Log in
Latest topics
» Sembang Medan Selera Pak Jebat V44by HangPC2 Sat 27 Aug 2022, 5:36 pm
» Halo semua
by matamata Mon 25 Oct 2021, 9:56 pm
» Cerita Rakyat
by mumuchi Sun 05 Sep 2021, 10:35 am
» Konfrontasi Malaysia-Indonesia 1962-66
by mumuchi Sun 05 Sep 2021, 10:28 am
» PAINTBALL - Come get some...
by pisang Tue 13 Dec 2016, 1:53 pm
» Baru balik
by pisang Mon 12 Dec 2016, 5:47 pm
» Jaket camo
by atreyudevil Fri 15 Jul 2016, 4:17 pm
» Nusantara Total War: Portuguese Invasion
by Adib Mon 22 Feb 2016, 7:57 pm
» Rekrut baru disini
by kapokbesi Thu 11 Feb 2016, 4:32 pm
» Keretapi Tanah Melayu Berhad
by zacky.uesoff Thu 04 Feb 2016, 11:00 pm
» ALL ABOUT HAM RADIO (AMATEUR RADIO STATION)
by kapokbesi Mon 16 Nov 2015, 12:42 pm
» BACKPACKING
by venez Tue 31 Mar 2015, 5:11 pm
» Rekrut 2015
by atreyudevil Sun 29 Mar 2015, 8:34 pm
» Sejarah Pangkalan-Pangkalan Udara TUDM
by venez Tue 24 Mar 2015, 11:02 am
» MyMil useful website lists
by atreyudevil Sat 24 Jan 2015, 11:17 pm
» WIP - Work In Progress
by yaminz Fri 26 Dec 2014, 12:06 pm
» Model Collections
by yaminz Fri 26 Dec 2014, 11:58 am
» Rekrut October & November 2014
by atreyudevil Sat 20 Dec 2014, 7:07 am
» Bola Cafe: MALAYSIA!
by HangPC2 Sun 14 Dec 2014, 12:35 pm
» Tayar Pirelli boleh tahan!
by venez Wed 10 Dec 2014, 4:27 pm
Statistics
We have 511 registered usersThe newest registered user is Belarus
Our users have posted a total of 172030 messages in 1322 subjects
Like/Tweet/+1
MPSA @ News 2
+33
innocentti
sajareg
superhornet
syafiqhan
guyfawke
azim09
longisland
the_killer
escortburuk
samuraisan
pcboss
tin
observateur
yinchet
mirage
lkick2113
dreamwarrior
Laxamana
Akmal3110
helangrimba
alphawolf
periuk_api1209
atreyudevil
heavyduty
arizan
yaminz
jofizo
standupper
Steven 12
venez
marc_zman
mumuchi
anya8797
37 posters
Malaysia's Military, Police and Security Agencies :: Majalah dan Buletin Pertahanan :: Akhbar, eBook and Laman Web
Page 5 of 14
Page 5 of 14 • 1, 2, 3, 4, 5, 6 ... 9 ... 14
Re: MPSA @ News 2
itu pun ef kalau ef dapat detect f-22 dulu. kalau tak belum sempat buat apa dua amraam incoming.
yinchet- Colonel
- Posts : 2648
Join date : 10/02/2011
Re: MPSA @ News 2
Gunmen kill 2 sailors, kidnap 4 foreigners in Nigeria
sos
Nigeria's navy spokesman Commodore Kabir Aliyu said during the attack "four expatriates are reported to have been kidnapped from the vessel; two sailors were killed."
He said those kidnapped were from Indonesia, Iran, Malaysia and Thailand.
"We have not made any arrest yet. We are still trying to ascertain the true identities of the attackers and their motive," he told AFP.
sos
Akmal3110- Colonel
- Posts : 2320
Reputation : 181
Join date : 15/10/2011
Age : 35
Location : Bravo
Re: MPSA @ News 2
mirage wrote:ok la aku mintak maaf.. abaikan je la.. tp ingat apabila poltician cuba menjadi jeneral.. maka hancurlah kita...
I believe what you are trying to say is this - the politicians are calling all the shots and the generals are practically powerless. Ada butul ka?
observateur- MODERATOR
-
Posts : 2914
Reputation : 106
Join date : 19/04/2010
Age : 57
Re: MPSA @ News 2
observateur wrote:mirage wrote:ok la aku mintak maaf.. abaikan je la.. tp ingat apabila poltician cuba menjadi jeneral.. maka hancurlah kita...
I believe what you are trying to say is this - the politicians are calling all the shots and the generals are practically powerless. Ada butul ka?
La guerre! C’est une chose trop grave pour la confier à des militaires.- Georges Clemenceau.
tin- Kehormat MyMil
-
Posts : 6841
Reputation : 235
Join date : 06/06/2010
Location : Mymil's village idiot
Re: MPSA @ News 2
Marine police help rescue 30 storm-hit, starving Filipinos
Published: Sunday August 5, 2012 MYT 2:09:00 PM

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2012/8/5/nation/20120805140838&sec=nationKOTA KINABALU: Marine police braved stormy weather conditions and trekked nearly two-hours on foot to help in the rescue of 30 Filipinos whose storm-hit boat drifted into Pulau Balambagan in northern Sabah on Sunday.
All 30 on board - 25 men, two women and three children - were suffering from lethargy from hunger after being marooned for about five days in the Lok Simpol area. They were weak and were immediately given food and water, Kudat police chief Deputy Supt Dawi Ossen said.
The children aged between 1 and 13 years and the adults aged between 19 and 55 were handed to the Malaysian Red Crescent which will immediate shelter and food assistance pending their return to Philippines.
Dawi said the victims were on a domestic trip from the Philippines island of Tawi Tawi to Balabac when they were hit by strong waves during a storm sometime after July 28. They were adrift in sea for several days before they hit land (Pulau Balambagan) during the wee hours of August 3. He said Marine police men were informed at about 4.30am about people marooned on the island and a special team of 20 men with two marine police boats immediately rushed to the scene under an operation codenamed Ops Gelora to rescue them despite continued foul weather.
Steven 12- Captain
- Posts : 711
Reputation : 161
Join date : 19/11/2011
Location : Between the bluesky & planet earth
Re: MPSA @ News 2
TUDM tidak terima kelulusan beli AEW&C
KUALA LUMPUR - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berminat untuk memiliki Pesawat Kawalan dan Amaran Awal (AE&C) tetapi tidak mendapat peruntukan kerajaan, kata Panglima TUDM, Jen. Tan Sri Rodzali Daud.
Katanya, hasrat TUDM untuk memperoleh pesawat AEW&C bernilai bilion ringgit itu telah dibentangkan dalam Rancangan Malaysia Ketujuh (RMK-7) namun tidak diluluskan oleh kerajaan.
Katanya, mereka masih memerlukan pesawat AEW&C untuk memenuhi jurang keupayaan walaupun pesawat TUDM sekarang dilengkapi ciri-ciri persenjataan, sensor serta sistem kawal dan perintah.
"Hasrat TUDM ini tidak ada kena mengena dengan negara lain, apa yang penting adalah untuk negara kita dilengkapi dengan aset pertahanan," katanya selepas merasmikan Amal Shoppe Bakat (Badan Amal, Kebajikan Angkatan Tentera Udara) di Kem TUDM Sungai Besi di sini semalam.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?...ra&pg=ne_08.htm
sudah...
Re: MPSA @ News 2
atreyudevil wrote:TUDM tidak terima kelulusan beli AEW&C

beli separate mmg xkan boleh, either upgrade existing asset or bundle up with MRCA package...
Re: MPSA @ News 2
aku rasa bundle with MMRCA la pasal dari history of package offer haritu pun dah boleh nampak!
Re: MPSA @ News 2
Ships flying the British ensign have been banned from docking in Argentina's largest province under a new law passed yesterday. The legislature of Buenos Aires province voted to prohibit vessels sailing under the British flag from “mooring, loading or carrying out logistical operations” in any of its ports.
-Warship World FB-
-Warship World FB-
pcboss- Major
-
Posts : 1021
Reputation : 129
Join date : 27/08/2010
Location : Sungai Petani
Re: MPSA @ News 2
Penduduk Jepun bantah pesawat MV-22 Ospreys
TOKYO 9 Sept. - Beribu-ribu penduduk Jepun berhimpun di pulau selatan Okinawa hari ini, bagi mendesak Amerika Syarikat (AS) dan Jepun serta-merta membatalkan penempatan 12 pesawat jenis MV-22 Ospreys di pangkalan tentera AS Futenma, Okinawa.
Desakan itu dibuat selepas keselamatan pesawat tersebut dipersoalkan berikutan beberapa kemalangan berlaku sebelum ini. Penunjuk perasaan turut mendesak pangkalan Futenma di bandar sesak, Ginowan ditutup.
Penganjur menganggarkan perhimpunan tersebut mencecah 100,000 orang, namun media tempatan pula melaporkan puluhan ribu. "Kami tidak mahukan Osprey, pesawat paling berbahaya di dunia!" antara sepanduk yang dibawa penunjuk perasaan.
Dua perhimpunan yang sama turut diadakan di dua buah pulau kecil di kepulauan Okinawa, sementara di Tokyo, beribu-ribu penunjuk perasaan berhimpun mengelilingi bangunan Parlimen Jepun sebagai bantahan terhadap rancangan itu.
Datuk Bandar Ginowan, Atsushi Sakima memberitahu penunjuk perasaan bahawa pesawat pengangkut hibrid itu tidak terjamin keselamatannya.
April lalu, pesawat jenis itu terhempas di Maghribi menyebabkan dua terbunuh, manakala satu lagi kemalangan membabitkan pesawat itu berlaku pada Jun lalu menyebabkan lima terkorban di Florida, namun AS mendakwa kemalangan tersebut bukan disebabkan masalah mekanikal. - AFP
macam-macam hal daaaaa
marc_zman- MODERATOR
-
Posts : 16328
Reputation : 611
Join date : 08/06/2010
Location : di atas tanah bekas hutan, paya dan ladang kelapa sawit.. tak tau laaa ntah sapa2 pernah kena tanam kat sini dulu.. kalu ada laa
Re: MPSA @ News 2
mmg osprey nih byk insiden, masalah utama dia masa dah berubah dari rotary ke fix wing position... daya tujahan dan angkat ketika di posisi rotary dan fix wing amat berbeza so akan ada sudden loss power masa transaction tuh..
Re: MPSA @ News 2
alasan je tu..kalau nak MCAS Futenma tutup cakap je la
CH-53,CH-46,AV8 umur semua lebih 30+ tahun.accident pun banyak xder plak dia nk bising
sama je dengan orang yg bising pasal base TLDM di sabah

heavyduty- Lt Colonel
-
Posts : 1747
Reputation : 150
Join date : 15/03/2011
Age : 43
Location : OPSEC
Re: MPSA @ News 2
aye aye.. like me said before.. macam-macam hal daaaaa
marc_zman- MODERATOR
-
Posts : 16328
Reputation : 611
Join date : 08/06/2010
Location : di atas tanah bekas hutan, paya dan ladang kelapa sawit.. tak tau laaa ntah sapa2 pernah kena tanam kat sini dulu.. kalu ada laa
Re: MPSA @ News 2
Malaysia tuan rumah sidang ketua tentera udara ASEAN
KUALA LUMPUR 11 Sept. - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terus mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila sekali lagi dipilih sebagai tuan rumah Persidangan Ketua Tentera Udara Negara-Negara ASEAN (AACC).
Persidangan kali kesembilan itu dirasmikan oleh Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin. Inilah kali kedua TUDM dipilih sebagai tuan rumah persidangan tersebut.
Kenyataan TUDM berkata, AACC yang berlangsung sehingga 13 September dan dihadiri kesemua ketua-ketua tentera udara negara ASEAN itu akan memfokuksn kepada isu-iu semasa serantau.
"AACC kesembilan ini akan membawa tema "Memperkukuhkan Kerjasama Keselamatan Tentera Udara ASEAN ke Arah Komuniti ASEAN 2015: Pendidikan dan Latihan," kata kenyataan itu hari ini. - UTUSAN ONLINE

yaminz- MODERATOR
-
Posts : 13517
Reputation : 378
Join date : 23/04/2010
Age : 45
Re: MPSA @ News 2
Malindo Airways penerbangan murah kedua Malaysia
Oleh AZMAN IBRAHIM
KUALA LUMPUR 11 Sept. - Malaysia akan mempunyai sebuah lagi syarikat penerbangan tambang murah iaitu Malindo Airways yang akan memulakan operasinya Mei tahun depan.
Malindo Airways merupakan sebuah syarikat penerbangan kerjasama antara National Aerospace & Defence Industries Sdn. Bhd. (NADI) dari Malaysia dan P.T. Lion Grup dari Indonesia.
NADI akan menguasai sebanyak 51 peratus kepentingan dalam Malindo Airways, manakala selebihnya daripada P.T. Lion Grup.
Buat permulaan, sebanyak 12 pesawat Boeing 737 dijangka beroperasi di bawah Malindo Airways yang menghubungkan kota-kota besar Indonesia ke Kuala Lumpur.
Kuala Lumpur akan digunakan sebagai pusat penerbangan ke negara-negara ASEAN dan Asia.
Pengarah Presiden P.T. Lion Grup, Rusdi Kirana berkata, Malindo Airways akan berpangkalan dan beroperasi di KLIA2, Sepang, Selangor.
Katanya, selain Kuala Lumpur, Bali di Indonesia juga akan dijadikan sebagai pusat penerbangan Malindo Airways ke Australia.
Jadi, para penumpang dari KLIA2 boleh menggunakan Bali sebagai transit ke Australia," katanya.
Beliau berkata demikian pada taklimat media selepas menandatangani perjanjian kerjasama di antara NADI dengan P.T Lion Grup di sini hari ini.
Hadir pada majlis Presiden NADI, Tan Sri Ahmad Johan. - UTUSAN

pada aku pro dan con ..baik buat pengguna2 dapat buat pilihan
penerbangan tapi dengan Kek yang tak terlalu besar ni kalau setakat Destinasi pun sama buat apa.. lain lah pergi Destinasi ke MAS dan Airasia tak pergi
MAS service sekarang dah out.. Airasia harga dah mahal jika dibandingkan sebelumnya..
cuba tengok Luthansa aku naik baru ni pun kosong walaupun lebih murah Tambang,lagi selesa dari Airasia dan MAS masa tarikh dan destinasi yang sama ...
Kek kecik je..

samuraisan- Major
-
Posts : 1124
Reputation : 273
Join date : 31/05/2010
Re: MPSA @ News 2
Seperti yang dijangkakan... he he
ZAHID-BELANJAWAN 2013 (KEMENTAH)
KEMENTERIAN PERTAHANAN BERI RUANG KEPADA KERAJAAN FOKUS SOSIOEKONOMI RAKYAT
Oleh Norazurra Aziz dan Mohd Yusof Saari
KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) -- Tiada penambahan peruntukan untuk pertahanan dalam Belanjawan 2013 bagi memberi ruang kepada kerajaan memfokuskan pembangunan sosioekonomi rakyat, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata pihaknya berpuas hati dengan perbincangan yang diadakan dengan Kementerian Kewangan dan tidak menjangkakan sebarang kenaikan peruntukan pada Belanjawan 2013.
"Ia adalah kerana kami merasakan program-program sosioekonomi harus diberikan keutamaan manakala aktiviti pertahanan, kita akan teruskan latihan yang sedia ada dan juga persiapkan diri dalam bentuk kesiapsiagaan," katanya kepada Bernama ketika mengulas mengenai Belanjawan 2013 di sini semalam.
Beliau berkata biarpun tiada pertambahan dalam belanjawan, namun aspek menjaga pertahanan dan kedaulatan negara tetap diutamakan tanpa sebarang kompromi.
Katanya, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan sentiasa mengadakan latihan dan kawalan menjaga keselamatan negara bagi menjamin kesiapsiagaan dalam menghadapi sebarang kemungkinan ancaman.
Zahid berkata menyedari pembangunan negara terletak pada keseimbangan bidang sosioekonomi iaitu termasuk aspek pelajaran, kesihatan dan bidang untuk membangunkan masyarakat, maka kementerian itu rela bertoleransi demi kepentingan negara.
"Namun kami berterima kasih kepada kerajaan kerana aset dan peralatan sebagaimana yang dirancang, terus diberikan kesinambungan peruntukan, biarpun ia menurun (bajet), ia tidak mengurangkan kemampuan kita untuk mempertahan
negara," katanya.
Malahan pihaknya rela melanjutkan tempoh pembayaran sesuatu aset yang dibeli itu ke satu tempoh yang lebih panjang kerana tidak mahu membebankan kewangan negara.
"Banyak negara di dunia ini telah mengurangkan perbelanjaan pertahanan. Kita lihat di Amerika Syarikat dan di Britain sendiri, telah mengurangkan sehingga 25 peratus perbelanjaan pertahanan mereka daripada peruntukan yang sedia ada," katanya.
Namun demikian, kementerian tidak akan membatalkan segala perancangan untuk perolehan aset pertahanan yang telah disusun sebelum ini dalam memodenkan ATM.
"Tapi kita tangguh dulu pembelian kapal jet pejuang, sebab jet yang sedia ada boleh dipertingkat dan boleh diperbaiki untuk kegunaan pertahanan negara.
Ertinya ketiga-tiga perkhidmatan akan terus menerima aset biarpun tiada penambahan pada tahun depan, tapi kami puas hati dengan apa yang ada pada kami," katanya.
Ketika ditanya mengenai implikasi daripada tiada penambahan bajet untuk pembelian aset baharu dan sebagainya, Zahid berkata aset bukanlah lambang kekuatan sesuatu tentera namun kejayaan tentera amat bergantung terhadap kombinasi aset dan penggemblengan tenaga modal insan di tahap optimum.
"Oleh sebab itu, kesiapsiagaan kami berada di tahap optimum. Kami yakin dengan tahap profesionalisme yang ada pada pegawai dan anggota kami, di samping aset-aset yang sedia ada terus dapat digunakan," katanya.
Zahid dalam pada itu berkata kementerian itu akan melakukan pendekatan yang berinovatif dari segi kebajikan kepada anggota-anggota ATM agar tidak membebankan kerajaan.
"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam belanjawan yang lepas, telah berikan RM50 juta sebagai tambahan dan kita gunakan wang itu bagi melatih bekas-bekas tentera sedia ada yang berjumlah kira-kira 318,000 orang, sama ada
berpencen atau tidak, supaya mereka memperoleh faedah daripada peruntukan tambahan yang diberikan," katanya.

standupper- Kehormat MyMil
-
Posts : 3271
Reputation : 630
Join date : 04/05/2010
Re: MPSA @ News 2
alaa.. yang lepas siap potong lg. ade jugak sikit2 mainan baru...
pcboss- Major
-
Posts : 1021
Reputation : 129
Join date : 27/08/2010
Location : Sungai Petani
Re: MPSA @ News 2
So miggy replacement on hold la... Kesian tepon oops tipun ahli "jemaah" dia bela pun tak leh nak tolong
mumuchi- GLOBAL MODERATOR
-
Posts : 19551
Reputation : 525
Join date : 05/06/2010
Location : Dulu Tempat Lumba Kuda
Re: MPSA @ News 2
Ada pihak cuba jejaskan hubungan Malaysia-Thailand
RANTAU PANJANG 13 Sept. - Malaysia memandang serius tindakan pihak tertentu yang sengaja mengibarkan Jalur Gemilang di wilayah bergolak Selatan Thailand pada 31 Ogos lalu, kerana ia memberi implikasi secara langsung kepada negara ini.
Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Md. Zin berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana golongan yang cuba mengeruhkan hubungan baik antara kedua-dua negara berjiran itu.
"Jadi, kita memberi keyakinan pada rakan-rakan yang sebelah Thailand sama ada daripada angkatan tentera dan polis, bahawa kita memandang serius benda-benda ini kerana ia memberi implikasi langsung kepada kita.
"Kita tidak terlibat dan campur tangan dalam perkara ini dan ini adalah angkara pihak tertentu yang cuba menjejaskan hubungan baik antara kedua-dua negara.
"Kehadiran kita di sini hari ini adalah untuk memberi keyakinan kepada pihak berkuasa Thailand," katanya kepada pemberita selepas melawat kawasan sempadan Malaysia-Thailand di Kampung Bukit Lata, di sini hari ini.
Beliau dan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Salleh Mat Rasid bersama Ahli Jawatankuasa Perancangan Gerakan Kebangsaan melawat kawasan sempadan bermula dari Pengkalan Kubor, Tumpat sehingga ke Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Rantau Panjang di sini.
Ketua Polis negeri, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman hadir sama.
Pada 31 Ogos lalu, Jalur Gemilang dikibarkan oleh pihak tertentu di Pattani, Yala dan Narathiwat, serentak dengan sambutan Hari Kemerdekaan Ke-55.
Jalur Gemilang dilaporkan turut dipasang pada pokok dan tiang lampu selain dibawa oleh beberapa lelaki. Namun, sehingga kini tidak diketahui motif sebenar kumpulan pemberontak terbabit mengibarkan bendera Malaysia itu.
Zulkifeli berkata, pihaknya tidak akan campur tangan dalam isu keselamatan di negara jiran itu dan bantuan yang diberikan sebelum ini adalah dalam bidang sosio ekonomi.
"Kita sedia maklum bahawa beberapa tahun yang lepas, Perdana Menteri melawat kawasan selatan Thailand di sebelah Buketa dan salah satu tujuan lawatan tersebut adalah untuk membantu masyarakat di sana dari aspek sosio ekonomi.
"Program Task Force yang diwujudkan untuk membantu masyarakat di sana masih lagi wujud dan programnya telah dilaksanakan dan saya yakin lebih banyak program dilaksanakan pada masa depan.
"Kita akan membuat susulan daripada hasil lawatan serta pertemuan di antara Perdana Menteri kita dengan Perdana Menteri Thailand," katanya.
Mengulas mengenai ancaman militan di kawasan sempadan Malaysia-Thailand, Zulkifeli berkata, ia semakin berkurangan tetapi pihaknya akan meneruskan pemantauan dengan menggunakan semua mekanisme yang ada.
"Kita memantau dengan menggunakan mekanisme sedia ada dan saya telah maklumkan bahawa kita mempunyai mekanisme-mekanisme tertentu melalui agensi-agensi tertentu untuk memantau kegiatan militan, ia masih dalam kawalan cuma kebimbangan, benda kalau tidak dipantau mungkin menular," katanya.
Sementara itu, Salleh berkata, aktiviti penyeludupan di kawasan sempadan semakin menurun hasil kerjasama semua pihak khususnya mereka yang tinggal di kawasan sempadan.
"Kita harap dengan adanya penguatkuasaan daripada semua agensi ia dapat menangani masalah penyeludupan," katanya.
Utusan Online

14 September 2012 | last updated at 01:30AM
Stolen jet engines back in air force base - By ADRIAN DAVID
- New Straits Times http://www.nst.com.my/top-news/stolen-jet-engines-back-in-air-force-base-1.143576##ixzz26PHMsDMI
[You must be registered and logged in to see this image.]
(Gambar hiasan)

KUALA LUMPUR: The two Royal Malaysian Air Force’s F5-E jet engines, which were stolen nearly five years ago, have been brought back from Uruguay.
Attorney-General Tan Sri Abdul Gani Patail said the engines were shipped back recently and were part of evidence in the ongoing trial of two men charged with the theft.
The New Straits Times was made to understand that the General Electric J85-21A turbojet engines — the powerplants for the F-5E Tiger II fighter and RF-5E Tigereye reconnaissance jets — were recovered in full from Latin America and were now being stored at the RMAF base in Subang.
Prior to the trial, Gani had vowed to trace the whereabouts and bring back the engines, which were found stolen in May last year. RMAF had lodged a police report on Aug 4 last year.
Investigations revealed that the engines had been transported out of the RMAF base in Butterworth to the Kuala Lumpur RMAF Material Processing Shed, Matra 1 in Sungai Besi in December 2007.
They were sent to Sungai Besi by the same private defence contractor handling its maintenance. They were stolen a short while later.
The engines were only found to be stolen when RMAF officers wanted to service them.
Steven 12- Captain
- Posts : 711
Reputation : 161
Join date : 19/11/2011
Location : Between the bluesky & planet earth
Re: MPSA @ News 2
[You must be registered and logged in to see this image.]
http://www.nst.com.my/nation/general/flag-incident-fails-to-sour-malaysia-thailand-ties-1.143546
Malaysian
Armed Forces chief Gen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain assessing border
activities and security in Munduk, Rantau Panjang, during his visit to
areas near the Malaysia-Thailand border yesterday. Pic by Adnan Mohamad[/b]
Read more: Image - New Straits Times http://www.nst.com.my/galleries/image?cache=03D163D03edding-pred-1.1176/?pFpentwage63Dp:/he3D03Dn63Frea-rti3D19.3D163D03edding-pred-1.1176/?pFpentwage63Dp:/he3D03Dn63Frea-rti3D19.111w5ii/ed-1.117/7.185006/7.185110?key=M?page=0#ixzz26PLRRLyy

Amerika mahu tingkat hubungan ketenteraan dengan Malaysia- 18 September 2012

http://www.sinarharian.com.my/nasional/amerika-mahu-tingkat-hubungan-ketenteraan-dengan-malaysia-1.86317JOHOR BAHARU - Angkatan Tentera Amerika ingin meningkatkan hubungan erat sedia ada dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melalui latihan dua hala.
Pemerintah Misi Sokongan Ke-19 Angkatan Tentera Amerika Brig Jen Michele G.Compton berkata pemimpin angkatan tentera Amerika dan Malaysia sentiasa mencari jalan untuk meningkatkan hubungan ketenteraan antara kedua-dua negara.
"Hubungan kami memang erat dan dipertingkat dari semasa ke semasa sejak beberapa tahun lepas. Hubungan peribadi antara kami juga demikian dan ini dimanfaatkan untuk memupuk hubungan erat dengan ATM," kata pegawai itu yang berpangkalan di Hawaii kepada pemberita hari ini.
Beliau ditemui selepas majlis perasmian latihan tentera bersama "Ex Keris Strike" di Kem Ulu Tiram di sini, yang dirasmikan Panglima Divisyen Ketiga Infantri Malaysia Mejar Jeneral Datuk Mohd Razali Ahmad..........
Steven 12- Captain
- Posts : 711
Reputation : 161
Join date : 19/11/2011
Location : Between the bluesky & planet earth
Re: MPSA @ News 2
Zahid: Kementah siasat isu RIV susulan teguran Sultan Johor
20 September 2012
KUALA LUMPUR - Kementerian Pertahanan telah memulakan siasatan terhadap isu pembelian Rapid Intervention Vehicle (RIV), kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata tindakan undang-undang akan dikenakan terhadap pihak yang melakukan penyelewengan terhadap urusan pembelian aset tersebut.
"Saya telah kumpul maklumat daripada penyiasatan awal yang dilakukan dan jika didapati dakwaan Sultan Johor Sultan Ibrahim itu benar, maka tindakan perundangan akan dilakukan terhadap syarikat pembekal berkenaan.
"Kementerian tidak akan berkrompromi dengan sesiapa saja pun. Jika didapati benar-benar berlakunya penyelewengan di dalam pembelian RIV ini, kita akan ambil tindakan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas siasatan yang dijalankan mengenai perbezaan harga RIV yang didakwa Sultan Ibrahim lebih mahal daripada harga yang dianugerahkan olehnya.
Pada majlis ulang tahun Rejimen Gerak Khas ke-47 di Kem Iskandar, Mersing, Johor, minggu lepas, baginda bertitah harga RIV yang dianugerahkan oleh baginda (Sultan Johor) berharga RM150,000 berbanding RM690,000 yang dijual oleh pihak pembekal.
Ahmad Zahid berkata kementeriannya tidak akan berkompromi, sama ada dengan syarikat pembekal atau mana-mana pegawai yang masih bertugas atau sudah meninggalkan kementerian, sekiranya mereka didapati terlibat dalam sebarang penyelewengan dalam tawaran pembekalan RIV tersebut. - Bernama

escortburuk- Warrant Officer
-
Posts : 544
Reputation : 55
Join date : 29/04/2010
Page 5 of 14 • 1, 2, 3, 4, 5, 6 ... 9 ... 14
Similar topics
» MPSA @ News
» International Defence Affairs and News
» MPSA in TV
» F1 2011 news
» Breaking News: 13 Anggota Tentera Dikhuatiri Lemas Bot Hilang
» International Defence Affairs and News
» MPSA in TV
» F1 2011 news
» Breaking News: 13 Anggota Tentera Dikhuatiri Lemas Bot Hilang
Malaysia's Military, Police and Security Agencies :: Majalah dan Buletin Pertahanan :: Akhbar, eBook and Laman Web
Page 5 of 14
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum