan Penjara dapat menjimatkan kos pembinaan penjara bagi menampung keperluan sedia ada, manakala ATM berupaya menjimatkan kos operasi terutama dari segi kontrak penyelenggaraan membabitkan pemotongan rumput, mencuci bangunan serta mengecat bangunan.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata banduan pula mendapat upah hasil pekerjaan iaitu RM200 sebulan yang boleh digunakan untuk membantu keluarga.
Katanya, pelaksanaan program berkenaan juga dapat mengelakkan banduan yang bukan dalam kategori jenayah berat bercampur dengan mereka didapati bersalah melakukan jenayah serius.
"Saya mempunyai keyakinan penuh terhadap pendekatan unik ini kerana ia akan turut menyokong usaha mengurangkan kadar jenayah, khususnya jenayah jalanan seperti dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) berkaitan pengurangan kadar jenayah di seluruh negara.
"Agenda besar Perdana Menteri dalam meneruskan tradisi membela rakyat menerusi pendekatan pintar seumpama ini menggambarkan komitmen kerajaan yang sentiasa berusaha mendahulukan rakyat,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini semalam.
Akhbar semalam melaporkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sebagai berkata penerapan strategi Lautan Biru dalam enam NKRA mampu mengurangkan kos dan menghasilkan objektif pada tahap maksimum untuk manfaat rakyat dan negara.
Najib berkata, ketika ini, corak pemikiran di luar kotak menerusi strategi berkenaan diterapkan menerusi NKRA pertama iaitu ke arah mengurangkan ka-
dar jenayah di seluruh negara.
*bharian*

aiiihhh... baru nak buat... org putih dah lama dah buat mender niiiii...... banduan wat kijer menyelenggara bangunan kerajaan, swasta pun buleh, ada bayaran laaahh, tapi mungkin tidak semahal agensi lain......
dewafrost- Kehormat MyMil
-
Posts : 3762
Reputation : 146
Join date : 20/06/2010
Re: MPSA @ News
dewafrost wrote:aiiihhh... baru nak buat... org putih dah lama dah buat mender niiiii...... banduan wat kijer menyelenggara bangunan kerajaan, swasta pun buleh, ada bayaran laaahh, tapi mungkin tidak semahal agensi lain......
perghhh.. terus wa teringat itu citer shawshank redemption
negatif.. negatif.. pi hang dari mindaku ini
ekekekeeeee
marc_zman- MODERATOR
-
Posts : 16328
Reputation : 611
Join date : 08/06/2010
Location : di atas tanah bekas hutan, paya dan ladang kelapa sawit.. tak tau laaa ntah sapa2 pernah kena tanam kat sini dulu.. kalu ada laa
Re: MPSA @ News
heheheheheee.... sebenar nya kita ada sebab kenapa kita tak benar kan banduan wat kije luar, yer la kan, dah nama penjara, tempat kene hukum, bukan tempat rilek2 mcm penjara US nuun..... setakat selengara dlm penjara sendiri ok lerr, tuu dah di kire mcm kene fitik lerrrr..... yg ni lain, fitik yg niii org nak buat, sbb dah lama merengkok, nak jugak betul2 kan tulang, fitik askar/polis, org maleh nk dgr, heheheheheheheheeee......
dlm citer shawshank redemption tuuu, mamat negro tuu ada kata, setiap banduan kene biarkan otak mereka berputar, yakni sibuk kan diri, agar mereka tak hilang keyakinan dan harapan yg buleh memakan diri, tapi dlm konteks kita kek sini, kita tak bleh biar itu berlaku, kalau tak, banduan takan insaf... heheheheheheee
dlm citer shawshank redemption tuuu, mamat negro tuu ada kata, setiap banduan kene biarkan otak mereka berputar, yakni sibuk kan diri, agar mereka tak hilang keyakinan dan harapan yg buleh memakan diri, tapi dlm konteks kita kek sini, kita tak bleh biar itu berlaku, kalau tak, banduan takan insaf... heheheheheheee
dewafrost- Kehormat MyMil
-
Posts : 3762
Reputation : 146
Join date : 20/06/2010
Re: MPSA @ News
Askar ‘ghaib’ tiga minggu ditemui dalam gaung
TAMPIN: Misteri kehilangan seorang anggota tentera yang tidak melaporkan diri di kem selama tiga minggu terjawab apabila mayatnya ditemui dalam sebuah gaung di Kilometer 10, Jalan Gemas-Tampin, berhampiran Felda Sungai Kelamah, di sini, kelmarin.
Lebih memilukan apabila mayat mangsa, Prebet Mohd Zaki Ahmudhi, 27, yang ditemui kira-kira jam 1.35 petang hanya tinggal rangka dalam keadaan terbenam di dalam lopak air di gaung kira-kira tiga meter.
Difahamkan, mangsa dipercayai meninggal akibat kemalangan berikutan motosikal ditungganginya dijumpai tidak jauh dari kawasan berkenaan. Ibu mangsa yang enggan dikenali berkata, dia berasa pelik apabila dimaklumkan anak lelakinya itu tidak melaporkan diri di Kem Syed Syaruddin, Gemas, di sini, sejak 5 Mac lalu.
“Saya diberitahu pihak tentera sudah berusaha mencari dia (Mohd Zaki), namun tidak berhasil kerana masih gagal menghubungi atau menemuinya.
“Berikutan itu, hati saya amat bimbang dan tidak berhenti berdoa kepada Allah supaya dia ditemui dalam keadaan selamat,” katanya ketika ditemui di perkarangan Bilik Mayat Hospital Tampin (HT), di sini, kelmarin.
Menurutnya yang turut membuat laporan polis mengenai kehilangan itu, dia tersentak apabila menerima panggilan polis dan tentera supaya datang ke HT untuk membuat pengecaman mayat.
“Sejurus tiba di hospital, hati saya luluh apabila mendapati dokumen pengenalan diri termasuk maklumat yang berada dalam sebuah telefon bimbit adalah miliknya,” katanya. Katanya, walaupun pedih, dia reda dan menganggapnya sebagai ketentuan Ilahi.
“Beberapa hari sebelum kejadian, dia menghubungi saya untuk bertanyakan khabar. Saya menasihatkannya supaya berwaspada ketika berada di jalan raya,” katanya yang tidak menyangka melihat rangka mayat anaknya. Jenazah Allahyarham dibawa pulang untuk dikebumikan di kampungnya di Kluang, Johor, semalam. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Wooi Kooi Cheang ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
innalillahwaiinailahirojiun...

5 askar sembelih enggang digantung tugas
2011/04/04
SHAH ALAM: Lima anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) termasuk seorang pegawai yang didakwa menyembelih seekor burung enggang di Hutan Royal Belum, Perak digantung tugas dan akan dihadapkan ke mahkamah untuk didakwa mengikut Akta Perlindungan Hidupan Liar.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata pihaknya berharap hukuman itu akan dijadikan pengajaran kerana anggota ATM perlu menyelamatkan hidupan liar yang dilindungi walaupun menemui haiwan berkenaan dalam keadaan hampir mati.
“Siasatan mendapati mereka (anggota tentera) ini menemui spesies burung yang semakin pupus itu dalam keadaan separuh mati dipercayai cedera selepas ditembak pemburu haram.
“Mungkin pemburu haram ini bertindak meninggalkan burung itu selepas menyedari kehadiran anggota tentera. Sepatutnya mereka ambil burung itu dan serahkan kepada pihak bertanggungjawab bukan bertindak menyembelihnya,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri sambutan Hari Keluarga Kelab Rantau Bagan Datoh (KERABAD) di Wet World, di sini, semalam.
Lebih 2,000 masyarakat berasal dari Bagan Datoh yang berada di perantauan, menghadiri sambutan berkenaan.
Kerajaan Perak sebelum ini memandang serius penyebaran gambar anggota tentera bersama burung enggang yang kelihatan seperti disembelih, didakwa berlaku di Hutan Royal Belum dalam laman web sosial, Facebook dan blog.
**************************************
x tau nak cakap cam mana...
burung enggang boleh dimakan ke?

apa tujuan dia orang sembelih burung enggang tu? Nak makan ke? entah la tenteng, tak tau lak burung enggang tu boleh dimakan ke tak..
Re: MPSA @ News
harleena wrote:apa tujuan dia orang sembelih burung enggang tu? Nak makan ke? entah la tenteng, tak tau lak burung enggang tu boleh dimakan ke tak..
-short minded soldiers
-spineless or dim lighted officer
-issued assault rifle and machetes
-weird looking bird
-Sh-bags thinking it would be a good story at camp
-overall boredness in camp
-newspaper like field rations
yeah..it wouldnt take a genius to figure it out
as they say in officer school,'junior ranks will do great things and do REALLY stupid things'
heavyduty- Lt Colonel
-
Posts : 1747
Reputation : 150
Join date : 15/03/2011
Age : 43
Location : OPSEC
Re: MPSA @ News
Polis zaman darurat diberi penghormatan
KUALA LUMPUR 6 April - Rangka Konstabel Mohammed Abdul Lalil @ Jalil, salah seorang mangsa pesawat tentera British yang terhempas sejak 61 tahun lalu telah disembahyang dan diberi penghormatan sebagai Wira Negara di Masjid Bukit Aman, pagi ini.
Mohammed, 25, semasa nahas pada 25 Ogos 1950 antara 12 penumpang pesawat Douglas C47B 35 DK Dakota C4 (KN630) yang terhempas dalam operasi membanteras kegiatan komunis di Gua Musang, Kelantan.
Allahyarham antara tiga mangsa yang berjaya dikenal pasti identitinya melalui ujian asid deoksiribonukleik (DNA). Dua lagi adalah warga British dan kini tulang mereka ditempatkan di Muzium Markas Tentera Darat.
Kesemua rangka krew itu berjaya dibawa keluar dari lokasi kejadian pada 12 November 2008, setelah 58 tahun bersemadi di tengah hutan Gua Musang.
Pengarah Muzium Tentera Darat, Lt. Kol. Norhayati Mansor berkata, satu lagi siri saringan DNA akan dilakukan bulan ini atau September bagi mengenal pasti identiti sembilan lagi krew pesawat yang turut terbunuh dalam nahas tersebut.
Katanya, kesemua 12 mangsa nahas itu ialah tiga juruterbang dan lima tentera British serta empat lagi iaitu Allahyarham Mohammed dan tiga orang awam, Yaakob Mamat; penunjuk arah, Asip Ali Serdah (Orang Asli) dan A. Rantse (pegawai tanah).
Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menobat Allahyarham yang berasal dari Kampung Bukit Treh, Muar, Johor, sebagai Wira Negara.
"Allahyarham adalah satu-satunya anggota polis yang terlibat dalam operasi itu," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Rangka Allahyarham yang tersimpan di Muzium Angkatan Tentera sebelum itu diserahkan kepada PDRM dan diberi penghormatan sebagai Wira Negara di pekarangan Masjid Bukit Aman sebaik sahaja selesai disembahyangkan sebelum dibawa untuk dikebumikan di kampung halamannya.
Turut berada di majlis itu ialah salah seorang adik Allahyarham, Hamdan Abd. Jalil, 77. Allahyarham adalah anak keempat daripada sembilan beradik.

al fatihah...
dewafrost- Kehormat MyMil
-
Posts : 3762
Reputation : 146
Join date : 20/06/2010
Re: MPSA @ News
The Star Online > Nation
Monday April 11, 2011
Honours for old warriors
By ONG HAN SEAN
hansean@thestar.com.my
PEKAN: They risked their lives to protect the country from communists
when they were young. Some 60 years later, these former Special Branch
(SB) officers are grateful that their contributions have finally been
recognised.
The 27 veterans were conferred titles and awards by the Sultan of
Pahang Sultan Ahmad Shah in conjunction with his 80th birthday last
year.
[You must be registered and logged in to see this image.]
Exemplary service: Fellow recipients congratulating
SAC Wong (in wheelchair) at Istana Abu Bakar in
Pekan yesterday.
Yesterday, they were honoured at an investiture ceremony at Istana Abu Bakar here.
Fifteen of them were awarded the Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP), which carries the title “Datuk”.
Among them was Senior Asst Comm II (R) Cheong Kwai Leong (pic), who
worked as The Star security manager for seven years after his retirement
in 1986.
SAC Cheong, 80, said he had even become a target of an assassin in his early days.
He served in Johor Baru from 1951 to 1960 before being appointed Malacca SB chief in 1974.
“By then, the communists had changed their tactics by targeting
important figures for assassination. I was one such target,” he
recalled.
SAC Cheong said he was surprised when he knew he was to receive an award from the Sultan.
“After having retired for 25 years, I did not expect anyone to remember my services,” he said. “I am really grateful.”
Former Sarawak SB chief SAC II (R) Wong Kie Kiong, 82, was pleased with the recognition.
“We were fighting communists then,” he said. “I hope today’s
youngsters would treasure the peace our generation has brought them.”
Another DIMP recipient, Asst Comm (R) Abdullah Abdul Hamid, 65, said he did not expect to be awarded a Datukship at all.
“I was surprised when I was told that I would be receiving an award
for my services,” he said. “I didn’t know it was a Datukship.”
ACP Abdullah said his most noteworthy experience was the capture of 14 communists in Kuala Lipis in 1981.
Seven others received the Setia Ahmad Shah Pahang (SAP) while five received the Setia Mahkota Pahang (SMP) at the ceremony.
© 1995-2011 Star Publications (Malaysia) Bhd (Co No 10894-D)

mumuchi- GLOBAL MODERATOR
-
Posts : 19551
Reputation : 525
Join date : 05/06/2010
Location : Dulu Tempat Lumba Kuda
Re: MPSA @ News
alhamdulillah.. agak lewat penganugerahan ini dikurniakan tapi.. better late then never
next step.. kita mintak-mintak sangat ada pihak nak temubual & catatkan serta bukukan semua kisah & pengalaman ke semua Y.Bhg Datuk tersebut
next step.. kita mintak-mintak sangat ada pihak nak temubual & catatkan serta bukukan semua kisah & pengalaman ke semua Y.Bhg Datuk tersebut
marc_zman- MODERATOR
-
Posts : 16328
Reputation : 611
Join date : 08/06/2010
Location : di atas tanah bekas hutan, paya dan ladang kelapa sawit.. tak tau laaa ntah sapa2 pernah kena tanam kat sini dulu.. kalu ada laa
Re: MPSA @ News
Dataran Pahlawan, Muzium ATM/PDRM dibina di Putrajaya
11/04/2011 5:31pm
MIRI 11 April – Sebuah Dataran Pahlawan, Taman Memorial, Muzium Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang pertama seumpamanya di Asia, akan dibina di Putrajaya bagi menghargai serta mengenang jasa golongan itu dalam pembangunan negara.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pembinaannya akan dimulakan tahun ini dengan kos awal sebanyak RM10 juta dan dijangka siap dalam tempoh dua tahun.
"Pihak Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri sedang mengadakan perundingan apakah bentuk dan juga elemen-elemen yang akan dimasukkan, maka kita akan mengemukakan kepada PM (Perdana Menteri) kos sebenar pembinaan memorial park berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan bersama veteran ATM negeri Sarawak di Gymkhana di sini hari ini.
Ahmad Zahid berkata, projek itu dijangka menjadi tarikan baru pelancongan serta sebagai panduan bagi pelajar sekolah mengenang jasa pahlawan dan perajurit negara selain menjadi lokasi sambutan perayaan ulang tahun ATM.
Katanya, pembinaan bangunan-bangunan itu akan mengikut standard yang terdapat pada bangunan seumpamanya di Canberra, Australia dan West Point, Amerika Syarikat. – Bernama

jofizo- Lieutenant
-
Posts : 653
Reputation : 62
Join date : 21/10/2010
Re: MPSA @ News
ada berita pasal helikopter rombongan TPM di Sarawak terhempas??
sib baik TPM tak apa2, kalau taaakkk... berkabung kita.....
lagiii sib baik, bkn helos tentera yg terhempas... huhuhuhuhuhuhu
sib baik TPM tak apa2, kalau taaakkk... berkabung kita.....
lagiii sib baik, bkn helos tentera yg terhempas... huhuhuhuhuhuhu
dewafrost- Kehormat MyMil
-
Posts : 3762
Reputation : 146
Join date : 20/06/2010
Re: MPSA @ News
dewafrost wrote:ada berita pasal helikopter rombongan TPM di Sarawak terhempas??
sib baik TPM tak apa2, kalau taaakkk... berkabung kita.....
lagiii sib baik, bkn helos tentera yg terhempas... huhuhuhuhuhuhu
pilot dah meninggal malam tadi.... takziah kepada keluarga arwah.
Re: MPSA @ News
Helikopter terhempas di Sibu, hanya juruterbang cedera
[You must be registered and logged in to see this image.]
11/04/2011 5:02pm
SIBU 11 April - Sebuah helikopter terhempas sejurus berlepas dari Dataran Sibu, di tengah-tengah bandar raya ini pada 1.40 petang hari ini selepas menurunkan tiga penumpangnya termasuk pembantu khas kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di dataran itu.
Juruterbang helikopter itu, satu-satunya yang berada di dalam pesawat itu ketika kejadian, dihantar segera ke Hospital Sibu untuk rawatan.
Keadaan juruterbang itu masih belum diketahui.
Setiausaha Akhbar Muhiyddin, Hafiz Abdul Halim yang ketika itu sedang berjalan menuju ke RH Hotel, kira-kira 100 meter dari dataran itu terkejut dengan kejadian itu.
"Helikopter itu tidak mengalami apa-apa masalah semasa kami berlepas dari Bintangor atau semasa dalam penerbangan. Saya sedang berjalan menuju hotel apabila saya dengar ia terhempas,” kata Hafiz yang sebelum itu menaiki helikopter itu bersama-sama dua pegawai keselamatan.
Muhyiddin dan pegawai khas beliau yang menaiki helikopter berasingan turut mendarat di dataran yang sama sebelum kejadian itu. Mereka juga baru pulang dari Bintangor.
"Timbalan Perdana Menteri dan rombongannya selamat,” kata Hafiz. - Bernama
[You must be registered and logged in to see this image.]
11/04/2011 5:02pm
SIBU 11 April - Sebuah helikopter terhempas sejurus berlepas dari Dataran Sibu, di tengah-tengah bandar raya ini pada 1.40 petang hari ini selepas menurunkan tiga penumpangnya termasuk pembantu khas kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di dataran itu.
Juruterbang helikopter itu, satu-satunya yang berada di dalam pesawat itu ketika kejadian, dihantar segera ke Hospital Sibu untuk rawatan.
Keadaan juruterbang itu masih belum diketahui.
Setiausaha Akhbar Muhiyddin, Hafiz Abdul Halim yang ketika itu sedang berjalan menuju ke RH Hotel, kira-kira 100 meter dari dataran itu terkejut dengan kejadian itu.
"Helikopter itu tidak mengalami apa-apa masalah semasa kami berlepas dari Bintangor atau semasa dalam penerbangan. Saya sedang berjalan menuju hotel apabila saya dengar ia terhempas,” kata Hafiz yang sebelum itu menaiki helikopter itu bersama-sama dua pegawai keselamatan.
Muhyiddin dan pegawai khas beliau yang menaiki helikopter berasingan turut mendarat di dataran yang sama sebelum kejadian itu. Mereka juga baru pulang dari Bintangor.
"Timbalan Perdana Menteri dan rombongannya selamat,” kata Hafiz. - Bernama
marc_zman- MODERATOR
-
Posts : 16328
Reputation : 611
Join date : 08/06/2010
Location : di atas tanah bekas hutan, paya dan ladang kelapa sawit.. tak tau laaa ntah sapa2 pernah kena tanam kat sini dulu.. kalu ada laa
Re: MPSA @ News
powerw00t wrote:standupper wrote:venez wrote:tok_rimau87 wrote:'Rejimen Penerbangan' baik letak under airforce terus..
tp bab rejimen media siber tu kira cybertrooper la nih?
betui2, mcm cyber pioneer SG punya...
Cybertrooper diorg dah lama serang porem cari.. lupa plak nick sapa dulu masa mula masuk kata org msia. Rajin bukak thread memancing cerita2 sensitif kat Cari.
budak sg yg aku ingat belacan, pada asal kita semua pun ingat budak sini... tapi bila dia punya BM semacam aja walopun melayu dia tu barulah identiti dia sebagai SGrean terserlah.
Ada sesiapa tahu siapa yang di gelar "paderi Maedeen" atau "paderi CI Cari"?
sauffie- Corporal
-
Posts : 72
Reputation : 10
Join date : 27/03/2011
Re: MPSA @ News
kuargh.... kuargh.... kuargh.... rindu plak komen2 si dubuk..... (debmey) mana ntah menghilang........
jofizo- Lieutenant
-
Posts : 653
Reputation : 62
Join date : 21/10/2010
Re: MPSA @ News
si dubuk tuuuu
dewafrost- Kehormat MyMil
-
Posts : 3762
Reputation : 146
Join date : 20/06/2010
Re: MPSA @ News
GURUN 10 April 11 – Ujian Kemahiran Menembak TD (UKMTD 2011) yang berlangsung selama 14 hari akhirnya memutamadkan keputusannya apabila Tim menembak 10 Bgd Para telah diistiarkan sebagai johan keseluruhan UKMTD 2011. Tim 10 Bgd Para sememangnya telah diduga oleh lain-lain formasi TD sebagai persaingan utama. Pengumuman 10 Bgd Para kali ini mengekalkan gelaran johan UKMTD tahun ini telah mencatatkan rekod tersendiri apabila berjaya mengekalkan kejuaraan 3 tahun berturut-turut.
Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Wira Hj Zulkifli Hj Zainal Abidin mewakili PTD hadir menyepurnakan upacara penutup UKMTD 2011 kali ini. Menurut beliau, UKMTD bukan hanya menguji kemahiran individu mengendalian senjata malahan merupakan penanda aras keupayaan organisasi dan kemampuan modal insan dalam mendokong teguh matlamat TD untuk mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara. Ia juga adalah medium untuk menjana sifat setiakawan, mempamerkan kesatuan dan memperkasa fundamentals.
Sebanyak 8 formasi TD mengambil bahagian kali ini telah menyaksikan 3 Div muncul sebagai Naib Johan manakala MK Latihan TD ditempat ketiga. Penembak 3 Div, Pbt Mohd Firdaus Abu Bakar telah dinobatkan sebagai Jaguh Menembak UKMTD 2011. Selain menjulang piala kemenangan dan diarakkan di atas Kerusi Jaguh Menembak beliau turut dinaikkan ke pangkat LKpl.
UKMTD 2011 juga telah melahirkan bakat-bakat baru yang akan mewakili TD dalam kesemua acara pertandingan menembak dan hasilnya seramai 87 penembak dari pelbagai kor dan formasi telah dicalonkan untuk mewakili TD.
Hadir sama, Panglima 2 Div, Mej Jen Dato’ Mohd Noor Daud selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengelola UKMTD, Panglima Latihan TD, Mej Jen Dato’ Abdul Rahim Hj Mohd Yusuff, Panglima 3 Div, Mej Jen Dato’Razali Hj Ahmad, Panglima 4 Div, Mej Jen Dato' Zulkiple Hj Kassim dan lain-lain Pegawai Kanan TD.
*http://army.mod.gov.my/index.php/buletin/107-ujian-kemahiran-menembak-tentera-darat*
Re: MPSA @ News
tenteng wrote:

tahniah kpd semua yg berjaya.
congrat2...
tin- Kehormat MyMil
-
Posts : 6841
Reputation : 235
Join date : 06/06/2010
Location : Mymil's village idiot
Re: MPSA @ News
fasal ni kut ven sebok sangat sekarang ni...
Kementerian teliti skim gaji baru tentera
2011/04/26
BESUT: Kementerian Pertahanan sedang meneliti skim gaji baru
anggota tentera untuk semua peringkat sesuai dengan transformasi yang
sedang dilaksanakan kepada bidang ketenteraan secara menyeluruh.
Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata skim baru itu
dirangka sebagai pengiktirafan kepada bidang ketenteraan yang
sekurang-kurangnya diharapkan dapat menyamai skim gaji penjawat awam di
kementerian lain.
Katanya, oleh kerana terdapat pegawai bertaraf profesional dalam
angkatan tentera seperti juruterbang, jurutera, pegawai perubatan dan
pelbagai bidang lain maka sewajarnya skim gaji baru dirangka sebagai
pengiktirafan kepada golongan ini.
"Hampir separuh daripada anggota tentera terbabit dalam bidang
profesional dan teknikal, patut gaji anggota tentera tidak dibiarkan
ketinggalan jauh berbanding profesional yang berada di luar kerajaan,"
katanya ketika berucap kepada anggota Tentera Udara Diraja Malaysia
(TUDM) pelbagai peringkat di Pangkalan TUDM Gong Kedak di sini semalam.
Turut hadir, Panglima TUDM, Jeneral Tan Sri Datuk Seri Rodzali Daud dan pegawai kanan TUDM.
Ahmad Zahid berkata, langkah untuk memperkenalkan skim gaji baru itu
juga adalah bagi memastikan golongan profesional dalam angkatan tentera
tidak mudah mengambil tindakan meninggalkan bidang kerja mereka
semata-mata untuk mengejar gaji yang lebih baik di luar.
"Sekiranya berlaku sedemikian, ianya akan merugikan kerajaan bagi
mendapatkan pengganti yang berpengalaman untuk angkatan tentera kita,"
katanya.
Beliau berkata, satu draf mengenai skim itu akan dikemukakan kepada
kerajaan tahun ini yang ia turut tidak mengecualikan pegawai peringkat
bawahan.
Katanya, penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak,
yang juga Menteri Pertahanan sebelum ini kerana banyak memberikan
perhatian terhadap masalah yang dihadapi anggota tentera dan keluarga
mereka. - BERNAMA
sos

mumuchi wrote:fasal ni kut ven sebok sangat sekarang ni...

he3.... draf dh lulus kira okler tuh... maybe pengumuman masa hari pekerja nanti...
Page 33 of 42 • 1 ... 18 ... 32, 33, 34 ... 37 ... 42
Similar topics
» MPSA @ News 2
» International Defence Affairs and News
» MPSA in TV
» F1 2011 news
» Breaking News: 13 Anggota Tentera Dikhuatiri Lemas Bot Hilang
» International Defence Affairs and News
» MPSA in TV
» F1 2011 news
» Breaking News: 13 Anggota Tentera Dikhuatiri Lemas Bot Hilang
Malaysia's Military, Police and Security Agencies :: Majalah dan Buletin Pertahanan :: Akhbar, eBook and Laman Web
Page 33 of 42
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum